Dilema dalam hala tuju PAS

October 30, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

Walaupun Jawatankuasa Pas Pusat malam tadi bersetuju mengadakan satu seminar politik pada 7 November ini dan bukannya muktamar khas bagi membincangkan kedudukan “dua tiga kerat pemimpin tertingginya yang bermasalah”, namun isu sebenar tentang puak ini telah dapat disampaikan kepada anggota parti itu, kata beberapa pemerhati politik.

Prof Dr Abdul Aziz Bari daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata keputusan mesyuarat jawatankuasa itu malam tadi tidak penting berbanding kejayaan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menyampaikan mesejnya mengenai pemimpin-pemimpin yang bermasalah itu yang hasilnya akan dilihat pada masa hadapan.

“Beliau telah membuka mata bahawa memang ada masalah dalam kalangan pemimpin parti itu dan harus disingkirkan. Mungkin tidak berlaku sekarang kerana mustahil pemimpin yang berkenaan akan meletak jawatan.

“Tetapi mesej ini akan diingati oleh perwakilan pada pemilihan parti akan datang,” kata Abdul Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Nik Abdul Aziz sebelum ini telah meminta parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan mengenai kedudukan beberapa pemimpin Pas yang disifatkan sebagai bermasalah termasuk mereka yang pro-Umno.

Antara pemimpin yang dinamakan ialah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Merujuk kepada saranan Hasan mengharamkan penjualan alkohol di kawasan majoriti Islam di Selangor, Abdul Aziz berpendapat bahawa Nik Abdul Aziz sedar tuntutan sedemikian telah menyebabkan Pas kehilangan sokongan bukan Melayu.

“Beliau tahu Pas berdepan dengan risiko kehilangan undi bukan Melayu jika mereka berterusan dengan cara sekarang, dan sebab itulah beliau bersuara agar orang bukan Melayu kembali yakin kepada Pas,” katanya.

Abdul Aziz menolak kemungkinan bahawa tindakan Mursyidul Am itu akan menyebabkan Pas berpecah.

“Sejarah menunjukkan Pas tidak pernah berpecah sekalipun ada konflik. Ini cuma ribut dalam cawan, dan mereka akan terus bersama sehinggalah penyelesaian sebenar tercapai,” katanya.

Seorang lagi pemerhati politik yang tidak mahu namanya disiarkan berkata kepimpinan Pas kini dibelenggu beberapa isu yang sukar dirungkai.

“Pada saya masalah ini berakar umbi dengan percanggahan pendapat antara golongan ulama konservatif dan ulama yang agak liberal.

Sekarang mereka bekerjasama dengan dua parti yang memang jelas liberal dan sudah pasti mempunyai kehendak yang berbeza.

“Mereka mempunyai satu persamaan iaitu mahu menguasai kerajaan pusat, tetapi daripada segi ideologi, bezanya macam langit dan bumi. Pas masih mahu menegakkan negara Islam tetapi apakah ini yang juga dikehendaki DAP dan PKR (rakan Pas dalam pakatan pembangkang)?” kata pemerhati itu.

Merujuk kepada isu alkohol di Selangor, pemerhati itu berkata Abdul Hadi tidak mampu menggunakan kuasanya bagi melaksanakan keputusan Majlis Syura agar Hasan dinasihat kerana tindakan sedemikian membawa mesej Pas merestui penjualan alkohol di kawasan majoriti orang Islam.

“Malah kalau kita teliti betul-betul, dulu pun semasa isu (anggota exco Selangor daripada PKR) Elizabeth Wong, Pas secara keseluruhan memisahkan diri mereka daripada isu itu kerana pada hakikatnya Pas masih berpegang kepada ideologi parti iaitu menegakkan ajaran Islam, dan tindakan Elizabeth (yang didakwa berkesedudukan dengan lelaki Islam), sekalipun beliau bukan Islam, adalah isu moral yang tidak patut disokong oleh Pas,” katanya.

Berasaskan hujah itu, beliau melihat keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat malam tadi untuk menyiasat Pas Selangor, adalah sekadar untuk memuaskan hati sesetengah pihak. “Mereka mungkin siasat tapi apakah keputusannya? Beranikah mereka menyingkirkan Dr Hasan Ali? Saya berpandangan isu ini juga lama-kelamaan akan didiamkan begitu saja,” kata pemerhati itu.

Kesimpulannya, kata beliau, konflik kepimpinan Pas akan berterusan tetapi parti itu mempunyai formula yang menyatukan mereka sekalipun berkrisis.

“Pada saya perkara ini mungkin berfaktorkan kepada asas penubuhan parti iaitu agama Islam dan para pemimpinnya tetap berpegang kepada asas itu setidak-tidaknya untuk dipamer kepada umum sekalipun di dalam mereka berantakan,” kata beliau.

Bagi seorang lagi penganalisis politik, Asri Salleh, tindakan Nik Abdul Aziz menggoncang bahtera Pas mungkin berpunca daripada peningkatan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya melihat ada dua tekanan yang dihadapi oleh Pas sekarang akibat daripada peningkatan sokongan terhadap Najib ini, iaitu ada puak yang mahu Pas bekerjasama dengan Umno sekarang, dan ada puak yang mahu Pas kekal dengan pakatan pembangkang sehingga pilihan raya umum ke-13.

“Pihak yang pertama ini bimbang jika mereka tidak bekerjasama dengan Umno sekarang mereka akan terlepas peluang kerana jika dilihat keadaan sekarang Umno dan Barisan Nasional mungkin menang besar pada PRU 13 nanti.

“Tetapi pihak yang lagi satu pula mahu kekal dengan pakatan sekarang, dan saya melihat Nik Abdul Aziz sebagai seorang tokoh ulama, sudah pasti mahu berpegang kepada janji beliau untuk setia dengan pakatan pembangkang,” kata Asri, pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, kampus Dungun, Terengganu.

Beliau tidak menolak kemungkinan Nik Abdul Aziz diasak oleh kumpulan ulama profesional yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang Pas akan meninggalkan pakatan.

“Pada saya Pas sekarang berada di persimpangan dan mereka seharusnya mengambil langkah konkrit sama ada benarbenar komited dengan pakatan ataupun bekerjasama dengan Umno,” kata beliau.

Pandangan pemerhati-pemerhati politik ini serta cakap-cakap politik sebenarnya merumuskan Pas kini berada di persimpangan dan tidak mampu membuat keputusan kerana tersepit antara ikon mereka iaitu Nik Abdul Aziz dan juga hala tuju parti.

Mereka tidak mungkin menyingkirkan Mursyidul Am itu dan pada masa yang sama mereka juga perlu menentukan sama ada mahu kekal dengan pakatan yang bebeza ideologi atau menurut arus politik semasa dan bekerjasama dengan Umno. BERNAMA

Badrul keluar PKR dan kini menjadi ADUN BEBAS mesra BN

October 30, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif

Akhirnya Badrul Hisham ADUN Kelang membua keputusan untuk keluar dari parti PKR dan kini menjadi wakil rakyat Bebas mesra  BN. Antara sebab yang telah diberikan oleh Badrul adalah , sebagai seorang Islam beliau  tidak mahu bersekonkol dengan perbuatan Anwar dalam kes  liwat terhadap Saiful.Beliau merasa sangsi apabila Anwar  sering cuba  melewatkan kes  perbicaraan dan  Anwar dan  Wan Azizah tidak pernah menerangkan kepada ahli dan pemimpin parti mengenai kes ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkanperbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkanperbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui bahawa parti pembangkang utama itu sedang berdepan dengan masalah dalaman ekoran peletakan jawatan beberapa pemimpin utamanya.
“Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya…,” katanya hari ini.Sejak dua hari lalu, PKR menerima tamparan ekoran peletakan jawatan naib presidennya Datuk Jeffrey Kitingan dan timbalan ketua Wanita Sabah, Christina Liew serta desas-desus mengenai kemungkinan setiausaha agung Datuk Salehuddin Hashim juga akan meletak jawatan.Dr Wan Azizah berkata lagi, PKR akan menempuh saat sukar “untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat mereka ke tahap perjuangan seterusnya.”

Jelas  PKR sekarang menghadapi  krisis kepimpinan dan  ada yang berkata  punca utama adalah keranahubungan intim Anwar dan juga Azmin Ali.

Wednesday, October 28, 2009 Ada kepimpipinan PAS lebih rela bergabung dengan UMNO dari mengikut Nik Aziz bergabung dengan DAP

October 28, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif

Sedangkan UMNO sedang sibuk membetulkan saf dan memperbaiki liku liku jalanan nya , PAS dan PKR kini menghadapi krisis dalaman yang amat meruncing. PAS dikatakan kini menghadapi kerenah kepimpinan Nik Aziz dan kumpulan Endorgan yang mana menuntut 3 kepimpinan tinggi PAS , Hj Hadi Awang yang merupakan Presiden Parti , Mustafa Ali (setiausaha agung parti) Hassan Ali (adun negeri Selangor ) untuk disingkir kan melalui EGM. Hasrat Nik Aziz ini amat serius kerana ini lah buat pertama kali seorang pemimpin tertinggi meminta Presiden dan pemimpin kanan parti berkenaan di pecat. Malahan sebelum ini ketika pemilihan PAS berlaku Nik Aziz pernah membayangkan agar Hj Hadi disingkir dan digantikan dengan pemimpin lain. Sokongan terbuka Nik Aziz kepada calon calon lain jelas membayangkan bahawa Nik Aziz mahukan Hj Hadi disingkir. Namun keputusan tidak memihak kepada Nik Aziz dan keputusan menunjukkan bahawa ahli akar umbi tidak menerima cadangan Nik Aziz dan mereka menyokong Hj Hadi .

Krisis bermula adalah gara gara PAS yang diketuai oleh Hj Hadi yang berminat dan berhasrat untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan dengan UMNO sedangkan Nik Aziz lebih cenderung PAS berganding dengan kerajaan DAP dan PKR . Jelas dan secara terangan umumnya tahu bahawa DAP adalah sebuah parti yang anti Islam dan yang terus terang menetang sekiranya PAS meneggakan negara Islam sedangkan umum juga tahu bahawa UMNO adalah sebuah parti yang membela orang Melayu dan menjadi tunjang pemerintahan mengikut lunas Islam. Nik Aziz lebih cenderung kepada Husam Musa yang lebih cenderung pula kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.

PKR pula pada ini menghadapi krisis bersama Zaid Ibrahim ahli baru PKR dan juga PKR Sabah yang mana kedua dua isu ini dicetuskan oleh blue eyes boys Anwar Ibrahim , Azmin Ali. Zaid Ibrahim dikatakan tidak setuju dengan Azmin Ali dan kini mengambil cuti selama 6 bulan dan Jefry Katinggan dikatakan telah meletakkan jawatan bersama sama dengan pemimpin kanan PKR di Sabah kerana tidak berpuasa hati kerana Azmin dilantik sebagai Pengerusi perhubungan PKR Sabah dan banyak perkara lain yang berbangkit, Sementara itu Anwar pula akan menghadapi perbicaraan kes liwat yang dijangkakan pada 3 Nov ini yang mana kes ini telah lama ditanguh kan atas cubaan Anwar tidak mahu kes ini dibicarakan kerana kemungkinan kali ini ada banyak fakta yang tidak boleh menutup lagi penipuan Anwar dan kemungkinan besar ianya boleh mengaibkan seluruh keluarga Anwar,Kes Anwar dengan Saiful ini adalah satu kes yang membuat Anwar terlalu gelabah dan berbagai cara dilakukan untuk mengelakkan perbicaraan di adaan . Kita tunggu sama sama apakah kesudahan nya kes perbicaraan dan juga EGM atau pun mesyuarat Khas PAS . Apakah Hj Hadi dan geng akan dipecat atau Nik Aziz yang akan diberikan undi tidak percaya.

Ada yang akan menyamar sebagai Pemuda UMNO untuk halang sidang DUN Perak

October 27, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak hari ini menafikan khabar angin akan bertindak ganas bagi menghalang ADUN Pakatan Rakyat menghadiri sidang DUN esok.Ketuanya Maslin Sham Razman menegaskan perbuatan tidak bertamadun itu bukanlah budaya yang diamalkan Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) selama ini. Katanya mungkin ada pihak yang akan  mengupah kumpulan pemuda menyamar sebagai Pemuda UMNO Perak  bagi memburukkan Pergerakan  berkenaan  di mata masyarakat,

Ini  bukan lah budaya UMNO dan UMNO tidak akan melakukan perkara seperti ini  bagi menghalang sesuatu atau menyelesaikan sebarang masalah. Maslin berkata berita itu juga disebarkan bertujuan menakut-nakutkan rakyat dan usaha pihak tidak bertanggung jawab untuk menggagalkan sidang DUN hari ini. Berita yang tersebar luas ini  membayangkan bahawa  ADUN pembangkang  di negeri Perak telah kehilangan punca dan  cuba melakukan kekecohan, Adalah lebih baik pihak berkuasa melakukan sesuatu dan menamatkan segera isu  yang telah berlanjutan  kian lama ini. Rakyat sudah bosan dengan kekalutan yang berlaku di negeri Perak ini.

NIK AZIZ BERSAUDARA DENGAN DAP DARI BERSAUDARA DENGAN UMNO

October 26, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik, Featured

Kenapa  isu  bersekongkol dengan DAP yang tidak mahukan  negara Islam tidak pernah menjadi satu kemarahan  oleh pengikut pas dan juga kenapa Nik Aziz  menghalalkan persahabatan dengan   parti yang sudah tentu menolak Islam. Karpal Singh  pernah berkata  , langkah mayat dia dahulu jika PAS  mahu melaksana kan kerajaan Islam. Pas yang mengaku bahawa mereka  parti berlandaskan Islam kini bersama sama  parti yang menghalang Islam untuk menjatuhkan sebuah parti yang berteraskan Islam yang kini sedang memerintah negara ini. selanjutnya

NIK AZIZ NAK PECAT HJ HADI

October 23, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

PAS kini dalam delima apabila  Nik Aziz  sudah mula mahu menunjukkan kepimpinan  kuku besi  beliau dengan  menyalahkan orang lain yang  lebih jauh muda dari beliau dan jauh lagi dari sindrom nyanyuk dan hilang ingatan.Hari ini Nik Aziz sudah tidak tertahan lagi dan Mursyidul Am PAS mencadang kan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu “dua tiga kerat pemimpin bermasalah”, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahan nya terhadap beberapa kepimpinan parti itu, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan mereka.”Bila mesyuarat agung tidak mahu tukar presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.”Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).
“Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?” tulis menteri besar Kelantan dalam blognya malam tadi.

Entah siapa sebenarnya yang membela antara mereka dalam  PAS, Nik Aziz bela  Hj Hadi atau Hj Hadi yang bela Nik Aziz , macam bela binatang pula, . PAS kini kian celaru setelah  landasan kepimpinan sudah mula kelam dan kelabu. Kumpulan Hj Hadi , Hassan Ali  dikatakan tidak sebulu dengan Anwar Ibrahim . Nik Aziz dan Husam begitu berpihak kepada  Anwar Ibrahim.Nik Aziz dan Husam tidak lagi memikirkan akan landasan ajaran Islam tetapi hanya memikirkan bagaimana untuk  mendapat kuasa untuk memerintah Malaysia. Anwar Ibrahim pula mencari jalan untuk menjadi Perdana Menteri.

Khabarnya kumpulan  Hj Hadi dan Hassan Ali hanya menunggu masa saja lagi untuk menukar kerajaan Selangor  dan mereka kini telah pun selesai berunding dan menunggu  hari dan waktu yang sesuai untuk menukar kerajaan. BN akan  memberikan laluan kepada Hassan Ali sebagai menteri besar.

Minta komen Nik Aziz dalam isu Husam tumbuk tetamu hari raya PAS

October 22, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Yang menghairankan Nik Aziz  turut  melihat kejadian yang berlaku di majlis hari raya Pas  baru baru ini  di mana EXCO kerajaan Negeri Kelantan , Husam Musa telah menumbuk  tetamu yang hadir pada majlis berkenaan. Walaupun Sayuti tidak menulis siapakah Exco berkenaan tetapi berita kini kian tersebar luas bahawa ianya dilakukan oleh Husam Musa, Apa PAS  kini  sememangnya ganas ? Nik Aziz akan terus menghalakan  keganasan ini, Hari yang baik dan bulan yang baik tidak lagi dihormati oleh pemimpin PAS , Tumbuk menumbuk  boleh berlaku. Minta Nik Aziz komen sedikit  mengenai insiden ini. Ianya berlaku  di hadapan keluarga Nik Aziz.

Dipetik dari Blog ustaz Sayuti Omar
Exco Tumbuk Tamu Raya 2 – Nik Aziz Kenal Exco dan Tamu Berkenaan!

SEPERTI mana diduga selepas diposting cerita sensasi dan memalukan itu kira-kira ham 11:30 malam tadi, beberapa orang penjenguk telah menelefon bertanyakan kejadian itu. Termasuk juga beberapa orang pemimpin Pas dari Selangor, Kelantan, Kedah. Termasuk juga Naib Presiden Pas, Sallahudin Ayub. Ada juga yang bertanya menerusi facebook dan email.

Masing-masing bertanya dan ingin mengetahui Exco manakah yang baidap dan sesat fikiran itu. Hanya Selangor, Kedah dan Kelantan sahaja Pas ada anggota Exconya. Di Perak Exconya sudah tidak valid lagi, bila kerajaan Pas di Perak dirampas oleh UBN.

Sallehuddin dengan nafas agak cemas dan ghairah menelefon saya kira-kira ham 12:22 pagi. Menjadi amalan Sallahudin bila dia merasa kurang selesa dengan catatan saya dia akan telefon saya minta penjelasan atau memberi penjelasan. Amalan Sallahuddin itu menyebabkan tidak mudah untuk saya menerima fitnah atau cakap-cakap Sallahuddin kurang senang atau marahkan dengan apa-apa penulisan saya.

Pada saya Sallahuddin antara pemimpin politik yang terbuka dan sedia bersemuka dan tidak mengamalkan seperti kucing mengambus tahi.

Sallahuddin sedikit merasa pelik dan hairan dengan kejadian itu. Katanya setahunya tidak ada kejadian Exco tumbuk orang di Taman Melawar. “Saya tahu ana tidak ada apa-apa yang berlaku pula, tadi….,” katanya untuk memberi senario baik semasa rumah terbuka semalam.

“Takkan seorang Naib Presien tidak mengetahui apa-apa yang berlaku di kediaman sendiri, cuba enta siasat,” kata saya sedikit memperlinya.

Tidak sampai tiga minit bercakap Sallahuddin permisi untuk membuat siasatan. Mungkin beliau sudah pun kenal dengan Exco berkenaan? Saya juga ada memberi tahunya supaya tanya Mahfuz Omar, sebab Naib Presiden Pas itu sudah pun maklum akan kejadian itu. Kalau Sallehuddin menghubungi Mahfuz sudah pasti dia sudah tahu siapa Exco berkenaan.

Si tetamu itu telah memberi tahu kepada Mahfuz. Katanya, Mahfuz telah memohon maaf kepada mangsa itu atas apa yang berlaku bagi pihak Exco berkenaan. Tidak pula dapat disahkan apakah mangsa itu menerima maaf itu. Yang jelasnya Mahfuz sendiri dapat membuat kesimpulan kejadian itu sesutau yang memalukan Pas, kalau tidak masakan dia meminta maaf bagi pihak Exco berkenaan.

Sebenarnya semasa saya postingkan kisah ini malam tadi saya sudah pun tahu siapa Exco berkenaan. Sengaja saya menukilkan begitu ingin menarik perhatian dan mendapat maklumat tambahan. Manalah tahu takut cerita itu sengaja direka untuk memburukkan keadaan saja, jadi maklumat tambahan yang absah diperlukan. Selalunya sebagai penulis saya dijadikan saluran untuk menyampai dan mendedahkan sesutau yang berisiko.

Ini sebagai tektik bagi mendapat maklumat tambahan. Biasanya bila tercetus sesuatu laporan atau berita yang kabur, kita akan mendapat maklumat tambahan bagi menjelaskan lagi kejadian itu. Strategi inilah yang harus ada kepada pelapor, penulis dan juga wartawan bagi mengelakkan berlaku fitnah dan tidak menulis berasarkan persepsi semata-mata.

Jadi tidak timbul cerita Exco tumbuk orang ini cerita rekaan dan ‘hampeh’ seperti kata seorang penjenguk dalam posting pertama. Orang yang tidak pandai menilai atau otak kemetot sebenarnya tidak layak membaca laporan-laporan bersifat investigatif atau pun provokasi dalam blog siasah. Begitu juga dengan orang yang berfikiran sejuring ataupun menggunakan hanya sebelah otak kiri saja. Lebih baik tidur atau pun baca blog-blog hiburan ataupun cerita jualan langsung saja, ternyata ia tidak membebankan pemikiran.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 2:30 tengah hari semalam. Tetamu berkenaan telah membawa anak dan isterinya untuk menghadiri rumah terbuka Pas itu. Mungkin dia juga ahli atau penyokong Pas? Atas rasa ingin menyemarakkan sambutan majlis itu dia datang dan bersalaman dengan pemimpin yang ada yang menjadi penyambut tetamu.

Selepas selesai makan dia keluar dan menunggu anak dan isterinya di luar, berhampiran pintu gerbang untuk masuk ke Dewan Fadzil Mohd Noor (al Fatihah) di mana tempat berlangsung jamuan. Ketika menunggu inilah Exco berkenaan datang menghampirinya sambil bertanyakan namanya dan sesuatu kemudian terus mengeluarkan kata-kata jelek dan hina “mu jahat…mu jahat”.

Tetamu yang menjadi mangsa itu tercengeng dan bingung. Mulanya dia ingat Exco itu bergurau saja. Dalam keadaan tidak bersedia itu tiba-tiba penumbuk Exco berkenaan melayang ke muka mangsa berkenaan. Bayangkan bagaimana kalau mangsa itu tidak menepisnya dan segera pula membalas balik?

Tetamu yang tergaman dengan kejadian itu cuba menenangkan keadaan dan minta penjeasan dari Exco berkenaan, kenapa melepaskan penumbuk kepadanya. Namun Exco itu tidak peduli terus memburukkan mangsa berkenaan dengan mengajak mangsa berkenaan bertumbuk.

Tetamu malang itu mulanya tidak mahu melayan, tetapi disebabkan Exco berkenaan bersungguh menjual ‘gedebe’nya, tetamu itu akhirnya menjawab dengan meminta agak beberedar dari tempat itu untuk mengelakkan kejadian itu disaksi oleh orang ramai. Malangnya Exco berkenaan tidak berani menyahutnya dan berlalu selamba ke keretanya. Apabila memasuki ke keretanya Exco itu melambai-lambai tetamu itu, mungkin dengan rasa hati senang kerana berjaya menyerang tetamu itu!

Agak nasib baik perbalahan ini tidak berterusan kepada acara bertumbuk lebih dahsyat lagi. Kalau tidak sudah pastilah majlis mulia rumah terbuka semalam akan tercemar dengan insiden ini. Pas akan merekod satu sejarah selepas Bagan Pinang. Bayangkan bagaimana kalau mangsa yang memang dikenali sebagai seorang ahli silat itu menari mengikut rentak Exco berkenaan?

Sebenarnya kejadian ini tidak disedari orang ramai yang berasak-asak masuk ke dalam dewan Fadzil Mohd Noor dan juga para penyambut tetamu terdiri daripada pemimpin Pas. Bagaimana pun beberapa orang yang berada di situ melihat kejadian ini. Kerana ianya berlaku dalam keadaan ‘macam gurauan’ saja menyebabkan orang tidak sangka serangan Exco kepada tetamu itu.

Kejadian ini serius. Adalah wajar kalau mangsa berkenaan melaporkan kejadian ini kepada pemimpin Pas. Sikap Exco berkenaan telah menjatuhkan akhlaknya sebagai pemimpin sebuah gerakan Islam. Betapapun jahat mangsa berkenaan, beliau harus melayan atau sabar kerana
majlis semalam bukan majlis biasa tetapi isitmewa majlis hari raya. Tidak terbayang bagaimana warna hati si Exco itu kalau tetamu yang bertandang ke majlis partinya boleh dilakukan begitu.

Exco adalah pemimpin sesebuah kerajaan negeri. Beliau juga adalah pemimpin Pas. Sepatutnya Exco berkenaan bersikap terbuka dan apolegetik. Kesalahan lampau lupakan dan berlajarlah bersifat pemaaf. Ataupun kalau kesalahan mangsa itu tidak boleh dimaafi sehingga ke syurga atau neraka, tetapi pendamkan saja amarah itu jangan dizahirkan kerana menyerlahkan keburukan dan kedangkalan kita sebagai pemimpin.

Azmin Ali kebencian rakyat Selangor – Anwar nafi perpecahan???

October 21, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Anwar bertambah gusar dengan keretakan kepimpinan Pakatan Rakyat dan membuat sidang akhbar bagi meyakinkan rakyat bahawa tidak ada sebarang keretakan  dalam kepimpinan  Pakatan Rakyat. Kenapa Anwar perlu memberikan sidang akhbar untuk menafikan  perkara  berkenaan  sekiranya ianya sememangnya tidak berlaku dalam kepimpinan mereka. Apakah Anwar dapat menutup  lagi keretakan  kepimpinan PAS dan juga  PKR di Selangor . Ura ura UMNO akan memberikan laluan  kepada Hassan Ali selaku MB  Selangor kini bertiup bertambah kencang di mana perbincangan sudah dikatakan sampai ke peringkat persetujuan dan hanya menunggu masa yang baik untuk BN dan Pas menubuhkan kerajaan.

Api kemarahan rakyat Selangor  terhadap Azmin Ali kini memuncak dan Azmin yang dikatakan keras kepala dan sombong kini menjadi buah mulut ahli ahli PKR yang rata rata telah bosan dengan sikap  beliau.Pengaruh PKR di Selangor  kini berkurangan . Azmin yang sentiasa memberikan  alasan sibuk kini tidak berani menunjukkan muka di  kawasan Parlimen beliau kerana  tidak menepati janji pilihan raya dahulu. Pastinya  apa yang dihajati oleh Hassan Ali selama  ini untuk menjadi MB Selangor hampir pasti tercapai.

Raja Petra (RPK) vs Papa Gomo-Isu Fitnah Kesultanan Perak

October 21, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik, Featured

Dari Blogg Raja Petra (RPK) ke Blogg Perisik Rakyat Fitnah terhadap Sultan dan seluruh kerabat DiRajaPerak di jaja……..

Ini Jawapan Gomo buat rakyat yang mungkin terhasut dengan FITNAH dari PAKATAN PEMBANGKANG…..

RPK said….
Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

GOMO said….
Jangan kita lupa apa yang berlaku sebaik sahaja Pakatan Pembangkang menang di Perak. Pas, PKR dan DAP masing-masing bergaduh dan berebut untuk menentukan parti mana yang lebih layak menjajah PERAK. masaalah memilih Menteri Besar dan EXCO juga kelam kabut apabila ketiga-tiga parti bertelagah akan perebutan kuasa ini.

Pakatan Pembangkang tidak SAH secara amnya. Jika dikira kerusi yang di menangi maka UMNO lah paling layak mentadbir PERAK berbanding MCA,MIC,DAP,PKR,PAS dan DAP. Namun atas keperihatinan Sultan Perak yang adil dan telus,,telah memberikan Pakatan Pembangkang PAS,PKR dan DAP berkerjasama dalam mentadbir PERAK. UMNO tidak merajuk malah tidak langsung memprotes titah Sultan Perak berhubung hal berkenaan. walhalkan Pakatan Rakyat itu hanyalah sekadar nama bukan PARTI seperti Barisan Nasional.

Tidak ada langsung sepanjang proses seminggu yang di katakan oleh RPK bahawa kerajaan BN telah memusnahkan bukti-bukti penyelewengan yang di lakukan selama ini. Ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas memandangkan setelah tamat pilihanraya para pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang PAS,PKR dan DAP telah mengepung semua pejabat-pejabat dan bangunan-bangunan kerajaan negeri Perak. Tidak di benarkan sama sekali pemimpin BN masuk ke dalam walaupun untuk mengambil Sejadah Sembahyang.

Memang wujud perbincangan antara UMNO dan PAS bagi berkerjasama dalam mentadbir Perak dan Selangor. Namun ianya telah di tolak oleh PAS kerana ugutan dari PKR dan DAP berhubung perpaduan dengan UMNO ini. Berkenaan kerusi Menteri Besar yang akan diberikan kepada PAS tidak ada langsung cerita berkenaan selama mana perbincangan ini. PAS tidak mengendahkan apa yang UMNO nyatakan dalam kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO.

Agenda yang di bawa UMNO hanya dua pekara.
1) Islam
2) Melayu

Namun ianya di tolak oleh PAS mentah-mentah, barangkali ugutan yang diterima dari DAP dan PKR dalam hal perpaduan ini.

UMNO tidak pernah melakukan pekara di sebalik tabir dalam hal berkenaan malah pemimpin UMNO redo dengan keputusan Sultan Perak berhubung kerajaan baru Perak.

RPK said……
Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

GOMO said….
Setelah Pakatan Pembangkang yang di wakili PAS,DAP dan PKR membentuk kerajaan Perak, tidak timbul Sultan Perak meminta bermacam-macam hal. Namun hanya 2 pekara yang Sultan Perak adalah:
1) Islam
2)Melayu

Dalam hal sebegini DAP telah mula menunjukan Taringnya apabila telah bertelagah berhubung isu ISLAM dan MELAYU ini. Dari sini lah DAP telah menyatakan kepada PAS,dan PKR bahawa DAP lah yang layak mentadbir Perak. Malah kerusi Menteri Besar seharusnya di berikan kepada DAP.

Tidak ada langsung isu berkaitan permintaan dari Sultan dan Kerabat Perak yang di katakan oleh RPK secara berlebihan itu. Namun sebaliknya telah berlaku. Amanat Sultan Perak yang mahukan Islam dan Melayu di jaga telah dinodai oleh Kerajaan Pakatan PAS,DAP dan PKR Perak ini. setelah mula mentadbir Perak maka dengan rakusnya Tanah-Tanah telah di berikan kepada penduduk Kampung Baru Cina sehingga pajakan 999 tahun yang mana 7 keturunan belum tentu habis. Bukan itu sahaja malah tanah rezab kepada sekolah-sekolah cina diberikan sehingga 2 hektar. Sedangkan tanah kepada orang Melayu dan India yang di berikan di kawasan pendalaman dan estet-estet sahaja.

Umum mengetahui tanah-tanah di kampung baru Cina ini semuanya terletak di dalam kawasan bandar besar yang mana harga tanahnya tinggi dan akan melonjak lebih tinggi bila pembangunan berhampiran dilaksanakan. manakala tanah Melayu di pendalaman dan tanah India di estet hanya bernilai sedikit sahaja.

Jika anda semua sedar, Raja Muda Perak telah mengeluarkan kenyataan semasa isu pemberian tanah kampung baru 999 tahun ini di laksanakan oleh kerajaan Pakatan PAS,PKR dan DAP. Dalam kenyataan media, Raja Muda Perak telah mengatakan bahawa;
Raja-Raja pada masa itu Murka dengan Pemberian tanah-tanah kepada orang cina bagi di tempatkan di Kampung Baru semasa zaman komunis lalu.
Dengan kenyataan ini juga seharusnya Rakyat Perak sedar akan apa yang telah Kerajaan Pakatan PAS,DAP dan PKR telah lakukan terhadap Negeri Perak.

RPK said….
Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

GOMO said…..
Tidak timbul langsung Sultan Perak memikirkan untuk menyingkirkan Pakatan PAS,DAP dan PKR dari mentadbir Perak. Umun mengetahui setelah 3 orang adun dari Pakatan keluar parti dan menjadi Adun bebas maka ketiga-tiga mereka ini telah menyokong kerajaan BN. Nizar MB GILA TALAK telah menghadap Sultan bagi membubarkan DUN Perak, namun Sultan Perak tidak berbuat demikian. Sultan Perak telah memanggil ketiga-tiga Adun bebas itu dan bertanyakan akan sokongan mereka kepada siapa. Dan apabila ternyata ketiga-tiga Adun Bebas itu menyokong BN maka Sultan Perak telah diyakini bahawa Pakatan PAS,DAP dan PKR telah kehilangan MAJORITI bagi mentadbir Perak maka Barisan Nasional berhak membentuk Kerajaan Perak sepertimana termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK!!!

Soal pembubar DUN tidak wujud sama sekali, begitu juga isu siapa Menteri Besar. Maka tidak perlu adanya pembubaran DUN Perak. Nizar meminta pembubaran DUN kerana tahu yang beliau telah kehilangan majoriti dalam Kerajaan Perak. Demi menyelamatkan kerusi Menteri Besar nya itu, Nizar seboleh-bolehnya ingin di bubarkan DUN Perak bagi menyelamatkan periuk nasik nya dalam syer tanah-tanah yang diberikan kepada keroni-keroninya itu. UMNO,MCA dan 3 Adun Bebas telah berjaya menyakinkan Sultan Perak bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti bagi mentadbir Perak.

Mengikut Perlembagaan Negeri Perak, Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam melantik Menteri Besar. Dan harus diingar NIZAR TIDAK DI LANTIK OLEH SIDANG DUN sebagai MENTERI BESAR. Sultan melantik Nizar sebagai Menteri Besar apabila dipersetujui oleh Pakatan PAS,DAP dan PKR yang mencadangkan Nizar sebagai calon MB. Dan apabila Nizar kehilangan Majoriti dalam DUN Perak maka Sultan Perak berhak melucutkan jawatan MENTERI BESAR nya itu.

Hal berkaitan Raja Muda Nazrin hanyalah fitnah semata-mata. usahlah kita termakan tipu daya dari RPK ini. Hal Raja-Raja ini biarlah yang arif menentukan. RPK tidak layak menilai hiraki Raja-Raja Melayu ini, kerana RPK bukanlah RAJA sebaliknya hanyalah JOKER dalam FITNAH dan adu domba semata-mata.

RPK said…..
Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

GOMO said….
Sultan Perak hanya meminta Kerajaan Pakatan PAS,DAP dan PKR terdahulu menjaga:
1) Islam
2) Melayu

Namun ianya telah di lacurkan oleh Pakatan PAS,DAP dan PKR ini demi tamak haloba mereka.
Pakatan PAS,DAP dan PKR tumbang kerana kehilangan MAJORITI dalam mendapat Mandat Rakyat Perak!!!

Tahu pulak si RPK ni Pakatan PAS,DAP dan PKR menemui ajal???
awat Nizar Gila Talak tak sedar-sedar lagi???

RPK said…..
Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

GOMO said….
Tanah mana ni??? Proksi Sultan mana yang hang dok khabar ni RPK??? tidak ada langsung rekod dalam pejabat Tanah yang bernombor lot sedemikian. Isy…isy…jangan lah komen nak reka-reka cipta….

RPK said….
2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan – Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

GOMO said….
Menghadiahkan kepada Sultan??? apo kono ekau ni RPK??? apo kono mongono dongan hadiah pulok??? Konsesi balak tu kono bayar ekau tau??? sapo-sapo dapet pun kono bayar!!! cukai tu…duit tu semua poi kat RAKYAT PERAK. bukan masok poket tu ha. Ekau ni FITNAH lagi…apo nok jadi dongan ekau ni RPK??? yang ekau tahu sebut PROKSI, sikit-sikit PROKSI.Apo bondo lain takdo ko???

Lagi satu RPK, kalau ekau FITNAH tu pun ekau letak lah namo tauke CINO yang dapat tender balak tu dari UMNO. Ini ekau letak nama MELAYU pulak yang UMNO bagi tender. Masa Pakatan PAS, DAP dan PKR semua Projek, Tender, Konsisi, Tanoh,serbo serbilah semua CINO dapat!!! Apo UMNO kasi projek kat Melayu jo ko???

RPK said….
5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

GOMO said….
RPK kato hotel??? takat cakap pakai lubang hidung baik takpayah lah RPK oiii…..ekau kasi dokumen tu dulu. baru boleh RAKYAT percayo. takat cakap macam lembu meragut rumput eden pun boleh!!! rm43 juto…ekau ni kemaruk duit dah ni RPK oiii…

RPK said….
Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

GOMO said….
apo lah kono ekau ni RPK??? Fitnah tu memanjang ajo. Hasil usoha sendiri ekau pertikaikan, ado syarikat ekau marah??? Melayu sonang sikit ekau cemburu buto. Ekau nak jugo Melayu ni lingkup. RPK…RPK…

Ekau cakap projek sano sini, tapi takdo pulok bukti ekau keluarkan. samo jo macam ekau FITNAH Dato Sri Najib dan Datin Sri Rosmah. Bilo dah takut ekau lari lintang pukang….

RPK said….
Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

GOMO said….
Apa yang Gomo cakap bagi menepis FITNAH RPK ni adalah berasas sama sekali. Setiap yang RPK FITNAH merupakan satu Kebiadapan terhadap Sultan Perak dan seluruh Kerabat DiRaja Perak. Malah Seluruh Sultan dan Raja di negeri-negeri orang melayu ini juga RPK telah Derhakai.

Sultan merupakan Istitusi yang Agung dan Terulung dalam Peradaban Malaysia ini. Kita rakyat seharusnya mendukung rasa hormat dan cinta pada Peradapan Tanah Melayu ini. Sultan merupakan ketua dalam sesebuah negeri yang mana sejarahnya dalam mentadbir negeri sudah berabad lamanya.

KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA merupakan RUKUN NEGARA yang kita sentiasa belajar dan seharusnya sedar akan kata-kata yang kita laungkan ini. Tampa Sultan dan Raja maka punahlah ISLAM dan bangsa MELAYU di bumi bertuah ini. Berabad lamanya istitusi Raja ini menjaga dengan kasih dan sayang rakyat jelata dan meyuburkan Tanah Melayu ini. Janganlah kerana terhasut dengan Fitnah yang di lemparkan pada Sultan dan Raja maka kita bertindak tampa akal dan kewarasan menentang Sultan dan Raja yang kita junjung berabad lamanya.

Sultan Perak tidak menyingkirkan Pakatan PAS,DAP dan PKR di Perak. Tetapi Pakatan mereka itulah sendiri yang telah menyingkirkan diri mereka. Kerana Ghairah inginkan kuasa maka apa sahaja di bumi Perak di lacurkan demi kehendak Nafsu Serakah mereka itu. Bila hilang kuasa maka Sultan dan Raja di persalahkan. Walhalkan Negeri Perak itu ketuanya adalah Sultan Perak itu sendiri.

Renungkanlah apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 2004!!!
PAS memerintah Kelantan hanya dengan kelebihan 1 kerusi,yang mana 1 kerusi itu hanya berlebihan 1 undi sahaja. Dan sepanjang pentadbiran PAS Kelantan itu Barisan Nasional tidak pernah melakukan apa-apa pekara bagi menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan!!!

Mengapa UMNO tidak MERAMPAS Kelantan???
Hanya 1 kerusi dan 1 undi sahaja???

Hanya 2 jawapannya…:

ISLAM
MELAYU

Renungkanlah…….

Pssssttttt…..RPK??? bilo nok belanjo den makan nasi ambang??? Lamo eden tunggu ni ha….he he he

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

http://www.papagomo.com/

Hasan Ali Bakal MB Selangor yang baru

October 20, 2009 by admin  
Filed under English Version, Featured

Nyawa PKR di hujung tanduk …. desas desus yang tersebar luas di Gombak yang mengatakan bahawa Hassan Ali akan menjadi Menteri Besar kini tersebar luas di negeri Selangor. Ramai yang tercari cari dari mana puncanya dan bagaimana ia nya akan terlaksana. Bunga bunga berita ini benar sudah mula kian jelas apabila terdapat pakatan antara PAS dan BN di peringkat tertinggi. BN dan PAS akan bekerjasama dan kini telah hampir merumuskan satu pakatan baru bagi negeri negeri seperti Perak , Selangor , Kedah dan Kelantan. selanjutnya

Next Page »