Kenyataan DAP hanya bakar sentimen kaum Cina – SUPP

April 21, 2011 by admin  
Filed under Berita Bergambar

MIRI 21 April – Kenyataan DAP mengenai isu wakil masyarakat Cina dalam Kabinet Sarawak hanya untuk mencurah minyak ke dalam api, kata Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Lee Kim Shin.

Beliau berkata, parti pembangkang itu hanya mahu terus mengelirukan masyarakat Cina di Sarawak mengenai isu yang sepatutnya diselesaikan selepas keadaan kembali tenang.

“Ini bukan masanya untuk menambahkan kekeliruan, yang hanya akan membawa kepada keputusan tidak rasional. Perkara ini patut diputuskan selepas semua orang telah bertenang,” katanya kepada pemberita selepas sesi berjumpa rakyat, di Pejabat SUPP Miri, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media semalam, yang memetik Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagai berkata, pelantikan menteri daripada SUPP tidak membawa sebarang perbezaan bagi masyarakat Cina di Sarawak. – Bernama

“Kami tidak takut didakwa”-Datuk T

April 20, 2011 by admin  
Filed under Berita Bergambar

Trio ‘Datuk T’ hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa.

Shazryl Eskay ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan sesekali membantah sebarang tindakan undang-undang, jika benar pihak Peguam Negara mahu mendakwa trio Datuk T di mahkamah, atas kesalahan memiliki serta mengedarkan rakaman video seks berkenaan.

“Kami serah sepenuhnya kepada pihak polis dan Peguam Negara. Di pihak kami, apa juga keputusan dan arahan pihak berkuasa kami akan patuh termasuk pergi ke mahkamah. Kami akan memberi kerjasama 100 peratus kepada semua yang terlibat kerana kami sedar ini adalah perjuangan demi kebenaran.

“Oleh itu, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.

Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral.

“Pada saya, pendedahan ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolehkan rakyat menjadi saksi. Kalau ingin mengedar, rakaman tersebut sudah dicetak sebanyak 20,000 salinan tetapi sehingga kini hanya 15 individu sahaja yang dibenar menontonnya,” jelas beliau.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, jika Shazryl Eskay sanggup melakukan sumpah laknat termasuk di depan Kaabah, Anwar yang selama ini menampilkan imej Islamik di mata masyarakat juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut, dalam mencari kebenaran sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

Sambil mengakui bahawa dirinya juga sudah bersedia untuk menerima apa juga keputusan Peguam Negara, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau juga sanggup berdepan dengan Anwar dalam apa juga situasi, selepas ketua pembangkang itu bermati-matian menafikan beliau terlibat dalam aksi video seks itu.19/4/2011 UTUSAN

KJ Buat Hal Lagi – Apa Yang Salah Dengan Kenyataan Beliau?

April 20, 2011 by admin  
Filed under Berita Bergambar

Adakah Pemuda ini perlu di maki hamun gara-gara idea beliau yang terlalu “fresh” dalam politik UMNO?

Nampaknya selepas selesai proses pengumuman keputusan Pilihanraya Sarawak tempoh hari, saya mendapat tahu bahawa ramai pihak tidak berpuas hati dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda BN iaitu YB Khairy Jamaluddin.

Ada yang mengatakan bahawa Khairy Jamaluddin mendesak supaya Pehin Sri Taib Mahmud melepaskan jawatannya sebelum PRU akan datang. Ramai pihak melompat dengan kenyataan tersebut. Malah ada yang bertindak menghentam KJ tanpa memikirkan apakah kenyataan KJ tersebut benar-benar salah atau sebaliknya.

Bagi saya tiada salahnya kenyataan KJ supaya Pehin Sri Taib Mahmud berundur dan menunaikan janjinya akan berundur dalam masa setahun kalau tidak silap saya. Ini kerana daripada pengamatan saya ketika pilihanraya negeri berlangsung. Tidak banyak isu setempat dapat dimainkan oleh pihak Pakatan melainkan isu tanah adat.

Mereka hanya membangkitkan isu atau sentimen “BENCI TAIB” sebagai senjata utama. Ini semua disebabkan tempoh pemerintahan Pehin Sri yang menjangkau 30 tahun. Walaupun Sarawak sepanjang pemerintahan Pehin Sri semuanya dalam keadaan baik.

Sentimen “BENCI TAIB” dibangkitkan setiap kali siri ceramah Pakatan, daripada ahli keluarga Taib hinggalah isteri terbaru Pehin Sri semuanya dipolemikkan oleh Pakatan dengan tujuan membangkitkan rasa benci yang meluak-luak terhadap Pehin Sri dan keluarganya.

Malah untuk membangkitkan perasaan ‘BENCI TAIB’ di kalangan rakyat Sarawak. Poster-poster Taib Mahmud yang dibuat oleh Pakatan menggunakan gambar-gambar yang tidak sepatutnya. Malah ada yang menyamakan Pehin Sri sebagai ‘ASUK’ atau ‘ANJING’. Politik kebencian ini terbukti berjaya apabila ianya juga menjadi punca rakyat menolak Pak Lah. Rakyat dihasut dengan poster-poster Pak Lah terlelap dan tertidur, lama-kelamaan rakyat menjadi benci kononnya Pak Lah ‘Sleeping PM’.

Politik kebencian yang berjaya di semenanjung inilah yang digunakan oleh Pakatan di Sarawak.Politik hasut, maki, caci inilah senjata utama mereka sepanjang di Sarawak.

Dan tahukah anda bahawa sentimen ini berjaya mempengaruhi pengundi muda dan pengundi cina di Sarawak?

Ini terbukti apabila ketika saya di rumah panjang. Risalah mengenai kekayaan Taib Mahmud dan anak-anaknya disebarkan oleh pihak lawan. Walaupun risalah tersebut banyak fakta-fakta yang salah malah lebih menjurus kepada fitnah. Sebelum saya menerangkan kepada pemuda yang memegang risalah itu, beliau mati-mati benci akan Pehin Sri Taib Mahmud sebagaimana saya laporkan di SINI

Jadi jika Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin meminta supaya Pehin Sri berundur sebelum berlangsungnya PRU yang akan datang, saya melihat ianya adalah gesaan yang wajar demi jangka hayat politik BN di Sarawak.

Malah ramai bersetuju rasanya supaya Pehin Sri menunaikan janjinya untuk berundur dalam tempoh beberapa tahun ini. Jika janji tidak ditunaikan ini memperlihatkan bahawa dakwaan Pakatan kononnya BN tiada pengganti Pehin Sri seolah-olah benar. Adakah kita semua perlu ambil risiko ini?

KJ tidak pernah menafikan jasa-jasa Pehin Sri sehingga ada sesetengah blogger mempersoalkan malah membandingkan pula jasa KJ dgn Pehin Sri. Ini kerja gila. Cuba katakan kepada saya siapa daripada kalangan pemimpin lama UMNO yang baru sepenggal menjawat jawatan Ketua Pemuda betul-betul berjasa dalam parti?

Kenapa dibangkitkan soal jasa KJ kepada parti? Kerana kita tahu usia KJ dalam parti masih mentah. Lainlah jika seseorang yang sudah menjawat jawatan PM selama 20 tahun, seseorang yang menjawat jawatan Ketua Menteri 30 tahun sudah tentu mereka semua ini berjasa kepada parti dan rakyatnya.

KJ tidak pernah mempertikaikan jasa-jasa pemimpin terdahulu. Malah tidak pernah beliau mempertikaikan jasa Tun Dr. Mahathir. Walaupun Tun Mahathir seorang yang kuat mengkritik pemerintahan bapa mertuanya sehingga menyaksikan Pak Lah melepaskan jawatan.

Tun Mahathir menggunakan media untuk menyerang Pak Lah dahulu. Bolehkah saya katakan bahawa serangan Tun M terhadap kerajaan Pak Lah dahulu adalah salah satu penyebab tempangnya BN sehingga gagal mengekalkan majoriti 2/3 di Parlimen? Kalau kata begini maka ramailah yang maki-hamun saya nanti. Hehehee…

Masih ingatkah saudara pembaca ketika awal-awal Pak Lah memegang tampuk pemerintahan? Dalam PRU-11 dimana menyaksikan BN menang besar sehingga berjaya merampas Terengganu? Dan menyaksikan PAS nyawa-nyawa ikan di Kelantan? Ini semua gara-gara pengaruh Islam Hadhari yang diperkenalkan Pak Lah ketika itu?

Kenapa pada waktu itu tiada sesiapa mempersoalkan kemampuan Pak Lah dan KJ?

Tetapi bila BN gagal di PRU-12 iaitu tsunami politik, semuanya meletakkan kesalahan kepada KJ dan Pak Lah? Walhal yang bertindak melemahkan kerajaan pimpinan Pak Lah adalah Tun Mahathir sendiri? Malah KJ dilabelkan punca utama penolakkan rakyat terhadap BN?

Kalau rakyat benci KJ kenapa beliau boleh memenangi kerusi Parlimen Rembau? Jika KJ punca kegagalan BN mengekalkan majoriti 2/3 di Parlimen. Seharusnya KJ juga gagal menang di kerusi Rembau. Tapi kenapa keadaan sebaliknya? Apa jasa KJ di Rembau ketika itu sehingga membuatkan rakyat Rembau memilih beliau untuk mewakili mereka di Parlimen?

Tetapi siapa saya untuk mempertikaikan atau mengkritik ayahanda Tun Mahathir yang saya kagumi dan memuji seorang anak muda bernama KJ? Tiada sekelumit kelayakkan pun pada diri saya untuk mempertikaikan negarawan terulung itu.

Jadi janganlah dibandingkan jasa KJ dengan jasa Tun Mahathir atau jasa Pehin Sri, kerana itu perbandingan yang terlalu bodoh serta dangkal. Umpama membandingkan  kapasiti kuasa enjin kancil 660 dengan enjin Nissan Skyline. Jauh bezanya saudara sekelian.

Adakah Tunku Abdul Rahman masuk saja UMNO terus berjasa sebagaimana Dato Onn yang mengasaskan UMNO? Adakah masuk saja Tun Mahathir ke dalam UMNO terus berjasa sebagaimana Tun Abdul Razak iaitu mentor Tun Mahathir?

Tidak tuan/puan jasa-jasa ini hanya dapat dinilai setelah seseorang itu menerajui sesebuah organisasi atau negara dalam masa yang panjang.

Walaupun PBB memenangi semua kerusi yang ditandingi, harus diingat bahawa BN kehilangan 8 kerusi. Oleh sebab itu saya merasakan bahawa KJ melihat ianya satu kegagalan BN di Sarawak. Walaupun masih mendapat majoriti 2/3 tetapi hakikatnya BN hilang 8 kerusi. Kita hanya boleh mengatakan bahawa BN kuat dan berjaya jika BN dapat mengekalkan kerusi yang sedia ada iaitu 63 kerusi.

Ada yang mengatakan kita gagal sebab keluarnya SNAP dari kompenen BN. Saya tidak fikir begitu. Kerana SNAP walaupun dikatakan ada pengaruh di Sarawak dan pernah menjadi parti utama di Sarawak gagal memenangi walaupun 1 kerusi.

Ini bermakna alasan bahawa SNAP keluar daripada BN menyumbang kegagalan BN mengekalkan 63 kerusi tidak boleh digunapakai. SNAP boleh dikatakan sudah tidak lagi dipercayai oleh rakyat Sarawak memandangkan selalu mengalami krisis dalaman.

Malah ada yang mendakwa pemuda BN lesu di bawah KJ. Pemuda BN tidak menyumbang kepada Pilihanraya Negeri Sarawak, Ketua Pemuda BN tidak berkempen pun di Sarawak. Benarkah?

Tahukah saudara bahawa KJ selaku Ketua Pemuda BN ketika kempen di Sarawak beliau memfokuskan kawasan-kawasan sukar menang? Yakni kawasan yang mana pada Pilihanraya Sarawak ke – 9 iaitu tahun 2006 kawasan-kawasan ini BN menang dengan majoriti sedikit?

Contohnya Dun Saribas yang mana Pilihanraya Sarawak kali ini memperlihatkan peningkatkan majoriti kepada lebih 1000 berbanding sebelum iaitu 94 undi? Di Dun ini KJ mengadakan beberapa program iaitu Gerak Gempur Pemuda BN.

Rumah-rumah panjang di pendalaman turut digempur oleh Pemuda BN dengan tujuan menghalang kemasukkan dakyah pembangkang ke kawasan tersebut?

Melalui kedatangan KJ ke kawasan tersebutlah, pemuda setempat berikrar menghalang sesiapa daripada parti PKR masuk ke rumah-rumah panjang. Ini semua semangat yang dibawa oleh Ketua Pemuda BN dan disambut oleh anak muda setempat.

Tahukah anda kedatangan KJ seorang pemuda yang tidak berjasa ini telah memainkan peranan besar untuk mempengaruhi pemuda setempat supaya mengundi BN? Jadi sesiapa yang menuduh Ketua Pemuda BN lesu di Sarawak serta tidak memainkan peranan dalam pilihanraya Sarawak sama sekali saya tidak boleh terima!

Bagaimana pula dengan kenyataan KJ di sebuah forum yang dibangkitkan oleh rakan blogger yang kita sedia maklum anti KJ di SINI

“Saya TIDAK SETUJU dengan hujah yang BN tidak perlu menjaga kaum cina yang tidak menyokong BN. Kita kena jaga keperluan semua kaum dan buktikan kata-kata kita melalui tindakan. Kita kena berlaku adil kepada semua orang.”

Tidak usah banyak pusing kenyataan ini. Ini adalah kenyataan yang betul sebab setiap rakyat Malaysia tidak kira cina, india, melayu, orang asli waima orang kacukan sekalipun jika dia rakyat Malaysia kerajaan BN wajib menjaga setiap keperluan mereka.

Jangan dianak-tirikan sebab mereka cina, tidak menyokong kerajaan atau apa jua alasan tiada sebab untuk kerajaan BN mengabaikan mereka gara-gara mereka tidak menyokong kerajaan.

Apa yang menjadi hak mereka, kerajaan BN harus berikan jangan disebabkan mereka tidak menyokong kerajaan maka kita BN bertindak menghalang sebarang bentuk kebajikan yang sepatutnya diberikan kepada mereka. Jika dinafikan kebajikan mereka saya percaya penolakan besaran terhadap BN lagi merebak dan seterusnya ianya menjadi satu barah yang tiada ubatnya.

Sepatutnya kita BN mencari punca, serta melakukan kaji selidik. Kenapa cina masih menolak BN walaupun bermacam bantuan dan peruntukkan diberikan kepada mereka. Bagaimana untuk mengembalikan semula sokongan cina kepada BN.

Bukan bertindak menghentikan sebarang kebajikan mereka gara-gara mereka tidak undi kita. Jika inilah yang dilakukan maka tidak mustahillah BN selalu dilabelkan sebagai kerajaan yang kejam dan zalim. Atau dalam bahasa mudah faham orang tidak suka kita, kita jangan bantu mereka. Tidak wajarlah begitu wahai rakan-rakan pembaca.

Jadi apa salahnya dengan dua kenyataan Ketua Pemuda BN bernama Khairy Jamaluddin itu? Adakah kenyatan itu harus dihentam, dikeji, dimaki – hamun ataupun kenyataannya itu dikaji, diselidik dan diterjemahkan kepada satu hasil yang boleh membawa kepada kebaikkan parti yang kita dokong iaitu Barisan Nasional?

Double Y : Politik sekarang lain, tidak semestinya orang bakar bendera kita pemuda pergi bakar bendera, orang kutuk kita, kita kutuk balik. Jika ini yang diamalkan oleh Pemuda, tidak mustahil orang melabelkan pemuda BN tidak cerdik…

Petikan Artikal dari DOUBLE Y

PM umum 23 ekosistem dan inisiatif pewujudan kekayaan

April 20, 2011 by admin  
Filed under Berita Bergambar

PUTRAJAYA: 20 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan 23 ekosistem dan inisiatif pewujudan kekayaan yang akan menarik berbilion ringgit dalam pelaburan serta mengetengahkan lebih banyak kekayaan intelektual negara.

Najib berkata, pelancaran inisiatif itu adalah “pelancaran inovasi”, iaitu arah tuju baharu yang akan memberi impak positif dalam pewujudan kekayaan.

“Kesan limpahan itu mempunyai kesan besar dan akan meningkatkan kemahiran perniagaan dan teknikal keseluruhan rangkaian bekalan. Tidak seperti inisiatif penyelidikan dan pembangunan, projek berinovasi ini berjaya menarik pelanggan antarabangsa sebelum pelancarannya lagi,” katanya semasa melancarkan inisiatif itu hari ini.

Najib turut menyaksikan pemeteraian hubungan strategik antara rakan usaha sama masing-masing dengan Unit Inovasi Khas (UNIK) yang diletakkan dalam bidang kuasa Pejabat Perdana Menteri bagi mengkomersilkan projek berkenaan.

Perdana Menteri mengulangi bahawa inovasi merupakan komponen penting dalam objektif kerajaan meletakkan asas untuk Malaysia pada 2021 dan melepasinya.

Projek itu dibahagikan kepada tiga kategori – pewujudan kekayaan baharu, hak harta intelek dari universiti, institusi penyelidikan awam dan inisiatif ekosistem.

Menerusi segmen pewujudan kekayaan, terdapat satu projek impak strategik iaitu pelan tindakan biomass minyak sawit kepada Malaysia dan projek asas yang membabitkan bekalan elektrik bagi setiap tingkap, papan pemuka tenaga untuk pengurusan tenaga untuk masa depan, membolehkan peniagaan kecil tidak perlu menggunakan wang tunai dan teknologi canggih untuk industri diod pemancar cahaya (LED).

Pasaran global untuk sektor pewujudan kekayaan itu dianggarkan bernilai AS$472 bilion (RM1.46 trilion) dan kelebihan dalam segmen ini akan memberikan pulangan yang lumayan kepada Malaysia.

Inisiatif dan usaha sama dengan univeristi serta institusi penyelidikan awam termasuk projek perintis dari USM yang dikenali sebagai “Enjin Carian Collagen” membolehkan pengguna memperoleh keputusan carian yang sangat tepat.

Pasaran global untuk usaha yang dimulakan oleh universiti dan institusi penyelidikan awam, dikatakan bernilai AS$101 bilion (RM316 bilion) di dunia.

Projek-projek ini dijangka mempersiapkan universiti untuk keluar daripada mentaliti lama dan meruntuhkan dinding yang mengehadkan pandangan mereka, menggalakkan profesor dan tenaga pengajar menguasai kecenderungan keusahawanan dan bukan semata-mata menyiapkan kertas kerja dan memperoleh geran penyelidikan.

Najib berkata, lapan projek yang dihasilkan menerusi penyelidikan oleh universiti awam, memberi gambaran mengenai kepakaran yang dimiliki oleh saintis Malaysia.

Katanya, hasil akan ditemui dan dikomersilkan.

Perdana Menteri menegaskan projek-projek ekosistem berinovasi yang dilancarkan itu akan mewujudkan persekitaran yang membolehkan inovasi berkembang dan makmur, memberi manfaat kepada sektor seperti pendidikan, pengajian tinggi, industri dan keusahawanan.

“Inisiatif ini akan mewujudkan inovasi berkekalan menerusi usaha sama antara ahli akademik, sektor swasta dan kerajaan dan akan dilaksanakan bersama oleh peserta tempatan dan asing memandangkan inovasi tidak berfungsi dengan baik jika dilakukan secara terpencil,” katanya.

Najib berkata, beliau bertanggungjawab melakukan segala-galanya bagi memastikan generasi akan datang negara ini setanding dengan warga dunia lain yang hebat.

Perdana Menteri berkata, perubahan sikap dan minda perlu dilakukan bagi membolehkan transformasi minda dalam menangani cabaran Malaysia.

“Perubahan tidak mudah dilakukan. Untuk menjadi negara yang berinovasi, kita perlukan perubahan mental dalam kerajaan, dalam industri dan dalam sektor pendidikan. Ini untuk mencorak sikap generasi kita yang akan datang. Inilah misi kita,” katanya.

Inovasi dikenal pasti sebagai mekanisme utama dalam meningkatkan daya saing Malaysia slain mengekalkan objektif Model Baru Ekonomi yang selari dengan komitmen melonjakkan agend inovasi negara serta Program Transformasi Kerajaan (GTP), dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Julai lalu Najib mengumumkan penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) bagi mempromosi inovasi. – BERNAMA

Pemuda UMNO Rembau membuat laporan Polis terhadap Badrul Hisham

April 7, 2011 by admin  
Filed under Berita Bergambar

REMBAU: 07 April – Badrul Hisham Shahrin dicabar membuktikan  dakwaan beliau dalam the Malaysian Insider adalah benar. Dalam kenyataan Badrul Hisham di laman web The Malaysian Insider bahawa beliau dibekalkan oleh ahli UMNO tape video lucah YB Hj Khairy Jamaluddin pada pilihanraya  2008  dahulu adalah bersifat biadab dan berunsur fitnah.

Menurut saudara Safariladira  Abdullah, penolong Setiausaha Pemuda Bahagian Rembau pada sidang akhbar setelah membuat laporan polis terhadap Badrul hisham Shahrin. Kata beliau lagi bahawa Pemuda UMNO Rembau mengutuk sekeras kerasnya kenyataan yang berunsur fitnah ini dan laporan dibuat kepada pihak berkuasa adalah untuk membersihkan nama YB Khairy Jamaluddin , Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia serta menjaga nama baik UMNO itu sendiri.

Video palsu yang pernah disiarkan oleh Badrul Hisham adalah Video yang langsung tidak berkait dengan Sdr Hj Khairy Jamaluddin .

Badrul juga ada berkata bahawa beliau ada menyimpan satu Video seks  Isteri pemimpin UMNO. Ini adalah merupakan satu fitnah yang jijik untuk mengalihkan pandangan rakyat  setelah Wan Azizah gagal membekalkan jam “Omega” pada sidang akhbar sebelum ini untuk membersihkan nama suaminya dalam skandal seks terbesar negara.

Pemuda Rembau mencabar  Badrul Hisham untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai Video berkenaan dan jangan hanya bercakap kosong menabur fitnah dan berniat jahat.

NGO gesa segera tubuh suruhanjaya diraja

April 7, 2011 by admin  
Filed under Berita Bergambar

Wan Azizah Wan Ismail bersama Nurul Izzah dan Karpal Singh pada sidang akhbar berkaitan video seks di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, semalam.


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta kerajaan menyegerakan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang agar ia tidak menjadi polemik politik yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Mohd. Zaidi Aziz berkata, kes itu perlu diselesaikan segera supaya ia tidak menimbulkan tanggapan negatif golongan muda terhadap politik tanah air.

“Ia boleh menyebabkan generasi muda tidak berminat kepada politik. Maka, suruhanjaya diraja itu berperanan menyiasat bagi membongkar kebenaran dalam isu itu,” katanya ketika dihubungi media.

Tambahnya, keanggotaan suruhanjaya hendaklah dipersetujui pihak yang terlibat bagi mengelakkan ia terus dipolitikkan.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, penubuhan suruhanjaya itu hendaklah disegerakan supaya dapat memberi keadilan kepada pihak yang dituduh dan menuduh.

“Pihak yang dituduh tidak perlu takut menerima cadangan penubuhan suruhanjaya itu bagi membuktikan dirinya tidak terlibat. Siasatan secara terperinci dapat dilakukan melalui penubuhan suruhanjaya yang bebas agar rakyat dapat mengetahui perkara sebenar,” jelasnya.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri pula berkata, isu rakaman video aksi seks tersebut hendaklah dihentikan segera dengan penubuhan suruhanjaya itu agar rakyat tidak terus keliru mengenainya.

“Rakaman video itu memberi pandangan yang tidak baik kepada generasi muda. Penubuhan suruhanjaya diraja sesuai kerana ia membabitkan orang penting yang mempunyai pengaruh dalam negara.

“Suruhanjaya itu yang diberi kuasa khas menyiasat dapat memfokuskan dalam pelbagai aspek meliputi ketulenan, individu yang terlibat serta dakwaan-dakwaan lain,” ujarnya.

Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN – Manifesto BN

April 7, 2011 by admin  
Filed under Berita Bergambar

SIBU 7 April – Barisan Nasional (BN) mengumumkan manifesto parti itu hari ini, bertemakan “Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN” yang menggariskan sembilan perkara utama dalam usahanya untuk mengekalkan kemenangan penting dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melancarkan manifesto itu pada satu majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan MUC, di sini.

Teras utama manifesto dengan slogan “Rakyat Makmur Kehidupan Selesa Negeri Aman” adalah:

1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak.

2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.

3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.

4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.

5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita; 6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.

7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.

8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan.

9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.

- Bernama

Model Baru Politik BN Tumpu Selesaikan Masalah Rakyat : Najib

March 25, 2011 by admin  
Filed under Berita Bergambar

KUALA LUMPUR, 25 Mac  — Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berkata model baru politik Barisan Nasional bukan sahaja untuk memahami permasalahan rakyat tetapi menjurus ke arah menyelesaikanya dengan mengambil tindakan yang berkesan.

Perdana Menteri berkata ini berbeza dengan pendekatan lama di mana tumpuan lebih diberi kepada soal intra politik seperti urusan cawangan dan bahagian serta membuat desakan kepada kerajaan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan rakyat.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata jika BN tidak faham dan tidak dapat merasai denyutan hati rakyat, maka parti itu tidak mungkin dapat mencari penyelesaian tepat menangani permasalahan yang dilalui rakyat.

“Inilah yang saya maksudkan sebahagian daripada model baru politik. Ya, ini kita tahu masalah rakyat, kita ambil tindakan untuk selesaikan masalah rakyat. Kita cari jalan penyelesaian kreatif dan kita tidak tunggu rakyat datang kepada kita tetapi kita pergi kepada rakyat.

“Inilah konsep kita. Semoga BN akan terus menjadi parti pilihan rakyat Malaysia,” katanya berucap melancarkan “BN Youth Job Fair 2011″ di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Najib berkata pada hemat beliau, transformasi politik akan menyokong apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan dalam soal transformasi ekonomi melalui Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

Katanya transformasi politik bersandar pada model baru politik yang menuntut BN supaya lebih memahami persekitaran yang wujud pada hari ini iaitu perubahan struktural yang sedang berlaku dalam masyarakat.

“Kita menghadapi satu cabaran amat besar bagaimana memprojekkan (menonjolkan) BN sebagai parti yang tetap relevan kepada setiap zaman dan ketika…segar dan dinamik dan mampu berubah meskipun terus berkuasa. Tetapi tema perubahan itu tidak (harus) dilakukan oleh pihak lain tetapi obor ini dibawa oleh parti kita, BN,” katanya.

Menurut beliau, BN sebagai sebuah parti politik, tidak boleh berada dalam keadaan terlalu selesa dengan apa yang telah dilakukan dan dicapai selama ini.

“Kita sedia bawa perubahan kepada negara ini menerusi BN,” katanya.

– BERNAMA

Karnival Kerjaya Pemuda BN diiktiraf Malaysia Book of Records

March 25, 2011 by admin  
Filed under Berita Bergambar

KUALA LUMPUR: 25 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbangga dengan kejayaan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 yang diiktiraf Malaysia Book of Records sebentar tadi sebagai karnival kerjaya terbesar di Malaysia, membabitkan penawaran sebanyak 40,000 peluang kerja.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan karnival itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

“Saya Sedia Dedahkan Segala-galanya” – Eskay

March 24, 2011 by admin  
Filed under Berita Bergambar

KUALA LUMPUR: 24 Mac – Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang bertanggungjawab mendedahkan kepada media kandungan klip rakaman video yang menunjukkan aksi seks seorang yang didakwa pemimpin sebuah parti pembangkang berkata: “Saya sudah bersedia mendedahkan segala-galanya pada polis.”

Katanya, rakaman video tersebut adalah 100 peratus asli.

Ketika ditanya para pemberita apakah beliau pasti yang muncul dalam klip rakaman video itu adalah orang yang didakwanya sebagai pemimpin tertinggi sebuah parti pembangkang, Eskay sekadar menjawab; “Saya (ada) dalam video tu…”

Bagaimanapun beliau enggan mengulas panjang kerana kes itu kini disiasat polis.

Tentang mengapa beliau tidak terus pergi berjumpa individu yang didakwanya sebagai pemimpin parti pembangkang itu jika beliau benar-benar yakin itu adalah benar pemimpin berkenaan, jelasnya:

“Saya tidak pernah mengetahui bahawa wujudnya rakaman ini. Jika saya memiliki rakaman tersebut, orang lain juga akan turut memiliki rakaman tersebut, jadi fikir tentang itu.”

Eskay yang mendakwa bahawa pemimpin pembangkang itu adalah kenalannya, bagaimanapun menjelaskan, tidak berlaku sebarang perselisihan di antara mereka.

Beliau mendedahkan rakaman video berkenaan kerana mahu masyarakat mengetahui kebenaran. “Dah tiba masanya… cukup, cukuplah,” katanya.

Malah beliau juga menolak persepsi bahawa pendedahan kewujudan rakaman video berkenaan adalah merupakan satu bentuk peras ugut.

“Jika ia adalah satu bentuk peras ugut maka apa yang saya akan buat ialah saya akan pergi terus kepadanya dan bukannya kepada media massa. Ini adalah satu langkah menuntut kebenaran,” ujarnya lagi.

Beliau juga menegaskan jika perbuatannya itu bermotifkan politik, beliau sudah pastinya mengedarkan salinan rakaman video itu di Sarawak.

Ditanya apakah beliau berasa bimbang akan keselamatan dirinya ekoran pendedahan yang dilakukannya ini, Eskay menjawab: “Sudah tentu saya berasa bimbang akan keselamatan saya. Tapi saya harap pihak polis akan mengambil langkah berjaga-jaga dan membantu memberi perlindungan yang sewajarnya.”

Menurutnya, pada mulanya beliau tidak mahu membuat laporan polis berhubung video seks berkenaan kerana tidak mahu perkara tersebut dilabelkan sebagai satu konspirasi politik.

“Saya bukan ahli politik, saya hanya seseorang yang mengenalinya (pemimpin yang didakwa itu). Saya akan hanya berikan kenyataan kepada pihak polis sekiranya saya dipanggil untuk berbuat demikian.

“Kini saya sedia beri kerjasama… walau apa pun kenyataan yang diminta saya akan beri kerjasama saya… tiada masalah.

“Apa yang penting kita tidak takut kerana kita di pihak yang benar,” ujarnya lagi.

Eskay yang berasal dari Kedah mendakwa telah lama mengenali pemimpin pembangkang berkenaan iaitu sejak tahun 1996 lagi.

Next Page »