Gerakan tidak akan sertai pembangkang jika keluar BN
Parti Gerakan Rakyat Malaysia tidak akan “dalam apa cara sekali pun” menyertai pembangkang sungguhpun jika parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Gerakan Selangor dan Anggota Jawatankuasa Pusat parti, A. Kohilan Pillay hari ini.
Beliau berkata, Gerakan sedang meneliti segala kemungkinan, termasuk menjadi sebuah entiti bebas, namun menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Pakatan Rakyat.
“Apa jua keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti, ia mesti diterima dengan sebulat suara oleh akar umbi.
`Perkara ini membabitkan status serta masa depan kami dan ia akan ditangani dengan sebaik-baiknya. Kami tidak mahu menjadi sebuah lagi SAPP (Parti Maju Sabah) atau MDP (Parti Demokratik Malaysia, serpihan daripada DAP), apabila keputusan penting telah mengakibatkan perpecahan dalam parti,” katanya kepada pemberita di luar persidangan perwakilan kebangsaan Gerakan di sini.
Selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum 8 Mac, Gerakan mendapati banyak anggotanya berhenti atau menyertai pembangkang, dan ini meletakkan tekanan yang amat berat kepada pemimpin parti supaya mengambil tindakan drastik demi kebaikan parti.
Najib 7, Muhyiddin 6, Mohd Ali 1
October 12, 2008 by admin · Leave a Comment
Perlumbaan untuk mendapatkan pencalonan bagi jawatan-jawatan tertinggi Umno semakin rancak apabila lebih 30 bahagian mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing hari ini. Sehigga jam 2.20 petang Sehingga ini Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat tujuh pencalonan bagi jawatan presiden. Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat enam pencalonan untuk jawatan timbalan presiden, manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat satu pencalonan.
Beliau mendapat pencalonan dari bahagian Bukit Gelugor, Kalabakan , Parit Buntar dan Jempol.
Manakala Tan Sri Muhyiddn Yassin mendapat lima pencalonan sehingga ini, termasuk dari bahagian Bukit Gelugor, Kalabakan dan Jempol.
Manakala Parit Buntar pula mencalonkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk jawatan timbalan presiden.
Bagi jawatan naib presiden pula, Bukit Gelugor mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Manakala Kalabakan pula mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal,
Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Hishammudin.
Bahagian Parit Buntar pula mencalon Zahid, Syed Hamid dan Tan Sri Isa Samad.
Jempol pula mencalonkan Hishammuddin, Isa dan menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan.
Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut menawarkan diri bertanding jawatan presiden, belum mendapat pencalonan.
Begitu juga dengan dua lagi calon bagi jawatan timbalan presiden - Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Nur Jazlan belum mendapat pencalonan
94 ketua bahagian Umno jadi rebutan
October 8, 2008 by admin · Leave a Comment
Biarpun Perhimpunan Agung Umno ditunda dari Disember ini ke Mac tahun depan, bahangnya tetap terasa menjelang persidangan perwakilan bahagian yang bermula Khamis ini lebihlebih lagi kerana urusan pemilihan menjadi agenda utamanya. Read more
Harga petrol, diesel turun lagi, kali ini 10 sen
September 25, 2008 by admin · 34 Comments
Harga petrol dan diesel mengalami penurunan sebanyak 10 sen berkuat kuasa tengah malam ini.Perdana Menteri, Read more
Kerajaan bincang turun harga minyak Rabu ini
September 22, 2008 by admin · 8 Comments
Kerajaan dijangka akan membincangkan rancangan untuk menurunkan harga runcit minyak sebelum perayaan Aidilfitri pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau akan membawa rancangan penurunan harga itu pada mesyuarat Kabinet berkenaan untuk diputuskan.
“Insya-Allah, saya perlu bawa rancangan penurunan harga minyak ke kabinet Rabu ini kerana Rabu ini adalah mesyuarat terakhir Kabinet sebelum kita berhari raya.
“Kita akan bincang bila tarikh penurunan dan kadar penurunan yang sesuai,” katanya.
Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada keluarga miskin, ibu tunggal dan anak yatim kawasan Flet Sri Stulang, di sini hari ini.
Beliau berkata, kerajaan perlu meneliti tarikh penurunan harga minyak kerana penurunan harga dikhuatiri menyebabkan kekurangan bekalan pada musim perayaan ini.
“Kita kena buat penyesuaian kerana kita khuatir segelintir pengusaha stesen minyak tidak mahu mendapatkan bekalan daripada pembekal sekiranya mereka tahu harga akan turun,” katanya.
Pada 23 Ogos lepas harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70. BERNAMA
Pemuda perlu jadi wadah generasi muda
September 20, 2008 by admin · 9 Comments
ALOR STAR: Pemuda Umno tidak boleh dilihat eksklusif untuk ahli pergerakan itu saja, sebaliknya perlu menjadi wadah untuk perjuangan seluruh generasi muda negara, kata Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Bagi mencapai matlamat itu, beliau berkata, Pergerakan Pemuda Umno perlu memantapkan hubungan dengan ahlinya pada peringkat akar umbi, sesama ahli Pemuda komponen Barisan Nasional (BN) dan generasi muda di luar parti.
“Pemuda Umno perlu bergerak di atas tiga teras ini bagi memastikan ia terus menjadi wadah perjuangan semua pihak dan bersifat inklusif.
“Hanya dengan merapatkan jurang antara cawangan dan Pusat, ahli Pemuda Umno pada peringkat akar umbi akan berasa mereka diperkasakan menerusi semangat setia kawan.
“Bagi Pemuda Umno dan BN pula, kita nampak hubungan itu perlu diperkukuhkan lagi kerana pada masa ini kelihatan longgar sedikit disebabkan isu seperti perkauman.
“Perlu ada satu perjanjian baru di antara Pemuda Umno dan BN untuk melihat bagaimana hendak menangani isu itu dengan cara yang berhemah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan program Nur Ramadan kepada 116 warga emas, ibu tunggal dan orang miskin di Masjid Hidayatul Solihin di sini, semalam.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata Pemuda Umno juga perlu mendekatkan diri dengan golongan muda di luar parti itu supaya dilihat sebagai wadah perjuangan seluruh rakyat.
Khairy adalah antara empat calon yang setakat ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini.
Calon lain ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis sama, Khairy juga meminta ahli Pemuda Umno mendampingi generasi tua termasuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan sebagai mengenang jasa mereka ketika perjuangan menuntut kemerdekaan.
“Tidak kira sama ada kita (Pemuda Umno) berada di negeri diperintah pembangkang, kita perlu terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
“Pemuda perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakyat terutama warga emas, ibu tunggal dan orang miskin,” katanya.
Tidak Perlu Sidang Khas Parlimen, Kata Abdullah
September 18, 2008 by admin · 7 Comments
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menolak cadangan untuk diadakan sidang khas Parlimen seperti yang digesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya tidak nampak apa perlunya untuk diadakan, sebab Parlimen akan kembali bersidang tak lama lagi selepas habisnya bulan Ramadan.
“Jadi gunakan time (masa) itu untuk buat apa pun,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini.
Abdullah mengulas kenyataan Anwar hari Khamis yang mahu satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membolehkan pembangkang membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Masjid Kinrara sokong Teresa kena ISA
September 16, 2008 by admin · 19 Comments
Pengerusi Masjid Bandar Kinrara, yang menerima petisyen membantah penggunaan pembesar suara untuk beberapa kegiatan agama, bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas exco kanan Selangor, Teresa Kok.
Abdul Rahman Nasir berkata, secara umumnya, perkara sensitif membabitkan agama “tidak boleh dimainkan”.
“Perkara ini tidak boleh dimainkan. Terutama sekali di negeri Selangor ini, bukan saja (berkenaan) agama Islam, tetapi apa agama pun (tidak boleh dimainkan).”
Penahanan Teresa dipercayai mempunyai kaitan dengan petisyen sekumpulan 189 penduduk sekitar Seksyen 5, Bandar Kinrara yang meminta pihak masjid tersebut memperlahankan penggunaan pembesar suara untuk aktiviti keagamaannya.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh.
Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Abdul Rahman bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu itu kerana pihaknya cuma sebagai penerima petisyen dan tidak tahu-menahu tentang perkara lain di sebalik isu itu.
Masyarakat Islam setempat pula, menurut Abdul Rahman tidak memberikan sebarang reaksi terhadap penahanan itu dan bertindak seperti biasa.
“Kita tidak ada apa. Sudah lama dah masjid ini dibina. Itulah, persoalannya, kenapa sekarang? Kalau tidak puas hati, pindahlah.
“Dari dulu lagi waktu hendak beli rumah, pelannya sudah ada, sini masjid, sini taman permainan. Kenapa dulu beli di sini?” katanya.
Selain Teresa, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah akta kontroversi itu, Jumaat lalu.
Tan bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu.
Muhyiddin perlu melepaskan jawatan - Alwi
September 14, 2008 by admin · 5 Comments
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar melepaskan jawatannya sebagai menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang meminta Muhyiddin melepaskan jawatannya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas menyifatkan cadangan Zaid itu memang wajar memandangkan Muhyiddin seorang menteri yang dipilih oleh Perdana Menteri.
”Contohnya dalam ibadat solat, jika seorang makmum (pengikut) yang merasakan imam tidak betul, dia kena mufarakah (berpisah daripada imam),” katanya di sini hari ini.
Mohd. Alwi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zaid supaya Muhyiddin meletakkan jawatan jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdullah.
Menurut Zaid, jika Muhyiddin enggan berbuat demikian, Abdullah mempunyai kuasa untuk memecat beliau.
Kelmarin, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.
Muhyiddin mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah ‘tenggelam’ dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.
Mohd. Alwi turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin membuat kenyataan itu memandangkan beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Etika Pemilihan Parti.
“Apakah tindakan itu menunjukkan beliau (Muhyiddin) beretika atau telah melanggar etika parti?” soalnya.
Selain itu, beliau juga mempersoalkan rasional dan agenda sebenar tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengeluarkan kenyataan tersebut di Singapura dan bukannya di negara ini.
”Sebenarnya, Muhyiddin boleh memberikan pandangannya semasa perjumpaan dengan Perdana Menteri setiap hari Rabu dan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT), bukan secara terbuka di luar negara,” katanya.
Zaid desak Muhyiddin dipecat
September 13, 2008 by admin · 11 Comments
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika Muhyiddin enggan berbuat demikian, Abdullah pula mempunyai kuasa untuk memecat beliau.
”Perkara ini cukup mudah, jika Muhyiddin tak puas hati dan tidak yakin dengan Abdullah, beliau harus meletakkan jawatan sebagai menteri,” katanya.
Zaid bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pameran bertajuk Wallscapes: Catan Merdeka oleh Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei dan Dunia Ketiga oleh Shen Jiawei di Galeri Petronas di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Naib Presiden UMNO itu yang mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui akan diadakan pada 2010.
Kelmarin, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.
Muhyiddin mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah ‘tenggelam’ dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.
Zaid menegaskan Abdullah tidak wajar memiliki menteri seperti Muhyiddin yang cuba mempertikaikan kepimpinannya.
”Jika saya tidak berpuas hati dengan Abdullah tindakan yang akan saya ambil adalah meletakkan jawatan,” katanya.
Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyelar mana-mana pemimpin tertinggi UMNO yang mempersoalkan kepimpinan Perdana Menteri.
Kata beliau, perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan amat mendukacitakan seolah-olah satu sokongan yang membawa rebah.
”Saya amat sakit hati, dukacita dan kecewa kerana orang yang dipercayai oleh Abdullah semakin hari semakin menuding jari kepada Perdana Menteri,” katanya















