Sultan mahu rakyat sokong k’jaan BN
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan BN agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.
Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.
Sambil memberi contoh pembinaan jambatan Kuala Krau merentangi Sungai Pahang yang berharga RM64 juta, baginda bertitah usaha itu merupakan agenda pembangunan mapan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di kedua-kedua belah sungai berkenaan.
“Jambatan Kuala Krau berfungsi memendekkan perjalanan di antara Bandar Tun Razak, Jengka dengan Kuala Krau 20 minit berbanding satu jam sebelum ini yang jaraknya sejauh 55 kilometer.
“Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang penduduk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran,” titahnya kepada pemberita selepas melawat tapak jambatan Kuala Krau hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, anggota parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamad Said, ADUN Jenderak Datuk Mohamad Jaafar dan pegawai daerah Temerloh Datuk Dr Salehudin Ishak.
Dalam pada itu, baginda turut meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membina laluan motosikal bagi menjamin keselamatan penunggang yang melalui jambatan berkenaan.
Terdahulu, Pengarah JKR Pahang Datuk Ir Rosman Yahaya dalam taklimat ringkas kepada baginda berkata, jambatan yang mula dibina pada Ogos 2007 itu dijangka siap pada Februari tahun depan dan kini ia sudah 82 peratus siap.
Katanya jambatan empat lorong sepanjang 490 meter dan lebar 13.9 meter itu mempunyai reka bentuk yang menarik dan bakal menjadi mercu tanda bagi kawasan parlimen Kuala Krau. BERNAMA
Tun Vs Samy
September 24, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Apa bila dua kawan baik yang punya banyak persamaan bertembung di medan Politik yang sebenar , membuat kancah politik tanah air menjadi lebih menarik. Tidak siapa boleh menegur Samy Vellu , Presiden MIC yang selama ini boleh kita buat tanggapan sebagai pemimpin Kuku Besi sekiranya kita ukur dari segi mata kasar mengenai rencana dan tulisan tulisan serta berita berita yang kita dengar mahupun baca dari akhbar dan media eletronik. Tapi apabila kita lihat sokongan terhadap beliau dalam MIC tetap juga kukuh, Amat sukar untuk seseorang mahu menewaskan beliau mahupun membangkang apa yang beliau hajatkan. samy vellu pemimpin hebat dengan putaran melebihi 150 darjahnya.
Blog Tun Abdullah
Anda yang ingin mengetahui perkembangan tebaru Mantan Perdana Menteri ke lima boleh melayari blog http://pm5abdullah.blogspot.com/ – Life after Perdana Putera
Selamat melayari Blog ini
SELAMAT HARI RAYA DARI KREW KPMU.NET. MAAF ZAHIR BATIN.
Kes liwat: Anwar gagal lucutkan kelayakan pendakwaan
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya untuk untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan berhubung perbicaraan kes liwatnya.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan perkara tersebut kerana Anwar gagal untuk mematuhi syarat-syarat permohonan semakan semula kehakiman.
Hakim berkata, permohonan bagi semakan kehakiman di bawah Peraturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 adalah bagi mencabar satu keputusan, perbuatan atau peninggalan pihak berkuasa.
“Saya memutuskan berdasarkan kes undang-undang, ia mesti ada perbuatan tertentu atau kesalahan tertentu ataupun penyalahgunaan kuasa tertentu.
“Ini adalah perkara dasar bagi sesuatu permohonan semakan kehakiman,” katanya.
Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai “sama seperti mempersenda keadilan”.
Beliau menamakan Peguam Cara 1 Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.
Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam menandatangani sijil Seksyen 418A, jelas menunjukkan hakikat yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan “main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya.”
Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.
Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.
Hakim Azilatul juga berkata, Anwar tidak dicabar mana-mana penyalahgunaan kuasa oleh tujuh orang responden berkenaan yang memerlukan mahkamah menghalang mereka.
Semasa menghuraikan hujahan kehakimannya, Azilatul berkata dalam permohonannya, Anwar mahu menghalang pihak pendakwaan mengendalikan kes berkenaan dengan alasan wujudnya amalan berat sebelah, konflik kepentingan dan salah laku pendakwaan.
KJ terjemahkan teguran Tun sebagai teguran orang yang berpengalaman
Dalam sesi soal jawab antara KJ dengan tetamu pada malam berbuka puasa KJFC beliau telah ditanya dengan berbagai bagai soalan yang spontan oleh bloggers dan juga ahli KJFC dan beliau juga menjawab soalan soalan dengan selamba. Antara soalan yang ditanya oleh bloggers adalah tentang perasaan KJ terhadap Tun Mahahthir Mohammad yang selalu menekan beliau. Menurut bloggers yang memberikan soalan , jika kita lihat , politik KJ tidak kurang juga hebatnya, kerana bagi orang yang ditekan oleh Tun Mahahthir jarang sekali dapat survive tetapi KJ terus mendapat sokongan. seterusnya
Benarkah Azalina mahu tukar parti?
September 16, 2009 by admin
Filed under Berita Khas
Memang ada dengar angin angin yang mengatakan bahawa Azalina mahu menyertai parti pembangkang yang disebarkan oleh beberapa orang UMNO yang berpengaruh ketika Azalina mula mula dilucut kan jawatan dahulu. Katanya ianya datang dari mulut Azalina sendiri , mungkin kerana mahu protes tidak diberikan jawatan atau mungkin kerana terlalu kecewa. Apa sangat yang mahu dikecewakan , Itu baru kuasa, seperti kata kawan ku , nasib baik tak ditarik nya balik kudrat yang ada, Kalau ditarik balik Kudrat yang ada , semuanya hilang, boleh tengok saja, Kekayaan yang dikumpul kan dahulu tidak boleh dinikmati. Sungguh besar kuasa ALLAH SWT, apalah daya kita untuk menghukum Azalina kerana pada masa itu beliau berada cukup tinggi dan berkuasa, Hei ..aku menteri aku berkuasa, malangnya dia lupa bahawa yang paling berkuasa adalah Allah SWT. selanjutnya
Program berbuka puasa dengan KJFC meriah
Bertempat di Equestrian Centre , Mt Kiara semalam. KJFC telah mengadakan majlis berbuka puasa dengan ahli KJ FC seluruh Malaysia . Tetamu kehormat yang di undang adalah Khairy Jamaluddin , Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap ahli Parlimen Rembau serta Pengerusi Pemuda BN. Majlis yang dihadiri oleh dua ratus lebih ahli KJFC (Khairy Jamaluddin Fan club) berjalan dalam suasana yang meriah tanpa protocol . Majlis bermula dengan Berbuka Puasa , Solat Maghrib , ucapan dari Presiden KJFC , Sdr Norhisham yang dikenali dengan Bro Jinggo dan kemudian ucapan Khairy Jamaluddin serta sesi soal jawab yang hangat.
Banyak soalan soalan yang telah ditanya dan di jawab oleh Khairy Jamaluddin secara spontan.Khairy menghabiskan masa selama dua jam untuk menjawab semua sialan yang diajukan kepada beliau.
Khairy yang menyatakan bahawa belia tidak langsung terlibat denga penubuhan KJFC dan langsung tidak terlibat dalam pengajuran majlis berbuka puasa ini merasa kekok juga apabila dijemput oleh Presiden FC kerana sebelum ini beliau tidak pernah menyangkakan bahawa ahli Politik juga ada Fan club, atas usaha beberapa individu, Fan club ini berjaya ditubuhkan. Setahu beliau sebelum ini hanya artis sahaja yang mempunyai Fan Club. Walaubagaimana beliau mengucapkan syabas kepada pengajur dan kepada mereka yang berjaya menubuhkan Fan club ini dan berharap ianya akan menjadi acara tahunan kerana bagi beliau ini adalah satu perjaumpaan yang baik kerana dengan perjumpaan ini beliau telah berkesempatan bertemu dengan mereka dari kumpuklan sasar yang baru yang belu beliau ketemui sebelum ini,. dari kumpulan siber.
Ramai juga bloggers yang hadir dan kumpulan yang hadir ini adalah kumpulan yang bersemangat One Malaysia terdiri dari tiga kaum Cina Melayu dan India. Program ini bolehlah disifatkan satu kejayaan kepada KJFC dan ini adalah merupakan program yang pertama di anjurkan oleh mereka. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar pada jam 10.30 malam.
Untuk menjadi ahli KJFC sila klik disini http://www.facebook.com/group.php?gid=134165467813&ref=nf
Khairy bangun pertahankan pemimpin bangsa – Tun M
Menghadapi tekanan Tun Dr Mahahthir bukan satu tekanan yang calang calang dan dikatakan mudah untuk seseorang pemimpin menerima dan melalui saat sedemikian. Tanpa kekuatan mental dan kebijaksanaan serta waras pemikiran untuk menyerap tekanan Tun Mahathir saja jawapan yang boleh menyerap tekanan ini, jika tidak, padahnya adalah kecundang. Inilah yang dihadapi oleh pemimpin muda ini yang memahami serta telah membaca akan akibat yang akan diterima sekiranya silap percaturan dalam permainan politik dengan Tun , Sebagai anak muda berbudaya timur dan beradat. KhairyJamaluddin dapat menyerap segala tekanan Dr Mahathir yang diterjemahkan oleh beliau sebagai teguran dan nasihat dari orang yang lebih berpengalaman dan matang . Segala kata kata Tun dan kritikan Tun diterima dengan hati yang terbuka dan disambut dengan senyuman tanda hormat. Inilah Khairy Jamaluddin yang mana suka atau tidak kita terpaksa menerima bahawa beliau telah berjaya menyerap segala kritikan dan teguran Tun dari negatif ke positif dan akhirnya diterjemah kan sebagai satu hikmah yang menguntungkan diri beliau. Tidak sepatah pun dan tidak sekali pun anak muda ini melawan ataupun mengangakat kening menrenyuk tanda marah atau protes. Semuanya diterima dengan hati yang terbuka dan senyuman tanda redha dan menerima.
Hari ini, Khairy bagun mempertahan kan Tun , demi mempertahan kan mantan pemimpin negara dan negarawan yang dihormati dari dihina oleh Pemuda MIC. Beliau bukan saja bangun atas dasar peribadi , malahan mewakili seluruh pemuda UMNO Malaysia dan juga Pemuda BN. Jangan sekali kali dihina pemimpin bangsa ku. Pemuda akan bangun dan akan terus menentang. Hari ini Khairy Jamaluddin membuktikan betapa matang nya kepimpinan beliau dan betapa matang landasan politik beliau yang tidak menyimpan dendam , Yang benar tetap akan dibela dan yang salah tetap kan ditentang , Dari sudut ini Tun dipertahankan sebagai negarawan negara , Tun adalah mantan pemimpin UMNO yang ulung, sekiranya Tun dihina ,terhina lah maruah bangsa dan juga seluruh warisan UMNO. sewajarlah anak muda dan juga pertubuhan muda yang dipimpin oleh Khairy ini bangun menentang bangsa asing yang cuba menjatuhkan maruah bangsa Melayu dan juga pemimpin Bangsa. kerana mereka adalah pemuda Melayu yang bersopan dan beradat.
Petikan dari Utusan Malaysia
Pemuda BN kecam hina Dr. Mahathir
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) mengecam kenyataan seorang perwakilan MIC yang mencadangkan agar kalungan selipar diletakkan ke atas gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai sesuatu yang tidak rasional dan tidak adil.
Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun itu bukan pendirian rasmi MIC tetapi cadangan itu nyata tidak sensitif terhadap semangat BN.
Katanya, isu mengenai kalungan selipar itu telah dibincangkan secara prinsip iaitu sebarang tindakan oleh mana-mana parti komponen BN tidak sepatutnya melukakan atau merosakkan hubungan dengan parti lain.
”Inilah contoh kenyataan yang boleh mengguris hati parti kita,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN di sini hari ini.
Tambah Khairy, pihaknya bagaimanapun berpuas hati bahawa apa yang diperkatakan perwakilan berkenaan bukan pendirian MIC yang sebenar.
Pemuda BN Kecam Hina Tun Dr Mahahthir
Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) mengecam kenyataan seorang perwakilan MIC yang mencadangkan agar kalungan selipar diletakkan ke atas gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai sesuatu yang tidak rasional dan tidak adil.
Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun itu bukan pendirian rasmi MIC tetapi cadangan itu nyata tidak sensitif terhadap semangat BN.
Katanya, isu mengenai kalungan selipar itu telah dibincangkan secara prinsip iaitu sebarang tindakan oleh mana-mana parti komponen BN tidak sepatutnya melukakan atau merosakkan hubungan dengan parti lain.
”Inilah contoh kenyataan yang boleh mengguris hati parti kita,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN di sini hari ini.
Tambah Khairy, pihaknya bagaimanapun berpuas hati bahawa apa yang diperkatakan perwakilan berkenaan bukan pendirian MIC yang sebenar.
Kg Buah Pala sudah tiada lagi
September 15, 2009 by admin
Filed under Keratan Akhbar
PULAU PINANG 14 Sept. – Kerja-kerja meroboh baki 15 rumah penduduk Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor di sini berjalan dengan aman dan lancar tanpa sebarang kekecohan besar oleh mana- mana pihak, hari ini.
Operasi yang bermula pukul 11 pagi itu menyaksikan semua rumah berkenaan yang masih berpenghuni dirobohkan seramai 30 pekerja kontraktor menggunakan dua buah jentolak dengan kehadiran kira-kira 100 anggota polis.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, semua pekerja kontraktor daripada SRE Ventures dan jentolak yang menjalankan kerja berkenaan memasuki dan meroboh rumah penduduk kampung itu tanpa sebarang halangan.
Bagi mengelakkan kekecohan, polis termasuk Unit Tindakan Ringan menutup laluan masuk ke kampung itu seawal pukul 6.30 pagi bagi memastikan kerja meroboh berjalan lancar selepas ia tertangguh sebanyak empat kali.
Terdahulu, Pengarah Nusmetro Ventures (P) Sdn. Bhd. (Nusmetro), Garry Ho bersama tiga pegawai mahkamah dilihat masuk ke kampung itu setelah baki tujuh keluarga masih enggan berganjak dan meminta tempoh meroboh dilanjutkan.
Garry bagaimanapun dilihat menggeleng-gelengkan kepala serta menegaskan penduduk telah diberi tempoh selama 10 hari bermula 4 September lalu dan operasi meroboh dibuat mengikut arahan mahkamah.
Sehingga pukul 1 petang, lapan kediaman dirobohkan dengan rumah pertama diroboh pada pukul 11.10 pagi dan menjelang 4 petang semua rumah dirobohkan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid berkata, keputusan meroboh tersebut dijalankan hari ini selepas pihak pemaju dan wakil mahkamah mengadakan perbincangan.
”Selepas berbincang selama sejam, penduduk masih enggan dan terus memberi pelbagai alasan walaupun ada pihak pemaju menawarkan penempatan sementara di rumah milik Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
”Sebelum ini, pemaju sudah beri tempoh kepada penduduk untuk berpindah dan hari ini kerja-kerja merobohkan baki rumah-rumah berkenaan diteruskan dan tiada lagi tempoh lanjutan diberikan,” katanya.
Pihak pemaju sebelum ini gagal merobohkan sebarang rumah di kampung berkenaan pada 3 dan 13 Ogos lepas akibat bantahan ramai, namun dalam percubaan kali ketiga pada 3 September lalu, pemaju berjaya merobohkan empat buah rumah.
Walaupun tiada halangan daripada penyokong, keadaan menjadi sedikit tegang apabila seorang penduduk, M. Indrani, 60, menyimbah dirinya dengan minyak tanah sebagai tanda protes apabila rumahnya hendak dirobohkan.
Indrani turut memberitahu pemberita yang berada di tempat kejadian bahawa dia sanggup membunuh diri untuk mempertahankan rumah dan perkampungan tradisi itu.
Bagaimanapun, dia yang merupakan ibu kepada Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung itu, C. Tharmaraj berjaya ditenangkan oleh beberapa anggota polis dan ahli keluarganya.
Difahamkan, tiga daripada 15 kediaman yang diroboh adalah rumah tidak bernombor, 10 rumah adalah penghuni yang memegang lesen pendudukan sementara (TOL) dan dua rumah penyambungan tambahan.
Ketika ditanya tentang tawaran pampasan kepada baki 11 keluarga itu, Gary berkata, Nusmetro bersedia menawarkan pampasan tunai berjumlah RM125,000 kepada keluarga yang menolak tawaran rumah teres dua tingkat.
”Rundingan bagi wang pampasan masih terbuka dan pada masa yang sama, keluarga yang inginkan rumah teres, mereka harus merujuk kepada kerajaan negeri untuk berbincang.
”Dengan selesainya kerja meroboh ini, kami menjangkakan kerja tanah projek Oasis bagi membina kira-kira 800 unit kediaman kondominium dan pangsapuri di atas tapak tanah kampung itu boleh dimulakan sedikit masa lagi,” jelasnya.





