BN Perlu memberikan tumpuan kepada penyatuan

August 26, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Tidak  ada apa lagi yang dapat kita lakukan dan apa yang belah BN cuba berikan dan tawarkan  kepada pengundi Permatang Pasir adalah yang terbaik dan adalah merupakan  satu tawaran yang ikhlas .  Seperti juga yang pernah saya  jangka  dari awal lagi, BN akan membuang masa di Permatang  Pasir, namun itu adalah satu tanggungjawab yang perlu di tunaikan dan satu kewajipan yang perlu dilkasanakan. Sama  ada mereka menyahut dan menerima, itu hak mereka dan itu adalah yang terbaik yang  boleh BN lakukan.

Selepas pengumuman keputusan  permatang Pasir semalam  mungkin ramai yang tudak terperanjat dan ramai yang sudah menjangka akan  keputusan ini. Perbezaaan  sikap  penduduk di Permatang Pasir tidak banyak berbeza  dari apa yang pernah kita lihat sebelum ini. Baguslah , jika ini pinta dan mahu mereka .BN  eloklah tidak menghabiskan banyak peruntukan kepada mereka di Permatang Pasir  ini Banyak tempat lain lagi yang boleh diberika tumpuan .

BN  perlu melupakan mengenai pilihan raya kecil buat seketika dan perlu menumpukan  masa dan juga usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Kerjaaan. Kerajaan  BN juga perlu  kembal menyatukan ahli ahli UMNO dan  memperbetulkan  kedudukan parti parti komponen BN seperti MIC  dan MCA , PPP dan juga  Gerakan.  BN tidak punyai banyak masa  lagi dan jika usaha  penyatuan ini gagal dilakukan  dalam masa yang terdekat ini,

BN tidak lai mampu  berpecah , BN juga tidak lagi mempu untuk terus bercakaran  sesama sendiri dan  sekira ini gagal dilakukan dalam masa yang terdekat , pasti kita tidak  akan dapat menwan dan  memenangi PRU13 yang akan datang.

Comments

9 Responses to “BN Perlu memberikan tumpuan kepada penyatuan”
  1. nizamnz says:

    Awat BN tak mau pulaukan pilihanraya ini cam dulu? buatlah alasan cam dulu – tak mahu bazir duit rakyat, buang masa, bla bla bla.

    Daripada menanggung aib cam nie. Pilih calon yg bermasalah macam lah BN dah tak dak calon yg baguih….

    Kekalahan demi kekalahan akan membuatkan BN semakin lemah.

  2. parameswara says:

    Politik bangsa melayu kita semakin tenat…
    Saya pun hairan dengan diri saya pada kali pertama saya terfikir untuk meluahkan luahan rasa saya pada tengahari ini, lebih-lebih lagi di web site maya umno yang terulung ini. Sebagai seorang ‘neutral guy’ yang tidak menyebelahi mana-mana parti politik tanah air, sudah tentunya coretan saya pada malam ini mengundang sedikit ‘kejutan’ pada diri saya dimana kali terakhir coretan saya hanyalah ketika sedang ‘berjuang’ sewaktu mengambil SPM kira-kira sepuluh tahun yang lepas. Luahan pndapat saya pada tengahari ini hanyalah bersandar kepada logik semata-mata dimana awal-awal lagi saya sudah dapat menjangkakan yang coretan saya ini bakal menerima kritikan yang ‘maha’ hebat daripada ‘pejuang2′ maya UMNO khususnya. Dibawah ini saya akan sertakan contoh2 situasi rekaan yang sengaja saya sediakan bagi tujuan penjelasan ‘luahan’ hati saya ini..

    Situasi Pertama…
    Pada 5 September 2009 Dato Ali daripada Parti Hijau telah didapati bersekedudukan dengan Penyanyi Aminah di Apartment sri Melati. Dato Ali menafikan sekeras2nya dakwaan tersebut dan mengusulkan supaya kes tersebut dibicarakan.

    Tindakan oleh parti Biru..
    Pada 6 september, keluar disemua surat khabar & media utama (parti biru sedang memerintah). “Kita malu dengan Dato Ali kerana beliau yang beria2 memperjuangkan islam membuat perkara yang bertentangan dengan agama beliau sendiri”-Petikan ucapan Dato Abu dari parti biru..

    Situasi Kedua..
    Pada 12 Disember 2010, Dato Hakim Naib Presiden parti biru telah ditahan oleh SPRM kerana didapati terlibat dalam kes pecah amanah yang melibatkan wang sebanyak RM 10 billion.

    Tindakan oleh parti Biru..
    Pada 13 Disember 2010,Keluar di surat khabar..”Itu semua masih di peringkat siasatan, kita akan serahkan kepada SPRM untuk meneruskan siasatan lanjut, sehingga itu kita minta rakyat jangan panik kerana ini semua mungkin salah satu helah pembangkang untuk meruntuhkan kekuatan parti yang kita bina selama ini-Petikan ucapan Dato Abu dari parti biru..

    Menerusi situasi-situasi diatas, apakah golongan rakyat yang ‘atas pagar’ ini membuat penilaian?..penilainya cukup mudah..

    Hari Sabtu..Kedai Mamak Yassin Jalan Bangsar..

    Mr A: Apalah parti biru ni masa time isu pembangkang diorang ‘hentam’ cukup2, bila masa time diorang, diaorang ‘cover’ baikkk punyer. Dahlah tu diorang guna lagi media, surat khabar..mentang2lah diaorang yang ‘control’..ini x adil!..

    Mr B: Nak buat macamna..kalau parti hijau perintah pun diorang akan buat benda yang sama..dah lumrah politik..

    Saya sebagai gologan ‘atas pagar’ sudah terlalu ‘muak’ untuk dihidangkan oleh contoh2 situasi diatas. Saya 100% percaya yang masalah2 diatas akan terus berlarutan..teruss..dan terus..sampai bila2..Jadi beberapa langkah penyelesaian perlu dikaji..contohnya..tiada apa2 kenyataan dari media atau orang perseorangan yang boleh mendahului keputusan mahkamah. Langkah2 yang lebih ‘keras’ harus diambil bagi mereka yang engkar terhadap undang2 tersebut. Disini saya cadangkan agar proses “ Gencatan Senjata” di antara pihak kerajaan dan pembangkang dibuat didalam jangkamasa terdekat agar kita dapat menyelesaikan masalah tersebut. Cuba kita perhatikan dan membuat kajian, parti pembangkang sebenarnya mendapat undian bukan kerana mereka hebat..tetapi kerana mereka telah mendapat undi simpati daripada rakyat..saya berpandangan sedemikian..semua golongan atas pagar juga berpandangan demikian..jadi cuba renung2kan..

    Sekian..PARAMESWARA..Pejuang tulen bangsa Melayu…

  3. anak melayu says:

    di sebabkan pemimpin bangsa sendiri dulunya lupa diri serta ego,serta mengabaikan hak rakyat disesetegah tempat,turun padang ketika pilihanraya shja,maka ni lah balsannya,kita tdk perlu slh kn sesiapa slhkn diri sendiri serta buat perubahan…

  4. nizamnz says:

    Mentaliti BN yang sangaaatttt perlu diubah demi memenangi hati rakyat kembali… petikan dari artikel admin

    “Baguslah, jika ini pinta dan mahu mereka. BN eloklah tidak menghabiskan banyak peruntukan kepada mereka di Permatang Pasir ini Banyak tempat lain lagi yang boleh diberika tumpuan.”

    Mengapa mesti ada double standard kepada rakyat? BN hanya memberi peruntukan kepada kawasan yg menyokongnya sahaja?

    Apakah yg dimaksudkan “peruntukan kepada mereka”? Adakah bermaksud rasuah pilihanraya atau budget kerajaan>

    1. Rasuah pilihanraya? Rakyat dah semakin jelik dengan rasuah pilihanraya kerana daya pemikiran rakyat Malaysia sekarang ni dah banyak berubah. Segala pemberian akan diambil tapi tidak bermakna mereka akan pangkah BN!!! menyampah lagi ada… kerana rasuah diberi secara terang-terangan tanpa pemantauan dari pihak berkuasa.

    2. Peruntukan Kerajaan? Mengapa di kawasan dimenangi PR tidak mendapat peruntukan kerajaan? duit tu siapa yg punya? BN? TIDAk sama sekali!!!! Duit budget adalah duit rakyat!!!! BN hanya pemegang amanah yg harus memberikan secara sama rata kepada setiap rakyat Malaysia tak kira parti.

    Kenyataan sempit seperti inilah yg sering menjadi bualan rakyat. Saya kekadang menjadi kelu untuk berbahas apabila topik seperti ini ditonjolkan.

    Ingatlah wahai pemimpin-pemimpin!!!! Kita akan dihisab di akhirat kelak. Kawasan-kawasan yg dianak tirikan pastinya mengundang azab yg pedih. PRU13 dah tak lama lagi. Mentaliti “Malaysia ni BN yg punya” dah tak relevan lagi. Kerja keras dituntut di setiap lapisan…

  5. wansalman says:

    Penyatuan dalam bertuk logo sahaja tapi tiada apa-apa yang benar2 berguna untuk orang Mleayu,Bangsa asyik di tipu oleh Umno sendiri.

  6. imuc says:

    lebih-lebih lagi di web site maya umno yang “terulung” ini?????????
    tu fakta atau sindiran?

    Politik bangsa melayu kita semakin tenat?????
    mmg tenat.. mana2 politik berasaskan perkauman mmg tenat…

    Nak buat macamna..kalau parti hijau perintah pun diorang akan buat benda yang sama..dah lumrah politik..???????
    belum lagi jadi, dah tau???? ni kira dah melangkaui ahli nujum…

    tiada apa2 kenyataan dari media atau orang perseorangan yang boleh mendahului keputusan mahkamah?????/
    yer, tp kita kena tgk diri kita dulu baru blh kata mcm tu…

    Cuba kita perhatikan dan membuat kajian, parti pembangkang sebenarnya mendapat undian bukan kerana mereka hebat??????
    mana fakta dan statistik??????

    tetapi kerana mereka telah mendapat undi simpati daripada rakyat…???/???
    idea ni org parti biru mulakan dulu sbb x nak ngaku dh lemah….

    semua golongan atas pagar juga berpandangan demikian..jadi cuba renung2kan????
    a’ah… sbb diaorg x der pendirian…..

    Sekian..PARAMESWARA..Pejuang tulen bangsa Melayu…
    perjuangkan bangsa, belum tentu bangsa akan diangkat
    perjuangkan agama, bangsa pon turut akan diangkat…

    w’slm.. maaf kalo terkasar, tp fikir2kan…

  7. imuc says:

    BN eloklah tidak menghabiskan banyak peruntukan kepada mereka di Permatang Pasir ini Banyak tempat lain lagi yang boleh diberika tumpuan…

    hanya membantu pada ahli2 shj… kalo bkn BN x leh tolong…
    kalo org yg materialistik, akan ikut jd ahli sbb nak dpt bantuan

    cuba bayangkan, kalo BN terus jer bantu penduduk PP w’pon kalah, x perlu menunjuk2 bila bagi bantuan.. penduduk akan dpt buat penilaian sndri…
    tu baru seorg pemimpin… seorg yg ikhlas untuk memimpin..

    adakah BN ni materialistik semata2???????? tp tu yg rakyat nampak w’pon BN kata bukannnnnnnnnnn…

  8. imuc says:

    BN cuba la telus… yang mana silap x kira org ats ker bwh ker, hukum… bkn cover kesilapan… tp perbetulkan kesilapan…

    tolak duit ketepi… berani? kalo x berani, jgn bermimpi untuk kembali mcm dulu…. kerajaan BN akan jatuh sbb DUIT…

  9. imuc says:

    dah la aku mls dh… kalo korg rasa baik untuk korang, ambik kira la apa yang aku ckp… kalo x, makin lama makin teruk la… sbenarnya penasihat terunggul adalah daripada pihak lawan… yang sebelah kita adalah pengampu terunggul..

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.