Kelab Penyokong Maya UMNO // KPMU.NET » Featured

Pemimpin PAS tidak perlu risau jika dicabar ketika pemilihan: Abdul Fatah
RANTAU PANJANG: 21 April – Pemimpin PAS tidak perlu berasa risau  atau bertindak  terburu-buru apabila diuar-uar akan dicabar pada  pemilihan parti yang  akan berlangsung pada Jun ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata   mereka sebaliknya harus menilai sendiri sama ada mereka berjuang untuk   parti atau kepentingan diri.

“Pemimpin tertinggi PAS termasuk presiden sendiri tidak perlu kalut   apabila menghadapi keadaan sama ada dicalonkan atau mempertahankan diri   dalam sesuatu jawatan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit   Tuku itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemimpin PAS yang matang juga tahu bahawa mereka yang   benar-benar berwibawa tidak perlu menonjolkan diri supaya dicalonkan,   sebaliknya menunggu pencalonan daripada akar umbi.

“Malah, pemimpin tertinggi sendiri sedia berundur jika mereka   merasakan tidak berkemampuan untuk terus memimpin atas sebab-sebab   tertentu, termasuk faktor usia atau kredibiliti dipersoalkan. Sebab itu   tidak pernah berlaku perebutan dalam PAS,” katanya.

Abdul Fatah diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden parti,   Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilapor berkata, beliau sedia ditentang   bagi jawatannya itu.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa   dicalonkan PAS kawasan Bukit Bintang untuk bertanding merebut jawatan   presiden parti. – BERNAMA

Kerajaan Kelantan bantah pusat jadi pencelah kes tuntutan royalti minyak
KUALA LUMPUR: 21 April – Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan rayuan  membantah  keputusan kerajaan pusat menjadi pencelah dalam samannya  terhadap  Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung tuntutan  royalti minyak.

Kerajaan negeri juga memfailkan satu lagi rayuan berhubung keputusan   Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya saman itu dipindahkan   semula untuk didengar oleh Mahkamah Baru Komersial (NCC).

Mahkamah Rayuan tidak menetapkan sebarang tarikh bagi mendengar   kedua-dua permohonan itu, kata peguam Rishwant Singh, yang mewakili   Petronas, kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof  telah  menetapkan 20 Mei bagi sebutan saman itu selepas menemui beliau  bersama  peguam Nur Ashikin Abdul Rahim, yang mewakili kerajaan  Kelantan, dan  Peguam Kanan Persekutuan, Noorhisham Ismail, yang  mewakili kerajaan  pusat, semasa pengurusan kes.

Pada 22 Mac, hakim Zabariah membenarkan permohonan kerajaan pusat   menjadi pencelah dalam saman itu dan juga menjadi defendan kedua.

Manakala, pada 31 Mac, beliau menolak permohonan kerajaan negeri supaya kes itu dipindah semula ke Mahkamah Baru Komersial.

Kerajaan Kelantan mahu supaya kes itu didengar oleh Mahkamah Baru   Komersial kerana kes itu pada asalnya didengar oleh mahkamah berkenaan.

Ia kini akan didengar di Mahkamah Baru Sivil.

Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan   Kelantan menamakan Petronas sebagai defendan berhubung dakwaan melanggar   kontrak mengenai pembayaran wang kepada negeri itu bagi hasil minyak   berdasarkan Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei   1975, yang menetapkan bahawa Petronas harus membayar lima peratus  dalam  bentuk wang tunai daripada hasil minyak, yang diperoleh daripada  kerja  mencari gali sama ada di darat atau di luar pesisir pantai.

Dalam kenyataan tuntutannya itu, kerajaan negeri memohon perintah   supaya Petronas membuat penjelasan penuh dan benar mengenai semua fakta   berhubung bayaran yang harus diberikan kepada Kelantan serta tempoh   minyak ditemui dan dihasilkan di luar pesisir pantai Kelantan. – BERNAMA

Senjata milik Tengku Fakhry tak sepadan peluru kes tembak
TUMPAT: 21 April – Saksi terakhir dalam prosiding inkues membabitkan  kematian  pengawal keselamatan Istana Kelantan memberitahu Mahkamah  Koroner di  sini semalam, dua jenis senjata api dan peluru diambil  daripada Tengku  Muhammad Fakhry Petra di Istana Mahkota tidak sepadan   peluru digunakan   kes tembak Ramli Mohd.

Pegawai Penyiasat, Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu   Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Asisten Superintendan   Kamarulnizam Alias, ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Raja   Norshuzianna Shakila Raja Mamat berkata, dua senjata api itu ialah   senapang patah jenis Benelli berserta peluru dan sepucuk pistol   Automatik jenis Glock.33 bersama pelurunya.

Beliau  menjadi saksi inkues ke-38 berkata,  polis juga mengambil   barangan lain seperti 51 peluru, seutas tali silang  digunakan bersama   senapang patah, dua kelopak peluru dan lesen senjata api milik anakanda   ketiga bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra itu.

“Senjata api yang diambil di Istana Mahkota, Kubang Kerian diserahkan   kepada saya oleh seorang pegawai atasan pada 5 Mei 2010,  jam 12.15   malam.

“Bagaimanapun, selepas didapati peluru digunakan dalam kes tembak   Ramli tidak sama  senjata api diambil, jadi atas arahan Ketua Jabatan   Siasatan Jenayah Kelantan ketika itu, Datuk Mazlan Lazim supaya serah    barang berkenaan kepada Tengku Muhammad Fakhry.

“Peluru yang digunakan dalam kes tembak Ramli bersaiz .32  sedangkan  (senjata api) diambil ialah satu senapang patah dan sepucuk  pistol  Automatik jenis Glock.33.

“Disebabkan tidak sama,  arahan supaya serah semula dibuat selepas   mendapat laporan forensik,” katanya  menjawab soalan Timbalan Pendakwa   Raya Wan Abdul Razak , semalam.

Kamarulnizam yang diarah mengambil alih siasatan kes membabitkan  Ramli  daripada Inspektor Noor Shuhada Husin daripada Jabatan Siasatan  Jenayah  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, itu juga memaklumkan  kepada  Koroner polis turut menahan dua individu bagi membantu siasatan.

Katanya, tangkapan membabitkan tukang masak peribadi Tengku  Muhammad  Fakhry iaitu Mohd Rusdee Hassan@Thopearoh, 46, atau Chef Dee  pada 12  Mei 2010, kira-kira jam 3 pagi dan Mohd Salleh@Abd Ghani Ismail,  tanpa  menyebut tarikh dan waktu ditangkap.

Sementara itu, bekas pembantu peribadi Raja Perempuan Tengku Anis   Tengku Abdul Hamid, Muhammad Burhanuddin Ab Maleki, 35, memberitahu   mahkamah, ketika   di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, ada dua   perkara berlaku iaitu ada pihak memasuki bilik Tuanku Ismail tanpa   kebenaran dan pertelingkahan membabitkan pengawal swasta dan pengawal   istana dilantik kerajaan. Keputusan inkues  dibuat  2 Mei ini.

Beng Hock orang perantara: Saksi
KUALA LUMPUR: 21 April – Seorang saksi mengakui beliau, isterinya dan  anak  saudaranya yang mempunyai kaitan dengan pemimpin DAP, berperanan  dalam  pemilihan kontraktor dan mendapatkan kontrak bagi projek daripada   kerajaan negeri Selangor.

Ahli perniagaan, Lee Wye Wing, 52, memberitahu demikian kepada   Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock, semalam, ketika disoal   peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri   Muhammad Shafee Abdullah.

Anak saudara Wye Wing, Lee Kee Heng adalah bekas setiausaha Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Disoal Muhammad Shafee, Wye Wing mengakui semua syarikatnya didaftar   atas nama isterinya, tetapi dia tidak terbabit secara langsung dan   hanya menandatangani cek.

Beliau mengakui menggunakan syarikat Bumiputera  mendapatkan projek   kecil juga setuju menerima banyak projek daripada ADUN Seri Kembangan,   Ean Yong Hian Wah, majikan Beng Hock.

Wye Wing turut setuju memberikan lima hingga 10 peratus komisyen   hasil projek kepada syarikat Bumiputera yang namanya digunakan untuk   mendapatkan projek itu.    Antara syarikat Bumiputera itu ialah MKMN  Enterprise, MA Bina Melur  Enterprise, Fizami Construction dan Aris  Enterprise.

Wye Wing mengakui syarikat itu turut menerima wang pendahuluan   daripada DAP dan membayarnya kembali sebaik mendapat bayaran untuk kerja   dilaksanakan.

Beliau bagaimanapun menafikan memberikan wang untuk dana DAP.

Menjawab soalan Muhammad Shafee, Wye Wing berkata, Beng Hock adalah   perantara dan terbabit menentukan sebut harga bagi projek yang   diluluskan Hian Wah.

Katanya, Beng Hock mengetahui jumlah sebut harga bagi sesuatu projek dan akan menyampaikan maklumat itu kepada Hian Wah.

“Sebelum jumlah itu dipersetujui, saya akan menghantar e-mel kepada   Beng Hock dan pindaan akan dibuat pada sebut harga jika Hian Wah tidak   setuju dengan harga ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Shah Alam,   Deputi Superintendan (DSP) Kamaruddin Ismail yang juga saksi ke-37   memberitahu suruhanjaya, 20 kertas siasatan dibuka terhadap pegawai SPRM   Selangor kerana menggunakan kekerasan ketika menyoal siasat, antara 25   Mac 2005 dan 18 Julai 2009.

Katanya, semua laporan dibuat orang awam dan terakhir oleh Tan Boon   Wah (Ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPK) yang disoal siasat SPRM   pada malam sama dengan Beng Hock).

Kamaruddin berkata, daripada 20 aduan itu, 13 kes masih dalam siasatan, manakala bakinya sudah ditarik balik pengadu.

“Ada kes dikelaskan sebagai ‘NFA’ (tiada tindakan lanjut) disebabkan   saksi atau pengadu tidak hadir untuk membuat pengecaman dalam kawad cam   dan kami menganggap mereka tidak berminat,” katanya.

Kamaruddin berkata, daripada 20 aduan itu, 13 membabitkan pegawai penyiasat SPRM, Mohd Ashraf Mohd Yunus.

Disoal pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen sama   ada SPRM bekerjasama dengan polis dalam siasatan itu, Kamaruddin berkata   SPRM tidak memberikan kerjasama sehingga selepas kematian Beng Hock.

“Kita menerima surat daripada Timbalan Pengarah SPRM Selangor,   Hishamuddin Hashim pada 2008, memaklumkan SPRM perlu mendapatkan   pandangan Pejabat Peguam Negara untuk memberi kerjasama berhubung semua   laporan polis itu,” katanya.

Sementara itu, Cheng Yuen mengumumkan tempoh siasatan suruhanjaya   dilanjutkan dua bulan sehingga 25 Jun ini selepas mendapat perkenan Yang   di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Perlanjutan tempoh itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak, melalui sepucuk surat. Prosiding bersambung hari ini.

Akaun e-mel peribadi setiap rakyat
PUTRAJAYA: 20 April – Mulai Julai ini rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas  akan diberikan akaun e-mel peribadi menerusi web portal E-mel 1Malaysia   yang membolehkan mereka menerima kenyataan dan makluman daripada  kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat  dengan semua agensi awam.

Projek E-mel 1Malaysia (1MY) itu juga bagi mewujudkan perhubungan lebih  telus dan selamat rakyat dengan kerajaan, di samping meningkatkan mutu  perkhidmatan sektor awam kepada rakyat kerana ia berfungsi sebagai  portal sehenti untuk perkhidmatan beberapa agensi kerajaan.

Ia juga akan melengkapi beberapa perkhidmatan dalam talian yang  diperkenalkan kerajaan sebelum ini seperti portal rasmi kerajaan,  myGovernment dan portal aplikasi kerajaan elektronik (e-kerajaan), MyEG.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak ketika pengumuman projek baru Program Transformasi Ekonomi (ETP),  di ibu negara semalam.

Laman portal sehenti berkenaan akan dibangunkan oleh syarikat  senarai Bursa Malaysia, Tricubes Bhd dan menyediakan perkhidmatan  sokongan seperti rangkaian sosial, pembayaran bil dalam talian dan  permohonan kerakyatan menerusi pautan.

Ketua Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar, berkata syarikat  berkenaan yang terbabit dalam perniagaan kemudahan teknologi untuk  segmen enterpris dan pengguna akan melabur RM50 juta dalam tempoh 10  tahun akan datang bagi membangunkan sistem e-mel berkenaan dan dijangka  menyumbang RM39 juta kepada pendapatan negara kasar (PNK) menjelang  2020.

Khairun Zainal berkata, Tricubes akan memiliki dan mengendalikan  sepenuhnya portal sehenti berkenaan kerana ia adalah inisiatif swasta.

“E-mel 1Malaysia akan menjadi e-mel peribadi rakyat untuk  mendapatkan perkhidmatan berkaitan kerajaan. Kami sedang meninjau untuk  meletakkan notis dan pengumuman penting daripada kerajaan  dihantar  terus dalam peti e-mel pengguna,” katanya.

Ditanya mengenai perbezaan portal e-mel 1 Malaysia dengan MyEG,  beliau berkata MyEG ditumpukan kepada perkhidmatan pembayaran bil,  manakala E-mel 1Malaysia untuk menyampaikan notis dan maklumat kerajaan.

Beliau menjelaskan, Tricubes kini sedang meninjau beberapa cara  untuk menjadikan pendaftaran akaun e-mel berkenaan secara automatik  kepada pemegang MyKad berusia 18 tahun ke atas.

INFO: E-mel 1 Malaysia

Dikendalikan oleh Tricubes Bhd yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang biometrik dan kad pintar.

Dimiliki sepenuhnya oleh Tricubes menerusi bidaan terbuka  Unit Perancangan Pengurusan dan Pemodenan Pentadbiran Malaysia (MAMPU).

Menjadi platform utama dan rasmi bagi komunikasi dua hala rakyat dengan kerajaan.

Dilengkapi pautan yang membolehkan beberapa urus niaga berkaitan agensi kerajaan dilaksanakan

Imam Besar Mekah Puji Cara Malaysia Urus Jemaah Haji
PETALING JAYA: 20 April – Kecekapan Malaysia menguruskan  jemaah haji ketika menunaikan ibadah itu di tanah suci, mendapat pujian  Imam Besar Masjidil Haram iaitu Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz  As-Sudais.

Beliau menyifatkan Malaysia sebagai negara contoh dalam menguruskan  hal ehwal ibadah Haji dan berkata ia perlu dijadikan panduan oleh  masyarakat serta negara Islam lain di seluruh dunia.

“Ia termasuk aspek memberi kefahaman hukum-hukum kepada jemaah  terlibat, bagaimana menguruskan kebajikan mereka, dan bagaimana membantu  meningkatkan ekonomi jemaah sebelum dan selepas menunaikan Haji,”  katanya kepada para pemberita selepas menyampaikan syarahan umum  bertajuk “Masa Depan Ketamadunan Islam pada abad ke-21″ di Institut  Kajian Islam Lanjutan Antarabangsa di sini, Rabu. Butiran yang  disampaikan Sheikh Dr Abdul Rahman itu diterjemah oleh Yang Dipertua  Persatuan Bahasa Arab Malaysia Datuk Mahamud Abdul kepada pemberita.

Sheikh Abdul Rahman turut menyampaikan salam Raja Arab Saudi Raja  Abdullah Abdulaziz Al Saud serta rakyatnya kepada pemimpin dan penduduk  Malaysia, dengan harapan hubungan sedia ada dapat ditingkatkan demi  kepentingan kedua-dua negara.

Beliau juga berharap Malaysia dan Arab Saudi dapat bekerjasama dalam  menyampaikan mesej Islam ke seluruh dunia dengan penuh kesederhanaan  agar lebih ramai membuka hati untuk menerima ajaran Islam.

Sheikh Abdul Rahman berkata bagi tujuan tersebut, umat Islam perlu menunjukkan contoh terbaik dalam amalan kehidupan seharian.

“Apabila kita menyampaikan Islam dan orang tak mahu terima, kita kena  hormati. Tapi ada dua cara dalam berdakwah, sama ada melalui syarahan  seperti yang kita lakukan hari ini, atau menunjukkan contoh supaya imej  umat Islam yang baik boleh ditonjolkan dengan lebih banyak kepada bukan  Islam,” katanya.

Beliau turut menggalakkan umat Islam menguasai bahasa Arab kerana ia  bahasa Al-Quran dan tidak menganggap ia hanya untuk orang Arab.

Sheikh Abdul Rahman sedang dalam rangka lawatan lima hari ke  Malaysia, dan dijangka menyampaikan khutbah sebelum mengimamkan solat  Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, sebelum pulang ke Arab  Saudi.-BERNAM

Zeti dilantik semula Gabenor Bank Negara
KUALA LUMPUR 20 April – Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz telah dilantik  semula sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun  berkuatkuasa 1 Mei.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM berkata, pelantikan semula  itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zeti, 64, telah memegang jawatan Gabenor sejak Mei 2000. – Bernama

PM akui kuasa media pengaruh rakyat
PUTERAJAYA: 20 April – “Pena,  papan kekunci dan tetikus adalah lebih berkuasa daripada pedang.”  Begitulah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika  berucap pada Taklimat Media Inisiatif Penjanaan Kekayaan Baru dan  Pembangunan Eko-Sistem Negara Melangkaui 2021 – Unit Inovasi Khas (UNIK)  di Putrajaya, Selasa.

“Pihak  media, bantulah saya untuk membuat rakyat melihat visi Malaysia yang  inovatif  dengan jelas sebagaimana saya melihatnya. Andalah duta yang  boleh mempengaruhi rakyat melalui penulisan anda. “Pena,  papan kekunci dan tetikus adalah lebih berkuasa daripada pedang.  Gerakkan rakyat menerusi kewartawanan anda, supaya kita bersama-sama  mengatasi cabaran, berada pada landasan yang betul dan membina Malaysia  ke arah cemerlangan.” katanya.

Terdahulu,  Perdana Menteri mengumumkan 23 inisiatif ekosistem dan penjanaan  kekayaan yang akan menarik pelaburan berbilion Ringgit serta melahirkan  lebih banyak penjanaan kekayaan negara.

Najib  menegaskan, untuk melahirkan nilai yang baru menerusi inovasi, rakyat  perlu mengubah sikap. “Sekiranya pada peringkat awal cabaran kita ialah  untuk mengubah sikap “tidak apa”, sekarang kita perlu mengubah sikap  “lebih kurang”.

“Kita  mesti bertindak tepat dalam apa jua yang kita lakukan. “Lebih kurang”  tidak mencukupi. Kita perlu berubah supaya kita boleh keluar dari zon  selesa. Kita tidak boleh berpuashati dengan kejayaan yang sedia ada.

“Kita  mempunyai tanggungjawab meninggalkan kepada keturunan kita satu  platform untuk mereka menjadi rakyat yang terbilang di peringkat  global,” kata Najib yang turut menyaksikan majlis perjanjian kerjasama  strategik antara beberapa rakan kongsi dengan Unit Inovasi Khas (UNIK),  yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurutnya,  bukan mudah untuk melakukan transformasi minda. Tetapi untuk menjadi  negara yang inovatif, transformasi minda perlu dilakukan di sektor  kerajaan, industri dan pendidikan.

Najib  berkata dia memberi penekanan khusus kepada penjanaan kekayaan kerana  ia adalah matlamat pertama Model Ekonomi Baru. Katanya dalam  persekitaran global hari ini, pelaburan sahaja tidak mencukupi dan  kerajaan harus melihat cara lain bagi menjana kekayaan,

“Untuk  menjadi negara yang membangun, usaha menjana kekayaan harus dibuat  menerusi inovasi.Kita harus ingat bahawa inovasi bukan satu destinasi  tetapi satu perjalanan. Ini adalah permulaan perjalanan yang panjang dan  kita baru memulakan pelayaran. Kita mungkin akan melakukan beberapa  kesilapan dalam perjalanan kerana kita belayar di atas lautan yang tidak  pernah diduga.”

Enam Belas Dakwa Ditipu Terpilih Bertanding Pilihan Raya Sarawak
SIBU, 20 April  — Seramai 16  lelaki mendakwa ditipu oleh dua   orang yang kononnya mewakili Umno untuk memilih mereka ini menjadi   calon parti itu pada pilihan raya negeri 16 April lepas.

Seorang daripada mereka, Joseph anak Lebun, 27, mendakwa mereka   dijanjikan RM1 juta tiap seorang sebagai perbelanjaan pilihan raya dan   RM250,000 sebagai wang jaminan sama ada kalah atau menang apabila   bertanding.

Ketika dihubungi Bernama pada Rabu, Joseph berkata mereka telah   menjalani tapisan peluang kemenangan oleh dua lelaki yang mendakwa   mewakili sebuah badan dikenali sebagai Jawatankuasa Penajaan Umno   Sarawak (JPUNS).

Umno tidak mempunyai cawangannya di Sarawak.

Joseph, yang mendakwa dipilih untuk bertanding bagi kerusi Katibas,   berkata beliau telah meletak jawatan sebagai pekerja luar pesisir di   Singapura kerana begitu terpengaruh oleh pujukan seorang daripada lelaki   berkenaan.

“Saya membelanjakan hampir RM50,000 wang sendiri sebagai persiapan   menghadapi pilihan raya itu sejak enam bulan lepas,” katanya.

Malah, katanya, mereka telah mengisi borang penclonan tetapi dua hari   menjelang hari penamaan calon, mereka menerima SMS berbunyi “Kitak Tak   Jadi Bertanding” (Kamu Tak Jadi Bertanding).

Isnin lepas, Joseph dan lima yang lain membuat laporan di Ibu Pejabat   Polis di sini terhadap dua lelaki berkenaan kerana “mereka-reka  cerita,  memperdaya dan membohongi” mereka.

“Malah, saya telah mencetak poster, menubuhkan jentera pilihan raya  dan  membayar deposit bagi penyewaan bot panjang serta bilik gerakan.

“Sekarang, para penyokong saya meragui kredibiliti saya dan nama baik   saya telah tercemar kerana mereka berpendapat saya telah dibeli,” kata   Joseph.

Seorang lagi, Salleh Mahli, yang telah bertanding sebagai calon Bebas   di kawasan Dalat dengan menggunakan perbelanjaan sendiri, berkata dua   lelaki berkenaan telah menghilangkan diri selepas mengirim SMS itu.

“Memandangkan pilihan raya Parlimen akan menjelang, saya harap tiada   pihak lain yang akan menjadi mangsa. Biarlah apa yang terjadi kepada   kami menjadi pengajaran,” katanya.

– BERNAMA

Kertas siasatan video seks diserah semula
BUKIT MERTAJAM 20 April – Polis akan menyerahkan semula laporan   kertas siasatan kes rakaman video seks yang pelakunya didakwa mirip   seorang pemimpin parti pembangkang kepada Pejabat Peguam Negara dalam   tempoh terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Katanya, ini kerana kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada   minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk   semakan semula.

“Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa,   kertas siasatan yang telah lengkap itu akan diserahkan semula kepada   Pejabat Peguam Negara secepat mungkin dan kita memang mahu siasatan   berhubung kes video seks itu disegerakan,” katanya kepada pemberita di   sini selepas membuat lawatan di sekitar kawasan Kubang Semang di sini   hari ini. – Bernama