BN sedia bertanding di Kota Seputih

November 18, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Kota Siputeh jika mahkamah menolak rayuannya.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, BN akan menghormati keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh kosong dan akan bertindak mengikut undang-undang.

“Jika kami (BN) boleh merayu, kami akan merayu. Apa juga yang diputuskan oleh mahkamah, kami perlu akur,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Bio-Malaysia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Semalam, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah kosong, menyatakan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi wakil rakyat BN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan dewan secara berturutturut tanpa kebenaran speaker.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin turut memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di DUN Kota Siputeh.

Sementara itu, anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata Umno Kedah bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yakin BN mampu memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti yang lebih banyak.

“Kalau ikut sejarahnya kita tak biasa kalah di Kota Siputeh walaupun majoritinya turun naik tetapi kali ini pun saya yakin dengan perkembangan terkini dan saya dapat sedikit gambaran bahawa sentimen di Kota Siputeh, khususnya di Jerlun dan secara keseluruhannya di Kedah agak memihak kepada BN.

“Jadi kita kenalah berusaha untuk menterjemahkan sentimen tersebut dalam bentuk undi dalam pilihan raya kecil sekiranya itulah yang berlaku dan berusaha dengan lebih giat untuk menyakinkan rakyat bahawa BN adalah pilihan yang terbaik bagi DUN Kota Siputeh,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Abu Hassan, penyandang kerusi DUN Kota Siputeh untuk penggal keempat dan merupakan Ketua Umno Bahagian Jerlun telah menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh pada pilihan raya umum pada Mac tahun lepas dengan majoriti 495 undi.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata isu politik yang berlaku di Kedah sebelum ini dapat dikendalikan dengan baik dan bakal memberi kelebihan kepada BN sekiranya berlaku pilihan raya kecil di kawasan itu.

“Saya rasa daripada perkembangan pentadbiran yang baru di peringkat nasional kita boleh nampak ada perubahan angin sokongan rakyat cumanya tak pasti dari segi berapa besar jumlah tersebut.

“Saya juga tidak membayangkan penurunan kepada sokongan yang ada, tetapi berapa besar pun pertambahan saya tak berapa pasti cuma ia bergantung kepada berapa ramai keluar mengundi,” katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS pastinya akan bertanding dan meletakkan calonnya sekiranya berlaku pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

“PAS akan bersedia untuk hadapi pilihan raya kecil jika berlaku dan atas nama Pakatan Rakyat oleh kerana kerusi itu sudah pun ditandingi oleh PAS dalam pilihan raya umum lalu,” katanya.

Comments

17 Responses to “BN sedia bertanding di Kota Seputih”
  1. imuc says:

    sedia apa dia…
    nmpk sgt pengerusi SPR BN punya orang
    suka sgt cabul perlembagaan
    aduhai si bacul yang suka mencabul

  2. garunggang says:

    Relek bang oi,itu keputusan mahkamah tinggi,mahkamah rayuan kan ada lagi.

  3. imuc says:

    hahaha nak rayu apekendanya… dah terang2 dlm perlembagaan tulis, nak cabul lagi… x cukup ker cabul kat perak bang oiii?

  4. garunggang says:

    Tolong tuliskan artikel berapa yang dilanggar dalam perlembagaan,jangan dok dengar cakap orang.
    Kalau dibaca perlembagaan tu sampai habis.Barulah kita tahu ada tiga peringkat mahkamah didalam negara kita
    1. mahkamah tinggi
    2. mahkamah rayuan
    3. mahkamah persekutuan
    Jangan dok dengar cakap peguam politik,mereka tu bagi tahu yang mana artikel yang menyebelahi mereka saja, tetapi yang tersembunyi mereka tak terangkan.

  5. garunggang says:

    Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
    (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
    (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
    (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
    (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

    (2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
    (a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
    (b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
    (c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

    Peguam Politik hanya menyatakan perkara 10 Fasal 1 (a)(b)&(c) tetapi mereka tidak pula menghuraikan perkara 10 fasal 2 (a)(b)& (c) yang mana ianya memberi kuasa kepada kerajaan.

    Cuba tanya kepada peguam politik mengapa mereka tidak mahu menghuraikan Fasal 2 tersebut.

    Jawapannya mudah kerana ianya menyebelahi kerajaan.

  6. imuc says:

    amenda ko merepek ni bang oiiii… apa kena mengena perkara 10 dgn kes seputih ni bang oiiii… kalo dh bengap tu, tetap bengap jgk

  7. wansalman says:

    Elaun RM1 dianggap lawak, PKFZ rugi berbilion buat pekak
    Angkasanuri

    Saya tak tahu apa dah jadi dengan negara ini selagi Umno@BN dibiarkan terus berkuasa. Apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM 1 ramai yang anggap ia sebagai lawak dan sudah tandus idea untuk mendapat sokongan politik.

    Tun Dr.Mahathir pula menyifatkan Anwar tidak pandai sangat ekonomi. Habis tu semasa beliau jadi PM lantik Anwar sebagai Menteri Kewangan adakah sesiapa yang paksa? Siapa yang tak pandai atau tak cerdik? Sekaligus sindiran Mahathir balik kena atas batang hidung sendiri.

    Sebelum ini diumumkan kerugian Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) mencecah berbilion ringgit tetapi ramai yang buat-buat pekak. Dari pemimpin Umno@BN yang atas-atas, SPRM semuanya macam buat-buat tak nampak.

    Saranan siasatan dilakukan PAC diketuai Tan Sri Azmi Khalid agar semua dalang dan mereka yang terlibat diheret ke muka pengadilan dipandang sepi seolah-olah PKFZ cuma rugi seringgit dua. Tak perlu nak kecoh-kecoh. Kenapa jadi begitu?

    Mudah je kerana ia melibatkan bekas dan pemimpin atasan kerajaan Umno@BN. Kalau seorang kena habis yang lain-lain terbongkar dan terjebak. Masing-masing cuba buat muka selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

    Jadi isu seperti lembu korban, kepala lembu dan elaun seringgit akan dijaja serata ceruk kampung supaya orang melupakan penyelewengan yang berlaku di era Umno@BN.

    Maka ramailah terutama kaki ampu yang mengeleng-geleng kepala macam lembu yang menunggu masa untuk dikorbankan raya haji ni nanti!

  8. wansalman says:

    Nazri Aziz ‘Masuk Raja Lawak Musim ke 3′?
    Al-Brangi

    Satu lagi lawak sekupang. Kalau tak tahu nak jawab, dah kering air liur, dah pening-pening lalat, dah tercunggap macam dikejar ular tedung, lain kali letaklah jawatan Menteri tu.

    Ramai lagi yang tahu undang-undang boleh jadi Menteri, sekarang PM pun selalu tekankan KPI. Kepetahan bercakap pun KPI diamabil kira, bukan setakat petah saja, apa yang diucap mestilah betul dan ‘make sense’, kalau tidak lebih baik masuk Raja Lawak musim 3 nanti.

    Walaupun ‘law’ bukan bidang saya, tapi nada suaranya berbunyi macam budak kecil sedang marah kepada kawannya, ‘Kalau kau pandai kat buatlah sendiri, ah ah…’

    Ini bukan mesyuarat kompang, di mana orang yang tugasnya tukang pikul kompang boleh wakili ketua kompang hadiri mesyuarat. Hatta mesyuarat antara surau pun, mana boleh tok siak wakili Pengerusi Surau hadiri mesyuarat. Biar betul pak Menteri. Takkan pak Menteri boleh arah AG begitu je, ‘Hey AG, you suruhlah Karpal wakili Kerajaan dakwa si Lingam tu. Bolehkan, kan kan.’

    Senangnya hidup, semacam dia lebih besar pada AG pulak. Setahu saya, Perlembagaan memperuntukkan bahawa perlantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh DYMM SBP Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

    Ber’fatwa’lah Menteri itu, ‘If Karpal is willing to represent the A-G, I will persuade the AG to engage Karpal to prosecute on the behalf of the government. Let him charge … the government has no reason to defend Lingam.’

    Menteri tu menerangkan, ‘Lingam’s action may have been “morally wrong” but stressed that federal prosecutor could not charge him because there are no specific laws against it. Give me a section under any Act to charge Lingam. Give me an offence.’

  9. garunggang says:

    Satu ringgit tu mas kawinnya, hantarannya belum lagi

  10. garunggang says:

    Kalau Mussaraf yang berkuasa diMalaysia jangan harap nak ada ruangan seperti ini, semuanya dia blok.
    Selagi UMNO dan BN yang memerintah, inilah nikmat yang akan kita dapat.
    Dari PM no 1 hingga no 6 terbukti UMNO lah ketuanya. Jangan nafikan anak pinak kita dah pun termakan budi tapi segan nak berterima kasih.
    Pinjaman TEKUN kalau kerajaan nak buat bancian dah tentu 60% yang minta dari orang yang menyokong PR.

  11. garunggang says:

    Dekat Amerika,lepas saja pilihanraya mereka yang kalah membantu yang menang untuk membangunkan negara mereka.
    Tapi diMalaysia yang kalah cuba nak menghancurkan orang yang menang,yang rugi rakyat.

  12. wansalman says:

    Di Amerika agak terbuka berbanding Malaysia,pemimpin boleh di sanggah tapi di Malaysia pemimpin Umno berlagak tuhan.Purata rakyat Amerika ada elaun,rakyat tak lah sesusah rakyat malaysia.Orang yang tak susah di Malaysia ni hanyalah orang Umno.Buat apa tolong Umno sedangkan orang tahu Umno ni sejahat-jahat pemerintah umpama Yahudi.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Umno tak perlu bising Anwar jadi penasihat ekonomi Selangor
    Oleh: Tok Janggut

    Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibebaskan dari penjara, kita lihat puak-puak UMNO tak senang duduk. Macam cacing kepanasan. Apa saja yang DSAI buat semuanya tak kena bagi UMNO. Apa yang mereka takut sangat dengan DSAI tu?

    Kerajaan Negeri Selangor lantik DSAI sebagai Penasihat Ekonomi pun dikutuk dan diperkecil-kecilkan. Bekas MB Selangor anak Toyo yang hidup mewah secara melampau, dan dah berapa banyak repot salahguna kuasa dan rasuah beliau semasa menjadi MB Selangor itu di lapurkan kepada SPRM dan polis, tidak satu pun tindakan dibuat, tidak pula puak UMNO kutuk anak Toyo tu? Mungkin UMNO ni suka dan akan puji siapa yang lebih hebat rasuahnya, buat maksiatnya, salahguna kuasanya, menipunya dan hina Islamnya.

    Pemimpin UMNO Selangor termasuk anak Toyo dan UMNO Terengganu saban hari mengutuk dan memperkecilk-kecilkan kemampuan DSAI dan menuduh kerajaan Selangor tak mampu nak tadbir dan itu sebab kena minta bantuan DSAI. Kita nak Tanya UMNO Selangor dan UMNO Terengganu, siapa Pengerusi Perhubungan UMNO kedua-dua negeri ini? Orang Terengganu ke? Mana pergi pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu dan Selangor sehinggakan terpaksa ambil orang Johor dan orang Pahang jadi ketua mereka? Nampak sangatlah UMNO kedua-dua negeri ni bodoh dan bangang belaka, yang mereka tahu hanyalah roboh rumah rakyat miskin, rampas tanah rakyat, roboh masjid dan surau dan rompak harta rakyat.

    Begitu di Pusat, siapakah Penasihat Ekonomi Negara? Bukankah sebuah syarikat milik Yahudi telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negara sejak Mahathir lagi sehingga sekarang? Pelik, puak Yahudi yang jelas musuh orang Islam dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Negara. Agaknya itulah sebabnya perangai puak UMNO ni macam Yahudi juga jahatnya dan kuat menipunya.

    Azmin Ali dikatakan memiliki saham berjuta, sedangkan sekiranya benar pun dia ada saham sebanyak itu, ketika itu bukankah beliau masih dalam UMNO? Mengapa tak siasat masa tu? Mana ada pemimpin UMNO yang tak ada saham berjuta-juta! Mungkin sekiranya Azmin masih lagi dalam UMNO, pasti isu ini tidak akan timbul, jika benar memang ada pun akan ditutup rapi.

    UMNO sebenarnya sudah pening dan mengelabah. Orang Melayu dah ramai yang lari dari UMNO, orang bukan Melayu pula lagi dah tak percaya pada UMNO. Kini UMNO syok sendiri, ke sana sini kata UMNO dah kuat, dah stabil, sokongan dah meningkat. Macam orang hilang akal. Rakyat tengok dan baca kenyataan UMNO ni, hanya ketawa dan meluat saja. Biarkanlah si luncai terjun dengan labunya. Akhir nanti semuanya akan tenggelam hanyut. Itulah akhirnya hidup UMNO nanti setelah lebih 52 tahun menipu dan merompak hasil Negara dan harta rakyat. Kita sama-samalah berdoa agar UMNO cepat hancur demi menyelamatkan bangsa, agama dan Negara

  13. zulhasrul says:

    salam semua..
    wah kecoh nampak.. hehe!! x pa DSAI nk jadi apa, jadilah, dah org nk lantik dia, tunggu dan lihat plak, dan 1 lagi tlg ingatkan dia kalau boleh. jgn duk tangguh lagi perbicaraan liwat 2, “dah lama dah”. kalau betul x bersalah, berhadapan saje. x perlu tangguh2, tutup mulut org yang menuduh 2. selesaikan kes 2 dulu. dan jgn tunggu lama2, duk tangguh2, peguam sikit main punya ramai nk bela, hebat2. x payah lah nk takut2. =) so lepas nie kalau nk dapat gai RM1 ker 10sen ker org x bising2 dah. so.. Thanks for the comment, setiap perkhabaran yg semua berikan akn diselidik sebenar2nya, bkn apa.. takut fitnah atau pe2 jer.. hehe!!
    imuc and wansalman, semoga sihat selalu. =)
    garunggang.. all the best!

  14. imuc says:

    zulhasrul, kalo org nak liwat hang, hang bagi tak? banyak kali plk tu…

  15. zulhasrul says:

    dah xada alasan ker imuc? mcm nie lah, kita manusia x sama, setengah org kuat semangatnya setengah mudah takut dgn ugutan2 yang mungkin datang dari org yg tinggi pangkat dari diri kita. Kau x pernah berada dlm situasi saiful,dia yang rasa sendiri semua 2. siapa kita nk “judge” dia. Ia berlarutan mungkin time itu saiful diugut dan time itu DSAI masih berjawatan tinggi. Skarang perkara ini dibawak ke mahkamah, pergi lah mahkamah, pertahankan diri jika dia benar2 x bersalah. Jgn tangguh2, lambat2kn. Knapa harus lambatkan jika x bersalah?? cuba tnya, kalau saudara imuc sendiri dituduh mcm 2, mst saudara imuc akan pertahankan dirikan? hadapi perbicaraan. agar nama saudara imuc bersih. mst saudara imuc buat begitu kn?? lainlah jika saudara imuc betul2 bersalah, mst saudara imuc takut untuk berhadapan di mahkamah. xpa, saudara imuc leh pikir sendiri. sy just bg pendapat saya. mungkin saudara imuc x setuju. Tp kita ada akal, fikir btul2.. =)

    wslm

  16. imuc says:

    maksudnya kalo bos ko nak liwat ko, ko bagi la yer hahaha… giler ker aper… kalo aku, lebih baik aku berenti keje kalo bos mcm tu…

    saper yang tangguh sbenarnya??????? kalo dh tau mahkamah boleh dibeli, aku pon x pergi… kes yang 98 pon x selesai, ni tambah yang baru… ada ker sang penuduh tahun 98 tu kena penjara? x der kan… ada ker sbb kesalahan liwat dsai kena penjara, x der kan.. so buat masa skrg aku mmg x leh nak benarkan si kena liwat tu… 4 hospital kata x der bukti kena liwat, walhal 9 kali kena tu, makan makjun perapat ker? tu pon x leh nak pk ker?

    main sumpah? sumpah dlm islam adalah untuk diri sendiri, mana blh jatuhkan hukuman pada org lain.. kalo ada, bgtau aku bab mana.. aku cabar ko ni zul..

    saper yang berfikir secara buta tuli skrg? jgn hanya ikut logic akal semata2, tu cara yahudi

  17. imuc says:

    nak bukti ker mahkamah skrg dah x leh pakai?

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.