UMNO sedia hadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir
July 31, 2009 by admin
Filed under Keratan Akhbar
KUALA LUMPUR 31 Julai – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir ekoran kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman pagi ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan menggerakkan jentera di kawasan tersebut pada bila-bila masa.
Beliau tidak menolak kemungkinan UMNO mampu merampas semula kawasan tersebut dengan syarat mereka perlu bekerja keras.
ADUN Permatang Pasir meninggal dunia
ADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.
Antara Maruah dan Kuasa!
July 31, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik, Featured
Sejak kebelakangan ini seolah-olah terdapat satu gerakan terancang untuk memastikan mana-mana juga pihak yang cuba memperjuang atau mempertahankan institusi Melayu akan diserang habis-habisan. Kelompok berkenaan akan dianggap perkauman dan lebih buruk lagi ada antaranya terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang yang dilihat seolah-olah cuba ‘membisukan’ mereka.
Akibatnya, bercakap soal kepentingan dan hak istimewa orang Melayu serta agama Islam seolah-olah satu dosa dan mereka yang terlibat perlu dihukum. Tetapi hakikatnya, kita harus sedar apa yang cuba dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan adalah satu strategi terancang untuk memastikan institusi-institusi Melayu terus diganggu gugat. Keadaan ini samalah seperti di Singapura yang akhirnya Melayu tidak berupaya mempertahankan hatta adat resam mereka sendiri. Semua itu berlaku kerana orang Melayu telah ‘diracuni’ dengan pemahaman bahawa seandainya bercakap soal kepentingan mereka ia adalah satu perkauman.
Namun kalau dilihat terdapat puak-puak yang lebih perkauman daripada orang Melayu tetapi tidak pernah dianggap bersikap demikian. Malah kalau kita mengkaji blog-blog pembangkang mereka membangkitkan soal-soal yang lebih sensitif dan berbau perkauman. Tetapi itu tidak pula dianggap perkauman sebaliknya akan disifatkan oleh pihak-pihak yang menyokong mereka termasuk di kalangan sesetengah pemimpin Melayu sendiri bahawa ia kebebasan bersuara. Apa yang paling memualkan ada di kalangan pemimpin yang mewakili parti yang memperjuangkan Islam turut mengikut rentak berkenaan.
Kononnya atas dasar memperjuangkan kesamarataan dan keadilan maka mana-mana pihak tidak harus membangkitkan soal hak-hak orang Melayu dan institusinya. Mengulas perkara ini, Pensyarah Kanan politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof.Dr.Mohamed Mustafa Ishak berkata, mana-mana pihak yang memperjuangkan identiti dan institusi bangsanya tidak boleh dianggap perkauman.
Katanya, semua kaum mempunyai identiti tersendiri dan mereka akan cuba mempertahankannya sedaya upaya. “Contohnya orang Cina mereka pastikan akan mempertahankan tiga identiti penting kaum tersebut iaitu pertubuhan Cina, pendidikan Cina dan media Cina. “Oleh itu tindakan tersebut tidak boleh dianggap perkauman, begitu juga apabila orang Melayu mempertahankan identiti mereka,” katanya ketika dihubungi.
Diakui
Walaupun fakta ini diakui oleh semua pihak terutamanya parti pembangkang namun mereka sengaja melupakannya. Malah mereka cuba memastikan pihak-pihak yang memperjuangkan identiti atau institusi Melayu ini ‘tidak hidup selesa’, sedikit sahaja suara dilahirkan maka meraunglah mereka menuduh bahawa pihak itu atau pihak ini mengamalkan perkauman.
Apa yang malang, pandangan songsang itu turut disokong oleh pemimpin- pemimpin politik Melayu yang bukan sahaja bersengkongkol dengan puak tersebut malah mereka sendiri bertanggungjawab mengatur strategi bagi menggugat institusi Melayu.
“Orang Melayu perlu faham bahawa apa pun berlaku mereka harus mempertahankan jati diri. Tidak adalah masalah untuk mencapai permodenan tetapi dalam masa yang sama jati diri jangan dilupakan,” kata Mohamed Mustafa. Berdasarkan hakikat itu, beliau turut membidas sikap sesetengah pemimpin Melayu yang sanggup mengorbankan sesetengah perkara berkaitan dengan jati diri orang Melayu semata-mata untuk mengejar kemajuan.
“Kita tidak mahu suatu hari kelak orang Melayu menjadi bangsa Creole – satu puak di Afrika yang sudah kehilangan identiti bangsa mereka,” katanya. Selain itu, Dr. Mohamed Mustafa berharap masyarakat Malaysia terutama generasi baru perlu memahami bahawa Malaysia bukan bermula pada tahun 1963 atau ketika 1957 tetapi Malaysia sudah bermula ratusan tahun lalu. “Sebab itulah saya hairan kenapa soal tulisan Jawi di papan tanda jalan perlu menjadi isu, ia sebenarnya sudah menjadi identiti negara ini sejak berpuluh- puluh tahun lalu,” katanya.
Persoalannya, apakah pemimpin-pemimpin Melayu yang bersengkongkol dengan pihak yang ingin ‘memusnahkan’ institusi Melayu ini memahami keadaan tersebut? Dan adakah mereka faham bahawa apa yang bakal mereka lakukan mampu menggugat nasib anak cucu kita di masa depan? Berdasarkan hakikat itu, Dr. Mohamed Mustafa turut membidas pihak tertentu yang memboikot mana-mana pihak yang memperjuangkan Melayu termasuk pemulauan ke atas akhbar Utusan Malaysia kerana dianggap rasis.
“Kalau itulah pemahaman mereka, bagaimana dengan akhbar Cina, tidakkah ia juga rasis kerana mereka turut memaparkan kepentingan masyarakat itu,” katanya. Malah kata beliau berbanding dengan Utusan Malaysia, akhbar Cina sepatutnya boleh diragui kerana ramai rakyat negara ini tidak boleh membacanya. “Jadi adalah lebih baik jika kita tidak menuduh mana-mana akhbar berbentuk perkauman,” katanya.
Ketika berbual politik dengan seorang pemimpin kanan UMNO, di Shah Alam baru-baru ini, beliau melahirkan rasa bimbang dengan kedudukan orang Melayu sekarang.
Katanya, orang Melayu seolah-olah tidak bertaring lagi sehingga ada pihak yang sanggup mempersoalkan hak-hak mereka. Malah kata beliau, dalam keadaan tertentu orang Melayu bagaikan ditekan untuk membuat keputusan demi memuaskan hati pihak lain, jika tidak kuasa politik mereka akan tergugat.
“Dalam situasi itu kita berada di persimpangan iaitu antara kuasa dan maruah, semua ini terjadi kerana ada orang Melayu yang masih belum sedar bahawa mereka kini semakin diperlekehkan,” katanya. Atas sebab itu kata beliau, orang Melayu tidak boleh terlalu mudah bersubahat dengan kelompok yang mempunyai hasrat menganggu gugat institusi-institusi Melayu ini. Katanya, puak-puak berkenaan melakukan tindakan secara senyap dan berjaya mempengaruhi orang Melayu menyokong mereka melalui hujah-hujah politik yang disampaikan.
Sedar
Justeru kata beliau, UMNO perlu sedar terhadap ancaman ini bukannya terus berebut jawatan sesama mereka. Malah beliau berkata, dalam menentukan pemimpin dalam pemilihan pada Disember ini, ahli UMNO perlu memastikan mereka memilih pemimpin yang berprinsip dan hipokrit dalam perjuangan. “Kita bimbang kalau pemimpin hipokrit yang dipilih, perjuangan untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu termasuklah institusinya tidak akan ke mana,” kata beliau.
Namun apa pun keadaannya, tanpa berhasrat mencetuskan sebarang sentimen perkauman, orang Melayu perlu diingatkan tentang bahaya yang sedang menanti mereka. Pemimpin-pemimpin politik Melayu tertentu tidak harus mengorbankan kepentingan dan maruah bangsa semata-mata demi meraih kuasa politik. Mereka tidak harus menganggap orang yang dikenakan tindakan undang- undang kerana cuba menghina dan menganggu gugat institusi orang Melayu dan Islam seolah-olah seperti wira.
Apa pun keadaannya, adalah diharapkan orang Melayu akan memahami situasi yang sedang mereka hadapi. Mereka tidak harus leka dengan mengejar kuasa politik sehingga terlupa ancaman yang sedang menanti. Selain itu mereka juga tidak harus takut mempertahankan apa yang dianggap hak mereka asalkan tindakan berkenaan tidak menggugat kaum-kaum lain.
Ingatlah Malaysia mencapai kemerdekaan dengan perpaduan yang dicapai oleh semua kaum tetapi asas kewujudannya yang bermula dengan Tanah Melayu beratus tahun lalu sebelum kedatangan Portugis tidak harus dilupakan.
Suara Politik
Taminsari
ISA: Amaran KDN
July 31, 2009 by admin
Filed under Keratan Akhbar
KUALA TERENGGANU 30 Julai – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan menyokong atau membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Airmata reformis PKR menitis di negeri yang mereka perintah – kecewa dengan Khalid Ibrahim !!
Belum pun sampai sepenggal PKR memerintah Negeri Selangor, bermacam – macam penyelewengan yang kita dengar , baik penyelewengan besar sehingga lah penyelewengan kecil . Belum sepenggal lagi , kita sudah merasakan bagaikan tidak sabar mahu menghumban kerajaan ini dan terasa lama sangat pilihan raya umum yang ke tiga belas akan di adakan.
Bukan kita saja yang menyokong kerajaan BN yang merasakan demikian , malahan penyokong mereka yang bermati-matian dahulu untuk memenangkan PKR dalam pilihan raya yang lalu sudah mula merasa lemas dan mereka juga sudah mula merungut dan menulis di blog blog mereka. Jika hanya orang BN yang merasa demikian , mungkin rakyat akan menyatakan bahawa sudah menjadi lumrah orang BN memburukkan parti lawan. Bagaimana pula jika ini dilakukan oleh penyokong kuat pembangkang yang kini bercelaru sesama mereka dan mendedahkan perompak perompak di kalangan mereka di blog mereka sendiri. Tak percaya juga – sila baca
(Nora ada lah seorang reformis wanita tua dalam PKR yang telah berbelas kali ditangkap oleh Polis, malahan setiap kali ada demonstrasi Nora akan melakukan sesuatu di hadapan polis untuk di tangkap bagi mengumpul caps beliau di tangkap. Kerana bagi reformis PKR , lagi banyak di tangkap lagi tinggilah martabat mereka. Kini Nora juga keasal dengan apa yang berlaku dalam kerajaan PKR.)
Malahan ada diantara mereka yang sudah bosan dan kini menderita dan sanggup menulis dan meluahkan perasaan mereka . Kami tahu mereka ini sebenar diperalat kan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini dan hanya mereka sahaja yang tidak menyedarinya, Hari ini mereka semua yang merupakan pejuang kuat PKR menangis dan lahirlah sebuah blog yang bertajuk air mata Selangor.
Apa lagi yang dapat kita nafikan, segala ini bukannya cerita rekaan UMNO semuanya datang dari pejuang PKR sendiri, jika kita terus mengorek kita pasti akan mendapat banyak lagi blog blog reformis PKR yang kini menyesal dengan perjuangan mereka. Kini mereka baru sedar yang mana intan dan yang mana kaca,
Antara ayat yang ditulis dalam blog air mata Selangor
blog ini dikendalikan oleh sekumpulan aktivis reformasi yang amat kecewa dengan kesombongan Khalid Ibrahim dan kegagalan serta kelemahanya menjalankan tugas sebagai MB. Kami telah menegur secara elok, sampaikan juga kepada pimpinan parti namun keadaan tidak berubah maka kami putuskan untuk menerbitkan blog ini.
Kami lakukan kerana sayangkan perjuangan.
Ketika kami bangkit berjuang kena buang kerja sakit dipukul dilokap dan seumpamanya Khalid masih seronok dalam PNB…ketika Anwar keluar Khalid masuk parti….kami tidak kecil hati kerana keadilan maksudnya meletakkan hak pada tempatnya…
namun sekarang kami pasti Khalid tidak berhak untuk kerusi itu…
kepada DSAI kami mohon maaf blog ini bukan kianat tapi untuk menyelamatkan perjuangan. Kami tahu Khalid juga sudah tidak mendengar cakap kamu…
Oleh: KPMU
BN MAMPU TAWAN SEMULA KEDAH
July 30, 2009 by admin
Filed under Keratan Akhbar
Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah daripada pakatan pembangkang dengan syarat jenteranya menggandakan usaha sedia ada dan paling kritikal, merapatkan barisan sayap parti itu, kata seorang penganalisis politik.
Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustafa Ishak berkata pergerakan Pemuda dan Puteri serta juga ahli veteran memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memastikan kemenangan calon BN.
“Harapan untuk BN di negeri ini masih ada, yang penting rapatkan barisan sayap, kerana kalau tidak kuat, susah untuk lakukan gerak kerja.
“Umno pula kena bangkit sebagai parti yang paling aktif untuk memberi motivasi kepada jentera dan memberi penjelasan kepada pengundi tentang apa bezanya BN dengan pakatan pembangkang,” katanya selepas memberi taklimat tertutup tentang Hala Tuju Umno Kedah bagi Menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di sini Selasa malam.
Mustafa berkata sekiranya BN benar-benar ingin menarik generasi muda menyokongnya, satu usaha untuk memberi nafas baru dan membangkitkan semangat berjuang dalam kalangan Pemuda dan Puteri perlu dilakukan.
Mustafa, yang juga Penasihat Strategik Umno Kedah berkata, sudah ada perubahan dalam kepimpinan tertinggi BN, tetapi itu mungkin tidak disedari dan kini terpulang kepada jentera parti itu untuk berusaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN khususnya Umno.
Beliau berkata, pada masa ini BN mempunyai kelebihan kerana tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dan keadaan itu merisaukan pakatan pembangkang.
“Saya tidak fikir pembangkang mampu kekalkan momentum kerana mereka sendiri berada dalam keadaan tertekan dan sudah ada perbalahan pendirian antara pemimpin Pas sehingga kita tidak tahu siapa sebenarnya yang berkuasa dalam parti itu,” katanya.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Umno negeri akan mengadakan program berbentuk muhasabah diri untuk membangkitkan keyakinan rakyat di samping menguatkan jentera parti itu.
“Taklimat seperti hari ini merupakan langkah pertama dan selepas ini kita akan turun ke semua peti-peti undi untuk memberikan penerangan tentang hala tuju Umno,” katanya.
Penyokong Pakatan, MIC bertembung di ibu pejabat MIC
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,500 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul di luar bangunan ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat sini.
ISA: Magaran, GMI tetap mahu adakan himpunan di KL
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap dengan pendirian untuk mengadakan himpunan masing-masing – pro dan anti-ISA – Sabtu ini walaupun polis memberi amaran keras agar membatalkannya.
Anwar tak sebulu dengan Dewan Ulama PAS
July 30, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik, Featured
1. AnWAR melahirkan rasa terkilan beliau dengan kenyataan Dewan Ulama’ PAS yang pertikaikan kehadiran Nizar di majlis nyalaan lilin untuk Teoh Beng Hock. Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai mengurangkan sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan pembangkang amnya. Ujar AnWAR lagi pendapat Dewan Ulama’ itu tidak tepat serta tidak mengambil kira masalah umum dan keutamaan Fiqh (Fiqh Awlawiyyat) dalam kaedah Feqah.
Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam sebenar
July 30, 2009 by admin
Filed under Keratan Akhbar
KUALA LUMPUR 28 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain.








