Khairy berjaya menerajui Pemuda UMNO Malaysia dengan jaya nya
March 31, 2010 by admin
Filed under Berita Bergambar, Featured
Setahun sudah Khairy Jamaluddin, memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan setahun sudah kita telah melihat berbagai bagai corak dan warna yang telah diukir oleh Khairy Jamluddin terhadap Pergerakan Pemuda berkenaan. Program Pemuda berjalan dengan lancar dan Pemuda UMNO juga kini kian matang dan telah menempuh beberapa siri pilihan raya termasuk pilihan raya Bagan Pinang di mana Pemuda telah memainkan peranan yang penting bagi memenangkan pilihan raya berkenaan.
Pemuda UMNO Malaysia juga merupakan Pergerakan yang matang dan berani di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin, Pemuda juga telah bersuara mengikut landasan yang bijak dan mengikut lunas lunas yang betul. Pemuda baru baru ini telah mengetuai badan badan NGO menyuarakan hasrat mereka kepada kedutaan Australia agar ahli Parlimen mereka jangan mencampuri urusan undang undang Malaysia . Di Ketuai Oleh Khairy Jamaluddin Pemuda telah bertemu dengan duta Australia bagi menyampai kan memorandum berkenaan.
Pemuda juga telah banyak membuat program program turun padang untuk menemui rakyat dan Pemuda juga telah berjaya menambahkan keahlian nya dan kini Pemuda merangka ke arah program program yang lebih bijak . Youth Lab yang telah di ilhamkan oleh Khairy Jamaluddin atas permintaan Perdana menteri ada lah merupakan satu kaedah yang baik bagi mendekati dan mengenali jiwa dan perasaan remaja kita dengan lebih dekat dan mendalam. Pemuda juga akan mengadakan Program Raly 1 Malaysia bagi menerangkan konsep 1 Malaysia keseluruh tanah air.
Alahamdulillah , Khairy Jamaluddin dapat menyatukan pemuda di bawah satu bumbung walaupun ada juga terdengar suara suara sumbang yang mengkritik Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Biasa lah sememangnya sukar bagi seseorang untuk menjaga semua hati dan tidak hairan ada juga bloggers ,tidak ramai seorang dua yang masih menyalak kerana tidak puas hati dengan Khairy dan bloggers ini akan terus tidak puas hati dengan Khairy kerana minda dan fikiran mereka sudah ditetapkan untuk membenci Khairy. Walau apa pun kebaikan yang dilakukan oleh Khairy tidak akan di lihat oleh bloggers ini.
Bloggers seperti ini adalah lebih baik dibiarkan saja kerana Khairy tidak perlu membuang masa untuk melayan mereka ini kerana jika dilayan ianya tidak akan membawa sebarang kesudahan. Rakyat kini sudah mula bosan dengan bloggers sebegini kerana rakyat sudah tahu bahawa mereka ini hanya kan memburukkan Khairy Jamaluddin semata mata kerana perasaan ketidakpuasan hati mereka.
Khairy Jamaluddin yang begitu akrab dan boleh bekerjasama dengan Timbalan beliau membuat kedudukan dan kepimpinan beliau dalam Pemuda kelihatan begitu mantap sekali dan tidak bermasalah.Syabas kepada Khairy Jamaluddin yang terus menjalankan tugas yang dim amanhkan oleh Perdana Menteri dengan baik dan bijak secara yang paling berkesan, Selamat Maju jaya kepada Khairy Jamaluddin dalam kempimpinan Pemuda UMNO Malaysia.
APCO Nafi Dakwaan Anwar Ia Bekerja Dengan Kerajaan Israel



