BN jangan leka konflik pembangkang

March 2, 2010 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Dilema, kecelaruan dan konflik dalaman pakatan pembangkang hendaklah dijadikan iktibar kepada ahli Barisan Nasional (BN) supaya tidak leka dan seronok dengan keadaan berkenaan.

Sebaliknya, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ia hendaklah menjadi sebab untuk ahli BN meneruskan agenda yang dimahukan oleh rakyat dan bukan berantakan seperti yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

‘‘Kelemahan parti lawan ketika ini bukan menunjukkan kekuatan kita.

‘‘Jadi saya lebih mementingkan cara kita dapat membina kekuatan sendiri dari segi menjalankan program dan pendekatan BN kepada kemahuan dan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia pada Kejohanan Futsal Piala Menteri Besar Negeri Sembilan di Kompleks Rakan Muda di Paroi dekat sini hari ini.

Langkah itu katanya, lebih penting daripada bergantung pada kelemahan orang lain.

Mengenai pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengenai ada di kalangan pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul sebagai ‘bajingan’ serta ‘balaci’, Khairy menjelaskan, ia adalah isu dalaman parti masing-masing.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mengakui ia sedikit sebanyak memperlihatkan kegoyahan dalam parti pembangkang.

Justeru beliau optimis, jika UMNO dan BN melihat situasi itu sebagai jalan untuk memperkukuhkan benteng, maka pada saat ini, ia hendaklah meneruskan agenda kepentingan rakyat.

‘‘Kita perlu tahu bukan mudah untuk pengundi datang kembali kepada BN.

‘‘Saya tidak mahu nanti wujud pula satu senario di mana orang muda langsung tidak menyebelahi mana-mana parti pada pilihan raya kelak.

‘‘Di negara maju perkara itu berlaku dan sebab itulah jumlah pengundi di kalangan orang muda amat kurang kerana sudah hilang keyakinan terhadap semua parti di negara mereka,” ujarnya.

Pada majlis itu Khairy menyampaikan hadiah serta piala kepada pemenang kejohanan futsal yang berakhir lewat petang ini.

Comments

9 Responses to “BN jangan leka konflik pembangkang”
  1. imuc says:

    hek eleh saper yang berantakan ni kueng kueng kueng…

  2. garunggang says:

    LATARBELAKANG ZULKIFLI NORDIN

    Beliau menyertai PKR kerana tertarik dengan Anwar Ibrahim yang memperjuangkan nasib petani miskin kebuluran di Baling, Kedah pada 1974. Zulkifli pernah menoreh getah di Baling .
    [sunting]Tahanan ISA 1998
    Pada 29 September 1998, Zulkifli pernah ditahan di bawah ISA selama 60 hari kerana terlibat dalam gerakan reformasi bersama Anwar Ibrahim [1]. Ketika itu isterinya sarat mengandung anak ketiga. Beliau dibebaskan pada 27 Oktober 1998.
    Rakan lain yang ditahan ISA ketika itu ialah Abdul Malek Hussein, Tamunif Mokhtar , Ahmad Shabrimi Mohd Sidek, Lokman Nor Adam , Khir Md Noor , Shariffudin Budin dan Saari Sungib . Pemuda UMNO seperti Ruslan Kassim, Dr. Rahim Ghouse, Saifuddin Nasution, Ezam Mohd Nor, Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Lokman Nor Adam, Baharuddin Ibrahim, Abdul Syafid Omar, Putus Omar, Mohd Yahya Mohd Sharif kerana anti parti.

    Kita bercakap dengan fakta, ini baru kisah Zulkifli Nordin belum lagi yang lain.

  3. wansalman says:

    Cerita lah pula kegiatan rasuah sana-sini orang-orang Umno yang menggalai apa saja kekayaan yang ada dalam Malaysia,Nak kaya raya masuk Umno sebab Umno parti duit.

  4. sediaTempur says:

    saye ade terdengar kisah rasullallah mengenai saguhati….. kalau saye tersilap kupas cerita ini harap diampunkan dan beritunjuk ajar kerana syni manusia biase dan lupa…. cerita begini, NABI pernah ketandusan wang, lalu meminjam pada seorg sahabat(tak igt name sahabat itu) nabi berjanji akan lunaskan hutang itu tepat pada tarikhnye, nabi berjaya jg lunaskan hutangnye mengikut perjanjian dan memberi lagi ganjaran atau saguhati pade si pemiutang itu kerana memberi pinjam dan bersabar menunggu hutang itu… dlm erti kate xsalah kite bg saguhati pade org yg telah “menjalankan” kerja…. erti kate cerita tadi “memberi pinjam” bermaksud KATA KERJA, iaitu memberi… bile seseorang sudah melakukan kerja ia harus mendapat saguhati or tidak terpulang pade si pemberi… begitu konteksnye… anda tentu mahu saguhati setelah penat berkerja…. tul x? bukan bg saguhati tapi kojo xjalan…. itu haram….

  5. imuc says:

    macm mana plk yang awal2 lagi dah mintak “saguhati” sblm kerja jalan… kerja jalan tetap jalan..

  6. imuc says:

    satu lagu sebut betul betul “rasulullah” bkn rasullallah.. tu dlm bahasa arab
    kalo bahasa melayu “pesuruh Allah”..

  7. garunggang says:

    Ada juga yang kaya raya semasa didalam UMNO lepas tu keluar dan kutuk UMNO, DSAI tu dulu orang UMNO lah.

  8. sediaTempur says:

    org yg kuar UMNO selalunye kepentingan peribadi xtercapai dan lemah xmau berkorban demi perjuangan parti serta bangsa, PENAKUT…. pastu lompat parti lain, UMNO bukan utk kepentigan peribadi ek….

  9. wansalman says:

    Umno tidak pernah hormati Perlembagaan | Print | E-mail
    Dzulfikar Mashoor

    PETALING JAYA, 4 Mac: Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat mendakwa Umno tidak pernah menghormati empat inti utama Perlembagaan, iaitu Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istitusi raja berperlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kedudukan istimewa rakyat Melayu.

    “Umnolah yang nak hapuskan agama Islam dari Persekutuan, nasib baik Majlis Raja-Raja Melayu tampil mempertahankan penggunaan nama Islam untuk terus digunakan pertubuhan, termasuk oleh PAS sebelum ini,” jelas beliau dalam forum Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Masa Depan Politik Malaysia, malam tadi

    Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Johor menegaskan bahawa Umno turut bertanggungjawab membiarkan pelajar-pelajar berbangsa Melayu hidup dalam berhutang apabila menghapuskan biasiswa yang menjadi manifestasi hak istimewa orang Melayu menurut Perlembagaan.

    “Begitu juga dengan hak istimewa orang Malayu, Umnolah yang menukarkan biasiswa pada PTPTN (Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional) hingga semua anak Melayu dipaksa hidup dalam berhutang,” tegas beliau di depan lebih 200 pendengar yang hadir.

    Tambahnya lagi, Umno jugalah yang bertanggungjawab meminggirkan bahasa Melayu di tanah air dengan memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum ini.

    “Tidak seperti Umno, walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi menurut Perlembagaan, dialah (Umno) seolah-olah mengetepikan Perlembagaan dengan memperkenal dasar PPSMI.”

    Berbeza dengan muafakat Pakatan Rakyat, beliau berkata, PAS, DAP dan PKR dilihat saling menghormati prinsip kepartian masing-masing, di samping memberi jaminan untuk memelihara hak-hak yang sedia ada menurut Perlembagaan.

    “Dasar Pakatan Rakyat yang baru ini dilihat berbeza dengan dasar Umno Barisan Nasional sebelum ini di mana kesepakatan ketiga-tiga parti politik ini (iaitu PAS, DAP dan PKR) saya lihat, begitu menghormati kepelbagaian yang sedia ada,” jelasnya.

    “Dasar bersama yang dibuat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Disember lepas, saya lihat begitu jelas menghormati Perlembagaan Malaysia itu sendiri.”

    Budaya seling menghormati itu, menurut beliau, sekaligus menafikan dakwaan Umno sebelum ini, iaitu PAS, PKR dan DAP tidak mampu memerintah Malaysia kerana mempunyai cita-cita politik yang berbeza-beza.

    “Sebelum ini, 3 parti politik ini dianggap oleh Umno (dan) BN sebagai tidur satu bantal tetapi mimpi lain-lain. PAS dianggap sebagai ekstremis agama ala Taliban di Afghanistan, DAP pula dianggap sebagai parti cauvinis Cina berideologi komunisme dan PKR pula dianggap sebagai agen Yahudi di Malaysia,” ujarnya.

    Beliau turut menjawab beberapa tuduhan yang lazim dilemparkan oleh Umno kepada Pakatan Rakyat.

    “Kalaulah DAP sebagai cauvinis Cina, takkanlah mereka bersetuju dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi (menurut Perlembagaan).

    “Sekiranya benar, PAS berfahaman ekstrem, sudah tentu PAS tidak boleh menerima pendekatan toleransi yang diperkenalkan dalam Pakatan Rakyat.

    “PKR pula dituduh sebagai pro Yahudi sedangkan rakyat umum tertanya-tanya tentang hubungan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia) dengan sebuah konsultan perunding imej yang dikaitkan dengan Yahudi,” jelasnya.

    Selain Suhaizan, forum tersebut turut membariskan Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), Amiruddin Shari (Adun Batu Caves), Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia), Chin Tong (Adun Bukit Bendera) merupakan antara panelis yang diminta membahaskan proposal berkaitan dasar-dasar bersama PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

    Dalam perkembangan berkaitan, forum anjuran Sepakat tersebut merupakan forum lanjutan pada Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember tahun lalu.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.