Brunei drops claim over Limbang in Sarawak

April 30, 2010 by admin  
Filed under Eksklusif

By LEONG SHEN LI
BANDAR SERI BEGAWAN: In a historic move, Brunei has officially dropped its long-standing claim over Sarawak’s Limbang district, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said on Monday.

This was the result of the two countries resolving their various land and sea territorial disputes, he said.

“Brunei has decided to drop the Limbang issue and as a result, Limbang is part of Malaysian territory,” he told a press conference with the Malaysian media at the Malaysian High Commission here.

“With this resolution, there are no more issues to haunt the close relationship between Brunei and Malaysia,” he said.

The resolution was part of several disputes which were settled and sealed with the signing of Letters of Exchange by Abdullah and the Sultan of Brunei Sultan Hasannal Bolkiah at Istana Nurul Iman here on Monday.

The other disputes include questions over where the common maritime boundary of the two countries in the South China Sea should run, the rights to exploit potentially rich oil deposits in the disputed maritime territory, the right of movement by Malaysian vessels over Brunei waters and the demarcation of the common boundary of the two countries.

The dispute over Limbang can be traced back to the cession of the territory by Brunei to Sarawak’s White Rajahs in 1890. The cession has been strongly disputed by the Sultanate which regarded the transfer as annexation by Sarawak.

The cession of Limbang resulted in a significant reduction of Bruneian territory and cut the sultanate into two parts.

On Monday, Abdullah thanked the Sultan for the resolution of the various disputes and especially that of Limbang.

He said bilateral relations between the two countries would now enter a new era.

On the points in the Letters of Exchange, Abdullah and the Sultan in a joint statement said they had reached agreement over the final maritime boundaries between the two countries in the South China Sea.

They also agreed to establish a “commercial arrangement area” where oil and gas revenue in the disputed area would be shared between the two countries. How much each country would get was however not disclosed.

The two countries also agreed to the existence of “unsuspendable rights of maritime access” which guaranteed the right of movement by Malaysia vessels through Bruneian territorial waters provided Brunei’s laws and regulations are observed.

Lastly, the Letters of Exchange also established the methods to demarcate the land boundary between Brunei and Malaysia.

With the resolution of the maritime boundary delimitation issue, the leaders said the two countries would be able to embark on new developments in their respective areas.

The negotiations, which began in 1995, took 39 rounds of talks to reach resolution.

The dispute over maritime territory arose out of a 1979 map published by Malaysia which indicated that all deep sea territorial waters off the coast of Brunei belonged to Malaysia.

The latest incident related to the dispute over maritime territory occurred in 2003 when Malaysia and Brunei awarded petroleum production-sharing contracts to four exploration blocks in the disputed area, close to where a 440 million-barrel discovery had been made the year before.

Petronas awarded its two blocks to US oild firm Murphy Oil while Brunei awarded one of its blocks to France’s Total, BHP Billiton and Hess Corp and the othr to Shell, Mitsubishi and Conoco-Phillips.

Following the dispute, both countries agreed to stop drilling activities in the area.

Earlier, before the signing ceremony, Abdullah had a four-eyed meeting with the Sultan at the Palace.

Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud said the resolution of the question over the ownership of Limbang would enable several projects in the Sarawak district, which could benefit Brunei to proceed.

He said one of them was the construction of a hydroelectric dam across the Sungai Limbang where electricity could be supplied to Brunei.

”This will bring Sarawak and Brunei closer together as we can supply electricity to Brunei,” he told a press conference at the Malaysia High Commission.

On whether the resolution of the Limbang question would bring about easier access between that district and the rest of Sarawak, Taib said the problem was more to do with finding a convenient practice for immigration and customs checks.

He said the two countries had already agreed to using indentity cards instead of passports and further fine-tuning of the procedures could enable easier passage of people passing through checkpoints on the Brunei-Malaysia border.

Limbang’s road network is cut off from the rest of Sarawak and those travelling to the district have to pass through two border checkpoints.

http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=/2009/3/16/nation/20090316130057

BN tawan kembali Parlimen Hulu Selangor

April 26, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar

Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P. Kamalanathan menewaskan peguam terkenal dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi dalam pilihan raya kecil paling sengit sejak pilihan raya umum 2008.

Ketua Penerangan MIC yang juga seorang pegawai perhubungan awam itu memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid, yang dipecat daripada UMNO pada Disember 2008 kerana menghadiri perhimpunan parti pembangkang.

Bekas Anggota Parlimen Kota Baharu yang kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerima 23,272 undi.

Sejumlah 731 undi rosak pada pilihan raya kecil yang menyaksikan sejumlah 48,935 pengundi atau 75.87 peratus pemilih keluar mengundi pada Ahad. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi.

Pada pilihan raya umum 2008 yang merupakan “tsunami politik” bagi BN, Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel, yang juga merupakan Anggota Parlimen kawasan itu selama empat penggal, gagal mempertahankan kerusi apabila tewas dengan majoriti 198 undi kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR. Dr Zainal Abidin meninggal dunia pada 25 Mac.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN bersama-sama pemimpin parti komponen BN berada di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah di Kuala Kubu Bharu untuk meraikan kejayaan BN bersama-sama ribuan penyokong BN.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M. Kayveas dan para pemimpin parti.

Sejak pilihan raya umum 2008, sebanyak 10 pilihan raya kecil diadakan, dengan BN memenangi tiga daripadanya, termasuk kemenangan kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini yang sangat penting bagi mendapatkan kembali keyakinan dan sokongan rakyat.

Ia merupakan kemenangan bermakna bagi BN, terutamanya kepada Najib yang semasa berkempen menyatakan bahawa pilihan raya kecil itu bukan sahaja untuk memilih seorang Anggota Parlimen tetapi merupakan pungutan suara bagi hala tuju baru negara.

Najib sendiri turut turun berkempen sebaik sahaja kembali ke tanah air selepas melakukan lawatan luar negara, pergi ke kampung-kampung, bandar, kawasan rancangan Felda, bersama timbalannya Muhyidin yang saban hari berada di Hulu Selangor sejak penamaan calon pada 17 April.

Bulan depan, satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan, iaitu kerusi Parlimen Sibu, ekoran kematian penyandangnya Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Ia bukanlah satu laluan mudah bagi BN kerana pada awalnya terpaksa menempuh keadaan sukar memilih calon apabila MIC bertegas mencadangkan Palanivel menjadi calon BN manakala pucuk pimpinan BN mahukan muka baru seperti yang dikehendaki peringkat akar umbi.

Akhirnya, mereka bersetuju dengan pemilihan Kamalanathan atas dasar kompromi.

BN juga berhadapan dengan pakatan PKR-DAP-PAS yang diketuai Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat sambutan dan menarik minat orang ramai namun ia tidak berupaya mengatasi parti pemerintah yang berusaha menyelesaikan banyak masalah rakyat setempat, termasuk isu-isu kebajikan dan kehendak pengundi. (Bernama).

P KAMALANATHAN DI JANGKA MENANG ANTARA 4000 – 5000 UNDI ESOK

April 24, 2010 by admin  
Filed under Uncategorized

DARI SUMBER YANG DIPEROLIHI ( PENULIS PENULIS POLITIK ) , BN AKAN MENANG BESAR DENGAN KIRAAN LEBIH DARI LIMA RIBU UNDI.

DAP semalam membuat rumusan BN akan menang dengan Undi popular sebanyak 55% daripada jumlah yang akan keluar mengundi.Menurut sumber, DAP membuat rumusan bahawa calon BN P. Kamalanathan akan menang kerana dua faktor iaitu berlaku peningkatan sokongan dari pengundi Cina dan India kepada BN berbanding pilihan raya lalu. Faktor kedua ialah keengganan sebahagian orang Melayu yang selama ini menyokong Pas dan PKR menerima Zaid Ibrahim sebagai calon mereka. Kajian sikap pengundi oleh DAP mendapati kumpulan orang Melayu atas pagar menolak Zaid Ibrahim.

Kamalanathan calon BN PRK Hulu Selangor

April 15, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar

HULU SELANGOR 15 April – Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Pemilihan Kamalanathan, 45, yang merupakan anak jati Rawang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di sini, hari ini.

Pemuda BN cari pendekatan baru tangani isu buang bayi

April 15, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured

KUALA LUMPUR 14 April – Pemuda Barisan Nasional (BN) sedang mencari pendekatan baru bagi menangani isu pembuangan bayi menerusi program Makmal Pemuda BN, kata Pengerusinya Khairy Jamaluddin.

Katanya, kajian makmal itu yang akan berakhir pada bulan Jun ini, terbahagi kepada empat bahagian kajian iaitu mengenai demokrasi dan perpaduan, kos sara hidup dan pekerjaan manakala isu pembuangan bayi pula termasuk di dalam bahagian pendidikan.

“Saya percaya isu pembuangan bayi ini adalah isu bersama dan saya harap kita jangan tutup minda apabila diberi pendekatan-pendekatan tertentu.

“Masyarakat harus sedar bahawa isu buang bayi timbul disebabkan pasangan masih belum bersedia… ini kerana perkara itu jarang berlaku kepada ibu yang sudah berkahwin,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia di Bernama TV di sini malam tadi.

Menurutnya, petugas makmal itu terdiri daripada 30 anak muda yang dipilih secara rawak terdiri daripada pelbagai golongan dan taraf hidup dan tidak ada sebarang jawatan dalam mana-mana parti.

“Kita akan bincang dalam “BN Youth Lab” (Makmal Pemuda BN) apa pendekatan kita … tapi saya rasa isu ini berbalik kepada bahagian pendidikan, dengan itu kita nak pastikan bahawa pendedahan diberi kepada anak-anak muda supaya dapat mengelakkan kejadian sebegini daripada terus berlaku,” katanya.

Khairy berkata, ada pendapat yang mengatakan bahawa pengajaran mengenai kesihatan reproduktif hanya memberi pendedahan yang boleh menggalakkan anak-anak untuk mencuba sesuatu yang berunsur seks tetapi masyarakat harus terima hakikat bahawa perkara tersebut sedang berlaku.

Dengan itu, katanya, pendidikan reproduktif itu perlu bagi memberi pemahaman kepada anak muda bukan sekadar pendedahan dari sudut saintifik dan biologi tetapi perlu juga dilihat dari sudut agama dan nilai ketimuran.

Menurut beliau, semua pihak perlu lebih teliti dan prihatin terhadap anak-anak muda di sekeliling mereka.

“Ini adalah isu masyarakat, bukan senang untuk menyembunyikan perubahan kepada masyarakat apabila seseorang itu hamil, terutamanya selepas mencapai tempoh enam bulan kehamilan.

“Jadi guru, ibu bapa dan masyarakat sepatutnya lebih teliti dengan anak-anak muda di sekeliling mereka,” katanya. – BERNAMA

UMNO PAS LUDAH PKR KUTIP -PAS JILAT KEMBALI LUDAH MEREKA

April 15, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured

Pencalonan Zaid Ibrahim mewakili Pakatan Rakyat di Hulu Selangor sedikit sebanyak telah memberi kelegaan kepada jentera Barisan Nasional.

Zaid Ibrahim yang penuh dengan pelbagai isu salahlaku dan juga mempunyai persepsi buruk dikalangan ahli-ahli PKR sendiri bolehlah diibaratkan sebagai “racun” bagi Anwar dan Pakatan Rakyat di P94 Hulu Selangor.

Walaupun banyak orang didalam PR tidak bersetuju dengan tindakan “tidak waras” Anwar yang tetap mencalonkan Zaid Ibrahim biarpun ramai pemimpin PKR sendiri menentangnya, Fuziah Salleh dan juga Saifuddin Nasution pula telah membuktikan bahawa bahawa merekalah “pembodek tegar” dan balaci yang paling setia kepada setiap keputusan Anwar.

Fuziah Salleh yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR tanpa rasa malu mengeluarkan ayat bodek peringkat tertinggi bagi mengambil hati dan menyokong calon pilihan Anwar itu.

Fuziah menyifatkan pemilihan calon oleh Anwar ini adalah yang terbaik. Dia melahirkan rasa yakin bahawa Zaid merupakan calon terbaik yang boleh mewakili semua pengundi di Hulu Selangor.

Fuziah Salleh juga melahirkan rasa kagum dengan sifat tawadduk Zaid Ibrahim yang ditempa dari pengalamannya membesar di kawasan kampung.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula mengibaratkan Zaid Ibrahim sebagai permata berharga untuk PKR dan yakin sikap terpuji Zaid mampu menyentuh hati setiap pengundi di Hulu Selangor.

Dia juga tanpa segan silu mengaku bahawa mengenali Zaid yang disifatkannya sebagai seorang punya prinsip dan ketegasan.

Selain itu, Saifuddin memuji Zaid sebagai seorang yang dikatakan mempunyai ketajaman dan daya intelektual yang luar biasa. Bagi Saifuddin, penampilannya Zaid Ibrahim membuatkannya mudah didekati dalam memberi pandangan.

Inilah bukti “kehebatan” skill bodek dan ampu yang ada pada Fuziah dan juga Saifuddin Nasution.

Jika Anwar meletakkan “kerbau pendek” sebagai calon PKR di Hulu Selangor sekalipun, pasti dua “makhluk” ini akan tetap menyokong keputusan Anwar.

Selepas ini kita tunggu pula apa “pujian” dari pemimpin-pemimpin Pas bagi menyokong Zaid Ibrahim yang pernah mengemukakan saman terhadap tindakan Pas mahu melaksanakan “hudud’ tak lama dulu.

Jangan hairan jika pemimpin dan penceramah Pas memuji-muji dan menceritakan tentang sifat tawadduk Zaid Ibrahim sewaktu berkempen selepas hari penamaan calon nanti.

Seluruh negara sudah tahu dengan pe’el pemimpin-pemimpin Pas yang terkenal dengan sifat munafiq dan penuh dengan putarbelit politik mereka.

PM: MIC bertanding di Hulu S’gor

April 7, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat atas semangat setiakawan dalam BN memandangkan kerusi Parlimen Hulu Selangor adalah milik MIC sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, penentuan calon hanya akan dilakukan selepas beliau selaku Pengerusi BN Selangor mengadakan perbincangan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

‘‘Beri kepercayaan kepada saya untuk pilih calon terbaik. Jangan fikir soal siapa jadi calon tetapi buat kerja. Tolong jangan leka dan malas.

‘‘Saya minta (biar) saya tentukan calon sebab kita hendak menang. Kalau kalah bukan MIC sahaja kalah, tetapi BN kalah. Kalau memang, bukan MIC menang tetapi BN (juga) menang,” katanya ketika berucap menutup Konvensyen BN Selangor di sini hari ini.

Selain Samy Vellu, turut hadir ialah Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Konvensyen sehari bertemakan ‘BN Mampu Berubah: Sayangi Selangor, Yakini BN’ itu dihadiri kira-kira 200 pemimpin bahagian dan akar umbi parti komponen BN.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad kerana barah otak pada 25 Mac lalu.

Allahyarham memenangi kerusi itu setelah menewaskan calon BN, Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi pada Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008.

Pada sidang akhbar selepas itu Najib berkata, sentimen pengundi di Hulu Selangor sekarang memihak kepada BN.

Katanya, dalam pilihan raya kecil ada faktor tertentu yang perlu diambil kira dan salah satunya ialah faktor calon berbanding pilihan raya umum yang lebih tertumpu kepada kepimpinan negara dan isu nasional.

‘‘Jika kita nak menang mesti ambil kira apa yang akan dibuat perhitungan oleh pengundi dalam satu-satu kawasan. Kita akan pastikan apa sebenarnya yang dimahukan oleh pengundi.

‘‘(Pilihan raya kecil) ini menjadi ujian besar untuk BN Selangor dan saya selaku pengerusi mahu memastikan BN menang. Berikutan itu BN mesti bekerja kuat,” katanya sambil memberitahu calon hanya akan diumumkan apabila tiba masanya kelak.

Mengenai konvensyen hari ini, Najib berkata, ia diadakan tepat pada masanya untuk menilai keberkesanan parti itu di Selangor.

Menurutnya, perubahan tidak seharusnya dilihat dari segi dasar atau program yang akan ditingkatkan, sebaliknya ia lebih bermakna jika rakyat melihat sendiri perubahan yang dilakukan.

‘‘Di atas rasa tanggungjawab, kita sama-sama perlu berubah bermula dengan mencari kelemahan yang dilakukan dahulu,’’ jelasnya.

Najib berkata, sejak Mac 2008 BN Selangor berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran yang menguji ketahanan dan daya juang, namun parti itu masih kuat meneruskan perjuangan untuk rakyat.

Beliau turut mengingatkan pemimpin BN Selangor bahawa mereka mempunyai masa kurang tiga tahun untuk melakukan sesuatu bagi menawan semula negeri itu.

Melayu perlu berani tegur pemimpin – Kadir

April 5, 2010 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

Orang Melayu diminta tidak menyerahkan nasib dan masa depan mereka 100 peratus kepada pemimpin tanpa turut mengambil pendekatan mengawasi dan menegur sebarang kesilapan.

Tokoh wartawan, Datuk A. Kadir Jasin berkata, keadaan yang berlaku hari ini dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan sering dipertikai dan dilihat semakin terhakis, adalah hasil kealpaan pemimpin Melayu sendiri.

Beliau yang juga Ketua Pengarang Berita Publishing berkata, orang Melayu mesti menyedarkan dan menuntut pemimpin mereka agar bertindak tegas mempertahankan hak tersebut tanpa rasa bersalah ketika masih menguasai bidang politik, pentadbiran dan pemerintahan dalam negara.

‘‘Sebarang dasar dan rancangan kerajaan hendaklah selari dan menepati kehendak Perlembagaan terutama berkaitan perhubungan kaum seperti termaktub dalam Perkara 152 berkaitan bahasa Melayu dan Perkara 153 mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan pribumi,’’ katanya semasa menyampaikan pidato perdana bertajuk ‘Hak Istimewa Orang Melayu: Konflik Antara Perlembagaan dan Amalan’ di sini semalam.

17 April hari penamaan calon, 25 April PRK Hulu Selangor

April 2, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 17 April sebagai hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dan 25 April sebagai hari pengundian, umum Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini. Kerusi Parlimen Hulu Selangor itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, 71, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak pada Khamis lalu.