PKR Penjajah Baru Alaf Moden
December 7, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
PKR dibidas lagi hari ini berhubung isu ketuanan Melayu yang mahu dibakulsampahkan oleh parti berkenaan yang menujukkan parti pembangkang terbabit seolah-olah penjajah baru alaf moden.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Galas, Abdul Aziz Yusof berkata tindakan mereka sebenarnya hanyalah bertujuan untuk memancing undi bukan Melayu setelah tersepit dengan senario politik semasa hari ini yang dilihat tidak memihak kepada mereka.
Menurut beliau perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang pelik dan tidak mengejutkan kerana mereka sanggup mengambil apa jua tindakan demi menghalalkan cita-cita dan hala tuju politik sempit mereka khususnya mimpi menawan Putrajaya pada pilihan raya umum nanti.
“Penurunan sokongan Melayu terhadap parti itu menyebabkan mereka mengambil keputusan popular sedemikian rupa sungguh pun ianya bertentangan dan merupakan satu penghinaan kepada apa yang telah termaktub dan terpahat kemas di dalam Perlembagaan negara.
“Mereka sebenarnya tersepit dan terpaksa mengayuh dengan apa jua cara termasuk membakulkasampahkan ketuanan Melayu. Saya nak tanya golongan ini….Bukankah ketuanan Melayu itu berhubung kait dengan Sultan dan agama Islam itu sendiri,” katanya.
Beliau yang juga Setiausaha UMNO Gua Musang seterusnya menambah, Pas yang merupakan sekutu mereka perlu terdedepan dalam soal berkenaan.
“Bukankah Pas memperjuangkan Islam sepertimana diwar-warkan kepada penyokongnya seluruh negara. Kalau memperjuangkan Islam, merekalah yang sepatutnya bangkit dan mempertahankan apa yang berhung kait dengan agama dan sebagainya.
“Lagi pun bukankah PKR itu sekutu rapat mereka. Bolehlah beri teguran dan nasihat kalau-kalau Wan Azizah terlupa apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan negara. Jangan hanya sekadar gah bercakap sahaja,” katanya.
Buang Empat Gejala Penyakit Supaya BN Kuat, DiPilih Rakyat – Najib
December 7, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
KUALA LUMPUR, 7 Dis. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu anggota-anggota Barisan Nasional (BN) supaya mengikis gejala penyakit khayal, lupa diri, jumud dan angkuh dalam usaha menambat hati rakyat.
“Kita mesti mengelak, mengikis dan membuang jauh empat gejala penyakit itu sebelum rasa sayang rakyat terhadap BN berubah menjadi benci, harapan mereka menjadi kemarahan dan sokongan rakyat bertukar menjadi penentangan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN.
Najib berkata semua gejala penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.
Najib berkata semua gejala penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.
“(Saya) menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa. Hakikatnya, parti yang terlampau berkuasa jarang melakukan muhasabah terhadap kelemahan diri,” katanya dalam ucapan amanat dasar di Konvensyen BN 2010 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, kelmarin.
Dalam amanat bertema “Mengukuh Barisan Mendahulu Rakyat” itu, Perdana Menteri berkata penyakit khayalan kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan, manakala kelupaan kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal.
Yang ketiga, penyakit kejumudan yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan dan seterusnya penyakit angkuh yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai, katanya.
Najib berkata untuk bangun kembali, BN mesti mencari formula pemulihan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten.
“Itulah yang sedang kita usaha dan sedang kita lakukan. Barulah nanti akan memperoleh kemenangan besar yang diidam-idamkan,” katanya.
Katanya bukan sekadar cukup dengan persepsi positif, akan tetapi kepercayaan sebenar rakyat terhadap BN perlulah terus dipupuk dan dibaja dengan jalan bekerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.
“Maka, saya ingin sentiasa mengingatkan bahawa kejayaan-kejayaan awal ini perlu dijadikan asas kemenangan yang lebih memberangsangkan kelak. Dalam kata lain, jangan kita leka dan mudah terpesona. Sifirnya, untuk BN terus menerajui kepimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuh dan diperkuat,” katanya.
“Maka, saya ingin sentiasa mengingatkan bahawa kejayaan-kejayaan awal ini perlu dijadikan asas kemenangan yang lebih memberangsangkan kelak. Dalam kata lain, jangan kita leka dan mudah terpesona. Sifirnya, untuk BN terus menerajui kepimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuh dan diperkuat,” katanya.
Najib berkata berbanding pilihan raya umum 2008, di mana BN yang cuba dimomok-momokkan sebagai sudah suram, kini nampaknya semakin hari sudah semakin pulih.
“Begitulah episod merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Galas telah meraih kemenangan besar.
Serentak dengan itu, kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi mengaut majoriti, hampir sekali ganda, menunjukkan sokongan rakyat kepada kita telah berputik dan mekar kembali.
“Pokok pangkalnya, BN telah sentiasa mendahulukan rakyat dan mampu mengota apa yang dijanjikan kepada rakyat, sekaligus mengangkat negara ke satu tahap yang sungguh menbanggakan.
“Dari dahulu sampailah sekarang dan mudah-mudahan dengan izin Tuhan hingga selamanya, suara Barisan Nasional adalah suara keramat rakyat, berbicara dan berganding atas nama rakyat. Dari Perlis sampailah Sabah, BN menjiwai degupan sanubari dan hati rakyat, menjadi penyambung rasa, penyambung cita-cita, penyambung lidah serta aspirasi rakyat Malaysia,” katanya.
Dalam ucapan hampir sejam itu yang sentiasa mendapat tepukan gemuruh perwakilan, Najib juga berkata antara nilai paling penting yang mengukuhkan BN adalah sifat kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan parti pemrintah itu untuk memimpin berbekalkan wawasan serta kepentingan yang jauh lebih besar,” katanya.
Najib berkata kepentingan itu adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang aman, stabil, maju lagi makmur di mana semua orang dapat membina kehidupan yang bahagia.
“Jelas sekali, orang lain hanya mampu memperdagangkan mimpi, mencanangkan angan-angan, mencetak khayalan, walhal parti kitalah sebenarnya menjadi barisan pejuang tulen untuk rakyat, yang berpasak di bumi, bersandarkan perancangan jitu, serta pelaksanaan kerja yang tersusun,” katanya.
Menurutnya BN berjaya merubah sebuah negara pertanian yang berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.
Dalam hal ini, katanya, BN bukan sahaja berjaya menguruskan sebuah negara pelbagai kaum dengan baik malah dapat memajukan bidang sosio ekonomi serta memastikan keselamatan serta ketenteraman nasional.
Najib berkata bahawa sejarah menunjukkan BN tidak pernah sesekali mengapi-apikan sentimen perkauman atau menjadikan rasisme teras pengurusan perhubungan kaum di negara ini.
“Di Malaysia semenjak merdeka, kerajaan tidak pun menjadikan isu kaum dan warna kulit sebagai alasan untuk mengehadkan hak kelayakan mendaftar mengundi.
Apatah lagi, bagi menentukan tempat duduk di restoran dan kenderaan awam, serta mengasingkan penggunaan bilik air, sebagaimana berlaku di negara-negara lain,” katanya.
Justeru itu, katanya, janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menafikan peranan BN sebagai parti pelbagai kaum sebenar yang memperjuangkan kesejahteraan hidup antara kaum di Malaysia selama ini.
“Kita dianggotai oleh pelbagai jenis parti berasaskan kaum dan ada bersifat pelbagai kaum. Bersatu dan bersama mewakili kepentingan semua pihak. Sedangkan di pihak pembangkang, tidak terjamin suara kaum minoriti akan sampai ke peringkat perbincangan kepimpinan tertinggi mereka, hanya kerana mereka tidak diwakili secukupnya,” kata Najib.
Najib berkata konvensyen kali ini yang berlangsung di Wisma MCA, sebagai satu tanda bahawa “kita adalah rakan kongsi yang komited dalam usaha untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia”.
Katanya pemimpin-pemimpin terdahulu telah merintis warisan paling agung yakni mekanisme perkongsian kuasa dan kerjasama politik antara kaum yang telah terbukti paling berkesan, paling praktikal dan kekal merentasi masa.
Mengimbas sejarah daripada Perikatan kepada BN, Najib berkata malah ada parti-parti yang dahulunya sebagai pembangkang, telah mengiktiraf dan memilih jalan ke arah kesatuan nasional.
“Ini kerana, mereka mempercayai bahawa masa depan negara yang terjamin hanya mampu dibela oleh BN. Selanjutnya, BN juga mengembangkan keanggotaan kepada parti-parti di Sabah dan Sarawak, sekali gus menjelmakan era baru integrasi kebangsaan apabila BN menjadi jambatan politik yang merantau jauh, merentasi Laut China Selatan,” katanya.
Katanya, harus dibanggakan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.
Dalam menyentuh program transformasi politik, Najib menggariskan antara contoh terkini adalah perubahan bersejarah dalam BN sejak ia ditubuhkan iaitu berkaitan keanggotaan.
BN bersetuju mewujudkan empat jenis keanggotaan baru — keanggotaan secara bersekutu, secara bergabung, rakan BN dan kelab Rakan Muda BN.
“Kita akan terus bergerak dan berusaha agar dasar keahlian terus BN ini akan menjadi realiti yang membawa manfaat kepada parti dan rakyat,” katanya.
“Kesimpulan yang boleh dibuat, BN adalah parti yang bertanggungjawab…BN adalah parti yang melaksanakan amanah rakyat dan BN adalah parti di mana rakyat boleh meletakkan kepercayaan dan pengharapan,” kata Najib.
Biarlah Anwar Ke Luar Negara, Orang Pun Dah Tak Percaya Dia
November 23, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
KEMAMAN, 24 Nov – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak luar semakin tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada pergi ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia.
Lagipun, kata bekas perdana menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.
“Kita tak patut halang dia keluar negara. Saya tak fikir kita patut takut kepada dia. Kita buat macam itu, orang lagi jadi marah kepada kita, benci kepada kerajaan. Nanti mulalah orang cakap kerajaan itu dan ini.
“Tak apalah, saya ingat orang lain pun tak percaya kepada dia dah, siapa nak percaya. Kalau saya, saya tidak peduli. Bukan orang itu yang nak mengundi, yang mengundi orang di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini semalam.
Dr Mahathir sebelum itu menyampaikan syarahan perdana bertajuk “Cabaran Umat Islam Pada Masa Kini” di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman anjuran Institut Pembangunan Terengganu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang kakitangan awam dan masyarakat sekitar.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Norliza Mahmud dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
Dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, beberapa penyokong kerajaan mencadangkan agar Anwar tidak dibenarkan ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus memburukkan Malaysia.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata semakin kerap Anwar keluar negara untuk memburukkan negara sendiri, secara sendirinya Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mendapat imej yang negatif.
Dr Mahathir juga berkata sudah sampai masanya penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno kerana terbukti PKR diwujudkan hanya untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.
Beliau berkata parti itu perlu dibubarkan dengan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
“Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.
“Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.
“Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu saya menyeru kepada penyokongnya agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperti kata pepatah Melayu,” katanya.
Menurutnya dengan pembubaran PKR, orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.
Bekas Perdana Menteri itu berkata mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini terpecah kepada tiga kumpulan.
“Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan.
“Mereka (PKR) kata, ada 400,000 ahli tapi tak sampai 10 peratus pun yang ada. Ada pula bahagian hanya seorang sahaja ahli,” katanya.
Dr Mahathir juga berkata kejayaan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi di Sabah pada 4 Nov lepas tidak harus dijadikan kayu pengukur untuk kerajaan mengadakan pilihan raya umum dalam jangka masa terdekat.
Katanya kerajaan Barisan Nasional masih mempunyai banyak masa untuk mengatur strategi meraih sokongan rakyat supaya lebih ramai rakyat kembali kepada parti itu.
“Kita dapat kemenangan di sesuatu tempat tidak boleh jadikan ukuran (sokongan). Faktor-faktor kemenangan BN di kawasan itu adakah sama dengan kawasan lain.
“Jadi saya fikir kepimpinan tahu tentang soal ini,” katanya
Mengenai desas desus kononnya pilihan raya umum ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya Sarawak pada awal tahun depan, Dr Mahathir berkata, Semenanjung masih mempunyai banyak masa dan tidak perlu terburu-buru untuk diadakan bersama.
“Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya tunggu dulu,” katanya.
Beliau berkata Sarawak tidak mempunyai pilihan kerana perlu mengadakan pilihan raya negeri tahun depan apabila mandat kerajaan sekarang akan berakhir.
“Tetapi di sini ada pilihan,” katanya.
Janji Bela Nasib Orang Asli Akan DiTunaikan – Tengku Razaleigh
November 21, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
GUA MUSANG 21 Nov. – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, memberi jaminan akan menunaikan janji membela nasib kaum Orang Asli yang banyak membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November lalu.
Tengku Razaleigh berkata kaum itu yang setia dengan perjuangan UMNO, sudah memberikan sokongan padu bagi membolehkan BN menebus semula maruah selepas kekalahan kerusi DUN Galas pada pilihan raya umum lalu.
Saya fikir sekiranya tidak kerana sokongan padu daripada kaum itu sudah tentu kita daripada BN amat sukar memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.
“Oleh itu, saya tidak akan mungkir janji ketika pilihan raya kecil lepas dan tetap melaksanakan apa yang saya kata (pada kempen pilihan raya itu),” katanya berucap pada majlis sambutan Aidiladha sempena meraikan kemenangan BN bagi kerusi DUN Galas pilihan raya kecil di Bukit Chekati, di sini, malam kelmarin.
Hadir sama pada majlis itu anakanda Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra; ADUN Galas Ab Aziz Yusoff; ADUN Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan ADUN Nenggiri Md Yusoff Ab Ghani serta wakil-wakil kaum Orang Asli dan pemimpin parti komponen BN.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, beliau bersedia berbincang dengan pemimpin kaum Orang Asli mengenai perkara yang dijanjikan dalam masa terdekat ini kerana ia penting bagi kemajuan masa depan mereka.
Ia turut membabitkan hal berkaitan dengan kerajaan negeri terutama mengenai tanah kerana kaum itu wajar diberi keutamaan dalam penyelesaian berkenaan, katanya.
“Kita begitu kagum dengan sokongan 90 peratus Orang Asli pada pilihan raya kecil berkenaan di samping kaum lain terutama Melayu, Cina dan India juga. Saya menghormati segala usaha hingga mencapai kemenangan,” katanya.
Selain itu, katanya, BN Gua Musang kini perlu bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
“Langkah itu bukan bertujuan untuk kita membanggakan diri atau riak diatas kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil berkenaan (Galas), sebaliknya untuk faedah rakyat di Gua Musang juga,” katanya
PKR semakin cacamarba – Shahrizat
November 18, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
KUALA LUMPUR 18 Nov. – Pergerakan Wanita UMNO percaya sesiapa yang dipilih untuk memimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti itu tidak akan mendapat kepercayaan rakyat.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ramai yang merasakan pemilihan dalam parti itu diibaratkan satu permainan yang cacamarba, main sana, main sini dan kerana itu pemimpin yang menang tidak akan diyakini.
Menurutnya, daripada apa yang beliau baca melalui blog dan media, sesiapa yang menang dalam pemilihan itu tidak boleh dianggap hebat dan diambil sebagai serius.
“Pada pemerhatian saya, proses pemilihan parti itu tidak mengikut sistem tertentu sebaliknya semua sistem boleh dilakukan seperti cacamarba,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidiladha Wanita UMNO di perkarangan Dewan Jinjang Utara D di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kepong, Senator Datuk Rizuan Hamid; Ketua Pemudanya, Norizan Ali dan Ketua Puteri, Norshamsi Omar Talib.
Shahrizat yang juga Ketua Wanita Bahagian Kepong mengulas proses pemilihan pemimpin PKR dan keputusan calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim yang mengundur diri dan bakal menubuhkan parti baru.
Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu, beliau tidak menjangka perpecahan dalam PKR berlaku lebih awal daripada yang dijangkakan dan seterusnya tidak hairan Zaid menarik diri daripada pemilihan parti itu.
Dalam pada itu, beliau percaya rakyat Malaysia bijak dan mampu untuk menghitung apa yang sedang berlaku dan seterusnya tahu siapa yang akan mereka pilih pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, rakyat mengikuti perkembangan politik PKR dan seterusnya mengambil iktibar mengenainya.
Shahrizat menambah, PKR ditubuhkan tanpa visi, ideologi atau idealisme perjuangan bagi membantu rakyat dan negara sebaliknya untuk menentukan individu tertentu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Beliau menambah, rakyat masih bernasib baik kerana mengetahui kerapuhan PKR itu lebih awal.
Katanya, di mana-mana beliau pergi termasuk kawasan Parlimen Lembah Pantai, ramai pengundi menyatakan kesal kerana membuat keputusan salah berlandaskan tsunami politik pada pilihan raya lalu.
“Kemenangan wakil rakyat PKR di Lembah Pantai tidak membela atau memperjuangkan nasib penduduk di kawasan tersebut sebaliknya mereka diabaikan.
“Saya boleh bercakap demikian kerana setelah berkhidmat tiga penggal membina satu-satunya kawasan dengan 20,000 keluarga setinggan hingga menjadi kawasan Parlimen yang hebat tetapi hari ini semuanya sudah ‘hancur’,” katanya.
Bagaimanapun Shahrizat mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang banyak membantu penghuni di kawasan tersebut.
UMNO tidak terdesak berbaik dengan Pas
November 16, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
KUALA LUMPUR 15 Nov. – UMNO bukannya terlalu lemah dan terdesak hingga terpaksa bergantung kepada Pas bagi menjadi wadah terbaik meneruskan survival Melayu dan agama Islam di negara ini.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, UMNO yang menjadi parti teras kekuatan Barisan Nasional (BN) masih relevan dan terbukti berjaya membawa banyak perubahan kepada bangsa, agama dan rakyat pelbagai kaum.
Sebaliknya, tegas beliau, Pas merupakan parti tidak berprinsip yang jauh tersasar daripada perjuangan Islam, sekali gus menafikan tanggapan bahawa ia parti terbesar orang Melayu kerana sanggup menjadi ‘kuda politik’ DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Mengajak Pas menyertai UMNO pada masa sekarang seperti mengesahkan parti ini takut menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
“Apakah kerana kita takut maka kita terpaksa berbaik dengan Pas?, pada saya UMNO tidak wajar berbuat demikian kerana kita masih kuat dan mampu kekal sebagai peneraju kerajaan BN,” katanya dalam blognya, umnobahagiancheras.blogspot.com.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang mengajak Pas menyertai UMNO.
Tegas Syed Ali, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini dengan sifat angkuhnya menentang keras perpaduan orang Melayu UMNO dengan Pas.
“Pemimpin Pas termasuk Nik Aziz lebih rela menjadi alat kepada DAP daripada berbaik dengan UMNO, jadi tidak ada faedahnya perkara itu dibangkitkan semula.
“Malah, Menteri Besar Kelantan itu secara jelas telah menyelewengkan perjuangan sebenar Pas sehingga umat Islam di negara ini berpecah. UMNO sesekali tidak perlu mengulangi mengajak Pas menyertai UMNO kerana perbuatan itu hanya sia-sia,” katanya.
Selain itu, tambah Syed Ali, terdapat beberapa faktor yang mewajarkan Pas ditolak daripada dipelawa menyertai UMNO, antaranya:
l Pas merupakan parti perosak umat Islam kerana sanggup menjadi tali barut DAP dan PKR dengan memperalatkan agama demi agenda politik.
l Pemimpin Pas telah melabelkan pelbagai gelaran kepada ahli-ahli UMNO termasuk sebagai kafir dan tidak akan masuk syurga.
Murtad: PKR diminta nyatakan pendirian
November 13, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
KUALA LUMPUR 13 Nov. – Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu segera menyatakan pendirian berhubung isu seorang ahli parti itu yang secara terbuka mengaku telah murtad daripada Islam.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, kepimpinan parti berkenaan tidak harus berdiam diri kerana isu itu adalah terlalu serius dan mesti ditangani dengan segera.
“Di kalangan kita sudah ada yang murtad dan kita kelihatan terlalu lemah untuk mengambil tindakan yang jelas. Padanlah perpecahan umat Islam semakin serius di negara ini.
“Saya juga ingin tahu apakah pendirian kepimpinan dan ahli Pas yang turut bersama-sama PKR dalam pakatan pembangkang berhubung isu ini. Apakah mereka meredainya?” kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk Ahli PKR Murtad! dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com di sini hari ini.
Zulkifli mengulas kenyataan bapa kepada murid berusia 10 tahun, yang mendakwa dirotan pihak sekolah kerana membawa nasi goreng dengan sosej babi ke Sekolah Rendah St. Thomas, Kuching, Sarawak baru-baru ini, bahawa dia bukan lagi beragama Islam.
Nor Azman Abdullah yang membuat pengakuan secara terbuka semalam berkata, dia telah murtad dan menukar nama kepada Beginda Minda sejak 1999.
Beliau pernah bertanding sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Umum 1999 di kawasan Parlimen Kapit dan calon parti sama bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Engkelili pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2001 dengan menggunakan nama Nor Azman Abdullah dalam borang pencalonan.
Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifli turut mendesak kerajaan supaya menyiasat bagaimana Nor Azman boleh diberikan MyKad baru pada 2004 dengan nama Beginda Minda bersama catatan tidak beragama.
“Satu siasatan juga perlu dilakukan bagi mengesahkan kesahihan pengakuan Nor Azman ini dan adakah langkahnya untuk murtad mendapat kelulusan daripada mana-mana Mahkamah Syariah,” tegasnya.
“Kita turut ingin tahu apakah langkah kaunseling dan perbincangan yang pernah dibuat ke atas Nor Azman sebelum dan selepas dia murtad,” katanya.
DAP Sentiasa Menyusahkan, Buat Rakyat Marah – Khoo Kay Kim
November 10, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
KUALA LUMPUR, 10 Nov. – Tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap,DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat.
Katanya, sejak dari sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia, DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.
“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,” katanya kepada umno-online.
“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,” katanya kepada umno-online.
Khoo yang juga penganalisis politik berkata demikian ketika mengulas cadangan wakil rakyat DAP, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di Pulau Pinang.
“Sebenarnya mereka tahu, apa yang mereka cadangkan tidak boleh dilaksanakan tetapi mereka sengaja mahu menyuarakan sesuatu yang memang bertentangan dengan Perlembagaan dan dasar-dasar negara.
“Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya.
Terangnya lagi, cadangan DAP yang kononnya mahu melaksanakan bahasa Inggeris kerana mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar antarabangsa pada masa depan hanya satu alasan sahaja.
“DAP tidak pernah menyuarakan sesuatu yang boleh membantu kerana mereka tidak mahu rakyat berada dalam keadaan tenteram sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan.”
Katanya lagi, hal-hal berkaitan bahasa tidak boleh diubah atau dibuat sebarang pindaan sewenang-wenangnya.
“Perlembagaan negara jelas mengiktiraf bahasa rami adalah bahasa Malaysia dan apa-apa pindaan yang hendak dilakukan perlu mendapat kelulusan dua pertiga dari anggota Dewan. Adakah DAP mampu melakukannya?”
Justeru tegasnya, motif sebenar hal berkaitan bahasa ini ditimbulkan adalah untuk memporak-perandakan negara dengan menggunakan kemarahan rakyat sebagai senjatanya.
“Rakyat sekarang tahu menilai, jadi mereka perlu sedar bahawa ada pihak yang sentiasa cuba untuk mencari ruang bagi menghancurkan keamanan negara.”
Corat-Coret PRK di Galas: Penyokong Pas Tersipu Malu Laungan “Rasuah” Dibalas Gambar Nik Aziz
November 5, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Semalam, jentera dan penyokong Pas yang berada di pusat pembuangan undi di sekitar Galas tersipu-sipu malu apabila tindakan mereka mengejek dan melaungkan “rasuah” dibalas penyokong Barisan Nasional (BN) dengan menunjukkan gambar Datuk Nik Aziz Nik Mat sedang menghulur wang kepada pengundi orang asli.
Malah penyokong BN juga sempat memerli penyokong pembangkang bahawa mereka tak perlu takut itu bukan rasuah tapi sedekah.
Penyokong Pas yang pada mulanya lantang bersorak tersipu malu serta mengubah sorakan sokong UMNO masuk neraka.
Jentera dan penyokong Pas yang diimport dari luar ternyata bertindak melampau dengan melakukan pelbagai provokasi hingga menimbulkan kekecohan.
Memang jelas budaya politik samseng diamalkan PAS dan sekutunya..
Rais VS Rocky Bru…. ‘pihak yang tak terasa memanglah mereka tak faham’
October 25, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap blogger Rocky Bru @ Datuk Ahirudin Attan dan dua yang lain yang siar dakwaan kononnya anaknya terlibat dalam syarikat yang dapat kontrak jalur lebar bernilai jutaan ringgit …kerana itu adalah haknya.
“Ia mudah (isu itu). Orang tidak memikul masalahnya tidak tahu. Mereka sudah mengaibkan saya di khalayak ramai. Saya sebagai seorang anggota pentadbiran yang telah lama berkhidmat tak pernah menerima pukulan seperti itu.
“Apa yang mereka kemukakan tidak benar. Jadi saya sebagai seorang rakyat biasa, tak ada cara lain kecuali melaporkan kepada lunas undang-undang negara kita. Jadi kalau itu pun salah, atau dianggap tidak benar, saya tak ada hal, saya boleh buat banyak pilihan, tapi itu hak saya,” katanya kepada Agendadaily ketika ditemui di luar Dewan Merdeka PWTC, Khamis.
Beliau diminta mengulas laporan beberapa buah blog memberitahu mengenai pertemuan dengan beberapa blogger di kediamannya pada Isnin lalu,Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyuarakan rasa terkilan terhadap langkah Rais membuat laporan polis terhadap Rocky dan dua blogger lain,Big Dog dan TnT.
Setakat ini Rocky telah dipanggil memberi keterangan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Rocky membuat posting dibawah tajuk Who gets Santa Rais RM1billion handout? pada 9 Oktober.
“Membuat laporan (polis) itu adalah hak saya. Jadi saya minta tidak ada pihak yang memutarkannya dan saya tak fikir Perdana Menteri mengeluarkan kata-kata begitu sebab saya tidak ada peluang mempertahankan diri saya,” kata Rais yang memberitahu beliau tidak tahu menahu mengenai pertemuan berkenaan.
Ditanya sama ada beliau akan menarik balik atau meneruskan dengan laporan terhadap Rocky dan dua blogger berkenaan, Rais bertegas mengatakan beliau hanya melaksanakan haknya.
“Itu hak saya. Saya sudah buat laporan. Jadi setakat itulah. Jadi apa yang berlaku selepas itu kita lihat apa yang berlaku. Dan saya tidak ada tujuan untuk memperli atau menyusahkan mana mana pihak jauh sekali Perdana Menteri.
“Saya pernah bertugas di bawah bapanya (Allahyarham Tun Razak) . Sekarang saya bertugas di bawah dia, Jadi kalau beliau tidak suka, ataupun tidak rasa selesa, beliau ada pilihan. Saya rakyat biasa.
“Sebagai Rais Yatim saya berhak membersihkan perkara yang cuba diharu-birukan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Itu sahaja. Saya tidak ada membuat tuntutan yang lain, hanya melaporkan itu dan terserah kepada pihak berkuasa melihatnya dari sudut undang-undang oleh kerana nama saya telah dicemari.
“ Bagi pihak yang tak terasa memanglah mereka tak faham. Sebab perkara itu tidak benar, jadi saya ambil pilihan yang ada pada sisi undang-undang. Itu sahaja.”
Apabila ditanya sama ada tindakannya itu dilakukan kerana instinct sebagai seorang ayah, beliau menafikan.
“Itu tak ada. Sebagai seorang individu, seorang rakyat Malaysia yang juga dinaungi undang-undang negara, setahu saya, tidak salah kalau seseorang mengambil pilihan untuk melapor kepada polis atau kepada pihak lain jika dirinya dipermainkan oleh pihak-pihak lain.
“Mungkin saya perlu mengambil tindakan undang-undang sivil. Pun perlu membuat laporan polis. Yang jenayah, terserah kepada pihak berkenaan. Saya tidak ada pilihan lain.”





