Bendahari PKR, 100 Anggota PKR Bandar Tun Razak Sertai UMNO

February 9, 2010 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR)Norasidi Salim secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan kembali menyertai Umno malam ini.

Turut mengikut jejaknya adalah empat lagi anggota PKR iaitu Timbalan Ketua Bahagian PKR Putrajaya Azmi Hassan, Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan Ishak Hamzah, anggota jawatankuasa PKR Putrajaya Daud Ahmad dan penggerak reformist 1999-2008 Mohd Solleh Ibrahim.

“Keputusan ini diambil dengan rela hati tanpa desakan daripada mana-mana pihak. Ianya dibuat setelah difikirkan dengan masak-masak kedudukan kami dalam PKR dan menghalusi perjuangan parti.

“Apa yang kami dapati PKR tidak ada perjuangan membela rakyat yang jelas, malahan setiap tindak tanduk kepimpinan parti diselubungi oleh agenda persendirian,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Timbalan Presiden Umno, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Norasidi turut menyerahkan 100 lagi borang permohonan keanggotaaan Umno daripada anggota PKR bahagian Bandar Tun Razak.

Norasidi berkata pemimpin PKR gagal memperjuangkan nasib rakyat khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008, sebaliknya bertelingkah sesama sendiri seperti yang berlaku di Sabah, Pahang dan Pulau Pinang.

“Kebelakangan ini, kita juga dengar saranan daripada kepimpinan parti PKR seperti Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Ketua Penerangan (Latheefa Koya) supaya ahli-ahli PKR yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti, supaya keluar parti,” katanya.

Norasidi berkata beliau mengambil keputusan kembali kepada Umno kerana yakin dengan budaya politik parti yang sudah kukuh dan telah melalui onak dan duri dalam perjuangannya.

Malah, beliau yakin Umno dapat mengembalikan kepercayaan rakyat dan mentadbir negara dengan baik demi kesinambungan kesejahteraan rakya

Comments

16 Responses to “Bendahari PKR, 100 Anggota PKR Bandar Tun Razak Sertai UMNO”
  1. garunggang says:

    Imuc dan Wansalman pasti tak percaya. Mereka akan buat tuduhan bahawa UMNO dah bayar kat diorang 100 juta seorang.Wau kalau macam tu aku pun nak keluar dari PKR. Ops manalah tau kalau DSAI bayar pulak 110 juta, aku masuk PKR balik.

  2. wansalman says:

    Sebab Umno dah biasa guna cara menipu,kalau Umno buat baik pun tetap di pandang serong umpama anjing yang pernah makan tahi,tak jumpa tahi dapat bau pun kira cukup.Baca laj kisah gembala kambing yang selalu menipu penduduk kampong dengan meminta tolong yang serigala hendak memakan kambing2 nya.

    Kalau betul pun kali ini serigala benar2 datang orang kampong takkan percaya lagi.pahammmm tuuuu…!!!!

    Lagipun orang2 Pkr yang masuk Umno dulu mereka orang Umno jugak.Selagi mereka ada dalam Pkr ia akan jadi Najis yang terpalit pada orang lain macam Garunggang yang dah biasa makan KATAK BAUNG.HAHAHAHAH…

  3. wansalman says:

    Mahkamah seperti akui rampasan kuasa di Perak – Nik Aziz | Print | E-mail
    Salmah Mat Husain

    KOTA BHARU, 9 Feb: “Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.

    “Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.

    “Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

    Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas.

    Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat memprotes keputusan mahkamah kerana seolah-olah mengesahkan mereka yang melompat parti.

    Katanya, perlu diperjelaskan perbuatan melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara sah mengikut demokrasi adalah salah.

    “Sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini diprotes pihak tertentu, tidak ada salah juga protes yang sama juga perlu dibuat berhubung kes mahkamah hari ini,” ujarnya.

    Katanya, walaupun tidak menentang dengan demontrasi, namun ia boleh dilakukan dengan cara menanam rasa benci di hati rakyat berhubung perkara itu.

    Kata beliau, melompat parti disifat sebagai pecah amanah rakyat yang mengundi mereka.

    Tambahnya, pecah amanah sedemikian akan berulang pada masa akan datang disebabkan mereka semakin galak melakukan kerja jahat.

    “Tidak mustahil huru hara akan berlaku di negara ini sekiranya tindakan galak tersebut dibiarkan berterusan,” ujarnya.

  4. garunggang says:

    Disinilah jatuhnya martabat seorang Tok Guru, apakah beliau terlupa setiap kejadian yang berlaku tersebut adalah dengan izin Allah SWT.
    Wansalman artikel yang engkau paste ini telah menjatuhkan martabat Tok Guru Nik Aziz pergi minta maaf sekarang.

  5. wansalman says:

    Tolol awak tak boleh di ajar,pandai awak tak boleh di ikut.Betapa jahil nya nya orang2 Umno ni,itu dugaan.Umno memang biasa mencuri dari belakang sebab kalau cara mengundi lum tentu lagi Si Mamak tu boleh jadi Mb.

    Dah biasa makan tahu katakan.Umno mana ada maruah

  6. wansalman says:

    Makan Tahi

  7. garunggang says:

    Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin Isnin malam memecahkan tembelang DAP apabila menyatakan pelbagai masalah yang timbul di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang adalah berpunca daripada parti berkenaan.

    Paling menarik apabila beliau memberitahu kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak berpunca daripada sikap DAP yang merugikan orang Melayu dan Islam.

    Menurutnya, dua ADUN PKR iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (DUN Behrang) dan Osman Jailu (DUN Changkat Jering) membuat keputusan meninggalkan PKR kerana sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan DAP yang banyak membuat keputusan dan tindakan yang merugikan Melayu/Islam.

    “Jika hendak dikatakan mereka tidak membangkitkan perkara ini dalam pertemuan tertutup, mereka telah berbuat demikian. Malah saya sendiri pernah hadir dalam pertemuan di mana mereka telah melahirkan rasa tidak puashati terhadap cara DAP di Perak. Namun tiada tindakan. Akhirnya mereka buat keputusan sendiri,” katanya.

    Beliau mendedahkan perkara berkenaan pada temubual bersama Datuk Ahmad Talib dalam rancangan Soal Jawab yang disiarkan secara langsung oleh TV3.

    Pendedahan beliau itu sudah tentu menggemparkan kerana selama ini pihak pembangkang seolah-olah senada menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai dalang yang menyebabkan tumbangnya kerajaan pakatan pembangkang di Perak.

    Tidak cukup dengan itu, UMNO/BN turut dilabelkan sebagai perampas kuasa.

    Namun berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Zulkifli Nordin, baik Jamaluddin, Osman mahupun ADUN DAP kawasan Jelapang, Hee Yit Foong meninggalkan pakatan pembangkang kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan DAP sendiri.

    Pendedahan terbaru Zulkifli itu sudah tentu akan mengundang reaksi dariapda pimpinan pakatan pembangkang khususnya DAP dan PKR apatah lagi Zulkifli sebelum ini diarahkan oleh partinya untuk menutup mulut ekoran kontroversi isu kalimah Allah.

    Malah beliau kini sedang dalam proses siasatan parti untuk dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR kerana dikatakan mengambil pendirian yang bercanggah dengan pendirian parti itu dalam isu kalimah Allah.

    Menariknya, dalam temubual tersebut, Zulkifli yang ditanya mengenai perkembangan di Pulau Pinang secara tegas menyatakan, pergolakan dalam pakatan pembangkang di negeri itu berpunca apabila DAP mula menunjukkan ‘belang’ mereka yang sebenarnya.

    Ketua Lim Guan Eng disifatkan oleh beliau hanya tahu mengkritik dan meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri yang lalu tetapi pada masa yang sama tidak berbuat apa-apa.

    Beliau turut mendedahkan, ‘penyingkiran’ bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang lalu, Fairus Khairuddin daripada kerusi berkenaan adalah berpunca daripada Guan Eng melihat Fairus sebagai halangan kepada usahanya untuk menterjemahkan agenda DAP di negeri berkenaan.

    Memperkukuhkan lagi hujahnya, Zulkifli turut memberikan contoh bagaimana DAP menjadi punca kepada permasalahan yang melanda negeri-negeri pakatan pembangkang.

    Di Selangor katanya, seorang Exco dari DAP jelas mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan dengan merujuk isu rampasan minuman keras oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

    Contoh yang diberikannya itu jelas merujuk kepada Ronnie Liu.

    Sehubungan itu dalam berhadapan dengan karenah DAP itu, beliau yang turut diajukan persoalan mengenai kerjasama politik parti-parti Melayu/Islam berkata, berdasarkan perubahan sikap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, UMNO perlu bersangka baik untuk mula duduk semeja dengan parti itu.

    Malah beliau berkata, perubahan sikap Nik Aziz yang selama ini amat keras terhadap UMNO amat ketara apatah lagi setelah proses perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bermula dan UMNO perlu menyambut harat untuk berunding tersebut.

    Alasan beliau, hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak ialah kestabilan politik dalam negara ini hanya boleh dicapai jika asas politik yang majoritinya dikuasai Islam berbangsa Melayu tidak tergugat.

    Masalahnya sekarang menurut beliau, walaupun komposisi Ahli Parlimen Islam/Melayu adalah majoriti di Dewan Rakyat tetapi mereka tidak bersatu dan semua memberikan persepsi yang salah bahawa tanpa undi bukan Melayu, masing-masing tidak boleh menang.

    Untuk makluman Imuc dan wansalman artikel ini diambil dari temuramah yang dibuat oleh TV 3 terhadap Zulkifli Nordin. Siapa Zulkifli Nordin? Beliau adalah salah seorang pemimpin PKR yang berkaliber. Kenyataan yang dikeluarkan berdasarkan fakta kerana beliau juga adalah seorang peguam.

    Kalau kenyataan beliau palsu sudah tentu mereka yang berkenaan akan menyaman beliau.Rahsia kepincangan telah dibongkat sendiri oleh Ahli PR sendiri maka saya menyeru kepada Imuc dan Walsalman untuk kembali kepangkal jalan dan bertaubatlah.

    Ada lagi satu yang saya pinta janganlah Imuc dan Wansalman menuduh BN dan UMNO telah membayar wang berbillion ringgit kepada Nordin untuk membuat kenyataan tersebut.

  8. wansalman says:

    Orang2 melayuUmno memang macam ni,tiada jati diri.Rasuah ada lah life bagi mereka.Mereka waktu siang jadi macam katak bila malam menjelma akan jadi ular.Bila Umno tidak kasi mereka laba mereka akan masuk Pkr dengan kata “ mereka telah hilang kepercayaan pada pemimpin Umno yang rasuah “.
    Apabila mereka beralih ke Pkr mereka dapati tiada janji projek,sogokan dan ntah apa-apa lagi jenis jalan belakang tiada mereka perolehi.Mereka akan kata mereka telah hilang pula kepercayaan pada pemimipin Pkr dan akan melompat semula kepda Umno.Ini lah orang melayu yang di lahirkan dengan keris Umno.
    Memang patut mereka tidak percaya pada Lim Guan Eng dan Anwar sebab Pkr tidak beri mereka pitis.Umno hidup dengan duit rakyat.Tiada duit dunia politik mereka gelap.
    INI LAH MEAYU UMNO.1 MALAYSIA RASUAH

  9. zulhasrul says:

    wansalman..
    apa kah respon dr puak pembangkang apabila ANUAR berkata wakil rakyak parlimen akan melompat ke dlm pakatan rakyat? apa kata Nik ajis? langsung x kedengaran kata2 seperti “…x melalui pilihan raya…., rampasan kuasa… dan lain2..” tupp2 diperak terjadi.. tetapi terbalik plak, wakil rakyak PR lompat ke dlm BN.nah!! apa lagi, mcm2 lah respon puak2 pakatan rakyat nie.. bubar dun lah, pilihan raya semula lah.. aku tgk pon naik meluat, sikap munafik puak2 pembangkang yang berselindung di sebalik kebebasan rakyat serta yang berserban serta berketayap nie. sehingga sanggup terlentang atas jln raya semata2 x dapat terima hakikat serta ketentuan ALLAH.Malu aku.. sebagai umat islam, serta melayu melihat gelagat saudara seagama serta sebangsa. mana pi cina2 DAP? x nampak baring pun atas jalan. depa lagi bijak, kalau nk tidor depa tidor atas katil dan tilam. Melayu2 yang buat kerja mereka, duk baring atas jalan. dan 1 lagi, kerusi DAP lebih byk jika nk di hitung kerusi2 pas serta pkr. patut DAP lebih meroyan ekk.. nie x, pak2 lebai yang berketayap plak duk wat free show kat atas jln raya..
    soal rasuah nie bkn hanya melibat kan org2 umno/bn, bahkan kepada pihak pembangkang juga. cuma org kita melihat pihak kerajaan, dek kerana mahu kerajaan jatuh sedangkan cuma 2 3 kerat yang berbual demikian. lalu dicanang seluas2nya. mungkin juga org2 puak2 pakatan rakyat nie maksum, serta dijanjikan syurga. maklum lah, dan ada surat gurentee dr nik ajis.

    apa yang zul kulim katakan itu benar: kita melayu lebih byk nk jatuhkan antara satu sama lain.x bersatu sehingga suara melayu kita berpecah belah..

    zul hasrul zakaria
    JX hospital sultanah bahiyah

  10. garunggang says:

    INI ADALAH MAKLUMAT YANG JARANG ANDA KETAHUI TETAPI MENGIKUT SUMBER-SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI BAHAWA SETIAP PEMIMPIN PEMBANGKANG DIPERINGKAT ATASAN TELAH MENDAPAT DANA DARI LUAR NEGARA UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI MEREKA.NAMUN DANA TERSEBUT TIDAK DIBAHAGIKAN SAMA RATA KEPADA PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG LAIN.
    PIHAK TERTENTU DARI LUAR NEGARA SEBENARNYA TIDAK SUKA JIKA DIDAPATI SESEBUAH NEGARA ITU BERADA DIDALAM KEADAAN STABIL.
    MAKA MEREKA AKAN MENGGUNAKAN PIHAK PEMBANGKANG UNTUK MENGGUGAT KESTABILAN SESEBUAH NEGARA ITU.
    Kepada yang punya maklumat lain cuba anda tambah

  11. wansalman says:

    Berarak maulud tapi rasuah, tolak sunnah Nabi | Print | E-mail
    Abdul Aziz Mustafa
    KUALA LUMPUR, 15 Feb: Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

    “Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?” soal beliau.

    Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah.

    “(Lagi) selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

    Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno.

    “Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Itu baru setiausaha politik, belum lagi menteri.

    “Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau, Umno mengganas sehingga hari keputeraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka,” katanya.

    Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai perbuatan menghalalkan cara.

    “Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.

    “Yang penting bagi Umno untuk dapat kembali kuasa. Inilah perangai orang gila talak,” katanya.

    Padahal, kata Mahfuz, di Kedah perarakan maulud telah dibatalkan sejak zaman regim Umno memerintah lagi.

    “Tak ada pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakan maulud. Banyak lagi negeri negeri lain di bawah regim Umno tak berarak pun.

    “Kenapa media arus perdana tak persoalkan? Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) Umno,” katanya.

    Beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara

  12. wansalman says:

    Tolong Kirim Salam pada Umno
    Al Brangi

    UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men’derhaka’.

    Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh ‘miss’ dengan cendul, biar pun ‘miss’ duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan ‘miss’ cendul.

    Melayu tidak boleh ‘miss’ berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil.

    Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah ‘esok’ boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam).

    Melayu tidak boleh ‘miss’ bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali ‘miss’ solat terawih.

    Melayu akan layu jika tidak berhibur. Maka diadakan malam menyambut tahun baru. Melayu juga sibuk menyambut hari ibu, kononnya orang melayu sayangkan ibu. Melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari kekasih dan banyaklah yang ter’korban’ kasih.

    Anihnya, UMNOlah yang pertama memperjuangkan ‘bayi terbuang’. Seluruh ahli Agama UMNO, penganalisa politik UMNO, juru-air-liur UMNO akan berhujah isu ‘bayi-terbuang’.

    Bapak-bapak Profesor al-Kankungki pun berhujah serta mengeluarkan berbagai-bagai ‘jargon’ seperti ‘stress, jahil agama, nipis iman,hedoisme etc…..naik loya mendengarnya.

    Melayu UMNO sentiasa dalam dilema, diantara ‘furu’ dan hukum dasar, di antara Syariat dengan budaya. Di antara adat dengan tuntutan Agama.

  13. garunggang says:

    KUALA LUMPUR 16 Feb. – Pakatan pembangkang kini dikatakan telah ditawan oleh sekumpulan ‘firaun kecil’ yang mempunyai agenda berbahaya untuk membawa Malaysia keluar daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan.

    Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang membuat dakwaan itu berkata, dalam menjayakan agenda tersebut, ‘firaun kecil’ daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotainya, Pas dan DAP turut bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu.

    Beliau mendedahkan, usaha terancang tersebut dimulakan sejurus pilihan raya umum lalu dan keadaan semasa amat membimbangkan kerana ia hampir berjaya sepenuhnya.

    Dakwanya, antara petunjuk kejayaan kumpulan terbabit ialah pengenalan agenda Middle Malaysia dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

    “Agenda mereka ialah untuk memisahkan negara daripada kerangka Perlembagaan yang kita miliki sekarang.

    “(Antara) kerangka Perlembagaan kita ialah menghormati agama Islam (sebagai agama rasmi) dan kedudukan istimewanya, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu.

    “Tetapi mereka cuba memisahkannya dengan slogan baru, pendekatan baru dan anda boleh melihat sendiri apa yang mereka sedang lakukan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Yakin, di sini hari ini.

    Justeru, Zulkifli mendesak kepimpinan partinya supaya menjelaskan adakah dasar pakatan pembangkang yang diumumkan pada 19 Disember lalu yang mengandungi komitmen untuk menghormati perlembagaan dan mempertahankan Islam diambil serius atau sekadar retorik politik.

    “Kalau daripada apa yang berlaku sekarang seperti isu kalimah Allah, isu di Pulau Pinang dan terbaru (membatalkan) perarakan Maulidur Rasul, saya nampak ini semua mainan politik sahaja yang mereka tidak bermaksud untuk laksanakan,” katanya.

    Zulkifli mendakwa, maklumat daripada penyokong akar umbi PKR khususnya orang Islam mendapati mereka amat resah dengan agenda kumpulan yang digelarnya ‘firaun kecil’ itu.

    Perkara itu, dakwanya, juga menyebabkan perpecahan di kalangan ahli Parlimen PKR yang berpunca daripada perasaan tidak puas hati.

    “Jika dibiarkan akan lebih ramai ahli dan pemimpin PKR yang keluar parti, yang tinggal ialah mereka yang kita kata sebagai ‘najis-najis politik’,” katanya.

    Mengenai tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melabelkan wakil rakyat pembangkang yang keluar parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara, Zulkifli menyarankan Menteri Besar Kelantan itu melihat sejarah perjalanan politiknya sendiri terlebih dahulu.

    Katanya, sewaktu Pas menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 70-an, tiada seorang pun wakil rakyatnya termasuk Nik Abdul Aziz yang meletakkan jawatan berikutan penghijrahan tersebut.

    ”Jadi, saya ingat elok Tok Guru Nik Aziz yang saya hormati tengok sejarah balik sebab Tok Guru tidak letak jawatan semasa Pas menyertai BN dulu,” katanya.

    Pandangan ini diberikan oleh orang yang berjuang dalam PKR tapi dinafikan sumbangannya. Beliau cuba disingkirkan hanya kerana mempertahankan perjuangan Islam.Kalau setakat wansalman dan imuc punya pandangan masukkan saja dalam bakul sampah kerana mereka sekadar memutar belitkan fakta.

  14. wansalman says:

    PAS mahu SPRM siasat Umno guna UiTM Jengka | Print | E-mail
    Harakahdaily
    KUALA LUMPUR, 17 Feb: PAS mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat status penggunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka sebagai lokasi program Konvensyen Umno Pahang.

    Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad juga mempersoalkan tindakan Umno Pahang yang mengunakan fasiliti milik rakyat itu untuk program konvensyen yang bakal dirasmikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka 2,000 ahli Umno Pahang akan berkampung di situ.

    Katanya, konvensyen itu diadakan dari 19 hingga 21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan program politik diadakan di universiti berkenaan.

    Menurutnya, walaupun ada peruntukan ‘dengan kebenaran menteri’ tetapi kebenaran yang diberikan itu boleh dipertikaikan kerana selama ini UiTM begitu keras menolak mahasiswa dan kakitangannya melibatkan diri dalam politik, apalagi membenarkan program politik di dalam kampusnya.

    “Kalau dengan alasan sudah mendapat restu menteri, jawapan itu juga boleh dipersoalkan kerana Menteri Pengajian Tinggi juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno.

    “PAS mahu bertanya kepada Naib Canselor UiTM, berapakah Umno bayar untuk menggunakan fasiliti rakyat itu,” katanya.

    Menurutnya lagi, sebelum ini sudah ada rekod bahawa Umno merupakan parti yang culas dan suka mengambil kesempatan dalam menggunakan fasiliti rakyat.

    Malah pada tahun lepas, katanya Umno pernah diheret ke mahkamah oleh Syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd kerana gagal membayar hutang sebanyak RM218 juta semasa pilihan raya 2008.

    “Apakah Umno menggunakan fasiliti UiTM secara berbayar atau percuma. Jika berbayar, berapakah nilai sewaan dewan-dewan dan asrama yang mereka gunakan.

    “Sampai bilakah UiTM mahu membiarkan dirinya terus menerus menjadi hamba kepada Umno,” tanya beliau.

    Beliau berkata, rakyat sudah jelak melihat Umno memperkudakan UiTM, di mana UiTM tanpa segan silu mengarahkan mahasiswanya menjadi petugas semasa persidangan Umno setiap tahun di PWTC.

    Katanya, PAS kesal kerana dalam keadaan ekonomi dan dana kerajaan yang gawat ini, Umno masih mahu menambahkan beban perbelanjaan.

  15. wansalman says:

    Rakyat digantung kes Anwar-Saiful
    Hishamuddin Rais
    Feb 19, 10
    2:04pm
    Akhirnya perbicaraan Anwar Ibrahim bermula. Perbicaraan ini satu kes ulang buat. Dalam dunia filem, ulang buat bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan. Banyak filem yang diulang buat. Pengulangan ini kerana pembuatan pertama dianggap berjaya daripada hasil jualan tiket.

    King Kong pertama kali dibuat pada tahun 1933. Filem ini diulang buat pada 1976 dengan minah cun Jassica Lange sebagai kekasih King Kong. Apabila teknologi komputer berkembang, sekali lagi King Kong diulang buat pada 2005.

    Psycho, klasik seram, daripada kerja seni Alfred Hitchcock dibuat hitam putih pada tahun 1960. Kemudian pengarah Belanda, Gus Van Sant mengulang buat pada 1998. Ulang buat daripada kerja mamat Belanda ini cukup rapi. Dia meniru bingkai demi bingkai kerja seni mamat gemok Alfred Hitchcok. Dari filem hitam putih, Psycho baru telah menjadi berwarna-warni.

    Lawak bodoh

    Sayangnya kebanyakan filem yang diulang buat ini menjadi kantoi dan gagal. Psycho yang diulang buat dilihat sebagai lawak bodoh.

    Nasib baik pengarah Belanda itu tidak membunuh diri kerana malu. Jassica Lange menyesal tetapi ketika itu dia belum ada pilihan. King Kong 2005 juga menjadi lawak yang dipenuhi dengan kerja komputer dan bukan kerja membuat filem.

    Malah, apabila ada sahaja desas-desus sesebuah filem ingin diulang buat, maka akan muncul lawak-lawak mengatakan betapa kurangnya idea dan cerita baru dari Hollywood. Ada pengarah yang akan menyorokkan muka ke bawah bantal kerana malu tidak ingin terbabit dalam kes ulang buat ini.

    Warga Malaysia kembali berlabon, bersembang dan berbincang apabila mendengar tuduhan terhadap Anwar. Akhirnya satu Malaysia ketawa dan tersenyum. Perbicaraan ini juga satu kes kerja ulang buat.

    Tema sandiwara ulang buat ini cukup senang untuk difahami: Anwar wajib dimasukkan kembali ke dalam penjara kerana dia telah berjaya membawa satu politik baru untuk Malaysia. Politik baru ini telah mengikat satu setiakawan di antara PKR, DAP dan PAS.

    Gabungan setiakawan tiga parti ini dipanggil Pakatan Rakyat – satu ikatan politik baru yang akan menggantikan United Malays National Organisations dan BN untuk mentabir Malaysia.

    BN menahan marah

    Pilihanraya 8 Mac 2008 telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia berani dan sanggup menerima satu perubahan budaya politik baru. Daripada nisbah kiraan undi, terbukti majoriti rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Perkembangan ini menjadikan para gerombolan dalam BN terpaksa menahan marah.

    Justeru, Pakatan Rakyat wajib ditumpaskan. Satu konspirasi wajib diwujudkan sekali lagi. Konspirasi ini bertujuan menumpaskan Pakatan Rakyat. Jalan pintas untuk memecahkan Pakatan Rakyat ialah dengan memenjarakan Anwar. Khalas. Finito.

    Jika Pakatan Rakyat tidak ditumpaskan, maka segala pelesit yang selama berpuluh-puluh tahun ini menghisap darah rakyat akan menghadapi masa depan yang amat gelap. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran Malaysia, maka segala kerja jahat mereka – harta-harta rasuah mereka, kes samun dan kes bunuh mereka – semuanya akan diadili oleh rakyat.

    Justeru kerana takutkan balasan ini, tidak dapat tidak Anwar wajib dipenjarakan sekali lagi. Apa sahaja yang wajib dilakukan akan dilakukan untuk memastikan Anwar masuk ke dalam sel sekali lagi. Inilah sebenarnya tema ulang buat sandiwara yang sedang kita lihat sekarang.

    Kes ulang buat ini sama seperti kes pada 1998 dahulu. Seorang protoganis baru telah ditemui. Lokasi baru telah dikenali. Tetapi ulang buat ini masih menggunakan skrip lama. Apa yang telah diubah hanya dialog atau kata bual. Dialog kali ini dilihat agak gempar.

    Dialog seorang supir

    Banyak dialog telah diubah suai dan diperbaiki daripada kelam-kabut pengucapan kata bual seorang supir yang daya fikirnya sama seperti Zulkifli Noordin. Yang baru datang hanya si pereka set, si tukang lampu dan para pak pacak.

    Manakala yang di belakang kamera pun masih orang-orang jahat yang lama. Ramai orang-orang jahat ini hampir pencen tetapi mendapat talian hayat untuk membuat ‘the last bottom show’.

    Jika kerja jahat ini gagal, mereka juga akan turut mati oleh serangan bom angin berjuta-berjuta rakyat Malaysia yang pada hari ini sedang menyimpan gas setelah lama memakan petai jeruk dan pengat labu.

    Awas! warga Malaysia wajib sedar. Di belakang semua ini Mahafiraun. Mahafiraun amat sedar jika Anwar tidak dipenjara, maka yang akan masuk ke dalam penjara ialah Mahafiraun sendiri. Kes jahat Mahafiraun ini sudah berkepok-kepok. Kalau hendak dihitung tidak cukup pasir dan batu di Telok Kemang. Kalau hendak ditulis, dakwat seluas Laut China Selatan akan kering.

    Kalau Anwar tidak dipenjara, Mahafiraun sedar dia sendiri akan tenggelam lemas dalam air ludah rakyat Malaysia. Justeru hari ini Mahafiraun akan melakukan apa sahaja termasuk mencari rambut palsu baru untuk isterinya. Semua kerja jahat Mahafiraun ini bertujuan untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak akan dapat mentabir Malaysia.

    Apabila Psycho keluar untuk pertama kali pada 1960, dunia filem gempar. Berpusu-pusu dan berbaris-baris kaki wayang datang untuk mengintai dada Janet Leigh yang basah dan mungil dalam babak mandi sebelum dibunuh oleh Mister Bates, lakonan Anthony Perkins.

    Lawak seram

    Apabila Psycho diulang buat, tidak ada sesiapa yang percaya lagi tentang keupayaan pengarah barunya. Ia dilihat sebagai lawak seram yang tidak menyeramkan.

    Perkara yang sama sedang berlaku pada kes Anwar. Apabila kes Anwar diulang sekali lagi di mahkamah, kelihatan tidak ada satu babak pun yang akan memeranjatkan warga Malaysia lagi.

    Sebenarnya warga Malaysia berasa hiba dan pilu, bukan untuk Anwar tetapi untuk pakar konspirasi yang dilihat amat bodoh. Warga Malaysia terpaksa bersimpati sedih atas kebodohan pihak yang merancang konspirasi ini.

    Bayangkan betapa sedihnya tanah air kita hari ini. Sebuah negara yang penduduknya berjumlah hampir 30 juta orang sedang terumbang-ambing. Masa depan negara dengan 30 juta warga sedang bergantung kepada satu lubang.

    Sedih lagi pilu. Ratap lagi meraung. Ia menjadi talian hayat Najib Razak. Kes ini menjadi garis ekonomi negara kita – naik turunnya Bursa Saham Kuala Lumpur sama seirama dengan tekanan perbicaraan ini. Sistem pertahanan negara kita ini juga bergantung kuat dengan berapa lamanya ia bertahan.

    Dalam sejarah tamadun dunia, perkara ini tidak pernah berlaku. Tiongkok dipertahankan daripada serangan Mongol bukan melalui kes seks tetapi melalui Tembok Besar China. Alhambra dipertahankan dan berkembang sebagai tamadun bukan melalui kes seumpama ini tetapi melalui ilmu dan falsafah.

    Lucah dan meloyakan

    Inilah hakikat yang sedang berlaku ke atas negara kita hari ini. Tidak ada tangisan yang akan dapat mengalihkan hakikat ini. Memang betul, bunyinya lucah dan meloyakan. Malu lagi memualkan.

    Lucah dan meloyakan terjadi kerana pada ketika ini United Malays National Organisation sedang cuba menarik nafas untuk mendapat talian hayat dengan menghidu rapat kepada kekuatan kes ini. Kemenangan kes ini diharapkan akan menyambung kembali nyawa United Malays National Organisation.

    Kita tunggu dan lihat apabila keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan ini terbarai setelah ia tidak membuang hampas busuk selama 52 tahun. Tiga puluh juta warga Malaysia wajib bersedia. Hampas busuk ini akan bertaburan. Ketawa salah, hendak menangis pun kita tidak berair mata lagi.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.