Kaji MIC Dalam BN : Pemuda Pandang Serius

May 26, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured

Dari Meja Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Pemuda UMNO memandang serius kenyataan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan bahawa parti itu tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya UMNO terlibat dengan penganjuran Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah menghubungi Mohan bagi meminta MIC menghentikan tuduhan-tuduhan liar kononnya UMNO menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu melalui GAS.

“Saya juga menegaskan kepada beliau (Mohan) bahawa kenyataannya yang berbaur ugutan untuk keluar daripada BN adalah tidak wajar sama sekali.

“Sebaliknya, parti-parti komponen sepatutnya mengukuhkan lagi hubungan sesama sendiri menjelang Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohan itu yang dibuat selepas bekas Timbalan Ketua Pemudanya, V. Mugilan dilaporkan akan membawa 7,000 ahli GAS pada majlis perhimpunan dan pelancaran pertubuhan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad ini.

Khairy dalam pada itu turut menegaskan, UMNO tidak terbabit sama sekali dalam kemelut MIC seperti yang dituduh oleh beberapa pemimpin parti tersebut.

Anak Samy Vellu, S. Vell Paari sebelum ini menuduh UMNO menjadi dalang kepada masalah yang wujud dalam MIC dan melakukan ‘pembunuhan politik’ terhadap parti itu bagi memecah- belahkan BN.

“Sekiranya MIC mempunyai sebarang krisis dalaman, maka, ia merupakan masalah yang perlu cepat diselesaikan sendiri oleh MIC, supaya kita dapat bersama-sama mengukuhkan BN,” katanya.

Khairy Jamaluddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap kenyataan anak Samy Vellu biadap

May 25, 2010 by admin  
Filed under Berita Khas

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan anak Presiden MIC, Vell Paari menuduh UMNO menggunakan pembunuhan politik untuk memecah-belahkan parti komponen Barisan Nasional (BN), sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengerusi BN itu menegaskan, BN dan parti-parti komponennya terutama UMNO tidak terlibat sama sekali dalam sebarang usaha yang menimbulkan masalah dalam MIC.

“Saya hendak menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu kerana kita, lebih-lebih UMNO tidak pernah terlibat dalam perkara seperti itu.

“Ini adalah (tuduhan) tidak adil, biadap,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan masjli ramah mesra warga pendidik dan guru-guru Muar di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini -

Nota:
Kami sempat menghubungi bekas setiausaha kanan Bekas ketua Pemuda MIC, Sdr Kanan, dalam perbualan kami dengan sdr Kanan beliau berkata mereka patut  habiskan Samy Vellu sekarang,”Lebih punya orang”. kata nya. Parii pun lebih juga , orang  sudah selamatkan dia sebab ayah nya dia pula mahu tunjuk hebat, Dia tunggu lah orang korek balik kes dia.Orang India masih belum boleh memaafkan Samy Velu dalam kes Maika.~ k Kanan,

RALLY 1 MALAYSIA : Di Jemput Hadir semua…. 12 Jun 2010 jam 12 tgh – 5 ptg… bertempat di Stadium Bukit Jalil… 1 Hati, 1 Misi, 1 Pemuda 1 Malaysia

May 23, 2010 by admin  
Filed under Featured

Menteri cakap lain Timbalan cakap lain

May 22, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured

KUALA LUMPUR 22 Mei – Cadangan agar para guru disyaratkan memiliki lesen perguruan hanyalah salah satu perkara yang dibincangkan dalam pemukiman Kementerian Pelajaran baru-baru ini dan kerajaan tidak bercadang melaksanakannya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, selepas meneliti perkara itu, kerajaan mendapati cadangan supaya guru memiliki lesen perguruan sama seperti doktor, peguam dan akauntan tidak praktikal untuk dilaksanakan di Malaysia.

“Itu hanya satu perkara yang dibincangkan dalam pemukiman kementerian tetapi ia tak ada apa, cuma pandangan guru-guru besar dan guru-guru yang mahu tekankan kualiti guru yang mengajar.

“Saya sudah teliti perkara itu dan saya berpendapat ia tidak sesuai dan tidak akan laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi semalam bahawa kementerian itu sedang menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.

Muhyiddin berkata, kementerian itu sudah mempunyai penilaian tersendiri yang digunakan untuk meneliti kedudukan guru-guru yang ada.

PM mahu MIC selesaikan krisis dalaman mereka sendiri

May 22, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kemelut yang sedang berlaku dalam MIC, salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) dapat diselesaikan. Masalah nya apakah DAP faham dan mahu menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku dalam parti berkenaan,

Najib yang juga pengerusi BN berkata, kemelut dalam MIC kini semakin hangat kerana ramai di kalangan pemimpin parti terbesar kaum India itu yang berpendapat perlunya berlaku perubahan dalam kepimpinan tertinggi parti.

“Perkara ini (kemelut kepimpinan MIC) harap dapat diselesaikan oleh MIC,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Aero Mall dan Bandar Lapangan Terbang Senai di Lapangan Terbang Senai di sini hari ini.

Beliau berkata, apa yang penting adalah MIC sebagai salah sebuah parti komponen BN perlu turut memainkan peranannya untuk meyakinkan rakyat supaya menyokong parti pemerintah.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya tentang kemelut yang berlaku dalam MIC ketika ini yang menyaksikan timbalan ketua pemuda MIC, V.Mugilan dipecat berikutan desakannya agar presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellu melepaskan jawatannya dengan segera

BN gagal pertahankan kerusi di Sibu

May 17, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar

SIBU 16 Mei – Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada calon DAP, Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu, hari ini.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Ho Leng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek mendapat 18,845 undi, Hui Yew memperoleh 18,447 manakala calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi dan 395 undi rosak.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sibu, Wong See Meng pada pukul 10.45 malam di Dewan Suarah, di sini sebaik sahaja kesemua 111 peti undi selesai dikira, termasuk undi pos yang terakhir dikira.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi ialah 32,742 iaitu mewakili 59.86 peratus daripada 54,695 pengundi berdaftar bagi pilihan raya yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Jumlah itu sangat rendah untuk sebuah pilihan raya kecil kerana pada Pilihan Raya Umum 2008, peratus keluar mengundi Parlimen Sibu ialah 67.7 peratus.

Hoi Chew yang merupakan penyandang kerusi Sibu selama lima penggal sebelum ini telah menewaskan calon DAP yang sama, Ho Leng dalam pilihan raya umum itu dengan majoriti 3,235 undi.

Antara pemimpin DAP yang hadir bagi meraikan kemenangan Ho Leng ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan para penyokong yang menanti di dalam hujan renyai-renyai di luar pagar dewan.

Sepanjang kempen berlangsung sejak 8 Mei lalu, kepimpinan BN berusaha keras meyakinkan pengundi mengenai komitmen kerajaan untuk membantu mengatasi masalah penduduk seperti banjir, pendidikan sekolah Cina dan prasarana yang lebih baik di pedalaman.

Bagaimanapun, usaha itu tidak memberi banyak kesan, terutama di kawasan pengundi Cina yang lebih mengharapkan calon pembangkang untuk mewakili mereka di Parlimen.

Tindakan pembangkang yang memainkan isu-isu sensitif, perkauman dan membenci pemimpin tertentu berjaya memberi kesan kepada penduduk Sibu yang menjadi agak keliru dengan cara ‘politik baru’ oleh pemimpin pakatan pembangkang dari Semenanjung.

Berpaksikan kepentingan rakyat

May 11, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured, Uncategorized

Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh lapisan kepimpinan dan ahli UMNO supaya menjadikan parti itu sebagai sebuah entiti politik yang berpaksikan kepentingan rakyat.

Dalam nada tegas, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri mengingatkan mereka supaya tidak leka dalam perjuangan sehingga parti itu dianggap oleh rakyat jelata hanya memperjuangkan kelompok kecil kumpulan yang berkepentingan sahaja.

Katanya, demi menjadikan UMNO dekat di hati rakyat, para pemimpinnya mesti mengatur program untuk rakyat pada setiap masa dan bukannya secara bermusim menjelang pilihan raya sahaja.

“Sekarang inilah kita mesti tunjuk sebagai pemimpin, kita adalah pemimpin yang sentiasa berjuang untuk kepentingan rakyat pada sepanjang masa.

“Inilah UMNO yang mesti dijadikan jati diri kepada kita semua. Kerana sayang kepada UMNO kita patut dan sanggup berjuang berhabis-habisan, kerana sayang kepada UMNO kita mesti menjadi pejuang yang jati, dekat di hati rakyat dan sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau membuat pesanan berkenaan sewaktu menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-64 UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan tertinggi UMNO termasuk Naib-Naib Presiden, ketua-ketua sayap Pemuda, Wanita dan Puteri serta ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT).

Dalam perkembangan berkaitan Najib berkata, walaupun pola sokongan rakyat khususnya orang Melayu semakin positif terhadap UMNO, semua pihak perlu sedar dan insaf kerana ia belum sampai ke tahap mereka boleh berasa bebas daripada sebarang ancaman politik.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh kepimpinan dan ahli UMNO supaya menghayati semangat gigih para pejuang UMNO terdahulu.

“Sempena hari ulang tahun ke-64 ini, saya ingin mengajak saudara sekalian dan saya juga mengajak diri saya supaya kembali kepada semangat jitu dan gigih para pejuang UMNO terdahulu.

“Ini supaya di dalam hati sanubari kita akan menyala semangat dan api perjuangan yang akan mengangkat kedudukan kita ke tahap yang lebih kukuh dan mantap,” katanya.

Sementara itu, beliau turut membuat peringatan bahawa UMNO sebagai sebuah parti politik yang telah menjadi pemerintah dan memenangi sebanyak 12 pilihan raya umum pasca kemerdekaan kini berdepan dengan pelbagai cabaran.

Justeru katanya, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada nasib parti-parti pemerintah di luar negara yang hampir sama usianya dengan UMNO yang kini telah menjadi parti pembangkang.

Sebagai contoh katanya, parti LDP di Jepun telah kehilangan kuasa dan ia disebabkan oleh tiga punca yang mesti diinsafi iaitu:

  • Berleluasanya politik berpuak sehingga perkara itu lebih diutamakan daripada berkhidmat kepada rakyat.
  • Mengutamakan kelompok tertentu yang berkepentingan sehingga kehendak dan tuntutan rakyat tidak diberi perhatian.
  • Tidak mempunyai iltizam politik untuk meneruskan perubahan dalaman sehingga rakyat dan pengundi melihatnya sebagai parti yang jauh daripada hati rakyat, tidak memahami kehendak mereka selain tidak segar mahupun dinamik.
  • Si Parpukari ini macam di hidang tahi dan terus dia memakan nya – tahap tuh bodoh nya

    May 6, 2010 by admin  
    Filed under Eksklusif

    Lama juga aku tidak menulis pasal si Parpukari ini sebab mahu memberikan laluan kepada pilihan raya kecil Hulu Selangor. Pada mula nya aku ingat si Parpukari ini semakin matang setelah melalui pilihan raya kecil hulu Selangor , Rupa rupa sangkaan aku meleset sekali. Bertambah bodoh dan bertambah bingai. Macam orang yang di hidangkan najis, dia akan terus ambil najis itu dan akan terus memakan nya. Inilah perangai si Parpukari ini.

    baca selanjutnya

    Formula ‘menang-menang’

    May 3, 2010 by admin  
    Filed under Cakap-cakap Politik

    SIBU 2 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjanjian persempadanan dengan Brunei pada Mac 2009 mengenai persempadanan semula darat dan laut merupakan satu pakej formula penyelesaian yang saling menguntungkan kedua-dua negara.

    Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, rundingan berkenaan masih belum selesai sepenuhnya tetapi kedua-dua negara sebulat suara untuk mencapai penyelesaian yang bersifat ‘menang-menang.’

    ‘‘Rundingan ini juga membawa kepada penyelesaian persempadanan dengan Brunei. Ada banyak dimensi dan persefahaman secara bertulis yang telah dicapai di antara kedua-dua negara,” katanya.

    Najib berkata demikian pada sidang akhbar di Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri dan Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 32 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sarawak di Kem Rascom, Briged Kesembilan Infantri di Jalan Ulu Oya dekat sini hari ini.

    Rundingan persempadanan laut – darat untungkan Malaysia-Brunei

    May 3, 2010 by admin  
    Filed under Berita Bergambar, Featured

    Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bahawa rundingan antara Malaysia dan Brunei berkaitan dengan persempadanan laut dan darat akan mencapai satu bentuk penyelesaian yang saling menguntungkan kedua-dua negara.

    Perdana Menteri berkata, kedua-dua negara jiran itu sedang berunding perkara berkenaan dalam semua aspek termasuk peranan dan peluang yang boleh diraih oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) daripada segi kerja cari gali dan pembangunan serta pelaburan yang boleh dibuat oleh Brunei di Malaysia sebagai satu pakej.

    “(Duli Yang Maha Mulia) Sultan Hassanal Bolkiah selalu sebut perkara ini bahawa baginda berkehendakkan penyelesaian yang berasaskan satu formula yang saling menguntungkan,” katanya.

    Najib berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari dan menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 32 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sarawak di Kem Rascom, Briged Kesembilan Infantri di Jalan Ulu Oya dekat sini hari ini.

    Beliau berkata, persetujuan pada prinsipnya telah dicapai pada 2009 dan kini kedua-dua pihak sedang melihat rundingan daripada segi kajian yang dilakukan dalam satu semangat perjanjian yang menguntungkan.

    Next Page »