Manek Urai : BN kalah bermaruah…
Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti “nyawa-nyawa ikan” sebanyak 65 undi.
PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.
Alhamdulillah, walaupun Barisan Nasional tewas di DUN Manek Urai, namun kita berjaya mengurangkan majoriti dengan perbezaan yang mendadak jika dibandingkan dengan PRU 12 tahun lalu.
Buat semua yang berkhidmat di Manek Urai, Jutaan Terima Kasih ikhlas dari Kelab Penyokong Maya UMNO (KPMU). Kita tidak tewas sebenarnya. Kita berjaya menarik lebih ramai pengundi. Mungkin Allah tidak memberi kemenangan pada kita kali ini. Kerana Allah mahu kita bekerja lebih keras.
Jutaan Terima Kasih kepada jentera PRK Manek Urai. Jutaan Terima Kasih. Pendekatan 1Malaysia berjaya. Jadikan kekalahan bermaruah ini sebagai semangat baru untuk kita terus berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.






Hahaha….
Kalah Bermaruah????
Haha KAlah mengHabiskan Duit!!!!!
Tapi 1st of All
KEPUTUSAN – BN BERJAYA!!!! Hebat!!!
BARISAN NASIONAL BERJAYA MEMPERTAHANKAN KEKALAHAN
Calon Pas Mohd Fauzi mendapat 5348 undi.
Calon Bn Tuan Aziz mendapat 5283.
Barisan Nasional BERJAYA SEKALI LAGI mempertahankan kekalahan sebanyak 65 undi.
Kapal terbang Najib tak jadi pusing balik.
66 pengundi hantu gerombolan tidak hadir mengundi. Najib telah mengarahkan SBnya mengesan 66 hantu tersebut untuk ditahan di bawah ISA kerana jika tidak, BeeEnd pasti menang dengan majoriti 1 undi.
Hantu2 lain yang mengundi telah dibayar RM300 sebagaimana yg dibuktikan oleh video berikut:
http://www.malaysiakini.tv/video/17393.html
PANDANGAN ORANG ORANG BIASA
‘Gapo nak royak…. Tok peraih pun tak leh meneg… guanalaa gayonya’.
‘Teruk umno ni…dah enam kali kalah… kawe tak ada apa nak cakap’.
‘Nampaknya orang ada diploma pun tak dapat mengalahkan pembeli ikan…’
‘ Natang bewok..’
‘Ambo dah royak… Najeet tak leh gi..’
‘ Tu laaaa mu… dah tak do jembate..’
‘ Ijazah dari universiti tidak memberi apa kelebihan…berbanding dengan sokongan parti..’
‘ Phd ke… ape ke… mu sok mo rasuah…anak bini mu make tok abih..’
( Dipungut dari warong-warong di Manek Urai)
BN.. what is your next plan after lose the game..?
Post Mortem..?????