Zahid Hamidi tarik diri
October 10, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
KUALA LUMPUR 9 Okt. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengubah fikiran untuk hanya bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac depan.
Beliau yang sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden UMNO, berkata, keputusan itu dibuat demi menjaga perpaduan anggota peringkat akar umbi dan kekukuhan parti serta menghormati Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang bakal menerajui UMNO.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau;
Demi menjaga perpaduan akar umbi serta menghormati Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan menerajui UMNO, saya menawarkan diri untuk bertanding hanya jawatan naib presiden UMNO pada pemilihan kali ini.
Justeru, saya memohon sokongan dan pencalonan daripada akar umbi dalam persidangan UMNO bahagian-bahagian untuk jawatan berkenaan sahaja.
Saya juga ingin menyatakan sokongan dan taat setia tidak berbelah bagi saya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti sebagaimana yang telah diputuskan.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memahami situasi dan realiti politik semasa yang memerlukan pengorbanan daripada seseorang demi perpaduan dan kekuatan parti.- Utusan
Keputusan Abdullah ikhlas
October 10, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
KUALA TERENGGANU 9 Okt. - Keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan mencerminkan keikhlasan Perdana Menteri yang meletakkan kepentingan rakyat, parti dan negara melebihi segala-galanya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Abdullah selaras dengan tradisi UMNO bagi membolehkan proses peralihan kuasa berlangsung secara tertib, sopan, berhemah dan lancar.
Menurutnya, ia merupakan amalan, cara dan tradisi UMNO yang selama ini telah menentukan kestabilan dan kemakmuran negara.
”Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas keyakinan dan kepercayaan beliau terhadap keupayaan saya untuk mengambil alih tampuk kepimpinan parti dan kerajaan,” katanya selepas Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan UMNO Terengganu di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya Najib memberitahu, keputusan yang dibuat Abdullah adalah hasil perbincangan dan persefahaman antara mereka selaku orang nombor satu dan nombor dua negara.
Katanya, sebagai timbalan, beliau tidak akan melawan ketuanya walaupun tindakannya itu dilihat sebagai tidak berpendirian.
”Sebagai timbalan, saya kena tunjuk taat kepada ketua. Takkan saya hendak lawan ketua saya…dalam mesyuarat bangkang dia…tidak boleh, buruk sekali,” katanya.
Bagaimanapun beliau memaklumkan kepada Abdullah supaya mencari formula yang menghasilkan situasi menang-menang kepada semua pihak.
”Jadi saya bincang dengan Pak Lah dan beliau putuskan beliau tidak akan tawarkan diri bertanding atau pertahankan jawatan Presiden UMNO.
”Inilah yang diberitahu Pak Lah kepada saya secara peribadi, antara satu sama satu. Bila dan masanya itu rahsia saya dan Pak Lah, tapi kami ada persefahaman dan akhirnya itulah yang diluahkan beliau dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam,” ujarnya.
Najib juga memberitahu, Abdullah sedar rakyat mahu pelan peralihan kuasa dipercepatkan dan beliau menerimanya.
Sebab itu jelasnya, Presiden UMNO itu menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepadanya sedangkan portfolio berkenaan sepatutnya dipegang Perdana Menteri.
”Dengan rela hati beliau serahkan portfolio itu kepada saya sebagai persediaan untuk menerajui negara supaya saya fahami selok-belok ekonomi kerana ia merupakan cabaran utama dan memang pun dengan kemelut ekonomi dunia yang berlaku sekarang, ia amat mencabar,” ujarnya. -Utusan
Najib tanding Presiden
October 10, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
KUALA TERENGGANU 9 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, keputusan bertanding jawatan tertinggi parti itu diambil selaras dengan langkah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut dan menyerahkan kepimpinan negara kepada beliau.
“Saya dengan rasa rendah hati dan penuh rasa tanggungjawab, ingin menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Presiden (UMNO),” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan UMNO Terengganu di sini hari ini.
Najib yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini pagi ini sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu.
Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Tengku Putra Tengku Awang.
Pada sidang akhbar selepas itu, Najib berharap keputusannya itu akan membolehkan proses demokrasi dalam parti berjalan lancar dan terus subur di samping membolehkan semua ahli UMNO berganding bahu untuk memantapkan lagi parti.
Dengan adanya sokongan daripada akar umbi dan para perwakilan, beliau berikrar untuk meneruskan agenda perjuangan UMNO dengan pembaharuan yang dinyatakan oleh Presiden UMNO semalam.
Beliau mengharapkan kepercayaan dan keyakinan rakyat daripada semua golongan dan kaum termasuk pemimpin, ahli parti, kakitangan kerajaan, pasukan keselamatan, badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, korporat serta golongan lama dan baru di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya Barisan Nasional (BN) dapat dikukuhkan.
‘‘Sesungguhnya tugas sebagai pemimpin adalah satu amanah dan tanggungjawab yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Insya-Allah saya akan melaksanakannya dengan cara yang terbaik. Semoga Allah memberi pertolongan dan memberkati kita semua,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya calon yang sesuai untuk bergandingan dengannya sebagai Timbalan Presiden, Najib berkata, beliau akan memberikan komen mengenai perkara itu pada waktu lain.
Mengenai perancangannya apabila menjadi Perdana Menteri, beliau menjelaskan, dalam tempoh enam bulan lagi, Abdullah akan terus menerajui negara dan semua pihak perlu memberi sokongan padu kepadanya untuk melaksanakan pembaharuan yang dirancang.
Ketika ditanya jika terdapat calon lain yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO, katanya: “Apa hendak buat, kita melalui proses demokrasi… saya tetap menghormati suara ahli-ahli parti.”
Najib yang dilahirkan pada 23 Julai 1953 menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri sejak 7 Januari 2004 selain dilantik menjadi Menteri Kewangan baru-baru ini.
Anak lelaki kedua bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein itu merupakan Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 29 tahun.
Beliau pernah menjawat jawatan Menteri Pendidikan, Menteri Pertahanan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Timbalan Menteri Kewangan serta Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.-Utusan
Tegas Tangani Hindraf
October 8, 2008 by admin · 2 Comments
KUALA LUMPUR 7 Okt. – Pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan mahu tindakan tegas dikenakan ke atas Hindu Rights Action Force (Hindraf) kerana didakwa mempunyai agenda tersendiri ketika penyokongnya bertindak tidak sopan sewaktu menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet Rabu lalu. Read more
Calon perlu muhasabah diri – Shahidan
October 7, 2008 by admin · Leave a Comment
KANGAR 6 Okt. – Pemimpin yang mahu bertanding jawatan Timbalan dan Naib Presiden UMNO pada mesyuarat pemilihan parti Mac depan perlu bermuhasabah diri agar tidak memperkecilkan jawatan tersebut. Read more
Kekuatan sendiri – Khairy
October 6, 2008 by admin · Leave a Comment
REMBAU 5 Okt. – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin
berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda
berdasarkan pada kekuatan dirinya sendiri dan bukan kerana pengaruh
pihak lain. Read more
‘Saya tetap serah jawatan kepada Shahrizat’
September 26, 2008 by admin · Leave a Comment
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, beliau mampu meneruskan khidmatnya sebagai ketua pergerakan itu sepenggal lagi namun dengan ikhlas hati mahu menyerahkan
Perlembagaan UMNO tidak halang pertandingan
September 26, 2008 by admin · Leave a Comment
KUALA LUMPUR 25 Sept. – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan perlembagaan UMNO memperuntukkan semua jawatan di dalam parti termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh ditandingi. Read more
UMNO Selangor nafi ketua bahagian tetapkan syarat
September 26, 2008 by admin · Leave a Comment
SHAH ALAM 25 Sept. - UMNO Selangor menafikan ketua-ketua bahagian negeri ini menetapkan syarat bahawa pelan peralihan kuasa perlu diterima sebulat suara ahli Majlis Tertinggi (MT). Read more
PM tidak halang ahli UMNO bertanding
September 25, 2008 by admin · Leave a Comment
TANJONG KARANG 24 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menghalang ahli UMNO daripada bertanding pada pemilihan parti tahun ini selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan parti itu. Read more















