Bloggers upahan Mukhriz mahu menguasai Kabinet dan PM

Oleh : Man Toba
Sememangnya telah diduga dua bloggers upahan Mukhriz Tun Mahahthir ini akan terus menyerang Khairy Jamaluddin dan seperti yang dijangkakan ini berlaku apabila ada angin yang bertiup yang mengatakan bahawa Khairy Jamaluddin akan dilantik sebagai Menteri Penuh mahupun Timbalan Menteri. Seperti biasa angin angin ini akan bertiup dahulu, rahsia kerajaan akan terbocor dan bloggers ini akan mengambil peluang untuk menghasut orang orang tertentu untuk menyingkir semua mereka mereka yang berbau Pak Lah.
Mangsa yang pernah menerima nasib malang ini seperti Rashid yang diurakan akan dilantik sebagai SU Akhbar TPM, Omar Ong yang akan dilantik sebagai Board Director Petronas. Datuk Ahmad Zaki Zahid yang di ura urakan akan dilantik sebagai CEO MRCB. Bloggers ini lah yang akan memberikan pandangan dan bloggers inilah yang cuba menghalang. namun tidak semua yang dilakukannya berjaya. Mereka gagal menghalang Sdr Omar Ong walaupun desakan demi desakan tetapi mereka gagal juga.
Mereka yang suka melainkan isu ini adalah bloggers yang rapat dengan Tun Mahahtir , Big Dog , Sdr Zakir . Sedangkan Sdr Zakir ini adalah sepupu kepada Omar Ong tetapi oleh kerana telah terhutang budi dengan Tun Mahathir dan juga Mukhriz , Zakir terpaksa mencincang sepupunya sendiri.
Zakir sememang dikatakan tidak sebulu dan tidak boleh menerima langsung budak budak tingkat empat dan jika boleh Zakir mahu menghapuskan budak budak tingkat empat ini sampai ke cucu cicit mereka. Sebenarnya budak tingkat empat ini langsung tidak mengenali si Zakir ini. Mereka langsung tidak pernah usik keluarga, anak atau isteri Zakir. tetapi oleh kerana Zakir ini banyak termakan budi dengan Tun dan juga Mukhriz, beliau terpaksa memusuhi semua kaum kerabat tingkat empat.
Apa juga agenda Zakir, itu hak dia. Tapi Zakir tidak boleh mengarah atau memberi arahan kepada Perdana Menteri mahu pun kabinet. Biar kabinet yang menentukan. Zakir bukan antara yang akan menentukan kabinet Najib. Dan Najib juga tidaklah mahu dikatakan mendengar cakap cakap bloggers. Najib tahu apa yang beliau lakukan demi kebaikan negara dan bangsa. Najib juga tentu mahukan sokongan padu dari keseluruhan ahli UMNO.Tiada sebabnya KJ tidak boleh dilantik menjadi Menteri jika dia layak. Jika ketua Pemuda MCA, Ketua Pemuda Wanita dan Ketua Puteri UMNO layak dilantik sebagai menteri dan timbalan, kenapa KJ tidak layak? Ketua Pemuda PPP yang kontroversi juga layak untuk dilantik sebagai timbalan menteri , kenapa KJ tidak layak? Apa koman sangat ke ketua Pemuda UMNO ?
KJ menang bertanding secarta sah, Dia layak bertanding kerana dibenarkan untuk bertanding, jika tidak kenapa benarkan KJ bertanding. setelah dia menang kenapa mahu ada diskriminasi terhadap beliau. Beliau bertanding secara Gentelman dan menang secara Gentelman.
Mengenai pencacai Parpukari, Mesin fotostate yang hanya menyalurkan berita cilok itu bukanlah masalah besar sangat.. Dia berjaya mengaut duit Mukhriz dengan maki dan carutnya. Jika pancacai macam ini diambil kira sebagai penasihat kepada PM , jawabnya PRU13 kita bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada kerajaan BN.
PAS berdiam diri apabila DAP pertikaikan pembinaan Masjid
December 9, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Kian lama kerajaan membina masjid bagi kemudahan kita menunaikan solat dan ianya tidak pernah dipertikaikan tetapi hari ini DAP sudah mual pertikaikan mengenai pembinaan masjid dan PAS selaku sahabat baik DAP rdiam diri kerana mahu menjaga perpaduan antara parti dan kaum.
BN sebelum ini juga menjaga perpaduan antara kaum tetapi tidak lah pula sampai kebebasan kerajaan mendirikan masjid dipertikaikan.
# Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai biadab apabila mengungkit perbelanjaan kerajaan membina masjid di seluruh negara. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Kor Ming dilihat mahu menyalakan api dalam sekam.
# Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Nga Kor Ming jangan membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dan bukan Islam. Tegas beliau, kenyataan Kor Ming mempersoalkan kerajaan membina banyak masjid di negara ini terang-terang cuba mengapi-apikan sentimen kebencian antara kaum.
# Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz menganggap Kor Ming dengan sengaja tidak menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan yang hanya menyediakan peruntukan kepada pembangunan agama Islam. Kata beliau, nampaknya sikap ihsan kerajaan selama ini (peruntukan kepada institusi ibadat agama lain) langsung tidak dihargai.
YAB Dato’ Seri Najib, Inilah Luahan Hati Kami

YAB Dato’ Seri,
1) Kami mewakili kumpulan penyokong Khairy Jamaluddin merasa terpanggil untuk meluahkan perasaan kami bagi memastikan Dato’ Seri mendapat perspektif yang menyeluruh mengenai apa yang sebenarnya berlaku di alam siber perihal persepsi dan penerimaan warga siber terhadap KJ.
Tetapi pertama sekali izinkan kami berkongsi dengan YAB Dato’ Seri bahawa setahu kami, KJ tidak pernah melatah atau merungut lantaran tidak dilantik di dalam kabinet. Malah walaupun lawannya untuk jawatan Ketua Pemuda Datuk Mukhriz Mahathir serta Naibnya diangkat menjadi Timbalan Menteri, KJ tidak pernah pun mempersoalkan keputusan Dato Seri. Malah KJ berkali-kali telah menyatakan kesediaannya untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan oleh Dato’ Seri sewaktu Dato’ Seri berjumpa dengannya pada malam sebelum pengumuman jemaah menteri – Iaitu fokus tugasan memenangkan kembali pengundi muda.
Malah, apabila Dato Seri Idris Jala dilantik menjadi Menteri penuh, KJ adalah pemimpin UMNO pertama untuk mengeluarkan kenyataan di alam siber, melalui Twitter dan Facebook bahawa ia satu pelantikan yang baik kerana mengambil seorang dengan track record yang cemerlang – Sekaligus menunjukkan betapa serius usaha Dato’ Seri untuk menjana pembaharuan dalam BN.
Kami yakin Dato’ Seri dapat menilai sendiri keikhlasan KJ dalam perkara ini.
2) Malangnya, ada sekumpulan bloggers dan ‘aktivis’ di Facebook anti-KJ yang bermatlamat menjatuhkan pemimpin muda ini. Bukan sekadar mengkritik dan membelasah KJ sekali-sekala, tetapi blog mereka ini diwujudkan semata-mata untuk memburuk-burukkan KJ, baik dari segi nama blog itu sendiri mahupun isi kandungannya. Terbaru sudah ada akaun Facebook dan blog yang diwujudkan atas nama Maya Khairy – ini sudah cukup menggambarkan betapa taksubnya mereka ini yang bergelar bloggers dan pejuang UMNO.
Suatu perkara yang unik mengenai golongan ini adalah betapa tersusunnya kaedah mereka menyerang KJ, sekaligus menampakkan bahawa ini satu gerakan yang khas dan dibiayai sesetengah pihak. Kami member contoh:
a) Setelah satu jangka masa beberapa minggu ‘senyap’, semua mereka akan tiba-tiba online pada waktu yang sama, dan mengutuk habis-habisan KJ.
b) Mereka mengambil masa dan mengerah kepala menggunakan grafik dan kaedah copy+paste untuk menunjukkan bahawa tiada langsung penyokong KJ di alam siber, kerana mereka hanya fokus kepada komen atau tulisan dari kalangan mereka sahaja.
Ini menunjukkan ia bukan satu ‘groundswell’ yang organik dan spontan, tetapi satu gerakan tersusun oleh segelintir orang yang bekerja 24 jam menjatuhkan KJ.
3) Maka paradoksnya, dikala golongan ini mereka tidak habis-habis mengungkit isu persepsi buruk terhadap KJ, hakikatnya smereka-lah yang menjana persepsi (fabricating perception) tersebut di kalangan mereka-mereka sendiri. Kami tidak terkejut andainya dalam kehidupan kepompong mereka itu, persepsi telah bertukar menjadi realiti – daripada ‘terpaksa’ benci KJ sebab duit, sekarang tampaknya mereka telah menyemai perasaan benci yang teramat mendalam terhadap KJ.
Contoh fabricating perception ini jelas berlaku semalam apabila Piggy Singh, antara golongan anti KJ ini, menulis satu kisah dongeng kononnya ramai di alam siber amat menentang KJ dan tidak mahu KJ dilantik ke dalam jemaah menteri. Mereka berkongsi ‘luahan hati’ kepada YAB Dato’ Seri sendiri, dengan hanya mengetengahkan komen-komen dari pihak taksub anti KJ, iaitu komen-komen mereka sendiri, tetapi cuba menyatakan bahawa ia satu gambaran perasaan rakyat sebenar.
Hakikat sebenar jauh berbeza sekali. Di sini kami berkongsi juga komen-komen pro KJ yang wujud di alam siber. Beza kami dan mereka adalah luahan kami adalah ikhlas dan tidak dibuat-buat. Kami yang menyokong KJ hanya sekadar menyokong sahaj dan tidak berniat menjatuhkan sesiapa lain pun.
4) Paling penting sekali, YAB Dato’ Seri, kami sebagai penyokong KJ juga tidak pernah cuba mengajar Dato’ Seri apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak. Kami tidak pernah ‘berkempen’ untuk KJ dilantik menteri, tetapi golongan anti-KJ ini berperangai seb
Gambar pemimpin DAP pula dipijak
December 7, 2009 by admin
Filed under English Version
Comments Off
TAIPING 7 Dis. – Suasana di ceramah perdana di Dataran Kampung Paya, Batu Kurau dekat sini malam tadi kecoh seketika apabila orang ramai bertindak memijak dan membakar gambar lima pemimpin DAP.
Tindakan itu diambil sebagai tanda marah terhadap perbuatan pemimpin DAP memijak gambar tiga wakil rakyat Bebas di Perak baru-baru ini.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang menyampaikan ceramah pada majlis itu berkata, pihaknya menyokong tindakan tersebut sebagai amaran kepada DAP.
‘‘Ada kalanya tindakan jahat perlu dibalas jahat. Kalau tidak pemimpin DAP tidak akan sedar.
‘‘Dulu selepas pijak gambar wakil rakyat Bebas mereka beri alasan tak nampak, jadi sekarang kita pun boleh buat alasan sama. Kita pijak selepas itu minta maaf dan bagi alasan tak nampak juga,” katanya k
Susah sangat nak letak jawatan

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan segera sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Menteri besar Kelantan sebagai pengerusi perbadanan itu harus mengarahkan Abdul Ariffahmi Ab Rahman berundur segera atau berhenti membuat keputusan yang boleh mengikat penggantinya dalam soal kewangan atau projek, kata Mahfuz lagi.
“Kedudukan Ariffahmi harus ditamatkan dengan serta-merta. PMBK, sebagai badan korporat, harus memelihara etika korporat.
“Menteri besar boleh membuat pilihan dengan membayarnya sebulan gaji dan mengarahkannya berhenti serta-merta.
“Beliau tidak harus memanjangkan lagi kontroversi ini,” tambah wakil rakyat Pokok Sena di lobi Parlimen petang ini.
Nota: Apa yang susah sangat nak letak jawatan , sama juga dengan Nik Aziz yang gila kuasa, susah sangat nak letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan . Banyak ke lagi benda yang mahu disorok di Pejabat sehingga terpaksa letak jawatan selama tiga bulan.
Jangan risau , SPRM akan dedah semua dalam masa terdekat ini. Suruh sahaja Nik Aziz berdoa kecelakaan kepada SPRM agar tidak dapat mendedahkan penyelewengan menantu.
Menantu Nik Aziz ada 3 bulan lagi dalam PMBK
December 4, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Kenapa tidak boleh terus letak jawatan dan masih mahu berada dalam Pejabat PMBK , banyak lagi nak sorok file ke, tak kan sampai 3 bulan nak sorok file atau ada yang masih belum dapat collections dan komisyen.
Sejak diarah letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif , Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ekoran pertemuan pimpinan PAS Pusat dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu pada 23 November lalu ,ramai yang menduga Abdul Ariffahmi Abdul Rahman akan berundur segera.
Ini mengenangkan kontroversi yang melanda kedudukannya di PMBK sehingga mendorong rombongan pimpinan PAS yang diketuai oleh Datuk Seri Haji Hadi Awang menasihatkan Nik Aziz agar mengarahkan menantunya letak jawatan.
Untuk menjelaskan tandatanya ini , Abdul Ariffahmi telah mengeluarkan satu kenyataan Khamis memberitahu beliau secara rasmi akan meninggalkan PMBK pada 23 Mac 2008.
Katanya ini selaras dengan terma-terma dalam surat perlantikannya dimana beliau perlu memberitahu notis 90 hari.
Beliau akan menyerahkan notis tiga bulan letak jawatan pada 24 Disember ini .
Menurut Abdul Ariffahmi langkah ini mengambil kira masa bagi Menteri Besar mencari penganti beliau.
Rakyat menderhaka kepada Raja kian melampau semenjak pembangkang dapat sedikit kuasa.
December 3, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Sebelum Pembangkang berkuasa kita sememangnya tidak pernah mendengar rakyat Malaysia yang menderhaka kepada Raja melaunkan Karpal Singh yang pernah menderhaka kepada Alamrhum Sutan Selangor.
Sikap biadab ini dan sikap menderhaka ini menjadi jadi dan kini melampaui batasan. Ini mereka baru dapat sedikit kuasa, belum mendapat kuasa mutlak. Jika dapat kuasa mlak mungkin mereka akan gadaikan sistem beraja kita.
Hari ini pihak polis mengesahkan lokasi sebenar seorang lelaki didakwa mengguris gambar Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada malam Sabtu lalu, berlaku di Kelab Golf Diraja Perak di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asistan Komisioner Azisman Alias berkata, laporan yang menyebut kejadian itu berlaku di Kelab Lumba Kuda Perak sebelum ini adalah tidak benar.
Menurut beliau, lelaki berusia 40 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu telah dihadapkan ke mahkamah kelmarin dan mengaku salah di atas perbuatannya.
Menurut Azisman, mahkamah menetapkan tarikh hukuman ke atas lelaki itu dibuat dalam tempoh dua minggu lagi.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 427/447 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda awam,” katanya di sini.
Nik Aziz dah nyanyuk!
December 3, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik, Featured

Oleh:Parangsasau
Setelah dikecam hebat kerana meminta orang ramai secara umum mendoakan keburukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak jika Perdana Menteri tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat menukar sedikit saranannya itu dengan meminta agar doa itu dibuat secara individu.
“Oleh kerana Perdana Menteri terasa hati bahawa sebut nama dia dalam doa, maka saya minta tidak sebut secara beramai-ramai hanya disebut bersendirian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di kota bharu semalam.
Beliau sebelum ini meminta orang ramai mendoakan agar Najib mengubah fikiran supaya memberikan royalti minyak itu dan jika Perdana Menteri gagal berbuat demikian orang ramai hendaklah mendoakan supaya Najib ‘ditimpa kemusnahan’.
Nik Aziz perlu sedar ramai umat Islam melihat kenyataannya Nik Aziz itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keIslaman. Berbalah sesama sendiri merupakan sesuatu yang tidak diterima dalam Islam, begitu juga bila kita mengutuk orang lain tanpa asas.
Selagi Nik Aziz kekal sebagai MB Kelantan pelbagai lagi kata-kata buruk dan memalukan akan terus keluar dari mulutnya yang celupar dan akan berakhir dengan kehilangan keyakinan rakyat kepada PAS.
Memang benar ada pihak dalam PAS yang mahu kekalkan Nik Aziz lagi. Mereka merasa itu cara PAS untuk kekalkan kuasa di Kelantan tapi impaknya di luar Kelantan buruk. Ini pula dengan Nik Aziz dilihat sebagai pelindung Anwar dan kumpulan Erdogan yang mana Nik Abduh sendiri tidak setuju dengan bapanya.
Penyokong PAS pun harus sedar bahawa Nik Aziz sudah nyanyuk.
http://raksasabn.blogspot.com/
KJ Selamat Kembali – Semoga segala doa di makbulkan Allah SWT

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana doa dari saudara mara dan sahabat handai , Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin telah selamat sampai ke tanah air setelah menunaikan ibadah Haji di tanah suci tahun ini. Hj Khairy Jamaluddin telah selamat sampai ke tanah air malam tadi dan semoga beliau berjaya mendapat Haji Mabrur,
Ramai kawan kawan di Face book mengucapkan selamat kembali dan harapan mereka agar KJ nanti dapat teruskan perjuangan demi kegemilangan ISLAM di bumi Malaysia bersama Pemuda2 UMNO harapan bangsa dan berjaya hendaknya KJ.
Datuk Suhaimi Di Kritik Bloggers Pro Mukhriz
Datuk Suhaimi dikritik oleh bloggers penyokong Mukhriz dan Tun Faisal kerana membuat keyataan yang beliau merasakan benar dan yang beliau rasakan adalah keadaan sebenar akar umbi di Selangor. Nampaknya bloggers penyokong Mukhriz dan Tun Faisal ini masih tidak dapat menghuraikan apa yang benar dan salah tetpi hanya melihat dari sudut pemimpin itu adalah penyokong Khairy Jamalluddin , Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Mereka ini mungkin berfikiraan dengkel yang tidak dapat membezakan yang benar dan yang salah melainkan jika ianya keluar dari penyokong KJ adalah salah walaupun benar dan apa yang keluar dari penyokong Mukhriz adalah benar walaupun salah.
Saya ada membaca tulisan yang ditulis oleh anak Mat Lela gila dan ada kebenaran dalam tulisan beliau. Sila baca



