KECELARUAN Pakatan Rosak SELANGOR
September 30, 2009 by admin
Filed under Berita Khas, Featured
Janganlah rakyat di Bagan Pinang tertipu dengan Pakatan Rakyat yang tidak boleh berpakat lagi. Semuanya penipu dan janji janji yang diabur semuanya janji janji kosong. Mereka tidak boleh bermimpi perkara yang sama walaupun tidur sebantal. Semuanya memikirkan kuasa dan hak peribadi masing masing. Tiada pakatan dalam pakatan rakyat, Kini merka sudah bercelaru.
PETIKAN KECELARUAN PR SELANGOR
Isu kesetiaan kepada pucuk pimpinan parti menjadi penghalang kepada pemimpin-pemimpin PAS untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung soal pentadbiran dalam kerajaan negeri Selangor, kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Khalid, yang sebelum ini meminta exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor meletakkan jawatan berkata beliau berhak menegur Hasan kerana beliau berhak untuk mengeluarkan pandangan sebegitu dan ianya bukanlah satu perbuatan yang mengingkari arahan pemimpin.
Hasan sebelum ini telah meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dirombak kerana didakwanya telah ‘memalukan’ pegawai kerajaan.
Selcat mengadakan siasatan tersebut untuk menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan peruntukan tahunan RM500,000 dalam masa dua bulan sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu.
“Fahaman saya, tidak boleh ingkar arahan dan setakat ini tiada arahan berhubung perjalanan parti yang telah saya ingkari,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam blognya [www.khalidsamad.com] hari ini.
“Teguran dan ingkaran merupakan perkara berbeza. Namun menegur pemimpin, itu merupakan hak pengikut, lebih-lebih lagi apabila ianya kelihatan seperti menjejas kepentingan parti,” katanya lagi.
Khalid turut berkata, tindakannya menggesa Dr Hasan meletakkan jawatan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Perhubungan Negeri pada petang Ahad lalu.
‘Jadi sasaran’
“…memang banyaklah yang dinyatakan, khususnya persoalan wala’ (setia) kepada pimpinan yang masih merupakan isu terbesar bagi kebanyakan yang dipertua kawasan.
“Dalam persoalan ini saya sememangnyalah telah menjadi sasaran dan menjadi tumpuan teguran,” katanya lagi dalam kenyataan tersebut.
Khalid turut membangkitkan hasil mesyuarat Konvensyen Pakatan Rakyat di Petaling Jaya pada awal bulan lalu yang merumuskan pemimpin-pemimpin Pakatan tidak akan mengeluarkan lagi apa-apa kenyataan yang “saling menyerang satu sama lain”.
“Sekiranya mana-mana pihak melakukannya, maka tindakan disiplin perlu dikenakan atas orang berkenaan oleh partinya sendiri,” kata Khalid yang juga merupakan pengerusi lajnah politik PAS.
Jelasnya lagi, tindakan Hasan “amat tidak wajar” dalam memberikan pandangan berhubung pendekatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dalam mengadakan pendengaran awam.
Menurut Khalid lagi, Hasan tidak sepatutnya mengkritik Selcat secara terbuka dan mengambil pendirian tunggal berhubung isu berkenaan.
“Yang menjadi masalah ialah apabila (Hasan) membuat kenyataan mengkritik Selcat secara terbuka dan mengambil posisi bersendirian dalam isu ini,” kata Khalid lagi.
Pendekatan soal siasat
“Saya menyatakan, tidakkah lebih sesuai PJ mengatakan kami, iaitu PR, telah bersetuju untuk memperbaiki kaedah dan pendekatan soal siasat terhadap pegawai-pegawai kerajaan supaya tidak dilihat sebagai berniat menghina dan memalukan mereka?,” soal Khalid.
“Sekiranya kenyataannya begitu, ianya tidak akan kelihatan seperti seolah-olah menempelak rakan lain di dalam PR dan PAS tidak akan dilihat sebagai menikam kawan dari belakang,” katanya lagi.
Khalid berkata, pandangan Hasan tersebut dibuat tanpa mengambil kira tanggungjawab dan haknya sebagai anggota exco.
“Sebenarnya amat tidak wajar kalau kita sebagai seorang ahli Exco yang bermesyuarat dengan Exco tiba-tiba di luar mesyuarat menyerang kembali usaha kerajaan.
“Sekiranya sebagai back-bencher, tidaklah bermasalah sangat. Samalah juga seperti seorang ahli dewan harian, bermesyuarat dengan dewan harian, tetapi di luar bantai balik dewan harian.
Sesi pendengaran terbuka
“Kalau begitu patut keluar dewan harian (sepertimana persetujuan pelucutan jawatan saya sebagai timbalan pesuruhjaya) dan sekiranya dari luar, sebagai ahli perhubungan, berhak mempersoalkan keputusan dewan harian,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, beliau tidak pernah menggesa Hasan keluar daripada PAS mahupun Pakatan Rakyat, tetapi hanya meminta beliau meletakkan jawatan sebagai exco dan penyokong kerajaan negeri di dalam DUN.
Khalid turut menjelaskan, sesi pendengaran oleh SELCAT perlu diadakan secara terbuka kerana kaedah berkenaan lebih berkesan untuk mendapatkan pendedahakan dari pegawai kerajaan sendiri.
“Pendedahan oleh pegawai kerajaan sendiri adalah lebih berkesan dari sekiranya diadakan sesi tertutup dan kemudiannya maklumat disampaikan oleh kita kepada rakyat.
“Pihak tertentu boleh mengatakan ianya permainan politik dan pengakuan paksaan. Maka itu adalah lebih teruk, kita akan dikatakan sama sahaja dengan SPRM! Mengugut dan memaksa sehingga mendapat ‘pengakuan’,” katanya lagi.
Siapa PAS nak tipu ?
“Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pesanan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata. Seruan ini memang baik dan berguna untuk sebuah parti yang menggunakan ‘perkataan Islam’ di dalam partinya. Kalau asas perjuangan sudah tidak betul bagaimana perjuangan menegakkan agama Islam hendak berjaya.
Sebelum itu adakah PAS akan bertanding secara bersendirian atau atas nama gabungan Pakatan Rakyat? Kalau PAS bertanding secara bersendirian, mungkin berjuang menegakkan agama Islam adalah sesuai. Tetapi PAS tidak lagi menggunakan perjuangan menegakkan hukum hudud dan menegakkan sebauh NEGARA Islam. Mengapa Nik Aziz tidak menyebut berjuang menegakkan sebuah NEGARA Islam? Ini bermakna PAS akan bertanding atas nama Pakatan Rakyat.
Pertandingan di Bagan Pinang akan mempertemukan UMNO daripada BN dan juga PAS daripada Pakatan rakyat. Disebabkan DAP ada di dalam Pakatan Rakyat, PAS perlu berhati-hati apabila menggunakan istilah ‘Islam’ seperti membangun bersama Islam dan penubuhan negara Islam. DAP tidak boleh dengar perkataan ‘Negara Islam’. DAP sangat sensitif dengan Islam kerana bagi DAP Islam adalah musuh kepada bukan Islam. Kalau tidak bagaimana Karpal Singh boleh mengeluarkan ayat ‘ langkah mayat saya dulu jika mahu laksanakan negara Islam di Malaysia’
Anwar sedar Islam menjadi penghalang kepada pakatan politik antara PAS dan DAP. Dalam masa yang sama Anwar sangat memerlukan kedua-dua parti ini di dalam Pakatan. Apa Anwar buat? Gugurkan semua perkataan Islam dalam mana-mana slogan PAS di dalam Pilihanraya Umum ke 12. Tujuannya adalah untuk memberi keyakinan kepada pengundi bukan Islam bahawa PAS tidak lagi sebuah parti Islam. Sebab itu, ramai undi-undi Cina dan India telah memangkah PAS jika parti itu berhadapan dengan UMNO. Selama ini mereka takut untuk mengundi PAS kerana dasar parti itu memperjuangkan sebuah negara Islam.
Benarkah PAS sudah membuang matlamat utama perjuangan parti itu? Jika sudah tiada perjuangan Islam apa beza PAS dan UMNO? Sebenarnya, Anwar Ibrahim telah menipu pengundi Cina dan India bahawa PAS telah mengubah dasar partinya. Hakikatnya PAS tidak pernah pun berubah, di hadapan penyokong Islam mereka akan berkata PAS akan meneruskan dasar-dasar Islam dan hudud akan dilaksanakan jika PAS mempunyai kerusi majoriti di Parlimen.
Orang Cina dan India tidak perlu undi PAS lagi kerana bukan kerana Islamnya, Islam itu benar dan suci. Tolak PAS kerana ianya parti pembohong. Lihat di Selangor, PAS dan DAP macam anjing dengan kucing. PAS dan DAP sebenarnya tidak boleh duduk sebumbung apatah lagi tidur sebantal kerana prinsip perjuangan yang jauh berbeza. PAS dengan UMNO yang seagama pun tidak boleh pun hendak berbincang apatah lagi DAP yang berlainan agama, bangsa, bahasa, budaya dan dari lain benua?
Kalau orang Cina dan India marah kepada UMNO lebih baik pada hari mengundi pergi Genting Highland ramai-ramai lagi bagus. Tidak payah mengundi. Undi PAS bermakna Cina dan India sokong parti yang menipu orang mereka. Sesiapa memang tidak suka ditipu tetapi hari ini terang-terang Cina dan India sudah ditipu.
Kalau orang Cina dan India menyokong PAS kerana boleh menambah kerusi Pakatan Rakyat di dalam DUN Negeri Sembilan juga tidak membawa apa-apa makna. Kalau Pakatan Rakyat menguasai Negeri Sembilan, Menteri Besarnya tetap orang Melayu walaupun DAP mempunyai kerusi terbanyak. Ianya sudah berlaku di Perak. Kedudukan DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kedah dan Kelantan adalah mantap, tetapi kedudukan di Selangor dan Perak sangat rapuh. Negeri Sembilan lebih mirip kepada Selangor dan Perak. Apabila negeri kucar kacir, kehidupan tidak tenteram dan boleh menganggu bisness orang Cina sendiri.
Orang Cina dan India sudah hidup selesa sekian lama di Negeri Sembilan. Mengapa mahu bertukar kepada parti yang hanya pandai buat bising dan cakap tidak serupa bikin. mampukah pemimpin PAS menyelesaikan masalah orang Cina dan India di Bagan Pinang? Selama ini siapakah yang menyelesaikan masalah mereka? Kalau sudah dapat tempat yang baik jangan gadaikan kebaikan itu sekelip mata. jadilah orang yang sentiasa bersyukur kerana Pakatan Rakyat tidak menjanjikan apa-apa. Sekadar mahu meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Isa pilihan PM – Tun Shhhh……
September 29, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
(Apa bezanya Tun yang pernah dipecat dari UMNO dan akhirnya menjadi Perdana Menteri dengan Isa yang pernah digantung. Jika Tun pernah dipecat dan mebuat Come Back. Kenapa tidak Isa.)
Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.
Isa Samad calon BN di Bagan Pinang
Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno. Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.
Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.
Mamak Parpukari sudah mula meroyan
September 29, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Aku ingat si mamak Parpukari ni dah meroyan dan bila aku buka blog dia si parpu ini tak ubah macam blog najis, penuh dengan maki dan hamun , carut marut, Apakah emak dan bapak dia atau sememangnya keturunan dia memang kaki carut, Aku rasa masa dalam buai ayah si parpu ini sering mendodoikan dia dengan lagu lagu yang berbunyi lucah. Ayahnya akan nyani kan lagi depan mak dia , hei mak hang ….busuknya bau pepet hang , Mak pula sambut . keciknya konek hang mana nak boleh keluarkan zuriat yang baik , kata mak si parpu ni, Inilah cara kehidupan keluarga si Parpu kari ni , hari hari duk sebut benda yang sama sehingga kan lahirlah si Parpukari yang asyik mencarut saja. selanjutnya
Selangor Kecoh -70 penternak sertai bantahan di SUK S’gor
September 29, 2009 by admin
Filed under Berita Khas
Kira-kira 70 orang penternak mengadakan bantahan dengan membawa 30 lori bersama muatan lembu, kerbau dan kambing ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam hari ini.
Mereka juga turut mendesak exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap bidang pertanian, Yaakob Sapari supaya meletak jawatan.
![]() |
Penternak terbabit mendakwa, kerajaan negeri dan majlis tempatan tidak membantu selepas kejadian runtuh di tempat buangan sampah haram, telah mengorbankan ternakan mereka.
Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor, Samad Kassim memberitahu pemberita bahawa dua ladang ternakan dihempap runtuhan sampah di situ, yang mengakibatkan 10 ekor lembu tertimbus.
Salah sebuah ladang tersebut mempunyai lesen manakala yang satu lagi terletak di kawasan simpanan TNB. Bagaimanapun, Samad berkata, tiada sebab kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak membantu mereka.
“Kami merupakan salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Selangor, tetapi mengapa mereka tidak berbuat sesuatu untuk membantu kami? Kami juga pelabur,” katanya.
Rabu lalu, usaha untuk memadamkan kebakaran di kawasan buangan sampah haram di Kampung Sungai Kertas, Ulu Yam itu mengakibatkan sebahagian longgokan sampah runtuh, dan menimbus ternakan dan mencederakan seorang pekerja rakyat Bangladesh.
Bertan-tan sampah, tanah dan air runtuh dari ketinggian 40 meter dan menghempap dua ladang ternakan tersebut pada jam 8.30 malam Rabu lalu, mengakibatkan lembu dan kambing mati lemas.
Tiga minggu lalu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menggali parit di situ untuk mengisinya dengan air dalam usaha memadamkan kebakaran yang berlaku sejak lima bulan lalu.
Samad berkata, bangkai ternakan masih tertimbus sampah kerana tiada pihak yang mahu membersihkannya.
![]() |
Beliau bimbang keadaan itu boleh mengakibatkan berlakunya wabak penyakit di kalangan ternakan yang masih hidup, mengakibatkan lebih banyak yang akan mati.
Bagaimanapun, keadaan reda apabila setiausaha politik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim muncul dari bangunan SUK dan berkata Yaakob bersetuju untuk menemui pemimpin persatuan itu yang mewakili peserta bantahan lain.
Calon BN akan diumumkan pada jam 4.30 petang ini
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan terdapat lebih daripada satu nama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. Beliau berkata, pucuk pimpinan parti akan memutuskan nama calon BN bagi pilihan raya kecil itu hari ini atau esok. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai senarai nama calon BN itu.
”Nama-nama (calon) kita sudah terima dan Presiden parti lebih awal terima daripada saya dan ini akan diputuskan hari ini atau esok sebelum saya mengumumkannya di Bagan Pinang pada pukul 4.30 petang esok.
”Apa-apa pandangan kita terima dengan hati terbuka tetapi apa-apa pun, seperti biasa dalam parti, kita buat keputusan bahawa apa sahaja keputusan pucuk pimpinan parti, ahli parti BN akan terima secara baik,” kata beliau.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pelajaran di sini hari ini.
Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang akan diadakan pada 11 Oktober ini berikutan kematian Allahyarham Azman Mohd. Nor pada awal September lalu di Hospital Pakar Seremban (SSH) kerana jangkitan dalam darah.
Azman yang mewakili BN memperoleh 6,430 undi dan menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu dengan kelebihan 2,333 undi.
Kawasan DUN Bagan Pinang mempunyai 13,664 pengundi iaitu 62.77 peratus merupakan pengundi Melayu, 20.74 peratus pengundi kaum India, 10.96 peratus pengundi Cina dan 5.54 peratus kaum lain.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, usaha mempercepatkan proses pembaharuan yang diharapkan oleh rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) adalah lebih penting berbanding memikirkan soal calon parti pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, proses transformasi di peringkat parti komponen berjalan agak lambat berbanding dalam kerajaan yang kini sudah dilihat kesannya.
Menurutnya, langkah mempercepatkan transformasi itu penting supaya rakyat tidak hilang keyakinan terhadap usaha pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan.
”Agenda paling utama adalah bagaimana kita dapat dilihat bersedia melalui proses perubahan yang diharapkan berlaku dalam parti selepas kita menghadapi pilihan raya umum lalu, baik dalam UMNO, MCA, MIC atau lain-lain parti komponen BN.
”Jadi yang mustahak bagi saya ialah untuk dilihat secara jelas apa-apa pembaharuan atau perubahan yang mahu kita bawa,” katanya
JANGAN HERET RAKYAT – Tak perlu kecoh mengenai calon BN
September 27, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Pilihanraya kecil Bagan Pinang yang merupakan satu kerusi yang dirasakan mudah untuk dimenangi oleh BN kini cuba di sukarkan oleh pemimpin BN sendiri , Apakah BN sememangnya tidak lagi merasa jeran atau pun masih tidak mahu berubah, Apakah sememangnya pemimpin BN ini mulut celupar dan suka menonjolkan diri untuk meraih populariti dengan isu isu yang boleh menjahanamkan BN sendiri. Semakin lama BN membisu dan semakin jelas BN yang terkial kial mencari calon ini untuk mewakili BN semakin sukar perjalanan jentera jentera BN untuk menjalankan tugas. Kita sekarang menghadapi kesukaran menentukan calon dan ini tidak harus berlaku. Rakyat dan pengundi diseret bersama dalam kesukaran kita memilih calon dan ada yang kini mulai bosan terutama sekali pengundi atas pagar,
Samy berundur menjelang Jun 2010?
September 25, 2009 by admin
Filed under English Version, Featured
ANALISIS Oleh G. MANIMARAN Bila, bila dan bila? Bila agaknya Datuk Seri S. Samy Vellu akan melepaskan jawatan Presiden MIC?
Ini antara siri soalan dikemukakan oleh kebanyakan pihak, yang berminat dengan perkembangan politik MIC sejak kebelakangan ini. Ini termasuklah mereka dari dalam lingkungan MIC sendiri dan juga luar MIC sendiri.
Persoalan ini bertambah menarik apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sendiri mengatakan bahawa beliau ingin mengadakan pertemuan susulan dengan Samy Vellu mengenai pelan peralihan kepimpinan dalam MIC.
Najib memberikan kenyataan ini kira-kira 10 hari selepas memberikan ucapan yang “keras, terbuka lagi bersifat menyuntik semangat” semasa Perhimpunan Agung MIC Ke-63.
Ketika ditemui wartawan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kelmarin, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, “saya akan sekali lagi berbincang dengan beliau (Samy Vellu).”
Komen ringkas ini membawa maksud yang mendalam, sekali gus menimbulkan pelbagai andaian dan persoalan.
Sekali lagi, jika pemilihan 12 September lalu (bagi jawatan-jawatan pusat selain kerusi Presiden) diambil kira sebagai kayu ukur, apakah ia petanda bahawa Samy Vellu juga sebenarnya telah membayangkan kepada Perdana Menteri tentang tarikh yang sesuai baginya berundur.
Bagaimanapun, nampak gaya perkembangan hari ini memerlukan kajian semula untuk mendapatkan tarikh baru.
Menurut Najib, perbincangan sebelum ini, pada Jun lalu, adalah berdasarkan perkembangan sebelum pemilihan baru-baru ini.
Malah kata Najib, ketika itu Samy Vellu memaklumkan kepadanya yang beliau masih tidak boleh berundur dan jika beliau berbuat demikian, kestabilan parti akan tergugat.
“Tetapi itu sebelum pemilihan parti. Tetapi kini selepas pemilihan, saya akan sekali lagi berbincang dengan beliau tetapi ini tidak harus dilihat sebagai campur tangan BN dalam ehwal dalaman MIC,” ujar Najib, yang pada awal 2008 pernah memberi peringatan bahawa MIC perlu berubah jika mahu kekal relevan.
Alasan kestabilan parti juga dinyatakan oleh Samy Vellu ketika ditemui wartawan pada 12 September lalu.
MIC telah mengadakan pemilihan parti 12 September lalu bagi memilih Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat. Samy Vellu menang tanpa bertanding jawatan Presiden untuk 11 penggal berturut-turut, April lalu.
Beberapa hari yang lalu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pula mengatakan bahawa Samy Vellu adalah melahirkan kesediaan beliau untuk berundur dan menyerahkan tampuk kepimpinan parti itu pada bila-bila masa sahaja, “termasuk esok” jika timbalannya, Datuk G. Palanivel sanggup menerajui parti itu.
“Saya sudah bersedia untuk pergi (melepaskan) jawatan, saya bersedia untuk pergi… hari Isnin, esok pun boleh jika Palanivel merasakan sudah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan parti, saya bersedia untuk menyerahkan kepimpinan kepada beliau.
“Saya tiada masalah. Saya bukan hendak memegang jawatan ini buat selama-lamanya. Tapi ada banyak perkara yang perlu diselesaikan (demi parti dan masyarakat),” tambah beliau. Samy Vellu akan mengadakan perbincangan dengan Palanivel sebaik sahaja beliau pulang dari India.
Sekali lagi dalam komennya semalam Samy Vellu menegaskan, MIC akan berhadapan dengan pelbagai masalah jika beliau melepaskan jawatannya sekarang.
Awal tahun ini timbul desas-desus bahawa Samy Vellu akan melepaskan jawatan yang dimenanginya pada 1981 sebaik sahaja pemilihan parti bagi jawatan-jawatan selain Presiden berakhir September 2009. Ada yang mengandaikan Samy Vellu akan berundur pada bulan berikutnya – Oktober.
Kemudian timbul cakap-cakap bahawa Samy Vellu sudah berubah pendirian. Justeru beliau akan kekal sehingga 2015. Bermakna akan bertanding satu lagi pusingan pemilihan yang kemungkinan besar pada 2012.
Baru-baru ini, beberapa minggu sebelum pemilihan 12 September lalu, Samy Vellu dalam usaha meyakinkan penyokong dan perwakilannya menegaskan, ini merupakan penggal terakhir dan tidak akan bertanding lagi pada pemilihan tiga tahun mendatang.
Dalam komennya kepada sebuah akhbar tempatan, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, proses peralihan kuasa MIC perlu dilaksanakan dengan segera tanpa mengambil satu tempoh masa yang panjang bagi mengembalikan segera sokongan masyarakat India kepada MIC dan BN.
“Sudah tiba masanya pemimpin muda dalam parti itu diberi peluang menerajui MIC.
“Bukan mahu dikatakan Samy Vellu langsung tidak menyumbang kepada parti, tetapi beliau perlu mengutamakan BN dan masyarakat India,” katanya.
Oleh itu, apakah wajar Samy Vellu berundur sekarang? Ini satu persoalan yang diperkatakan banyak pihak. Jika ya, bila? Sekali lagi, jika ya mengapa beliau perlu berundur sekarang?
Alasan-alasan yang diketengahkan:
- Sepanjang 18 bulan lalu, selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, Samy Vellu dikatakan telah melaksanakan program penjenamaan semula MIC meliputi pelbagai peringkat dalam usaha untuk memulihkan partinya.
- Pemilihan parti meliputi semua peringkat sudah pun selesai termasuk Samy Vellu telah menang tanpa saingan pada April lalu.
- Hampir kesemua calon Pasukan Presiden pula telah dipilih oleh perwakilan pada 12 September lalu. Ini termasuklah mengekalkan Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Presiden dan memilih tiga muka baru Naib Presiden iaitu Datuk Dr. S. Subramaniam. Datuk S.K. Devamany dan Datuk M. Saravanan. Perwakilan dikatakan memenuhi harapan Presiden dengan memilih mereka.
- Barisan kepimpinan baru memerlukan masa untuk berdikari sebelum pemilihan dan pilihan raya umum akan datang.
- Perhimpunan Agung MIC Ke-63 sudah pun meluluskan resolusi pindaan perlembagaan parti, antara lain mengehadkan tempoh memegang jawatan Presiden dan Ketua Bahagian – tiga lebih daripada tiga penggal selama sembilan tahun. Ini pun sebahagian usaha pemulihan parti.
- Jika pilihan raya umum diadakan pada 2013 (lengkap tempoh lima tahun mandat semasa), apakah barisan kepimpinan semasa mempunyai masa yang cukup untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang? Bagaimana jika pilihan raya diadakan lebih awal iaitu pada 2011 dan 2012?
Mengambil kira pertimbangan-pertimbangan ini, apakah kemungkinan Samy Vellu akan melepaskan jawatannya dalam tempoh enam bulan akan datang?
Seorang anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC berpendapat bahawa Samy Vellu, jika pun perlu berundur disebabkan tekanan yang semakin meningkat dari dalam dan luar parti, beliau tidak harus meninggalkan parti itu begitu sahaja.
“Platform yang paling sesuai ialah perhimpunan agung parti. Ia tempat paling sesuai untuk menyerahkan tampuk kepimpinan parti,” kata pemimpin itu sambil menambah, perhimpunan agung akan datang kemungkinan diadakan pertengahan tahun depan.
Ia dijangkakan Mei atau Jun depan!
Sekali lagi jika andaian ini tepat, Samy Vellu mampu mempersiapkan barisan kepimpinan dalam tempoh enam bulan akan datang? Beliau tiada pilihan nampaknya!
Jawatankuasa Kerja Pusat yang baru akan mengadakan mesyuarat pertama pada 29 September ini. Samy Vellu dipercayai akan menggunakan ruang itu untuk menerangkan pelan peralihan kepimpinan parti. + Oleh G. MANIMARAN
Pas Selangor kaji kedudukan dalam pakatan pembangkang
Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.
Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.
Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).
Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.
“Jika mereka mahu Hassan letak jawatan sebagai Exco dan Pesuruhjaya di negeri ini bermakna mereka mahu Pas keluar dari negeri ini kerana Hassan adalah Pesuruhjaya kami.
“Mereka semua ini hanya tahu mengeluarkan kenyataan membuta tuli tanpa menyelidik dahulu apa yang sebenarnya Hassan maksudkan. Setahu kami Hassan bermaksud baik bukan mempertikaikan kewujudan dan kuasa Selcat.
“Kami juga tidak faham atas kapasiti apa Khalid mengeluarkan kenyataan dan akan menyelidiknya sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.
Mohd. Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa wakil rakyat yang mahu Hassan keluar daripada pakatan pembangkang negeri jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Desakan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini itu dibuat beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk Khalid, Mohd. Azmi dan Santiago.
Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menegaskan, Pas Selangor tetap dengan pendiriannya mendesak proses pendengaran ke atas pegawai tinggi kerajaan yang dijalankan Selcat dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai yang terlibat dan dapat mengelak daripada diaibkan.
Ini kerana kata beliau, Selcat dan kerajaan negeri seharusnya mengambil pengajaran daripada ‘anugerah penyapu’ ciptaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.










