Isu Air: Kebangkitan Semula Tunjuk Perasaan?
December 7, 2010 by admin
Filed under Berita Khas
KETIKA kira-kira 2,000 para perwakilan konvensyen BN sedang membincangkan tujuh perkara pokok di Wisma MCA Jalan Ampang, lebih 5,000 rakyat marhaen dari berbagai kaum menunjuk perasaan di perkarangan Masjid Negara untuk memprotes cadangan menaikan harga air di Selangor.
Dua himpunan ini dilihat kontras di antara satu sama lain. Satu melibatkan rakyat yang membela diri mereka kerana dimanipulasikan oleh pihak tertentu dengan cadangan kenaikan harga air itu, manakala satu lagi berbincang untuk mengekalkan hegemoni politik mereka bagi membolehkan para pedagang dan lintah darat terus menyedut darah rakyat.
Kalau mengikut role sebenar seharusnya perhimpunan di masjid negara itu tidak perlu diadakan dan tuntutan rakyat itu sepatutnya diselitkan dalam konvensyen BN. Konvensyen itu seharusnya membangkit dan membincangkan masalah rakyat bawahan termasuk mengenai kenaikan harga air itu.
Sebenarnya banyak masalah rakyat bawahan di bawah kerajaan BN masih belum selesai. Berbagai isu bertaburan dan menjadi perdebatan di mana-mana saja. Semua isu itu akan menjadi senjata yang bakal memakan diri BN dalam pilihan raya akan datang. Sepatutnya di sampin BN membincang mengenai kedudukan mereka, mereka juga membincang masalah rakyat.
Misalnya ia wajar kalau ikut sama membincangkan kenaikan harga minyak petrol yang akan berjangkit kepada kenaikan harga barangan lain. Namun tidak terjadi demikian. Sebahagian orang yang menghadiri konvensyen BN itu adalah mereka yang bertanggungjawab menaikan harga barangan. Sebagai pemimpin kerajaan mereka bertanggungjawab menentukan kadar harganya.
Malang tidak berlaku begitu.
Saya tidak jenguk ke tempat konvesnyen itu dan apakah resolusi yang diluluskan. Apakah 13 parti komponen BN sepakat menerima resolusi yang diputuskan. Ataupun ada yang tidak berpuas hati dan perdebatan yang ketika ini dirasakan masih diteruskan.
Tetapi yang jelas dan nyatanya protes kenaikan harga air di masjid negara itu berjaya. Ia memulakan momentum baru kebangkitan rakyat selepas pasca Abdullah Badawi menjadi perdana menteri. Apabila tunjuk perasaan itu dihalang dan disuraikan oleh polis dengan melakukan tangkapan seramai 48 orang, ia dianggap berjaya. Itulah yang diidamkan oleh para demonstran.
Selalunya dalam siri-siri tunjukan perasaan kalau tidak ada demonstran yang kena tangkap atau kena pukul ia tidak dianggap berjaya. Mereka akan bangga kalau mereka ditangkap. Sebab itu kalau ada yang kena pukul gambar mereka dianiaya polis akan diesploitasikan secukupnya dalam internet ataupun portal berita. Penganiyaan dan kezaliman terpaksa itu dijadikan modal politik yang cukup enak.
Dalam ukuran dan sifir rakyat marhaen sesuatu tunjuk perasaan itu juga berjaya pabila kehadiran melebihi 5,000 orang dan dikawal oleh ribuan polis. Ia paling berjaya dan bermakna lagi bila polis melepaskan gas pemedih mata, menyembur water cannon ataupun mengejar penunjuk perasaan dengan cota oleh pasukan berkepala (topi) merah.
Nampaknya semua keadaan itu berlaku pada hari ini. Saya tidak dapat memasuki ke perkarangan Masjid Negara tempat menjadi lokasi utama kerana semua jalan menuju ke rumah Allah itu disekat. Empat kawasan lokasi untuk penunjuk perasaan berhimpun, di Kampung Atap, Pasar Seni, perarangan Masjid Negara, Istana Negara an Masji Jamek di kawal rapi.
Kelihatan polis macam turus pagar bercacangan, mengawal keadaan. Semua jalan menuju ke Masjid Negara dan Istana Negara dikawal rapi. Polis FRU dijadikan perisai menghalang kemaraan para penuju perasaan untuk bergerak ke Istana Negara. Sementara di atas udara pula berlegar helekopter polis meninjau apa yang berlaku di bumi. Tidak pula dapat dipastikan apakah helekopter juga turut berlegar di Jalan Ampang?
Ketika saya turun komuter polis sedang mengamuk menyembur watar cannon dan memelaspakan gas pemedih mata. Ini menyebabkan penunjuk perasaan bercemperiaan lari dan ada yang masuk ke stesen keretapi. Beberapa penujuk perasaan yang membawa anak kecil juga lari melindungi anak mereka di kawasan stesen keretapi.
Saya hanya memerhati dari dalam pagar stesen kereta api kerana tidak dapat untuk mara lebih dekat. Semua pintu pagar keluar menghala ke masjid ditutup rapat. Beberapa warga emas dan perempuan juga turut melarikan diri. Kelihatan baju mereka basah kerana disembur water cannon.
Mereka tidak sedih tetapi gembira dan seronok. Sambil berjalan mengilai dan ada yang mencaci polis dan BN.
Seorang anak muda dengan muka merah, mata berair menyapa saya dan meminta air mineral untuk membasuh mukanya.
Dari percakapan dengan sekumpulan anak muda yang ‘melarikan’ diri saya dapat gambaran tunjuk perasaan itu berjaya. Katanya yang paling mengejutkan ialah ramai orang Cina dan India ikut sama mengambil bahagian. Seorang lelaki Cina mengaku datang dari Perak melaungkan ke arah trak polis dengan kata-kata, kenapa buat jahat kepada kami?
Sebelum ini yang mendominasi tunjuk perasaan ialah anak muda Melayu. Selalunya tidak sampai 10 persen orang Cina dan India yang mengambil bahagian. Kalaulah dakwaan anak muda itu benar ia memberi petanda baik bahawa tunjuk perasaan di masa depan ada potensi untuk menjadi lebih hebat. Apakah tunjuk perasaan hari ini sebagai muqadimah kepada beberapa siri tunjuk perasaan lain?
Mungkin berdasarkan suasana dan kejayan hari ini sudah ada terpeta di dalam kepala Mohammad Sabu untuk menganjurkan tunjukkan lebih besar dan lebih tersusun selepas ini. Mat Sabu juga dilaporkan hadir. Katanya ada ura-ura untuk mengadakan tunjukkan Bersih kali kedua. Apakah keadaan akan memberi inspirasi kepada Mat?
Dan apa yang dapat saya simpulkan dengan tunjuk perasaan hari ini ia memberi petanda bahawa kebangkitan rakyat masih berterusan. Walaupun ada perubahan dan transformasi dilakukan Najib namun ia tidak mampu mendamaikan keadaan. Begitu juga kecaman hebat dan pemanipulasi isu ketuanan Melayu oleh UBN tidak memberi bekas.
Bahawa serangan peribadi ke atas Anwar dan usaha melagakan pemimpin Pakatan Rakyat tidak memberi hasil. Begitu juga pendakwaan kali kedua Anwar atas tuduhan liwat juga tidak mudah mematikan semangat anak-anak muda untuk bangkit mempertahankan hak mereka yang mereka sandarkan kepada Anwar sebagai ikon pejuang rakyat marhaen. Beberapa muka demostran yang mengambil bahagian dalam siri tunjuk perasaan tahun 1998 – 1999 uga kelihatan dan masih bersemangat.
DAP Dibidas Halalkan Wakil Rakyatnya Langgar Undang-undang
November 23, 2010 by admin
Filed under Berita Khas
KUALA LUMPUR, 24 Nov – Tindakan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Fo Kuan menggunakan Persidangan Dewan Rakyat untuk membincangkan isu kes Adun Sekinchan, Ng Suee Lim menunjukkan DAP menyokong serta merelakan wakil rakyat mereka melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.
Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata apa yang berlaku dalam Dewan Rakyat membuktikan sikap sebenar pemimpin DAP yang cuba mensensasikan sesuatu isu walaupun kes itu di luar topik perbahasan..
“Apa yang dilakukan oleh Fong itu menunjukkan DAP menggalakkan Adun-adunnya membuat sesuatu tindakan tanpa mengikut peraturan, kesemua pemimpin DAP merelakan perbuatan sebegitu walaupun melanggar undang-undang.
“Sebenarnya, ketika itu dia (Fong) dan saya pun tak ada, dia hanya mendengar dan berdasarkan kenyataan akhbar tetapi faktanya, pembelaan yang dibuat oleh ahli-ahli parlimen DAP kepada Adun Sekinchan menunjukkan mereka memang menggalakkan perbuatan itu dibuat,” katanya ketika ditemui hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang di ketuai oleh Fong yang `menyerang’ beliau ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2011 kementeriannya di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Ketika penggulungan itu , Fong meminta Noh memberi penjelasan berhubung kes berkenaan tetapi tidak dilayan, berikutan itu Fong yang tidak berpuas hati terus mengganggu Noh dengan disokong ahli pembangkang lain sehingga menyebabkan Yang Dipertua Dewan Ralyat campur tangan.
Noh berkata, beliau tidak mahu menjawab soalan yang dikemukakan itu kerana kes berkenaan sudah menjadi kes polis dan tidak mahu mengganggu siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.
“Kes ini sudah menjadi kes polis, biarlah mereka jalankan siasatan, saya tidak mahu mencampuri kes ini, kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis mengapa kita nak campur tangan, saya tidak mahu prejudis.
“Sepatutnya DAP menasihati wakil rakyat dia supaya mematuhi undang-undang, bukannya melanggar undang-undang, kalau kita buat macam tu mereka kata kita tak ikut peraturan, tetapi bila mereka yang buat, mereka tuduh kita salah guna kuasa, inilah perangai DAP,” katanya.
Menurutnya, beliau sudah pun menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk bertemu dengan semua wakil rakyat Selangor bagi menerangkan peranan kementeriannya untuk membantu petani dan peladang di Selangor.
“Pertemuan itu tidak ada kena mengena dengan kes Adun Sekinchan, pertemuan ini untuk memberi penerangan mengenai usaha kerajaan membantu petani dan peladang di Selangor, kita tiada wakil dalam dewan undangan untuk menjelaskan perkara itu.
“Selangor sekarang diperintah pembangkang, sudah tentu mereka tidak akan menceritakan apa yang ingin kita lakukan, jadi pertemuan ini dapat memberi penjelasan, jika tidak mereka hanya tahu menghentam sahaja,” katanya.
MARA Tarik Balik Premis Niaga Jika DiAliBabakan
November 21, 2010 by admin
Filed under Berita Khas
BESUT 21 Nov. – Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak teragak-agak menarik balik semua kemudahan premis perniagaan kepada peniaga Bumiputera jika mereka didapati tidak menggunakannya atau bertindak menyewakannya kepada orang lain tanpa pengetahuan agensi berkenaan.
Pengerusi MARA, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata MARA kesal dengan sikap sesetengah peniaga yang bertindak menyewakan premis mereka, malah ada yang membiarkannya kosong.
“MARA tidak akan bertolak ansur lagi mengenai perkara ini kerana ramai lagi Bumiputera yang ingin berniaga, tetapi tiada tempat.
“Oleh itu, kami menimbang untuk memberikan kemudahan itu kepada mereka yang benar-benar berminat,” katanya selepas merasmikan majlis berkhatan dan bertindik di sini, semalam.
Idris berkata, peniaga Bumiputera perlu bersikap matang dengan mendalami ilmu dalam bidang perniagaan untuk lahir sebagai peniaga yang berjaya.
Beliau turut kesal dengan pelbagai alasan yang ditimbulkan oleh sesetengah peniaga Bumiputera yang menghadapi masalah kekurangan pelanggan di premis jualan mereka hingga sanggup berhenti berniaga.
PKR Tak Pernah Lantik Zaid Penyelaras Parti, Kata Anwar
November 18, 2010 by admin
Filed under Berita Khas
BUTTERWORTH, 18 Nov – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim tidak pernah dilantik sebagai penyelaras parti itu.
“Jika dia mendakwa memegang jawatan itu, itu soal lain, saya tidak mahu berbalah dengannya dalam soal ini (kerana) sehingga hari ini semua mesyuarat parti masih lagi dipengerusikan oleh saya sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban di Masjid Tok Kun di Permatang Pauh di sini pada Khamis.
Anwar berkata PKR sudah berulang kali menjelaskan mengenai perkara tetapi media masih menggunakannya.
“Dia juga menggunakan rakan-rakan medianya untuk mempromosikan dirinya sebagai penyelaras PKR tetapi sebulan yang lepas apabila Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, membuat semakan, tiada lantikan jawatan itu kepadanya,” kata Anwar.
Dedahkan ‘wajah’ sebenar Anwar
November 16, 2010 by admin
Filed under Berita Khas
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Pas dicabar supaya menerima pelawaan Datuk S. Nallakaruppan yang menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan pemimpin parti itu bagi mendedahkan ‘wajah’ sebenar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, sebagai sebuah parti Islam, Pas perlu bersikap adil dengan mendengar daripada semua pihak mengenai sikap Anwar dan tidak lena dibuai ‘lagu’ yang dinyanyikan Ketua Pembangkang itu sahaja.
“Penipuan Anwar telah banyak didedahkan oleh bekas ahli PKR seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, namun pimpinan Pas hanya memekakkan telinga dan membutakan mata.
“Inilah peluang untuk pimpinan Pas yang selama ini menjulang Anwar sebagai ‘bos besar’ mereka untuk mendengar penjelasan Nallakaruppan yang merupakan bekas rakan karib Anwar selama 30 tahun,” katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nallakaruppan semalam yang beliau malu apabila melihat pucuk pimpinan Pas masih taksub kepada Anwar walaupun pelbagai tembelang Ketua Pembangkang itu telah terdedah.
Sehubungan itu, bekas rakan karib Anwar itu bersedia untuk bertemu pemimpin Pas jika mereka berminat untuk mengetahui ‘wajah’ sebenar Ketua Pembangkang tersebut.
Mohd. Nazmi berkata, pimpinan Pas seharusnya menghormati pelawaan itu berikutan Nallakaruppan menyebut bahawa pertemuan tersebut adalah sebagai dasar hormat kepada Pas yang dianggotai oleh orang alim.
“Secara peribadi saya berpendapat maruah Pas tercabar apabila Nallakaruppan melahirkan rasa malu beliau kerana pimpinan parti itu yang dipimpin oleh alim ulama boleh taksub dengan Anwar sedangkan mereka (Pas) tidak pernah tahu kelakuan Anwar yang sebenar.
“Pimpinan Pas harus memberi peluang kepada diri mereka untuk mendengar kisah benar yang banyak disimpan oleh Nallakaruppan seterusnya tidak lagi taksub kepada Ketua Pembangkang itu,” katanya.
Apa Sudah Jadi?? PKR Saman PKR
November 13, 2010 by admin
Filed under Berita Khas
Ahli PKR saman fitnah RM10 juta terhadap Setiausaha PKR PJ Selatan
SHAH ALAM 13 Nov. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyaman seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan tiga anggota keluarganya bagi menuntut ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memberi komen-komen yang memfitnahnya di sebuah laman web sosial.
Zalina Jaafar, 42, selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Faizul Nasir & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Dia yang berkhidmat sebagai pembantu kepada seorang ahli majlis MBPJ daripada parti yang sama menamakan Mahharul Ismail bersama dua adiknya, Maisarah dan Norsyam serta anak saudara mereka, Wan Ikhwan Wan Azani sebagai defendan pertama hingga keempat.
Mengikut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa defendan pertama telah secara palsu dan niat jahat mengeluarkan pernyataan dan perkataan fitnah terhadapnya pada laman web sosialnya pada 28 September lalu.
Dakwanya, defendan pertama yang merupakan Setiausaha Cabang PKR Petaling Jaya Selatan mengetahui bahawa komen-komen yang ditulis itu dibaca dan dilihat oleh semua pihak.
Zalina juga mendakwa pada laman web sosial defendan keempat bertarikh 21 September lalu, defendan kedua secara palsu dan niat jahat mengeluarkan kata-kata fitnah kepadanya.
Sementara defendan ketiga pula didakwa menulis kata-kata fitnah pada laman web sosial defendan keempat pada tarikh yang sama.
Kata-kata itu, dakwa Zalina, bermaksud dia adalah perempuan tidak bermaruah dan tidak layak memegang jawatan dalam parti politik.
Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi RM10 juta beserta faedah lapan peratus, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Misi Kemanusiaan Pemuda BN Curah Khidmat Bantu Mangsa Banjir
November 11, 2010 by admin
Filed under Berita Khas
ALOR STAR, 11 Nov - Lebih dari 1000 orang sukarelawan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Pemuda UMNO dengan kerjasama Kelab Putra 1 Malaysia turun padang bagi membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kedah dan sekitarnya, membersihkan rumah-rumah mangsa banjir yang terlibat.
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar yang mengetuai gotong royong di daerah Alor Star berkata, misi ini dilaksanakan bagi meringankan beban mangsa banjir untuk mengemas dan membasuh rumah selain membantu membersihkan sekolah surau, masjid, balai raya, dan sebagainya.
Menurut beliau, misi tersebut adalah bantuan tambahan bagi membantu sukarelawan yang telah pun berada di sana sebelum ini.
“Apa yang kami perhatikan, banyak rumah rumah bangunan-bangunan awam belum dibersihkan dan keadaannya amat kotor dan menyedihkan,justeru misi bantuan Sukarelawan BN diharapkan dapat meringangkan beban mereka yang terlibat bagi membersihkan rumah mangsa di kawasan masing-masing “ katanya ketika ditemui di sini pagi kelmarin.
Menurut Jamawi yang exco angkat kepada Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Alor Star, sukarelawan Pemuda BN juga berterima kasih atas kerjasama Kelab Putra 1 Malaysia yang diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Rahim bersama anggotanya juga masyarakat setempat yang prihatin menjalankan misi bantuan ini
Tambah Jamawi bantuan yang diberikan itu tidak akan mengira ideologi politik, agama dan kaum dimana bagi sukarelawan Pemuda BN, kesempatan turun padang ini juga dimanfaatkan untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat.
Dalam perkembangan yang sama Jawawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom meminta penduduk yang terjejas dengan masalah banjir ini agar sentiasa mengutamakan aspek kebersihan
Katanya, pelbagai penyakit bawaan ekoran masalah banjir mudah merebak oleh itu katanya, mereka perlu berwaspada dan sentiasa mengutamakan aspek kebersihan dalam pemakanan dan juga persekitaran bagi mengelakkan kesihatan mereka terjejas.
Sementara itu rata-rata penduduk yang ditemui melahirkan rasa syukur serta terima kasih mereka atas keprihatinan Sukarelawan Pemuda BN yang sanggup turun padang bukan sahaja membantu semasa mereka dilanda banjir namun turut membantu membersihkan kawasan dan rumah masing-masing selepas banjir beransur-ansur pulih.
“Kita terharu dan menyanjung tinggi pergorbanan serta bantuan yang diberikan BN ini, jika tidak sudah pesti kami akan menghadapi kepayahan serta kesukaran untuk membersihkan rumah-rumah kami dimana kami juga amat dukacita dengan sikap kerajaan negeri di bawah pentabiran Pas yang gagal memainkan peranan yang lebih efektif bagi membantu kami” jelas seorang penduduk .
Bagi seorang warga OKU Jaafar Osman kedatangan Sukarelawan Pemuda BN membersihkan rumahnya merupakan satu pertolongan yang sukar dilupakan, dimana menurut beliau tanpa kedatangan sukarelawan Pemuda BN ini sudah tentu bagi beliau dari golongan OKU menghadapi kesukaran untuk membersihkan rumahnya.
Nik Aziz Punca Pas Kalut – Dr Samsul
November 10, 2010 by admin
Filed under Berita Khas
KUALA LUMPUR 10 Okt – “Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan) masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Pas sebenarnya telah dipinggirkan oleh DAP dan PKR secara senyap seperti yang didedahkan oleh media baru-baru ini.
“Beliau perlu sedar, kerjasama yang diwujudkan dengan kedua-dua parti itu tidak membawa kelebihan kepadanya, apa yang berlaku telah menyebabkan kepercayaan orang ramai kepada Pas telah mula pudar selepas pilihan raya ke 12 lalu,” kata Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, ketika dihubungi pemberita.
Katanya, ketika diminta mengulas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh Pas sejak mereka mengadakan hubungan dengan kedua-dua parti terbabit untuk menubuhkan pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat dalam usaha mereka menewaskan Barisan Nasional pilihan raya lalu.
Menurutnya, Pas kini telah lari dari asas perjuangan mereka sebelum ini iaitu memperjuangkan pemerintahan Islam di negara ini tetapi tidak mampu mempertahankan prinsipnya apabila mereka bergabung dengan Dap dan PKR.
Dr Samsul berkata, kekalutan yang berlaku ini berpunca dari Nik Aziz yang sanggup menghalalkan apa sahaja bagi memastikan perjuangan Pas terus diterima oleh rakan karibnya dalam pakatan pembangkang.
“Dulu mereka melaung-laungkan untuk memperjuangkan pemerintahan Islam di negara ini, tetapi apabila mereka bersama Dap dan PKR, nampaknya Pas bagaikan tidak mampu untuk mempertahankan perjuangan itu berikutan tekanan dari rakan seperjuangan mereka dalam pakatan pembangkang.
“Ini dapat dilihat berlakunya perbezaan pendapat antara pas dan Dap terutama membabitkan Karpal Singh (Pengerusi Dap) dengan Nik Aziz apabila bercakap mengenai pemerintahan negara Islam.
“Sementara itu, kita lihat Anwar Ibrahim lebih cuba bermain tarik tali antara kedua parti ini, dia nampaknya cuba meredakan perbalahan antara kedua pemimpin ini dengan menjalan tengah yang mengatakan itu adalah pandangan peribadi. Ia sebenarnya khuatir akan merosakkan pakatan yang dibina untuk menawan Putrajaya akan terkubur sebelum PRU 13,” katanya.
Dr Samsul berkata, sikap Nik Aziz yang tidak mahu menerima teguran serta menghalalkan cara demi kepentingan politik menunjukkan beliau seorang yang ego walaupun apa yang dilakukan itu sebenarnya salah.
“Nik Aziz cuba menpotretkan dirinya sebagai Islam sedangkan apa yang dilakukannya banyak menimbulkan keraguan, UMNO dituduhnya kafir kerana berbaik dengan parti bukan Islam sedangkan dia melakukan perkara yang sama dengan Dap.
“Tindakan yang dilakukan itu menyebabkan timbulnya kesangsian di kalangan terutama mereka yang berada di atas pagar dan generasi muda, ini terbukti dalam pilihan raya kecil Galas. Kekalahan Pas berpunca daripada tidak ketentuannya prinsip dan perjuangan parti itu,” katanya.
Menurutnya, kekalutan yang berlaku dalam Pas berpunca dari sikap Nik Aziz yang banyak membuat sesuatu perkara atau kenyataan sehingga menimbulkan keraguan dan semua itu adalah betul dan tidak boleh disanggah.
“Nik Aziz merasakan dirinya hebat kerana apa yang dibuat tiada siapa yang membantah, Nik Aziz perlu sedar tidak semua yang dibuat itu betul dan semua orang menerima. Tidak semuanya bersetuju tetapi disebabkan jawatannya sebagai Mursyidul Am Pas, ramai yang mendiamkan diri.
“Gelaran Tok Guru kepadanya juga yang menyebabkan pengikutnya taksub dan sanggup mengiakan walaupun perkara itu salah,” katanya.
Azizan enggan ulas dakwaan Kedah lemah bantu mangsa banjir
November 10, 2010 by admin
Filed under Berita Khas
ALOR SETAR 10 Nov. – Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak enggan menjawab soalan berkaitan dakwaan bahawa kerajaan negeri lemah dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini, beliau meminta media bertanyakan soalan mengenai bantuan banjir itu kepada Majlis Keselamatan Negeri.
“Nak tau apa-apa, tanya MKN, depa (mereka) buat keputusan (mengenai bantuan) di Kedah, saya tak tahu,” katanya pada sidang berita selama tiga minit itu.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan Pas Kedah tidak melepaskan tanggungjawab membantu mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata.
KPMU: Nak lari dari tanggungjawab la tu..Nampak sangat MB Kedah yang bodoh dan lembab!!
Linda Tsen Thau Lin, Balu Mendiang Chong Diumum Calon BN Batu Sapi
October 25, 2010 by admin
Filed under Berita Khas

Linda Tsen Thau Lin, calon BN Batu Sapi, Sabah,
SANDAKAN, 25 Okt – Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Elopura Datin Linda Tsen Thau Lin, sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bersama pemimpin komponen BN Sabah dalam sidang akhbar di Hotel Sanbay, dekat sini, pada 3 petang.
Tsen, 54, adalah balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, iaitu penyandang kerusi Parlimen Batu Sapi, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 9 Okt lepas.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 Nov. Musa berkata calon yang dipilih itu dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua parti komponen BN Sabah.
“Bagi Datin Linda, Batu Sapi bukanlah asing bagi beliau, dan politik bukan juga asing kepada beliau, kerana beliau adalah seorang Naib Ketua Exco Wanita PBS.
“Jadi, bagi dia ini adalah satu perkhidmatan, peluang untuk beliau teruskan perjuangan mendiang suami beliau dan beliau sendiri,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman itu.
Musa berkata memang sudah terbukti banyak wanita berkelayakan dan berkebolehan untuk menjadi pemimpin di negara ini, justeru peluang sebegini diberi kepada golongan wanita.
“Bagi kita di Sabah, kita juga mahu menonjolkan banyak lagi wanita yang berkebolehan, berdedikasi dan boleh memberi khidmat kepada rakyat,” katanya.
Musa berkata Tsen berjanji akan bekerja keras dan memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat di Batu Sapi. Menjawab soalan sama ada pemilihan itu dibuat berdasarkan faktor simpati, Musa berkata terpulang kepada penilaian rakyat kerana yang penting calon dipilih boleh memberi perkhidmatan melalui pengalaman politik yang ada.
Sementara itu, Tsen apabila ditanya sama ada pemilihannya sebagai calon pilihan raya kecil itu satu perkara yang sukar buat dirinya memandangkan beliau baru kehilangan suami, berkata: “Saya berbesar hati kerana dipilih sebagai calon. Saya tahu saingan ini amat sukar, kita perlu bekerja keras.
“Ini adalah peluang untuk saya meneruskan khidmat bakti yang dicurahkan mendiang suami saya Datuk Edmund Chong,” katanya.
Mengenai persediaan kempen BN untuk pilihan raya kecil ini, Musa berkata BN negeri telahpun bermesyuarat dan mengagihkan tugas kepada semua ketua bahagian dan wakil rakyat dalam parti komponen gagasan itu.
“Kita berjanji akan bekerja kuat dan bekerja keras bagi kemenangan Datin Linda. Insya-Allah dengan sokongan, dukungan dan kerjasama semua parti BN di Sandakan ini yang akan bekerja keras siang dan malam, kita boleh berjaya,” kata beliau.
Tsen, anak kelahiran Sandakan, mengikut persekolahan awalnya di Sekolah Rendah Chi Hwa dan Sekolah Menengah Tiong Hwa, di sini.
Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di St Brandon School, United Kingdom, dan Trinity College of Music, London serta Fellowship London College of Music.
Beliau mempunyai empat anak, iaitu tiga perempuan berumur antara 18 dan 23 tahun dan yang bongsu seorang lelaki berumur 13 tahun.











