Berpaksikan kepentingan rakyat

May 11, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured, Uncategorized

Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh lapisan kepimpinan dan ahli UMNO supaya menjadikan parti itu sebagai sebuah entiti politik yang berpaksikan kepentingan rakyat.

Dalam nada tegas, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri mengingatkan mereka supaya tidak leka dalam perjuangan sehingga parti itu dianggap oleh rakyat jelata hanya memperjuangkan kelompok kecil kumpulan yang berkepentingan sahaja.

Katanya, demi menjadikan UMNO dekat di hati rakyat, para pemimpinnya mesti mengatur program untuk rakyat pada setiap masa dan bukannya secara bermusim menjelang pilihan raya sahaja.

“Sekarang inilah kita mesti tunjuk sebagai pemimpin, kita adalah pemimpin yang sentiasa berjuang untuk kepentingan rakyat pada sepanjang masa.

“Inilah UMNO yang mesti dijadikan jati diri kepada kita semua. Kerana sayang kepada UMNO kita patut dan sanggup berjuang berhabis-habisan, kerana sayang kepada UMNO kita mesti menjadi pejuang yang jati, dekat di hati rakyat dan sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau membuat pesanan berkenaan sewaktu menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-64 UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan tertinggi UMNO termasuk Naib-Naib Presiden, ketua-ketua sayap Pemuda, Wanita dan Puteri serta ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT).

Dalam perkembangan berkaitan Najib berkata, walaupun pola sokongan rakyat khususnya orang Melayu semakin positif terhadap UMNO, semua pihak perlu sedar dan insaf kerana ia belum sampai ke tahap mereka boleh berasa bebas daripada sebarang ancaman politik.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh kepimpinan dan ahli UMNO supaya menghayati semangat gigih para pejuang UMNO terdahulu.

“Sempena hari ulang tahun ke-64 ini, saya ingin mengajak saudara sekalian dan saya juga mengajak diri saya supaya kembali kepada semangat jitu dan gigih para pejuang UMNO terdahulu.

“Ini supaya di dalam hati sanubari kita akan menyala semangat dan api perjuangan yang akan mengangkat kedudukan kita ke tahap yang lebih kukuh dan mantap,” katanya.

Sementara itu, beliau turut membuat peringatan bahawa UMNO sebagai sebuah parti politik yang telah menjadi pemerintah dan memenangi sebanyak 12 pilihan raya umum pasca kemerdekaan kini berdepan dengan pelbagai cabaran.

Justeru katanya, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada nasib parti-parti pemerintah di luar negara yang hampir sama usianya dengan UMNO yang kini telah menjadi parti pembangkang.

Sebagai contoh katanya, parti LDP di Jepun telah kehilangan kuasa dan ia disebabkan oleh tiga punca yang mesti diinsafi iaitu:

  • Berleluasanya politik berpuak sehingga perkara itu lebih diutamakan daripada berkhidmat kepada rakyat.
  • Mengutamakan kelompok tertentu yang berkepentingan sehingga kehendak dan tuntutan rakyat tidak diberi perhatian.
  • Tidak mempunyai iltizam politik untuk meneruskan perubahan dalaman sehingga rakyat dan pengundi melihatnya sebagai parti yang jauh daripada hati rakyat, tidak memahami kehendak mereka selain tidak segar mahupun dinamik.
  • Comments

    18 Responses to “Berpaksikan kepentingan rakyat”
    1. wansalman says:

      Najis: Jangan sampai Umno jadi pembangkang

      Abdul Rahim Sabri
      Mei 12, 10
      12:36am

      Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan, walaupun dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini sokongan Melayu kembali kepada Umno, tetapi jika tidak berjaga-jaga, parti itu boleh bertukar menjadi pembangkang.

      Presiden Umno menegaskan Umno dan BN sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran.

      Dalam ucapannya, Najib memberi contoh kekalahan parti LDP di Jepun dalam pilihan raya umum negara itu yang mana parti tersebut sekarang ini telah menjadi pembangkang.

      Katanya, kekalahan parti itu menjadi satu kisah yang relevan untuk menjadi “iktibar dan sempadan” kepada Umno dan parti komponen BN.

      “Sebagai sebuah parti politik yang memerintah negara selama 45 tahun dan memenangi 12 kali pilihan raya umum pasca kemerdekaan, parti ini berdepan dengan pelbagai cabaran dan mengambil iktibar daripada apa yang beraku kepada parti-parti lain, yang seusianya dengan Umno tetapi hari ini menjadi pembangkang,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena menyambut ulangtahun Umno ke-64 di ibu negara.

      Najib berkata Umno telah menjemput wakil daripada parti tersebut bagi menceritakan mengenai faktor kekalahan parti itu dalam pilihan raya baru baru ini.

      Katanya, wakil tersebut menjelaskan terdapat tiga faktor kekalahan parti itu. Yang pertama, menurutnya, kerana corak politik dalaman parti itu yang terdapat terlalu banyak kelompok.

      “Politik kelompok diutamakan daripada berkhidmat untuk rakyat,” katanya dihadapan lebih 1,000 hadirin termasuk pemimpin parti komponen BN.

      Tambah Najib, faktor kedua adalah kerana dalam parti itu lebih mementingkan ‘special interest group’ daripada kepentingan rakyat jelata.

      “Kelompok yang ada kepentingan lebih diutamakan tetapi tuntutan rakyat tidak diberi keutamaan,.

      Manakala faktor ketiga, tegas Najib, disebabkan LDP memulakan proses reformasi tetapi tidak mempunyai iltizam politik untuk terus meneruskannya.

      “(Mereka) kembali kepada zon selesa dan mempertahankan status qou. Rakyat lihat (parti itu) jauh di hati rakyat, tidak merasa denyut nadi dan bukan (menjadi) parti yang segar dan dinamik.

      “Kalau tidak bersetuju semuanya, (tetapi) sedikit sebanyak ia relevan kepada Umno dan parti komponen yang lain,” katanya

      Sehubungan itu, beliau mengajak ahli Umno supaya kembali bersemangat jitu dan gigih kepada perjuangan parti untuk mengangkat matlamat perjuangan parti menjadi lebih kukuh dan mantap.

      Dalam ucapan selama kira-kira 15 minit itu juga, Najib mengingatkan agar ahli tidak terperangkap dengan kepentingan golongan tertentu sebaliknya mementingkan rakyat kerana mereka merupakan kunci kejayaan sebuah parti.

      “Jadi pemimpin yang dekat dihati rakyat. Buatlah apa sahaja program, tetapi bukan buat dekat dengan pilihan raya. Tunjuk bahawa sentiasa berjuang untuk kepentingan rakyat,” katanya.

      Dalam ucapannya itu juga, beliau turut menyifatkan sambutan ulang tahun parti itu lebih meriah berbanding tahun lalu.

      Ini kerana, kata Najib, mood dalam Umno bertambah lebih yakin dengan masa depan parti tersebut dan tahap sokongan orang Melayu lebih menyerlah pada hari ini.

      “Oleh itu saya amat bersyukur dengan usaha yang dilakukan dan segala yang telah dilaksanakan telah membuahkan hasil yang banyak meyakinkan.

      “Oleh sebab itu, sambutan ulangtahun Umno ini disambut dengan perasaan lebih optimis tentang masa depan kita,” katanya.

      Sebelum itu, Najib bersama-sama dengan kepimpinan Umno berhimpun untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah dan membacakan surah Yasin, tahlil dan membaca doa selamat kepada pejuang-pejuang parti.

      Majlis tersebut telah dipimpin oleh Mufti Johor, Datuk Noh Gadut.

      Manakala sebelum menunaikan solat Maghrib, Najib telah melepaskan 15 peserta ekspedisi ‘Kembara ke Bumi Suci 2010′ di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra.

      Mereka terdiri daripada 11 peserta yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dan sebuah pacuan empat roda yang terdiri daripada 4 peserta yang diketuai oleh Mohamed Assir Mohamed Ariff.

      Ekspidisi itu akan merentasi 11 negara antaranya, Thailand, Laos, China, Kyrgystan, Uzbekistan, Iran, Turki sehingga ke Arab Saudi yang memakan masa selama 52 hari.

      +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
      KITA TIDAK MAHU UMNO/BN JADI PEMBANGKANG ATAUPUN PEMERINTAH TAPI KITA MAHU NAMA UMNO/BN HAPUS DARI MUKA BUMI ALLAH INI SEPERTI MANA KITA MAHU ISRAEL PUPUS DARI BUMI INI.

    2. imuc says:

      wei garu, lesen judi piala dunia dah lulus, apalagi, kita betting la…
      dah ada judi halal skrg ni garu, hang mau bet sapa garu, aku bet argentina..

    3. garunggang says:

      Satu perkembangan yang baik kerana kerajaan akan dapat memantau kegiatan judi haram. Jangan jadi seperti kerajaan PR yang dulu kata nak menghapuskan judi tapi buktinya sarang judi haram semakin bertambah termasuk PUB dan cybercafe haram.
      Kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk tidak meluluskan lesen judi, kalau kerajaan PR berani, tolong tutup kedai nombor ramalan (kuda,toto dan mangnum).Baru boleh suruh BN tak payah adakan judi piala dunia berlesen.
      Judi piala dunia berlesen sama juga dengan lesen kedai kuda,toto dan mangnum.
      Yang penting kita sebagai umat Islam tidak terlibat dengan pertaruhan tersebut.
      Korang berpura-pura kutuk BN tapi pemimpin PR adalah orang yang pertama meggunakan kesempatan ini untuk meminta lesen dan mengadakan pertaruhan terutamanya Ronnie Liu,Zaid dan lain-lainnya.

    4. garunggang says:

      Orang Melayu dari orang PR alh yang paling banyak meminta bantuan dan pinjaman yang dikeluarkan oleh kerajaan UMNO dan BN.Ada yang dah jadi jutawan dan anak mereka yang telah berjaya memasuki Universiti.
      UMNO hanya akan terhapus dengan izin Allah sahaja.
      Selagi ia berjasa selagi itu orang akan mendoakan UMNO akan terus kekal. Orang yang mahu UMNO hancur adalah orang yang buta sejarah.
      PR sebenarnya memang takut sekiranya UMNO jadi pembangkang kerana mereka sukar untuk membuat penyelewengan wang kerajaan. Sebab tu mereka gantung Khir Toyo supaya ia tidak dapar bersuara di DUN Selangor.
      Di Pulau Pinang pun dah mula panas.

    5. imuc says:

      wei garu yang tolol lagi bahlol…
      yahudi dh ajar ko ada judi berlesen-boleh
      judi x berlesen-x boleh.. smpai mcm tu skali ek yahudi ajar ko…

      kepala butuh sepol x terlibat ngan judi.. brapa ramai yg masuk sport toto tu terutama org umno.. terang2 menyediakan tempat org berjudi, tu pon x salah, yang luluskan tu plk org islam… ermmm

    6. imuc says:

      umno berjuang apa untuk kemerdekaan? apa? umno sanggup gadaikan agama dgn ikut perintah british? mcm tu berjuang?

    7. imuc says:

      wei garu, macam mana crita kwn baik hang si say fool… hahaha makin terdesak nampak dgn crita2 rekaan yg lawak

    8. garunggang says:

      Bagaimana Saiful boleh dapat sample air mani Anwar, dia minta kat Wan Azizah ke? Apa yang digembar gemburkan sekarang adalah air mani DSAI ada dalam dubur Saiful. Bang oi air mani tak boleh menipu. Sebab itu pendakwa ada bukti. Tak apa lah kita tunggu episod seterusnya apabila mahkamah minta sample tersebut masa tu barulah korang tahu langit tinggi rendah.
      Air mani seseorang hanya boleh diperolehi dari pasangannya apabila melakukan hubungan sex biasa atau diluar tabie.

    9. imuc says:

      wei garu, hang duk garu pungkoq ka? sambil comment, duk garu pungkoq…
      hang mesti biasa buat ek, biar air mani dalam pungkoq hang, pastu pi jln merata.. siap pergi smayang jumaat lagi tu, padahal tau air mani duk dlm pungkoq ni..

      pastu siap jumpa doktor, sampai doktor ke 4 baru dpt jumpa air mani dlm pungkoq hang.. siapa doktor ke 4 tu jeng3, misteri akan dibongkar.. jgn selubungi diri anda dgn misteri hahahaha

      wei garu PUNGGGGGGGGGGGGGGKOQQQQQQQQQQQQQQ HANGGGGGGGGGGGGGGGGGGG

    10. garunggang says:

      Mungkin Saiful saja nak perangkap Anwar, mungkin pasal saiful tak rela diliwat maka dia pun simpan air mani tersebut untuk dijadikan bahan bukti.
      Mengapa DSAI tidak berikan sampel DNA dia.
      Tapi rasanya ujian DNA semasa kes dulu masih disimpan dan mungkin akan dipadankan dengan air mani tersebut.
      Biar apapun keterangan yang diberikan oleh Saiful yang pentingnya sampel air mani DSAI dikatakan akan dikemukakan sebagai bahan bukti.
      Katalah kalau saiful pembohong dan mereka reka cerita tapi bagaimana dia boleh dapat sampel air mani DSAI. Apakah dia mengonanikan DSAI?

    11. imuc says:

      perangkap ape kebendanya garu… rendah btl IQ ko… kalo nak perangkap, 24 jun jumpa najib, pasang la cctv kat kondo tu, bukti kukuh.. ni kena liwat 26 jun tu sia2 hahahaha…nuar x dpt jd MP… abis citer.. PKR bubar…

      duk sample air mani, sample air mani.. mana bendanya? stakat ckp jer… aku pon blh, aku ada sample air “tut tut” bik mama hahahahaha

    12. garunggang says:

      Ditunda-tunda part air mani tu belum tiba lagi. Alah serupa macam 6 kotak rahsia sampai sekarang tak dikemukakan.
      Dah berduyun orang keluar dari PR, anda bila lagi,tunggu nak dapat tawaran ynag lebih tinggi ke?

    13. wansalman says:

      “Jangan lupa undi DAP”-Nik Aziz

      Lan Jusoh
      KOTA BHARU, 15 Mei: Biar pun tinggal beberapa jam lagi lebih 54,000 pengundi di Sibu akan membuang undi, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan mereka jangan lupa mengundi calon DAP.

      “Saya minta semua pengundi undi calon DAP. Ini kerana DAP sekarang berada bersama PAS dan KeADILan dalam Pakatan Rakyat.

      “Orang PAS dari seluruh negara datang membantu kempen di Sibu biar pun habis duit dan tenaga tak apa asalkan dapat berkhidmat kepada Islam.

      “Jadi saya minta rakyat Sarawak di Sibu tolong undi calon Pakatan iaitu DAP. Di mana sahaja ada calon PAS, undi PAS. Kalau tidak ada calon PAS undi calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR undi DAP,” katanya di sini.

      Pertarungan akhir mempertahankan parlimen Sibu menyaksikan hampir seluruh menteri turun berkempen termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu dan Melanau.

      Mereka membawa bersama janji-janji pembangunan yang ditabur ke seluruh pelusuk bumi Sibu.

      Berdasar kepada gerak kerja tersebut kelihatan Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan suasana sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal ke enam.

      Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, perubahan yang ketara berlaku kepada kepemimpinan DAP sekarang di mana mereka lebih terbuka dan bersikap intelektual.

      Menurutnya dahulu DAP tidak mahu mendampingi PAS kerana perjuangan Islam yang dibawa, namun sekarang mereka sudah faham.

      “Sekarang pemimpin PAS dan DAP boleh berceramah bersama. Ketika ceramah saya sebut tentang Islam dari aspek ekonomi, sosial dan semua sudut kehidupan berpaksikan Islam.

      “Dan alhamdulillah mereka terima. Apa sahaja perkara yang tidak faham mereka tanya kami. Pemimpin DAP sekarang kebanyakan intelektual, berpelajaran dan berfikiran terbuka. Sekarang ramai pemimpin DAP sebut Assamualaikum,” katanya.

      Kata beliau situasi itu berlaku sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah meminta orang Yahudi berkerjasama dengan orang Islam di Madinah.

      Kalau ada musuh yang menentang Yahudi Nabi Muhammad saw akan membantu Yahudi. Dan kalau ada musuh menentang Islam di Madinah Nabi Muhammad meminta Yahudi datang membantu.

      Beliau menjelaskan dahulu DAP menentang kerjasama dengan PAS kerana mereka tidak faham Islam.

      Kata beliau usahkan DAP, Melayu Umno pun marah kepada PAS kerana memperjuangkan Islam sehingga didakwa boleh menimbulkan pecah belah dan tiada kemajuan.

      Menurutnya pemimpin DAP sekarang mendengar sendiri mengenai Islam daripada pemimpin PAS dan tidak lagi terpengaruh tindakan pemimpin Umno memburukkan Islam.

      Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka.

      “Kita hanya terang tentang agama Islam dan kalau mereka tidak mahu terima itu hak mereka. Saya juga banyak menerima kunjungan paderi dan sami datang ke pejabat.

      “Malah saya pergi kepada wat Buddha di Tumpat. Saya sebut Tuhan hanya satu ialah Allah. Semua agama melarang perbuatan mungkar seperti judi, zina dan rogol.

      “Ini sudah menggambarkan ada titik pertemuan di antara kami dengan agama lain,” ujarnya.

      Beliau menyifatkan kejayaan besar hasil dakwah di Kelantan apabila orang bukan Islam tidak lagi marah kepada PAS.

    14. wansalman says:

      Ya Allah,lingkupkan kan lah Umno/Bn yang buat kerosakkan di atas muka bumi ini.

      Aminn….

    15. wansalman says:

      TAHNIAH BN KERANA MENANG UNDI POS DENGAN MAJORITI 23,233 UNDI..TAHNIAH SEKALI LAGI.TERUSKAN USAHA MENIPU RAKYAT SUPAYA LEBIH CEPAT PARTI RASUAH INI MELANGKUP

    16. garunggang says:

      hai dah menang pun nak salahkan BN, nasib baik tak kalah tapi yang pastinya UMNO tiada di Sarawak.

    17. garunggang says:

      Tahniah kepada DAP kerana berjaya memainkan isu perkauman

    Trackbacks

    Check out what others are saying about this post...
    1. JACK says:


      CheapTabletsOnline.Com. Canadian Health&Care.Special Internet Prices.Best quality drugs.No prescription online pharmacy. No prescription drugs. Order pills online

      Buy:Female Cialis.Lipothin.Acomplia.Benicar.Advair.Prozac.Buspar.Zetia.Female Pink Viagra.Cozaar.Lasix.Amoxicillin.SleepWell.Aricept.Wellbutrin SR.Zocor.Seroquel.Lipitor.Nymphomax.Ventolin….



    Speak Your Mind

    Tell us what you're thinking...
    and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

    You must be logged in to post a comment. Or you can register now.