Tiada kes terhadap Norza untuk SPRM dakwa – Saksi

TEMERLOH 29 Dis. – Bekas Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Husainy Hashim memberitahu sepucuk surat yang diterima dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa ‘tidak ada kes’ untuk suruhanjaya itu mendakwa Datuk Mohamad Norza Zakaria.
Husainy turut menyatakan, kandungan surat tersebut telah meminta UMNO membuat siasatan dalaman sendiri terhadap bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu.
”SPRM meminta UMNO sendiri membuat siasatan dalaman dan menjelaskan bahawa SPRM tiada kes untuk mendakwa Mohamad Norza.
”Saya melihat surat berkenaan semasa membawa surat itu untuk diserahkan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudden,” katanya pada perbicaraan kes rasuah membabitkan Mohamad Norza dan ejennya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris yang mengendalikan pemeriksaan utama ke atas Husainy, 64, turut berulang kali meminta saksi pendakwa kelima itu menjelaskan siapa yang mengeluarkan surat berkenaan.
”Kalau tak salah saya surat berkenaan ditandatangani Datuk Shukri, saya tak ingat nama penuhnya tetapi dia pegawai tinggi di SPRM (merujuk kepada Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdul),” ujar Husainy.
Setelah beberapa kali Saiful meminta Husainy mengingati siapa Shukri yang dimaksudkan, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Norza mencelah dengan menyoal saksi itu, berapa ramai pegawai yang bernama Shukri di SPRM.
Sewaktu disoal balas oleh Muhammad Shafee, saksi tersebut menyatakan bahawa UMNO telah menjalankan siasatan dan secara kasarnya mendapati tertuduh tidak bersalah.
”Jika ikut prosedur iaitu melalui Lembaga Disiplin saya rasa secara kasarnya dia (Mohamad Norza) tidak bersalah,” ujar beliau.
Beliau menambah kata, sejak 26 Disember 2008, UMNO telah membuat keputusan bahawa segala perkara yang melibatkan politik wang akan dikendalikan sendiri oleh parti itu dan langkah tersebut turut digalakkan oleh SPRM.
”Bagaimanapun keadaan politik negara pada masa itu kurang selesa termasuk beberapa ahli UMNO didakwa di mahkamah, maka Majlis Tertinggi (MT) memutuskan bahawa ahli yang didakwa tidak layak untuk bertanding.
”Lebih baik UMNO sendiri yang menyiasat dan mendisiplinkan sendiri ahlinya daripada terus memalukan parti,” ujarnya.
Semasa pemeriksaan semula, Saiful menegaskan bahawa sekiranya Lembaga Disiplin UMNO menyatakan tidak bersalah, tidak semestinya seseorang itu tidak bersalah.
”Adakan Datuk sedar bahawa ada agensi lain yang boleh melakukan siasatan,” soal timbalan pendakwa raya itu kepada Husainy.
”Saya sedar (setuju),” ujar saksi.
Mohamad Norza, 43, bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO dibicarakan atas tuduhan memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi ejennya, Halimi Kamaruzzaman untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT dalam perhimpunan Agung UMNO Mac lalu.
Dia turut menghadapi satu lagi tuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Muhammad Anuar Mohd. Yunus menerusi Halimi bagi tujuan yang sama.
Halimi, 47, dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan pula didakwa atas dua tuduhan memberi suapan kepada Khadri dan Mohammad Anuar bagi pihak Mohamad Norza pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Kedua-dua tertuduh itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 6.30 petang, 20 Januari lalu di No. 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh di sini.
Halimi yang merupakan tertuduh pertama diwakili peguam, Jahaberdeen Mohd. Yunoss.
Perbicaraan kes itu yang bermula pada pukul 10.30 pagi bagaimanapun terpaksa ditangguhkan lebih awal ekoran bekalan elektrik terputus pada pukul 11.19 pagi.
Meskipun perbicaraan tetap diteruskan sehingga pukul 1 tengah hari, keadaan kurang selesa menyebabkan Hakim Azuar Che Yusof menangguhkannya sehingga 1 Februari tahun depan.
Spekulasi jadi timbalan menteri: Khairy anggap khabar angin

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan laporan yang mengatakan beliau mungkin dilantik ke jawatan timbalan menteri dalam perubahan kecil beberapa kementerian tidak lama lagi sebagai khabar angin.
Menurutnya, laporan yang terbit pada peringkat ini masih belum kukuh dan tidak perlu diberikan sebarang ulasan lagi.
”Itu khabar angin semata-mata, saya tidak mahu komen spekulasi,” katanya selepas menerima kunjungan kepimpinan muda parti Golkar di pejabatnya di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.
Portal berita, Malaysia-instinct.com baru-baru ini memetik sumber yang mendakwa kononnya Khairy akan dilantik timbalan menteri jika peletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima.
Menurut portal itu, pelantikan itu akan dibuat sebagai menghormati jawatan Ketua Pemuda dalam UMNO.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu, tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri.
Beliau juga mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyampaikan hasrat untuk berundur sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.
Ditanya mengenai masalah dalaman MCA yang masih berterusan, Khairy berkata, Pemuda Barisan Nasional (BN) berharap ia dapat diselesaikan segera.
”BN adalah seperti kawasan perumahan besar, umpama rumah dalam satu kawasan, kalau satu rumah terbakar, ada kemungkinan rumah-rumah lain pun akan kena api juga,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda BN berkata, pendirian pihaknya adalah jelas iaitu tidak mencampuri urusan dalaman MCA tetapi berharap isu itu tidak berlanjutan lebih lama lagi kerana ia mengikis sokongan masyarakat Cina terhadap MCA.
Katanya, apa sahaja pendekatan yang diambil MCA untuk menyelesaikan isu dalamannya adalah hak mutlak parti itu.
Mengulas kunjungan golongan pemimpin muda Golkar, beliau berkata, pertemuan seumpama itu amat penting kerana ia dapat merapatkan hubungan kedua-dua negara.
Kata beliau, ada pihak yang mungkin kurang senang dengan kedudukan Malaysia dan Indonesia yang mampu muncul sebagai kuasa ekonomi yang kuat di rantau ini sehingga berusaha mewujudkan permusuhan antara kedua-dua negara.
”Saya rasa dan percaya bahawa kedua-dua negara memahami bahawa ada pihak yang mencemburui jika Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang baik.
”Kalau dilihat daripada segi kuasa ekonomi yang ada potensi di rantau Asia Tenggara ialah Indonesia dan Malaysia. Ada pihak yang mungkin tidak senang tetapi kita jangan tumpu kepada perasaan syak tersebut tetapi memberi tumpuan terhadap aspek yang positif,” katanya.
Pas Selangor didesak keluar Pakatan
SHAH ALAM 27 Dis. – Sekumpulan penyokong Pas yang mengadakan perhimpunan di pejabat parti itu di sini hari ini mendesak agar Pas keluar daripada pakatan pembangkang di negeri ini.
Desakan tersebut dibuat oleh sekumpulan penyokong Pas itu yang bergerak atas nama Badan Bertindak Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas (GKPPNS) di hadapan Pejabat Perhubungan Pas Selangor pada pukul 11.30 pagi ini.
Jurucakap GKPPNS, Wan Hilman Wan Ibrahim yang juga ahli Pas cawangan Gombak berkata, tindakan itu diambil atas kesedaran mereka yang mahukan Pas terus kekal sebagai sebuah parti politik yang tidak perlu bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
“Ini yang kita (GKPPNS) tekankan kerana wujud rasa tidak puas hati kami sebagai penyokong dan pengundi Pas di peringkat akar umbi dalam banyak hal melibatkan kerjasama dengan PKR dan DAP.
“Kita tidak mahu Pas dipermain-mainkan oleh PKR dan DAP dalam membuat keputusan melibatkan pentabdiran negeri termasuklah dalam menangani isu-isu sensitif melibatkan kepentingan Melayu dan Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Wan Hilman memberitahu, pihaknya turut mengemukakan 13 perkara dalam memorandum untuk mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang.
Antaranya, kata beliau, meminta kepimpinan Pas bersikap realistik dalam menyelesaikan isu orang Melayu dan Islam serta bukannya mengikut kehendak pakatan pembangkang yang didominasi oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, ujarnya, memorandum tersebut juga menyarankan kepimpinan Pas supaya mengambil iktibar dalam senario politik di negeri Perak supaya parti itu tidak dihukum oleh penyokong dan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.
Malah, katanya lagi, kepimpinan Pas juga dituntut supaya melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan Perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu serta kedudukan agama Islam di Selangor.
Bagaimanapun, jelasnya, memorandum tersebut gagal dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berikutan pejabat parti itu ditutup hari ini.
Wan Hilman turut menegaskan, tindakan mereka itu dibuat atas kesedaran mereka dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Bila Anwar di lantik sebagai nabi ?????
December 24, 2009 by admin
Filed under Featured, Uncategorized
Comments Off

Zack1504@gmail.com
Berapa lama Dr Wahbah Az-Zuhaily tinggal di Malaysia dan berapa lama Dr Wahbah ini mengenali Anwar dan pernah kah Dr Wahbah ini tinggal sebilik semalaman dengan Anwar Ibrahim untuk mengenali siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim. Inilah uang dikatakan dunia mahu kiamat , bila lelaki menyerupai wanita , membuat lelaki berahi dengan lelaki. Sekarang lebih teruk , bukan lelaki yang menyerupai wanita sahaja yang disukai oleh lelaki. Lelaki yang sebiji macam lelaki pun disukai oleh lelaki, Nauzubillah.
Begitu juga perempuan menyukai perempuan dan perempuan memanggil teman wanitanya sebagai dia si lelaki (him) . Perempuan berbulan madu dengan perempuan , berbulan madu bersama keluarga perempuan (him) . Ini semua sudah jadi kebiasaan , keluarga boleh terima , rakyat pun sudah boleh terima. Dosa sudah tidak lagi menjadi keutamaan janji wang dan ringgit sanggup ditabur. Apabila mahu jadi dengan dunia ini, bila kita tegur kita peringatkan , kita pula akan dimarahi, Biarkan lah , itu kehidupan peribadi dia. Susah kenapa. Bukan apa satu kampung yang berdosa akan di katakan bersubahat juga akan mendapat dosa.
Hebat dunia sekarang, Anwar Ibrahim mahu diandaikan taraf sebagai nabi setaraf dengan Nabi Yusof , jika dinaikan taraf nanti boleh lah Nik Aziz memanggil Anwar sebagai Datuk Seri Nabi Anwar Ibrahim. Sejarah dan hebat betul bamgsa melayu apabila ada lagi nabi yang dilantik dikalang orang orang Melayu. Yang berasal dari Ceruk Tok Kun.Tidak dapat jadi Perdana menteri kini mahu jadi Nabi pula. Berapa Anwar bayar agar Dr Wahbah Az-Zuhaily membaca teks yang orang orang Anwar sediakan itu. Dahsyat sungguh politik kita sekarang yang mempermain kan saja agama.
Seharusnya pengundi Permatang Pauh atau mana mana kawasan Parlimen mahupun DUN meminta wakil rakyat mereka bersumpah , jika mengesyaki sesuatu yang tidak betul ,contohnya Anwar Ibrahim untuk bersumpah di dalam masjid bersaksi kan Al Quran bahawa beliau tidak pernah melakukan liwat ke atas sesiapa saja sebelum dia dilantik menjadi nabi.Atau mana mana kawasan Parlimen yang mengesyaki pemimpin mereka Lasbian untuk bersumpah di dalam masjid dengan bersaksi kan Al Quran.
Hebat , hebat …… mereka ini mendapat pembelaan , inilah tanda nya dunia kita kini sidah sampai ke penghujung , eloklah kita berfikir seketika dan merenung kembali apa yang telah kita lakukan dan pintu taubat masih terbuka. Adalah melampau jika kaki liwat seperti Anwar Ibrahim ini mahu di angkat sebagai nabi. jelas[ nabi lelaki nabi perempuan pula.Yang hairannya orang orang PAS boleh percaya bulat bulat Anwar akan dilantik sebagai nabi. Bingai apa mereka ini. Astghafirullah , itulah kalau lama sangat tertipu maka akan jadi bodoh alang lah juga mereka ini.
Petikan dari sebuah laman web pembangkang harakahdaily
Dr. Wahbah Az-Zuhaily menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa yang tidak senang baginda.
Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di sini malam tadi.
Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.
“Tidak semua yang diperjara itu bersalah…seperti Nabi Yus
Pendaftaran PR : Anwar & Hadi berselisih pendapat
December 23, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pendaftaran Pakatan Rakyat (PR) sebagai parti komponen rasmi akan mengambil masa lebih lama dari yang dijangkakan.
Bagaimanapun, beliau mendakwa, pakatan itu kini memiliki formula tersendiri yang kolektif dan pendirian yang sama.
“Akan ambil masa lama sikit untuk mendaftarkan pakatan ini,” katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan muka depan akhbar bahasa Cina yang memetik Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak berminat untuk menjadikan pakatan pembangkang secara rasmi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima Anugerah Demokrasi 2008 daripada Persatuan Perunding Politik Antarabangsa (IAPC).
Anugerah disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tanpa mengulas panjang kenyataan Abdul Hadi itu, Anwar berkata, beberpa dokumen diperlukan untuk proses pendaftaran secara rasmi seperti yang diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan.
Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, anugerah itu bukan miliknya semata-mata sebaliknya untuk merka dan bersamanya berkongsi idea serta visi.
Kelmarin, pakatan pembangkang meluluskan empat dasar utama pada pada konvensyen pertama mereka di sini.
Empat dasar berkenaan ialah mengamalkan prinsip demokrasi telus dan tulen, memacu ekonomi berprestij tinggi, mapan dan adil, keadilan sosial dan pembangunan insan dan bagi memantapkan hubungan persekutuan, negeri dan dasar luar negara.
Ia diluluskan sebulat suara oleh kira-kita 1,500 perwakilan yang terdiri daripada wakil setiap komponen PR.
sumber – mstar
PR belum lagi didaftarkan – Presiden PAS
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.
Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.
Abdul Hadi turut menasihatkan penulis blog agar menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat.
“Para penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka merupakan satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Blogger PAS anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat di Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar dekat sini hari ini.
sumber – mstar
Sidang DUN Terengganu: Penyokong Kerajaan Bergasak Sesama Sendiri
December 22, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Comments Off
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang sebelum ini disifatkan agak lesu, hari ini bertukar rancak dan sekali sekala keadaan menjadi agak panas dengan soalan yang bertubi-tubi daripada penyokong kerajaan sendiri.
Semasa sesi soal jawab hampir satu jam pada hari pertama persidangan, beberapa soalan yang diajukan kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said, menyebabkan keadaan sedikit tegang dan kadangkala sindir-menyindir kedengaran dalam dewan melibatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sendiri.
Sesi soal jawab pagi ini dimulakan dengan soalan daripada Din Adam (BN-Bukit Besi) yang mahukan penjelasan berhubung nama syarikat pengendali bijih besi di Bukit Besi dan manfaat kepada rakyat tempatan.
Menjawab soalan itu, Ahmad berkata kerajaan telah meluluskan pelantikan tiga syarikat untuk melakukan perlombongan bijih besi di Bukit Besi yang terletak di Dun
Pakatan Rakyat Bagai Dunia Baru Untuk Nik Aziz
December 22, 2009 by admin
Filed under Berita Khas, Featured
Comments Off

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau merasa seperti berada di dalam dunia baru ekoran kerjasama PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat dalam Pakatan Rakyat.
“Saya rasa berada dalam dunia baru, sesuai dengan pengajian dan akidah saya,”katanya dalam ucapan rumusan pada Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat di sini semalam.
Beliau berkata sebelum ini PAS pernah bersama Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian dikhianati oleh UMNO.
Mursyidul Am PAS itu juga berkata beliau merasa jijik dengan UMNO apatah lagi selepas Perak yang sebelum ini di bawah Pakatan Rakyat diambil kembali oleh BN.
Bagaimanapun, beliau berkata mudah-mudahan tidak ada karenah yang bakal dihadapi PAS semasa bersama Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata parti itu menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pemimpin Umum Pakatan Rakyat.
Ekoran itu, katanya beliau akan menggunakan segala pengalamannya selama 40tahun dalam bidang guaman untuk membela dan memastikan Anwar tidak dipenjarakan ekoran tuduhan yang dihadapi di mahkamah sekarang.
Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berhadapan dengan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan dan kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada awal tahun depan. BERNAMA
Parpukari jangan berperangai seperti anjing
December 18, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
OLEH: aNAK mAT LELA gILA
Aku adalah di antara orang yang sama -sama saksikan betapa si Parpukari ini di belasah buta buta saja dalam Face book dua malam yang lalu oleh Sdr Jamil. Di sini sebenarnya terserlah kebodohan Parpukari seorang peon dalam dunia blogging ini yang hanya cut and paste cerita cerita dari bloggers lain. Seperti biasa lah dengan ke ke egooan si mamak kunci ini dak berkata, nanti aku dedah kan pasal KJ ini , takut tak cukup tanah mahu lari katanya.
selanjutnya
Tahniah KJ FAM Rajagopal dan squad muda pasukan Bola sepak Malaysia
Sekalung tahniah kepada pasukan Bola sepak negara yang berjaya merangkul pingat emas di kejohanan Bola sepak di SEA game. Kemenangan ini menamatkan kemarau pingat emas Malaysia selama 20 tahun.
Tahniah kepada jurulatih yang berjaya melatih pemian sehingga menjadi jaguh dan berjaya menjadi johan sukan SEA. Tahniah Rajagopal dan tahniah kepada pengurusan FAM kepada saudara Khairy Jamaluddin atas kemenangan ini kerana hampir keseluruhan pemain ini adalah dari skuad harimau muda dari cetusan idea Khairy Jamaluddin dan Dato Azzudin setiausaha FAM supaya harimau muda bermain di liga premier Malaysia, supaya mereka dapat beraksi dengan kelab dan negeri senior.
Pemain pemain kita telah menunjukan semangat yang kental dan komitment yang begitu tinggi . Kita telah dapat melihat semangat juang mereka ketika mengalahkan Laos pada peringkat separuh akhir lagi. Setem yang di implimentasikan oleh pengurusan FAN kali ini nampak berkesan.pemain muda kita seperti Aidil dan Azmi Muslim perlu diberikan pujian. Sekali lagi Tahniah buat Khairy Jamaluddin kerana menjadi pencetus idea untuk pasukan harimau muda.
Parpukari ugut Perdana Menteri ??????

Gambar ehsan dari promelayu.blogspot.com
Oleh: anak mat lela gila
Naik geli jijik dan benci pula aku bila lihat gelagat dua ekor gemuk , si Zakir dan si Salim. Inilah kelemahan UMNO dan inilah yang membuat UMNO dibenci oleh rakyat apabila orang macam dua ekor ini yang tamak serta haloba ini mementingkan harta benda dan wang imbuhan semata mata masih menggelarkan diri mereka sebagai ahli UMNO. Zakir sememangnya gagal dalam perniagaan sejak zaman Tun lagi dan terus tenat di zaman Pak Lah. Orang macam Zakir dan Parpukari inilah kini yang akan menghancurkan UMNO dan akan memecah belahkan UMNO dan jangan kita lupa juga yang mengupahnya yang sama samam cuba menghancurkan dan memecah belahkan UMNO. Ini akan kita cerita di akhir penulisan ini , siapa yang mengupah mereka ini.
Mereka ini adalah jenis manusia yang tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka gagal dan enggan menerima kekalahan. Terus terang saya nyatakan kedua dua mereka ini tidak boleh menerima kekalahan Datuk Mukhriz kerana mereka merasakan mereka sudah melakukan yang terbaik untuk Mukhriz , maksud saya Zakir yang telah melakukan yang terbaik untuk Mukhriz kerana si Parpukari itu memang tak boleh buat apa pun, dia bukan boleh menulis dan hanya tunggu untuk ambil dan cilok posting orang lain dalam blog dia. Namun Zakir tersilap strategi apabila over spin sehingga membuat perewakilan nampak kelamahan Mukhriz yang terlalu ketara.
Parpukarai , harap makan boleh lah ……. Sebenarnya dalam dunia blogging dia hanyalah sampah sahaja. Menyemakkan dunia blogging ini.Yang paling menarik Parpukari tidak sedarkan diri dan berani mengugut Perdana Menteri bahawa beliau tidak akan menyokong Perdana Menteri lagi jika melantik Khairy Jamaluddin sebagai menteri. Hebat sangat ke Prapukari? ramai sangat ke pembaca blog beliau. Berpengaruh sangat ke mesin Fotostate beliau , akan tumbangkah Perdana Menteri kerana Parpukari tidak menyokong beliau. Beliau sebenatnya hanyalah blogers hancing. Apakah jika Khairy tidakmdilantik sebagai menteri adalah kerana si Parpukari ini yang mempengaruhi PM. Huh…. dahsyat . Mukhriz patut melakukan sesuatu dan patut melihat cara bloggers hancingnya ini yang kini melampaui batas kerana ini sebenarnya mencereminkan ianya adalah arahan dari Mukhriz . Namun jika ini arahan dari Mukhriz eloklah Mukhriz hentikan demi perpaduan dan perubahan yang pernah dilaungkan. mana perubahan ? Masih ditakuk lama juga. Mukhriz jangan persalahkan Khairy Jamaluddin kerana kalah dalam pemilihan Pemuda UMNO yang lalu. Mukhriz patut persalahkan diri sendiri kalah teruk setelah diberikan harapan sewaktu pencalonan.
Pencaloanan adalah arahan dari orang atasan, Undi adalah rahsia. Pencalonan adalah secara terbuka dan ada yang dipaksa mencalom tetapi undi adalah sebenarnya suara perwakilan. Perwakilan sebentnya menolak kepimpinan Mukhriz kerana Mukhriz terlalu banyak bergantung kepada Tun Mahathir untuk bertanding sedangkan Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin bertanding dengan keku




