Top

ADUN Wakaf Mempelam calon Pas Parlimen Kuala Terengganu

January 2, 2009 by admin · 7 Comments 

Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Mohd. Abdul Wahid Endut dipilih sebagai calon Pas bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.Pemilihan beliau diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis di Stadium Negeri di sini malam ini. Mohd . Abdul Wahid  Endut melenyapkan  spekulasi yang menagatakn bahwa Pas akan menamakan  Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi atau salah seorang dianatar dua pemimpin veteran   PAS , Mustafa Ali atau  Wan Abdul Mutalib Embong. Mohd. Abdul Wahid akan cuba merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang akan dipertahankan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri , Datuk Wan Farid.
  Read more

Daulat Tuanku - Tuanku Muhriz Dimasyhur Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11

December 30, 2008 by admin · Leave a Comment 

Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 60, hari ini dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada 3.45 petang.Upacara itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 dilakukan berikutan kemangkatan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Pelantikan Yang Dipertuan Besar itu dilakukan mengikut Adat Perpatih Negeri Sembilan. Read more

Al-Fatihah….Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat

December 28, 2008 by admin · Leave a Comment 

Terkini : Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dimasyhurkan sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang baru. Daulat Tuanku ..Daulat Tuanku … Daulat Tuanku…..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban pada kira-kira jam 11.45 pagi Sabtu. Baginda berusia 86 tahun.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

“Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,” kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

Bernama melaporkan Norzam sebagai berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

“Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

“Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja’afar telah mangkat pada jam 11.45 pagi di HTJ,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar. Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini. “Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan. Read more

Hudud dan qisas satu koleksi aksesories Parti Kelas 2 (PAS)

December 26, 2008 by admin · 3 Comments 

Hudud sebenarnya hanyalah satu propoganda politik yang menyogok orang Melayu yang begitu taksub kepada Pas suatu ketika dahulu bahawa parti ini adalah sebuah parti Islam malahan pada suatu ketika dahulu ada ahli parti ini menggangap parti ini sebenarnya Islam sehingga sanggup mengafirkan orang Melayu yang bernaung di bawah UMNO.

Apa sahaja pada ketika itu menentang Pas adalah kafir dan jahil, jika UMNO bekerjasama dengan bangsa asiung untuk menubuhkan kerajaan, hukumnya adalah kafir. Tidak lagi hari ini, Pas sanggup menumpang dan menjadi parti kelas kedua dalam pakatan rakyat dan menumpang untuk berganding menubuhkan kerajaan dengan dua buah parti yang sekular dan yang paling teruk sekali adalah sebuah parti yang langsung menolak kepimpinan Islam.

Malangnay Pas menghalalkan pula perhubungan songsang ini dan Pas pula sanggup melupakan perjuangan asal mereka mahu melaksanakan hudud. Pada pilihan raya UMUM yang lalau Pas sanggup menukar manifesto mereka kepada negara kebajikan dan langsung tidak berani menengahkan Hudud. Setelah gagal melaksanakan hudud semasa menerajui kerajaan Terengganu pada penggal 99-2004, PAS berjanji pula untuk melaksanakan hudud ketika hampir pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Apakah ini satu lagi janji untuk pilihan raya kecil sahaja ? PAS telah memerintah Kelantan sejak 1990 (18 tahun) tetapi hingga kini belum lagi laksanakan hudud. Di Perak, Menteri Besar PAS tidak berani langsung sebut hudud dan qisas.

Hudud dan qisas bukan lagi perjuangan Pas. Hudud dan qisas hanyalah salah satu koleksi aksesories kepada Pas yang akan digunakan apabila rasa cantik dikenakan pada tempat yang sesuai sahaja, apabila balik aksesories ini akan ditanggalakan dan akan digunakan apabila perlu sahaja. Pas akan mengguankan aksesories yang lain pula di majlis yang lain.

Sampai sekarang PAS tidak boleh pengaruhi DAP dan ahli-ahli parlimen bukan Islam dalam PKR untuk terima hudud ? Anwar Ibrahim tidak tolong PAS untuk convience mereka terima hudud. Anwar sendiri tidak setuju dengan hudud. Bayangkan jika Hudud dilaksanakan dan ketika itu Anwar pula tidak sebulu dengan Pas atau apa juga keumngkinan yang akan berlaku dan Anwar akan menjadi musuh Pas (dalam politik apa juga kemungkinan akan berlaku ) dan ketika itu Pas pula berkuasa dan ANWAR DISABITKAN DENGAN KES LIWAT. Bayangakan apakah hukuman yang diterima oleh Anwar.

Sedangkan isu babi di Selangor dan Melaka, PAS tidak pernah membantah langsung. Malah Menteri Besar PAS dari Kedah menyatakan kesediaan untuk membuka ladang babi pula di Bukit Selambau, Kedah. Ketika menajdi pembangkang di negeri ini, merekalah yang menentang isu babi ini dan isu babi ini dijadikan bahan kempen. Pas kini hanyalah parti kelas dua dan boneka kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

DAP masih lagi tegas tidak mahu hudud. Apa sahaja PAS mahu buat. DAP akan reject. Pemerintahan cara Islam di negeri Pakatan Rakyat pun ditolak oleh DAP. Malah di Pulau Pinang, bila DAP memerintah, kerusi Exco Kerajaan Negeri tidak pun diberi kepada PAS. Inilah pakatan murni dalam Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Rakyat mahu menyebelahi siapa dalam soal hudud ini? PAS atau DAP ? Dalam isu babi PAS diam seribu bahasa. Takut pada DAP?

Sejak memerintah Kedah, 9 bulan yang lalu, PAS juga gagal melaksanakan hudud. Bukan sekadar hudud, bila ada orang mahu perlahankan azan dan mansuhkan tulisan jawi, PAS diam sahaja. Ketika hampir dengan pilihan raya kecil, terdengar pula perkataan “hudud”. Kumpulan Erdogan pula yang mengeluarkan kenyataan hudud kali ini. Apakah kenyataan Husam ini semata-mata untuk memujuk kumpulan ulama dalam pilihan kecil Kuala Terengganu? Apakah ini hanyalah satu sogokan untuk membawa penganut Pas yang fanatik ke syurga melalui jalan yang pantas.

Wan Farid Calon BN K Terengganu

December 21, 2008 by admin · 2 Comments 

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan. Pengumuman berkenaan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada satu majlis di Kuala Terengganu,

TRANSFORMASI POLITIK MALAYSIA

December 15, 2008 by Pendeta · 1 Comment 

Jemputan ke - Forum Wacana  Politik yang bertajuk :” TRANSFORMASI POLITIK MALAYSIA
Tarikh : 20 Desember 2008
Tempat:  Dewan Besar Balai Islam Ludang Kota Bahru,
Waktu : 8 Malam,

Penalis : YB Dato Husam Musa
YB  Khairy Jamaluddin
Prof Dr Abduk Aziz Bari
Prof Madya Dr Mohammad Agus Yussof (Pensyarah UKM)

Anda  semua  dijemput hadir  beramai-ramai.

PERWAKILAN JUGA TAHU CALON MANA YANG SEDIA SOGOK WANG UNTUK MENANG

November 24, 2008 by admin · 30 Comments 

Begitu ramai perwakilan yang akan membuang undi semasa pemilihan di Perhimpunan Agung Tahunan UMNO bulan Mac nanti telah meluahkan rasa terhina dengan ungkapan Tun Mahathir yang menyebut ada perwakilan tanpa berselindung menghantar SMS Read more

Khairy Jamaluddin :SAYA RELA MENJADI MANGSA DARIPADA MENJADI BIADAB

November 17, 2008 by admin · 36 Comments 

Mungkin kita tidak perasan dan mungkin juga kita tidak pernah mahu memikirkan tentang satu perkara yang ada kala sengaja kita mengapa ianya sebagai sesuatu yang remeh. Sebenarnya  jika kita benar-benar meletakkan perkara ini sebagai satu perkara yang perlu kita nilaikan kembali, ianya sebenarnya adalah satu perkara yang serious yang wajar kita pertimbangkan sebagai waris anak bangsa Melayu yang kaya dengan adat dan budi bahasa.

Cuba kita kupas dan memikirkan apakah wajar kita berikan pertimbangan sebagai waris bangsa Melayu yang kaya dengan warisan nenek moyang kita yang kaya dengan budibahasa. Salah satu ciri budi bahasa yang diwarisi oleh bangsa Melayu adalah hormat kepada yang lebih dewasa. Itulah sebabnya kita memanggil orang yang lebih tua kepada kita sebagai Pak Cik, Mak Cik, Pak Long, Abang Long  Kak Long , Abang Ngah dan sebagainya.

Dari kecil lagi kita diajar  untuk menghormati yang lebih tua dari kita. Kita juga dididik untuk setia dan menghormati pemimpin. Orang dahulu sanggup mempertahankan pemimpin dan sanggup mati demi pemimpin dan negara, tentu kita masih ingat dengan pepatah, “Biar berputih mata jangan berputih tulang.”
Tidak pernah dalam sejarah UMNO berlaku , pemuda UMNO  bersikap biadab dengan pemimpin tertinggi , tetapi hari ini telah berlaku di mana sikap ini berlaku apabila anak kepada  Mantan Perdana Menteri bersikap biadab kepada Perdana Menteri. Bagi ramai ahli UMNO ini membayangkan dan mencerminkan  sikap keluarga itu sendiri. Bapa borek anak pun rintik, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

Apa saja yang tidak kita dengar tentang Tun mengutuk menantu Pak Lah dan apa saja yang tidak kita dengar anak Tun mengutuk bapa mentua Khairy Jamaluddin. Bukan  sahaja menantu  Pak Lah menjadi kutukan  keluarga Tun , tetapi seluruh keluarga Pak Lah termasuklah anak perempuan Pak Lah  , isteri kepada Khairy juga menjadi mangsa kutukan Tun dan anaknya Mukhriz.

Pernah kah kita dengar , Pak Lah mengutuk atau berbahasa yang agak kasar terhadap Mukhriz  atau Tun , melainkan apabila Pak Lah  tidak lagi menahan kesabaran apabila Tun terlalu banyak menyerang keluarganya. Pernahkah kita dengar menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin membuka mulut menghentam Mukhriz mahupun  Tun ?

Ini tidak berlaku, kerana bagi Khairy Jamaluddin , itu bukan cara berpolitik , hentam menghentam keluarga  dan peribadi adalah cara berpolitik yang tidak matang. Lambat laun rakyat juga akan terbuka minda mereka dan dapat menilai kan politik yang sebenar. Mukhriz  terlalu lantang sehingga biadab kepada orang yang lebih tua darinya dan  yang paling buruk adalah  Mukhriz biadab kepada pemimpin tertinggi UMNO dan kepada Orang yang telah matang  dan lebih lama berkecimpung dalam politik tanah air.

Apabila di tanya kepada Khairy Jamalludin , mengapa beliau tidak pernah  bersuara atau menangkis  segala tohmahan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir  kepada beliau, beliau hanya menjawab,

” Beginilah ..segala tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar. Tetapi saya memilih untuk diam sebab saya rasa tidak sesuai saya jawab kepada seorang Negarawan yang semua orang hormat. Saya rasa untuk menjawab yang Tun berpendapat sedemikian kalau perkara itu mempengaruhi pendapat orang ramai tidak apalah yang saya boleh buat,memang kod diri saya dan kod budaya kita tidak elok kita menjawab .

Kita kadang-kadang nak menjawab dengan fakta dan sebagainya ,tapi bekas PM..orang lama ..tak elok .SAYA RELA MENJADI MANGSA DARIPADA MENJADI BIADAB “

Betul lah apa yang dilakukan oleh Khairy, biar lah kita menjadi  mangsa dari kita di cop sebagai biadab. Kita tidak akan dipanggil hero apabila kita biadab dan kurang ajar kepada yang lebih tua kepada kita. Kini Mukhriz  telah di anggap sebagai biadab dan apabila  Pak Lah telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri , rakyat mula terasa, merasai , mula membuka mata dan nampak kebaiadaban anak kepada Tun Mahathir  ini kepada pemimpin tertinggi UMNO ini.

Kita juga dapat melihat bagaimana , di akhir-akhir  pencalonan , Mukhriz agak megah dan ke populariti beliau agak menurun dan kemungkinan Mukhriz  tidak akan  dapat mempertahankan ke populariti beliau untuk sampai ke garisan penamat. Jika dikira dengan pencalonan yang  beliau dapat , Mukhriz  bukan lah calon yang popular sangat kerana lebih dari setengah bahagian tidak mencalonkan beliau. Kita masih punya masa untuk memilih pemimpin yang terbaik, jangan sampai satu ketika nanti Tun sendiri akan mengumumkan sekali lagi bahawa anaknya bukanlah pilihan yang terbaik dan beliau sekali lagi telah melakukan kesilapan  yang besar.

Lihat debat dari sudut positif

October 31, 2008 by admin · 11 Comments 

Cadangan peribadi Khairy Jamaluddin agar diadakan debat antara calon Pemuda UMNO tidak perlu dipandang negatif kerana cadangan berkenaan adalah cadangan yang baik bagi mereka yang berfikiran positif.

1) Ianya dapat menerangkan kepada Pemuda malahan remaja Malaysia visi dan corak pentadbiran yang mahu dibawa oleh kesemua calon Ketua Pemuda bagi dinilaikan bersama. Ianya bukanlah merupakan janji-janji manis seperti yang dikatakan oleh Hishamuddin yang takut calon pemuda tidak dapat menunaikan janji semasa berdebat apabila mereka menjadi Ketua Pemuda UMNO nanti. Ini adalah alasan yang tidak boleh diterima kerana dengan adanya debat ini Pemuda boleh memantau janji-janji yang telah diberikan perlu dilaksanakan dan mereka yang berdebat pasti tidak akan menjanjikan sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan kerana umum telah mengetahui apa yang telah dijanjikan.

2) Mukhriz pula berkata bahawa dengan adanya debat ini akan mendedahkan perkara yang tidak baik didalam kepimpinan Pemuda UMNO khususnya UMNO. Jika debat ini membicarakan mengenai perancangan kepimpinan yang positif dan visi calon yang bakal menjadi Ketua secara Positif, tidak timbul pendedahan keburukan UMNO melainkan Mukhriz masih mengamalkan sikap yang biasa dilakukan oleh beliau dengan ayahnya memburukkan UMNO. Sekurang-kurangnya dengan debat ini dan dengan perancangan yang bijak dan menarik boleh mendorong minat remaja untuk menyertai UMNO kerana faham dan ketahui perancangan dan visi yang menarik yang dibentangkan oleh calon-calon berkenaan.

3) Mengapa debat ini tiba-tiba menghantui Mukhriz dan juga dengan tiba-tiba kekuasaan Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda UMNO dilontarkan untuk megingati Pemuda bahawa beliau masih Ketua Pemuda UMNO sehingga Mac sedangkan ketika Mukhriz membuat sidang akhbar dan mengutuk Perdana Menteri dan bersikap kurang ajar kepada Pemimpin tertinggi UMNO, Hishamuddin tidak pernah mengingatkan bahawa segala ini mesti melalui beliau selaku ketua peuda UMNO ?

4) Debat adalah lebih baik dari bertemu dengan perwakilan dari bahagian ke bahagian kerana ianya dapat mengelakkan pertumbuhan politik wang yang telah menjadi barah dalam pemilihan UMNO kali ini kerana sikap gila kuasa pemimpin yang mahu merebut jawatan yang dikosongkan. Dengan ada debat ini, perancangan, visi yang baik boleh mengatasi kehebatan sogokan wang.

5) Dengan adanya debat ini, perwakilan boleh menilai kehebatan pemikiran dan perancangan atau kelemahan calon ketua pemuda UMNO yang bakal memimpin Pergerakan muda UMNO ini, Perwakilan juga dapat melihat sama ada buah fikiran datang dari calon ini atau pun calon itu sebenarnya meminjam pemikiran orang lain untuk melontarkan idea atau mengharapkan idea atau perancangan oleh orang lain seperti ayah atau penasihat calon-calon berkenaan, kerana pemuda tidak mahu tertipu mendapat calon yang tidak berakal dan manja hanya mengharap sentuhan dari ayah untuk memimpin Pemuda UMNO Malaysia.

6) Dengan adanya debat ini juga, Perwakilan dapat menilai jasa-jasa yang telah dilaksanakan oleh calon-calon yang akan bertanding untuk pemuda dan boleh menilai kan kembali ketepatan slogan-slogan yang mereka gunakan, seperti Berani Berubah, Setiakawan dan Pemuda Berani.

7) Debat ini tidak akan memberikan keburukkan atau mencalarkan imej Pemuda kerana ianya juga di amalkan dinegara barat untuk memberikan peluang kepada  calon menilai dan memilih Ketua Pemuda
yang mereka rasakan layak. Kita tidak akan membuat silap jika kita tahu nilai sesuatu yang mahu kita miliki.

8) Debat ini juga menemukan calon-calon dengan perwakilan untuk menyelami lebih dalam lagi hati masing-masing dan salitulrahim yang diikat akan merapat kan saf-saf Pemuda UMNO dan dengan cara tidak langsung boleh mengikat setiakawan dan memantapkan lagi sayap muda UMNO ini.

Jadilah pemimpin yang berani kerana darah yang mengalir dalam calon-calon ini adalah calon yang berdarah muda dan dengan adanya cabaran ini adalah satu perubahan dalam warna-warni Pumuda yang cuba diubah oleh Khairy Jamaluddin. Anggaplah ini satu pembaharuan dan perubahan yang di bawa oleh Khairy Jamaluddin sebagai satu perubahan dan bukan satu perkara yang cuba memberikan impek yang buruk kepada Pemuda UMNO. Manakah pengisian Berani Berubah Mukhriz jika menikus dengan lontaran idea baru dari Khairy Jamaluddin. Sekurang-kurangnya Khir Toyo melaksanakan visi Pemuda Berani dan menyahut cabaran ini.

Selamat Berdebat

Banyak perkara, Tun tidak membicarakan pasal politik wang ?

October 24, 2008 by admin · 11 Comments 

Mencampuri pemilihan UMNO adalah kerana bagi memastikan Mukhriz Tun Mahathir menang jawatan Ketua Pemuda UMNO dan semua kuncu dapat menguasai parti UMNO bagi memudahkan Tun kembali berkuasa dan menentukan perjalanan kepimpinan UMNO. Mungkin selepas ini jambatan bengkok akan dibangunkan semula, semua koridor akan di tutup, jika tidak …… Pak Lah adalah contoh yang baik yang pernah Najib sendiri menjadi saksi.

Semuanya  perlu mendengar dan akur serta mengikut telunjuk beliau kerana beliau adalah orang yang berkuasa di Malaysia khususnya UMNO, baik dizaman Tengku Abdul Rahman sehingga zaman Pak Lah. Inilah kebijaksanaan anugerah Allah SWT kepada Tun Mahathir yang terlalu bijak menyusun kata-kata dan alasan bagi menutup kelemahan.

Hari ini Tun tersenyum lebar kerana apa yang dirancang hampir tercapai, namun Tun perlu ingat, kita hanya merancang dan Allah SWT yang akan menentukan dan tidak lebih kita dari kekuasaan Allah SWT. Apa juga kemungkinan boleh berlaku. Pak Lah juga bukanlah orang yang bodoh dan Pak Lah juga bukanlah orang yang mudah menyerah, jika tidak masakan beliau berjaya menduduki takhta tertinggi kepimpinan Kerajaan.

Mungkin kita sering menganggap Pak Lah adalah pemimpin yang lembut, namun kita jangan terlalu yakin bahawa Pak Lah tidak punyai perasaan kerana beliau adalah manusia biasa yang tidak lari dari sebarang kelemahan. Kita tidak bermaksud Pak Lah akan melakukan apa-apa yang tidak kita jangka, tapi kita perlu percaya kepada Qada dan Qadar dan tentuan Allah SWT seperti mana Pak Lah menerima Qada dan Qadar bahawa Allah SWT telah menulis bahawa setakat ini sahaja kepimpinan beliau sebagai Presiden dan Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin Pak Lah tahu bahawa manusia tidak akan menongkat langit dan sisa -sisa waktu yang tinggal, eloklah dimenafaatkan dengan cara yang sebaiknya kerana alam baqa’ adalah tempat kita yang kekal dan bukan di dunia ini. Tidak perlu kita terus memikirkan hal-hal dunia sehingga malaikat maut menjemput kita kembali. Cukup lah lebih dari 3/4 dari kehidupan telah kita serahkan diri melebihi kepada dunia .

Apabila kita pergi kelak, perjalanan dunia masih akan diteruskan oleh warisan kita dan kita tetap akan pergi meninggalkan segala-galanya di dunia ini, pangkat, harta dan juga segalanya, yang kita bawa pulang adalah amalan kita didunia ini.

Hari ini Tun berbicara dan terus berbicara mengenai ahli UMNO, Pemimpin UMNO dan pemilihan UMNO didalam blog beliau. Tun mempopularkan calon pilihannya dan cuba mematikan kerekter pemimpin yang di anggap menyokong Pak Lah. Beliau juga mempertahankan hak dan kebebasan beliau bersuara walaupun beliau bukan lah ahli UMNO lagi.  Itu hak beliau, Pak Lah juga sebagai Presiden Parti punya hak juga untuk membidas Tun dan itu hak dia kerana beliau Tun terlalu banyak mencampuri pentadbiran UMNO dan kerajaan melalui boneka  beliau terutama sekali Muhyiddin Yassin yang punyai kepentingan peribadi.

Dulu Tun tidak pula memilih Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri ?

Banyak juga telah kita baca pendapat Tun mengenai pemilihan UMNO ini, tetapi  tidak pula kita  terbaca sedikit pun mengenai kekecohan yang berlaku sekarang di mana ramai pemimpin UMNO merasakan bahawa politik wang dalam UMNO kian menjadi barah. Mustahil Tun seorang yang bijak pandai yang biasanya lebih cekap melihat kelemahan yang ada pada UMNO kali ini tidak nampak politik wang yang berleluasa secara terang-terangan .

Mustahil Tun tidak nampak , mereka yang mengamalkan politik wang mendominasi kan pencalonan  sehingga tidak langsung memberikan ruang kepada  calon lain untuk terus merebut peluang untuk bertanding dalam pemilihan UMNO ini. Selain dari Timbalan Perdana Menteri agak sukar kita boleh mempercayai seorang calon begitu menonjol dari calon yang lain jika tidak ada strategi yang lumayan di aturkan.

Agak mustahil Tun tidak nampak atau  sengaja tidak mahu membicarakan mengenai politik wang ini. Tun boleh memberikan komen mengenai Shah Rukh Khan dalam tulisan terbarunya tetapi tidak meninggalkan sedikit ruang untuk membicarakan mengenai politik wang. Apakah kali ini Tun merasa tidak wajar membicarakan perihal politik wang kerana takut maruah UMNO tercemar. Jika itulah sebabnya , lupakan lah Tun, bicara kan sahaja , kerana maruah UMNO telah lama dicemarkan .Tentu Tun faham…..

Next Page »

Bottom