BENARKAH 10,000 UMAT ISLAM MURTAD DAN JIKA INI ANGKA BENAR APAKAH TINDAKAN ???????

March 10, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured

http://www.tepakbersulam.com

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang tanya mufti Perak mengenai ceramah-ceramahnya yang mengatakan bahawa lebih 10,000 umat Islam sudah murtad dan dia sendiri menyatakan UMNO gagal dalam hal itu, mufti terus diam dan meletakkan telefon. “Jadi, siapa yang tidak bekerjasama,” Lantas PAS bergabung dengan DAP/PKR.

Persoalan nya sekarang apakah angka yang dinyatakan ini adalah angka yang benar dan benarkah 10,000 umat Islam sudah murtad ?

Sekiranya ini satu angka yang benar maka adalah satu kewajipan bagi parti PAS untuk bergabung dengan UMNO untuk menubuhkan sebuah kerajaan bagi menangani masalah ini kerana dari angka yang disebut dan jika ianya benar berlaku adalah merupakan sesuatu gejala yang amat serius yang perlu ditangani.

Apakah dengan bergabung dengan DAP/PKR menubuhkan kerajaan boleh mengurang atau menghalang Murtad ? Apakah selama hampir setahun bergabung dengan DAP/PKR/PAS telah berjaya melakukan sesuatu bersama DAP/PKR untuk mengelakkan angka ini meningkat ? Kesombongan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang juga boleh menyukarkan pergabungan dua buah parti Melayu untuk bergabung untuk menubuhkan sebuah negeri. Akibatnya akan ditanggung oleh rakyat apabila dengan gabungan PAS / DAP/PKR juga tidak boleh menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat. serta tidak boleh memerintah dengan baik kerana wadah perjuangan mereka yang tidak sehaluan

Mengapa bekas Pesuruhjaya Pas Perak ini yang mendakwa, antara sebab kegagalan kerajaan perpaduan PAS/UMNO yang membuat beliau mengambil tindakan adaalah kerana Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hanya membangkitkan perkara tersebut melalui telefon. Mengapa beliau tidak mengusulkan satu pertemuan sekiranya beliau juga amat serius untuk menangani isu murtad ini apabila mufti Perak (Harussani) menghubungi beliau dan menyatakan inilah masanya parti Melayu bergabung dan membangun kan Islam.

Hari ini BN yang ditunjangi oleh parti UMNO perlu memberikan penerangan yang wajar kepada rakyat jika benar dakwaan Mufti Perak berkenaan bahawa terdapat kes 10,000 umat Islam yang murtad dan ini tidak perlu di sorok kerana angka ini amat menakutkan . Rakyat yang beragama Islam perlu tahu untuk berwaspada dan untuk lebih tegas mengawal dan memantau perilaku anak anak. UMNO juga perlu memaklumkan kepada rakyat apakah tindakan kerajaan agar rakyat juga turut boleh menyumbang kan pendapat dan membantu kerajaan menangani isu yang amat serius ini.

Datuk Seri Dr Zambry perlu melihat kepada isu ini dengan lebih serius dan memberikan tumpuan kepada menangani masalah ini yang amat menakutkan dan memalukan . Rakyat perlu diperjelaskan agar memahami keadaan yang sebenar jika ini sebenarnya tidak berlaku di negeri Perak atau pun di Malaysia. Saya sendiri amat kecewa apabila membaca laporan ini dan saya sendiri keliru , apakah ini sebenarnya berlaku.

Comments

29 Responses to “BENARKAH 10,000 UMAT ISLAM MURTAD DAN JIKA INI ANGKA BENAR APAKAH TINDAKAN ???????”
  1. imuc says:

    aik, nak suruh pas ikut cara umno, abis la pas… baik x yah ikut.. kalo nak gabung, umno ikut cara pas, ok?

  2. imuc says:

    garunggan x boleh komen sini, pasal dia lebih kurang mcm astora jabat jgk la… x tau tp buat2 tau, ambil islam ikut logik akal..

    ntah blajar dari sami mana ntah

  3. garunggang says:

    10,000 orang Islam murtad lepas tu tuduh UMNO gagal.
    Sekarang ni buktikan pula yang PAS dapat membetulkan semula akidah mereka yang dah murtad tu untuk kembali kepada Islam. Barulah berjuang namanya.
    Orang Islam murtad mengapa pula salahkan UMNO sebaliknya salahkan emak bapak dia yang tak pandai jaga anak dia. UMNO dah sediakan semua prasarana yang berkaitan dengan agama.Nak belajar fardu ain dan fardu kifayah semuanya ada disediakan sekarang ni disekolah diajar pula Solat Bistari.Pergi saja kemasjid-masjid semuanya ada kelas-kelas agama terpulang kepada emak bapak nak hantar anaknya kesana.
    Apa pula peranan PAS jangan hanya menyalahkan orang lain sebagai contoh diKelantan sendiri yang diperintah oleh PAS sejak sekian lama kadar jenayah tinggi,kes sumbang mahram juga tinggi, jangan sibuk mengutuk orang lain sedangkan rakyat sendiri tak dapat untuk diajar.
    Kalau tak percaya sekarang ni cuba pergi ke Rantau Panjang anak muda mereka sebelah siang kerja,sebelah malam pergi masuk golok seberang sungai.Nak tau mereka buat apa disana? Sendiri Imuc pergi tengok. Nak salahkan UMNO jugak ke?

  4. imuc says:

    aik bagi jgk komen, dah2 la tu garunggan.. kalo x tau tu, jgn jadi bodoh sombong

  5. garunggang says:

    Selagi komen yang kita buat tak mensyirikkan Allah maka bolehlah di teruskan.
    Kita memberikan pandangan mengikut pengalaman sendiri bukan nya dari pengalaman orang lain.

  6. imuc says:

    ya betul2…
    tapi apa citer kalo komen yang menafikan ayat2 Allah, menafikan sunnah Rasulullah garunggan?

    org yang bijak biasanya mengambil pengajaran dari pengalaman org lain, sbb kalo nak harapkan pengalaman sndiri semata2, ko jadi tarzan la…

  7. garunggang says:

    Pernahkah Rasulullah menyatakan Tuhan(Allah) mencarut?
    Adakah Nik Aziz terlebih sunnah.

  8. wansalman says:

    Garunggung,

    Pergi lah jumpa Nik Aziz tanya apa maksud mencarut tu? Mana tahu nanti baru sedar selama ni Garunggung jahil Murakkab

  9. imuc says:

    susah kalo berckp dengan org bodoh sombong ni wan… bkn nak dgr pendapat org…
    ke aku “carut” ko mu ke… loghat kelantan crut bemakna maki sebagai contoh ayat ” guano demo carut kawe, nok keno tee nih ”

    tak tau tapi buat2 cekap plk

  10. wansalman says:

    MB, Exco, pegawai basah kuyup ketika solat istisqa
    M Faqih

    KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

    Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.

    Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

    Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

    Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

    Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

    Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

    Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

    Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

    Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    WAHAI SEKELIAN UMNO TOTOK,BOLEH KAH ULAMA & MUFTA HARUSANI ZAKARIA UMNO LAKUKAN SEPERTI YANG TUAN GURU NIK AZIZ LAKUKAN. ?

  11. garunggang says:

    Yang paling afdal adalah selepas solat sunat istisqa barulah hujan turun.Kalau turun semasa sembahyang dilakukan itu namanya membersihkan diri mereka yang mengerjakan sembahyang tersebut.
    Kalau lah sekarang ini Kelantan diperintah oleh BN dah tentu korang kata bala telah menimpa.

  12. imuc says:

    tau jerk garunggan hahahaha mcm gampang

  13. garunggang says:

    Tak heran “gampang” merupakan perkataan mencarut yang dibenarkan oleh Islam yang dibawa oleh PAS.Dah Nik Aziz kata tuhan pun mencarut korang apa lagi. Teruskan.

  14. wansalman says:

    Garunggung,

    Yang Umno ni takut bila nak berdebat tentang Agama kenapa ? Kan ke Umno ada Tan Sri Dato Nenek Harusani Zakaliah ( saja di taip salah )Mufta Umno yang petah bercakap bagi pihak Umno.

    Suruh jer lah dia ke depan & berhujah dengan Nik Aziz or Tg Hadi Awang,siarkan secara langsung & pastikan bukan Dato pengampu yang gemuk muka dier tu ( tak tahu nama dier ) bukan jadi pengurusi ( sebab dier orang Umno )

    Biar professor Aziz Bari ke jadi pengerusi.

    Berani ke ? Tak punya sebab Umno takut pada KEBENARAN

  15. garunggang says:

    Suruh Nik AH ziz keluarkan surat rasmi ajak UMNO berdebat.Mulakan dengan pemimpin UMNO diKelantan.Ajak Tok Pa kalau berani.

  16. wansalman says:

    Cakap je Umno dari dulu banyak Pas ajak berdebat isu Ugama tapi macam2 alasan bagi.Pengecut Umno ni,suma rakyat tahu kecuali penjilat jubur Umno termasuk Tan Sri Dato Nenek Sani tu

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    1Malaysia: Ada pelajar kelaparan, ikat perut
    A. Nuri

    Setelah dilantik menjadi Perdana Menteri kalau tak silap saya , Dato Seri Najib telah melakukan kunjungan ke beberapa IPTA. Antaranya UM, UIA dan terkini semalam di UKM.
    Setiap pertemuan itu digambarkan berlangsung dengan penuh kemesraan untuk mengetahui sendiri kehidupan dan masalah pelajar di kampus. Media menggambarkan Najib duduk semeja beramah mesra dengan pelajar dalam suasana santai dengan mengenepikan protokol.

    Dalam tujuan lain untuk menggambarkan idea 1Malaysia itu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan benar-benar dizahirkan.Sepanjang pertemuan itu adakah Najib benar-benar cuba menyelami kehidupan pelajar atau sekadar untuk propaganda media dan mengaburi masyarakat di luar sana?

    Adakah Najib tidak dimaklumkan bahawa terdapat pelajar IPT yang terpaksa mengikat perut menahan lapar kerana kos hidup di IPT yang tidak tertanggung?
    Ini sebagaimana didedahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

    Adakah pimpinan pelajar yang pro aspirasi (pro Umno-BN) yang bersama Najib itu hanya pandai membodek dan mengampu Perdana Menteri tentang masalah sebenar yang berlaku di kampus?

    Sebenarnya isu pelajar terpaksa mengikat perut bukan isu baru. Bukan sesuatu yang luar biasa apabila ramai pelajar terpaksa buat kerja sambilan di sebelah malam atau ketika tidak
    ada kuliah untuk meneruskan survival kehidupan di kampus. Keadaan diburukkan dengan pembayaran pinjaman PTPN atau agensi tertentu yang tak tentu masa dan sering sangkut-
    sangkut.

    Apabila membuat kerja sambila sudah pasti tumpuan kepada pelajaran terjejas. Tetapi mereka tidak punya pilihan lebih-lebih lagi dalam suasana kos kehidupan dalam negara yang serba serbinya mahal.

    Saya mempunyai maklumat dan bukti bahawa ada pelajar IPT yang hanya makan dua kali sehari. Namun siapa yang peduli itu semua. Apa yang lebih dirisaukan oleh kerajaan 1Malaysia ialah apabila pelajar IPT menyokong pembangkang atau menyertai program Pakatan Rakyat.

    Maka semua usaha dilakukan untuk memastikan pelajar IPT kembali menyokong kerajaan 1Malaysia. Justeru itu pelbagai cara dilakukan sama ada campur tangan pilihanraya kampus
    sehinggalah mengatur pelbagai program dan peraturan dengan berlindung di sebalik AUKU untuk mengikat dan menjerut pelajar.

  17. wansalman says:

    Polis larang sertai perhimpunan di parlimen
    Mac 12, 10 6:46pm
    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Othman menasihati orang ramai jangan terlibat dalam sebarang perhimpunan di bangunan parlimen yang akan bersidang Isnin ini.

    “Saya dimaklumkan risalah mengenai perhimpunan berkenaan telah diedarkan di pelbagai tempat selain disiarkan di internet, oleh itu saya mahu perkara ini dihentikan,” katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.

    “Kita ada kebebasan bersuara tapi gunakanlah dengan cara yang betul… jangan buat tindakan yang menggugat dan mengganggu orang awam.

    “Perhimpunan bukan sahaja mengganggu kelancaran trafik di kawasan berkenaan tetapi juga menggugat ketenteraman negara,” tambah beliau.

    Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

    Penyelaras perhimpuan berkenaan Dr Hatta Ramli dilaporkan berkata kira-kira 2,000 orang akan menyertai perhimpunan itu termasuk anggota Parlimen Pakatan Rakyat, parti pembangkang dan anggota pertubuhan hak asasi manusia yang membantah cadangan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

    - Bernama

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Sial punya Polis,nanti Pkr memerintah akan masukkan ketua2 polis dalam kandang babi.Sprm pun masuk sekali makan ngan babi.

  18. garunggang says:

    Polis di Malaysia adalah yang paling terbaik menggunakan tindakan yang seminimum mungkin,tapi kalau diThailand atau negara lain,polis mereka belasah saja mereka yang degil itu.
    2000 x rm 1000 = 2 juta , semua mereka tu dah dibayar untuk buat demontrasi.Dr Hatta makan komisen. Kalau benar rakyat menentang yang datang mestinya 200,000 orang.

  19. garunggang says:

    KUALA LUMPUR 13 Mac – Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dikahwinkan dengan seorang lelaki tabligh dan dilarikannya, ditemui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong di sini petang semalam.

    Kanak-kanak itu yang dinikahkan dengan Shamsuddin Che Derahman, 41, atau lebih dikenali sebagai Shamsudin Ajaib ditinggalkan oleh ‘suaminya’ itu dalam keadaan separuh sedar di masjid berkenaan kira-kira pukul 4 petang, setelah dua minggu menghilang.

    Kanak-kanak itu ditemui oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi ibu kanak-kanak tersebut, Siti Sarnan Mat Ail, 42, di Jelawang, Kelantan.

    Siti Sarnan bersama ahli keluarga kemudiannya bergegas ke Kuala Lumpur pagi ini untuk menemui anaknya itu yang sebelum ini bersekolah di Jelawang.

    Semasa ditemui Mingguan Malaysia di Hospital Sungai Buloh, di sini petang ini, ibu kepada enam anak itu berkata, sebaik menerima maklumat itu dia terus meminta bantuan saudaranya di Kuala Lumpur.

    “Saya juga maklumkan kepada polis yang kemudian membawanya Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan,” katanya.

    Utusan Malaysia semalam melaporkan Shamsudin Ajaib dikatakan menjadi punca kepada dua kes perkahwinan kanak-kanak perempuan di Kelantan.

    Dia yang dikatakan mengetuai sebuah kumpulan tabligh, menggunakan kepandaian memujuk untuk mempengaruhi anggota jemaah pimpinannya menyerahkan anak-anak perempuan untuk dinikahi sesama mereka walaupun berusia di bawah umur.

    Shamsudin Ajaib juga dikatakan telah mengatur perkahwinan anak perempuannya yang berusia 10 tahun dengan rakannya yang dikenali sebagai Azhar pada 19 Februari lalu.

    Apakah tindakan PAS dalam mengatasi kes ini takkan nak salahkan kerajaan pusat. Apakah peranan kerajaan negeri untuk membasmi ajaran tersebut.

  20. wansalman says:

    Di antara Ali dan Baba
    http://myzaidibrahim.wordpress.com/

    Saya bersetuju dengan Ibrahim Ali yang mengatakan tak ada salahnya bagi beliau selaku Pengurusi Perkasa untuk berkerja dengan tauke Cina yang terkaya Vincent Tan, atau dengan mana-mana tauke lain yang membuat projek perumahan atau jambatan atau projek lain di Kelantan.

    Orang Melayu sepatutnya berkerja dengan siapa saja yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada orang Melayu sendiri. Yang penting dia betul-betul berkerja atau berniaga secara aktif. Yang penting Melayu ini bukan “sleeping partner” atau bukan Ali kepada Baba. Yang penting Melayu yang tahu harga diri.

    Malangnya ramai pemimpin Melayu/Bumiputera yang ada kabel dengan Perdana Menter atau orang atasan lain dapat peluang hanya untuk jadi Ali kepada Baba. Maka dilantiklah Ali ini sebagai pengarah syarikat yang tak buat apa-apa kerja.

    Ali ini juga diberi saham. Maklumlah, Ali ini kan orang Bumiputra yang ada kedudukan istimewa dan peruntukan khas, walaupun bapa atau datuk dia lahir di Kerala atau Madras, atau di Aceh dan sebagainya.

    Orang yang benar-benar putera bumi di negara kita seperti Senoi, Negrito dan Proto Melayu di samping kumpulan-kumpulan etnik Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan sebagainya, tak pernah pula kita lihat dapat jawatan pengerusi syarikat-syarikat besarMereka tak ada perlindungan dibawah Perkara 153 yang ajaib itu.

    Jadi bila wira Perkasa dan pengikut-pengikut UMNO Baru ini mahu pertahankan “keistemewaan” mereka, apakah sebenarnya yang mereka mahu pertahankan. Tak ada siapa pun yang bercadang nak ambil balik hak Bumiputera di bawah Perlembagaan.

    Tak orang bukan Melayu dan tidak juga Pakatan Rakyat yang mahu buat begitu. Lagi pun mustahil ianya dapat dilakukan dengan jumlah kerusi yang dipegang di Parlimen oleh kaum Bumiputera. Kadang-kadang ada di antara kita yang lupa bahawa di Sabah dan Sarawak, kaum Bumiputera merupakan kaum majoriti. Jadi apakah yang dibisingkan oleh “pembela hak Bumiputera” ini.

    Sebenarnya, yang mereka mahu pertahankan ialah “sistem rentier” di mana nama Bumiputera UMNO itu ada harga untuk mendapat saham percuma atau elaun percuma atau jawatan pengarah dalam sesuatu syarikat.

    Mereka mahu Baba sentiasa perlukan servis dan nama mereka. Jadi Ali jenis ini sanggup terus mempertahankan elit Baba ini walaupun syarikat-syarikat Baba inilah yang menjadi persaingan dan mengurangkan peluang kepada peniaga Melayu yang tulin ikhlas yang mahu berniaga dengan erti kata yang sebenar. Inilah hakikatnya

    Sepatutnya Ali ini perlu sedar diri dan benar-benar berjuang secara ikhlas. Apa yang perlu diperjuangkan oleh Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia ialah supaya Model Ekonomi Baru yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu dapat membanteras fenomena ekonomi pajakan nama Bumiputera Ali kepada Baba.

    Selagi Ali mendapat elaun murahan yang mudah dan percuma dari Baba, selagi itulah ekonomi orang Melayu akan dikawal oleh Ali yang ada kabel untuk kekayanan Baba. Baba ini pula bukan sebarangan Baba. Orang Cina pun tak suka mereka kerana bolot segala-galanya.

    Tapi saya rasa adalah mustahil Najib akan membersihkan ekonomi “rentier” ini kerana para pemimpin UMNO akan marah, ketua Bahagian UMNO akan marah dan Ahli Parlimen UMNO akan marah.

    Mereka akan marah kalau Model Ekonomi Baru ini bersifat adil dan memberi peluang saksama kepada rakyat Malaysia. Mereka mahu kepentingan mereka dipertahankan. Mereka akan marah kerana akan hilang peluang mendapat elaun murahan’ peluang jual nama Jadi mungkin Model Ekonomi Baru ini sebenar tak ada apa yang baru kecuali tabiat lama yang akan terus mementingkan UMNOputra. Tetapi kita sedia teliti dan meneliti dasar baru ini dengan adil.

  21. wansalman says:

    Harga barang melambung, tak payah tunggu khabar angin
    Angkasanuri

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai tidak mendengar khabar angin tentang kenaikan harga minyak dan harga barang keperluan selagi tidak ada pengumuman dari kerajaan 1Malaysia. Menurut beliau lagi selagi tak ada pengumuman rasmi itu spekulasi namanya.

    Memang le harga minyak tak naik lagi, tetapi dengan krisis, kegawatan dan kemelut ekonomi yang sedang dihadapai oleh kerajaan 1Malaysia sekarang dan ditambah dengan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia yang kini semakin menghampiri paras US 100 setong mampukah kerajaan 1Malaysia bertahan?

    Nak tunggu pengumuman rasmi kerajaan 1Malaysia baru nak suruh rakyat percaya tentang kenaikan harga barang?

    Adakah hari ini para peniaga dan pemborong meminta izin atau menulis surat rasmi untuk menaikkan harga barang?

    Begitu juga berapa ramai peniaga di pasar yang meminta izin dari kerajaan 1Malaysia untuk menaikkan harga bahan makanan basah seperti ikan dan sayur-sayuran?

    Jadi apabila kita berhadapan dengan peniaga yang menaikkan harga barang, kita tak boleh percaya. Itu cuma spekulasi sahaja. Maka kita hanya perlu membayar ikut harga lama sahaja. Kalau peniaga tersebut marah-marah maka kita kata itu cuma spekulasi…cubaan..bukan betul-betul!

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    TIDAK SABAR AKU NAK MENGUNDI PAS,PKR ATAU DAP.BEGITU JUGA TAK SABAR RASA NYA NAK MEMIJAK BENDERA UMNO ATAUPUN DI BUAT MENGESAT TAHI

  22. garunggang says:

    Kalau 5 negeri pun dah susah untuk mentadbir jangan harap nak memerintah Malaysia.
    Inilah yang dipanggil “nafsu tinggi kemampuan tiada”
    Korang duduk bincang dulu bagaimana nak cipta lambang PR daftarkan dulu sebagai 1 parti,baru boleh cerita pasal nak perintah Malaysia.
    Sebagai contoh BN terdiri dari 14 parti komponen menggunakan 1 lambang iaitu dacing.
    Korang baru ada 3 parti,itupun tak boleh buat 1 lambang. Mengapa?
    Pasal masing-masing gila kuasa,masing-masing nak jadi ketua.
    Sekarang ni orang yang undi PR semua dah sedar akan kesilapan mereka dan tak sabar nak undi semula BN.Hanya korang berdua saja yang akan undi PR pasal itu hari korang undi BN.

  23. garunggang says:

    Zulkifli mendesak agar Peguam muslim patut menerajui Majlis Peguam Malaysia selepas Majlis Peguam itu menganjurkan Forum Memeluk Islam di Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2008. Zulkifli merupakan exco Persatuan Peguam Islam dan dilihat bertentangan pendirian dengan parti PKR.[9] [10]
    Forum ini dilihat sebagai tindakan provokasi terhadap orang Islam . Seramai 500 orang Islam berkumpul dan ada yang menyerbu masuk ke dewan persidangan dan melaungkan “Hancur Bar Council”, “Hidup Islam” dan “Batalkan Forum”.Sepanduk “Jangan cabar Islam’, “Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam” dan “Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman” jelas menyatakan kemarahan umat Islam.[11]
    Selepas menyertai demonstasi membantah forum itu, pembantu khas beliau, Saari Fadhil Hud tidak dapat menghubungi Zulkifli atau menghilangkan diri.[12] Pada 10 Ogos 2008, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan rumour di blog bahawa Zulkifli Nordin ditahan di bawah ISA.[13]
    Pada 18 September 2008 , Zulkifli disiasat berhubung ‘Himpunan Aman Umat Islam’ membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam. Katanya ‘Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam’ dan akan mengerjakan umrah di Mekah. Zulkifli tidak berdiri di atas platform ahli PKR tetapi sebaliknya mewakili Peguam Pembela Islam (PPI). Zulkifli mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dan pendiriannya terhadap agama yang dianutinya.[14] Baginya ‘Kalau DAP perjuangkan Islam pun saya akan masuk DAP’.

    UNTUK MAKLUMAN SEMASA KES INI BERLAKU,MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB KETIKA ITU ADALAH ZAID IBRAHIM (MENTERI DIJABATAN PERDANA MENTERI).BELIAU LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL BERAT DAN MEMBUAT SEBARANG PANDANGAN TENTANG KES TERSEBUT.
    RUPA-RUPA DIFAHAMKAN BAHAWA BELIAU ADA KEPENTINGAN DALAM FIRMA GUAMAN, MAKA ITULAH BELIAU TIDAK BERSUARA.
    Orang macamni yang dijadikan contoh?
    “Kalau kita ingin tahu sifat sebenar seseorang itu, berikan ia kuasa”

  24. imuc says:

    sudah2 la garunggan… meroyan amendanyer lagi

  25. garunggang says:

    Meroyan amendanye. Perkara tersebut adalah fakta.Korang kalau dah tak reti nak berhujah jangan tulis apa-apa.

  26. imuc says:

    nak berhujah apa lagi, dh x perlu dah… hehe

  27. imuc says:

    undi lar BN… gerenti dpt saham… saham dosa… dosa free plak tuh.. hahahaa… memang tak berbaloi.

  28. wansalman says:

    Mohsin ‘hilang’ kerana bimbang keselamatannya
    Jimadie Shah Othman
    Mac 15, 10
    6:03pm

    Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri menjelaskan bahawa beliau tidak dapat dihubungi kira-kira seminggu selepas keluar PKR baru-baru ini kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

    Sehubungan itu, tambahnya beliau mengambil keputusan tidak turun ke kawasan parlimennya dan menutup pejabat wakil rakyatnya buat sementara waktu.

    “Insya-Allah, tidak lama lagi (beroperasi kembali). Saya rasa sudah makin kendur (bantahan orang ramai),” katanya kepada Malaysiakini.

    Beliau sebelum itu membacakan sepotong ayat daripada surah Yasin yang mengisahkan bagaimana Rasulullah dapat meloloskan diri daripada dibunuh kaum kafir Quraish pada zaman permulaan dakwah Islam walaupun rumah baginda telah dikepong.

    Mohsin diminta mengulas tindakannya ‘menghilangkan diri’ selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

    Pengundurannya itu dikritik pelbagai pihak dalam pembangkang, termasuk melalui beberapa siri demonstrasi dan solat hajat tujuh malam supaya beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberikan laluan kepada pilihan raya kecil.

    Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohsin bagaimanapun dilihat cuba bersikap tenang dan positif menangani perkara tersebut.

    “Saya ingin mengambil iktibar daripada kisah Rasulullah berdakwah ke Taif. Baginda mendapat banyak tentangan sehingga dibaling dengan batu.

    “Rasulullah bagaimanapun memaafkannya dan mendoakan kebaikan untuk mereka kerana mereka tidak tahu (baik-buruk perbuatan masing-masing),” katanya yang enggan mengkritik langsung pihak-pihak tertentu.

    Mohsin bagaimanapun memberikan jaminannya akan terus memperjuangkan nasib rakyat di kawasannya secara lebih bebas tanpa perlu terikat dengan mana-mana parti.

    “Kalau dengan Umno, ada yang saya tidak boleh kata (suarakan). Kalau dengan PAS, ada yang sama tidak boleh kata,” katanya, sekaligus menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai Umno.

    Mohsin menambah, oleh kerana beliau kini bebas sepenuhnya, kemungkinan terdapat keadaan-keadaan tertentu apabila beliau menyokong kerajaan dan pada masa yang lain menyokong pula pembangkang ketika membahaskan sesuatu isu di parlimen.

    Setakat ini, sekurang-kurang dua demonstrasi dilaporkan diadakan di Bagan Serai susulan peletakan jawatan Mohsin daripada PKR dua minggu lalu.

    Manakala bermula kelmarin, laporan di blog-blog menyebut, satu solat hajat khas anjuran ahli majlis syura Ulama PAS Ahmad Awang diadakan bagi memohon hukuman Allah terhadap Mohsin kerana didakwa mengkhianati perjuangan.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Janggut macam orang tabliq tapi sayang tidak amanah,tiada adab berjuang di atas landasan yang betul.Tidak merasa malu pada pengundi-pengundi yang telah memilih Dato sebagai wakil Pkr ? Bagaimanakah Dato ingin membela nasib pengundi2 sekelian sedangkan Dato berada dalam bebas ? Apa yang bebas boleh lakukan.

    Berapa banyak kerusi bebas dalam kabinet untuk menghalang itu dan ini dalam parlimen? Kalau Dato beradab dan bermaruah patut Dato kosongkan kan kerusi dan bukan nya jadi boneka pada Umno yang zalim.

    Ada kah Dato fikir pengundi-pengundi suka akan penjelasan Dato ? Letak lah jawatan tu jika Dato ada harga diri.Jika Jangan cuba nak ikut Rasulullah jika tindak tanduk Dato itu sebenarnya merugikan rakyat yang Dato wakili.Sedangkan Rasulullah berakhlak sedangkan Dato tidak.

    Apa makna ketayap yang di pakai dan janggut yang di simpan jika tidak Istiqamah.Tahukah Dato saya mengundi Dato kerana Dato dalam Pkr & bukan nya Bebas apalagi Umno.Kosongkan lah kerusi ini supaya kami dapat memilih orang yang lebih berakhlak.Selepas ini kami memandang Dato sebagai manusia yang tidak amanah.

    Pergi lah dan hilangkan kan lah diri Dato selama-lama nya sebab kami pun tidak mahu melihat muka orang yang KHIANAT.

  29. garunggang says:

    Korang kata memperjuangkan demokrasi tapi bila jadi hal yang sebegini mengapa nak suruh orang kosongkan kerusi.Memang benar semasa pengundian dahulu Mohsin berada didalam PKR dan memakai lambang PKR.Tapi harus diingat jika PKR meletakan calon cina disitu adakah mereka boleh menang.
    Faktor Mohsin juga memainkan peranan penting.Semasa kempen dahulu banyak janji yang ditabur oleh PKR apabila menang pilihanraya tetapi selepas menang mereka tak tunaikan janji mereka.
    Mohsin tidak mahu bersubahat lagi dengan mereka maka dengan itu beliau keluar dari PKR dan membuat haluan sendiri.
    Ini adalah satu proses demokrasi yang tak sepatutnya dipertikaikan.Tunggulah PRU yang ke 13 untuk mengubahnya.
    Tidak timbul isu khianat kerana yang dilakukan Mohsin tidak melanggar undang-undang dan tidak terkeluar dari Islam asalkan beliau dapat berkhidmat untuk rakyat dikawasannya dengan adil kerana beliau adalah WAKIL RAKYAT bukannya WAKIL PKR.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.