BN Perlu Kerja Lebih Kuat, Kata Tun Abdullah

March 4, 2010 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Barisan Nasional (BN) tidak boleh menganggap parti itu akan menjadi lebih kuat secara automatik dengan keretakan yang melanda parti pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila beberapa anggotanya keluar daripada parti itu baru-baru ini.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata BN termasuk UMNO hendaklah terus bekerja keras untuk memastikan ia lebih kuat dan mampu untuk berjasa dan membantu melaksanakan pembangunan bagi rakyat.

“BN jangan menganggap dengan apa yang berlaku kepada pembangkang, BN akan automatik mejadi kuat. Setakat nak harap jadi kuat dan menang hanya kerana pembangkang sedang menghadapi masalah saya ingat harapan itu akan meleset.

“Yang penting ialah usahakan bersungguh-sungguh supaya apa yang dijanjikan termasuk reformasi parti,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sebuah restoran di sini pada Rabu.

PKR pada Rabu kehilangan seorang lagi Anggota Parlimen setelah anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, mengumumkan keluar parti itu dan menjadi anggota Parlimen bebas berkuatkuasa serta-merta.

Ini menjadikan PKR hilang tiga Anggota Parlimen dalam tempoh kurang sebulan selepas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) bertindak keluar parti.

Selain Mohsin Fadzli, Zahrain dan Tan, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin turut meninggalkan parti itu.

Abdullah tidak menolak kemungkinan BN akan kembali memegang majoriti dua pertiga di Parlimen jika trend anggota PKR keluar parti itu berterusan.

Beliau berkata parti itu kini dalam keadaan yang “begitu teruk” kerana semakin ramai ahlinya meninggalkan parti.

“Kalau dulu 16 Sept bukan main heboh mereka kata BN akan tumbang jadi hari ini yang tumbang PKR nampaknya.. Itu kedudukannya sekarang ini,” katanya.

Abdullah berkata walau apapun perubahan dalam politik apa yang lebih penting adalah untuk mengekalkan keselamatan dalam negara serta memajukan ekonomi.

“Memanglah dalam demokrasi sihat macam-macam peristiwa ada hubung kait dengan parti politik, tapi yang pentingnya biarlah ekonomi itu berjalan terus tanpa terjejas,” katanya.

– BERNAMA

Comments

3 Responses to “BN Perlu Kerja Lebih Kuat, Kata Tun Abdullah”
  1. wansalman says:

    Umno tidak pernah hormati Perlembagaan | Print | E-mail
    Dzulfikar Mashoor

    PETALING JAYA, 4 Mac: Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat mendakwa Umno tidak pernah menghormati empat inti utama Perlembagaan, iaitu Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istitusi raja berperlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kedudukan istimewa rakyat Melayu.

    “Umnolah yang nak hapuskan agama Islam dari Persekutuan, nasib baik Majlis Raja-Raja Melayu tampil mempertahankan penggunaan nama Islam untuk terus digunakan pertubuhan, termasuk oleh PAS sebelum ini,” jelas beliau dalam forum Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Masa Depan Politik Malaysia, malam tadi

    Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Johor menegaskan bahawa Umno turut bertanggungjawab membiarkan pelajar-pelajar berbangsa Melayu hidup dalam berhutang apabila menghapuskan biasiswa yang menjadi manifestasi hak istimewa orang Melayu menurut Perlembagaan.

    “Begitu juga dengan hak istimewa orang Malayu, Umnolah yang menukarkan biasiswa pada PTPTN (Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional) hingga semua anak Melayu dipaksa hidup dalam berhutang,” tegas beliau di depan lebih 200 pendengar yang hadir.

    Tambahnya lagi, Umno jugalah yang bertanggungjawab meminggirkan bahasa Melayu di tanah air dengan memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum ini.

    “Tidak seperti Umno, walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi menurut Perlembagaan, dialah (Umno) seolah-olah mengetepikan Perlembagaan dengan memperkenal dasar PPSMI.”

    Berbeza dengan muafakat Pakatan Rakyat, beliau berkata, PAS, DAP dan PKR dilihat saling menghormati prinsip kepartian masing-masing, di samping memberi jaminan untuk memelihara hak-hak yang sedia ada menurut Perlembagaan.

    “Dasar Pakatan Rakyat yang baru ini dilihat berbeza dengan dasar Umno Barisan Nasional sebelum ini di mana kesepakatan ketiga-tiga parti politik ini (iaitu PAS, DAP dan PKR) saya lihat, begitu menghormati kepelbagaian yang sedia ada,” jelasnya.

    “Dasar bersama yang dibuat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Disember lepas, saya lihat begitu jelas menghormati Perlembagaan Malaysia itu sendiri.”

    Budaya seling menghormati itu, menurut beliau, sekaligus menafikan dakwaan Umno sebelum ini, iaitu PAS, PKR dan DAP tidak mampu memerintah Malaysia kerana mempunyai cita-cita politik yang berbeza-beza.

    “Sebelum ini, 3 parti politik ini dianggap oleh Umno (dan) BN sebagai tidur satu bantal tetapi mimpi lain-lain. PAS dianggap sebagai ekstremis agama ala Taliban di Afghanistan, DAP pula dianggap sebagai parti cauvinis Cina berideologi komunisme dan PKR pula dianggap sebagai agen Yahudi di Malaysia,” ujarnya.

    Beliau turut menjawab beberapa tuduhan yang lazim dilemparkan oleh Umno kepada Pakatan Rakyat.

    “Kalaulah DAP sebagai cauvinis Cina, takkanlah mereka bersetuju dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi (menurut Perlembagaan).

    “Sekiranya benar, PAS berfahaman ekstrem, sudah tentu PAS tidak boleh menerima pendekatan toleransi yang diperkenalkan dalam Pakatan Rakyat.

    “PKR pula dituduh sebagai pro Yahudi sedangkan rakyat umum tertanya-tanya tentang hubungan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia) dengan sebuah konsultan perunding imej yang dikaitkan dengan Yahudi,” jelasnya.

    Selain Suhaizan, forum tersebut turut membariskan Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), Amiruddin Shari (Adun Batu Caves), Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia), Chin Tong (Adun Bukit Bendera) merupakan antara panelis yang diminta membahaskan proposal berkaitan dasar-dasar bersama PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

    Dalam perkembangan berkaitan, forum anjuran Sepakat tersebut merupakan forum lanjutan pada Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember tahun lalu.

  2. wansalman says:

    Hasil haram
    Anak Sengat

    Beberapa hari ini semakin banyak katak melompat. Mungkin kerana hujan dah mula turun. Penang dan Perak mula menerima hujan setelah beberapa panas melanda. Katak katak mula melompat di negeri tersebut.

    Segala alasan yang dibuat oleh katak tersebut ialah hilang kepercayaan kerana Pakatan Rakyat gagal mempertahankan agama kononnya. Sebahagiannya kerana alasan gagal mempertahan kan bangsa.

    Dalam ramai ramai yang keluar kerana kecewa PR gagal mempertahankan agama dan bangsa, terselit seekor katak cina di Penang yang juga kecewa dengan ketua menteri. Mungkin katak cina ini berjiwa melayu dan islam agaknya.

    Terakhir ialah MP yang tak pernah dikenal namanya melainkan kulaan di Bagan Serai. Saya pernah berkempen dalam pilihan raya lalu di Bagan Serai tapi saya tidak berkempen untuknya kerana saya tidak mengenal beliau yang ketika itu datang dengan kereta besar dan tak pedulikan orang selain hanya bersalam setelah bercakap beberapa patah perkataan. Saya tak tahu kereta sendiri atau dipinjamkan kepadanya. Saya datang atas tanggungjawab tugas di bawah Penerangan pemuda PAS Negeri Perak.

    Aalasannya juga sama kerana hilang kepercayaan kepada PR kerana gagal mempertahankan nama Allah. Pimpinan PAs telah menjelaskan dalil yang kukuh alasan penggunamaan Allah serta batasnya.

    Beliau hilang kepercayaan kepada parti lalu meninggalkan parti. Apakah beliau lupa bahawa beliau mewakili parti yang sepatutnya apabila beliau hilang kepercayan kepada parti, pengundi juga hilang kepercayaan kepadanya. Sepatutnya bukan meninggalkan parti tetapi meninggalkan kerusi.

    Inilah masalahnya golongan yang tak sedar diri, Merasa sokongan yang diterima adalah atas kapasiti peribadi . Seorang yang sayang kepada nama Allah tentulah juga sayang kepada hukum Allah.

    Seorang yang sayang kepada hukum Allah tahu jika dia mendapat gaji dari hasil sokongan orang ramai yang dikhianati adalah hasil haram, melainkan sememangnya hasil haram itulah yang dicari,maka tentu dia sanggup melakukan apa sahaja demi hasil haram yang diburunya.

  3. hajjie says:

    Semua parti-parti politik ni penipu,tak kiralah BN ke,PR ke,semuanya mahu penuh poket sendiri,jangan lah taksub sangat.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.