Top

Yakin pertahan Parlimen K. Terengganu

December 3, 2008 by Pendeta 

KEMAMAN 2 Dis. - Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti berdasarkan kejayaan yang dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lepas.

Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tiada sebab untuk BN dan UMNO tewas pada pilihan raya itu nanti memandangkan UMNO semakin kuat berbanding sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri, walaupun ada pihak yang meramalkan UMNO akan berhadapan dengan saingan sengit pembangkang, namun, tegasnya, parti itu akan menghadapi cabaran tersebut dengan kekuatan tersendiri.

Beliau percaya UMNO mempunyai undi yang mencukupi untuk membolehkan calon parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

“Kita akan tengok sama ada (saingan) kuat atau tidak, kita kena menghadapi dengan kekuatan.

“Kita telah menang dulu dan saya tidak melihat kenapa kita tidak boleh menang sekali lagi,” ujarnya selepas melancarkan Kelompok Industri Plastik Kertih di sini hari ini.

Katanya, walaupun pembangkang dikatakan kuat sekarang, namun keadaan itu tidak akan mempengaruhi semangat juang UMNO.

Menurutnya, BN sudah mula menggerakkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya kecil itu termasuk mengemas kini daftar pengundi.

Selain itu, jelasnya, BN juga memastikan usaha-usaha pemimpin menemui rakyat dan pelaksanaan pembangunan diteruskan seperti biasa.

Mengenai calon pilihan raya kecil itu nanti, jelasnya, beliau belum menerimasebarang cadangan dan sedang menunggu senarai daripada Badan Perhubungan UMNO Terengganu.- Utusan

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

7 Responses to “Yakin pertahan Parlimen K. Terengganu”

  1. mangkukhayun on December 3rd, 2008 4:11 pm

    KEMAMAN 2 Dis. - Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti berdasarkan kejayaan yang dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lepas.

    Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tiada sebab untuk BN dan UMNO tewas pada pilihan raya itu nanti memandangkan UMNO semakin kuat berbanding sebelum ini.

    Ulasan :

    Satu kenyataan yang paling lawak abad ini… sombong bodoh, bongkak….

    “Kita telah menang dulu dan saya tidak melihat kenapa kita tidak boleh menang sekali lagi,” ujarnya selepas melancarkan Kelompok Industri Plastik Kertih di sini hari ini.

    Ulasan :

    Dunia dah berubah, zaman dah maju..

  2. Imucdbest on December 3rd, 2008 4:14 pm

    kuang kuang kuang
    menang pon majoriti 600 lebih jerk
    tu pon sbb ada nenek tu n main tipu
    kuang kuang kuang…

    tp x per, nk sdpkan ati yg gundah gulana tu….
    BN makin kuat padia, makin parah ada la…
    kuang kuang kuang

  3. Imucdbest on December 3rd, 2008 4:21 pm

    sepatutnya kenyataannya mcm ni
    mmg kita telah mng dulu, tp majoritinya amat kecil, kita harus bekerja kuat untuk memastikan sokongan kepada kita bertambah… BN khususnya umno harus bersatu, rungkaikn segala kesukusutan yang timbul… ianya harus lebih telus dan adil kepada semua pihak untuk menambah sokongan kepada kita…

    br nmpak mcm PM… ni kenyataan mcm samseng kg dusun

  4. Imucdbest on December 3rd, 2008 4:23 pm

    yakin yakin,
    ntah aper2
    kat permatang pauh pon mcm tu jgk
    kita yakin akn menang
    kita yakin akn mng…

    ntah aper2, mcm budak2
    calon pon xder lagi, dh yakin mng dh
    kuang kuang kuang

  5. mangkukhayun on December 4th, 2008 7:12 am

    biasa lah.. pas tu buat kajian akan kekalahan… dapat jawapan.. diam, buat bodoh..

    keluarkan kenyataan, ahli sabotaj, ahli tak kenang budi… ahli tak suka dia.. cakap dapat sokongan ADUN/DUN…
    dah lah bodog sombong pulak tu…

  6. Macho_Man on December 10th, 2008 12:46 pm

    Yakin..
    Tapi jangan ambil mudah :-)

    http://www.simurl.com/forummaya

  7. sil80 on December 18th, 2008 4:09 am

    selagi umno masih dibayangi masalah rasuah selagi tu lah rakyat akan kurang percaya pd umno.maka selagi itulah rakyat tak percaya pd BN.hoi umno, udahlah sikap anda.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom