Daim yang terus diam…
October 25, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Mulanya ramai di kalangan wartawan di bilik media Perhimpunan Agung UMNO di aras dua PWTC tidak begitu perasan siapa ‘orang tua’ ni yang rasa macam pernah tengok… berada di situ petang Jumaat.
Bukan apa ini kerana orangnya sudah agak lama tidak kelihatan di khalayak ramai.
Hanya apabila tersedar itu Tun Daim Zainuddin ,bekas Menteri Kewangan dan Bendahari UMNO Malaysia ,barulah semakin ramai wartawan di situ mula menyapanya.
Lagipun beliau muncul di situ dengan stail kegemarannya yang simple sejak dulu lagi – berpakaian biasa dan sandal sahaja.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP,Datuk A Kadir Jasin yang menemani Daim secara berjenaka berkata,” saya ajak Tun keluar dari ‘dunianya’ datang jalan-jalan di sini jumpa-jumpa orang.”
Daim yang ditemui kemudian hanya sekadar mahu sembang kosong sahaja.

Beliau hanya geleng kepala ketika diajukan soalan politik termasuk ramalannya mengenai peluang Barisan Nasional masa pilihanraya umum ke-13 nanti.Ini kerana ramalan beliau BN akan menghadapi tsunami masa PRU ke -12 lalu agak tepat.
“I have given my report to PM ,” itu saja katanya ketika ditanya lagi soalan itu.
Semasa di situ selain beramah mesra dengan wartawan beliau juga meluangkan masa melawat semua bilik media yang berpusat di situ sepanjang perhimpunan itu.
20 SENARAI DAPig MEMPERKOSA ISLAM DAN MELAYU
October 25, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Bukti Dan Fakta DAP serta Pakatan PAS dan PKR Anti Islam dan Melayu:
1) Ekuiti Bumiputera cecah 45% melebihi Sasaran (research Asli)
2) Melayu juga kaum pendatang ( Adun Pulau Jerjak)
3) Isu Kalimah All…ah
4) JeffOii Sifatkan JIM Pertubuhan Ekstrimis
5) Ronie Liu Campurtangan rampasan Arak di kedai K K Mart oleh MBSA.
6) AP Rasah/ Ketua Pemuda DAP tulis artikel Hina Islam, Sultan Perak dan Raja Muda Perak.
7) Ap Rasah Hina Ridhuan Tee berkaitan Teoh Beng Hock ” Has Everything be reduced to your FUCKING Religion ( Islam)?
Tony Pua Cadang diskaun Bumiputera diu hapuskan dalam Selangor. 9) Karpal Singh TOLAK Gagasan Negara Islam.
10) Guang Eng Hina Nik Ali, Pegawai Persekutuan Melayu.
11) Persenda ayat Al Quran di kempen Politik
12) Pijak gambar YB Melayu
13) Ajar Nizar jadi KAFIR ikut upacara Pegang Lilin kepada si Mati.
14) Sivakumar Hina speaker Dewan.
15) Tuduhan UMNO punca 13 May Tragedi Berdarah.
16) Menyokong Chin Peng Ketua Komunis yang membunuh ramai orang Melayu balik ke Malaysia.
17) Mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin RACIST. ( Malay Firts)
18) Lim Kit Siang Hina Pusat Zakat Islam.
19) Sokong penghinaan Lagu Negaraku kepada Negarakuku.
20) Meminta Hak orang Melayu, Islam di Hapuskan
sumber: http://orangkampungcyber.blogspot.com
Lagi hebat Khairy lagi banyak mereka tulis pasal Khairy !!!.
October 21, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
KALAU ANDA DAPAT MEMBACA BANYAK BERITA MENGENAI KEBURUKKAN KHAIRY DITULIS OLEH MEREKA YANG SAKIT HATI DENGAN KHAIRY , INI BERMAKNA KHAIRY BERJAYA YANG MEMBUAT MEREKA LEBIH SAKIT HATI

Bodohnya si Parpukari bangkai tuh , habis satu blog dia tulis pasal Khairy Jamaluddin dengan harapan agar Khairy akan dipecat dan dia akan mendabik dada kononnya dialah yang membolehkan Khairy dipecat. Siapa sebenarnya Parpukari ini , kalau Khairy tak ada , apa pun dia tak boleh cut and paste , jadi lah dia paria dan setiap petang minum todi.Kalau hendak tahu , sebenarnya tanpa Khairy si mamak paria ni mampus kebulur sebab tak ada kerja nak buat.Dia nak tulis pasal siapa kalau tak ada Khairy Jamaluddin. nak tulis pasal Rais Yatim tak ada telur , tapi kalau pasal menambah garam bagi lah kat dia.
Sian kat UMNO lah ada bloggers yang macam Parpukari ini. Sebenarnya kumpulan mereka ini sememangnya sudah menunggu perhimpunan UMNO ini untuk dijadikan landasan untuk mereka memburukkan Khairy Jamaluddin dan melemahkan pertubuhan Pemuda UMNO. Hebat macam mana sekali pun Pemuda , berjaya macam mana sekali pun mereka akan tetap mengaibkan pertubuhan ini , al maklumlah luka lama masih berdarah. Inilah contoh yang terbaik seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri terhadap Anwar Ibrahim. Samalh seperti bos mereka ini, mereka terlalu nakkkkkkkkkkkkkkkkk
sangat jawatan Ketua Pemuda UMNO ini untuk menyambung survival politik dan menjaga maruah bos mereka . Menang Khairy , ke longkang maruah bos mereka dan maruah mereka.
Malangnya mereka tewas. Maruah mereka begitu tercemar dan bagi bloggers mereka juga mereka merasa tercemar maklumlah mereka menganggap mereka lah bloggers terbaik dan telah berjanji kepada bos mereka bahawa mereka boleh memenangkan bos mereka tetapi akhirnya bos mereka terkulai di hadapan mata mereka.
INILAH YANG BUAT MEREKA BERDENDAM DENGAN KHAIRY DAN PEMUDA UMNO DIJADIKAN MANGSA.
Rangkaian bloggers bloggers yang menyokong Parpukari ini pun hanyalah rangkaian geng geng yang terlibat ketika pemilihan UMNO yang lalu. Rangkaian yang dekat dengan Parpukari sahaja. Apa yang mereka gambarkan dalam blog dan laman web mereka bukan lah gambaran sebenar yang berlaku di PWTC. rakyat Marhaen yang berada di PWTC nampak apa yang berlaku sebenarnya. Beberapa orang yang kami temui secara rambang memuji persidangan Pemuda malahan mereka tidak pula nampak kepincangan seperti apa yang sengaja di ada adakan oleh geng geng Parpukari ini. Ramai yang memuji ucapan Khairy dan juga perjalanan Mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia ini. Yang meracau sebenarnya adalah geng geng ini sahaja. Mereka sungguh sakit hati dan mereka sungguh kecewa sekali apabila melihat Pemuda begitu berjaya dan Setiausaha Agung sendiri sudah ” endorse ”
bahawa mesyuarat semua peringkat
BERJALAN DENGAN JAYA NYA. APA LU ORANG CERITA ??????.
Kalau lah mesyuarat ini berjaan begitu hebat sekali dengan lancar yang boleh kita kategori
kelas ‘A’ division ‘A’, MEREKA AKAN TETAP KUTUK JUGA. LAGI KUAT MEREKA KUTUK BERMAKNA KHAIRY SUDAH BERJAYA .LAGI BERJA YA KHAIRY , LAGI SAKIT HATI MEREKA MENJADI. KALAU TENGUK BANYAK ARTIKEL MENGUTUK KHAIRY BERMAKNA , KHAIRY DAN PEMUDA SUDAH BERJAYA.
sumber : http://www.1-mal.blogspot.com
Dah agak dah – Juak Juak tuh juga yang dua tiga kerat tak puas hati
October 20, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Ramai kawan kawan sudah dapat mengagak apa yang Parpukari dan juak juak mereka yang sakit hati dengan Khairy Ketua Pemuda UMNO selepas Perasmian Persidangan Pemuda UMNO. Tengku Adnan telah menyatakan bahawa persidangan yang telah berlangsung sejak dua hari yang lalu berjalan dengan lancar dan baik sekali. Kumpulan kami juga memerhati kan perjalanan perjalanan mesyuarat Pemuda UMNO. Hebat Syabas Khairy Jamaluddin dan Pemuda UMNO kerana ianya berjalan dengan lancar dan penuh setiakawan.
Tidak ada apa yang mahu dimalukan oleh Pemuda dan tidak ada siapa yang dimalukan seperti kata khairy mesyuarat ini berjalan seperti mesyuarat dalam satu keluarga, mesyuarat adik beradik , tegur menegur. Timbalan Ketua Pemuda UMNO juga ada menyeru agar mereka mereka yang cuba mahu menyocok agar dia tidak berbaik dengan Ketua Pemuda di nasihatkan agar tidak melakukan nya. Hubungan beliau dengan Ketua Pemuda amat baik sekali jadi jangan lah cuba mahu menyucuk .dan menghangat kan beliau. Apabila saya terdengar ucapan dari Datuk Razali ini saya terus terfikir apakah ini beliau tujukan kepada mereka mereka yang tertentu yang sedang panas miang kerana melihat perjalanan mesyuarat Pemuda berjalan begitu lancar, Apa yang mereka harapkan mesyuarat pemuda ini akan menjadi gelanggang baling kerusi macam PKR.
Membaca tulisan juak juak ini kita tahu mereka ini sebenar nya baru saja menyumpah nyumpah kerana sakit hati kerana mesyuarat berjalan lancar. Anak omak ke bapak omak ke , Parpukari ke Kari Parpu ka ….. mat kemut atau kemut mat ke…………. semua nya ini tidak bermakna.Orang yang membaca tulisan awak pasti akan kemut mulut kerana mereka tahu ini adalah tulisan penulis yang sungguh kecewa dengan penyatuan Pemuda dan kerana Pemuda berjaya bermesyuarat dengan tenang dan harmoni tanpa gangguan seperti yang mereka harapkan .Inilah dia bloggers bloggers yang mahu melihat kejatuhan UMNO dan malahan mereka inilah bakal penyumbang kejatuhan UMNO kelak.
Penulis apabila bertembung dengan kumpulan bloggers ini dapat melihatkan betapa kecewanya mereka apabila melihat Pemuda berjaya bersatu dalam mesyuarat mereka semalam. Tahniah kepada Pemuda UMNO dan berharap tugasan mereka tidak akan di ganggu oleh bloggers bloggers hangus ini.
sumber : www.1-mal.blogspot.com
Pemuda Bukan Ancaman -Khairy Jamaluddin
October 20, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
KUALA LUMPUR 20 Okt. – Golongan muda perlu diberi banyak peluang dalam parti dengan memegang dan memikul tanggungjawab lebih besar jika mahu melihat mereka sebagai pewaris untuk memperjuang dan membela nasib orang Melayu pada masa depan.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, meskipun rata-rata generasi muda menerima corak kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, masih ada lagi pihak dalam parti sendiri yang masih ragu dengan kredibiliti mereka.
Katanya, golongan tersebut amat berharap agar kepimpinan parti bersikap lebih terbuka kepada Pemuda UMNO.
“Namun, keterbukaan sama masih belum ditarikan oleh semua di mana masih ramai yang ragu-ragu dan takut untuk membuka ruang penyertaan lebih luas kepada orang muda.
“Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman, berikanlah juga kami peluang dan kepercayaan, upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab lebih berat.
“Saya percaya, Pemuda UMNO hari ini bukan golongan yang mengejar jawatan, gila kuasa, tamak projek tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa, pencetus semangat, satria setia,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Menurutnya, senario politik semasa adalah berteraskan pemikiran dan idea yang bertunjangkan ilmu, bukan bergantung pada kuasa eksekutif semata-mata.
“Anak-anak muda sekarang lebih gemar disajikan dengan pilihan politik yang menguji daya pemikiran mereka.
“Penyebaran maklumat melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter sudah menjadi alternatif pilihan kepada media massa tradisi.
“Pemikiran golongan muda dibentuk bukan melalui kenyataan atau ulasan menteri dalam Buletin Utama TV3 atau Warta Perdana TV1 tetapi melalui apa yang mereka lihat dan dengar dalam YouTube yang tidak boleh dikawal atau dipengaruhi,” ujarnya.
Justeru, beliau memberitahu, usaha mendampingi mereka juga mesti melalui pendekatan berpaksikan pemikiran dan pandangan yang lebih kritis dari era dahulu.
Jelas beliau, golongan tersebut tidak boleh disumbat dengan propaganda berat sebelah, sebaliknya UMNO perlu mengamalkan budaya inklusif yang menghargai penyertaan belia dan remaja, bukan lagi budaya politik dari atas ke bawah.
Beliau menambah, pergerakan itu merupakan penyumbang keahlian baru terbesar kepada parti dengan pertambahan seramai 41,663 orang yang membentuk 43 peratus daripada keseluruhan ahli baru.
10 Ciri Perlu Dielak Untuk Pastikan Pemuda Terus Dihormati – Khairy
October 20, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
KUALA LUMPUR, 20 Okt — Sikap suka melihat dan mengambil kesempatan dengan turut sama melontarkan kritikan ketika anggota parti dikritik lawan perlu dikikis dalam Umno, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Katanya, sikap tidak bertanggungjawab itu perlu dikikis dan dielak dari dijadikan amalan oleh anggota parti kerana perbuatan tersebut tidak selaras dengan model politik baru yang ingin diperkenalkan parti.
“Kita perlu ada tanggungjawab bersama, bukan suka tengok orang lain kena hentam. Kalau pembangkang, sekiranya ada orang dalam parti mereka kena serang, mereka akan pertahankan tetapi dalam parti kita seolah-olah kurang sedikit,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggariskan 10 ciri negatif yang perlu dikikis bagi memastikan Pemuda terus dihormati semasa menggulung perbahasan perwakilan Pemuda pada perhimpunan agung pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari Rabu.
Antara ciri-ciri lain ialah Pemuda perlu mengikis sikap elitis dan egois dengan menganggap rakyat adalah keutamaan, budaya syok sendiri, budaya kad perakam waktu – daftar masuk dan keluar, yang bertujuan menonjolkan diri, budaya sate dan budaya baling batu sembunyi tangan yang bermaksud sentiasa memandang sinis apa yang dilakukan orang lain.
Beliau berkata, walaupun perkara itu sudah menjadi kebiasaan tetapi ia perlu sentiasa diingatkan kerana semua ciri-ciri tersebut akan hanya terhakis melalui penonjolan teladan yang baik di kalangan pemimpin.
“Sekiranya ketua-ketua Pemuda bahagian termasuk saya dapat mengamalkan perkara tersebut dengan politik ikhlas dan jujur, saya rasa perkara ini dapat dielakkan, cuma saya perlu ingatkan banyak kali kerana perkara ini telah jadi kelaziman pada mana-mana parti politik,” katanya.
Sementara itu Anggota Majlis Tertingi (MT) Umno Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika berucap mewakili MT berkata, kemampuan pembahas Pemuda amat mengagumkan dengan banyak perkara, harapan, permintaan diutarakan yang mana kesemuanya berkisar supaya Umno kuat, Umno menang dan terus menjadi tunggak pemerintahan dalam negara.
Beliau berkata, semua pandangan itu akan dibawa kepada perhatian Majlis Tertinggi parti dan beliau sendiri sebagai anggota kabinet akan membawa pandangan-pandangan tersebut di dalam forum-forum dan tempat yang sesuai supaya harapan dan pandangan di kalangan Pemuda dapat dicernakan.
Katanya, mereka bersedia untuk menerima golongan muda bukan sahaja daripada buah fikiran tetapi juga bersedia untuk menerima kepimpinan generasi muda kerana salah satu faktor untuk menggambarkan negara itu maju ialah kesediaan untuk menerima pemikiran orang muda.
Sebanyak 30 isu dibahaskan oleh 13 wakil Pemuda daripada keseluruhan 795 perwakilan.
10 Ciri yang di gariskan oleh Khairy Jamaluddin
10 ciri negatif Pemuda yang perlu dikikis:
1. Elitis dan egois.
2. Suka melihat orang lain dihentam.
3. Syok sendiri.
4. Budaya ‘check in’/'check out’ dan ‘punch card’ – hanya tunjuk muka bila pemimpin ada.
5. Suka ‘enter frame’/ gemar mengambil kredit atas usaha orang lain.
6. Budaya ‘politik sate’ – cucuk dan kipas pemimpin.
7. Baling batu sembunyi tangan.
8. Budaya ‘yes man’ / ‘yes bos’
9. Talam dua muka
10. Oportunis.
Umno Bukan Parti Untuk Melayu Ekstrem
October 19, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
KUALA LUMPUR: Umno merupakan sebuah parti yang inklusif dan bukan lagi memperjuangkan hak kemelayuan yang ekstrem.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan, perkara tersebut merupakan satu perubahan yang signifikan dan momentum itu perlu diteruskan kerana Umno akan terus membela nasib semua tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
“Peranan yang dimainkan oleh Umno pada hari ini adalah menggalakkan orang Melayu berjaya bukannya bersikap defensif dan hanya mempertahankan hak serta keistimewaan mereka sahaja.
“Hanya dengan kerja keras dan usaha yang bersungguh-sungguh sahaja akan membuatkan kita akan berjaya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Pemuda Umno di Seri Pacific pada Selasa.
Bagi mencapai matlamat itu, Khairy berkata Umno perlu memastikan orang Melayu maju dalam bidang ekonomi dengan menggunakan pendekatan baru tanpa mengetepikan kepentingan mana-mana kaum di negara ini. “Perhimpunan Agung kali ini adalah bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa Umno masih lagi sebuah parti yang dominan dalam memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu di negara ini.
“Tiada siapa boleh menolak hakikat bahawa Umno adalah sebuah parti yang memperjuangkan agenda orang Melayu.
“Kita mahu tunjukkan kepada masyarakat bahawa kita membawa agenda baru bagi orang Melayu tanpa mengetepikan objektif utama penubuhan Umno,” katanya.
Sementara itu, Khairy berkata dua pilihan raya kecil yang akan berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi yang akan berlangsung serentak pada 4 November depan juga tidak akan menenggelamkan isu-isu yang akan dibawa oleh perwakilan pada perhimpunan agung kali ini.
“Pilihan raya kecil itu akan berlangsung selepas Perhimpunan Agung Umno, sudah pasti isunya akan dibangkitkan namun apa yang lebih penting adalah usaha kita memperkuatkan hubungan dan semangat bagi memupuk perpaduan dikalangan ahli parti,” katanya.
Mengenai isu-isu yang akan dibangkitkan oleh Perwakilan Pemuda pada perhimpunan agung kali ini, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata:
“Kita mahu perwakilan Pemuda kali ini membangkitkan isu-isu rakyat terutamanya di negeri-negeri pembangkang dengan menumpukan kepada soal kepincangan kepimpinan dan pentadbiran di sana.”
“Kita juga mahu mereka mengetengahkan cara bagaimana untuk memperkukuhkan lagi perpaduan dikalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,” katanya.
Beliau berkata apa yang merisaukannya adalah bagi memastikan segala pembaharuan yang di bawa oleh Umno dan BN dapat difahami oleh pengundi muda.
“Ada pengundi muda yang melihat Umno dan BN belum berubah, oleh sebab itu kita perlu pastikan perubahan yang telah kita buat sampai kepada golongan sasar dan akar umbi,” katanya.
Seramai 797 perwakilan dijangka hadir pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 kali ini.
Umno Tak Mampu Berbalah, Perlu Perkuat Diri Bersama Parti Komponen BN
October 18, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
KUALA LUMPUR, 19 Okt – Perhimpunan Agung Umno ke-61 bakal berlangsung selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu ini seharusnya menjadi kesinambungan peringatan bagi anggota Umno untuk memperkuatkan parti, selain berusaha terus menerus mendapat sokongan jitu daripada kalangan rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu bagi memastikan parti itu terus relevan.
Sudah banyak kali pemimpin-pemimpin Umno — yang terdahulu ataupun yang sedang memegang jawatan mengingatkan supaya parti keramat orang Melayu itu seharusnya relevan, inklusif bukan hanya kepada orang Melayu malah juga berkhidmat dan mendapat sokongan bangsa-bangsa lain.
Ini selaras dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam pada April 2009 bagi memastikan keamanan dan kestabilan dalam negara berkekalan dalam usaha negara mencapai status negara maju menjelang 2020.
Umno yang merupakan parti terbesar dalam negara dengan keanggotaan 3.4 juta orang tidak mampu berbalah sesama sendiri, malah harus merapatkan saf bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 nanti membawa keputusan yang memberangsangkan untuk Umno dan BN.
Najib pada Jun lepas berkata beliau mahu semua parti komponen Barisan Nasional (BN) menghentikan perbalahan secara terbuka dan menumpukan kepada usaha-usaha serta amalan yang memperkukuhkan parti masing-masing dan BN.
“Sebagai komponen BN kita mesti buat BN kuat. Kita tidak sepatutnya berbalah di hadapan umum, kita patut lawan pembangkang, bukan sesama kita, lawan musuh kita,” katanya semasa merasmikan Perhimpunan Parti Progresif Penduduk (PPP).
Umno, sebagai parti tunjang atau tulang belakang yang memerintah negara, perlu menunjukkan contoh terbaik kepada semua parti komponen dan tidak boleh hanya bersandarkan kepada kelemahan parti pembangkang untuk mendapatkan sokongan.
Untuk memastikan Umno terus relevan dalam abad ke 21, Najib semalam turut mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.
Selain itu, Umno terus berusaha memastikan masalah dalaman di peringkat negeri diselesaikan dengan baik, contohnya di Terengganu, melalui Konvensyen Umno Terengganu 2010 yang diadakan semalam, telah memberi gambaran jelas bahawa Umno negeri itu yang sebelum ini menghadapi masalah dalaman, kini semakin pulih.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata konvensyen yang bertujuan membincangkan hala tuju dan masa depan parti membuktikan kesepakatan di kalangan pemimpin Umno negeri itu semakin utuh.
Beliau tidak menafikan berlaku perselisihan faham dan masalah dalaman tetapi melalui Konvensyen Umno, ia berjaya merapatkan semula pemimpin di negeri itu.
Bagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam mengulas keadaan kelam kabut dalam pemilihan peringkat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan anggota Umno bahawa: ” Rakyat memerhati kekuatan kita.
Kita perlu perkuat diri sendiri dan bukan hanya bersandarkan kelemahan pihak lawan.” Perkelahian antara pemimpin bahagian, cawangan dan juga peringkat negeri harus dielakkan kerana ini akan memberi kesan yang negatif kepada Umno seterusnya BN bagi menghadapi pilihan raya kelak.
Bagi Umno, perhimpunan kali ini bukan saja akan hanya membahaskan tiga usul iaitu membahaskan ucapan dasar Presiden, ekonomi serta pendidikan dan agama, malah persidangan kali ini akan turut membicarakan usaha-usaha pembangunan kerajaan dalam Pelan Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia ke-10 RMK-10) serta Bajet 2011, dan kemungkinan mengenai persiapan Umno menghadapi dua pilihan raya kecil pada 4 Nov ini dan pilihan raya umum ke-13.
Pemimpin Umno perlu merapatkan barisan dan mempamerkan semangat 1Umno pada perhimpunan ini bagi memastikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan dan juga Parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah yang akan diadakan serentak pada 4 Nov milik BN.
Pada perhimpunan kali ini, Umno membuat perubahan dengan mengadakan sidang antarabangsa sehari sebelum persidangan Umno bermula dengan menjemput pemimpin parti politik luar negara untuk bertukar-tukar fikiran mengenai isu ‘Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru’.
Acara julung kali yang didakan itu telah menerima penyertaan seramai 63 peserta daripada 22 parti politik dari 20 negara.
Melalui persidangan itu, wakil antarabangsa dapat melihat pendekataan baru Umno melalui Model Politik Baru yang menjurus kepada pembangunan teknologi maklumat masa kini, selain memperlihatkan kepada dunia konsep kongsi kuasa BN.
Menerusi forum itu juga para perserta dijangka dapat berkongsi pandangan bagaimana menghadapi serangan dunia maya serta membina kekuatan politik.
Perhimpunan Umno yang akan bermula Selasa ini dengan perasmian tiga sayap Umno oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno akan dihadiri 4,907 perwakilan.
Mereka terdiri daripada 2,543 perwakilan yang akan ke Perhimpunan Agung UMNO, 793 perwakilan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, 795 Pemuda dan 776 ke Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri.
RM1500, Harga Cita-Cita Anwar ke Putrajaya
October 16, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Difahamkan bila Rasid muncul di public dengan laporan polis menafikan keikhlasan SD round pertama, kem PKR sunyi senyap untuk menyanggah perbuatan Rasid. Tidak seperti ketika Rahimi comeback…..Anwar, Kak Wan anak beranak, Saifuddin dan barisan chi-bai peguam pro-PKR tak tahu kat mana lagi nak tutup lubang penipuan.
Selama ini rakyat Malaysia dimomokan dengan siri penipuan konspirasi apabila Saiful membuat laporan polis dan Anwar terkincit lari ke kedutaan Turki. Penipuan assinated Anwar dan spining ada 4 orang AP BN hendak terjun ke dalam kem PKR sampai hari ini langsung tak muncul.
Dalam dunia maya, nama Rasid sentiasa berlegar kewujudannya. Daripada penjara hingga dibawa masuk ke rumah Anwar, Rasid adalah entiti misteri untuk diperdebatkan. Ezam, pernah bercakap mengenai Rasid dan cakap-cakap Rasid antara ‘santapan’ nafsu songsang Anwar juga masih menjadi misteri.
Yang diketahui, Rasid dipertemukan dengan Anwar ketika di penjara, diarahkan untuk menjadi pembantu dan menjadi ‘teman’ pemuas nafsu pelik Anwar.
Rasid jelaskan Anwar mempunyai kecenderungan seksual yang pelik.
Kemunculan Rasid bersama skrip kebenaran benar-benar mengejutkan. Sudah terbukti, selama kehilangan Rasid dan Rahimi membuktikan Anwar sudah ‘membeli’ 2 orang saksi penting ini bagi menutup kerja jijiknya.
Rahimi tidak mendedahkan sebanyak mana bayaran diterima untuk menutup mulut tetapi Rasid mendedahkan gaji bulanannya adalah sebanyak RM1,500.
Selama hampir 3 tahun, Rasid hidup dengan RM1,500 sebulan daripada PKR. Anwar membayar harga itu demi cita-citanya ke Putrajaya. Murah dan cukup hina tindakan Anwar. Bukan kerana faktor KY Jelly Rasid disimpan kemas tetapi kerana sumbangan Rasid dalam memenuhi nafsu songsang Anwar yang sangat ditakuti bila dibicarakan di mahkamah.
Terbaca satu komen pembaca blog disini tentang seorang lelaki yang turut dikatakan Rasid dalam SDnya.
Ismail Harun atau Ismail Mat Rabi kini berumur lebih kurang 35 tahun adalah seorang penganggur yang diperkenalkan kepada Anwar Ibrahim oleh Sukma Darmawan.
Mereka bertiga dikatakan pernah melakukan seks/liwat bilik perpustakaan di rumah lama Anwar di Bukit Damansara dan juga di Tivolli Villa ketika Anwar jadi TPM. Ismail Harun dapat bayaran 200-300 ringgit setiap kali dipakai Anwar. Sukma tukang bayar.
Tak tahulah apakah mungkin Ismail ini pelacur lelaki atau tidak tetapi dia dikenali Sukma ketika sedang clubbing di kelab malam. Maklumat dalaman kata Anwar Ibrahim masih ‘pakai’ mamat ni selepas dia keluar dari penjara.
Kalau betul Ismail ini yang disebut oleh Rasid, terbongkar 1 lagi rahsia Anwar.
Tidak mustahil, jika dikatakan Kak Wan juga akan ‘menentang arus’ setelah tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan kegiatan jijik Anwar kepada umum.
Ini silapnya Anwar kerana tidak mematuhi seruan kerajaan.
Gunakanlah Kondom..!
Panggilan ‘PARIA’ Pengiktirafan Besar PKR Buat Kaum India
October 15, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
KUALA LUMPUR, 15 Okt – Panggilan “Pariah” yang dilemparkan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali terhadap seorang pemimpin tertinggi PKR berketurunan India disifat sebagai satu pengiktirafan terbesar parti itu terhadap sokongan kaum India kepada parti itu selama ini.
Dengan nada sinis, Ketua Penerangan MIC, YB P.Kamalanathan berkata inilah wajah sebenar PKR yang selama ini hanya berpura-pura membela kaum India sedangkan hakikatnya PKR hanya mahu mengejar undi untuk berkuasa semata-mata.
“Panggilan ini adalah satu penghinaan walaupun ia ditujukan kepada seorang pemimpin India (N. Gobalakrishnan) tapi perlu kita ingat di belakang beliau mungkin ada beribu atau beratus penyokongnya yang berbangsa India.
“Apa yang dilakukan Azmin ini adalah cerminan sikap sebenar PKR di sebalik laungan kononnya untuk membela rakyat seluruh kaum. Apakah rakyat mahu memperjudikan nasib di atas tangan mereka ini”, katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas pendedahan Ahli Parlimen PKR Padang Serai yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, N. Gobalakrishnan yang mendakwa pernah dipanggil “Pariah” oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali dalam satu mesyuarat parti itu beberapa tahun lalu.
Selain itu Gobalakrishnan turut mendedahkan Azmin adalah dalang kepada kekusutan yang melanda parti itu menjelang pemilihan 16 November depan.
Mengulas lanjut berhubung panggilan “Pariah” itu Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor seterusnya berkata ada kemungkinan besar Azmin akan menafikan dakwaan tersebut seperti lazimnya.
“Jika Azmin menafikan perkara itu maka ini bermakna Gobala menipu dan kita semua ditipu. Jadi saya minta kalau betul ini satu penipuan maka Azmin mesti bertindak dan saman Gobala.
“Namun saya percaya selaku salah seorang pemimpin tertinggi PKR, Gobala ada tanggungjawab untuk tidak membuat dakwaan membuta tuli”, ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau turut menambah PKR sememangnya parti yang sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa termasuk menggadaikan maruah negara seperti mana yang dilakukan Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk yang terbaru di Indonesia.
“Mereka juga sanggup memperbesarkan isu-isu perkauman untuk mendapat sokongan. Parti ini tidak fikirkan masa depan yang penting mereka berkuasa dan ketua mereka jadi Perdana Menteri”, katanya.







