Tak kan orang dah mati nak jatuhkan Nik Aziz ??

November 30, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

Pengakuan  Kickdefela mengenai Kolonel Ma

Saya menerima banyak email yang bertanya saya sama ada saya tahu dan kenali Kolonel Mat?

Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk mengakui bahawa memang saya kenal Kolonel Mat. Saya pernah dibesarkan dan dilatih soal disiplin, integriti dan kepimpinan oleh Kolonel Mat. Bahkan Kolonel Mat pernah melatih saya untuk menembak menggunakan peluru hidup.

Kolonel Mat ialah anak kepada Arwah Abid Razak yang pernah menjadi Dresser di Hospital Besar Kota Bharu. Kolonel Mat sewaktu di sekolah dikenali ramai dengan panggilan ‘Aziz Punjab’ kerana tubuhnya yang tegap dan ketinggiannya yang mencecah lebih 6 kaki. Beliau pernah menjadi penjaga gol untuk Kelab Suara Muda.

Kolonel Mat menyertai tentera sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas menerima tauliah perlantikan, Kolonel Mat pulang ke Kelantan mengahwini anak sepupu Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang bernama Tuan Bidah Binti Tuan Long. Waktu itu Nik Aziz dikenali dengan panggilan Ayah Zit oleh saudara mara.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan 6 orang cahaya mata, dua lelaki dan 4 orang perempuan. Salah seorang daripada anak lelakinya turut menyertai Angkatan Tentera dan bersara dengan pangkat Kapten.

Itulah serba sedikit latar belakang Kolonel Mat yang saya kenali.

Tetapi Kolonel Mat yang saya kenali itu telah meninggal dunia pada jam 7.40 petang pada 7 Oktober 2003 di Hospital Pakar Subang Jaya. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keenam-enam anaknya.

Jenazah Kolonel Mat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam. Kapten (B) Syed Ahmad dan saya menurunkan jenazah Arwah ke liang lahat.

Kolonel Mat yang saya kenali ialah arwah ayah saya.

Sewaktu lahir, beliau diberi nama Syed Abdul Aziz tetapi dikalangan saudara mara terutama sekali dikalangan keluarga sebelah ibu saya yang dari keturunan Raja Jembal, Syed Abdul Aziz dikenali dengan nama Syed Amat. Mungkin sebab beliau anak lelaki sulong, jadi dikampung yang sulong dipanggil Mat, kalau peringkat dewasa akan dipanggil Ayah Mat. Sama juga panggilan yang diberikan kepada Allahyarham Dato’ Asri Haji Muda, bekas Presiden PAS, yang dikenali oleh orang parti sebagai Ayah Mat.

Pangkat tertingginya di dalam Angkatan Tentera ialah sebagai Leftenan Kolonel. Walaupun beliau tidak pernah diangkat ke pangkat Kolonel penuh, tetapi menjadi lumrah Lt. Colonel akan dipanggil Colonel sahaja. Jadi di kampung, bagi orang yang kurang mesra dengannya, Syed Amat tadi disebut sebagai Kolonel Mat.

Jawatan terakhirnya di dalam Angkatan Tentera Malaysia ialah sebagai Pegawai Pemerintah Satu Renjer yang terkenal dengan slogan, ‘Agi Idup Agi Ngelaban!’.

Sekian terima kasih.

MB Kelantan pertahan doa minta bala kepada Najib

November 29, 2009 by admin  
Filed under Keratan Akhbar

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahan tindakannya berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO jika kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Malah beliau sanggup untuk bersemuka dengan tokoh agama dan ulama termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membidas tindakannya itu.

Beliau menegaskan tindakan tersebut tidak salah kerana doa itu ditujukan sekiranya Najib mempunyai niat jahat apabila tidak memberikan royalti petroleum.

“Akhbar kata ulama bidas. Saya nak tanya balik, ulama benda apa… siapa dia ulama. Di zaman nabi ulamalah yang tentang Nabi Muhammad, zaman nabi, ahli kitab Nasara dan Yahudi dipanggil ulama.

“Mereka yang lawan nabi ialah ulama. Inilah ulama jahat. Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin mengenai ulama jahat, kerana ulama ialah waris nabi.

“Saya hanya doa kepada Allah minta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri beri (royalti) petrol kepada Kelantan. Kalau tidak beri sah ada mala fide… niat yang tak baik. Itu saya minta musnahkan sebab jahat, salah apa saya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tokoh agama dan ulama yang membidas tindakannya berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Najib serta UMNO sekiranya tidak diberikan royalti petroleum.

Pada Hari Raya Aidiladha Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz meminta orang ramai berdoa bagi memperbetulkan pemikiran Najib supaya memberikan royalti minyak dan sekiranya tidak, doakan supaya Allah musnahkan masa depan Najib, UMNO dan proksi-proksinya.

Ini bukan kali pertama beliau membuat seruan tersebut malah dalam kuliah mingguannya pada 18 September lalu, Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut mengetuai bacaan doa khas meminta Allah menurunkan bala kepada Perdana Menteri jika Kerajaan Pusat enggan membayar royalti.

Beliau mengulanginya semula pada kuliah mingguannya pada 2 Oktober.

Nik Abdul Aziz berkata, Nabi Muhammad turut berdoa kepada Allah supaya menurunkan bala kepada mereka yang zalim.

“Tok guru di muka dunia adalah Nabi Muhammad, baginda adalah ketua kepada tok guru, dalam doa baginda juga meminta kepada Allah supaya balas bela kepada orang yang zalim kepadanya dan tolongnya atas orang yang lawan. Nabi Muhammad ajar supaya doa atas orang zalim.

“Tok guru ciptaan orang putih yang berdoa tidak minta bala kepada orang yang zalim, tok guru macam ini hak pijak semut tak mampus, itu yang orang putih nak.

“Saya pertahankan (doa) kerana Nabi Muhammad juga doa balas bela terhadap orang zalim. Tindakan saya tidak salah, saya buat ada hujah bukan emosi,” katanya.

Anwar akan mufliskan Selangor

November 24, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Anwar Ibrahim yang menjadi penasihat kepada ekonomi  negeri Selangor kini  merungsingkan banyak pakar ekonomi kerana takut Anwar akan mufliskan   negeri yang terkaya  di Malaysia itu. Anwar tidak tahu mengenai ekonomi kata mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohammad , mantan Perdana Menteri, Sebenarnya  Selangor  sekarang diperintah oleh mereka mereka yang kurang berpengalaman mengenai ekonomi dan Menteri Besar Selangor , Khaled Ibrahim sendiri kurang mahir dalam ekonomi dan  pernah gagal mengendali kan ekonomi ketika  bertugas di sime  darby.

Anwar juga dikatakan  hampir mengheret Negara dalam kancah kehancuran ketika memegang jawatan sebagai menteri kewangan dahulu ketika beliau cuba meminjam  wang dari IMF ketika negara  sedang menghadapi kemelut ekonomi suatu ketika dahulu, Keadaan kewangan negeri Selangor yang kian meruncing kini  memaksa Anwar  mencampuri pentadbiran negeri berkenaan , Belum pernah dalam sejarah pentadbiran negeri Selangor menghadapi krisis kewangan yang begitu mendesak seperti yang berlaku sekarang,

Kemungkinan besar Selangor  akan menghadapi krisis kewangan dalam masa beberapa bulan yang akan datang dan ketiak ini rtakyat baru sedar betapa tersilapnya mereka  ketiak membuat pilihan ketiak PRU 12  dahulu. Rakyat akan menerima habuan kerana tersilap membuat pilihan.

Husam lebih berkuasa dari Hj Hadi tetapi Hj Hadi lebih berpengaruh dari Husam

November 23, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Husam tidak akan meletakkan jawatan , sebenarnya apa yang dilakukan oleh Husam adalah untuk menunjukkan kepada pemimpin PAS yang lain bahawa beliau adalah orang yang paling rapat dengan Nik Aziz. Dalam PAS sekarang bukan nya Presiden Parti yang berkuasa tetapi dalam PAS selepas Nik Aziz adalah Husam Musa , Suara Husam Musa sebenarnya adalah suara Anwar Ibrahim kerana  Husam adalah orang yang begitu berminat dengan PKR dan  Husam juga orang yang paling rapat dengan Anwar dan terlalu jinak dengan parti berkenaan.

Husam lah juga jambatan dan juga penyambung  kepada  hubungan PAS  dan PKR. Husam juga adalah orang yang paling  berpengaruh untuk mempengaruhi  Nik Aziz dan Husam juga  lah yang  banyak  mempengaruhi tindak tanduk Nik Aziz yang kita lihat sebagai yang pelik pelik. bagi Nik Aziz  , Husam adalah yang terbaik, Husam adalah yang terbaik walaupun Husam menumbuk tetamu sewaktu  rumah terbuka Aidil fitri dihadapkan keluarga Nik Aziz.Husam tetap yang terbaik.

Mursyidul Am Pas itu berkata, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan merupakan seorang pemimpin yang pintar, berpandangan jauh dan banyak membantu rakyat di negeri ini bahkan mampu mengubah landskap politik nasional.“Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.“Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU),”

Beginilah hebatnya Husam pada pandangan  mata Nik Aziz, Husam ini Allah buat  bukan untuk rakyat Kelantan  sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia. Hebat sungguh Husam dan mungkin Husam lebih hebat dari Hj Hadi Awang, Yang hairan nya jika Husam ini hebat kenaoa dia tewas dalam pertandingan Naib Presiden PAS baru baru ini dan kenapa jika dia lebih hebat  dari Hj Hadi tentu perwakilan Pas menyokong beliau dan pasti  dengan mudah beliau  boleh mengalahkan Hj Hadi dan menggantikan Hadi sebagai presiden. Namun Husam tidak berani menentang Haji Hadi kerana tahu  sejauh mana kebolehan  beliau walaupun disokong kuat oleh Nik Aziz.

Husam adalah anak emas kepada Nik Aziz, Presiden PAS juga tidak berani sentuh Husam, Apa ayng dapat kita lihat sekarang HJ Hadi selaku Presiden hanyalah  bagaikan Boneka yang  tidak berkuasa lagi, Nik Aziz  seolah olah mahu menafikan dan tidak lagi menghormati kuasa  Presiden. Nik Aziz pernah mengharap kan agar Hj Hadi dicabar sewaktu pemilihan  PAS yang lalu tetapi malangnya ini tidak terjadi, Pas yang kini  berpecah dua yang mana satu  menyokong Nik Aziz  dan Husam sebagai team Erdogan yang pro kepada Anwar Ibrahim  yang lebih cenderung untuk bersatu dengan DAP dan satu lagi menyokong Hj Hadi Awang yang lebih berminat dengan kerajaan Perpaduan bagi menyatukan Melayu dan Islam.

Husam meletak jawatan adalah satu satunya perkara yang tidak mungkin berlaku dan semua ini boleh lah kita anggap sebagai permainan politik ala Anwar Ibrahim, Gempak saja lebih  dan adakala dilakukan untuk menutup isu isu yang akan timbul.

oleh:tepakbersulam

KENYATAAN MEDIA KONSULAT KEHORMAT MONGOLIA di MALAYSIA

November 18, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan wartawan penyiasatan Perancis, Arnaud Dubus bahawa saya pernah menyerahkan sekeping gambar YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan model Mongolia, Altantuya Sharibu yang mati dibunuh seperti yang disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan Bil 206 (10-17 Nov 2009).

Adalah jelas ia adalah satu pembohongan, rekaan dan berniat jahat untuk memburukkan saya dan Perdana Menteri. Gambar  yang didakwa itu sebenarnya tidak pernah wujud, jadi bagaimana saya boleh serahkan gambar yang tidak wujud kepada pihak Polis?

Ini tidak masuk akal langsung. Sepanjang penyiasatan kes berkenaan, saya hanya ada menyerahkan kepada pihak Polis sekeping gambar Abdul Razak Baginda (gambar solo) dan beberapa keping gambar Altantuya. Saya tidak pernah melihat atau terjumpa gambar Perdana Menteri bersama Altantuya.

Malah saya tidak pernah mendengar satu ayat pun yang mengatakan Perdana Menteri memang mengenali si mati. Yang pernah saya lihat adalah gambar yang di reka-reka oleh pihak pembangkang melalui teknik pertindihan bertujuan memburukkan pihak tertentu dalam kes tersebut. Justeru, saya berharap penjelasan in akan mematikan tuduhan liar yang dibuat oleh Dubus”.

Sekian.

Datuk Syed Abdul Rahman Alhabsi
17 November 2009

BN sedia bertanding di Kota Seputih

November 18, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Kota Siputeh jika mahkamah menolak rayuannya.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, BN akan menghormati keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh kosong dan akan bertindak mengikut undang-undang.

“Jika kami (BN) boleh merayu, kami akan merayu. Apa juga yang diputuskan oleh mahkamah, kami perlu akur,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Bio-Malaysia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Semalam, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah kosong, menyatakan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi wakil rakyat BN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan dewan secara berturutturut tanpa kebenaran speaker.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin turut memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di DUN Kota Siputeh.

Sementara itu, anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata Umno Kedah bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yakin BN mampu memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti yang lebih banyak.

“Kalau ikut sejarahnya kita tak biasa kalah di Kota Siputeh walaupun majoritinya turun naik tetapi kali ini pun saya yakin dengan perkembangan terkini dan saya dapat sedikit gambaran bahawa sentimen di Kota Siputeh, khususnya di Jerlun dan secara keseluruhannya di Kedah agak memihak kepada BN.

“Jadi kita kenalah berusaha untuk menterjemahkan sentimen tersebut dalam bentuk undi dalam pilihan raya kecil sekiranya itulah yang berlaku dan berusaha dengan lebih giat untuk menyakinkan rakyat bahawa BN adalah pilihan yang terbaik bagi DUN Kota Siputeh,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Abu Hassan, penyandang kerusi DUN Kota Siputeh untuk penggal keempat dan merupakan Ketua Umno Bahagian Jerlun telah menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh pada pilihan raya umum pada Mac tahun lepas dengan majoriti 495 undi.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata isu politik yang berlaku di Kedah sebelum ini dapat dikendalikan dengan baik dan bakal memberi kelebihan kepada BN sekiranya berlaku pilihan raya kecil di kawasan itu.

“Saya rasa daripada perkembangan pentadbiran yang baru di peringkat nasional kita boleh nampak ada perubahan angin sokongan rakyat cumanya tak pasti dari segi berapa besar jumlah tersebut.

“Saya juga tidak membayangkan penurunan kepada sokongan yang ada, tetapi berapa besar pun pertambahan saya tak berapa pasti cuma ia bergantung kepada berapa ramai keluar mengundi,” katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS pastinya akan bertanding dan meletakkan calonnya sekiranya berlaku pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

“PAS akan bersedia untuk hadapi pilihan raya kecil jika berlaku dan atas nama Pakatan Rakyat oleh kerana kerusi itu sudah pun ditandingi oleh PAS dalam pilihan raya umum lalu,” katanya.

Pemuda Tidak Terkejut Bukti Saham, Wang Lapan Juta Azmin & Isteri Didedahkan

November 18, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

Pendedahan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang mengemukakan salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin bukanlah sesuatu mengejutkan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata kini terserah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat segala bukti yang diserahkan.
Sambil menyifatkan bau bangkai sukar untuk ditutup, beliau yang juga bekas Setiausaha Pemuda Parti Keadilan percaya rakyat akan menilai di sebalik sikap hipokrasi pemimpin berkenaan.
“Orang yang mendedahkan perkara ini bukanlah calang-calang tetapi bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim.  Malah Anuar bukan bercakap kosong tapi memberikan bukti menerusi dokumen salinan asal.
“Kita percaya pembangkang akan membuat pelbagai tuduhan kepada Anuar untuk mengelirukan rakyat tetapi apa yang penting Azmin atau Anwar mahupun pemimpin pembangkang yang lain perlu menjawab bukti yang diberikan”, katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Jelas beliau kepada siapa yang pernah kenal dan rapat dengan Azmin mahupun Anwar Ibrahim pendedahan ini bukanlah sesuatu yang pelik.
“Di kalangan pemimpin pembangkang juga tahu perkara ini. Sekarang laporan sudah dibuat terpulanglah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
“Janganlah kita mendahului proses siasatan pihak berwajib untuk keadilan semua pihak”, ujarnya.

Pagi tadi, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari membuat laporan polis berhubung isu pembelian saham oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang bernilai RM8.5 juta.

Anuar Saari hadir di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di Bukit Perdana di sini kira-kira pukul 11.45 pagi.

Ketika ditemui pemberita sebelum membuat laporan itu, Anuar berkata, pihaknya akan menyerahkan dokumen-dokumen penting termasuk baucer pembelian saham yang mencecah RM2 juta.

Beliau juga akan menamakan beberapa orang berkaitan pembelian saham itu termasuk Anwar kerana perkara itu berlaku pada 1992 hingga 1994 ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.

Sebelum ini, Vickneswaran yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamshida Tahrin termasuk iparnya, Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an.

Menurut Vickneswaran, dokumen tersebut diterima daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menyerahkan kepada pengawal di kediamannya di Kota Kemuning kira-kira pukul 3 pagi, kelmarin.

Sehari kemudiannya, Mohamed Azmin Ali menafikan beliau, isteri serta iparnya membeli saham bernilai RM8.5 juta seperti yang didakwa oleh bekas Ketua Pemuda MIC, S.A. Vickneswaran.

Azmin menegaskan dakwaan tersebut tidak berasas kerana maklumat dokumen yang diperolehi Vickneswaran mengenai perkara itu adalah tidak benar.

Wahai Pemimpin UMNO Gombak , Teruslah Tidur !!!!!!!!

November 16, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif

Bagaimana UMNO akan menawan kembali Gombak? Eloklah kita berikan pesanan ini kepada Perdana Menteri agar tutup saja pejabat bangunan UMNO Bahagian Gombak atau bubar kan saja Bahagian Gombak buta seketika sehingga kita benar benar bersedia untuk merampasnya kembali daripada tangan PAS.

selanjutnya

Khairy Jamaluddin akan berangkat menunaikan ibadah Haji pada 17 Nov bersama keluarga

November 11, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

10 Nov – Kg Gadung  Rembau ,  Hampir  200 sahabat telah  meraikan  majlis    doa  selamat  dan bacaan  Yasin di rumah Ketua Pemuda UMNO  Malaysia  bagi mendoakan  agar perjalanan  Sdr Khairy Jamaluddin  ke tanah suci selamat  dan semoga  beliau  dapat mengerjakan Haji  Mabrur. Khairy akan berangkat ke  Mekah bersama keluarga  pada  17 hb  Nov 2009.  Majlis yang bermula pada jam  7 malam  di mulakan dengan  sembahyang   maghrib.

Ramai ketua ketua Pemuda  negeri dan juga  Pemuda UMNO yang turut hadir dalam majlis tersebut , Majlis  berakhir  pada jam 10 malam.KPMU mengucapkan Selamat jalan dan selamat  mengerjakan  ibadah Haji kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia bersama keluarga  , semoga selamat  berangkat dan selamat kembali.

KPMU juga ingin mengucapkan  Selamat  berangkat dan selamat kembali  dan mendoakan  Datuk Zaki  Zahid  dan keluarga  dan juga  Datuk Shakar Shansuddin dan keluarga yang akan turut juga menunaikan   ibadah haji tahun ini. Amin

Firman Allah S.W.T di dalam surah Ali ‘Imran ayat 97:

Maksudnya:

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya”.

Kemampuan yang dimaksudkan menurut sebuah Hadith ‘Az-Zaadu war-Raahilah’, iaitu mempunyai bekalan yang cukup dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Tanah Suci Makkah al-Mukarramah, dengan penjelasan ini maka tidak layak sama sekali bagi seseorang Islam yang berkemampuan untuk berdolak-dalik menangguhkan ibadah haji, seperti dia berkata belum sampai seru atau hendak menukar kereta baru atau hendak beli rumah baru dan sebagainya.

Sabda Rasulullah S.A.W,:

 

 

Maksudnya:

 

“Bersegeralah kamu menunaikan fardu haji kerana seseorang itu tidak tahu barang yang akan berlaku ke atasnya (mati)”.

Khalid Samad Akui Silap Keluar Kenyataan Mengenai Baiah; Zul Noordin Enggan Tarik Balik Kenyataan…

November 10, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

Anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui kesilapan beliau mengeluarkan kenyataan baiah atau sumpah taat setia yang turut memberi kesan kepada wakil rakyat PAS.

Beliau yang kesal dengan kenyataan yang dilakukannya kerana mengesahkan kewujudan amalan Baiah cerai talak tiga ke atas wakil rakyat PAS, bagaimanapun enggan menarik balik kenyataan tersebut.

“Dengan itu, isu tersebut saya anggap selesai dan tidak berbangkit lagi. Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan Baiah kerana ia antara saya dengan Allah.

“Saya sepatutnya tidak berbuat demikian dan seharusnya mendiamkan diri,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, akhbar melaporkan bahawa Khalid yang dipetik sebagai berkata bahawa kesemua wakil PAS sama ada Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), perlu membuat baiah atau sumpah taat setia akan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga sekiranya mereka memilih untuk berhenti atau keluar daripada parti.

Katanya itu adalah sebagai janji untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada parti.

Beliau bagaimanapun menggesa Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik balik kenyataan beliau pada Ahad lepas yang menyebut bahawa terdapat isteri wakil rakyat PAS yang menangis dan menggeletar pada majlis baiah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

“Beliau (Zulkifli Noordin) tidak ada di dalam majlis, jadi dia mesti hormat majlis. Saya minta dia tarik balik kenyataan itu,” kata Khalid yang juga adik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sementara itu, Zulkifli yang ditemui berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu.

“Saya bukan tidak setuju dengan baiah…tetapi baiah yang menuntut cerai taklik ini tidak dibenarkan. Dalam undang-undang Inggeris pun, dia menyebut mana-mana orang yang berkontrak, tidak boleh melibatkan orang lain dalam perjanjian itu.

“PAS patut besar diri dengan mengakui kesilapan secara terbuka. Saya percaya pegangan Islam masih ada dalam PAS. Saya tak perlu buat apa-apa (menarik kenyataan). Dia yang buat kenyataan tanpa ada orang yang suruh kemudian tuding jari kepada orang lain. Ini tidak menunjukkan sikap yang Islamik.

“Amalan baiah ini memang dilakukan pada zaman Nabi pun ada. Tapi tidaklah buat baiah yang melibatkan orang lain yang menjadikan isteri dan anak-anak sebagai mangsa. Khalid seronoklah boleh kahwin lain,” kata beliau.

Next Page »