ADUN PKR keluar parti
August 24, 2009 by admin
Filed under Keratan Akhbar
ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.
N11 Permatang Pasir: Yusri rasa bersalah dan ‘akui” diguna PR burukkan Rohaizat
August 24, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Yusri Isahak, rakankongsi kepada calun Barisan Nasional di Permatang Pasir, Rohaizat Osman dalam firma Saif Ariff dan Rohaizat telah datang dari Pulau Pinang untuk memberi sidang akhbar di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang tadi.
Nik Aziz pemegang kunci pintu ke syurga ???

Nik Aziz mahu saman media kerana katanya memetik ulasan yang salah dari apa yang beliau katakan. Katanya, Ahli UMNO dan Penyokong UMNO adalah dua perkataan berbeza.” Inilah yang kita katakana, apabila seorang manusia yang tahu dirinya membuat salah namun mahu menyalahkan pula apa yang dibuat. Betul ke tidak Nik Aziz ini. Kalau dia kata Penyokong UMNO dan bukan ahli UMNO yang tidak masuk syurga ,kerana mengamalkan Islam Palestin, bermakna adalah Objek yang bernama manusia yang di maksudkan oleh Nik Aziz itu.
Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz
August 21, 2009 by admin
Filed under Keratan Akhbar
KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.
SPRM diserang
August 21, 2009 by admin
Filed under Keratan Akhbar
SEBUAH kenderaan utiliti sukan milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang, Selangor, rosak selepas dilempar dengan beberapa botol bom api (molotov coctail) di tempat letak kereta pejabat itu, Jalan
SIAPA KATA BN TIDAK BOLEH MENANG DI PERMATANG PASIR?

‘Trauma kemenangan PAS yang terlalu tipis di Manek Urai lalu masih lagi dirasakan oleh para pemimpin PAS. Walaupun di Permatang Pasir dikatakan PAS tidak menunjukkan gentar, tetapi gementar tetap ada’
Permatang Pasir : Siapa bohong Siapa?
August 21, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman Barisan Nasional, 38, yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, akan berdepan dengan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.
Bersumpah jika perlu – TPM
August 20, 2009 by admin
Filed under Keratan Akhbar
BUKIT MERTAJAM 19 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman akan tampil memberi kenyataan bersumpah sekiranya perlu bagi menjelaskan kedudukan yang sebenar berhubung isu tindakan Majlis Peguam ke atasnya.
Sultan Selangor tolak
August 20, 2009 by admin
Filed under Keratan Akhbar
SHAH ALAM 19 Ogos – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri ini.
Muhyiddin – Pengundi jangan emosi, fikir cara rasional

Pengundi di Permatang Pasir perlu berfikir secara rasional dalam memilih wakil rakyat mereka kerana kawasan itu tertinggal daripada segi pembangunan ketika dipegang oleh wakil Pas selama tiga penggal iaitu 15 tahun wakil Pas pegang kawasan itu tapi apa yang mereka buat untuk bantu penduduk?
Masih banyak pembangunan dan kekurangan di Permatang Pasir yang perlu dibantu oleh kerajaan Persekutuan, Kita mahu mulakan perubahan di sini dan kita nak tukar pandangan orang yang menyatakan BN tidak!!!
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan pengundi supaya tidak beremosi ketika memilih calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.
Pada pilihan raya kecil itu, Barisan Nasional (BN) yang diwakili Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, akan berdepan dengan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.
Muhyiddin mengingatkan pengundi supaya tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan terhadap Rohaizat.
Beliau turut menyelar kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa anggota Umno tidak masuk syurga dan meminta pengundi Permatang Pasir menilai kenyataan Menteri Besar Kelantan itu.
“Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama… bahaya. Kerana nak menang pilihan raya, sanggup gadai agama.
“Patut Majlis Fatwa buat kenyataan bahawa jika dia sebut begitu, dia tak boleh dipanggil tok guru,” katanya.
Nota:
Pas Tidak Harus disokong – Bukan Parti Alternatif Umat Islam dan Melayu
PAS memperalatkan Islam
Kerana mengunakan islamlah PAS bertaahan sampai hari ini- hidup mati selama mana orang masih keliru dengan tipu helah PAS. Meletak sama taraf Agama dengan parti adalah perbuatan syirik. UMNO memperalatkan parti untuk Islam, PAS memperalat Islam untuk parti.
UMNO ALAT PARTI UNTUK ISLAM
PAS ALAT ISLAM UNTUK PARTI
Ingatlah;
Islam agama yang paling tinggi tidak ada yang lebih tinggi dan mulia darinya…




