PERSOALAN ini banyak dilontarkan sejak Anwar begitu yakin umumkan tarikh spesifik beliau akan jadi PM pada 16 September. Beliau kata pada tarikh itu, seramai 30 ahli parlimen BN akan melompat parti bagi membolehkannya menjadi PM.
Ada yang mendakwa pengunduran Azizah, isteri Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai itu untuk beri laluan Anwar bertanding, dianggap merupakan sebahagian daripada ‘master plan’ ke arah mencapai cita-cita di atas.
Bolehkah cita-cita Anwar jadi kenyataan ?
Persoalan ini juga sukar untuk diramalkan kerana politik itu satu seni yang serba berkemungkinan. Misalnya tiada siapa dapat menjangkakan BN akan tewas di lima negeri untuk membolehkan Pakatan Rakyat menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen. Tiada siapa dapat menjangkakan Pakatan Rakyat boleh menghantar 82 ahli Parlimen ke ke Dewan Rakyat, tetapi itulah realitinya keputusan PRU 12.
Tiada siapa dapat menjangkakan sebuah parti kecil, PKR, boleh menghantar 31 ahli Parlimen mendahului parti lama DAP (28 ahli parlimen) dan PAS (23 ahli parlimen). Sedangkan DAP dan PAS mempunyai grassroot kerana sudah bertapak lama, berbanding dengan PKR yang hanya ditubuhkan sejak 1999.
Bayangkan PKR pada tahun 2004, hanya mempunyai satu kerusi parlimen di Permatang Pauh, boleh mendahului PAS yang mempunyai kerajaan negeri di Kelantan dan DAP yang sudah bertapak sejak serpihan parti PAP di Singapura lagi.
Dari segi logik, tidak munasabah, tetapi itulah realitinya.
Imbas kembali pada PRU 12, PKR hanya berbekalkan satu kerusi parlimen (Permatang Pauh) boleh bekerja seumpama ‘jentera’ yang memerintah negara dengan poster dan kain rentang berwarna warni, pelbagai risalah dicetak warna dan di pos ke setiap isi rumah. Malah khidmat pesanan ringkas turut dihantar ke setiap pengundi untuk merayu undi menggunakan kaedah terkini.
Malah poster Anwar bercetak warna pelbagai saiz, ditulis dalam empat bahasa “A New Dawn For Malaysia” dihantar dari Perlis hingga Sabah dan Sarawak. Kelantan yang dimonopoli oleh PAS juga bersepah poster warna warni itu, sedangkan Anwar tidak pun bertanding dalam PRU 12, tetapi projek menjulang dan memperkasakan imej Anwar di sebarkan ke seluruh Malaysia.
Tiada poster Ustaz Hadi atau Lim Kit Siang yang dipotretkan dan disebarluaskan sedemikian rupa, kecuali poster Anwar, walaupun beliau tidak bertanding.
Barangkali ‘projek menjulang imej Anwar’ ini direstui oleh Ustaz Hadi sebagai Presiden PAS dan Lim Kit Siang, Pengerusi DAP sebagai mengiktiraf Anwar sebagai ‘ketua Pakatan Rakyat’ dan bakal PM Malaysia.
Barangkali juga Anwar menjulang nama tanpa direstui oleh rakan-rakan Pakatan sepertimana yang didakwa ustaz Hadi baru-baru ini bahawa dalam Pakatan tiada siapa yang jadi ketua.
Barangkali dengan kenyataan ‘tiada siapa ketua’ dalam Pakatan ini memberi ruang kepada Anwar untuk menonjolkan diri sebagai ketua yang berkaliber.
Bagaimana pula dengan kontraktor yang sentiasa menghimpit Anwar. Barangkali si kontraktor yang mendapat kontrak cetak dan pos, poster Anwar “A New Dawn For Malaysia” sudah kaya raya dengan cetakan poster dan edaran ke seluruh Malaysia.
Kalau dikatakan kontraktor itu sudah bergelar ‘jutawan’ dengan hanya kontrak cetakan poster dianggap tuduhan melampau, tetapi realitinya poster tersebar ke seluruh pelusuk kampung.
Itu baru soal poster Anwar yang tak bertanding, bagaimana pula kontraktor yang mendapat tender poster calon PKR, topi parti, payung, T-shirt, khemah, bilik gerakan, sepanduk, bunting, bendera parti dan khidmat SMS ?
Berapa banyak yang Anwar terpaksa laburkan ?
Barangkali mengira perbelanjaan poster dan kain rentang sukar kerana tiada data yang spesifik, sekarang mari kita congak perbelanjaan kasar untuk setiap calon Ahli Parlimen PKR.
Setiap ahli parlimen diwajibkan membayar deposit sebanyak RM 5 ribu setiap calon. PKR hantar 76 calon, bermakna 76 x Rm5,000 = RM380,000.
Itu hanya perbelanjaan untuk ahli parlimen, belum kira lagi ahli PKR yang bertanding DUN. Itu hanya deposit calon, belum dikira lagi perbelanjaan untuk setiap calon semasa kempen pilihanraya.
Bermakna, kalau PKR hanya bermodalkan satu ahli parlimen PRU 2004, tanpa kuasai kerajaan negeri, tidak mampu untuk mendapatkan dana pilihanraya sebanyak itu. PAS yang selalu kutip derma semasa ceramah dan kuasai kerajaan negeri Kelantan, tidak mampu tandingi kekayaan sumber kewangan PKR.
Malah ketika Anwar diwawancara oleh Malaysia, tentang beliau menjadi PM selepas 16 September, beliau begitu optimis sekali mengatakan cita-cita itu akan menjadi realiti;
Malaysiakini: You keep on saying ‘September 16, September 16′, but a lot of people think you are bluffing. Are you bluffing?
Anwar Ibrahim: I would say that people were doubtful when we said we were able to seriously challenge the ruling government on March 8. Nobody generally - which includes Malaysiakini - thought that we (could win) control of five states.
It is good that people have cautioned me with ‘you’re a bit too optimistic’, but I am privy to many discussions that I cannot share for now. Based on that, I have ample reasons to suggest that - although we have been derailed somewhat because of all these episodes - we can make it.
Anwar banyak wang ?
Persoalan ini pun sukar dijawab. Apabila timbul soal lompat melompat, 30 calon BN kepada PR, perkara pertama dibahaskan adalah soal deal. Soal tawar menawar, janji (rasuah ?) jawatan atau tawaran wang. Blog masterdedah tulis, Anwar tawar RM5 juta untuk setiap calon. Benar atau tidak dakwaan masterdedah, itu kebebasan bersuara daripada penulisnya.
Penulis blog Dunia Tiger pula sebut angkanya mencecah Rm100 juta untuk setiap calon. Penulis blog itu mengulas kenyataan Ahli Parlimen Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang menyatakan ditawarkan wang lumayan untuk melompat parti yang “tidak habis makan” untuk tiga generasi.
Itu hak kebebasan bersuara para penulis blog untuk membuat andaian masing-masing dan kebebasan ini yang diperjuangkan oleh Anwar dalam mencintai demokrasi serta hak asasi.
Dalam kamus politik, soal melompat selalu dikaitkan dengan politik wang. Perkaitan keduanya sudah sinonim ibarat isi dengan kuku. Malah resipi menubuhkan kerajaan secara pintu belakang pernah dilakukan oleh Anwar ketika menjawat Menteri Kewangan dan TPM pada tahun 1994. Dengan kuasa Menteri Kewangan, Anwar mampu ‘membeli’ calon-calon PBS lompat parti, hingga kerajaan Pairin Sabah tumbang sampai ke hari ini.
Maknanya Anwar tahu resipinya dan pernah melakukan eksperimen itu di Sabah.
Sebab itu apabila Anwar beri isyarat Yong Teck Lee, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) yang memulakan proses lompat itu dari Sabah, bermakna proses itu mengembalikan nostalgia 1994.
Apatah lagi Anwar dan Teck Lee sendiri saling kenyit mengenyit mata, mengakui pernah berbincang sebanyak dua kali
Seperti kata Anwar, bukan masanya untuk berbicara soal tidak demokratik, etika atau pintu belakang kerana yang pentingnya beliau boleh menjadi PM pada 16 September ini. Apatah lagi soal moral, etika dan demokratik itu adalah ciptaan Barat. Anwar pula dikultuskan oleh Amerika untuk menjadi jurucakap “demokrasi” ke negara-negara lain.
Bermakna hanya Anwar sahaja layak menentukan takrif “demokratik” atau tidak, kerana beliau mendapat kultus daripada Presiden Polis Dunia (Amerika).
Dari mana sumber kewangan Anwar ?
Persepsi Anwar ‘banyak duit’ mungkin diyakini oleh orang seperti Yong Teck Lee atau orang-orang yang didakwa Anwar akan melompat parti pada 16 September ini. Kalu tidak masakan Teck Lee sanggup mengekori bontot Anwar di Singapura dan Hong Kong. Anwar bukan ahli parlimen pun, beliau hanya pemimpin de facto PKR, tetapi beliau diyakini seorang yang mempunyai ‘lubuk duit’.
Malah untuk melambangkan dirinya sebagai ‘kilang duit’, Anwar menyasarkan perundingan untuk lompat parti akan dilakukan di luar negara. Pilih sahaja sama ada di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong.
Barangkali maksud Anwar bernada sinis..setakat berunding di Malaysia, tak main lah. Apa barang berunding di Malaysia..
Anwar juga mencitra dirinya seorang yang mewah sesuai dengan status bakal PM, Anwar berpindah rumah dari Damansara ke Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur pada awal Januari 2007.
Rumah lama di Damansara hanya berharga RM 2 juta. Sebab itu rumah itu dijual dan dibeli rumah baru Bukit Segambut Dalam yang berharga RM 7 Juta. Ada yang mengatakan rumah baru itu seumpama ‘mahligai’, bertingkat-tingkat yang memang sesuai untuk seorang yang bakal bergelar bakal PM.
Lagipun ‘mahligai’ baru Anwar itu dikelilingi pagar, dipenuhi CCTV dan mempunyai pengawal keselamatan yang bertugas menjaga keselamatan 24 jam.
Namun begitu, di sebalik penonjolan gaya ‘berstatuskan PM’ itu, ada juga yang mempersoalkan dari mana Anwar mendapat sumber kewangan untuk membeli ‘mahligai itu’ sedangkan Anwar bukan lagi TPM atau Menteri Kewangan.
Ada berpendapat, kalau sekadar menjadi pensyarah pelawat di John Hopkins Universiti dan Georgetown Universiti, dua institusi pngajian di Amerika, Anwar belum layak mempamerkan gaya hidup semewah itu.
Nama lagi pensyarah pelawat yang hanya diikat kontrak secara tahunan, gaya seperti dipamerkan ‘mahligainya’ tidak sepadan dengan pendapatannya. Kecuali Anwar hanya bertopengkan ‘pensyarah pelawat’ tetapi mempunyai pendapatan sampingan lain yang lebih lumayan pendapatannya.
Di sinilah mula timbul persoalan, adakah benar Anwar hanya bekerja ‘pensyarah pelawat’ atau seorang missionary yang melaksanakan tugas-tugas yang diperintah oleh Presiden Amerika ?
Anwar pernah menjadi Pengerusi dan Presiden satu yayasan yang diragui matlamatnya. Yayasan itu dinamakan Foundation For The Future (FFF). Anwar menafikan yayasan itu ditaja oleh Amerika Syarikat sebaliknya mendakwa mendapat kewangan dari Timur Tengah. Tetapi apabila skandal hubungan Paul Wolfowitz dan Shaha Ali Riza terbongkar di media antarabangsa telah turut mengaitkan nama Anwar sebagai orang bertanggungjawab menulis surat memindahkan Shaha Ali Riza dari Bank Dunia ke yayasan yang dipengerusinya. Apabila rahsia yayasan itu dibongkar sebagai alat Amerika untuk menguasai negara-negara Islam di Timur Tengah, Anwar segera meletakkan kedua-dua jawatan yang pernah disandangnya dalam yayasan itu. No 3 dari kanan adalah Sandra O Conor, bekas Hakim Persekutuan Amerika yang menjadi salah seorang ahli jawatankuasa yayasan itu. Beliau dikatakan pro-Yahudi.
Tuduhan missionary itu berasaskan penglibatannya dalam beberapa pertubuhan Amerika yang diragui iaitu Foundation For The Future (FFF), Council on Foreign Relations (CFR), International Crisis Group (ICG) dan lain-lain.
KAF, FNF & American Jewish Committee (AJC)
Kalau di Malaysia, Anwar dan PKR lebih menonjolkan penaja-penajanya dari yayasan luar negara. Antaranya yang paling popular Konrad Adenauer Foundation (KAF) dan Friedrich Naumann Foundation (FNF) yang kedua-duanya berasal dari Jerman.
Dalam bahasa Jerman, yayasan dipanggil ‘Stiftung’, sebab itu kadangkala, KAF turut dikenali sebagai ‘Konrad Adenauer Stiftung’ (KAS). Begitu juga dengan FNF dikenali sebagai ‘Friedrich Naumann Stiftung’(FNS).
Sama ada Foundation atau Stiftung, kedua-dua yayasan ini merupakan think tank parti di Jerman menawarkan penajaan di seluruh dunia sebagai mematuhi perjanjian damai antara Israel dengan Jerman.
Kumpulan Israel paling berpengaruh berada di Amerika yang dikenali sebagai American Jewish Committee (AJC).
Dalam perjanjian itu, kerajaan Jerman bersetuju menubuhkan yayasan seperti KAF & FNF sebagai ‘menebus dosa’ pembunuhan beramai-ramai orang-orang Yahudi semasa pemerintahan Nazi,atau dikenali sebagai ‘holocaust‘.
Bermakna munculnya yayasan ini sebagai pampasan pembunuhan Yahudi yang sudah berkurun lamanya. Menurut yahudi dengan adanya yayasan-yayasan ini ke seluruh dunia, sekurang-kurang kematian ‘holocaust’itu tertebus.
Di Malaysia, KAF sering menaja badan pemikir Anwar yang dikenali sebagai Institut kajian Dasar (IKD) dan Middle Eastern Graduate Center (MEGC).
Penajaannya dalam bentuk pembiayaan program dan penerbitan buku khususnya berkenaan mengembangkan usaha Pluralisme Agama (Persamaan antara agama) di Malaysia. Pluralisme ini adalah asas kepada Interfaith Council atau Interfaith Commission atau ringkasnya IFC yang menjadi ancaman kepada Islam di Malaysia.
Walaupun bekas Setiausaha Akhbar Anwar, Khalid Jaafar, yang juga pengarah IKD menamakan projek kerjasama antara IKD & KAF sebagai ‘Islam Tanwiri’, tetapi bau hamis ‘pluralisme’ dan ‘IFC’, masih belum dapat ditimbus.
Untuk lebih jelas, baca artikel sebelum ini bertajuk “Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?”.
Manakala FNF pula menumpukan kepada bengkel dan penajaan penulis media internatif (khususnya internet) khususnya membantu karier Anwar. Yayasan itu memberi dana kepada Anwar Ibrahim Club (AIC) telah mengadakan bengkel melatih penulis-penulis muda di internet serta membayar elaun bulanan kepada penulis internet pro-Anwar seperti Faisal Mustaffa (blog merpati jingga), Jeff Ooi dan Raja Petra Raja Kamaruddin (Malaysia-today).
Matlamat utama penajaan FNF adalah untuk mewujudkan konsep liberalisme di Malaysia. Aktivis PKR termasuk Jonson Chong, Dr Zaliha Mustafa, Cheah Kah Peng, Beh Lih Yi (Malaysiakini) turut ditaja oleh FNF untuk menjayakan konsep ini.
Kehadiran Beh Lih Yi mewakili Malaysiakini telah mengesahkan kaitan Anwar, PKR dan Malaysiakini berasaskan sumber penajaan yang sama.
Portal itu sendiri dalam artikelnya “Malaysiakini: Free or pay?” mengakui bahawa Malaysiakini ditaja oleh FNF, Asia Foundation dan Open Society Institute (OSI), milik George Soros.
Malah satu lagi projek rangkaian Malaysiakini iaitu Asia247.tv (Malaysian Internet TV channel) merupakan projek tajaan FNF. Jeremiah Foo, Sam Hui team video Malaysiakini juga merupakan team video Asia247.tv. Malah team tajaan FNF ini berusaha mencari pelapis-pelapis baru dengan menaja bengkel pembikinan video dengan bekerjasama Youth for Change (Y4C)
Forum kebebasan dan demokrasi di Malaysia anjuran PKR dengan kerjasama Friedrich Naumann Foundation (FNF). Akrabnya hubungan Anwar dan PKR dengan yayasan Nasrani dari Jerman itu, hingga wakil FNF Malaysia dibenarkan berada di barisan hadapan (no 2 dari kiri-foto atas) bersama dengan kepimpinan tertinggi PKR. Persoalannya apakah agenda tersirat yayasan asing menaja sebuah parti pembangkang di Malaysia ?
Untuk mencapai hasrat ini FNF telah menaja Anwar dan program-program PKR kerana dasar Anwar dan parti itu selaras dengan dasar yayasan nasrani itu.
SPF & Asia Foundatioan
Namun sejak kebelakangan ini Anwar dan think tanknya, IKD lebih gemar menggunakan dana Sasakawa Peace Foundation (SPF)kerana untuk mengelakkan daripada dituduh mendapat tajaan Barat.
Walaupun pada dasarnya yayasan ini berpusat di Jepun, tetapi hakikatnya yayasan ini berkait rapat dengan Amerika Syarikat kerana pengasasnya “ Ryoichi Sasakawa adalah sekutu Amerika.
Selepas perang dunia kedua, Jepun telah menjalankan dasar berbaik-baik (Japan Lobby) dengan Amerika melalui penubuhan The Japan Foundation
Hasil kerjasama The Japan Foundation dengan the United States, ditubuhkan pula The Nippon Foundation atau Sasakawa Peace Foundation (SPF) pada 1980-an yang mempunyai dua ofis iaitu di Jepun dan Amerika Syarikat. Untuk memahami lebih lanjut, baca artikel The Japan Lobby.
Salah seorang bekas panel IKD dan pengarang Suara Keadilan, Fathi Aris Omar, telah mendapat tajaan The Nippon Foundation atau Sasakawa Peace Foundation melanjutkan pengajian di Jakarta pada 2004.
Menariknya SPF bersedia menaja Fathi Aris kerana beliau membuat kajian di Komunitas Utan Kayu, Jakarta, kepunyaan Goenawan Mohamad yang lebih dikenali sebagai pusat Jaringan Islam Liberal (JIL). JIL pula ditaja oleh The Asia Foundation, sebuah yayasan yang berpengkalan di San Francisco, Amerika.
Lebih menarik lagi Fathi Aris sekarang adalah kolumnis kanan, Malaysiakini dan pengasas Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). KSJT adalah cabang seni tajaan think tank Anwar (IKD). Guru Fathi Aris adalah Goenawan Mohamad, pemilik majalah Tempo dan kawan baik Anwar. Fathi dan Anwar pula ditaja oleh SPF dan Goenawan serta majalah Tempo pula ditaja Asia Foundation.
Bermakna terdapat lingkaran yang samar-samar tetapi bercantum dengan dua penaja dari Amerika iaitu SPF dan Asia Foundation menyusup masuk menaja Anwar, think tanknya, (IKD, KSJT) dan portal Malaysiakini.
Sebab itu, kawan baik Anwar di Indonesia, Goenawan Mohamad, berusaha mempromosi imej positif Anwar di Indonesia melalui majalahnya kerana Anwar dan Goenawan mendapat tajaan sama iaitu The Asia Foundation yang berhasrat mewujudkan rangkaian Islam Liberal di Indonesia dan Malaysia.
Hujah ini diperkuatkan dengan Fathi Aris Omar dan Goenawan Mohamad termasuk dalam kumpulan The Reading Group (RG), yang mendapat tajaan Asia Foundation. Malah nama Al-Mustaqeem Mahmod Radhi,pemilik Middle Eastern Graduates Center (MEGC) iaitu sekutu pemikir Anwar di IKD juga turut disenaraikan.
Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, panel pemikir IKD ini merupakan antara tunjang utama pendokong ‘Islam Liberal Malaysia’ dengan penerbitan buku-buku Pluralisme Agama(sama rata dalam agama)di Malaysia.
Penaja utama Anwar adalah NED
Sudah dikupas tentang penaja-penaja Anwar dan PKR di dalam negara, termasuk KAF, FNF SPF dan Asia Foundation, sekarang timbul persoalan apakah pula penaja terbesar Anwar ?
Penaja utama Anwar adalah The National Endowment For Democracy (NED).
NED ditubuhkan pada 1983 semasa pemerintahan Ronald Reagen (Presiden Amerika Syarikat) sebagai “Project Democracy” dengan suntikan dana awal berjumlah USD $65 juta, berpengkalan di 1101 Fifteenth Street, New York, Suite 700 Washington, DC.
Presiden NED ialah kawan baik Anwar bernama Carl Gershman, berbangsa Yahudi, memegang jawatan itu sejak April 1984 hingga sekarang.
Selain Paul Wolfowitz, Anwar juga baik dengan Carl Gershman. Menariknya kedua-dua watak ini adalah Yahudi Amerika yang dikenali sebagai rangkaian kumpulan neo-konservatif.
Kumpulan Yahudi Neo-Konservatif terdiri daripada Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Doug Feith, Richard Perle, Elliott Abrams, I. Lewis Libby, Robert Zoellick dan lain-lain. Menariknya sebahagian besar daripada senarai itu telah telah ditemui oleh Anwar sama ada perbincangan bersemuka atau berkelompok. Lebih menarik lagi senarai Yahudi ini merupakan pemain di sebalik tabir dalam menentukan dasar-dasar pemerintahan Presiden Bush.
Anwar sering bertemu dan berbincang dengan kumpulan Yahudi Neo-Konservatif itu kerana mereka menguasai dana dan dasar-dasar luar Amerika. Mereka menguasai CFR, ICJ, NED, NDI, CIA, USAID dan pelbagai dana antarabangsa Amerika yang Anwar juga turut terlibat.
Hubungan Anwar dan Carl Gershman
Perkenalan Anwar dan Carl Greshman bukanlah baru, sebaliknya sudah terjalin sejak tahun 90-an lagi. Pada 15 April 1998 , Anwar sebagai TPM telah menyampaikan ucapan mengenai ‘The Asian : Economic & Political Implications’ di Washington, tajaan NED.
Pada 19 Mei 1998, Anwar turut menghadiri forum ‘Democracy : Is It Everyone?’ yang dihadiri oleh Carl Gershman (Founder & Presiden NED), Fareed Zakaria (Managing Editor, Foreign Affairs) dan John M. Ollin (Director Institute for Strategic Studies).
Selepas Anwar dibebaskan dari penjara Malaysia, beliau bertemu lagi dalam The Center for the Study of Islam and Democracy (CSID). Anwar merupakan aktivis CSID manakala Carl Gerhmann merupakan penaja utama badan itu.
Pada 22 hingga 23 April 2005, mereka turut berbincang lagi dalam Persidangan Tahunan CSID Kali Keenam ‘Democracy and Development Challenges for the Islamic World’ yang diadakan di Marriott Wardman Park Hotel, Washington.
Pada hari yang sama, Anwar dianugerah ‘Muslim Democrat of the Year’ yang disampaikan oleh Radwan Masmoudi (President CSID). Turut hadir sama adalah Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID) dan Lorne Craner (Presiden International Republican Institute-IRI).
Dalam program itu Gershman turut menyampaikan ucapan bertajuk ‘Why Muslims Want Democracy’.
Pada 6 September 2005, Anwar dan Gershman menghadiri persidangan ‘From Islamism to Muslim Democracy : The Challenges of Political Inclusion in Muslim Countries’ yang dianjurkan oleh NED dengan kerjasama Woodrow Wilson International Center for Scholars.
Pada 1 Disember 2005, NED menjemput Anwar untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Future of Muslim Democracy’ di New York Democracy Forum.
Ceramah Anwar dalam forum NED itu amat menarik kerana beliau secara terbuka mengecam kerajaan Malaysia sebagai tidak demokratik dan mempelawa Carl dan NED datang sendiri memantau memantau proses pilihan raya yang didakwa beliau tidak adil.
Pada 2 Mac 2006, Anwar bersama Carl menyampaikan syarahan bertajuk ‘Democracy in the Muslim World – Priorities and Syarahan Bulanan CSID di Washington DC.
Pada 2 hingga 5 April 2006, NED sekali lagi jemput Anwar berdiskusi dalam persidangan Fourth Assembly of the World Movement for Democracy,
di Istanbul, Turki. Diskusi bertajuk ‘Advancing Democracy : Justice, Pluralism and Participation’
Pada 7 Jun 2006 pula mereka berdua berdiskusi di Madison Buliding of the Library, Washington sempena 25th Anniversary of Reagen’s Westminster Address.
Tajuk perbincangan adalah ‘The Legacy of Westminster : Democracy Assistance Since the Founding of NED and the Challenges Ahead’.
Berdasarkan tarikh-tarikh pertemuan seperti di atas, jelaslah hubungan Anwar dan Carl Gershman sangat akrab, bahkah tidak melampau jika dikatakan Carl Gershman menjadikan Anwar sebagai penceramah utama NED dalam menyampaikan tajuk berkaitan Islam dan Demokrasi selaras dengan kehendak Amerika.
Bantuan NED kepada NGO Malaysia
Pada tahun 2004, NED telah membelanjakan USD $325 493 atau RM 1.2 juta untuk bantuan NGO dan pelbagai program di Malaysia.
Bantuan NED itu disalurkan kepada Asian Network for Free & Fair Elections (ANFREL); Asian Human Rights Commission (AHRC), diketuai Mr Basli Fernando; Center for Independent (CIJ) diketuai Sonia Randhawa; Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), diketuai Kavi Chongkittavorn (Thai Journalist Association); Malaysian For Free Election (MAFREL) diketuai Abdul Malek Hussin; Open Dialogue Centre (ODC) diketuai Nurul Mu’az Omar; Malaysiakini.com , diketuai Steven Gan dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) diketuai Yap Swee Seng.
Menariknya semua NGO itu menyokong Anwar Ibrahim. ODC adalah salah satu think tank Anwar yang baru ditubuhkan sebagai alternatif kepada IKD. ODC dikawal sepenuhnya oleh bekas pegawai khas Anwar iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad. MAFREL pula sering memberi maklumat-maklumat sulit mengenai data-data pilihanraya Malaysia kepada Anwar. Malah, pengerusinya Abd Malek Hussin telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Wan Azizah Wan Ismail.
Malah kecondongan semua NGO ini menyokong Anwar terlalu jelas. Misalnya bekas aktivis SUARAM, Chang Lih Kang, menjadi YB PKR di Perak.
Pada 18 Februari 2006, ODC telah menganjurkan dialog ‘Agenda Ekonomi Baru’ di Pusat Konvensyen KLCC.
Penceramah utama program ODC itu adalah Anwar yang telah menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) dimansuhkan dengan diganti kepada ‘Agenda Ekonomi Baru’ (AEB). Dasar penolakkan DEB dan diganti dengan AEB merupakan salah satu menifesto yang diperjuangkan oleh PKR.
NED bantu Anwar kuasai Malaysia
Menurut Hernando Calvo Ospina, penulis buku, “Bacardi: the Hidden War” NED merupakan alat instrumen kerajaan Amerika untuk menguasai dunia menggunakan slogan ‘Demokrasi’.
Penulis merumuskan, “Alat ini (NED) mempunyai tujuan yang sama seperti CIA iaitu untuk menimbulkan suasana huru hara kerajaan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dengan memberikan pembiayaan kewangan kepada pihak pembangkang”
Sebelum wujudnya NED, peranan itu dimainkan oleh Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID). CIA berwajah ‘hitam’ kerana dikaitkan dengan keganasan dan taktik kotor, manakala USAID berwajah ‘kelabu’ kerana boleh menggunakan taktik kotor dan menjadi berwatak putih sebagai penyumbang derma.
Oleh kerana CIA dan USAID telah dilabelkan sebagai konspirator dunia, berwatak ‘hitam’ dan ‘kelabu’ maka tindakannya sudah tidak berkesan. Pada tahun 1983Presiden Amerika, Ronald Reagan telah menubuhkan NED, yang kelihatan berwatak ‘putih’.
Sejak NED ditubuhkan, badan itu sering digunakan untuk menaja program-program demokrasi di sesebuah negara yang ditarget oleh Amerika. Anggota CIA dan USAID akan berselindung di sebalik tabir NED.
Di Haiti, dalam pilihanraya 1990, NED telah melaburkan $36 juta untuk calon pilihannya iaitu Marc Bazin, bekas pegawai bank Dunia. Walaupun Jean-Bertrand Aristide dipilih oleh rakyat, tetapi kempen media yang ditaja oleh NED dan USAID telah berjaya menggulingkannya pada 1991. Seterusnya NED telah mengangkat calon tajaannya Marc Bazin menjadi Presiden.
NED dilaporkan telah berusaha mencatur pemimpin boneka Amerika di Venezuela, Cuba, Afganistan, Iraq dan lain-lain. Boleh dikatakan hampir semua negara yang tidak menyokong Amerika sebagai super power tunggal akan digulingkan NED dengan bantuan dananya.
Di Malaysia, Amerika telah mensasarkan Anwar Ibrahim sebagai bonekanya kerana hubungan intim Anwar dan Amerika bermula sejak tahun 90-an lagi. Sebab itu, selepas Anwar dibebaskan dari penjara, pada 2004, NED telah membina semula imej Anwar dan menaja secara agresif menjadi penceramah Amerika di peringkat antarabangsa sejak 2005.
Dalam PRU ke 12, tiga insrumen Amerika telah terlibat secara langsung dalam membantu Anwar di Malaysia. Tiga instrumen Amerika itu adalah NED, NDI dan IRI. Hasilnya Anwar berjaya mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan pada pilihanraya 2008. Serentak dengan itu juga media kawalan Amerika di peringkat antarabangsa telah melabelkan Anwar sebagai ‘key maker’ dan Ketua Pakatan Rakyat.
Kempen media di peringkat antarabangsa masih diteruskan untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dalang Amerika, Israel, telah melobi Anwar “Bakal Perdana Menteri Malaysia” dalam akhbar terbitannya “The Jerusalem Post”.
Teknik melobi nama Anwar di media antarabangsa ini seumpama teknik yang telah digunakan ke atas Marc Bazin di Haiti. Hasil lobi antarabangsa, Marc Bazin telah berjaya dinobatkan Amerika sebagai Presiden Haiti, walaupun pada awalnya beliau telah tewas.
Dari Permatang Pauh ke Putrajaya
Pada 31 Julai lalu, penyandang asal parlimen Permatang Pauh, Wan Azizah telah meletakkan jawatan bagi membolehkan suaminya, Anwar bertanding.
Sejak itu, dalam kempen-kempen Anwar, beliau selalu menyebut, Permatang Pauh adalah tiket pertamanya untuk menjejakkan kaki sebagai PM di Putrajaya.
Malah Anwar dengan penuh yakin mensasarkan 16 September ini beliau akan menjadi PM baru, dengan andaian beliau akan menang besar di Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.
Tentu kenyakinan Anwar itu akan memberi peluang kedua kepada NED, NDI dan IRI, alat instrumen Amerika yang bekerja keras dalam Pilihanraya Umum ke 12, Mac lalu.
Adakah Anwar berjaya menjadi PM ? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Sumber : www.malaysia-hariini.com
Kerajaan PAS Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 Sept sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata ini kerana mengikut sejarah, kerajaan PAS Kelantan telah mempertikaikan penggabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Malah, katanya kerajaan Kelantan PAS pernah membawa kes ke mahkamah kerana mempertikaikan penggabungan tersebut, tetapi kes itu ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 14 Sept 1963.
“Nasib baik mahkamah telah menolaknya, kalau tidak mungkin Malaysia tidak akan terbentuk seperti yang ada sekarang,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama Selasa.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menyatakan bahawa Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 Sept iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.
Ahmad Shabery berkata adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau PAS Kelantan yang menentang usaha Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu dapat dilupakan begitu sahaja.
Katanya adakah orang seperti Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak mengisytiharkan cuti pada masa tersebut.
“Janganlah hanya untuk mendapatkan ’secalit perhatian’ dalam permainan politik, mereka sanggup menjadi hipokrit dengan menyatakan persetujuan cadangan menjadikan 16 Sept sebagai hari cuti umum.
“Jangan juga hanya kerana untuk mendapatkan mata dalam permainan politik, mereka lupa akan sejarah dan pendirian mereka suatu ketika dahulu,” katanya.
Sumber : www.agendadaily.com
BERDEPAN… Jika selama ini isu pembentukan kerajaan 16 September menjadi bahan ‘perbahasan’ terbuka di medan yang berasingan, hari Jumaat, semasa pembentangan Bajet 2009, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyentuh isu itu berdepan dengan orang yang bercita-cita membentuk kerajaan baru berkenaan.
Abdullah dalam ucapan penutupnya semasa membentangkan bajet tersebut walaupun tidak menyebut nama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tetapi kalimat yang dilontarkan sudah cukup untuk ditafsirkan sebagai ingatan kepada Anwar.
“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat oleh rakyat pada bulan Mac lalu akan terus memelihara kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara.
“Usaha pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan ini dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat, perlu ditolak….Saya tidak akan membenarkan gangguan ini diteruskan. Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada Barisan Nasional yang telah menang majoriti pilihan raya umum secra sah dan mengikut lunas demokrasi,” katanya.
Ucapan beliau disambut dengan tepukan meja oleh Ahli-Ahli Parlimen BN dan Anwar kelihatan tersenyum sambil menundukkan kepalanya.
Keyakinan Abdullah melontarkan ingatan tersebut berasas kerana selama ini Anwar memberitahu beliau sudah mempunyai bilangan Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.
Namun hari Khamis, 50 Ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak telah menandatangani ikrar untuk terus bersama dengan BN. Empat lagi Ahli Parlimen BN iaitu dua daripada SAPP dan dua lagi dari UMNO tidak menandatangani ikrar tersebut.
Dua Ahli Parlimen UMNO dari Sabah iaitu Ahli Parlimen Kimanis dan Kalabakan iaitu Datuk Anifah Aman dan Datuk Ghapur Salleh yang tidak menurunkan tandatangan mempunyai alasan tidak berbuat demikian.
Bagi Anifah, beliau telah berulang kali secara terbuka menafikan akan lompat parti dan menganggap itu adalah bukti yang cukup beliau akan terus bersama BN.
Ghapur pula menyifatkan ikrar sokongan itu seolah-olah Ahli Parlimen Sabah tidak boleh dipercayai dan tindakannya tidak menandatangani ikrar itu bukan bermakna beliau tidak setia dengan BN.
Selain isu kerajaan baru, Abdullah turut melontarkan kenyataan yang bersahaja tapi penuh bermakna bahawa beliau ada melakukan beberapa kesilapan tetapi mengakuinya.
Bukan macam ada sesetengah orang katanya, melakukan kesilapan tapi tidak mahu mengaku salah. Kenyataanya itu dirasakan dituju kepada Anwar.
Abdullah turut mengambil peluang bersemuka dengan Anwar semasa pembentangan bajet itu menegaskan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab,permasalahan rakyat akan diatasi terutama golongan yang berpendapatan rendah.
“Rakyat tidak akan dimakmurkan dan negara tidak dapat dibangunkan hanya dengan retorik politik.
“Budaya berpolitik yang keterlaluan merugikan setiap kita, malah menjejaskan kemakmuran negara,” tambahnya.
Anwar pula dalam reaksinya, menyifatkan Abdullah membangkitkan isu pembentukan kerajaan baru itu kerana bimbang lompat parti benar-benar akan berlaku.
Sumber:www.agendadaily.com
Bekas Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid atau lebih popular dengan panggilan Gus Dur menjadi ‘meriam’ bagi pihak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi isu liwat.
Selain menyatakan sokongan kepada Anwar, Gus Dur turut mempertikaikan kaedah bersumpah dengan menggunakan Al-Quran yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan kerana ia tidak pernah diamalkan di mana termasuk di negaranya sendiri.
Gus Dur yang juga pemimpin umum pertubuhan agama terbesar di dunia, Nahdlatul Ulama berkata, tiada amalan dalam perundangan Islam seseorang bersumpah di depan al-Quran bagi menzahirkan kesahihan dakwaannya.
“Saya cabar sesiapa saja membuka kitab perundangan Islam berkaitan (untuk membuktikan sebaliknya),” katanya pada sidang media di di Ibu Pejabat PKR hari Isnin.
Namun, dalam soal mengangkat sumpah tidak kiralah sumpah bagi menzahirkan kesahihan dakwaan mahupun sumpah jawatan, Gus Dur telah cuba menutup hakikat bahawa di Indonesia penggunaan Al-Quran dalam sumpah digunakan secara rasmi.
Buktinya, dalam soal mengangkat sumpah jawatan Presiden Indonesia, Al-Quran diangkat oleh seorang petugas yang diletakkan di atas kepala seseorang Presiden semasa melafazkan sumpah.
Walaupun beliau mencabar dibuka kitab perundangan untuk menangkis pandangannya itu, gambar yang ditunjukkan di atas cukup membuktikan bahawa amalan menjunjung Al-Quran dilalui sendiri oleh Presiden Indonesia dalam sumpah perlantikannya.
Dengan itu, adalah tidak tepat untuk Gus Dur dalam mempertahankan Anwar menutup amalan yang beliau sendiri lalui.
Atau mungkin juga Gus Dur memang ‘matanya tertutup’ tentang amalan itu demi untuk mempertahankan sahabatnya yang bernama Anwar.
Sumber www.agendadaily.com
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini makin “syok” kerana mendapat sokongan bukan sahaja daripada para penyokongnya tetapi juga pemimpin luar negara.
Dalam ceramahnya pada malam selepas penamaan calon Sabtu lalu, Anwar secara terbuka memberitahu beliau mendapat sokongan daripada bekas Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid atau lebih popular dengan panggilan Gus Dur dan dua bekas Presiden Filipina iaitu Estrada dan Corazon Aquino.
Malah bagi menunjukkan betapa hebat sokongan yang diterimanya, PKR menganjurkan sidang media khusus untuk Gus Dur di ibu pejabat parti itu pagi Isnin.
Selain daripada menyatakan sokongan kepada Anwar, Gus Dur yang dikatakan mewakili jutaan anggota Nahdatul Ulama mendoakan kejayaan Anwar pada pilihan raya kecil berkenaan.
Beliau juga turut memberikan pandangan mengenai tindakan bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhar Azlan bersumpah tidak mengikut lunas Islam dan tidak pernah diamalkan di mana-mana.
Bagaimanapun seperkara yang perlu diberikan perhatian, mereka yang memberikan sokongan kepada Anwar dan mempertahankan Penasihat PKR itu perlu dilihat dahulu latar belakangnya.
Gus Dur jika dilihat daripada faktanya, dipecat daripada jawatan Presiden oleh Majlis Permesyuaratan (MPR) atau Parlimen Indonesia kerana diselubungi dengan pelbagai skandal termasuk penyalahgunaan kuasa, isu rasuah dan skandal seks.
Ekoran pemecatan tersebut, Naib Presidennya, Megawati Sukarnoputri telah mengambil alih jawatan Presiden.
Begitu juga dengan Estrada yang didakwa oleh Anwar memberikan sokongan kepadanya, dipecat daripada jawatan Presiden dan dipenjarakan oleh Mahkamah Filipina kerana menggelapkan wang negara.
Ini adalah fakta yang tidak boleh dipadamkan. Jangan disebabkan hanya kerana ingin membuktikan sokongan bertali arus diterima, Anwar perlulah melihat latar belakang orang yang memberikan sokongan.
Kecualilah, jika Anwar juga tergolong dalam kategori kedua-dua bekas Presiden negara jiran itu yang kewibawaannya yang dipersoalkan.
Dalam konteks kenyataan Gus Dur yang menyatakan sumpah yang dibuat tidak mengikut lunas Islam, ia bercanggah dengan pandangan ulama tempatan yang menyatakan ia adalah selaras dengan syarak.
Antara mereka ialah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan bekas Mufti Kedah, Datuk Paduka Sheikh Abdul Majid Mohd. Noor. Malah daripada segi perundangan, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar mengesahkan sumpah Saiful itu mengikut lunas Islam dan mempunyai pemberat syarienya.
Senario ini memberikan kesimpulan, Anwar rupanya mendapat sokongan daripada mereka yang sewaktu dengannya.
Kita tidak tahu dimanakah Penasihat DAP Lim Kit Siang mendapat maklumat bahawa orang yang menyerbu masuk kedalam forum Majlis Peguam “Memeluk Islam” telah memanggil orang Cina babi dan menghalau mereka supaya balik ke China.
Read more
Wan Azizah tidak seceria dahulu, sukar sekali untuk kita lihat Wan azizah tersenyum sekarang, wajahnya sentiasa muram dan serius seolah banyak memikirkan sesuatu. Hanya tubuh beliau sahaja disamping Anwar untuk memberikan jaminan agar nama keluarga tidak teraib. Fikirannya dan hatinya bukan disis Anwar lagi. Wan Azizah pernah mahu lari ke luar negara baru-baru ini, tetapi demi maruah keluarga beliau menelan segala kepahitan yang beliau terpaksa terima.
Siapa yang tahu jiwa dan naluri Wan Azizah sedang menangis, siapa yang tahu Wan Azizah sedang menderita, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui segalanya. Kesia….. kata meneteri pelancongan kepada Wan Azizah yang terpaksa menipu menuduh Azalina salah seorang yang berkonspirasi mahu jatuhkan Anwar. Wan azizah tahu dia menipu dan menabur fitnah, apakan daya, demi menyelamatkan Anwar, Wan Azizah terpaksa lakukan perkara yang tidak pernah beliau lakukan selama ini.
Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari, inilah ungkapan yang paling sesuai untuk Wan Azizah yang pernah membayangkan akan kebahagian apabila terpaksa kahwin lari dengan DSAI dahulu. Terungkap kembali apabila Datuk Ibrahim mahu menembak Anwar dan akhirnya Mat Sabu menjadi penyelamat membawa lari Anwar, mungkin ramai yang tidak tahu akan cerita ini.
Namun ini adalah suratan takdir yang perlu diterima dan segalanya telah berlalh, nasi telah menjadi bubur. Sekali boleh dimaafkan dan harapan ianya tidak akan berulang lagi. Kali ini suka bagi Wan Azizah untuk menerima keyataan yang hanya diketahui oleh beliau. Masakan ada asap jika tiada api. Mungkin kah ini keluhan hati Wan azizah yang tidak mungkin dapat kita dengari ;
Bukan niatku untuk membenci dirimu
Apatah lagi melukakan hatimu
Cuma ingin meluahkan rasa
Terkilan dan ketidakpuasan
Yang selama ini bertapak di hati…
Apakah salahku apakah dosaku
Sehingga Abang memperlakukan ku sebegitu
Terluka rasa hati
Dek kerana perlakuanmu
suamiku…
Setiaku hanya padamu
Tidak ada dua dan tidak juga tiga..
Tiada dihati selain dirimu
Walaupun sungguh berat kurasakan
Perbuatanmu itu..
Namun, isterimu ini redha bang….
Redha padamu dan redha juga pada tuhanku..
Aku tak mampu untuk menghalang kehendakmu
Kerna ku tahu akan tewas jua..
Biarlah ku pasrah pada ketentuannya..
Kerna mungkin ada hikmah di sebaliknya..
Suamiku tercinta…
Bagaikan halilintar memecah bumi..
Tatkala aku mendengar rahsia mu terbongkar
Kau ulangi perbuatan mu
Menitis airmataku…
Tidak tertahan lagi…
Hilang sudah maluku padamu
Bang…fahamilah isi hatiku ini…
Duhai abang…
Katamu kau terpaksa
Kerna ini kehendak rohani mu.
Godaan syaitan..
Godaan nafsu telah beraja di hati
Abang…
Mengertilah kau bahawa..
Berat rasa hati ini
Untuk menghalalkan perbuatan mu..
Namun kau harus tahu..
Isterimu ini tidaklah sekejam itu
Dengan terpaksa ku relakan jua
Walaupun hati ini terluka
Isteri mana yang sanggup terseksa begini
Katamu…
Aku tiada salah di sisimu
Aku tiada cacat cela bagimu
Aku isteri serba sempurna
Sukar di cari dimana-mana
Katamu…
kau bersyukur punya isteri sepertiku
Setia di sisimu setiap waktu
Sakit peningmu akulah yang bantu
Makan minummu cukup selalu
Kau ucapkan Terima Kasih isteriku…
Kerna berupaya menjadi ‘isteri’ kepadamu..
Abang…
Dengan nama Allah..
Aku sanggup menerima mu
Asalkan kau sentiasa di sisiku
Tidak melupaiku dan tanggungjawabmu…
Kerna kusedar..
Aku tak punyai apa-apa
Sebagai menghargai jasamu padaku
Hanya satu yang ku mampu
Menghadiahkanmu dengan cahaya mata
Anugerah Ilahi yang tak terhingga
Zuriat kita berdua…
Sebagai rezeki dan sebagai penyeri
Rumahtangga kita…
Duhai abang..
Cuma satu ku pinta darimu..
Bertaubatlah.
..
Abang…
Suamiku dunia dan akhirat
Ketahuilah bahawa
Cintaku padamu tak pernah padam
Walau apa yang terjadi…
Semoga Tuhan merestui
Kebahagiaan kita sekeluarga
Kekal bahagia ke akhir hayat…
Amin….
Oleh : Rendra
www.permatangpauh-p44.blogspot.com
Kota Bharu — Nampaknya sekali lagi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menggunakan alasan agama untuk menghalalkan tindakan songsangnya seperti mana yang sering dilakukan sebelum ini.
Ramai tentu masih ingat bagaimana Nik Aziz menghalalkan carutan Shahnon Ahmad dengan menfatwakan Allah juga mencarut maka manusia seperti Nik Aziz dan Shanon Ahmad juga layak mencarut!!
Seolah-olah Nik Aziz ingin samakan sifatnya seperti sifat Allah swt demikian menurut laman web isuhot.com.
Nik aziz juga menghalalkan Syaitan dijadikan rakan kerana Nik Aziz mendakwa Nabi Sulaiman pun berkawan dengan Jin dan syaitan.
Untuk mengukuhkan hujahnya maka dibentangkan ayat-ayat tentang Nabi Sulaiman di dalam Al Quran yang kononnya juga berkawan dengan syaitan.
Oleh kerana Nik Aziz mendakwa Nabi Sulaiman berkawan dengan jin dan syaitan maka Nik Aziz telah menggangap dirinya pun layak untuk berkawan dengan syaitan, seolah-olah Nik Aziz ingin gambarkan bahawa dirinya setaraf dengan Nabi Allah!!
Dan muktakhir ini Nik Aziz mendakwa amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.
Nik Aziz mendakwa amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa’ Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme.
“Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit”
Nampaknya selepas menyalahkan Allah dan Nabi Sulaiman dengan amalan songsangnya, hari ini dia lebih berani untuk menyalahkan Nabi Muhammad pula!!
Maka jelaslah, bila hujung dunia manusia yang mengaku ulama akan mempersendakan kalimah Allah dan nama-nama junjungan kita hanya untuk kepentingan peribadi, mereka menjual ugama dengan harga cukup murah.
Dan ulama politik seperti Nik Aziz sikit pun tidak merasa bersalah bila mempermainkan kalimah Allah dan nama junjungan kita hanya kerana sedikit kepentingan dunia!!!
Jika benar amalan ini dibenarkan didalam Islam, mengapa selama ini Pas dan ulama-ulamanya begitu lantang menentang amalan kroni ini??/
Apakah selepas Nik Aziz mengeluarkan ‘fatwa’ yang baru ini maka Pas juga akan menggangap kroni ini sebagai sunnah?
Di dalam Pas, hukum akan bertukar ganti mengikut keperluan Pas sendiri. Dan itulah Islam sebenarnya yang Pas laung-laungkan selama ini!!
Inilah nada terbaru Pas gara-gara untuk menghalalkan pelantikan menantu Nik Aziz, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Oleh Yus Iskandar
www.pemudaumno.org.my
Bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir berkata jika kerajaan menangkap dan mendakwa Anwar Ibrahim dalam masa terdekat ini kerana kes liwat, Anwar akan mengatakan kerajaan takut kepadanya. Maka itulah sebabnya dia tergesa gesa mahu bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Tun Mahathir yakin dia akan menang.
Hal ini adalah ’sudah terang lagi bersuluh’. Semua orang nampak macam Tun Mahathir nampak. Tetapi jika Mahathir dan lain lain nampak dari sudut negatif, Menteri Besar Kelantan Datuk Aziz Nik Mat dan Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa nampak dari sudut positif. Mereka nampak keputusan ‘Mahkamah Rakyat Permatang Pauh’ akan membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat.
Keputusan ini akan menyelamatkan maruah Pas sebagai parti Islam dari tuduhan menjadikan seorang yang moralnya dipertikaikan sebagai ketua mereka dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Pas.
Dr.Mahathir sendiri tidak setuju dengan keputusan yang beliau dapat jangkakan akan dibuat oleh ‘Mahkamah Rakyat Permatang Pauh’ itu tetapi beliau tidak boleh berbuat apa apa lagi kerana tindakannya dahulu telah menyebabkan beliau dituduh hendak mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.
Sekarang Naib Presiden Pas Husam Musa juga membuat tuduhan yang sama kepada Pak Lah yang menurutnya telah cuba memulihkan imejnya di kalangan UMNO dengan mengekspolitasi isu muzakarah UMNO Pas.
Dalam blognya dia mengatakan pilihanraya ini akan menentukan sama ada Pak Lah masih relevan dengan UMNO dan juga kedudukannya dalam pemilihan Presiden UMNO di perhimpunan Perwakilan UMNO Disember ini.
Ini adalah suatu gambaran dan persepsi politik yang tidak logik sama sekali. Yang pergi untuk mendapatkan mandat baru di Permetang Pauh bukan Pak Lah tetapi Anwar Ibrahim. Isterinya Wan Azizah meletakan jawatan untuk memberikan laluan kepada suaminya yang menggesanya supaya berbuat demikian kerana dia perlu membasuh dosa barunya demi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Pak Lah memang dah tahu pengundi dikawasan itu menolak UMNO, menolak Barisan Nasional yang bererti menolaknya dalam pilihanraya lalu. Pak Lah tidak pernah mengharapkan perubahan sikap mereka dalam masa yang singkat.
Tidak ada bezanya kedudukan Pak Lah sebelum Wan Azizah mengosongkan kerusi kawasan Permatang Pauh dan setelah digantikan oleh Anwar Ibrahim kelak. Ia adalah kesenimbungan kepercayaan sejak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kemenangan kawasan ini adalah kemenangan emosi dan sentimen yang mengatasi sikap rasional, hak dan kebenaran.
Yang penting sekali ialah keputusan piliahanraya ini akan menjadi ukuran kepada prinsip moral dan nilai Islam Pas, akan menentukan ketulenan Pas sebagai parti yang memperjuangkan syiar Islam dan juga nasib masa depan maruah umat Islam dan Melayu Malaysia.
Bahawa Datuk Husam mengatakan populariti Pak Lah akan ditentukan oleh Permatang Pauh adalah membuktikan bahawa semua kawan baik Anwar termasuk Nik Aziz adalah kaki putar belit dan putar alam no wahid.
Sumber maharajablogger.blogspot.com
DEMI menjadi hero media barat, Anwar Ibrahim sanggup KHIANAT dasar pro Melayu,dalam sebuah artikel berbahasa Inggeris Wall Street Journal keluaran 18 Julai hasil tulisan James Hookway, jelas membuktikan betapa terdesaknya Anwar yang mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru!
Anwar Desprado Politik! Dia sanggup gadai apa sahaja asalkan dapat memenuhi cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri. Sebagai rakyat negara ini yang berketurunan bangsa Melayu, kita amat menghormati dasar yang diilhamkan oleh pengasas-pengasas bangsa kita. Malah ramai juga kroni Anwar yang mendapat manfaat daripada dasar ini.
Di sini saya siarkan terjemahan artikel tersebut untuk telahan kita bersama.
TINDAKAN AFIRMATIF JADI AKAR KEMELUT POLITIK MALAYSIA
Oleh James Hookwa
The Wall Street Journal
Jumaat, 18 Julai 2008
Di tengah-tengah krisis politik terburuk Malaysia di dalam dekad ini terdapatnya satu tindakan afirmatif “affirmative actions”. Anwar Ibrahim mahu merombak dasar kontroversi berasaskan perkauman bagi membantu Malaysia mampu bersaing di kalangan ekonomi-ekonomi negara Asia yang lebih kuat. Yang menjadi isunya ialah sekumpulan undang-undang Malaysia yang memihak kepada etnik terbesar negara ini iaitu Melayu dan tidak menyebelahi kaum minoriti Cina dan India.
Ahli politik berkarisma itu, yang mana dia sendiri turut mendapat manfaat daripada dasar yang kini mahu ditamatkannya, menghadapi tentangan hebat daripada kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah negara ini sejak merdeka lagi pada 1957 dan menggunakan program keutamaan yang meluas untuk kaum Melayu bagi terus memegang kuasa.
Usaha Anwar muncul pada ketika dia diselubungi kontroversi. Rabu lalu dia ditahan polis berikutan dakwaan meliwat seorang pembantunya yang berumur 23 tahun. Dia berkata ini merupakan satu cubaan memusnahkan kerjaya politiknya, memecah belahkan negara dan menghentikan kempen beliau menentang tindakan afirmatif.
Khamis lalu Anwar dibebaskan. Dia tidak didakwa tetapi terus menjadi suspek kes berkenaan.
Tindakan afirmatif yang berpaksikan sokongan negara memang menjadi perdebatan di seluruh dunia. Di India, satu program menyeluruh diberikan kepada golongan paling rendah dalam sistem kasta negara berkenaan.
Di Amerika Syarikat usaha Senator Barrack Obama merebut jawatan presiden menimbulkan perdebatan sama ada keutamaan berdasarkan kaum untuk kemasukan ke universiti atau pekerjaan sektor awam, masih diperlukan untuk membantu golongan Afrika-Amerika dan kaum minoriti lain.
Di Malaysia, kaum Melayu telah mendapat manfaat daripada layanan keutamaan selama lebih 40 tahun bagi membantu mereka mengejar etnik Cina yang mana terdiri daripada 25 peratus rakyat negara ini tetapi menguasai bahagian saham yang jauh lebih besar dari segi perniagaan dan perdagangan.
Ramai pihak termasuk Anwar berpendapat tindakan afirmatif akan membawa lebih banyak kerosakan dengan menjejaskan perniagaan dengan rakan kongsi yang menentang dasar berkenaan.
Mereka berkata ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi berdasarkan merit di mana semua rakyat boleh bersaing mendapatkan kontrak kerajaan, pekerjaan dan tempat di universiti.
“Kita mesti mempersiapkan ekonomi kita untuk persaingan selanjutnya dan menarik lebih ramai pelabur dan isu ini menimbulkan ketakutan dalam pemikiran sesetengah pemimpin,” kata Anwar dalam satu temu bual sebelum penahanannya.
Etnik Cina dan warga negara berketurunan India, yang kebanyakan keluarga mereka berhijrah ke negara ini pada abad ke 19 dan awal abad 20 ketika negara ini di bawah pemerintahan British, merasa kecewa terutama berhubung hal berkaitan pendidikan. Kebanyakan mereka tidak dapat menghantar anak-anak ke universiti tempatan yang dikhususkan untuk kaum Melayu dan oleh itu terpaksa menghantar mereka ke luar negara atau ke kolej swasta atas perbelanjaan sendiri.
Usaha Anwar untuk menamatkan tindakan afirmatif telah menimbulkan keributan politik. Polis terpaksa berhadapan dengan protes besar-besaran berikutan penahanan beliau yang mana boleh membawa kepada ketidakstabilan negara ini yang kaya dengan pelbagai sumber. Malaysia merupakan rakan dagangan ke 15 terbesar untuk Amerika Syarikat dan menjadi pengekalan pengeluar yang penting untuk syarikat multinasional termasuk Intel, Motorola dan Nokia.
Terdapat beberapa negara yang mempunyai tindakan afirmatif seperti Malaysia di mana ia memberi keutamaan kepada kaum Melayu dalam pelbagai bidang daripada pendidikan kepada pekerjaan serta pinjaman dan perumahan.
Matlamat utama program berkenaan yang asalnya di kenali sebagai Dasar Ekonomi Baru bertujuan membantu Melayu yang merangkumi 60 peratus daripada 27 juta jumlah penduduk Malaysia, bersaing dengan etnik minoriti berbangsa Cina yang lebih kuat di bidang ekonomi dan mewujudkan generasi masa depan yang berjaya di bidang perbankan, keusahawanan dan bidang-bidang profesional.
Pada peringkat awal pengenalan DEB, Melayu hanya memegang 2.4 peratus daripada ekonomi negara ini, menurut angka yang dikeluarkan oleh kerajaan. Statistik terbaru menunjukkan pegangan ekonomi Melayu kini telah meningkat kepada 18.9 peratus.
Ahli-ahli politik Melayu seringkali mengaitkan pembangunan pesat ekonomi negara ini sejak 1980an dengan kestabilan yang di dokong oleh DEB yang mana telah melonjakkan berjuta-juta kaum Melayu ke golongan menengah.
Bagaimanapun ketika DEB yang asal telahpun tamat 17 tahun lalu, sistem kuota berasaskan kaum telah dilanjutkan beberapa kali dan dalam beberapa kes, ia telah dikembangkan. Menurut kerajaan Malaysia sistem ini mesti diteruskan kerana matlamat asal DEB memastikan pegangan saham Melayu ke tahap sekurang-kurangnya 30 peratus belum lagi tercapai.
Pihak yang mengkritik tindakan afirmatif berpendapat ia telah membataskan tahap persaingan Malaysia kerana lebih digunakan untuk perniagaan yang mempunyai perhubungan dari segi politik dan tidak banyak membantu usahawan di peringkat akar umbi.
Dasar pembelian kerajaan yang memastikan kontrak-kontrak diserahkan kepada syarikat milik kaum Melayu telah dikritik oleh Kesatuan Eropah dan telah menyebabkan terhentinya perundingan untuk mewujudkan pakatan perjanjiann bebas dengan Amerika Syarikat.
Barbara Wiesel, ketua perunding bagi Amerika Syarikat, telah berulang kali menyifatkan percanggahan berkaitan soal pembelian itu sebagai isu sensitif di pihak Malaysia tetapi Amerika berkeras mahukan Malaysia menggugurkan dasar keutamaan untuk kaum Melayu sebelum pakatan itu dapat dipersetujui.
Anwar yang naik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1990an, membantu mengembangkan tindakan afirmatif berkenaan sebelum dia ditumbangkan oleh saingan politiknya. Sambil berusaha mengetepikan dasar yang telah membawa dirinya sendiri ke tampuk kuasa, beliau berkata mahu mewujudkan Malaysia yang meritokrasi yang lebih bersedia dan mampu memenangi hati pelabur asing pada ketika syarikat multinasional mencari tapak di luar China ekoran kenaikan harga tanah dan kos buruh.
Anwar berkata tindakan afirmatif telah menyebabkan Malaysia kehilangan daya saing. “Saya tidak melihat kemungkinan menjadi destinasi pelaburan yang menarik melainkan adanya perubahan drastik dari segi dasar,” katanya. “Jika kita mahukan tindakan afirmatif, biarlah ia untuk golongan yang tertindas tanpa mengira kaum, dan bukan setakat kaum Melayu,” tambahnya.
Beberapa tokoh bangsa Melayu setuju Malaysia perlu memikirkan semula dasar yang diamalkannya. Nazir Razak, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, berkata di satu forum tahun ini bahawa DEB telah disalah-gunakan untuk kepentingan beberapa golongan Melayu yang mempunyai perhubungan politik melalui pemberian kontrak kerajaan.
Pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar menggunakan isu ini semasa pilihanraya umum yang baru lalu dan buat pertama kalinya sejak 1969 berjaya memecahkan majoriti dua pertiga yang dipegang oleh Barisan Nasional. Pakatan berkenaan kini memerlukan 30 kerusi untuk menguasai Parlimen.
Beberapa tokoh Melayu yang konservatif mengecam Anwar sebagai pembelot bangsa. Ada pula yang membuat demonstrasi jalanan meminta dikekalkan dasar keutamaan ini di negeri asal Anwar, Pulau Pinang.
Yusri Mohamad, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia yang juga seorang pensyarah undang-undang di sebuah universiti tempatan, berkata cubaan Anwar mengetepikan tindakan afirmatif perlu ditentang kerana ia akan membawa banyak kesan negatif kepada kaum Melayu. “Dasar ini perlu diperbaiki supaya tidak hanya menguntungkan mereka yang mempunyai hubungan politik. Namun untuk menghapuskannya, Melayu belum bersedia untuk bersaing secara adil dan belum bersedia untuk meritokrasi,” katanya.
Sumber www.malaysia-hariini.com
Next Page »