Three Stooges tak habis-habis lagi

October 20, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

http://www.raksasabn.blogspot.com/

Dalam hari-hari selepas ucapan dasar pertama Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tiga blogger-barua anti-KJ keluar membelasah KJ. Parpu Kari dan Another Brick in the Wall mengkritik sekeras-kerasnya ucapan KJ yang memanggil orang Melayu keluar dari perspektif minda yang defensif and negatif atau ‘siege mentality’ kerana pada mereka, ia tidak sepatutnya datang dari seorang ahli politik Melayu dan UMNO. Kita akan membidas pemikiran sempit sebegitu nanti, tetapi apa yang cukup ironis adalah Three Stooges ini mengutuk ucapan KJ kerana ucapan tersebut berani dan cukup berbeza daripada lazimnya, walhal mereka yang mengutuk ini berselindung di sebalik macai-macai orang tertentu. Piggy Singh pula walaupun tidak bercakap mengenai ucapan dasar KJ, sebaliknya menyerang keluarga KJ. Saya tidak mahu memberi komen kepada serangan peribadi sebegini; cuma berharap semua faham bahawa apapun mainan politik masing-masing keperibadian dan keluarga tidak sepatutnya disentuh.

Hakikatnya, saya yakin kita semua sedar mereka bertiga ini akan sentiasa menyerang KJ, tidak kira apa pun isi ucapannya itu. Kalaupun KJ melakukan perkara yang bertentangan – contohnya mengangkat keris dan menikam satu patung berupa orang Cina pun, pelacur pena ini akan tetap mencari sesuatu kesalahan. Sarkas Parpu Kari, Another Brick dan Piggy Singh (PAP) ini tidak menulis berlandaskan apa-apa kompas moral atau prinsip politik yang jelas – kecuali mengikut rentak Mahathir. Dan bilamana mereka tidak dapat mencari kesalahan yang ketara dalam apa yang dikatakan atau diperlakukan oleh KJ, maka mereka akan mencuri idea orang lain, atau menyerang KJ mengenai satu topik yang tidak relevan langsung, semata-mata mahu mematikan momentumnya yang kian ketara.

Apapun, eloklah kita mengkaji sejenak perspektif ultra-defensif yang wujud dalam tulisan Parpu dan Another Brick sewaktu mengutuk dan melabel ucapan dasar KJ, sungguhpun disambut baik sehingga mendapat liputan media meluas, baik media Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.

Serangan Parpu yang paling mudah dibidas – ternyata dia orang yang paling tidak pandai dari kalangan Three Stooges ini. Malah, betapa malas dan kurang pandainya dia, Parpu hanya mampu copy+paste artikel seorang penulis lain yang kurang senang dengan ucapan KJ. Tulisan blog itu mengetepikan terus segala apa yang diperkatakan oleh KJ dalam ucapannya yang jelas mempertahankan kepentingan Melayu serta meletakkan kedudukan istimewa Melayu di tempat tertinggi. Sebaliknya, penulis ini menuduh pemikiran Khairy akan membawa kepada hilangnya hak-hak istimewa Melayu, walhal KJ sendiri telah menjelaskan bahawa pada hakikatnya, Perkara 153 Perlembagaan mustahil dilucutkan (kerana memerlukan persetujuan 2/3 Parlimen serta mendapat perkenan Mahlis Raja-Raja – sudah pasti dua perkara ini tidak akan berlaku). Maka dengan mencuri artikel ini, Parpu membuktikan pada semua bahawa sebenarnya dia tidak pun membaca teks ucapan KJ – saya tidak terkejut kalau Parpu tidak cukup pandai memahami isi-isi tersurat dan tersirat dalam ucapan tersebut, tetapi rasa-rasanya bukan soal itu; Parpu barangkali hanya malas kerana sibuk makan Twisties. Copy+paste kerja orang lain, lepas tu komen satu baris di penghujung – sebijik macam Malaysia Today!

Another Brick juga mengulangi tuduhan sama – bahawa KJ menolak tepi kedudukan istimewa Melayu. Apa yang sebenarnya diperkatakan oleh KJ adalah berikut, “bukan peruntukan perlembagaan yang membawa keistimewaan sebenar, tetapi kebolehan dan pencapaian orang Melayu-lah yang akan menentukan sama ada kita menjadi bangsa istimewa, bangsa yang unggul, bangsa yang terbilang”. Apa salahnya komen ini? Apa salahnya perspektif ini? Tidak sekali-kali KJ mengetepikan kedudukan istimewa Melayu, malah beliau sendiri menyifatkan Perkara 153 sebagai ‘keramat’ buat orang Melayu. Apa yang diperlukan adalah agar Melayu tidak bergantung sepenuhnya kepada Perkara 153. Mungkin dalam dunia Three Stooges ini, kalau seorang Melayu memanggil komunitinya supaya bangkit dan yakin kepada “ketamadunan bangsa” sendiri, maka orang itu sudah hilang ke-Melayuannya? Syukur-lah bahawa perspektif kuno ini tidak dikongsi oleh kepimpinan tertinggi parti yang diketuai YAB Presiden; jika tidak, hancurlah peluang UMNO memenangi undi golongan muda.

Akhirnya, perkara inilah yang menyuntik semangat kepada KJ dan penyokongya – iaitu mesej mereka-lah yang konsisten dengan visi YAB Dato’ Seri Najib. Lihat sahaja kepada konsep 1Malaysia yang menuntut kita memecahkan benteng pemisah antara kaum. Baca-lah teks ucapan KJ, dan kemudian baca komen dan kritikan Three Stooges ini – ternyata sekali siapa yang membantu Presiden dan siapa yang lintang-pukang ideologi peribadinya, hanya bermatlamatkan menghancurkan perpaduan parti.

Pesanan Keras Untuk Tun Faisal

Zaid Ibrahim bagaikan melukut di tepi gantang

October 19, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Zaid Ibrahim  buat kontreversi lagi tapi kali ini bukan nya dalam UMNO tetapi dalam  Pakatan Rakyat. Kalau tidak pandai menari jangan lah salahkan  lantai  pula yang bengkang bengkok , kali ini   kentreversi yang  dicetuskan adalah di antara  beliau dan juga   Azmin Ali. Zaid dan  Azmin , barulah bertembung buku dan ruas. Belum pun sempat setahun Zaid  masuk  PKR sudah kecoh. Inilah akibatnya jika menganggap semua orang tidak pandai  dan kalau semua orang buat tidak betul.

Tidak kurang juga dengan Azmin, yang mahu tunjuk sombong dan bongkak , kerana  beliau ada lah merupakan orang yang paling senior dalam PKR. Azmin juga tidak mahu kalah. Sekarang baru mereka tahu dan baru mereka menyedari , bukan mudah untuk menjaga parti apabila parti mual membesar, PKR bukan sebesar mana pun, jika di bandingkan dengan BN atau UMNO , PKR tidak lah besar mana pun.Jika PKR sebesar UMNO dan menjadi pemerentah entah  macam mana kelam kabut mereka ini. Mana yang gila kuasa dan mana yang kemaruk projek. Baru hanya memerentaH di beebrapa  negeri sudah mula celaru.

Zaid dikatakan akan bercuti sementara  Azmin pula terus mendesak  Zaid menunjukkan sebab dan bukti bahawa kepimpnan tertinggi  PKR melarang mereka ke Sabah dan Sarawak. Azmin juga  sedang mempunyai satu konflik lagi di Sabah apabila dikatakan ahli PKR  Sabah  tidak setuju dengan perlantikan beliau sebaai  Pengerusi PKR Sabah. Eloklah  Zaid bercuti dan lagi baik Zaid  bercuti panjang  atau  bercuti terus .

BENARKAH PARPUKARI PELARIKAN DUIT ???

October 18, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Perhimpunan Agung UMNO tahun ini akhirnya berlalu juga dengan jayanya setelah UMNO selesai  membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO masih relevan dan masih merupakan  naungan  utama orang orang Melayu. Tahun ini pilihan yang berjalan dengan harmoni dan jelas kita dapat melihat perubahan yang ketara yang menarik minat rakyat  untuk  bersama UMNO. Perubahan yang telah dilakukan oleh DS Najib dahulu nampaknya   kini mendatang kan hasil.

Strategi Najib meletakkan  Khairy  Jamaluddin  sebagai Ketua Pemuda UMNO juga berjaya.

1. PM telah membuktikan bahawa dia tahu apa yang dia lakukan dan  Khairy telah membuktikan bahawa dia ada lah pemain politik yang bijak ,

2. Khairy juga membuktikan bahawa dia tercabar dengan keputusan Najib tetapi berjaya membuktikan bahawa dia setia dan akur kepada keputusan pemimpin. Bukan mudah  untuk figure  seperti Khairy  dan penyokong menerima hakikatnya  bahawa beliau tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan setelah memenangi kerusi ketua pemuda UMNO.  Kerana kesabaran dan kepentingan parti Khairy menerimanya dengan hati yang terbuka dan kini kita telah nampak hasilnya bila Khairy diterima oleh Pemuda semua, Ini satu perubahan yang positif kepada Pergerakan Pemuda UMNO yang kini telah berjaya disatukan dibawah satu pemimpin.

3. Di rangkum kan dan di terjemah kan dalam perhimpunan UMNO beberapa hari yang lalu , Khairy berjaya memberikan fokus kepada tanggung jawab dan amanah yang diberikan kepada beliau oleh Perdana Menteri untuk menumpukan dan memperkasa kan Pemuda UMNO. Khiary berjaya mengikis imej  menantu Pak Lah dan Khairy berjaya menonjolkan dirinya sebagai Khary Jamaluddin  , Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

4. Kualiti yang ada pada diri Khairy tidak boleh kita nafikan dan tidak boleh kita perlekeh kan. Kualiti kepimpinan  yang ada pada Khairy juga menyumbang kan kepada satu imej yang baru dalam Pemuda dan menempatkan Pemuda UMNO kepada satu kedudukan tersendiri dengan kualiti dan branding tersendiri. Kita sebut Pemuda UMNO pasti secara  terrsendiri nya  kita akan sekilas mambayangkan personaliti  Khairy Jamaluddin.

Bukan semua  suka apa yang berlaku kepada UMNO hari ini, Lumrah dan kehidupan sememangnya  begini , Ragam UMNO juga  sering tidak  akan berubah sepenuhnya. PHD dalam UMNO tetap menebal dan bukan mudah untuk kita memenuhi  kehendak kesemua ahli UMNO. Lagi berjaya UMNO  dan lagi berjaya  kepimpinan seseorang lagi sakit hati orang yang sememangnya membenci. Buktinya , beberapa blog yang membenci Khairy Jamaluddin tiba tiba sahaja bagaikan  orang yang histeria apabila melihat dengan mata mereka sendiri bahawa ada perubahan penerimaaan ahli UMNO kepada Khairy Jamaluddin dan terperanjat melihat Pemuda UMNO itu berjaya dibawah kepimpinan  Khairy Jamaluddin. Terperanjat dengan  rebranding Pemuda dan keharmonian yang ada  dalam  pemuda  lantas mencari jalan untuk mengeruhkan suasana yang jerniah dalam Pemuda.

Yang membenci ini , bukan pembangkang , yang cuba menabur  fitnah ini bukan nya dari parti PR tetapi adalah budak budak UMNO hingusan yang suka mencarut di tepi tepi longkang.  Budak budak yang  baru merasa nikmat kemewahan .Di ketuai oleh Parpukari , saudara Salim yang berkerja di  Bank Muamalat tingkat  25  dan juga beberapa pengikut nya mula merapu dan mencari jalan untuk memburukkan Khairy Jamaluddin .

Dari sumber yang  kami ketahui , Parpukari ini diupah oleh beberapa pihak termasuk seorang bloggers yang  popular , bekas  wartawan Malay Mail , bukan kerana  tulisan Parpukari ini hebat , bukan ada fakta yang boleh ditulis pun , tetapi kerana mahukan anjing gila ini mainkan peranan menyalak hari hari kerana ini juga merupakan strategi untuk menjatuhkan seseorang. Apa sangat  fakta yang ditulis  oleh anjing gila ini di laman nya melainkan mencarut.

Ada juga sumber yang mengatakan bahawa Parpukari ini  ada membawa lari wang yang dibayar oleh sebuah badan perhubungan UMNO, tidak tahu sejauh mana kebenaran nya , tetapi jika tidak benar tidaklah mungkin orang berkata pula . Katanya  itu adalah upah untuk  dia dan kawan kawan nya dalam membawa kempen UMNO  di sebuah negeri yang diperintah oleh PR. Hebat  mamat ini sudah pandai perlari kan duit pula.

Ada juga sumber mengatakan , Parpu juga dibayar di Perak dengan nilai RM5000 sebulan hanya untuk menyalak dan mencarut  serta merapu. Ini sungguh memalukan UMNO, Ini memalukan  kawan kawan  bloggers yang lain dalam UMNO kerana cara  dia menyalak  , menjatuhkan maruah bloggers UMNO dan UMNO itu sendiri.  Sebenarnya , blog Parpukari ini tidak lebih sebagai jamban tempat kita singgah membuang najis sahaja, Ada juga nikmat  membuang najis ini. Terutama di rumah najis. Jamban lah.

OLEH : HALIM MISARA

Kepada kawan kawan  bloggers UMNO kita jangan tiru macam mamak ini. Sdr 1 Mal , biarkan dia begitu , kita tak perlu macam  dia. http://1-mal.blogspot.com

Bila Tun dah mula balun Azalina

October 16, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

1. Bertemu dengan seorang sahabat lama di sebuah hotel di Subang Jaya , kami mengenali Azalina dan beliau juga merupakan pembaca blog ini. Nasihat beliau , fokus untuk memastikan masage yang saya hantar kepada rakyat akan sampai.Pesan nya lagi , jangan lupa tenguk blog Tun Mahahthir ada menulis pasal Azalina. Setelah membaca isi kandungan blog berkenaan saya dapat bayangkan betapa bosan nya Tun kepada Azalina, dan betapa bosan nya rakyat kepada poster dan signboard pelancongan yang ditabur di seluruh Malaysia dengan menggunakan duit rakyat . selanjutnya www,mytepakbersulam.blogspot.com -  Pengumuman www.tepakbersulam.com menghadapi masalah , anda boleh layari di laman  www.mytepakbersulam.blogspot.com

Salim (parpukari) bagaikan polong yang kepanasan tenguk KJ di perhimpunan agung UMNO

October 16, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Terus terang saya katakan kita  dapat kita simpulkan bahawa perhimpunan agung UMNO kali ini mematangkan  kepimpinan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan berbekal kan kemenangan di pilihanraya Bagan Pinang membuktikan  Pemuda  telah bergerak di landasan yang betul dan dipimpin  oleh kepimpinan yang betul.

Selama  tiga hari  suara Khairy Jamaluddin dapat didengar dengan jelas, banyak idea idea baru yang di bentangkan untuk kebaikan pemuda UMNO sehingga ada  bloggers yang anti dengan Khairy Jamaluddin tidak dapat menerima hakikat bahawa Khairy telah diterima oleh Pemuda UMNO. Tidak ada dua atau tiga kepulan dalam pemuda tetapi hanya  ada satu saja Pemuda UMNO.

Bagaikan kemaruk dan bagaikan keling gila todi , bloggers prapukari dan anak omak naik angin  apabila melihat Khairy Jamaluddin mendapat sambutan dan publisiti yang amat  meluas, Ini satu kejayaan besar Khairy Jamaluddin dalam mengharungi kerjaya politik nya . Syabas  Khairy .

Pemuda sudah boleh menerima Khairy, maklumlah sudah setahun bersama bertugas di pilihan raya kecil dan lain lain program , Mereka sudah mula boleh menerima hakikat bahawa Khairy adalah Ketua Pemuda UMNO. Hakikat inilah yang sukar diterima oleh Salim seorang  kerani di tingkat 25 Bank Muamalat dan  blog beliau penuh diwarnai dengan kata kata nesta kutuk mengutuk terhadap Ketua Pemuda ini.

Bersemangat  dan berapi lagi mamak ini menghentam  Khairy Jamaluddin , Syok sendiri. Penuh dengan carut dan kata nesta terhadap Khairy, marah betul dia sebab Khairy di terima Pemuda, Kalau tenguk blog dia sampai macam orang mabuk todi. Bapa Mertua  tidak sihat  dan makan di  Bangsar Village sekejap  pun jadi isu yang besar kepada si pendengki ini. , Beria ia hentam KJ dan kononnya ucapannya  memalukan UMNO, tapi blog jamban nya yang merapu mencarut maki hamun lagi memalukan UMNO. PARPUKARI MENENTANG  DAN MEMPERLEKEH KAN  KJ YANG mencadangkan MAHU MENUBUHKAN BANK BELIA. Siapa lah si Parpukari yang SPM hanya cukup makan  jika Kita bandingkan dengan  Khairy Jamaluddin , jauh api dari panggang.

Memang jelas Khairy Jamaluddin hebat dan bergaya, Sorry lah bro ..apa saja  lu mahu tulis orang tahu hasrat hati lu yang busuk terhadap KJ, Semua orang tahu lu siapa, tak lebih dari Tong Kosong. Akhir kata nak ucapkan Selamat menyambut Dipavali.

Oleh : Gondang Lamo

Ikrar Pemuda sekat Anwar jadi PM

October 14, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

“Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar – seorang chameleon politik, sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.

“Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya,” kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin di persidangan agung Pemuda Umno 2009 hari ini.

Dalam ucapan sulungnya mengepalai pergerakan itu, beliau juga menuduh Pakatan Rakyat sebuah gabungan yang tidak berpegang pada prinsip apabila tidak tegas mempertahankan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Pakatan pembangkang tidak berprinsip seperti mana BN, kerana mereka tidak pun berpegang kepada perlembagaan.

“Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?” katanya di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ucapan yang bertemakan ‘Di Persimpangan Jalan Perjuangan’, Pemuda Umno diseru agar tidak terperangkap dengan isu Melayu gaya lama yang mudah berang dengan desakan kumpulan lain sewaktu perdana menteri, juga presiden Umno, memperkenalkan slogan 1Malaysia.

“Kita boleh bertempik suara melaungkan semangat Melayu dan memberi amaran kepada kaum-kaum lain supaya jangan mencabar ini dan itu,” kata Khairy.

“Pilihan ini mudah dan menjanjikan populariti di dalam parti. Tetapi adakah ini sebenarnya mesej yang dihasratkan oleh rakyat Malaysia, malah orang Melayu sendiri – apatah lagi pada waktu presiden parti sedang membawa mesej perpaduan dengan gagasan 1Malaysia?

“Bagi Pemuda Umno alaf baru, inilah keberanian sebenar – bagi memilih jalan untuk Pemuda menjadi perintis ke arah perpaduan negara melalui semangat 1Malaysia.”

Berikut petikan ‘Di Persimpangan Jalan Perjuangan’

Rakyat kini dihidangkan dengan pilihan antara gagasan yang membangunkan negara sejak sekian lama, yakni Barisan Nasional, atau pakatan pembangkang yang terus menerus memecahbelahkan rakyat.

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendedahkan siapa sebenarnya pakatan pembangkang ini. Bahawa mereka bukannya sebuah parti politik yang tulen – bahawa perhubungan mereka bukannya berteraskan ikatan yang sah atas prinsip yang sama.

Apa yang sebenarnya wujud hanyalah satu perhubungan rambang dan kasual, tanpa prinsip moral, tanpa cinta sejati, tanpa hormat-menghormati.

Satu pakatan yang sanggup tidur sekatil demi mimpi untuk ke Putrajaya, satu pakatan yang bernafas atas nafsu untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.

Anak Batak mudik bergalah
Digigit nyamuk habis lebam
Pakatan retak menanti belah
Remuk di dalam dipendam-pendam

Batang cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Pakatan pembangkang temberang belaka
Janji bak lidah tidak bertulang

Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Kassim membuka silat
Pembangkang gian tamakkan kuasa
Batu api perpecahan rakyat

Insiden-insiden yang kita lihat semenjak pilihan raya umum ke-12 telah membangkitkan sangkaan bahawa tiada setiakawan dan tiada keikhlasan dalam perjuangan pembangkang.

Tidak keterlaluan, jika saya nyatakan bahawa di antara mereka, DAP yang paling berkuasa. PAS sudah lari dari asas perjuangan dan menggadaikan prinsip tulen parti tersebut apabila Negara Islam bukan lagi menjadi wawasan utama mereka.

PAS tidak lagi garang bersuara, berani mengajar, jauh sekali berani menegur PKR dan DAP tentang pelbagai perkara. PAS tidak lagi sensitif kepada perkara-perkara pokok seperti cadangan menggunakan dana zakat bagi pentadbiran negeri di Selangor.

Ini menzahirkan bahawa PAS sanggup tawar menawar dengan DAP hatta menggadai jatidiri dan perjuangan asas mereka demi politik. Kalau begitulah keadaannya, tiada jaminan mereka tidak akan mempertaruh atau menjual negara, sekiranya berkuasa.

Kalau DAP yang paling berkuasa, maka kita berhak untuk bertanya: siapa sebenarnya DAP ini? Bertopengkan platform parti berbilang bangsa, tetapi hakikatnya mereka didominasi oleh satu kaum sahaja.

Selepas 40 tahun Lim Kit Siang menjadi ahli Parlimen, pembukaan satu cawangan Melayu DAP bulan lepas digembar-gemburkan seolah-olah satu pencapaian yang cukup hebat.

DAP hanya parti berbilang kaum pada namanya sahaja, sedangkan perjuangan sebenar mereka berunsur perkauman yang menyala membara seperti api dalam sekam.

PKR pula parti yang tandus ideologi, sekadar berkisar pengagungan seorang individu bernama Anwar Ibrahim.

Apa sebenarnya prinsip perjuangan PKR, atau adakah mereka sama seperti DAP yang dahagakan kuasa? Kalau kononnya berjuang atas tiket keadilan dan anti rasuah, lihat sendiri pemimpin kamu itu wahai PKR.

Anwar Ibrahim melalaikan masyarakat Malaysia, memanipulasi dan mengulit jiwa mereka dengan kata-kata indah seakan-akan dialah pemimpin yang bersih, tulen, berintegriti, dan acap kali menuduh pemimpin UMNO sebagai rasuah, rakus dan rasis.

Tetapi Anwar Ibrahim jangan kamu lupa sejarah kamu, kerana kami tidak lupa perbuatan lampau kamu. Apakah semata-mata Anwar Ibrahim beralih menjadi pembangkang, sejarah silamnya, segala dosa lamanya akan lesap begitu saja?

Sejarah akan sentiasa membayangi Anwar ke mana sahaja dia pergi dalam arena politik. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agama Islam? Pejuang bangsa Melayu? Pejuang hak asasi manusia? Atau apakah Anwar Ibrahim berjuang semata-mata untuk kepentingan peribadi Anwar Ibrahim?

Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar – seorang chameleon politik sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.

Tetapi UMNO dan Pemuda UMNO ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya.

BN ditubuhkan atas dasar persaudaraan dan persefahaman untuk menegakkan Perlembagaan dan asas kewujudan negara. Inilah perkongsian platform yang wujud dalam BN.

Tetapi pakatan pembangkang tidak mempunyai sebarang persefahaman bersama melainkan nafsu untuk merampas Kerajaan – itupun kita tidak tahu siapa akan menjadi perdana menteri kalau pakatan ini mengambil alih.

Malah dalam memilih Kabinet Bayangan, mereka memilih jalan selamat untuk menamakan tiga ahli bagi setiap portfolio kabinet, kerana mereka sebenarnya langsung tidak ada persefahaman dalam perkongsian kuasa, tidak seperti BN yang telah teruji dan terbukti.

Pakatan pembangkang tidak berprinsip sepertimana BN, kerana mereka tidak pun berpegang kepada Perlembagaan.

Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?

Kita perlu terus mendedahkan taktik kotor pembangkang ini. Kita tidak pernah barang sedetik gentar dengan mereka kerana mereka yang sebenarnya takut dengan kita. Mereka yang yang takut dengan kepimpinan YAB Datuk Seri Najib. Mereka tiada idea baru.

Dalam ketandusan tersebut mereka amat licik mencucuk rakyat, menyebar fitnah, menimbulkan huru hara, membuat rakyat akhirnya merana. Bak kata pepatah, kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting.

Pakatan pembangkang takut tindakan kejam mereka terhadap penduduk Kampung Buah Pala akan diingati rakyat. Mereka takut rakyat menuntut janji RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang ditawarkan masuk ke universiti, yang masih tak tertunai.

Apatah lagi janji menurunkan 20 peratus cukai pintu yang sampai hari ini belum dilaksanakan walaupun sudah hampir 20 bulan berkuasa.

Pokoknya, mereka takut akan kesedaran rakyat yang telah terpedaya dengan segala janji manis, tipu muslihat dan dakyah mereka terburai begitu sahaja.

Oleh itu, saudara sekalian, marilah kita bersama-sama bersatu mendedahkan helah dan dakyah pembangkang ini. Mari kita tewaskan mereka dalam permainan politik berbahaya mereka ini, yang sanggup menggadaikan segalanya hanya untuk berkuasa.

Jangan kita biarkan kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan oleh satu kumpulan yang sebenarnya saling tindas-menindas, yang sebenarnya tidak ikhlas dalam perjuangan mereka sehingga tidak teragak-agak untuk menghalalkan yang haram, mengiyakan yang palsu, melupakan yang jitu demi mengejar mimpi mereka yang tamakkan kuasa.

Daun mengkudu di atas dulang
Anak udang mati dituba
Negara berpecah pembangkang girang
Demi kuasa dan tamak haloba

Pergi berburu nun ke sempadan
Dapat kancil kongsi bersama
Selagi hayat dikandung badan
Pemuda kekal pertahankan negara

SUMBER MALAYSIAKINI

The ‘chameleon’ will never reach Putrajaya

October 14, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin today vowed that his wing will ensure that Opposition Leader Anwar Ibrahim will never realise his dream of taking over the federal government.

The 33-year-old politician also described the 62-year-old former Umno deputy president and deputy prime minister as a ‘forked tongue tale teller’ and ‘political chameleon’.

bukit gantang by election anwar ceramah 030409 09“Anwar should be mindful of his past deeds, for we surely have not forgotten. Switching to the opposition does not absolve him of his sins. As the pot calling the kettle black, Anwar’s past will shadow him no matter where he maneuvers in the political arena.

“He tries to position himself as many things: the voice of the marginalised, a champion of Islam, the Malays and human rights. But is this truly Anwar Ibrahim, or is his political struggle motivated solely by personal ambitions?” he asked.

“Anwar may have succeeded in deceiving some members of the younger generation who never really knew his true nature – a political chameleon who changes colour according to season.

“But Umno and Umno Youth most certainly remember the real Anwar, and we will ensure that this forked-tongue teller of tales will never make it in his quest to Putrajaya,” he added.

PKR, all about one man

Addressing some 800 Umno Youth delegates at the Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur, the Umno Youth chief also dismissed PKR, helmed by Anwar’s wife Dr Wan Azizah Wan Ismail, as a party devoid of ideology.

Khairy said the party, which was born in the aftermath of Anwar’s sacking from Umno and the government in 1998, was only concerned about the glorification of one man.

NONE“What is the crux of PKR’s struggle, or are they like their partners who yearn for power above all else? After all, if it is justice and anti-corruption that they are fighting for, then PKR should look to its own leader.

“Anwar has manipulated a section of the Malaysian populace with rhetoric as though he is clean, pure, a beacon of integrity, while branding Umno leaders as corrupt, voracious and racist,” he added.

Meanwhile, Khairy also said Malaysians are now faced with the choice between two political fronts – Barisan Nasional, which has developed the country to its current heights, or Pakatan Rakyat which continues to divide the people.

“It is our responsibility to expose the true colours of the opposition – that they are no true coalition and are not bound by any shared principle.

“What exists is merely a casual relationship, void of any moral principle, genuine affinity or mutual respect. They are a coalition willing to be in cahoots merely to topple BN, dreaming of Putrajaya,” he added.

No sincerity in the struggle

Khairy also noted that recent incidents since the 12th general election indicate that there is no sincerity of struggle in the opposition coalition.

“It would not be a stretch for me to contend that DAP holds the reins. PAS steered away from its original core when the Islamic State ceased to be a key party agenda.

NONE“PAS no longer dares to speak up, much less criticise PKR and DAP on numerous matters. PAS is also no longer sensitive to issues that used to be central to their cause, such as the proposal of utilising zakat (tithe) funds for the state administration of Selangor,” he added.

According to the Umno Youth chief, this suggests that PAS is willing to sacrifice fundamental principles in its negotiations with DAP, all in the name of politics.

“Should that be the case now, there is no guarantee that PAS would not also sacrifice the country should it come to power,” he warned.

“If DAP is most powerful, we should ask: who is DAP, really? Masking its almost mono-racial character with the chimera of a multi-racial platform – when in truth, DAP’s priorities are unmistakably racial.

“After 40 years of Lim Kit Siang being a parliamentarian, the opening of one Malay branch was deemed fit to shout about, as though it was an astounding achievement. DAP is multi-racial only in name, for its actual agenda is couched in racist sentiment,” he said.

Playing a dangerous game

Unlike BN, Khairy said, the opposition coalition is not grounded by principles – they do not uphold even the constitution.

This, he added, is evident in DAP’s relentless attack on the position of the rulers, the Malay language and Islam, whilst its partners PAS and PKR not only watch idly but in fact cast aside basic principles of this nation.

“We must continue to expose the opposition’s dirty tactics. We have never been afraid of them; it is they who actually fear us. They fear the leadership of Prime Minister Najib Abdul Razak.

NONE“Without new ideas that benefit the people, they are left with little more than political tactics that instigate trouble and manufacture despair,” he said.

“The opposition is worried that the people will have a long memory of the cruelty suffered by the residents of Kampung Buah Pala.

“They fear their yet unfulfilled electoral promises of giving RM1,000 to each child in Selangor offered a place in university and reducing assessment tax by 20 percent, will come back to haunt them,” he said.

“In essence, they their lies, trickery and propaganda will finally be revealed to the people,” he added.

In view of this, Khairy called on his ‘brothers’ in Umno Youth to stand united to defeat an opposition bent on playing a dangerous game.

“We will never allow the BN government to be defeated by parties that in fact, undermine each other and possess no sincerity in their struggle.”The opposition have no qualms in legitimising wrongs and ignoring truths in the greed for power,” he said.

Khairy issues bold call to Umno Youth * KJ – UBAH ERTI DOMINASI MELAYU

October 14, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik, Featured

In a marked departure from the ‘Malay supremacy’ clarion call of his keris-wielding predecessor, the Umno Youth chief Khairy Jamaluddin wants the majority community to forge closer ties with other races.

The 33-year-old politician, the youngest to helm the Youth wing, urged the members to work hand-in-hand with the Chinese and Indian minorities to reap mutual benefits in nation building as opposed to taking a confrontational approach.

In a bold move, Khairy argued that the party should move away from the age-old concept of “Malay dominance” to one which emphasises “Malay leadership”.

“Umno and Umno Youth will always fight for the Malays – protecting the status of Islam, the Malay rulers and the Malay language. These are the core elements of Umno’s struggle that will never dissipate from our agenda,” he told the 800 delegates at the Umno Youth assembly today.

“However, we must pursue these things based on two principles: justice and compassion, especially when dealing with other races. This compass will underline our national agenda that is grounded not in the narrow concept of Malay dominance, but on the concept of Malay leadership – magnanimous as well as both just and compassionate.”Embrace competition

Making another unconventional statement, the son-in-law of former premier Abdullah Ahmad Badawi said in order for Malays to progress, it was necessary for the community to embrace competition based on merits.

“Fulfilling the vision for our community’s advancement would require the confidence to accept competition based on our own on merit and abilities. This is the meaning of ‘civilisational confidence’ – we fear not our own shadow.”

Khairy said he was highlighting the challenges of the new generation as there were too many older Malays, including those in Umno, who are cocooned with their siege mentality.

“I speak of a generational challenge because for too long, Malays and Umno have been caught in a mindset that is negative and overly defensive.

“We feel as though we are constantly under siege, and all our efforts appear to be channeled towards protecting the Malay special position. I urge Malays, beginning with the youth, to get out of this siege mentality,” said Khairy in his maiden policy speech at the Umno Youth assembly which lasted 50 minutes.

“Undeniably, we consider Article 153, which guarantees the special position of Malays and bumiputeras as sacrosanct. However, if we scratch beneath the surface, we would find that it is almost impossible for Article 153 to be stripped from the constitution, as it would require the approval of two-thirds of Parliament.

“And in the improbable situation were this to occur, it would still require consent from the Council of Rulers. This should serve as a reminder that realistically, our special position as stipulated in the constitution cannot possibly be changed.”

hishamuddin hussein with keris 050805The Umno Youth meeting kicked off at 9am with the conspicious absence of the ‘keris’ – a major and controversial fixture of previous few assemblies.

Apparently, the keris was given to former Youth chief Hishammuddin Hussein as a gift for ‘safe keeping’ and it would no long make any appearance at the assembly.

The new Malay dilemma

The Umno Youth chief said that Umno and the Malay community should consider a paradigm shift in charting their future.

“This is the new Malay dilemma – the generational question of our time which must be addressed: are we going to defend symbols for their sake, or are we bold and courageous enough to accept the reality that there needs to be a change in both vision and mechanisms to see Malays forge ahead? I believe the answer lies in the latter.”

On this note, Khairy said he believes that Umno president Najib Abdul Razak shares the vision as exemplified in his move to abolish the 30 percent bumiputera equity in initial public offering (IPO) in Bursa Malaysia.

According to him, Najib’s decision was not because of a lack of commitment to the Malay agenda but because the ’30 percent’ mechanism has failed to achieve its original aims.

“The president himself mentioned that from RM54 billion worth of shares given to bumiputeras through this mechanism, only RM2 billion remains – (the rest) sold for a quick profit. Thus proving that there are symbols and mechanisms we have defended in the past, which have not succeeded in their objectives.”

Khairy said it was proven that such “instruments and symbols” that the Malay community has fervently defended in the past failed to meet the desired targets.

He also pointed out that Malays should not resort to the habit of running one another down.

“As members of the younger generation, we must avoid the culture of destroying budding talents before they are realised. It would be a great shame if, motivated by jealousy, we work to bring down Malays with potential for our own twisted pleasure,” he said.

“We must rid ourselves of envy and resentment towards other Malays. Instead, we should assist and encourage each other towards success. This is the meaning of ‘civilisational confidence’ – we fear not our own shadow.”

Khairy’s ‘quota-less’ vision

The Umno Youth chief also espoused his vision that one day, all the local universities would be filled by Malays who are there based on merit and not quota.

“Whilst we protect the quotas now, let us not forget that they are only supposed to aid us, and not be a lifeline for the Malays unto perpetuity. The Malay vision is not about defending quotas indefinitely, but to stand proud seeing Malays succeed on their own strengths,” said the Oxford-trained Khairy.

“There is no reason to be pessimistic about our own potential – the confidence to accept more open competition already exists in our cultural DNA.”

He ended his speech by calling on Umno Youth members to change their mindset and to stand behind the party’s top two leaders, which received a standing ovation.

“Ours is the generation that can insist that we have had enough! Enough of putting down our own race. Enough of being crippled by the illusion that says Malays are slow, Malays are lazy, Malays are stupid.

“Ours is the generation that can stand up to the challenge by saying that Malays are no longer afraid to face the outside world because Malays are not slow, Malays are not lazy, Malays are not stupid. On the contrary, Malays are a majestic people – intelligent and multi-talented.”

______________________________________

UBAH ERTI DOMINASI MELAYU – KJ

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata Umno dan pergerakan itu tetap menjadi pejuang bangsa – mempertahankan Islam, kedudukan Raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu – tetapi menyarankan ia bukan lagi berteraskan konsep kekuasaan Melayu yang sempit tetapi kepimpinan Melayu yang adil dan rahmah.

“Kita perlu memperjuangkan semua ini berlandaskan dua prinsip, iaitu keadilan dan rahmah, terutamanya dalam hubungan dengan kaum-kaum lain.

“Kompas perjuangan ini akan menggariskan agenda nasionalis kita, yang bukan berteraskan konsep kekuasaan Melayu atau Malay dominance yang sempit, tetapi kepimpinan Melayu atau Malay leadership yang adil dan rahmah,” kata Khairy dalam ucapan dasarnya di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC hari ini.

Berikut sedutan ucapan Khairy mengenai isu terbabit:

“Ada yang berpendapat biarlah presiden sahaja yang membawa mesej kenegaraan, tetapi Pemuda Umno hendaklah meneruskan agenda dan pendekatan lama.

“Jika kita memilih berbuat demikian, rakyat akan melihat Umno sebagai parti yang kucar kacir, parti yang hipokrit, tanpa satu ideologi asas yang konsisten untuk rakyat dan pengundi.

“Kita akan diadili sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin, apatah lagi dalam era teknologi yang berupaya mendedahkan sebarang hipokrasi lantas menuntut satu konsistensi mesej di segenap lapisan kepimpinan parti dan Kerajaan.

“Adakah dalam konteks baru ini kita mahu presiden parti bercakap mengenai satu perubahan – satu anjakan memecahkan benteng pemisah antara kaum – manakala Pemuda Umno pula enggan berubah, sebaliknya bertempik melaungkan perkara yang berlainan daripada apa yang diperkatakan oleh presiden?

“Pembaharuan ke arah landasan ini tidak bermaksud kita lupa kepada agenda Melayu. Umno dan Pemuda Umno tetap akan menjadi pejuang bangsa – mempertahankan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. Ini semua perkara asas perjuangan UMNO yang tidak akan sekali-kali luntur dari agenda kita.

“Namun kita perlu memperjuangkan semua ini berlandaskan dua prinsip, iaitu keadilan dan rahmah, terutamanya dalam hubungan dengan kaum-kaum lain.

“Kompas perjuangan ini akan menggariskan agenda nasionalis kita, yang bukan berteraskan konsep kekuasaan Melayu atau Malay dominance yang sempit, tetapi kepimpinan Melayu atau Malay leadership yang adil dan rahmah.

“Sebenarnya, jika diimbas sejarah kepimpinan Umno dan BN, ternyata sekali prinsip kepimpinan Melayu yang adil dan rahmah sudah pun terpahat dalam realiti politik tanah air.

“Umno dan BN telah mempamerkan kemampuan menjaga kebajikan dan kepentingan seluruh warga Malaysia. Contohnya, lihat sahaja pada perjuangan membenteras kemiskinan – agenda ini tidak berlandaskan warna kulit semata-mata, tetapi sebaliknya, dipanjangkan kepada mana-mana golongan kurang bernasib baik.

“Maka, berbekalkan landasan politik yang dihormati semua, pembaharuan yang diperlukan dalam lanskap masa kini adalah untuk Umno dan orang Melayu konsisten dalam memantapkan kepimpinan nasional kita untuk semua rakyat Malaysia.

“Seruan agar segenap masyarakat wajar diberi pembelaan bukan sahaja sesuatu yang dianggap sebagai hak sejagat atau universal rights tetapi sebenarnya datang dari agama suci kita sendiri.

“Kerajaan di bawah pimpinan Umno sering mengambil inspirasi Islam sebagai landasan kepada dasar negara, seperti prinsip Islam Hadhari yang menjamin hak golongan minoriti dibela.

“Justeru, tidak salah sekiranya orang Melayu juga memperjuangkan kepentingan warga Malaysia secara keseluruhannya.

“Malah, apabila kita menghormati pegangan dan agama orang lain, mereka juga akan lebih menghormati kita. Allah SWT berfirman di dalam Surah Al An’am, ayat 108:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan”.

“Barangkali ada yang mengungkit adakah kita patut mempertahankan bangsa lain sekiranya mereka mempersoalkan kedudukan kita? Di sinilah kepimpinan kita akan teruji.

“Sebagai bangsa yang diberi amanah dan penghormatan untuk memimpin, orang Melayu tidak boleh mengikut rentak biasa – sebaliknya kita mesti melaksanakan sesuatu yang mengatasi apa yang biasa.

“Barulah kita akan berupaya memimpin dan dilihat sebagai pemimpin yang mendapat pengiktirafan lebih menyeluruh. Inilah satu lagi contoh kepimpinan Melayu yang saya maksudkan – kepimpinan yang adil dan rahmah yang diterima oleh semua.

“Pembaharuan ke arah kepimpinan nasional Melayu yang lebih jitu akan boleh dilaksanakan sekiranya orang Melayu sendiri membuat anjakan kepada perjuangan yang berbekalkan keyakinan ketamadunan kita, atau civilisational confidence.

“Keyakinan ketamadunan ini bermakna kita yakin dengan keupayaan bangsa untuk melangkah ke hadapan, mengukir kejayaan tanpa perlu takut bayang-bayang sendiri. Inilah cabaran generasi kita.”

Tuntut perubahan sikap – Khairy

October 13, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

kj_kpKetua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini berharap pindaan perlembagaan yang dijadual dibentangkan pada perhimpunan agung khas UMNO Khamis ini turut menuntut perubahan sikap semua para perwakilan khususnya Pemuda.

”Saya istilahkan perhimpunan Pemuda dan perhimpunan agung sebagai satu perhimpunan transformasi di mana perubahan bukan hanya berlaku kepada peraturan dan undang-undang dalam perlembagaan tetapi juga melibatkan kompas politik kita.

”Harapan kita bahawa pindaan ini akan mendorong kepada seluruh keahlian terutama Pemuda UMNO untuk membuat transformasi sikap kita. Transformasi perlembagaan sahaja tidak mengubah segala-galanya dan kita perlu kepada transformasi keahlian itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di Menara Dato’ Onn di sini.

Khairy berkata, mesyuarat hari ini juga menyentuh mengenai bagaimana Pemuda dapat memainkan peranan mereka dalam menjayakan gagasan 1Malaysia.

”Kita mesti mempunyai pandangan 1Dunia iaitu satu pandangan politik yang lebih terbuka yang boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Kita kena tunjuk kepimpinan Pemuda UMNO dan UMNO bukan hanya untuk orang Melayu sahaja tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) campur tangan dalam pergolakan MCA, Khairy berkata, Pemuda tidak ada halangan sekiranya campur tangan itu dapat menyelesaikan kemelut MCA.

”Pemuda anggap serius apa yang berlaku dalam parti komponen BN. MCA kita harap dapat selesaikan secepat mungkin. Sekiranya menuntut kepada satu kepimpinan, satu nasihat daripada presiden untuk menerokai penyelesaian.

”Kita di Pemuda tidak ada apa-apa halangan dan ia mungkin satu cadangan yang baik kepada pengerusi BN dan bukannya campur tangan tapi menerokai satu jalan penyelesaian bagi MCA. Apa yang berlaku dalam MCA akan memberi kesan kepada BN,” katanya. – BERNAMA

Gambar sekitar perasmian Perhimpunan Agung UMNO yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Presiden UMNO merangkap Timb. Perdana Menteri Malaysia

October 13, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

« Previous PageNext Page »