RINGANKAN BEBAN, JANJI DILAKSANA
August 31, 2008 by admin · Leave a Comment
Saya merupakan diantara peratusan kecil warga Malaysia yang terpaksa membayar cukai pendapatan. Apa yang menyedihkan ialah saya terpaksa akur dengan ketetapan ini walaupun pendapatan saya tidaklah begitu tinggi. Tetapi, langkah Kerajaan yang dilaksanakan pada perbentangan bajet 2009, telah memberi sinar yang baru dalam kehidupan keluarga saya.
Memang rakyat diperingkat pertengahan sering merasa tertekan disebabkan kenaikan harga barang dari krisis makanan dan di dalam masa yang sama kenaikkan harga minyak secara mendadak. Walaupun kami faham kenaikan ini bukan hanya melanda Malaysia namun kami tetap merasa keperitanya.
Kami berada didalam keadaan yang amat tersepit dimana pendapatan kami dalam ketegori RM2000 ke RM3000 sebulan mungkin dianggap mewah tetapi apabila hidup dibandar besar seperti di Kuala Lumpur ini ianya tidaklah begitu bermakna.
Dengan perlaksanaan pengurangan cukai pendapatan persendirian bagi ketegori 28% ke 27% dan 13% ke 12% pada perbentanggan bajet 2009 sebenarnya membantu kami. Mungkin dari segi peratusan, ianya Nampak kecil tetapi ianya membawa makna yang besar bagi kami. Dengan pengurangan cukai ini maka ia akan meningkatkan tahap perbelanjaan rakyat dan meringankan beban saya sekeluarga.
Pada masa yang sama mereka yang layak membayar cukai bagi pendapatan tahunan RM35,000, nilai rebet dinaikkan dari RM350 ke RM400. Sebanyak 100,000 rakyat Malaysia tidak lagi perlu membayar cukai. Inilah contoh Kerajaan yang bersama rakyat dan memahami apa yang diperlukan oleh rakyat dimasa kini .
Saya juga dapati pada perbentangan bajet 2009 juga memperlihatkan tindakan kerajaan yang terus menerus membantu rakyat yang sepatutnya dibantu. Pelepasan dari tidak perlu membayar bil elektrik bagi pengguna yang menggunakan elektrik dibawah RM20 sebulan, membuktikan kejujuran pemimpin negara yang amat prihatin terhadap golongan rakyat yang miskin. Mungkin ada pihak akan mengatakan bahawa berapa sangatlah golongan yang mempunyai bil elektrik dibawah RM20 sebulan? Memang benar tetapi bukankah ini akan mengajar rakyat supaya berjimat?
Kerajaan yang adil dan cekap adalah kerajaan yang memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan pembelaan dan bukanya kepada semua pihak seperti yang dihebohkan oleh parti pembangkang.
Bermula dengan rebet bagi pengguna kenderaan persendirian hingga pengurangan cukai pendapatan peribadi. Pemberian ini setidak-tidaknya boleh membantu rakyat dalam meringankan beban dan dalam masa yang sama peningkatan taraf pengangkutan awam yang akan dijayakan akan mempermudahkan kehidupan rakyat di bandar.
Ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan yang sentiasa berusaha sedaya upaya bagi membantu rakyat dan di dalam masa yang sama memastikan masa hadapan Negara juga terjamin.
Bagi saya Kerajaan yang adil adalah Kerajaan yang bertanggungjawab dan bukan hanya cuba memberi mimpi-mimpi indah tetapi Kerajaan yang menjadikan mimpi-mimpi indah menjadi realiti.
Ahmad KG BARU
Ke mana arah tuju PAS?
August 29, 2008 by admin · 5 Comments
KE MANA arah tuju PAS yang sebenarnya diakhir zaman ini yang penuh dengan fitnah ke atas Islam seperti mana yang terkandung dalam aL-Quran dan hadith ? Perjuangan untuk Islam sepenuhnya atau kepentingan politik separuh dan agama separuh?
Dalam Al Quran Allah telah pun mengingatkan kita supaya diakhir zaman akan ada kuasa kuasa besar yang terdiri daripada Yahudi dan Kristian yang akan memecah belahkan Islam dan akan menyerang Islam seperti mana yang telah pun terjadi sekarang contohnya Amerika yang cuba hapuskan kebangkitan negara-negara Islam. Allah telah berfirman Jangan kamu ambil mereka ini sebagai kawan kamu dan penolonng kamu.
Pada hari ini kita melihat saudara Dato Seri Anwar Ibrahim berkawan rapat dengan Pihak Amerika dan yang mengagumkan lagi adalah Pihak Amerika sentiasa berpihak kepada saudara Anwar Ibrahim tanpa berbelah bahagi. Amerika sanggup ikuti setiap perkembangan di Malaysia demi saudara Anwar Ibrahim.
Kalau sampai Amerika sanggup membela, bukankah itu sesuatu yang patut kita ragui? Kenapa kita menutup sebelah mata untuk kepentingan dunia? Kenapa PAS terpedaya dengan permainan Yakjuj dan Makjuj?
Bagaimana keadaan kalau negara kita menjadi seperti Turki satu hari nanti seperti mana yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Atartuk yang menjadi punca kejatuhan sistem khalifah Islam akibat berkomplot dengan Barat untuk kepentingan sendiri dan perpura pura menjadi wira bangsanya pada ketika itu? Perlukah kita seorang lagi Mustafa Kamal di negara kita? Kita patut menjaga kepentingan Islam dan eratkan persaudaraan sesama ummah dan bukan sebaliknya.
NISHAHUL MADAR
Lagi hak bumiputera dipertikai
August 12, 2008 by Pendeta · 9 Comments
Usul Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka kuota pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM), pada saya, ia satu ancaman besar kepada kaum bumiputera khususnya bangsa Melayu. Kerana ia akan menyebabkan anak bangsa kita makin di tinggalkan jauh berbanding bangsa lain.
Saya akui bangsa kita masih lemah dalam penguasaan akademik, maka dengan mengekalkan UiTM sebagai universiti untuk bumiputera, ia dapat memelihara keistimewaan orang Melayu supaya tempat mereka di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terjamin.
Walaupun begitu, ia bukan bermakna pelajar Melayu takut untuk bersaing dengan bangsa lain, tetapi apabila melihat bagaimana majoriti penguasaan akademik dimonopoli oleh bukan bumiputera ia akan menampakkan lagi jurang di antara mereka.
Persaingan tidak hanya perlu di peringkat dalam IPTA. Kerana sememangnya wujud persaingan lain dengan bukan Melayu apabila berlangsungnya program-program antara universiti seperti pertandingan, sukan dan sebagainya.
Pada pandangan saya, IPTA dan IPTS yang mempunyai kuota untuk bukan Melayu sudah banyak di negara ini, maka tidak perlulah untuk kita membuka kuota baru pula di UiTM.
Untuk membentuk persaingan secara global, kita tidak perlu untuk membuka kuota terhadap bangsa lain, dengan alasan untuk meningkatkan keserasian dan kemesraan dengan bangsa lain. Ini kerana pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan oleh kerajaan dalam usaha untuk membentuk masyarakat makmur berbilang kaum.
Apa yang perlu ialah pihak UiTM harus meningkatkan kualiti pembelajaran di kalangan pelajarnya selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin membentuk identiti pelajar yang mempunyai modal insan yang tinggi dan mampu bersaing dalam industri di peringkat global.
Pada saya, tindakan Abdul Khalid itu juga hanyalah atas kepentingan politik parti pembangkang untuk mengekalkan sokongan pengundi bukan melayu.
BEKAS PEMIMPIN PELAJAR UITM
Kota Bharu Kelantan
Sokong carut Nik Aziz
Saudara Fauzi, saudara berkata: “Izinkan saya pula berdebat dengan saudara kerana saya tidak tahan melihat saudara mengkritik Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat. Terus terang saya katakan bahawa kagum dengan saudara dan sentiasa mengikuti tulisan saudara dalam Utusan sejak saudara menulis dari Mesir lagi. Bagaimanapun, saya tidak dapat menerima kritikan saudara terhadap Nik Aziz kerana beliau seorang ulama besar di negara ini tidak mungkin melakukan apa yang saudara kritik jika ia tidak benar.
“Selain itu jika membiarkan saudara mengkritik Nik Aziz, tidak ada lagi ulama di Malaysia kerana beliau satu-satunya ulama paling berwibawa.”
Saudara Fauzi, apa yang penulis faham daripada penjelasan saudara ialah saudara tidak setuju penulis mengkritik Nik Aziz yang saudara anggap sebagai ulama paling berwibawa itu.
Tetapi jika ulama berkenaan membuat kenyataan mengarut dan mengeluarkan fatwa menyeleweng secara terang-terang serta digunakan untuk menjatuh ulama dan pemimpin kerajaan, apakah tidak wajib diberi penjelasan dan kritik balas supaya menjadi insaf dan sedar diri?
Apa yang dilakukan oleh penulis bukan untuk melawan ulama atau berbalah dengan Nik Aziz dan tidak juga untuk menjatuh beliau, tetapi setakat menunai tanggungjawab dan kewajiban agama sebagai seorang penulis yang berpendidikan agama.
Saudara menganggap Nik Aziz ulama paling berwibawa, itu pandangan peribadi saudara. Penulis pernah kagum dengan Nik Aziz pada masa lalu, tetapi kini hampir tiada lagi perkara itu selepas banyak mendengar
ceramah beliau.
Saudara berkata: “Tuduhan saudara bahawa Nik Aziz menyeleweng kerana beliau berkata Allah pun mencarut adalah tidak betul. Kerana adalah betul Allah mencarut dalam al-Quran.”
Astaghfirullah Saudara Fauzi! Penulis tidak ragu lagi saudara teracun fikiran kerana terlalu fanatik dengan Nik Aziz. Ketahuilah ulama Pas terkenal yang pernah penulis kritik beliau selama tiga bulan dalam Bicara Agama dulu, iaitu Datuk Haron Din pun menganggap Allah tidak pernah mencarut.
Sedarlah sesiapa yang menganggap Allah mencarut adalah melakukan dosa besar. Malah penulis yakin seperti pernah dijelaskan dulu jika Nik Aziz merupakan ustaz biasa yang tidak terkenal dan bukan pula Menteri Besar, beliau sudah lama dihukum sesat dan sudah pun diberkas oleh polis.
Tetapi kerana beliau merupakan seorang Menteri Besar yang merupakan ulama terkenal yang mempunyai ramai pengikut, maka hukuman dunia itu terlepas dari beliau. Tetapi yang tinggal hukuman akhirat jika beliau tidak bertaubat dan mahu terus menerus menyesatkan orang ramai.
Begitu juga penulis yakin jika dibentang pandangan Nik Aziz kepada ulama seluruh dunia tanpa memberitahu bahawa orang yang berkata begitu adalah ulama terkenal di Malaysia yang bernama Nik Aziz, mereka sudah pasti akan mengeluarkan hukum agama yang berat terhadap beliau walaupun tidak sampai ketahap hukum yang dikeluarkan oleh Imam Khomeini ke atas Salman Rushdie.
Seterusnya saudara berkata: “Saya ingin jelaskan bahawa saya kenal saudara. Ini bukan kerana kita pernah berkawan tapi kerana saya kenal beberapa orang kawan saudara yang pernah menuntut bersama saudara di
Wakaf Bharu dan luar negeri. Kawan-kawan saudara bercerita segala-gala tentang diri dan keluarga saudara di Jabat, Narathiwat dan sanak saudara dan karib saudara di Malaysia.
“Saya juga kenal salah seorang cikgu saudara kerana saya juga berasal dari Wakaf Bharu dan mengetahui di mana terletak sekolah yang saudara pernah belajar dulu. Dia juga ada menceritakan tentang saudara, dan diantaranya dia memberitahu bahawa saudara mempunyai nama lain waktu belajar di sana.
“Saya juga pernah melihat saudara dari jauh semasa saudara menyoal Dr.Yusuf al-Qaradawi di majlis ceramah di Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya pada tahun 1997.
“Itu semua membuat saya semakin tertarik dengan bicara saudara mengenai isu-isu agama dan semakin kagum dengan diri saudara, tetapi tidak setuju saudara mengkritik Nik Aziz dan menganggap beliau menyeleweng pemikiran.”
Penulis mengucapkan terima kasih kerana berjaya mengurik sejarah hidup penulis. Tidak ada yang perlu penulis menjawab terhadap apa yang saudara sebut tentang diri penulis. Ia betul belaka.
Berikut saudara berkata: “Saudara tidak percaya Allah mencarut, tetapi dalam ayat 1 daripada surah al-Masad, Allah befirman: (Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan ia telah binasa). Apakah ini bukan
mencarut namanya?
“Begitu dijelaskan dalam al-Quran dalam ayat 4 daripada surah al-Mu’minun: (Dan mereka yang menjaga faraj-faraj mereka,) ayat 29 daripada surah al-Ma’arij: (Dan mereka yang menjaga faraj-faraj mereka), dan ayat 30 daripada surah al-Nur: (Dan mereka yang menjaga faraj-faraj mereka). Apakah sebut faraj ini bukan mencarut?
“Betullah kata Nik Aziz, Allah benar-benar mencarut dan kita pun boleh mencarut jika kena pada tempat dan masa.
“Saya boleh kumpul banyak ayat yang membuktikan bahawa Allah mencarut seperti 103 daripada surah al-Mu’minun: (Allah berkata, ceh diamlah kamu di dalamnya (neraka) dan kamu jangan bercakap dengan Aku), ayat 1 daripada surah Humazah: (Celaka kepada setiap orang pengumpat dan pencela),” ayat 1 daripada surah al-Mutaffifin: (Celakalah untuk orang-orang penipu), ayat 11 daripada surah al-Tur: (Maka celakalah pada hari itu orang-orang yang mendustakan rasul-rasul Allah) dan ayat 15 daripada surah al-Mursalat: (Maka celakalah pada hari itu orang-orang yang mendustakan rasul-rasul Allah).
Saudara Fauzi, semua ayat yang saudara sebut tidak membuktikan bahawa Allah mencarut. Malah memaki pun tidak juga. Ini kerana pada sesetengah ia merupakan ayat yang mengandungi amaran dan tegahan daripada Allah seperti tabbun dan wailun. Sedangkan ayat-ayat yang lain yang menyebut faraj tidak pun merupakan amaran, kerana ia penjelasan, tetapi orang-orang tertentu kurang waras memandang perkara
sebagai lucah dan berciri seks kerana mentaliti mereka begitu.
Penulis menyedari bahawa Nik Aziz dan ustaz-ustaz Pas tertentu menggunakan ayat-ayat berkenaan untuk membuktikan Allah mencarut. Tetapi perbuatan mereka itu tidak betul dan salah dari segi hukum agama.
Dalam pemahaman al-Quran dan apa jua nas dalam bahasa Arab tidak mungkin dengan hanya mengetahui maksudnya, tetapi perlu juga mengetahui penggunaannya dalam pelbagai konteks.
Contohnya perkataan wailun, waihun dan waibun mempunya banyak erti seperti celaka, binasa, jahat, musibah, sial, tidak baik dan lain-lain.
Tetapi yang lebih penting ialah mengetahui penggunaannya dalam konteks yang dimaksudkan oleh nas.
Dalam pada itu al-Quran dan hadis melarang kita memaki dan ini sudah tentu mencarut tidak boleh langsung.
Bukti dari al-Quran ialah ayat 108 dari surah al-An’am: “Dan janganlah kamu memaki mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan memaki Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”
Bukti daripada hadis pula ialah hadis yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim di mana Rasulullah s.a.w. menyebut bahawa: “Memaki seorang Muslim itu adalah fasik dan memeranginya adalah kafir (hukumnnya).
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayat oleh Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Di antara dosa-dosa besar ialah seorang lelaki mencerca kedua orang tuanya. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun kedua orang tuanya Rasulullah menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki yang memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.
Dengan itu saudara perlulah menilai semula pendirian saudara tentang dakwaan Nik Aziz bahawa Allah mencarut itu.
Sampai bila Pas Selangor kekal dalam Pakatan Rakyat
July 31, 2008 by dewiarjuna · Leave a Comment
MENGAMBIL kira siasatan terhadap dakwaan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keceluparan penasihat DAP, Karpal Singh, ini adalah masa terbaik Pas mengkaji
mendalam kerjasama mereka dalam Pakatan Rakyat.
Jangan jadikan Perdana V6 kambing hitam
PEMBELIAN kereta Mercedes E200 Kompressor oleh kerajaan negeri Terengganu bukan sekadar satu pembaziran, tetapi membawa ke arah satu penghinaan terhadap ke- reta nasional, Proton Perdana V6.
Saya merujuk dakwaan Toh Chin Yaw, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, yang mendakwa Proton Perdana V6 Executive yang digunakan sebelum ini dipercayai kereta ‘potong’, dan kos yang mencecah RM50,000 untuk dua kali penyenggaraan.
Kereta-kereta ini, yang dibeli dengan hasil cukai rakyat, tujuan utamanya adalah untuk kegunaan rasmi kerajaan.
Kalau dalam masa empat tahun dari tarikh pembelian telah dua kali disenggara sedemikian rupa, maka saya berpendapat kereta-kereta ini perlu diperiksa dengan teliti secara menyeluruh meliputi pelbagai aspek.
Janganlah Proton Perdana V6 dipersalah dan diperlekeh, jika niat utama kerajaan negeri Terengganu adalah untuk menggunakan kereta jenis lain.
Kenapa setelah mendapat kereta Mercedes E200 Kompressor, baru ‘nampak’ apa yang boleh dikatakan ‘dakwaan kepincangan’ kereta Proton Perdana V6? Jangan jadikan kereta nasional sebagai kambing hitam untuk mencapai cita-cita ahli Exco negeri untuk menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor.
Keadaan sekarang tidak mengizinkan kita membazir dan bermegah. Banyak lagi projek pembelaan nasib rakyat negeri perlu diutamakan. Banyak lagi belanja menaik taraf kehidupan rakyat negeri perlu dititikberatkan. Hatta, kenapa bantahan sebegini disuarakan.
Kalau asyik kereta rosak kotak gear, saya mengesyorkan kerajaan negeri Terengganu meneliti cara pemanduannya. Jangka hayat sesebuah kereta terletak pada kebijaksanaan pemandunya.
Cuma sekarang, hentikan sahaja pembelian ini atau carilah kereta jenis lain yang harganya separuh daripada harga Mercedes E200 itu.
KERETA LAMA
Kuala Lumpur
Sumber www.utusan.com.my
Ke arah doktrin yang bahaya
ISU penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menghantui senario politik di Malaysia. Ini sedikit sebanyak menggambarkan satu realiti tentang pemikiran masyarakat yang sedang menuju ke satu doktrin yang bahaya.
Ini kerana terdapat beberapa kelompok yang memperjuangkan pandangan masing- masing dalam isu keadilan dan hak asasi tanpa mempedulikan prinsip sebenar ke- adilan.
Jika dilihat kepada senario sekarang, kedua-dua pihak adalah kelompok yang melanggar prinsip keadilan. Mungkin masyarakat yang terdiri daripada pakar, sarjana, mahupun bijak pandai di Malaysia ini telah membutakan mata mereka dengan menikmati aliran baru tentang keadilan.
Penahanan Anwar oleh polis adalah satu tindakan yang betul dan tepat. Tetapi tindakan ini sebenarnya adalah paling tidak wajar malah tidak berlaku adil kepada pengadu kes kerana pihak polis mengambil masa yang lama untuk menahan seseorang suspek pada hal suspek berkenaan sudah berada di depan mata polis.
Kelompok yang satu lagi adalah kelompok yang mendakwa memperjuangkan keadilan tetapi sebenarnya telah mencaci, mengutuk, merendah-rendahkan integriti dan tindakan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang dan keadilan. Mereka inilah yang sebenarnya lebih banyak tidak berlaku adil.
Keadilan tidak akan dapat dipenuhi sekiranya pihak ini melarang, tidak menyokong serta memberi tanggapan negatif terhadap prosedur polis dan sentiasa berpandangan serong bahawa DNA contohnya boleh dimanipulasikan oleh pihak polis. Ini adalah kata-kata yang sebenarnya telah menolak keadilan.
Semua orang tahu dan semua kes je- nayah telah terbukti yang DNA adalah satu kaedah yang diiktiraf oleh seluruh dunia, boleh dijadikan bukti nyata dalam sesuatu kes. Alangkah malangnya, pihak yang mendakwa memperjuangkan keadilan dalam tidak sedar, merekalah paling banyak tidak berlaku adil dalam semua hal.
Kerajaan yang memerintah sepatutnya lebih tegas menegakkan keadilan daripada golongan yang berjuang untuk kepentingan diri. Kerajaan dan undang-undang di Malaysia sudah cukup untuk menentukan keadilan, cuma penerapan dan pelaksanaannya sentiasa mengikut rentak golongan yang mendakwa pejuang keadilan.
Jika perkara begini berterusan semua penjenayah yang disyaki dan suspek sesuatu kes jenayah akan bermaharajalela, apabila boleh dihalang daripada ditangkap dan diambil sampel DNA untuk membuktikan kes.
Adakah golongan yang mendakwa pejuang keadilan akan melakukan perkara yang sama dengan mengatakan bukti yang diambilkan akan dimanipulasi oleh polis yang akan bertindak kejam, zalim, kasar dan macam-macam lagi.
Bayangkan sekiranya kejadian seperti dirogol, dirompak ini berlaku kepada anda dan pihak polis boleh melambatkan penangkapan tidak mengambil DNA seperti yang diberi keistimewaan kepada tokoh tertentu.
Apa perasaan anda? Fikirlah sendiri.
JEBAT
Perlis
Sumber www.utusan.com.my
Janganlah kita menjadi bangsa jalanan
July 16, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
BUNYINYA memang keji lagi hina. Bangsa jalanan ialah bangsa yang merempat, bersimpang siur dan tidak terurus, yang pepat di luar rencong di dalam di kalangan masyarakatnya. Bukan menghina atau menafikan peranan dan hak ahli-ahli politik untuk menggunakan segala macam cara untuk mendapatkan perhatian; tetapi hanya ingin menyedarkan bahawa demonstrasi atau menunjuk perasaan secara tidak sah adalah demokrasi jalanan.
Perhimpunan atau demonstrasi adalah pakej yang didatangkan bersama dengan sistem demokrasi ala Barat yang dipaksakan ke atas negara-negara lain termasuklah Malaysia. Jika tidak mendapat persetujuan pemerintah atau pihak penjaga keamanan negara, ia digelar perhimpunan haram yang tidak diberikan permit berhimpun. Walaupun sejarah demonstrasi bermula daripada perjuangan orang Melayu menuntut pembatalan Malayan Union pada 1946 di Tanah Melayu, saya berpendapat budaya ini bukanlah budaya pemakaian demokrasi yang baik untuk demokrasi mahupun menghormati sistem raja berperlembagaan yang mementingkan undian majoriti.
Memang tidak adil mengaitkan pakej yang dibenarkan dalam demokrasi dengan pemikiran, tetapi tindak tanduk pelaku atau peserta demonstrasi kadangkala sukar diramal. Dalam keadaan tanpa permit atau izin, pelaku akan bertindak dengan emosi. Keadaan baik boleh menjadi luar kawalan, keadaan yang awalnya betul dan lancar kadangkala ‘bak mencurah api’ pada sekam mengakibatkan kejadian luar jangka mengundang. Di Singapura, demonstrasi ini memang dihalang sehingga dikatakan mencemuh pakej demokrasi tersebut. Tetapi apakan daya, banyak penakatan penting di sebalik pengharaman ini membuahkan kesan yang baik. Lebih banyak baiknya diharamkan demonstrasi haram daripada dibenarkan.
Kita dapat menyorot kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia pada 1998 akibat demonstrasi jalanan yang dianjurkan pejuang reformasi. Demokrasi jalanan tersebut telah mematikan sistem demokrasinya dengan cara yang paling keji - pemimpin dijatuhkan dengan ’suara jalanan’ tanpa ideologi dan kepimpinan pelapis. Akibatnya, Indonesia sehingga kini ‘meratapi’ krisis tersebut.
Apakah dengan ideologi Barat itu dianggap semuanya baik? Apakah pakej demokrasi itu boleh menjamin keluhuran sistem demokrasi yang diamalkan. Memang bukan semuanya berpuas hati dengan segala benda yang dilakukan oleh pemerintah. Tetapi demonstrasi bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Pemikiran ini harus dipancung daripada fikiran kita terutamanya bagi yang mementingkan jati diri dan sopan santun adat Timur. Kita tidak perlu terkinja-kinja untuk didengarkan idea politik kita. Tetapi bahaslah semasa kempen, dalam ruang lingkup politik kita. Banyak saluran yang ada untuk meluahkan pandangan kita, Parlimen sehinggalah ke forum terbuka.
Demonstrasi tidak menyelesaikan semua benda, bahkan bakal mengundang pelbagai implikasi. Bagi yang berkepentingan semuanya akan menyatakan demonstrasi haram adalah jalan terakhir yang perlu diambil untuk menyedarkan pihak yang ditentang. Terfikirkah kita khalayak yang menyertai demonstrasi? Sebungkus nasi menjanjikan segala-galanya? Sekali atau sekerap mungkin demonstrasi itu bakal mengubah senario semasa? Jika begitu demonstrasi bakal meranapkan segala cita warganegara yang inginkan keamanan.
Ramai yang akan berkata pemikiran penulis adalah pesimis. Tetapi sedar atau tidak demonstrasi haram tidak mengundang kebaikan langsung melainkan cita-cita politik pihak tertentu yang memperalatkan bangsanya demi cita-citanya yang tersendiri. Khalayak yang menyertainya pula diperalatkan. Setelah berjaya cita-citanya, apa yang akan diganjarkan kepada penyokong atau juak-juaknya? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah janji retorik yang mana mungkin dilaksanakan dalam masa yang sesingkat seperti sebelum demonstrasi.
Janganlah sokongan jalanan menjadi budaya kita. Akan rosaklah sistem kita sejak 50 tahun dahulu. Janganlah bangsa kita menaikkan pemimpin melalui jalanan bak orang tak bertamadun. Janganlah memaksa rakyat terhibur dengan aksi-aksi sarkas. Tidak maju pun dengan berdemonstrasi bahkan menunjukkan kelemahan berfikir serta tindak tanduk yang meluru atau membuta tuli dengan memaksa ideologi anda ke atas orang lain. Kami berhak menentukan apa yang kami cita dengan kertas undi, bukannya pemikiran sempit dan sokongan sorak di jalan.
ANTIDEMONSTRASI HARAM
Petaling Jaya
DIpetik dari www.utusan.com.my
Jangan biar rakyat tidak pedulikan undang-undang
July 9, 2008 by Pendeta · 4 Comments
SAYA terpanggil untuk mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi yang menyatakan baru-baru ini bahawa negara berada dalam kancah fitnah yang tidak pernah disaksikannya sepanjang 30 tahun menjadi ahli politik.
Saya berpendapat, pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jabatan kehakiman tidak seharusnya berada dalam keadaan lemah dan takut untuk bertindak tegas terhadap tindak-tanduk yang bersifat anarkis sama ada menerusi tulisan, ucapan, tunjuk perasaan dan sebagainya.
Yang terakhir sekali kita saksikan ialah apabila ada pemimpin politik yang belum didakwa di mahkamah telah membuat pembelaan diri menerusi media dan memainkan emosi rakyat.
Jika rakyat dibiarkan terus dalam keadaan tidak lagi mempedulikan undang-undang dan lebih dipengaruhi desakan emosi, ini adalah petanda negara berada di ambang kehancuran.
Justeru, apa juga langkah mesti diambil bagi mengembalikan sikap rasional rakyat supaya menghormati undang-undang negara.
Perdana Menteri pasti bersetuju bahawa apa yang berlaku sekarang adalah kesan daripada eksperimen dan percubaan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memberikan kebebasan kepada rakyat atas nama demokrasi.
Di negara-negara lain termasuk Singapura sekalipun, tahap kebebasan seperti di Malaysia ini belum dinikmati lagi. Ia diakui sendiri oleh warga Singapura dalam satu seminar di Kuala Lumpur baru-baru ini.
SubjudisSekarang kita sudah boleh melihat pihak media sendiri sudah tidak mempedulikan faktor subjudis dalam menyiarkan laporan dan berita mereka. Umpamanya, penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempertahankan diri terhadap aduan polis berhubung dakwaan kes liwat telah mengaitkan pula dengan satu kes lain yang sedang dibicarakan.
Jika negara ini mahu menunjukkan bahawa ia mengamalkan dasar keadilan, kebebasan dan demokrasi penuh maka sudah sampai masanya tertuduh kes jenayah juga diberikan kebebasan untuk bercakap pada sidang akhbar sebelum mereka dituduh di mahkamah.
Apa yang lebih dahsyat lagi ialah apabila akuan bersumpah telah disebarkan kepada orang ramai menerusi laman blog dengan menyifatkannya sebagai suatu kebenaran. Misalnya, akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam telah dijadikan oleh pemimpin DAP, Lim Kit Siang menerusi blognya sebagai suatu desakan supaya kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja.
Akhir sekali sebagai rakyat yang sayangkan keamanan dan kesejahteraan negara ini, saya mahu melihat pihak polis dan perundangan serta kerajaan lebih tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
Saya bimbang, jika ini tidak berlaku, rakyat tidak lagi akan menghormati undang undang dan negara ini berada dalam tangan pengacau, pemberontak dan anarkis. Bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur.
ANAK MALAYSIA
Kuala Lumpur
Dipetik dari www.utusan.com.my
Kabinet angan-angan pembangkang
July 3, 2008 by dewiarjuna · 1 Comment
Pilihanraya telah selesai lama, rakyat telah memberikan mandat kepada BN terus menjadi kerajaan dan rakyat telah memberikan mandat kepada pembangkang untuk menjadi kerajaan di lima buah negeri. Ini hak dan keputusan rakyat, pilihanraya ini bersih.
Pembangkan tidak puas hati dan mahu rompak hak rakyat dan mahu mengotorkan pilihanraya dengan berkihtiar mahu menajadi kerajaan pula, tidak habis-habis mereka menunjukan kerakusan mereka dengan
mengumumkan mahu menubuhkan kerajaan pintu belakang. Siapa yang tidak bersih sekarang?
Setiap hari mereka canangkan mereka akan menubuhkan kerajaan dengan cara memujuk calon BN sertai mereka, kesian dengan mereka ini. Kepingin mahu jadi kerajaan, beri betis mahukan peha pula. Kerajaan
angan-angan telah pun ditubuhkan di mana Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri, Timbalan nya pula ialah Lim Kit Siang dan juga Hj Hadi Awang.
Hari demi hari harapan diberikan kepada penyokong mereka untuk menunjukkan bahawa mereka sebenarnya mendapat sokongan dari rakyat. Hari demi hari penyokong mereka tidak sabar untuk melihat parti mereka menjadi kerajaan, kerajaan pintu belakang. Namun hari-hari yang mereka tunggu tidak juga kunjung tiba, keghairahn mereka untuk melihat kerajaan baru tidak kunjung tiba.
Alasan demi alasan diberikan oleh pemimpin mereka, belum tiba masanya lagi, waktu belum sesuai. Penyeksaan penantian mereka kini kian kendur, kerajaan bayangan semakin jauh, kepercayaan kata-kata
pemimpin mereka kian disangsikan dan kini mereka menerima kata-kata itu sebagai cakap-cakap kosong saja, Azmin Ali (budak Jambu) terus menegaskan dengan ghairah dan mengharapkan agar penyokongnya masih percaya akan kata-katanya.
Kesian ,biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya.
Ahmad Kamal Hassan
Perak












