Turun 10 sen lagi
December 3, 2008 by Pendeta
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, petrol RON97 diturunkan daripada RM2 kepada RM1.90 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter.
‘‘Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya,” kata beliau.
Ini merupakan penurunan harga minyak kali keenam sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.
Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.64 (RM172.93) setong.-Utusan
Oleh ZULKIFLI JALIL



















kuang kuang kuang..
mn sabry cheeeeeeeck yg ckp kalo minyak turun negara bankrap
kuang kuang kuang
barang bl lagi nak turun lah oi?
hahaha…
imuc…
ari tue shbery cakap kalo xnaikkan minyak pasti bankrupt… tapi PERU,BRUNEI,ARAB SAUDI xbankrupt pun
yah umno………………hidup umno
aku dh lompat umno skang
klu boleh turun kn lg…sehingga 1sen seliter