Top

Muhyiddin tanding Timbalan Presiden UMNO

October 10, 2008 by admin · Leave a Comment 

PUTRAJAYA 10 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti itu pada Mac depan.

Naib Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira atas bahawa UMNO yang akan diterajui oleh bakal Presiden yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan barisan kepimpinan yang teguh, bersatu serta sentiasa menyokong dan membantu beliau terutama di dalam usaha mengatasi cabaran semasa.

Rasuah seks: JAIP tubuh jawatankuasa siasatan esok

October 7, 2008 by admin · 5 Comments 

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) akan mengadakan satu mesyuarat khas esok bagi membentuk satu jawatankuasa siasatan bagi menyiasat kes skandal seks yang melibatkan bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Zul Hassan.

Read more

PM lancar kempen ICT sebagai kerjaya pilihan

September 12, 2008 by admin · 2 Comments 

PUTRAJAYA 11 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan kempen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sebagai Kerjaya Pilihan yang dilihat satu lagi inisiatif kerajaan di bawah Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC) Malaysia bagi menggalakkan rakyat merebut peluang yang ditawarkan dalam sektor ICT di negara ini.

Kempen itu melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran, Kementerian Sumber Manusia dan Perbadanan Pembangunan Multimedia Sdn. Bhd. (MDEC).

Melalui kempen tersebut, pelbagai program akan dilaksanakan antaranya Inisiatif Pembangunan Pekerja Berilmu MSC Malaysia (KDI) dan Kerjasama Akademia bagi membolehkan Malaysia mampu menyediakan tenaga mahir bagi memenuhi permintaan industri ICT.

Pelancaran tersebut bersempena Mesyuarat Majlis Pelaksana MSC Malaysia Ke-20 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

Abdullah dalam ucapan pembukaan mesyuarat tersebut mahu jenama-jenama global sebenar muncul di kalangan syarikat-syarikat yang dibangunkan di bawah Koridor Raya Multimedia Malaysia (Malaysia MSC).

Beliau berkata, negara ini memerlukan ikon-ikon teknologi ICT global bagi membolehkan usahawan-usahawan yang baru dan pelajar meneladaninya.

‘‘Ketika kita perlu bangga dengan kejayaan MSC Malaysia, banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan termasuk membantu usahawan-usahawan ICT tempatan menyahut cabaran melebarkan operasi mereka ke luar negara dan bersaing dengan syarikat-syarikat global.

‘‘Saya berminat untuk berbincang tentang cadangan pembentukan syarikat ICT tempatan yang dibentang oleh MDEC hari ini,” kata.

Mesyuarat tersebut antara lainnya membincangkan agenda mewujudkan MSC Malaysia 2.0 yang menyentuh peranan MDEC bagi membantu meningkatkan daya saing Malaysia selain membangunkan industri ICT di negara ini.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Badlisham Ghazali.

Menurut Perdana Menteri, MSC Malaysia telah menunjukkan perkembangan yang menggalakkan apabila ia berjaya menempatkan sejumlah 2,170 buah syarikat bertaraf MSC Malaysia iaitu peningkatan sebanyak 19 peratus dari 2006 dengan sebanyak 79,000 pekerjaan berjaya diwujudkan.

Beliau menyatakan, MSC Malaysia akan terus menyaksikan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang meningkat 20 peratus antara 2006 dan 2007.

Tambahnya, perolehan syarikat bertaraf MSC Malaysia pada tahun lalu dicatatkan kira-kira RM17 bilion dengan peningkatan lebih 30 peratus berbanding pada 2006.

“Jumlah eksport pada 2007 dicatatkan melebihi RM5.5 bilion dan sukacita saya nyatakan syarikat Malaysia telah menyumbang kira-kira RM1.4 bilion kepada angka eksport berkenaan.

‘‘Ini menunjukkan syarikat tempatan MSC Malaysia sedang bersaing dan menerima urus niaga di dalam pasaran global.

‘‘Kita sepatutnya berbangga dengan kejayaan MSC Malaysia sehingga sekarang ini dan lebih banyak boleh dan perlu dilakukan,” katanya.

‘Kita akan bertindak tegas’

September 11, 2008 by admin · 11 Comments 

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang mencetuskan isu perkauman termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perdana Menteri berkata, ini berikutan situasi hubungan kaum yang semakin merosot hingga memungkinkan boleh berlakunya ketegangan.

Kata beliau, keputusan itu sejajar dengan ditetapkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini serta Jemaah Menteri yang telah membincangkan sama pagi tadi.

”Isu-isu yang biasa tidak pernah ditimbulkan dahulu telah ditimbulkan, perkara yang tak pernah dibincang juga nak dibincang, jadi ini menimbulkan pelbagai reaksi.

”Kita tak boleh biar situasi seperti ini berterusan yang boleh menegangkan keadaan hingga merosakkan ketenteraman awam,” katanya.

Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mesyuarat itu diadakan khas untuk menentukan bentuk tindakan ke atas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berikutan kenyataannya yang didakwa berunsur perkauman baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu Abdullah berharap rakyat akan memahami bahawa tindakan yang akan diambil itu adalah kerana negara ini didiami rakyat berbilang kaum dan oleh itu adalah perlu untuk dipelihara keamanan dan ketenteraman.

Kata beliau, langkah itu juga diambil agar rakyat terus saling meyakini dan menghormati antara satu sama lain supaya situasi ketenteraman, keamanan dan muhibah terus kekal dan merupakan faktor utama kemajuan negara.

”Kita perlu sayang kepada negara kita dan buat apa juga sebaiknya bagi mengelak pergaduhan dan sebarang perkara yang boleh mengancam keselamatan.

”Kita perlu selamatkan Malaysia daripada pergaduhan kaum, itu yang penting,” jelasnya.

Pada perkembangan yang sama ketika ditanya pemberita sama ada kenyataan beliau itu bermakna ISA akan digunakan dalam mengatasi isu yang boleh menimbulkan ketegangan kaum, Abdullah berkata; ”Kalau perlu, kalau perlu, (sebenarnya) jika yang telah berlaku itu sudah jelas menjadi kewajaran untuk diambil tindakan (ISA), maka saya percaya menteri yang berkenaan (Menteri Dalam Negeri) tentunya berpendapat ia juga sudah wajar tindakan ISA diambil,” katanya.

Mengenai tindakan yang bakal diambil kerajaan itu akan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara, Abdullah menegaskan, tidak ada kebebasan tanpa sekatan.

”Kita pun nak kebebasan bersuara tapi tidak ada kebebasan di dunia yang tidak ada sekatannya. Undang-undang mesti dihormati.

”Negara kita negara demokrasi lalu tidak ada seorang pun atas nama kebebasan nak berucap boleh cakap apa saja yang dia suka hingga jejas ketenteraman awam, sampai menyakiti hati orang lain dan langgar undang-undang,” tambahnya.

Jalin kerjasama umara, ulama

September 3, 2008 by admin · 2 Comments 

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu golongan umara (pentadbir) dan ulama menjalinkan kerjasama lebih rapat supaya segala isu berkaitan Islam dapat diselesaikan secara lebih menyeluruh.

Perdana Menteri berkata, langkah itu juga mampu mengelakkan perbalahan serta pergeseran di kalangan umat Islam apabila timbul sesuatu isu.

Menurutnya, semua pihak harus sedar bahawa kedua-dua golongan terbabit sangat berpengaruh dalam struktur organisasi masyarakat.

“Saya yakin gabungan umara dan ulama mampu menghasilkan sesuatu yang amat bermanfaat bagi kesejahteraan ummah kerana masing- masing mempunyai pengaruh yang cukup besar di dalam masyarakat.

“Pendapat ulama tidak boleh diketepikan kerana merupakan pihak yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Islam manakala umara merupakan golongan yang diberi kepercayaan untuk memimpin. Kita amat memerlukan gabungan kedua-dua pihak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perjumpaan dan Dialog Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Perdana Menteri kemudian berbuka puasa dan bersolat jemaah Maghrib, Isyak dan diikuti Tarawih secara berjemaah.

Perdana Menteri berkata, golongan umara perlu mendalami ilmu pengetahuan Islam agar dapat memahami peranan yang dimainkan oleh ulama.

”Apabila kita melihat kembali sejarah kegemilangan Islam, kebanyakan pemimpin zaman itu mempunyai pengetahuan yang cukup mendalam tentang Islam dan tidak hairanlah mereka pada masa itu dikenali sebagai ulama.

”Golongan ulama turut menjadi pelopor kepada sesuatu kebangkitan dan menjadi penggerak kepada arus perdana perubahan masyarakat,” katanya.

Bajet prihatin

August 30, 2008 by Pendeta · 4 Comments 

CERIA… Abdullah Ahmad Badawi membentangkan Bajet 2009 pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

——————————————————————————–

Hari ini kita berdepan persekitaran harga global yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Namun, saya yakin sekiranya kita bersatu padu, kita akan sekali lagi berjaya mengatasi cabaran yang dihadapi sekarang.

Kerajaan akan terus mentadbir ekonomi negara dengan penuh beramanah tanpa membuat janji-janji populis seperti dicanang oleh pembangkang yang boleh memusnahkan kedudukan kewangan kerajaan dan mewariskan negara muflis kepada generasi muda.

Jaringan

Keselamatan sosial
* Tabung khas RM25 juta bantu keluarga hilang punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

* Kelayakan pendapatan bantuan kebajikan dinaikkan dari RM400 kepada RM720 sebulan (Semenanjung), RM830 (Sarawak) dan RM960 (Sabah).

Rebat cukai
* Rebat cukai dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah.

Pendapatan dari faedah ke atas simpanan individu dikecualikan cukai.

Bil elektrik
* Bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan dikecualikan bayaran berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Elaun khas polis
* Elaun bayaran insentif khas anggota polis ditingkatkan kepada RM200 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Sara hidup nelayan
* RM180 juta untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

Pinjaman rumah
* Lanjut tempoh pinjaman perumahan kakitangan awam dari 25 tahun ke 30 tahun.

* Kemudahan pinjaman ubah suai rumah untuk rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman kerajaan.

* Pembeli rumah kos rendah diberi pengecualian penuh duti setem.

* Pembeli rumah pada harga sehingga RM250,000 dikecuali duti setem 50%.

Pengangkutan awam
* Laluan LRT baru sepanjang 42km dari Kota Damansara ke Cheras.

* Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd. dipertingkatkan.

* Membina terminal bersepadu di Bandar Tasik Selatan bagi kemudahan teksi dan bas antara bandar daripada kawasan selatan Semenanjung.

* Turunkan tol 50% bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun bermula 15 September 2008.

Dikecualikan cukai jualan bagi pembelian bas baru yang dipasang dalam negara.

* Cukai jalan RM20 setahun bagi semua bas, teksi, kereta sewa dan limosin.

* Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Bonus
* Sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi kakitangan awam.

* Dibayar dua kali pada September dan Disember ini.

Pencen
* Kakitangan kerajaan berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun menerima pencen tidak kurang RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Petani
* Peruntukan RM475 juta bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

Elaun perjalanan
* Pengecualian cukai sepenuhnya kepada elaun perjalanan oleh majikan manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga RM2,400 setahun.

Elaun OKU
* Elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

* Elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas ditambah daripada RM50 kepada RM150, sementara bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru.

Barangan pengguna
* Duti import beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada 10 peratus hingga 60 peratus kepada lima peratus hingga 30 peratus.

Cukai jalan
* Kadar cukai jalan kenderaan persendirian berenjin diesel individu dan syarikat sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 September 2008

Bajet: Harapan rakyat * Turun cukai pendapatan * Tambah rebat cukai * Baiki pengangkutan awam

August 29, 2008 by Pendeta · Leave a Comment 

Beberapa persatuan pengguna berpendapat cadangan tersebut tidak wajar kerana perkhidmatan itu kebanyakannya digunakan oleh rakyat berpendapatan rendah.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Sha’ani Abdullah turut mempersoalkan tindakan kerajaan mengenakan surcaj dalam tempoh tersebut.

“Apakah justifikasi dikenakan surcaj untuk tempoh singkat itu? Kenapa kerajaan tidak beri saja subsidi diesel 100 peratus kepada semua operator bas?’’ soal beliau.

Beliau turut mempersoalkan mengapa bas awam tidak dikecualikan daripada membayar tol dan sewa terminal bagi menangani kos peningkatan operasi tersebut.

Muhamad Sha’ani mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar yang mengumumkan surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspres dan bas berhenti-henti bermula 15 September hingga 15 Oktober ini.

Kata Noh, tindakan itu diambil sebagai langkah mengurangkan beban kos operasi yang ditanggung oleh pengusaha.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula menyifatkan keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu sememangnya amat memeranjatkan.

“Ini amat tidak diduga terutama bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana, kerana golongan ini banyak menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang ke kampung.

“Musim perayaan adalah masa untuk orang merapatkan hubungan kekeluargaan tapi kalau tiket bas sudah naik, apa pilihan yang mereka ada,” katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr. Jacob George pula berkata, kerajaan sepatutnya mencari penyelesaian ‘menang-menang’ buat pengusaha bas dan juga rakyat, bukannya membantu satu pihak dengan memindahkan bebanan kepada orang lain.

Selain itu, dia berharap gerabak khas disediakan untuk OKU supaya mereka tidak perlu berebut-rebut dengan penumpang normal

“Saya sering lewat sampai ke tempat kerja kerana tren lambat sampai. Kadangkala terpaksa menunggu hampir sejam kerana tren penuh, jauh sekali mendapat tempat duduk,” katanya yang bekerja sebagai tukang urut.

Herdawati turut berharap syarikat pengangkutan awam memberikan perkhidmatan secara percuma kepada mereka.

“Walaupun mendapat diskaun tambang sebanyak 50 peratus, kita masih terasa bebanan kos sara hidup tinggi kerana bukan semua mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.

Rakan sekerjanya yang juga OKU, Chan Kok Lim dari Johor, 28, meminta kerajaan menambah elaun pekerja cacat daripada RM300 kepada RM500.

Menurutnya, kos sewa rumah dan makanan bertambah secara mendadak ekoran kenaikan harga petrol baru-baru ini.

“Saya juga berharap lif, tandas dan komuter disediakan alat penghebah maklumat atau tulisan untuk orang buta, braille agar senang menggunakan kemudahan awam,” katanya.

Dalam pada itu, Kok Lim meminta kerajaan menyediakan rumah yang cukup untuk golongan OKU.

Sementara itu, di KOTA BHARU, seorang ahli akademik, Muhammad Shukri Salleh, 43, berpendapat, keperluan mendesak dalam aspek prasarana perlu diberi perhatian dalam Bajet 2009.

“Lampu-lampu jalan di laluan utama perlu dipasang dan kerajaan juga perlu mengurangkan kadar cukai jalan dan menurunkan harga minyak bagi meringankan beban rakyat,” ujarnya.

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY dan SUWARNI MOKHTAR

Harga minyak mungkin akan diturunkan lagi

August 27, 2008 by Pendeta · 1 Comment 

KUALA LUMPUR 27 Ogos — Kerajaan mungkin akan menurunkan lagi kadar harga minyak mengikut kadar harga di pasaran dunia bagi meringankan lagi bebanan rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Jelaing anak Mersat.

“Kerajaan bercadang untuk meringankan lagi bebanan ini dan mungkin menurunkan harga ataupun mengikut kadar harga minyak setong di pasaran dunia,” katanya menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Chong ingin tahu sama ada kerajaan akan menurunkan lagi harga petrol dan diesel pada 1 Sept nanti seperti yang dijanjikan walaupun harga bahan api itu telah diturunkan pada 22 Ogos lepas.

Jelaing berkata harga minyak diturunkan lebih awal dari tarikh yang diumumkan kerana hendak meringankan beban pengguna lebih awal dan kerajaan akan menurunkan harga bahan bakar itu sekiranya perlu selepas menilai semula perkara itu dalam masa dua minggu atau sebulan.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Henry Sum Agong (BN-Lawas), Jelaing berkata kementerian sedar akan masalah harga barang-barang keperluan adalah mahal dan ketara perbezaannya yang dihadapi oleh penduduk di tanah tinggi khususnya di Bario, Ba’Kelalan, Long Semadoh dan kawasan lain di Sarawak.

— LAGI PARLIMEN-MINYAK 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR “Faktor utama yang menyebabkan keadaan ini adalah kos pengangkutan yang amat tinggi untuk menghantar barang-barang keperluan bagi kegunaan penduduk dan ini tidak dapat dielakkan kerana kekurangan kemudahan pengangkutan yang disebabkan keadaan geografi serta kedudukan yang jauh dan terpencil,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri Sarawak telah memberi kemudahan subsidi bagi perkhidmatan pengangkutan darat yang disediakan untuk menghantar bekalan bahan petroleum bagi kegunaan penduduk di kawasan pedalaman.

Mengenai depot atau stesen minyak kecil yang akan didirikan di kawasan pedalaman Sarawak untuk mengatasi masalah harga minyak yang melambung tinggi di kawasan itu, Jelaing berkata kementerian dengan kerjasama kerajaan negeri Sarawak telah menubuhkan satu jawatankuasa teknikal pada 18 Ogos lepas.

“Penduduk di bahagian tersebut telahpun bergerak dan mendapatkan maklumat serta memberi cadangan di mana kawasan prioriti yang akan dibina depot ini supaya harga minyak di pedalaman ini dikurangkan lagi dan tidak begitu mahal daripada kawasan bandar,” katanya.

— BERNAMA

Khairy cabar Anwar bersumpah jika tidak bersalah

August 24, 2008 by dewiarjuna · 32 Comments 

BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat bagi membuktikan beliau tidak bersalah berhubung tuduhan liwat terhadapnya.

Read more

Nalla dakwa ada 5 pita rakaman dedah Anwar

August 24, 2008 by Pendeta · 19 Comments 

PERMATANG PAUH: Bekas rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa mempunyai lima pita rakaman, yang kini disimpan di luar, yang jika didedahkan boleh menjejaskan kerjaya politik Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

“(Saya) ada lima pita rakaman di luar negara… kalau saya mati hari ini (kerana telah menerima ugutan dibunuh) ia akan terbang (ke Malaysia),” kata beliau ketika berceramah untuk calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Permatang Pasir malam tadi.

Dalam ceramahnya itu, Nallakaruppan berkata, beliau menerima ugutan mati jika berkempen untuk BN, tetapi bersedia untuk berkorban kerana negara.

Nallakaruppan pernah ditahan dalam penjara kira-kira setahun selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan parti 10 dekad yang lalu.

Beliau telah keluar PKR tahun lalu selepas tidak menerima tiket untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Ijok, Selangor.

Malah dalam ceramah itu kata Nallakaruppan, beliau pernah memberi wang kira-kira RM60 juta kepada Anwar.

“Beliau ada angkat (terima RM60 juta). Suruh dia datang ke sini (Permatang Pasir) dan bercakap.

“Dia ada angkat (ambil), saya beri dia… Kalau saya ada terima wang RM60 juta, saya tak perlu berada di sini,” kata beliau.

Nallakaruppan ketika itu merupakan pengarah perhubungan awam Magnum Corporation Bhd.

Beliau berkata, pendedahan ini dibuat kerana rasa cintakan negara ini dan tidak mahu pemimpin yang tidak boleh dipercayai menerajui negara ini.

Nallakaruppan berkata, beliau tidak sedikit pun terkejut apabila timbul pelbagai tuduhan terhadap Anwar kerana beliau mengetahui siapa sebenarnya bekas Menteri Kewangan itu yang digauli 30 tahun.

“Selepas main tenis saya tahu mana dia pergi, sebab itu saya tidak terkejut,” kata beliau.

Malah, menurut Nallakaruppan, beliau juga ada menerima ugutan supaya tidak berkempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Beliau telah menerima lebih daripada 10 khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan supaya meninggalkan Permatang Pauh.

Nallakaruppan berkata, ugutan-ugutan itu diterimanya sejak beliau menjejakkan kaki ke Permatang Pauh sejak seminggu lalu dan yang terbaru bilik gerakannya di Seberang Jaya didatangi beberapa lelaki India yang membawa bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengancam dua petugasnya.

“Saya terima SMS hampir setiap hari dan hari ini pun ada. Saya telah membuat lima laporan polis setakat ini,” kata beliau dipetik Bernama, yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) dan menambah, SMS itu mengancam nyawanya.- mStar

Next Page »

Bottom