50 Indian leaders plan meeting to decide on their future in PKR
December 30, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
PETALING JAYA: Discontent is boiling over among the Indian members of Pakatan Rakyat parties and more than 50 of their leaders are meeting tomorrow to discuss their position in the coalition.
The meeting, said to be “crucial”, will discuss the disappointment felt by the Indians, who claim that they face discrimination and marginalisation by leaders of the pact, which is made up of PKR, DAP and PAS.
It is being called five days after Member of Parliament for Kapar S. Manikavasagam announced his decision to quit PKR.
Manikavasagam’s move, which will be the main item on the meeting’s agenda, is said to have brought to the forefront the grievances felt by the Indian community within the pact.
The meeting is being organised by the informal Indian liaison committee, which is headed by P. Jenapala, who quit as PKR deputy secretary-general last week.
He said one of the options to be considered at the meeting is a mass resignation followed by the setting up of a new party to represent the interest of Indian members.
Another is for them to remain in the parties and to fight for their interest from within.
“We are meeting so that we can come up with a strong stand on whether we should remain within the parties of the pact or otherwise,” Jenapala said when contacted by mStar Online, the Malay news portal of The Star.
He said the group would stick together no matter what decision was reached.
“If we decide to leave, we will all leave. If we stay, we will all stay,” he said.
Jenapala said the meeting was crucial because it would determine the future of the Indians.
He said many Indian leaders within PKR had voiced their unhappiness recently over the happenings in the party.
“We now want to hear them as a group and come up with a collective stand,” he said.
Among the issues they are unhappy over is appointments to posts like local councillors, government-linked companies and village committees, he added.
It is estimated that there are 150,000 Indian members in the Pakatan component parties.
PKR’s political bureau is also scheduled to meet tomorrow and is expected to discuss Manikavasagam’s resignation and related matters.-The Star
By G. MANIMARAN
Isu hudud, qisas: Khairy bidas Husam
December 26, 2008 by Pendeta · 2 Comments
TEMERLOH 25 Dis. - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berhubung pendirian yang tidak konsisten dalam melaksanakan hudud dan qisas jika pakatan pembangkang memerintah.
Menurut Khairy, ketika berdialog di hadapan lebih 3,000 penyokong Pas di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Sabtu lalu, Husam menjelaskan parti itu tetap akan menegakkan pemerintahan Islam tanpa apa-apa syarat termasuk melaksanakan hukum hudud.
Namun katanya, pendirian Naib Presiden Pas itu berubah apabila mendapat bantahan keras daripada rakan dalam pakatan pembangkang yang menolak sebarang bentuk pemerintahan Islam di negara ini.
”Nada Husam mula berubah di mana beliau mendakwa Pas hanya akan melaksanakan pemerintahan Islam termasuk hukum hudud setelah mendapat persetujuan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
”Saya tidak faham pendirian sebenar Husam dan Pas yang mudah berubah semata-mata untuk menjaga hati dan terdesak dengan bantahan yang diterima daripada pakatan pembangkang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pemuda UMNO Bahagian Temerloh di sini hari ini.
Menurut Khairy, percanggahan pendapat yang serius dalam pakatan pembangkang berkaitan isu itu membuktikan gabungan mereka amat rapuh kerana berlainan prinsip dan ideologi.
”Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membantah keras cadangan itu dan menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum Mac lalu,” katanya.
Pada sesi dialog itu Husam menegaskan bahawa Pas akan melaksanakan hudud dan qisas jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan di negara ini.
Namun selepas dikritik oleh DAP yang menentang hasrat Pas itu, Husam kemudian mengatakan hudud dan qisas akan dilaksanakan dengan persetujuan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.
Khairy dalam pada itu berkata, Pas sejak dulu lagi gemar mengeksploitasi isu-isu agama seperti pelaksanaan hukum hudud dan qisas sebagai slogan politik untuk menarik sokongan rakyat terutama menjelang pilihan raya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pemuda UMNO tetap akan menentang sebarang usaha kerajaan untuk menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) seperti yang dinyatakan syarikat konglomerat Sime Darby menerusi pemilikan saham sebanyak 51 peratus.
Beliau berpendapat, penswastaan IJN hanya akan menyusahkan rakyat berpendapatan rendah dan kakitangan kerajaan yang terpaksa berbelanja besar jika mendapat rawatan di IJN.
”Bantahan pelbagai lapisan rakyat seperti orang kampung, tokoh pendidik, aktivis masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuktikan mereka menolak untuk menswastakan IJN,” katanya.
Khairy menambah, IJN yang telah mencipta rekod perkhidmatan terbaik dan diiktiraf dunia perlu mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Mengenai persiapan menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, beliau menjelaskan, Pergerakan Pemuda UMNO sudah bersedia menggerakkan jentera menjelang penamaan calon pada 6 Januari hingga hari mengundi pada 17 Januari depan.
”Barisan Nasional (BN) berpotensi besar mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kerana calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh amat berwibawa dan dikenali oleh masyarakat di kawasan itu,” katanya. -Utusan
Lebih selesa tanpa Zahar
December 26, 2008 by Pendeta · 5 Comments
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Ahli-ahli UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) berasa lebih selesa dengan ketiadaan bekas Ketua UMNO bahagian itu, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim yang menyertai Pas.
Naib Ketua bahagian itu, Yahya Hamzah berkata, bahagian tersebut masih kukuh tanpa Zahar dan akan sentiasa memastikan kekuatan parti.
“Beliau sudah pasti akan menjadi satu beban besar kepada Pas kerana dia tidak mempunyai kewibawaan mentadbir dan tidak pernah berjuang untuk masyarakat serta negara.
“Pemergian beliau tidak memberi apa-apa kesan dan masalah kepada parti atau bahagian UMNO ini.
“Malah semua ahli dari setiap cawangan masih kukuh untuk menggerakkan parti,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Ridzuan Mahidin dan Timbalan Ketua Wanita Bahagian PJS, Zainab Labu.
Tambah Yahya, setakat ini hanya 28 ketua cawangan yang menyertai Pas bersama Zahar dan tempat ketua-ketua berkenaan diambil alih oleh timbalan masing-masing.
“Kami tidak kenal ketua-ketua cawangan berkenaan kerana mereka bukan penghuni di kawasan ini.
“Mereka dipilih oleh Zahar dan tidak pernah tanya persetujuan ataupun pendapat kami dalam pemilihan ketua-ketua cawangan itu,” jelasnya.
Menurut beliau, pihaknya tidak akan berjuang untuk kepentingan diri sendiri seperti yang dilakukan oleh Zahar sebelum ini malah hanya berjuang untuk kepentingan masyarakat negara ini.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Ridzuan Mahidin mencabar Zahar untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan atas tiket Pas dalam pilihan raya akan datang.
“Kami yakin akan dapat mengalahkannya di gelanggang beliau sendiri.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pas yang menerima ‘virus’ yang menjadi nanah kepada bahagian PJS,” ujarnya.
Tambah beliau, dengan ketiadaan Zahar, pihaknya yakin bahawa UMNO Bahagian PJS akan bertambah mantap dan lebih efisien dalam menghadapi apa jua masalah.
Pas politikkan hukum hudud
December 24, 2008 by Pendeta · 8 Comments
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Pas dicabar supaya membentangkan rang undang-undang hudud di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang sekiranya benar parti itu komited dalam melaksanakan hukum tersebut.
Beberapa pemimpin UMNO ketika memberikan pendapat mereka berkata, jika Pas gagal membentangkannya khususnya di negeri Perak yang wakil parti itu menjadi Menteri Besar, ia membuktikan parti berkenaan hanya menggunakan isu agama untuk tujuan politik.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, soal hudud jelas sengaja dibangkitkan kembali atas keperluan Pas untuk berhadapan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kerana pengundinya majoriti orang Melayu.
Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya kawasan itu tidak ramai pengundi Melayu, Pas bukan sahaja sunyi sepi dalam isu hudud, malah sanggup pula menyokong calon DAP yang terang-terang tidak mahu menerima dasar mereka.
”Ini menandakan bahawa pakatan pembangkang ada masalah. Kalau pengundi faham dilema yang ada, saya percaya mereka tidak akan mengundi pembangkang kerana mereka tidak konsisten.
”Cara mereka, kalau di kawasan Melayu cakap lain di kawasan Cina cakap lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa baru-baru ini menegaskan bahawa pakatan pembangkang akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya berpeluang memerintah di peringkat Pusat.
Kenyataan Husam itu dikritik hebat oleh sekutu Pas dalam pakatan pembangkang khususnya DAP yang menolak keras perkara tersebut dan menyifatkan hudud tiada dalam manifesto pakatan pembangkang.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Noh Omar berkata, kredibiliti Pas dalam menegakkan hukum hudud jelas boleh dipersoalkan kerana mereka tidak konsisten mengenai perkara itu.
Menurutnya, parti itu hanya mempolitikkan hukum Allah kerana bercakap mengenainya apabila ada keperluan.
Beliau menambah, jika dilihat di negeri Selangor dan Perak yang pembangkang berkuasa, soal hudud langsung tidak menjadi agenda mereka.
”Bila nak pilihan raya kecil (Kuala Terengganu) yang majoriti kawasan Melayu, mulalah nyanyi lagu lama (hudud), tetapi bila tanya di Selangor atau Perak, dia kata matlamat untuk negeri kebajikan.
”Sebenarnya, macam mana Pas nak tegakkan hudud, kalau di Pulau Pinang pasal program tarian i-Dance itu pun mereka diminta tidak bersuara, ini kan pula hudud.
”Sebab itu, DAP cakap macam-macam pasal hudud, tetapi Exco agama pakatan pembangkang yang terdiri daripada orang Pas, senyap saja. Kalau betul mereka pejuang hudud, saya cabar Exco agama mereka letak jawatan,” tegasnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Razali Ibrahim berkata, kenyataan terbaru Husam itu sebenarnya membenarkan dakwaan selama ini bahawa Pas menggunakan agama untuk tujuan politik.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor berkata, ini dapat dilihat bagaimana masa pilihan raya umum lalu, isu hudud tidak kedengaran, tetapi untuk Kuala Terengganu ia dibuka semula kerana mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan soal agama.
”Jadi, ini bukan cara berpolitik yang bertanggungjawab. Sebab itu, saya amat dukacita dengan cara ini yang menggunakan agama sebagai alat bagi mencapai kemenangan.
”Dari dulu lagi orang bercakap pasal ini, tetapi sekarang nampak lebih jelas kerana tiba-tiba sahaja ia dibangkitkan, tetapi lepas berakhir pilihan raya kecil ini, saya yakin hudud akan kembali senyap,” jelasnya.-Utusan
Oleh HERMAN HAMID
Mat Sabu tidak kecewa gagal dipilih calon PAS
December 24, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
Naib Presiden PAS Mohamad Sabu tidak kecewa jika tidak terpilih sekali lagi sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.
“Saya tak kisah kerana yang penting calon adalah dari PAS dan kita sokong siapa sahaja dari PAS”, katanya kepada Bernama.”Nama calon belum umum lagi dan presiden (PAS) dah maklum calon PAS akan diumum pada 1 Januari ini dan kita tunggu la, tapi jika saya tak terpilih pun tak apa”.
Apa yang lebih penting, calon yang bertanding pada pilihanraya itu - yang diadakan antara 6 hingga 17 Januari ini - kelak adalah dari PAS, tambahnya.
Mohamad, yang popular dipanggil Mat Sabu, tewas tipis 648 undi di tangan calon BN Datuk Razali Ismail dalam pilihanraya umum Mac lepas.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat suka jika Mohamad diberikan peluang sekali lagi untuk merampas kerusi tersebut.
Menurut agensi berita itu lagi, Mohamed menyifatkan kenyataan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu sebagai pandangan peribadi kerana kuasa memilih calon diputuskan oleh mesyuarat yang dipengerusikan oleh presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PAS akan mengumumkan nama calonnya pada 1 Januari ini bagi menyaingi calon BN Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang juga timbalan menteri dalam negeri.
Akim pilih peniaga
Sementara itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) memilih naib presidennya Harun @ Ab Rahman Mohamad untuk turut bersaing dengan calon dua parti besar itu.
Setiausaha agungnya Kpt (B) Mohd Rosli Ghazali dilaporkan berkata Harun, seorang peniaga, adalah bekas anggota jawatankuasa PAS kawasan Kuala Terengganu.
Akim telah menubuhkan bilik gerakannya dan akan menjadikan golongan muda sebagai pengundi sasarannya, lapor Bernama.
Manakala laman web Utusan Online pula melaporkan pemilihan Harun, 63, amat tepat kerana bekas naib ketua bahagian PKR Kuala Terengganu itu adalah anak tempatan dari Pasir Panjang yang sudah dikenali umum.
“Dia juga salah seorang pengasas Akim termasuk di Terengganu,” Mohd Rosli dipetik berkata di sidang akhbar mengumumkan calon parti itu di Pasir Puteh, Kelantan hari ini.
Wan Farid perjudi jawatan timbalan menteri
December 24, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangannya dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan.
Jika tewas, beliau tidak boleh dilantik semula sebagai senator untuk mengekalkan jawatannya sebagai timbalan menteri dalam negeri yang disandangnya sejak Mac lepas.
Wan Ahmad Farid mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal kedua hari ini.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh dipetik media sebagai berkata, jika Wan Ahmad Farid tewas dalam pilihanraya kecil tersebut, beliau tidak boleh dilantik semula sebagai senator.
Menurutnya, timbalan menteri itu dianggap telah berkhidmat untuk tempoh tiga tahun atau satu penggal penuh walaupun beliau meletakkan jawatan senator pada 5 Januari depan bagi membolehkan berdiri sebagai calon BN.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Januari ini sebagai hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil tersebut.
Pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail di Genting Highlands pada 28 November lalu.
Abdul Hamid berkata, berdasarkan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada masa pemerintahan perdana menteri ketiga, allahyarham Tun Hussein Onn, seseorang senator hanya boleh memegang jawatan itu selama dua penggal atau enam tahun.
Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Wan Ahmad Farid, yang ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil tersebut.
Wan Ahmad Farid, 46, bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London merupakan anak jati Kuala Terengganu.
Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.
Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan exco Pemuda Umno Malaysia dari 1999 hingga 2004.
Pada 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.
PAS, yang pada mulanya dijangka mengumumkan nama calonnya Ahad lalu, tidak berbuat demikian.
Sebaliknya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan hanya mengumumkan calonnya pada 1 Januari depan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.
Antara nama yang disebut sebagai calon PAS ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi; Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali; timbalannya Datuk Wan Mutalib Embong dan tokoh korporat Dr Mohd Khazani Abdullah.
Selain itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding. Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.
Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.
‘SPR sudah bosan isu pengundi hantu’
December 18, 2008 by Pendeta · 6 Comments
PUTRAJAYA 17 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari depan supaya tidak lagi membangkitkan isu ‘pengundi hantu’.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan, mereka perlu memberi kepercayaan penuh kepada daftar pemilih yang disemak pada 4 Disember lalu serta diwartakan sehari kemudian yang mengeluarkan nama pengundi yang meninggal dunia dari senarai.
”Daftar pemilih ini adalah bersih dan bebas daripada data-data yang dianggap tidak wujud sekali gus isu pengundi hantu tidak lagi relevan.
”Saya harap pihak-pihak tertentu tidak lagi membangkitkan isu pengundi hantu ini. SPR sudah bosan dengan dakwaan ini yang dibangkitkan pada setiap kali kita menghadapi pilihan raya kecil,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari nanti akan menyaksikan persaingan sengit antara calon Barisan Nasional dan Pas selain dijangka disaingi beberapa calon bebas.Mengikut SPR, istilah ‘pengundi hantu’ jika hendak digunakan pun hanya boleh ditafsirkan kepada pengundi yang tidak layak tetapi disenaraikan termasuk pengundi yang telah meninggal dunia, belum cukup umur dan kad pengenalan palsu.
Bagaimanapun menerusi Daftar Pemilih yang disemak dan diwartakan, orang ramai serta parti-parti politik diminta tidak bimbang dengan dakwaan itu kerana ia merupakan dokumen sah yang terpenting digunakan dalam sesuatu pilihan raya.-Utusan
P36 -cabaran buat Najib
December 18, 2008 by Pendeta · 7 Comments
SEBAIK sahaja mendapat pencalonan secara mutlak sebagai Presiden UMNO Najib akan berdepan dengan satu cabaran getir. P 36 Kuala Terengganu akan menjadi satu garis pengukur bukan sahaja untuk UMNO tetapi untuk Najib yang akan mengemudi UMNO. Ini bukan satu pilihan raya yang biasa. Ini satu pilihan raya yang akan menjadi garis pengukur kepada UMNO sama ada perubahan kepimpinan dari Pak Lah kepada Najib sungguhpun tidak secara rasmi dapat di terima sebagai satu perubahan ke arah memantapkan lagi sokongan terhadap UMNO atau sebenarnya UMNO dalam keadaan kritikal.
Adakah peralihan kuasa ini akan mempengaruhi keputusan pilihan raya P 36 Kuala Terengganu? Adakah Najib dapat menunjukkan bahawa saat perubahan yang akan berlaku tidak lama lagi merupakan saat yang menunjukkan UMNO sudah pulih dari tsunami 8hb Mac 2008 ,pilihan raya yang menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional hilang 2/3 majoriti.
Sudah banyak yang diperkatakan mengenai UMNO. Ada yang mengatakan bahawa UMNO sudah hilang Populariti dan tidak lagi menjadi wadah perjuangan orang Melayu, rakyat Malaysia telah menolak Barisan Nasional dan UMNO serta golongan muda telah berpaling dari UMNO, merupakan asas kepada rumusan kekalahan BN dalam PRU 12 lepas. Adakah ini dapat dipulihkan kembali oleh Najib dalam berdepan dengan pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini.
PAS dan Pakatan Rakyat sedang dalam keadaan moral yang tinggi. Mereka sekarang berkeyakinan dalam berdepan dengan UMNO setelah menawan 5 negeri pada PRU 12. Setelah itu PKR menang bergaya di pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Ketua UMUM PKR telah sampai ke Parlimen. Moral mereka tinggi dan mereka telah menggunakan semua saluran media alternatif untuk memanipulasi kedudukan mereka sebagai terlalu hampir untuk membentuk kerajaan. Pilihan raya Kuala Terengganu adalah medan mereka untuk membuktikan perkara itu.
Bagi UMNO inilah peluang untuk menunjukkan bahawa mereka sudah kembali setelah pengumuman peralihan kuasa dan Najib menjadi peneraju UMNO. Najib hari ini harus membuktikan perkara itu – Najib harus membuktikan bahawa UMNO sudah kembali pada trek yang tepat. UMNO mesti menang dengan majoriti yang besar. UMNO mesti di bawah kepimpinan Najib mengubah majoriti kemenangan, harus mendapat majoriti yang lebih lesar,lebih dari hanya 600 lebih untuk membuktikan kekuatan mereka sudah ada. Andai tidak maka rumusan akan kembali kepada sedia kala dan UMNO semakin akan dikira tersisih dan semakin jauh di hati rakyat.
Bagi Najib, ini adalah peluang untuk beliau membuktikan bahawa kehadiran beliau akan membawa perubahan kepada kedudukan UMNO. Ramai akan melihat P36 Kuala Terengganu sebagai satu petunjuk kepada kehadiran Najib sebagai kepimpinan UMNO.
Inilah masa untuk Najib melakukan perubahan, menunjukkan kehadiran dan menjadi pengukur kepada kehadiran Najib.-MHI
Pemuda Terengganu Lancar Program Khas Bercirikan “Keluargaku Ahli UMNO”
December 18, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
Kuala Terengganu — Satu program bercirikan Keluargaku Ahli UMNO akan dilancarkan bagi mendekatkan parti dengan golongan muda sekaligus menarik sokongan mereka untuk membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) di Kuala Terengganu.
Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Sabri Alwi memberitahu program tersebut akan dilancarkan dalam masa terdekat ini oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Jelas beliau program khas ini akan memberi tumpuan lebih kepada golongan muda dan rakan sebaya mereka dengan fokus kepada aktiviti sukan dan permotoran.
“Ini adalah di antara pendekatan kita kerana sokongan lebih 20,000 pengundi muda bakal menjadi penentu dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.
“Kita yakin dengan gerak kerja yang telah kita lakukan sebelum ini di samping pendekatan yang dibuat kerajaan negeri, pengundi khususnya golongan muda akan bersama dengan kita”, katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program mengagihkan bendera BN sebagai tanda bermula gerak kerja yang diadakan di Bilik Gerakan UMNO Kuala Ibai di sini, Rabu.
Pada majlis tersebut, beliau telah menyampaikan 500 helai bendera BN kepada setiap ketua cawangan dalam kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Menurutnya, penyerahan bendera ini merupakan simbolik supaya ahli-ahli Pemuda UMNO bekerja keras memastikan kemenangan BN pada 17 Januari nanti.
“Kerja keras itu ialah daripada segi menarik undi golongan muda serta memasang bendera di seluruh kawasan Parlimen Kuala Terengganu.
“Kita mahu supaya bendera berkenaan dipasang di tempat strategik sepanjang kempen nanti tanpa mengabaikan keselamatan orang awam”, ujarnya.
Pada masa yang sama beliau juga yakin seluruh jentera akan bergerak secara bersepadu dan memberi sokongan penuh kepada siapa jua yang akan dipilih pucuk pimpinan parti untuk menjadi calon pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu nanti.
Oleh Lukman Abas
pemudaumno.org.my
Kualiti Perdana V6 tak elok - Azizan
December 18, 2008 by Pendeta · 6 Comments
ALOR STAR 17 Dis. - Kerajaan negeri bercadang menggantikan kereta rasmi Exco dan pegawai kanannya, Proton Perdana V6 Executive disebabkan oleh kualiti kenderaan tersebut yang tidak elok, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Beliau berkata, ia sudah terbukti apabila terdapat kereta Exco rosak ketika dalam perjalanan malah ada yang terpaksa dibaik pulih sehingga mencecah perbelanjaan RM18,000 sedangkan usia kereta itu tidak sampai lima tahun.
“Antara masalah kereta ini ialah kotak gear selalu rosak,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darulaman di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kenyataan Proton Holdings Bhd. (Proton) yang menyangkal dakwaan sesetengah pihak termasuk beberapa pemimpin kerajaan negeri pembangkang bahawa kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive terlalu tinggi.
“Kita, kalau nak beli tentulah yang berkualiti, jimat dan selesa. Kalau Proton tidak sebegitu, kita tukarlah, itu pun kalau kerajaan negeri ada duit,” tambah beliau.
Sementara itu, Azizan memberitahu, kerajaan negeri bersetuju untuk menyambung perjanjian Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang tamat pada Mac 2010 dengan kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata, keputusan tersebut dicapai selepas bermesyuarat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dua hari lalu.
Katanya, berikutan mesyuarat itu, jawatankuasa teknikal melibatkan kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan Lada akan dibentuk untuk mengatasi beberapa kelemahan.
“Kita tengok, mungkin kita beri tempoh lima atau 10 tahun untuk perjanjian ini tetapi segalanya terpulang kepada nasihat jawatankuasa yang dibentuk nanti,” katanya.-Utusan


















