KPMU mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul
February 26, 2010 by admin
Filed under Berita Bergambar, Featured
12.Rabiul Awal setiap tahun merupakan tarikh yang penting dalam sejarah umat Islam seluruh alam. Pada hari inilah lahir dan munculnya seorang nabi akhir zaman iaitu insan bernama Nabi Muhammad Bin Abdullah SAW. Insan yang dijanjikan syurga Allah itu memang terkenal dengan sifat pemurah, lemah lembut, jujur, amanah, ikhlas, cekal, tabah dan berpegang teguh kepada Tali Allah setiap masa.
Oleh itu, bagi mengenang dan menyanjung perjuangan dan jasa baginda, seluruh masyarakat Islam di dunia ini menyambutnya dengan ungkapan MAULIDURRASUL. Kami Warga KPMU ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua pelayar alam maya, bloggers politik dan seluruh Rakyat malaysia Malaysia. Jangan jadikan sambutan Maulidurrasul ini sebagai adat semata-mata, tetapi renungkanlah kekuatan disebalik peristiwa yang berlaku pada 12.Rabiulawal ini agar setiap daripada kita akan berjaya dalam kehidupan yang dituju.
Namun, KPMU mengharapkan agar seluruh umat Islam mengambil pengajaran daripada insan bernama Rasulullah ini dalam kehidupan seharian. Pengajaran yang dapat dikutip daripada Rasulullah sebenarnya bukan sahaja untuk diamalkan dan direnung oleh umat Islam semata-mata, malah masyarakat bukan Islam juga amat digalakkan untuk menjadikan Rasulullah sebagai idola mereka dalam menyelusuri kehidupan dunia ini. Sesungguhnya, Rasulullah SAW adalah pemimpin agung untuk semua umat manusia yang tidak mengira agama, bangsa dan keturunan. Dari dahulu sehingga selama-lamanya, Rasulullah SAW adalah contoh terbaik yang boleh kita jadikan pegangan dalam sektor ekonomi, politik mahupun sosial.
Diharapkan setiap daripada kita akan memperoleh kebaikan dan pengajaran yang besar melalui kepribadian Rasulullah SAW yang amat banyak jika hendak dihitung dan dihurai. Ingatlah betapa kasihnya Rasulullah SAW terhadap umat-umatnya sehingga sanggup mengadaikan apa jua kepentingan diri Baginda semata-mata ingin melihat umatnya berada dalam keadaan baik dan harmoni. Oleh itu, marilah kita cuba untuk mengharmonikan masyarakat kita sedia ada dengan memupuk semangat dan perasaan kecintaan kita terhadap rakan-rakan sekeliling kita yang tidak mengira pangkat, agama, darjat dan keturunan.
Insaflah Wan Azizah – Saidatul Badru
February 26, 2010 by admin
Filed under Berita Bergambar, Featured
Saya amat tertarik dengan sebuah artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dimana Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak telah menyeru Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim untuk meghentikan lakonan nya dihadapan khalayak ramai dan katanya kehidupan manusia bukan hanya berakhir di sini sahaja,
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta supaya menginsafi kesilapan dan masih belum terlambat untuknya kembali ke pangkal jalan.
Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, semua yang mengaku beragama Islam perlu ingat bahawa kehidupan manusia tidak hanya berakhir di dunia sahaja tetapi akan berterusan hingga ke akhirat.
Menurutnya, beliau yang juga seorang wanita, isteri dan mempunyai anak-anak mengakui amat memahami situasi yang dihadapi oleh Wan Azizah iaitu keperluan untuk menjaga maruah suami.
“Tetapi kita sebagai isteri juga mempunyai tanggungjawab kepada negara. Sekiranya, suami sudah merosakkan negara kita mesti minta dia berhenti dan tidak (lagi) menyokong tindakannya.
“Letakkanlah kepentingan negara mengatasi kepentingan suami untuk mencapai cita-cita peribadinya. Kasihanlah kepada penyokong dan rakyat yang tidak tahu apa-apa, fikirkanlah maruah anak-anak dan hidup mereka di dunia dan akhirat.
“Kita bukan nak hidup di dunia sahaja, saya tahu Wan Azizah mengetahui hal sebenar dan saya kecewa demi kepentingan politik suami dan dirinya (sanggup) dia berbohong kepada rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Datuk S. Nallakaruppan yang menyatakan bahawa Wan Azizah selayaknya diberi anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010′ atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat.
Beliau yang juga bekas rakan karib, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis bersedia mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim untuk dipertimbangkan.
Sumber: Utusan.com.my
Rasa ketidakpuasan hati blogger Perak terhadap Parpukari – SURAT TERBUKA BLOGGERS BUAT MB PERAK
February 26, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik, Featured
10SBH melawat blog rakan-rakan dan terkejut dengan apa yang dikeluarkan di blog 1 MALAYSIA. Artikel yang dikeluarkan berbunyi seperti ini “Surat Terbuka Buat Dato’ Seri Dr. Zambry“.
Semoga Negeri Perak akan sejahtera dibawah pemerintahan Datuk seri setelah kita dikejutkan apabila Negeri Perak telah ditawan oleh Pihak pembangkang atas kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Mujurlah kita mua sedar dan bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan yang kita ada dan berjaya menawan kembali Perak dalam masa setahun apabila tiga dari Ahli Dewan Undangan mereka bertindak keluar dari parti.
Setelah kejayaan ini kita perolehi rakyat merasakan amat bersyukur kerana Datuk Seri telah dilantik sebagai Menteri Besar dan mereka berharap agar ada sinar baru dalam kepimpinan Datuk Seri setelah menghukum kepimpinan yang lama. Dalam mengusahakan pembangunan bagi negeri Perak , datuk seri telah menghadapi banyak dugaan dari dalam dan luar UMNO yang memaksa Datuk Seri untuk bertindak secara yang bijak kerana dengan kedudukan sokongan hanya kelebihan tiga kerusi belum memastikan Datuk Seri akan terus memimpin negeri Perak pada pilihan raya yang akan datang.
Datuk Seri perlu menjaga banyak hati dan perlu bijak menyusun jentera jentera di semua sudut untuk memastikan rakyat di negeri Perak tidak akan menghukum kepimpinan Datuk Seri pula. Walau tidak pernah mengenali Datuk Seri , saya sebagai rakyat biasa sungguh kagum dan menghormati kepimpinan Datuk Seri sebelum ini , seawal enam bulan yang pertama. Namun setelah saya menjadi kecewa. Bukan sahaja saya ,malahan ramai rakyat biasa yang mengikuti laman web dan blog kini tidak lagi dapat mengikis imej Datuk Seri keluar dari Imej Parpukari yang mana terlalu ramai rakyat yang sudah mual dan bosan dengan keangkuhan , keegoan dan sikap kurang ajar dan biadab serta nukilan lucah yang dipamerkan dalam blog beliau.
Malahan baru baru ini sebagai ahli UMNO dan juga rakyat negeri Perak , kami tidak lagi seghairah dahulu untuk mendengar keputusan mahkamah yang akan mengumumkan siapakah Menteri Besar Perak. Kami amat sedih kerana kami tidak lagi merasa ghairah. Kami tidak mahu Nizar menjadi Menteri Besar , tetapi kami sudah tidak hairan jika Datuk Seri juga tidak dinobatkan sebagai Menteri Besar. Buruk sekali perasaan ini dan jika ini terus berlanjutan saya tidak merasa hairan jika Perak akan hilang kerusi lebihan malahan akan bertambah teruk kehilangan kerusi berkenaan. Ini semua kerana ramai yang telah mulai bosan dengan sikap Parpukari yang Datuk Seri bela itu dan mereka kini sudah sinonim dan secara automatik apabila menyebut nama Datuk seri mereka akan terbayang Parpukari
Datuk Seri , ini adalah sesuatu yang amat serius yang perlu Datuk Seri berikan perhatian sebelum nasi menjadi bubur. Ramai bloggers Perak kini menentang Parpukari dan eloklah Datuk Seri membuat perjumpaan dengan mereka ini dan memujuk mereka kembali. Parpukari tidak lah sehebat mana . Datuk Seri perlu menjaga hati rakyat dan memenangi hati mereka dari hanya menjaga satu hati . Sekian terima kasih agar mendapat pertimbangan dari Datuk Seri.
Melihat kepada isi surat terbuka tersebut, 10SBH dapat katakan, ia merupakan luahan hati mewakili bloggers di Perak.
10SBH juga bersetuju malah menyokong surat terbuka yang ditujukan kepada Dato’ Seri Dr. Zambry. Tiada niat lain yang tersembunyi sebaliknya hadir dari perjuangan yang ikhlas dalam memastikan Perak tidak dipenuhi dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan UMNO khususnya sesama Bangsa Melayu itu sendiri.
Kenapa isu ini yang 10SBH utarakan, kerana DS Dr Zambry perlu peka dengan apa yang berlaku dengan Bloggers di Perak ketika ini, lebih-lebih lagi setelah Parpukari mengepalai Bloggers Perak. Tidak dilihat keberkesanannya, malahan lebih memburukkan keadaan apabila kini telah ramai bloggers menyuarakan pendapat serta kebencian mereka terhadap PARPUKARI. Persoalannya, sampai bila Parpukari akan terus dibela, dan bagaimana pula dengan nasib Bloggers Perak yang tidak TERBELA. Apakah Ds Dr. Zambry sudah merasakan Parpukari sudah cukup kuat untuk menggerakkan jentera siber UMNO Perak.
Lebih menyedihkan apabila dikatakan Saudara Nizam Isa, Setiausaha Akhbar (SUA) kepada DS Dr Zambry sendiri dikatakan telah berada dibawah Parpukari. Secara jujur, 10SBH menghormati Saudara Nizam kerana beliau benar-benar komited dengan tugasnya dan ia telah dibuktikan dengan sungguh cemerlang. Namun demikian, andai benar seperti apa yang dikatakan oleh blogger 1 MALAYSIA, nampaknya sungguh besar peranan PARPUKARI sehingga mampu melangkaui peranan seorang SUA itu sendiri. Saranan 10SBH agar diteliti semula akan peranan Parpukari ini, kerana terbukti Parpukari gagal mengumpulkan bloggers di Perak.
Kini terpulang kepada kerajaan UBN Perak untuk TERUS MEMBELA atau MENENDANG PARPUKARI keluar dari Perak untuk survival Kerajaan Negeri Perak!
http://10sibudakhitam.blogspot.com/
Surat terbuka daripada bloggers buat Datuk Seri Dr Zambry :
RM100 juta, Wan Azizah tolong tutup mulut…
Senario politik negara jelas sudah menemui persimpangan. Fitnah maha dahsyat dekad ini, alaf baru tahun 2010, tahun siber.
SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ’suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.
Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu memburukan orang kepada khalayak melalui saluran media massa (cetak atau elektronik) dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.
Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung artikel yang disiarkan oleh akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata edisi akhbar itu bertarikh 29 Dis 2009 hingga 5 Jan 2010, bertajuk “Zambry Disyaki Pengganas – Gagal masuk ke Amerika Syarikat” mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.
Beliau menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah sebenarnya dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.
Katanya lawatan beliau ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.
Zambry berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.
Katanya perkataan berunsur fitnah itu juga dirancang bagi mempersendakan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak dan disiarkan dalam halaman utama di belakang akhbar itu untuk lebih menarik perhatian pembaca serta mengakibatkan kerosakan maksimum dan aib kepada dirinya.
Perkataan berunsur fitnah itu difahami bertujuan membawa maksud bahawa beliau seorang yang disyaki sebagai pengganas, terbabit dalam kegiatan keganasan dan disenaraikan dalam pangkalan data pengganas serta tidak layak menjadi Menteri Besar Perak dan menjawat jawatan awam, katanya.
Beliau menuntut gantirugi RM100 juta, termasuk gantirugi teruk dan gantirugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.
Segala cakap-cakap yang berbaur iri hati dan fitnah itu jika di teliti di keluarkan oleh puak pembangkang jelas menunjukkan mereka hanya menabur fitnah tanpa ada data atau maklumat yang tepat bagi menyokong hujah-hujah mereka itu.
Salam Takziah buat keluarga arwah Haslinda Mohd Zerain
February 24, 2010 by admin
Filed under Berita Khas, Featured

Salam Takziah buat keluarga arwah Haslinda Mohd Zerain dari kami krew KPMU. Ketua Puteri UMNO Ampang, Haslinda Mohd Zerain, 37 tahun, telah pulang ke rahmatullah jam 11.45 pagi akibat diserang sakit jantung.
Jenazah Allahyarhamah dikebumikan dikawasan perkuburan islam berhampiran Masjid Riduan Hulu Kelang selepas waktu asar.
Al-Fatehah
Lim Guan Eng Bacul
February 24, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik, Featured
Kalau LGE berani sahutlah cabaran Pemuda Umno, kalau dia kalah bubarkan Dun di Pulau Pinang! Ada berani ka? Banyak isu-isu yang LGE belum jawab dan tunaikan manifesto pilihanraya walaupun hampir dua tahum memerentah pulau pinang.
Bekas Banduan memang tak layak jadi pemimpin!
Yang ini pula cerita seorang pengecut yang menuduh orang lain pengecut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh si ketua pengecut ini cukup mengelikan hati, kata blogger pisau hahaha.
Tahukah anda si gemuk pendek ini cukup penakut, jika ada tunjuk perasaan dialah yang berdiri paling belakang,jika dikejar FRU beliau lah yang paling dulu melarikan diri,nak dikatakan terkena air gatal bau gas pemedih mata pun tidak pernah.
http://jebat2010.blogspot.com/
Parpukari akan jadi beban kepada Dr Zambry dan UMNO
February 23, 2010 by admin
Filed under Berita Bergambar, Featured
Tan Sri Muhyiddin menyarankan agar ahli UMNO menyelesaikan segala masalah dalaman segera agar lebih bersedia untuk menghadapi PRU13 yang akan datang. baca sini Malangnya apa yang diharapkan oleh Tan Sri Muhyiddin tidak mungkin akan tercapai selagi Tan Sri Muhyiddin sendiri memberikan muka dan juga mengikut segala kehendak bloggers yang pro Tun Mahathir. Jelas Tan Sri Muhyiddin terlalu memberikan muka kepada mereka ini dan mereka ini sebenarnya (beberapa orang yang sememangnya perasan mereka ini boleh mengoncang kan Tan Sri Muhyiddin malahan bloggers ini pernah mengugut untuk tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin jika Khairy Jamaluddin diberikan kerusi sebagai menteri.
Bloggers Pro Tun Mahathir ini terlalu biadab dan ada kala berlagak seolah olah mereka ini lebih dari menteri. Tentu pejabat Tan Sri Muhyiddin tahu bagaimana cara bloggers seperti Parpukari yang cuba untuk menjatuhkan Ketua Pemuda UMNO kerana dendam peribadinya setelah gagal menaikkan Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Seharusnya Parpukari menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal memenangkan kan Mukhriz kerana penulisan merayu beliau beliau yang membuat ramai orang naik bosan . Parpukari telah terhutang budi dan telah makan banyak duit yang diberikan oleh bos nya itu kerana laporan laporan bodoh beliau yang mengatakan Mukhriz akan menang mudah, Malangnya Mukhriz tidak dapat jejak tempat kedua apatah lagi memenangi kerusi KPPUM.
Setelah setahun berlalu dan rasanya Pergerakan Pemuda UMNO telah bergerak mengikut apa yang telah dirancang , mereka mereka seperti Parpu kari ini masih tidak paus hati dan masih cuba menjatuhkan kepimpinan KPPUM. Apakah mereka ini tidak ada kerja lain yang lebih baik yang boleh mereka lakukan ?Sebenarnya ramai yang sudah bosan dengan Parpukari ini malahan kumpulan bloggers dari negeri Perak sudah bosan dengan beliau dan sikap beliau ini kemungkinan akan membawa padah kepada Tuan Tuan lembu yang menjaga lembu Parpu ini.
Si Parpu ini sering memainkan lagu lagu lama yang dimainkan oleh pembangkang yang mana pembangkang pun tidak mahu main isu basi itu lagi. Yang paling menarik si parpu banyak meiankan cerita tipu seperti Exco Pemuda mendesak KPPUM meletakan jawatan yang mana akhirnya dinafikan oleh Naib Ketua Pemuda sendiri. Parpu juga baru baru ini menipu kononnya Khairy diberikan oleh PM sebanyak 2 Juta untuk buat program menghantar memeorundum kepada kedutaan Australia dengan niat jahat menyuruh budak2 pemuda yang hadir meminta wang dari Khairy . Tapi kami difahamkan dari sumber yang boleh dipercayai sebenarnya Parpu sudah memberi tahu kepada salah seorang Pegawai yang dai boleh berhenti menabur fitnah sekiranya dia dibayar dengan lumayan. sekurang kurangnya RM50 ribu sebulan kerana beliau bukan sahaja seorang kerana bersama nya ada ayah angkat beliau si Hussein dan kawan gay beliau si Singh is the King. Pegawai berkenaan berkata dia akan menghubungi Parpu setelah mendapat keputusan , Sebaik saja Parpu menerima panggilan dan permintaan nya ditolak Parpu terus menulis bagaikan orang hilang akal dan terus menabur fitnah terhadap KJ. di blog nya,
Gaya dan cara penulisan si Parpukari ini tidak jauh beza cara nya dengan Raja Petra cuma Raja Petra lebih baik dan lebih berpelajaan dari Parpukari yang tidak pernah masuk mana mana kolej ini. Gaya fikiran dan penipuan Raja Petra lebih hebat tidaklah ke bodoh bodohan seperti gaya parpu ini, Parpu ini banyak mendedahkan gambar lucah bagi menarik pembaca membaca blog nya, Isi kandung blog sebenetnya tidak ada apa melainkan fitnah dan photostate berita orang seperti mesin Photostate. Cubaan dia mengaitkan KJ dengan Amwar Ibrahim sememangnya tidak berasas dan nampak sangat si Parpukari ini terdesak kerana ramai yang tidak mempercayai malah mengambil apa yang di salin atau ditiru oleh Parpukari sebagai sesuatu yang tidak benar.
Sebenarnya di Negeri Perak mereka yang celik IT sudah mula membenci Dr Zambry hanya kerana mereka merasakan keperibadian Dr Zambry juga hampir sama dengan orang yang diupah oleh Dr Zambry si Parpukari ini yang kuat mencarut dan memaparkan gambar gambar yang jijik dan lucah. Sokongan Dr Zambry tidak bertambah dengan cara Parpu memainkan isu isu Perak dan disini saya paparkan betapa blogers perak bosan dengan cara Parpukari dan mereka sudah mula mengutuk dan memusuhi Parpukari.
*GEMPAQ : JUAL PARPUKARI LEBIH UNTUNG DARI JUAL UNTA…
*http://www.1-mal.blogspot.com/
*Hospital gila ..ada orang gila makan banyak kari
*Sapa yang buat hal KJ atau Parpukari?
*KDN perlu mengambil tindakan tegas terhadap Parpu Kari
Hapuskan perbalahan dalaman
February 22, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat menghapuskan segala bentuk persengketaan dan perbalahan dalaman yang dilihat menjadi punca kelemahan parti.
Beliau yang juga Timbalan Presiden parti menegaskan, masalah itu tidak boleh dipandang remeh kerana kajian menunjukkan ia menjadi punca utama kegagalan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi pada pilihan raya lalu.
Sehubungan itu beliau mengingatkan kedudukan UMNO dan BN adalah kritikal jika masalah dalaman seumpama itu tidak diselesaikan segera.
”Kegagalan itu berdasarkan kajian yang dibuat selepas pilihan raya umum lalu bagi mencari punca sebenar kenapa UMNO dan BN gagal mempertahankan kemenangan (majoriti) dua pertiga dalam pilihan raya umum lalu itu.
”Jika tiada perubahan dilakukan, kita (UMNO) tidak mampu bertahan,” katanya ketika berucap menutup Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Teknologi Mara Kampus Khazanah Alam, Bandar Jengka dekat sini hari ini.
Konvensyen selama tiga hari yang berakhir hari ini dihadiri 1,400 peserta yang terdiri daripada ahli UMNO dari 14 bahagian di negeri itu.
Muhyiddin menegaskan, pemimpin dan ahli UMNO perlu segera mencari jalan menyelesaikan segala masalah dalaman terutama persengketaan dalam tempoh satu atau dua tahun ini supaya ia tidak berterusan ketika menghadapi pilihan raya umum akan datang.
”Tempoh 24 bulan adalah masa yang singkat untuk membetulkan semula keadaan tetapi jika tiada usaha mengatasinya, ia akan menjadi isu dan persepsi yang boleh mempengaruhi rakyat,” tegasnya.
Dalam politik, jelasnya, persepsi adalah penting kerana ia boleh mempengaruhi minda dan pandangan pengundi, bahkan menjadi penentu sama ada mereka akan mengundi UMNO pada pilihan raya atau sebaliknya.
”Kita perlu ingat masih ramai orang Melayu yang miskin dan ketinggalan dalam semua bidang seperti ramai yang masih menjadi nelayan, petani dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau bimbang kerana masih terdapat ketua bahagian dan cawangan yang tidak menjalankan program termasuk pendekatan baru yang diketengahkan oleh UMNO iaitu program Juara Rakyat.
Katanya, program itu ialah satu cara yang dilihat lebih berkesan untuk mendekati rakyat bagi mendengar dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Di samping itu, Muhyiddin juga memberi jaminan bahawa usaha kerajaan memperkenalkan Model Ekonomi Baru bertujuan membantu orang Melayu tanpa meminggirkan kaum lain.
”Walaupun model ini memperlihatkan kesamarataan bagi semua kaum tanpa mengira budaya dan agama tetapi ia tidak bermakna hak-hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan diketepikan.
”Melalui model yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membantu semua rakyat miskin di kalangan orang Melayu dan juga bukan Melayu,” kata Muhyiddin.
Bercakap kepada pemberita, beliau memberitahu, UMNO akan berusaha untuk memahami aspirasi golongan muda dalam usaha menarik mereka menyokong BN dalam pilihan raya akan datang.
Kali Ini Hadi Faham!
February 21, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik, Featured

Kedaulatan selalu dikaitkan dengan institusi yang bernama “negara”. Kedaulatan sesebuah negara wujud sebagai hak kemerdekaan dan berkuasa untuk mengatur urusan dalaman sesebuah negara. Kerajaan sebuah negara samada demokrasi maupun komunis atau sosialis mempunyai kuasa untuk menentukan keputusan tertinggi dalam mengendali negara, termasuk dalam mengendalikan sumber alam, guna tenaga ,undang-undang maupun manusianya.
Namun kedaulatan sesebuah negara semakin menghadapi cabaran terutama daripada golongan liberal yang mengatakan abad ini konsep kedaulatan akan berakhir. Dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah menerobos masuk ke dalam sesebuah negara dengan kekuatan pasaran ekonomi. Malah dengan kecanggihan teknologi ketenteraan kedaulatan sesebuah negara juga mudah ditembusi. Nilai-nilai norma universal seperti hak asasi manusia telah menenggelamkan kedaulatan sesebuah negara. Ini bermakna dalam hal-hal tertentu agak sukar untuk kita mengawal kedaulatan negara daripada dicampuri oleh kuasa-kuasa asing atau negara luar.
Di dalam kes Anwar Ibrahim, campur tangan 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak kerajaan menggugurkan tuduhan liwat ke atas bekas timbalan perdana menteri itu berkemungkin atas dasar nilai-nilai universal yang kononnya sudah diterima oleh banyak negara. Hubungan homoseksual sudah dianggap sebagai nilai dan perlakuan universal iaitu banyak negara sudah menghalalkan hubungan sejenis ini bahkan ianya sudah dijadikan undang-undang.
Bagi 50 MP negara kanggaroo itu, tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang pelik dan ganjil kerana sebahagian besar masyarakat dunia sudah menerima homoseksual dan lesbian . Malangnya di Malaysia kegiatan yang melanggar fitrah manusia ini belum lagi diterima malah dipandang jijik bukan sahaja budaya Melayu lebih-lebih lagi dari sudut undang-undang Islam. Maka liwat atau hubungan homoseksual adalah salah dari segi undang-undang negara. Adalah tidak wajar, kuasa asing atas dasar liberal dan universal boleh sesuka hati mencampuri urusan undang-undang negara ini. Biarlah Anwar dibicarakan di mahkamah secara adil dan saksama tanpa banyak kerenah.
Dalam hal ini satu pujian harus diberikan kepada Hadi Awang tetapi tidak untuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang cuba untuk memanipulasikan kes liwat ini untuk kepentingan politik sempit dengan membelakangkan kepentingan kedaulatan negara.
Hadi berkata,”Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam,” Kenyataan Hadi ini disokong oleh PM yang mengatakan “negara lain perlu mematuhi proses perundangan dan juga peruntukan perlembagaan di mana keluhuran perlembagaan dan keadilan untuk semua serta pengasingan kuasa adalah merupakan tonggak dalam sistem perlembagaan negara dan semua negara mesti menghormatinya tanpa memperlekehkan kita dengan membuat sendaan yang tidak berasas sama sekali”.
Sama ada kenyataan Hadi mendapat sokongan daripada Mursyidur Am mereka tidak penting kerana Hadi berkata sesuatu yang benar. Ini adalah kenyataan daripada Presiden parti, dan ianya tidak memerlukan ulasan daripada penasihat yang sudah diketahui umum sangat berkepentingan dan tidak konsisten.
Pakatan pembangkang kelihatan sudah tidak sederap dan tidak seirama lagi. Apabila Hadi mengecam campur tangan asing, LKS pula meminta satu sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan usul untuk menggugurkan dakwaan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa kena mengena kes Anwar Ibrahim nak dibawa ke dalam Dewan Rakyat? Kalau kepala otak sudah dipenuhi dengan udang maka kes liwat ini cuba dikaitkan dengan politik. Kes ini adalah antara Saiful dan Anwar. Berilah keadilan untuk Anwar dan Saiful dalam perbicaraan di mahkamah.
Kali ini, kenyataan Hadi tepat pada masanya. Harapan kita agar semua pemimpin PAS akur dengan pandangan dan kenyataan Presiden parti. Jika hal kedaulatan negara pun mau dipolitikkan, berkemungkinan ramai pengundi atas pagar dan tidak berparti akan menjauhi PAS kerana mereka ini lah yang banyak memberi undi kepada PAS dalam PRU ke 12 yang lalu.
Amir Hamzah
Batu Pahat
Kehadiran penyokong Anwar terus hambar
February 19, 2010 by admin
Filed under Keratan Akhbar
Walaupun pelbagai usaha dilakukan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya lebih ramai penyokong parti itu datang setiap kali perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung, namun sambutan yang ditunjukkan tetap hambar.
Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, hanya kira-kira 30 penyokong pakatan pembangkang sahaja yang hadir menyambut ketibaan Penasihat PKR itu.
Jumlah penyokong Anwar itu ternyata tenggelam di sebalik bilangan ‘penonton’ iaitu orang ramai yang mempunyai urusan di mahkamah serta wakil media.
Ketibaan Anwar dan peguamnya, Karpal Singh pada pukul 9.17 pagi disambut oleh beberapa pemimpin pembangkang.
Bagaimanapun jumlah penyokong Anwar kemudiaannya dilihat sedikit bertambah sehingga mencecah kira-kira 70 orang menjelang pukul 10 pagi.
Seperti biasa, kumpulan penyokong fanatik itu yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas dan golongan belia melaungkan perkataan reformasi setiap kali mereka melihat Anwar.
Sementara itu di pekarangan mahkamah terdapat sekumpulan penyokong Anwar membaca
utusan.com.my






