Top

Yakin pertahan Parlimen K. Terengganu

December 3, 2008 by Pendeta · 4 Comments 

KEMAMAN 2 Dis. - Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti berdasarkan kejayaan yang dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lepas.

Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tiada sebab untuk BN dan UMNO tewas pada pilihan raya itu nanti memandangkan UMNO semakin kuat berbanding sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri, walaupun ada pihak yang meramalkan UMNO akan berhadapan dengan saingan sengit pembangkang, namun, tegasnya, parti itu akan menghadapi cabaran tersebut dengan kekuatan tersendiri.

Beliau percaya UMNO mempunyai undi yang mencukupi untuk membolehkan calon parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

“Kita akan tengok sama ada (saingan) kuat atau tidak, kita kena menghadapi dengan kekuatan.

“Kita telah menang dulu dan saya tidak melihat kenapa kita tidak boleh menang sekali lagi,” ujarnya selepas melancarkan Kelompok Industri Plastik Kertih di sini hari ini.

Katanya, walaupun pembangkang dikatakan kuat sekarang, namun keadaan itu tidak akan mempengaruhi semangat juang UMNO.

Menurutnya, BN sudah mula menggerakkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya kecil itu termasuk mengemas kini daftar pengundi.

Selain itu, jelasnya, BN juga memastikan usaha-usaha pemimpin menemui rakyat dan pelaksanaan pembangunan diteruskan seperti biasa.

Mengenai calon pilihan raya kecil itu nanti, jelasnya, beliau belum menerimasebarang cadangan dan sedang menunggu senarai daripada Badan Perhubungan UMNO Terengganu.- Utusan

Media memang seronok lihat kami bergaduh …

December 3, 2008 by Pendeta · Leave a Comment 

Apabila mendapat khabar bahawa mesyuarat Wanita BN akan diadakan Selasa, ramai wartawan berpusu-pusu ke tingkat 38 Menara Dato’ Onn di PWTC dimana terletaknya ibupejabat UMNO.

Ini kerana semua nak tahu apa cerita terbaru Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Sri Shahrizat setelah ‘ perang kenyataan’ menerusi media antara para penyokong mereka sudah reda sikit beberapa hari kebelakangan ini.

Mesyuarat ini agak menarik kerana kedua-dua Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu dan Naibnya hadir.

Kedua-dua mereka duduk sebelah menyebelah semasa sidang akhbar diadakan selepas mesyuarat berkenaan.

Ini adalah kali pertama mereka duduk semeja sejak Shahrizat umum hasrat nak bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.

Namun sebaik selesai membuat kenyataan mengenai hal yang dibincangkan dalam mesyuarat itu semasa sidang akhbar, Rafidah sudah dapat membaca apa yang berada dalam benak fikiran para wartawan yang hadir dan dalam seloroh memberikan “warning”.

“Media memang seronok melihat kami bergaduh. Alangkah bagus kalau anda (media) biarkan kami. Mesyuarat hari ini bukan membincangkan soal Datuk Sri Shahrizat dan saya, tetapi mengenai peranan Wanita BN dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Serentak dengan itu Rafidah berkata pertandingan dalam Wanita UMNO tidak akan menjejaskan persiapan untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Katanya soal pertandingan adalah perkara terakhir dalam pemikirannya dan tidak sedar Shahrizat yang duduk sebelahnya adalah orang yang akan bertanding dengannya nanti.

Katanya, “apabila kita bercakap mengenai isu kebangsaan, kita kena ketepikan hal-hal lain, termasuk peribadi. Seseorang pemimpin atau individu boleh datang dan pergi, tetapi BN akan kekal selama-lamanya.

“Saya nak pesan kepada ahli Wanita supaya berhati-hati bila bercakap kerana ada kalanya apa yang diperkatakan boleh disalahertikan. Itulah kadangkala saya lebih suka berdiam diri daripada membuat ulasan. Lagi baik tidak bercakap langsung. Jika ada masalah parti, ia seharusnya dibawa ke mesyuarat, bukannya mendedahkan kepada media.

“Hal ehwal parti harus diselesaikan di dalam parti. Jangan gunakan media untuk meluahkan rasa tidak puashati terhadap parti atau parti komponen. Hal parti ibarat hal keluarga dan orang luar tak perlu tahu. Bak kata pepatah, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.”

“Saya kecewa melihat sesetengah individu dalam BN yang secara sedar atau tidak, begitu gemar “menimbulkan provokasi”. Sepatutnya sebarang masalah harus dibincangkan secara tertutup,” katanya.

Apabila diajukan soalan mengenai isu ketuanan Melayu, Rafidah dengan cepat memintas: “Bangsa dan agama adalah dua perkara yang tidak seharusnya dibincangkan secara terbuka kerana ia tidak bagus untuk parti dan boleh memecahbelahkan rakyat.”

Pada awal sidang sidang akhbar , Rafidah mengumumkan mesyuarat itu membincangkan langkah membantu BN memenangi pilihanraya umum ke-13 dan konsep perpaduan “One Malaysia”.

Beliau berkata, untuk mencapai tujuan itu, mesyuarat telah bersetuju menubuhkan lima biro, iaitu biro latihan dan kepepimpinan yang akan diketuai oleh Wanita UMNO, biro perpaduan (diketuai oleh Wanita PPP), perundangan (Wanita MIC), ekonomi (Wanita MCA) serta pendidikan dan modal insan (Wanita Gerakan).

“Biro ini akan menjalankan tugas secara bergilir-gilir mengikut penggal supaya ia aktif sepanjang tahun. Menerusi biro ini kami akan berusaha mendekatkan diri dengan wanita professional dan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara,” katanya.

Rafidah berkata mesyuarat turut membincangkan isu semasa yang dirasai oleh semua parti komponen dan akan mengumpulkan semua isu untuk dibawa kepada pucuk pimpinan untuk dibincangkan.

“Wanita BN sedar apa yang dibangkitkan oleh akar umbi dan apa yang digunakan oleh pembangkang sebagai modal untuk pilihanraya akan datang.

Oleh:  NOOR HASILAH ISMAIL

www.agendadaily.com

Pemimpin komponen BN kritik Mukhriz

December 3, 2008 by Pendeta · 1 Comment 

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini mengkritik calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir yang mencadangkan agar sistem sekolah vernakular dihapuskan dan diserapkan dalam satu kaedah pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dalam kenyataan akhbar di sini hari ini menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengambil tindakan ke atas Mukhriz yang didakwanya mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan.

”Cadangan Mukhriz itu juga telah mencabuli hak-hak kaum lain di negara ini yang terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Semalam, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan supaya sistem Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) disatukan di bawah satu sistem pendidikan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

Namun beliau menjelaskan, murid-murid tetap diwajibkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing seperti Mandarin bagi kaum Cina dan Tamil bagi kaum India, malah murid-murid Melayu mempunyai pilihan untuk mempelajari bahasa-bahasa berkenaan.

Mengulas hal yang sama, Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek tidak bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan ia sering diperdebatkan selama ini.

”Ramai kata saya mahu tunjuk hero untuk kaum Cina tetapi siapa sebenarnya yang nak tunjuk hero sekarang ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin menggesa Mukhriz menarik balik cadangan tersebut memandangkan sistem sekolah vernakular telah dipraktikkan di negara ini sejak merdeka serta terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan.-Utusan

Lihat sejarah negara – GPMS

December 3, 2008 by Pendeta · 1 Comment 

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyelar tindakan pemimpin bukan Melayu tertentu yang mendakwa istilah ketuanan Melayu sebagai tidak sesuai.

Presidennya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, pemimpin berkenaan perlu melihat sejarah negara ini dan memahami bahawa sesebuah negara terbentuk hasil asimilasi.

‘‘Semakin lama kita merdeka, sesetengah pihak dilihat seolah-olah semakin lupa dengan sejarah negara.

‘‘Kita mesti tahu bagaimana sejarah negara kita bermula,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Reezal Merican mengulas kenyataan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bahawa istilah ketuanan Melayu tidak sesuai digunakan kerana ia menggambarkan seperti hubungan ‘tuan dengan hamba’.

Reezal Merican menambah, istilah ketuanan Melayu menggambarkan kemuliaan kaum Melayu yang rela berkongsi hak dengan kaum lain.

‘‘Perkara ini akan turut dibincangkan dalam perhimpunan agung tahunan GPMS pada 19 Disember ini,’’ katanya lagi.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Wira Syed Ali Alhabshee turut melahirkan kekecewaan kerana rakan parti komponen Barisan Nasional (BN) semakin lantang menyerang kepentingan Melayu khususnya menjelang Perhimpunan Agung UMNO.

‘‘Sejak kebelakangan ini semua pemimpin parti yang menjadi sekutu UMNO dalam BN menampakkan belang masing-masing yang lebih menjuruskan kepada sentimen perkauman ke arah menjejaskan perpaduan rakyat pelbagai kaum,’’ katanya.-utusan

Pengorbanan Melayu tak dihargai

December 3, 2008 by Pendeta · 1 Comment 

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Tindakan segelintir ahli politik negara ini sama ada dari Barisan Nasional (BN) mahupun pakatan pembangkang membangkitkan isu-isu sensitif bersifat perkauman dilihat hanya terarah untuk meraih publisiti semata-mata.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, mereka juga seolah-olah tidak menghiraukan sensitiviti sesuatu kaum mahupun kesannya kepada kestabilan negara.

‘‘Sejak kebelakangan ini ramai ahli politik gemar bermain dengan isu ketuanan Melayu dengan memberikan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan seolah-olah mahu menjadikan ia bahan untuk menutup kelemahan serta kesilapan masing-masing.

‘‘Mangsa kepada kenyataan seperti itu sudah tentulah orang Melayu, malahan ia menunjukkan bahawa pengorbanan bangsa Melayu untuk berkongsi kuasa mentadbir negara di bawah nama perpaduan langsung tidak dihargai,’’ katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Moehamad Izat, selain isu semasa, isu Melayu sering dijadikan bahan oleh beberapa pemimpin masyarakat Cina dan India daripada komponen BN mahupun pembangkang untuk memenangi hati masyarakat yang diwakili.

‘‘Membangkitkan isu sensitif berkaitan orang Melayu seumpama menjolok sarang tebuan dan pastinya akan merugikan semua pihak sekiranya berlaku huru-hara di negara ini,’’ katanya.

Selain itu, menurutnya, tindakan ahli-ahli politik tertentu yang mempertikaikan isu-isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang Melayu kerana ia merupakan undang-undang kerajaan yang perlu dipatuhi.-Utusan

UMNO bincang calon 9 Dis.

December 3, 2008 by Pendeta · 1 Comment 

KUALA TERENGGANU 2 Dis. – UMNO Bahagian Kuala Terengganu akan mengadakan perbincangan mengenai pemilihan calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu selepas Hari Raya Aidiladha ini.

Ketuanya, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Disember ini bagi membincangkan semua perkara berhubung persiapan pilihan raya kecil kerusi berkenaan termasuk pemilihan calon.

‘‘Ketika ini, soal calon yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak dibincangkan.

‘‘Ia sebagai menghormati pemergian Allahyarham Datuk Razali Ismail,” katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai di sini hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat itu akan diadakan selepas UMNO Kuala Terengganu selesai mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarham dan menyambut Hari Raya Aidiladha.

‘‘Kita akan mengadakan perbincangan secara dalaman berhubung pemilihan calon sebelum kita mencadangkan nama-nama calon kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Said,” ujarnya.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan kematian mengejut Razali ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Genting Highland, Pahang pada Jummat lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lepas, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Mohamad (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).-Utusan

Turun 10 sen lagi

December 3, 2008 by Pendeta · 1 Comment 

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, petrol RON97 diturunkan daripada RM2 kepada RM1.90 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter.

‘‘Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya,” kata beliau.

Ini merupakan penurunan harga minyak kali keenam sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.

Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.64 (RM172.93) setong.-Utusan

Oleh ZULKIFLI JALIL

Eight to stalk Selangor MB in show of protest

December 2, 2008 by Pendeta · Leave a Comment 

SHAH ALAM: Eight members of Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) will stalk Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim and strip naked when they come face to face with him.

The men, aged 33 to 50, are from the movement’s Dare to be Nude Squad.

They have decided to go ahead to bare all in protest against the state government’s decision to raise the rental of low-cost houses.

“Our struggle is to keep the rental rate for government low-cost houses under the People’s Housing Scheme from going up.

“We wanted a police permit to strip in front of the State Secretariat as a sign of protest but we were denied it, so, now we will stalk the Mentri Besar and go butt naked when we get the chance,” said movement president Ramlan Abu Bakar.

He said the movement could not accept the state executive council’s decision in July to raise the rental from RM124 to RM250 a month for about 6,200 homes.

“We will go naked to get the message across. Our act is to humiliate or embarrass the Mentri Besar for not keeping to his general election promises to help the low-income earners,” he said.

On Nov 29, Selangor police chief Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar had said that the police would reject applications for permits of such nature.

Ramlan said the act of going naked was similar to pie throwing, where pies are thrown at politicians or others as a means of protesting against political beliefs or against a perceived arrogance in the person.

Yesterday, Ramlan, together with nine other members, lodged a police report and also filed a report at the state Anti-Corruption Agency here against Khalid for alleged misuse of funds in organising a Rakyat’s dinner at the PKR national congress last week.

“We want Khalid to vacate his post while the investigations are going on,” he said.-The Star

By EDWARD RAJENDRA

BN hadapi saingan sengit

December 2, 2008 by Pendeta · 1 Comment 

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengakui Barisan Nasional (BN) akan berhadapan saingan sengit pembangkang dalam usaha mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil nanti.

Katanya, ini kerana tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Wakaf Mempelam, Ladang dan Batu Burok dalam Parlimen itu dimenangi Pas pada pilihan raya umum Mac lalu, manakala hanya satu kerusi DUN dimenangi BN iaitu Bandar.

“Kita akui mungkin berhadapan pertandingan sengit tapi kita akan tetap pertahankan,” katanya.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Projek Buku Elektronik antara Kerajaan Terengganu, syarikat Top IT Industries Sdn. Bhd., Intel Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong apabila penyandangnya yang merupakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut pada Jumaat lalu, kerana diserang sakit jantung.

Ditanya mengenai calon kerusi tersebut nanti, Ahmad berkata, buat masa ini beliau masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya lagi.

“Sudah tentu kita akan pilih calon yang ada potensi untuk menang. Bila sudah ada senarai calon nanti saya akan serah kepada Perdana Menteri. Keputusan akhir beliau yang akan buat,” katanya.

Beliau berkata, BN tidak memikirkan soal calon dari parti pembangkang mana yang akan berlawan dengan calon BN tetapi akan lebih menumpukan kepada persiapan jentera BN bagi pilihan raya kecil itu nanti.

Katanya, mesyuarat mengenai gerak kerja pilihan raya kecil itu akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan semua aspek yang akan memastikan BN mendapat kemenangan.

Ahmad berkata, terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil.

“Tetapi kalau bulan ini mungkin agak sulit sedikit sebab keadaan banjir di Terengganu. Tetapi apa pun terpulang kepada SPR,” katanya.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu dimenangi Allahyarham Razali pada pilihan raya umum 2004 menewaskan calon Pas, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dengan majoriti 1,933 undi.

Pada pilihan raya umum Mac lalu, Razali mengekalkan kerusi tersebut setelah menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.-Utusan

PM arah peniaga turunkan harga

December 2, 2008 by Pendeta · 3 Comments 

Sambil menyatakan rasa kesal dengan sikap liat sesetengah peniaga menurunkan harga barang setiap kali harga minyak diturunkan, Perdana Menteri secara sinis berkata, peniaga terbabit sewenang-wenang menaikkan harga barangan tanpa disuruh apabila harga minyak naik.

Menurut Abdullah, beliau telah memberitahu menteri berkenaan, Datuk Shahrir Abdul Samad bahawa harga barang-barang yang diturunkan oleh peniaga mesti barangan yang digunakan setiap hari.

“Dulu kalau harga minyak naik, pandai-pandai pula naikkan (harga barangan), tapi bila turun, tak pula turun-turun harganya. Inilah satu (masalah) kebiasaan yang dihadapi rakyat,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, JPM di sini hari ini.

Meskipun kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak lima kali sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia namun tiada tanda-tanda ketara para peniaga di negara ini menurunkan harga barang terutama bahan makanan.

Pada 17 November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta para peniaga mengambil langkah mengurangkan harga barangan selaras dengan penurunan harga petrol dan diesel supaya orang ramai mendapat manfaat sepenuhnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan harga kebanyakan sayur seperti cili merah, kubis dan sebagainya naik mendadak di Kedah walaupun harga petrol dan diesel sudah diturunkan sebanyak lima kali dalam tahun ini.

Ekoran kenaikan harga cili merah yang melambung tinggi di pasaran, para peniaga di Pasar Besar Alor Star dikatakan enggan menjual cili kepada pengguna kerana tidak mahu menanggung kerugian.-Utusan
Oleh ZULKIFLI JALIL

Next Page »

Bottom