Berapa Ramai sudah ahli DAP di Islamkan oleh Nik Aziz

March 8, 2010 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

Oleh TepakBersulam

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.Menurut Nik Aziz kehadiran Pas dalam Pakatan Rakyat kini mentarbiahkan dan memperkenal kan Islam kepada bangsa asing. Katanya lagi , Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam.

Apa selama ini wujud MCA dan Gerakan MIC dan parti komponen lain dalam BN , BN tidak memperkenal kan Islam kepada bangsa asing, Berapa ramai sudah ahli DAP yang memeluk agama islam atas kejayaan Nik Aziz dan Pas memperkenal kan Islam kepada mereka.

Yang hairan nya Pas sanggup memusuhi orang Islam dan orang Melayu dalam Islam dan bersaudara dengan bangsa asing serta menuduh orang Melayu sebagai sesat. Nik Aziz juga mengatakan bahawa Karpal Singh tidak lagi menghina Islam.

Kata beliau lagi : Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandang kan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Mungkin Nik Aziz sudah nyanyuk atau mungkin Nik Aziz sudah buta apabila pemerintahan DAP di Pulau Pinang yang bersikap seperti kuku besi dan menindas orang Melayu , Nik Aziz kadang kadang hanya bersikap seperti orang pekak dan berdiam diri apabila melayu Pulau Pinang di tindas, Mungkin Nik Aziz sengaja membuat tidak nampak apabila Lim Guan Eng seolah olah alan mengikut jejak Singapura. Nik Aziz sudah di kaldaikan oleh DAP dan apa yang di katakan oleh UMNO kepada Nik Azxiz sebenarnya banyak kebenaran nya.

Nik Aziz mungkin lupa Karpal Singh pernah berkata , “Pijak mayat ku sebelum boleh mendirikan negara Islam.” Kini Karpal merupakan kawan baik Nik Aziz. Nik Aziz kini cuba menutup kelemahan sebenar dengan mengatakan bahawa Pas dilihat berjaya dengan Pakatan Rakyat, Apakah benar ini kata kata Nik Aziz datang nya dari akar umbi kerana dalam kepimpinan Pas juga kini menjadi kucar kacir dan terbahagi kepada dua pasukan, belum lagi kita lihat di akar umbi yang kian bercelaru. Kita tiodak hairan jika Anwar Ibrahim yang bersuara seperti Nik Aziz kerana Anwar seperti yang kita ketahui tidak lah dalam sangat pengetahuan beliau tentang agama.

Kepimpinan Nik Aziz kebelakangan ini telah diragui oleh pemimpin lain dalam Pas dan juga oleh penyokong penyokong Pas. Bukti yang paling hampir adalah , rakyat tidak menyokong Pas, sebagai parti yang paling lama wujud dan mereka lebih lama berada di persada politik tanah air tetapi gagal untuk menyaingi parti seperti PKR dan DAP. Ini bererti Pas bukan lah parti pilihan rakyat dan hanya menjadi penumpang dalam PKR. Untuk menjadi penumpang , mereka perlu menjadi Boneka.

Comments

23 Responses to “Berapa Ramai sudah ahli DAP di Islamkan oleh Nik Aziz”
  1. garunggang says:

    Satu artikel yang cukup menarik yang boleh dibahaskan.Kalau benarlah Nik Aziz sebagai ulamak mengapa tiada pun seorang pemimpin DAP yang masuk Islam kerana tertarik dengan gaya kepimpinan Nik Aziz.
    Kalau pemimpin DAP berceramah menggunakan bahasa arab itu tak mengapa tetapi ia menggunakan ayat Al Quran yang mana mereka sendiri tidak beriman dengannya.
    Sepatutnya Nik Aziz harus menasihati mereka tapi disebabkan DAP adalah dalam Pakatan Rakyat maka beliau sanggup membiarkannya malahan menyokong pula tindakan mereka demi kepentingan politik.
    Kalaulah perkara ini berlaku pada BN sudah tentu Nik Aziz akan mengeluarkan berbagai-bagai fatwa.
    Inilah akibatnya kalau dah terlebih ilmu.

  2. wansalman says:

    Berapa banyk orang Islam yang telah di didik Umno supaya jangan makan RASUAH?

  3. wansalman says:

    Liwat II: VCD fatwa Yusuf al-Qaradhawi diedar
    Abdul Rahim Sabri
    Mac 8, 10
    12:01pm
    Satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diedarkan kepada orang ramai malam tadi.

    Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.

    Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

    Cakera padat yang bertajuk “Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim” telah diterbitkan oleh Women’s Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.

    Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf – yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia – menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.

    Tambahnya, dalam sidang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.

    “Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya),” kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.

    Ceramah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat sejak memenangi pilihan raya umum pada 2008, termasuk menguasai sembilan daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Dalam ceramahnya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah “munafik”

    Anwar juga berkata fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

    Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.

    “Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka… Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua,” kata Anwar.

    Sehubungan itu, Anwar meminta hadirin memperbanyakkan salinan CD tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai.

    “Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita,” katanya.

    Dalam ceramahnya juga, Anwar juga mengulas mengenai ujian yang dihadapi oleh negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah SAW.

    Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menghadapi sebarang ujian daripada Umno/BN demi menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat di negara ini dapat tercapai.

    “Mereka pukul dan aibkan kita. Kalau patah dayung, dengan jari ku dayung jua. Namun mengalah, tidak sesekali,” katanya.

    Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, turut menyindir wakil rakyat PKR melompat parti kerana tidak sabar dengan ujian sehingga mereka membuat keputusan untuk keluar daripada parti.

    “Dulu Anwar kata, kita akan dapat ke Putrajaya. Oleh kerana lambat, jadi mereka patah balik. Tengok satu juta bertahan, tengok duit dua juta, hati berdebar,” katanya berseloroh diiringi gelak ketawa hadirin.

    “Sokong (Pakatan Rakyat) kerana prinsip keadilan, bukannya untuk dapat wang”.

    Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila polis cuba menghentikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat itu.

    Bagaimanapun, ceramah itu diteruskan apabila penganjur meneruskannya di dalam bangunan kelab tersebut, yang dimiliki oleh kerajaan Selangor.

  4. wansalman says:

    Berapa ramai pula orang Umno yang mengaku Islam tapi tak ikut Islam melainkan semayang,puasa,zakat & haji itu balik2.Yang lain plk tk ikut.

  5. garunggang says:

    Kes Anwar sama seperti kes liwat yang lain yang telah dibicarakan oleh mahkamah sebelum ini.Tak da pun yang datang mengeluarkan fatwa pasal kes liwat.
    Wansalman kalau adik engkau mengadu kepada engkau yang ia telah diliwat tak kan engkau nak tanya dia ada tak 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut.Dah tentu engkau suruh dia buat laporan polis dan polis akan menyiasat kejadian tersebut. Jika ia ada asas maka pertuduhan akan dikenakan kepada mereka yang meliwat adik engkau.
    Selepas itu bermulalah proses mahkamah dan tertuduh akan menafikan setiap pertuduhan yang dikenakan keatasnya dan pendakwa akan mengemukakan bukti bahawa adik anda telah diliwat. Maka dalam kes tersebut Hakim akan menentukan hujah dari kedua belah pihak, jika terdapat bukti yang kukuh maka tertuduh akan didapati bersalah begitu juga sebaliknya.
    Anwar akan diwakili oleh 13 peguam yang ternama maka mereka akan sedaya upaya berhujah untuk melepaskan Anwar apa yang perlu ditakutkan,semasa itu fatwa tidak boleh digunakan untuk melepaskan Anwar sekiranya pihak pendakwa berjaya mengemukakan bukti yang sahih.
    4 orang yang keluar parti itu kita boleh simpulkan bahawa mereka mungkin tidak mahu bersubahat dengan kemungkaran yang dilakukan oleh PKR.
    Orang PAS pakai serban tapi tak sembahyang lebih teruk daripada orang UMNO yang tak pakai serban tapi bersembahyang.Tapi pada pandangan kasar tentu yang berserban itu sembahyang.
    Hak untuk menentukan seseorang itu Islam atau tidak adalah hak mutlak Allah SWT.
    Kalau nak diikutkan cara Islam yang sebenar kita berdebat dengan cara begini pun sudah lari dari cara Islam.

  6. garunggang says:

    KUALA LUMPUR 8 Mac – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendedahkan terdapat beberapa pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengamalkan taktik politik tidak bertamadun untuk membolot semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

    Beliau memberitahu, individu-individu ini yang boleh dikatakan ‘firaun-firaun kecil’ menjalankan gerakan untuk menjatuhkan rakan- rakan dalam PKR bagi membolehkan mereka mendapat jawatan yang amat diidam-idamkan.

    “Sepatutnya selepas Pilihan Raya Umum 2008, rakyat telah menentukan wakil mereka, maka kita tumpukan kepada kerja untuk membela rakyat, malangnya apa yang berlaku dalam PKR ialah pemimpin-pemimpin ini mula menjalankan gerakan mengaibkan rakan di dalam parti.

    “Seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bahawa terdapat ‘firaun-firaun kecil’ yang ingin menjatuhkan beliau, perkara ini telah berlaku kepada saya terlebih dahulu kerana mereka idamkan jawatan yang dipegang pada masa itu,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pada program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam ini.

    Fairus memberitahu, tindakan beliau melepaskan jawatan dalam PKR dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti kerana diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menstabilkan parti kerana gerakan yang dilakukan oleh ‘firaun-firaun kecil’ itu.

    Tegasnya, sebagai seorang ahli yang taat kepada perjuangan parti, beliau telah bertindak melepaskan kedua-dua jawatan kerana tidak mahu parti bergolak.

    “Itu adalah prinsip yang saya pegang, taat setia kepada prinsip perjuangan parti, yang penting ialah parti bukan pemimpin seperti saya, selama setahun (saya) memerhatikan dari luar apa yang berlaku di dalam PKR,” katanya.

    Fairus yang terlibat dalam PKR sejak awal penubuhan parti itu pada tahun 1998 menegaskan bahawa beliau keluar dari parti dan memasuki UMNO kerana prinsip-prinsip perjuangan parti pembangkang itu telah berubah terutama dalam memperjuangkan bangsa dan agama.

    “Apa yang berlaku dalam PKR baru setahun jagung memerintah tetapi ketamakan politik amat luas sampai ke tahap bawahan sehinggakan perjuangan tersasar yang menyebabkan saya kecewa.

    “Perjuangan memartabatkan bangsa dan agama, raja-raja Melayu yang telah disepakati dulu kini hancur di PKR, sebab itulah saya memilih wadah baru untuk berjuang di dalam UMNO atas prinsip untuk memperjuangkan bangsa serta agama,” katanya.

    Beliau menafikan terdapat tawaran berjuta-juta ringgit atau pelbagai lagi imbuhan daripada UMNO kalau menyertai parti itu tetapi apa yang ditawarkan ialah untuk terus berjuang memartabatkan bangsa serta negara.

    Fairus juga merasa kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin PKR yang menyerang peribadi bekas pemimpin-pemimpin yang keluar dari parti tersebut.

    “Inilah PKR yang cukup rendah martabat moralnya, politik yang mencemarkan maruah dan merupakan amalan politik kasar yang begitu hina,” katanya.

  7. imuc says:

    dah la garunggan… ckp jer terus terang, ko lebih percayakan hukum penjajah daripada hukum Allah..

  8. garunggang says:

    Bang jangan cerita pasal Hukum Allah kalau diKelantan sendiri tak boleh menunjukan contoh.Sebaliknya contohilah Pahang yang mengenakan hukuman rotan kepada mereka yang minum arak kerajaan Pusat tak masuk campur pun.
    Pahang di perintah oleh siapa ya?
    Di Kelantan berapa ramai yang kena tangkap kerana sumbang mahram tiada pun yang kena sebat.Gunakanlah kuasa kerajaan negeri mengapa tak berani?

  9. wansalman says:

    UMNO AKAN MUSNAH JUGA NANTI,MASA TU AKAN KU GUNAKAN LAMBANG UMNO SEBAGAI PENCUCI TAHI & PEMIDANG LAP KAKI

  10. garunggang says:

    Nak musnah amenda kalau sejadah,karpet dan kain pengelap kaki diMasjid, UMNO yang berikan secara percuma.

  11. garunggang says:

    Tok Pa sebagai contoh keperibadian tinggi UMNO. Kalau siapa orang Kelantan sejati mereka akan mengakuinya.

  12. imuc says:

    sungguh tinggi pengalaman garunggan.. garunggan, sori la kalo aku ckp ko ni mmg seorang yang bodoh sombong… ko tak tau, tapi buat2 cekap kononnya tau… tapi akhirnya org lain tgk ko ni mmg tak tau aper2..

    yang kenakan hukuman kat pahang tu kerajaan pahang ker? setahu aku jaip.. pastu shahrizat tu bkn dari kerajaan pusat ker, dah la bkn org pahang, kalah plk tu pilihanraya, tapi menyalak cukup kuat…

    ko pernah pergi kelantan ker, setahu aku, org2 umno kelantan yang nak buat maksiat, dia pergi negeri2 diperintah BN..

    dah la garunggan, kalo bodoh tu, ngaku jer bodoh.. kan senang, baru blh belajar

  13. garunggang says:

    JAIP tu kan diujudkan oleh Kerajaan negeri Pahang, MB dia orang UMNO, Sharizat tu menjalankan tugas dia sebagai menteri.
    Yang penting hukuman rotan telah pun dijalankan.
    Setakat kelantan tu cerok mana yang aku tak pegi.
    Yang pastinya engkau yang tak pernah pergi kelantan kerana ayat “setahu aku” melambangkan yang engkau dengar cerita dari orang lain.

  14. imuc says:

    kalo ko pernah pergi kelantan, apa yang ada setiap pagi jumaat di KB?

  15. imuc says:

    bongok btl garunggan… setiap negeri ada jabatan agama islam…
    jalankan tugas apa, tu namanya menghalang tugas org lain…

  16. wansalman says:

    Bila Umno musnah kelak,kita mahu semua pemimpin Umno di siasat harta benda mereka,wang tang mereka ada di dalam & di luar negara.Jika terbukti itu hasil tidak secara sah RAMPAS LAH dan pulangkan kepada rakyat.

    Juga adili & hukum mereka-mereka tersebut ketika mereka berlaku zalim pada orang lain.

    Nyawa di balas nyawa,telinga di balas telinga & begitulah seterus nya,biar mereka rasa dengan dosa mereka ketika memerintah dahulu

    Amin

  17. wansalman says:

    MB, Exco, pegawai basah kuyup ketika solat istisqa
    M Faqih

    KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

    Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.

    Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

    Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

    Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

    Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

    Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

    Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

    Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

    Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    WAHAI SEKELIAN UMNO TOTOK,BOLEH KAH ULAMA & MUFTA HARUSANI ZAKARIA UMNO LAKUKAN SEPERTI YANG TUAN GURU NIK AZIZ LAKUKAN. ?

  18. garunggang says:

    Yang paling afdal adalah selepas solat sunat istisqa barulah hujan turun.Kalau turun semasa sembahyang dilakukan itu namanya membersihkan diri mereka yang mengerjakan sembahyang tersebut.
    Kalau lah sekarang ini Kelantan diperintah oleh BN dah tentu korang kata bala telah menimpa.

  19. wansalman says:

    Di antara Ali dan Baba
    http://myzaidibrahim.wordpress.com/

    Saya bersetuju dengan Ibrahim Ali yang mengatakan tak ada salahnya bagi beliau selaku Pengurusi Perkasa untuk berkerja dengan tauke Cina yang terkaya Vincent Tan, atau dengan mana-mana tauke lain yang membuat projek perumahan atau jambatan atau projek lain di Kelantan.

    Orang Melayu sepatutnya berkerja dengan siapa saja yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada orang Melayu sendiri. Yang penting dia betul-betul berkerja atau berniaga secara aktif. Yang penting Melayu ini bukan “sleeping partner” atau bukan Ali kepada Baba. Yang penting Melayu yang tahu harga diri.

    Malangnya ramai pemimpin Melayu/Bumiputera yang ada kabel dengan Perdana Menter atau orang atasan lain dapat peluang hanya untuk jadi Ali kepada Baba. Maka dilantiklah Ali ini sebagai pengarah syarikat yang tak buat apa-apa kerja.

    Ali ini juga diberi saham. Maklumlah, Ali ini kan orang Bumiputra yang ada kedudukan istimewa dan peruntukan khas, walaupun bapa atau datuk dia lahir di Kerala atau Madras, atau di Aceh dan sebagainya.

    Orang yang benar-benar putera bumi di negara kita seperti Senoi, Negrito dan Proto Melayu di samping kumpulan-kumpulan etnik Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan sebagainya, tak pernah pula kita lihat dapat jawatan pengerusi syarikat-syarikat besarMereka tak ada perlindungan dibawah Perkara 153 yang ajaib itu.

    Jadi bila wira Perkasa dan pengikut-pengikut UMNO Baru ini mahu pertahankan “keistemewaan” mereka, apakah sebenarnya yang mereka mahu pertahankan. Tak ada siapa pun yang bercadang nak ambil balik hak Bumiputera di bawah Perlembagaan.

    Tak orang bukan Melayu dan tidak juga Pakatan Rakyat yang mahu buat begitu. Lagi pun mustahil ianya dapat dilakukan dengan jumlah kerusi yang dipegang di Parlimen oleh kaum Bumiputera. Kadang-kadang ada di antara kita yang lupa bahawa di Sabah dan Sarawak, kaum Bumiputera merupakan kaum majoriti. Jadi apakah yang dibisingkan oleh “pembela hak Bumiputera” ini.

    Sebenarnya, yang mereka mahu pertahankan ialah “sistem rentier” di mana nama Bumiputera UMNO itu ada harga untuk mendapat saham percuma atau elaun percuma atau jawatan pengarah dalam sesuatu syarikat.

    Mereka mahu Baba sentiasa perlukan servis dan nama mereka. Jadi Ali jenis ini sanggup terus mempertahankan elit Baba ini walaupun syarikat-syarikat Baba inilah yang menjadi persaingan dan mengurangkan peluang kepada peniaga Melayu yang tulin ikhlas yang mahu berniaga dengan erti kata yang sebenar. Inilah hakikatnya

    Sepatutnya Ali ini perlu sedar diri dan benar-benar berjuang secara ikhlas. Apa yang perlu diperjuangkan oleh Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia ialah supaya Model Ekonomi Baru yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu dapat membanteras fenomena ekonomi pajakan nama Bumiputera Ali kepada Baba.

    Selagi Ali mendapat elaun murahan yang mudah dan percuma dari Baba, selagi itulah ekonomi orang Melayu akan dikawal oleh Ali yang ada kabel untuk kekayanan Baba. Baba ini pula bukan sebarangan Baba. Orang Cina pun tak suka mereka kerana bolot segala-galanya.

    Tapi saya rasa adalah mustahil Najib akan membersihkan ekonomi “rentier” ini kerana para pemimpin UMNO akan marah, ketua Bahagian UMNO akan marah dan Ahli Parlimen UMNO akan marah.

    Mereka akan marah kalau Model Ekonomi Baru ini bersifat adil dan memberi peluang saksama kepada rakyat Malaysia. Mereka mahu kepentingan mereka dipertahankan. Mereka akan marah kerana akan hilang peluang mendapat elaun murahan’ peluang jual nama Jadi mungkin Model Ekonomi Baru ini sebenar tak ada apa yang baru kecuali tabiat lama yang akan terus mementingkan UMNOputra. Tetapi kita sedia teliti dan meneliti dasar baru ini dengan adil.

  20. garunggang says:

    Zulkifli mendesak agar Peguam muslim patut menerajui Majlis Peguam Malaysia selepas Majlis Peguam itu menganjurkan Forum Memeluk Islam di Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2008. Zulkifli merupakan exco Persatuan Peguam Islam dan dilihat bertentangan pendirian dengan parti PKR.[9] [10]
    Forum ini dilihat sebagai tindakan provokasi terhadap orang Islam . Seramai 500 orang Islam berkumpul dan ada yang menyerbu masuk ke dewan persidangan dan melaungkan “Hancur Bar Council”, “Hidup Islam” dan “Batalkan Forum”.Sepanduk “Jangan cabar Islam’, “Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam” dan “Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman” jelas menyatakan kemarahan umat Islam.[11]
    Selepas menyertai demonstasi membantah forum itu, pembantu khas beliau, Saari Fadhil Hud tidak dapat menghubungi Zulkifli atau menghilangkan diri.[12] Pada 10 Ogos 2008, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan rumour di blog bahawa Zulkifli Nordin ditahan di bawah ISA.[13]
    Pada 18 September 2008 , Zulkifli disiasat berhubung ‘Himpunan Aman Umat Islam’ membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam. Katanya ‘Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam’ dan akan mengerjakan umrah di Mekah. Zulkifli tidak berdiri di atas platform ahli PKR tetapi sebaliknya mewakili Peguam Pembela Islam (PPI). Zulkifli mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dan pendiriannya terhadap agama yang dianutinya.[14] Baginya ‘Kalau DAP perjuangkan Islam pun saya akan masuk DAP’.

    UNTUK MAKLUMAN SEMASA KES INI BERLAKU,MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB KETIKA ITU ADALAH ZAID IBRAHIM (MENTERI DIJABATAN PERDANA MENTERI).BELIAU LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL BERAT DAN MEMBUAT SEBARANG PANDANGAN TENTANG KES TERSEBUT.
    RUPA-RUPA DIFAHAMKAN BAHAWA BELIAU ADA KEPENTINGAN DALAM FIRMA GUAMAN, MAKA ITULAH BELIAU TIDAK BERSUARA.
    Orang macamni yang dijadikan contoh?
    “Kalau kita ingin tahu sifat sebenar seseorang itu, berikan ia kuasa”

  21. imuc says:

    yeeee haaaaaa

  22. hajjie says:

    Orang PAS pun ramai jugak yang buat maksiat woi.

  23. garunggang says:

    Pakai serban tapi tak pakai seluar dalam.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.