Bapa mentua Rohaizat sudah dibeli pembangkang dan mahu dagangkan pernikahan anak nya

August 29, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

Dalam orang-orang sibuk berkempen untuk  pilihan raya kecil Permatang Pauh , teringin juga  seorang hamba  Allah mengambil kesempatan untuk mengugut dan juga untuk melonjakkan namanya dengan mencampuri urusan pernikahan  anak nya , Tak tahu sama ada betul atau tidak, Apa apa hal pun , jika ianya  betul ianya bukan lah satu kesilapan  dalam segi hukum Islam. lelaki boleh berkahwin  empat jika mampu , tambahan pula  jika direstui oleh keluarga  wanita berkenaan. Menurut bapa wanita berkenaan. ,Mohamad Ali yang mendakwa mewali kan perkahwinan Rafizah-Rohaizat di pejabat kadi daerah Pekan dan didaftarkan di situ pada tahun tersebut. Ok lah tuh . dah jadi wali dan pernikahan  ini telah  sah. Apa lagi yang Mohd  Ali mahukan. Kenapa pula  masa pilihan raya baru nak tuntut diumumkan didalam akhbar dan jika tidak tinggalkan anak beliau. Waras ke tak waras orang tua ini. Nak apa duit ke……..?

Di hubungi hari ini, Mohamad Ali berkata setakat ini beliau belum dihubungi oleh Rohaizat untuk menyelesai kan masalah ini. Masalah apa sebenarnya yang dihadapi oleh Rohaizat. Mereka bukan bercerai atau tidak bernikah. Mereka kini adalah  sepasang  suami isteri, tak kira lah isteri nombor berapa. Mereka adalah pasangan yang sah. Siapa yang bermasalah sekarang ini. Rohaizat , anak nya atau En Mohamad ini sendiri. Ketika  cerita ini digembar gemburkan pada pilihan raya  kecil yang lalu. tiba -tiba saya pula yang berdoa , agar  Sahrizat jangan layan orang tua ini. Sehingga hari ini , Rohaizat enggan mengulas  permintaan orang tua ni…………….En Mohamad Ali juga berkata, beliau menerima panggilan daripada Rafizah – dipercayai berada di Lembah Kelang – yang meminta agar tidak diganggu.Jangan lah  ganggu anak kamu  En Mat wei………. apa masalah ni, tak ada  duit ker….. nak saman apa ni, kes apa ini yang mahu disaman oleh  En Mohamad. Bukan mereka bercerai . mereka masih suami isteri yang sah yang telah dinikahkan  dan juga berwali kan En Mohamad sendiri.

Sah En Mohamad suka nak cari kecoh. masa orang sibuk hendak bertanding, menentu tuh yang bertanding, dia pun kecoh juga bangkitkan perkara yang tidak ada kena mengena dengan  perjalanan kempen Rohaizat melainkan berhasrat jahat untuk mengugut. Rohaizat…… Rafizah…. peduli kan orang tua tuh. Nyanyuk kot. Bukan berdosa kahwin satu lagi, bukan tak nak declare. Cuma masa yang diminta untuk declare tuh tak sesuai………………….. En Mohamad pun tahu kenapa kan,,,,,,,,,

Comments

2 Responses to “Bapa mentua Rohaizat sudah dibeli pembangkang dan mahu dagangkan pernikahan anak nya”
  1. akula says:

    Ini bukan pasal publisiti.. Ni pasai bapa risau anak jadi bini nombor 2 tapi tak boleh declare. Kalau anak kita orang buat macam tu boleh ka? Isteri nombor dua berguna waktu malam saja ka? Siang di sorok? Dan juga rakyat yang inginkan pemimpin yang boleh jadi tauladan.

    Apa punya jantan tak berani mengaku kawin dua.?
    Boleh ka orang macam ni jadi pemimpin?

    Apa salah nya kalau declare yang dia beristeri dua. Macho lagi plak.

  2. nik mot says:

    apa pun sratergi PKR berjaya dalam Pilihanraya kecil ini . Dalam apa pertandingan pun yang penting keputusan menang. Kalah orang tak nak dengar alasan . Kepada yang menang selamat berkerja pada yang kalah tarbiah la diri sendiri jangan buat lagi kesilapan sipal pilih calon .

    sampai bila BN nak berubah tak tahu la . Pilih calun macam kuda kayu dah tu kena la berjawap siang malam bukan nya sempat nak terang apa nak buat kalau menang .

    BN kalau tak berani berubah PRU akan datang … jadi macam JEPUN la . Tu pun kalau tak sedar lagi .

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.