Top

PM arah peniaga turunkan harga

December 2, 2008 by Pendeta 

Sambil menyatakan rasa kesal dengan sikap liat sesetengah peniaga menurunkan harga barang setiap kali harga minyak diturunkan, Perdana Menteri secara sinis berkata, peniaga terbabit sewenang-wenang menaikkan harga barangan tanpa disuruh apabila harga minyak naik.

Menurut Abdullah, beliau telah memberitahu menteri berkenaan, Datuk Shahrir Abdul Samad bahawa harga barang-barang yang diturunkan oleh peniaga mesti barangan yang digunakan setiap hari.

“Dulu kalau harga minyak naik, pandai-pandai pula naikkan (harga barangan), tapi bila turun, tak pula turun-turun harganya. Inilah satu (masalah) kebiasaan yang dihadapi rakyat,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, JPM di sini hari ini.

Meskipun kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak lima kali sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia namun tiada tanda-tanda ketara para peniaga di negara ini menurunkan harga barang terutama bahan makanan.

Pada 17 November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta para peniaga mengambil langkah mengurangkan harga barangan selaras dengan penurunan harga petrol dan diesel supaya orang ramai mendapat manfaat sepenuhnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan harga kebanyakan sayur seperti cili merah, kubis dan sebagainya naik mendadak di Kedah walaupun harga petrol dan diesel sudah diturunkan sebanyak lima kali dalam tahun ini.

Ekoran kenaikan harga cili merah yang melambung tinggi di pasaran, para peniaga di Pasar Besar Alor Star dikatakan enggan menjual cili kepada pengguna kerana tidak mahu menanggung kerugian.-Utusan
Oleh ZULKIFLI JALIL

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

3 Responses to “PM arah peniaga turunkan harga”

  1. PKR De Factoed on December 2nd, 2008 10:51 am

    Siapa yang tidak mahu untung yang tinggi. Sudah menjadi keinginan semula jadi manusia untuk membuat keuntungan termasuk urusan berjual beli. Untuk itu manusia perlu dipandu oleh nilai murni termasuk aspek agama agar mereka dapat mengimbangkan antara keuntungan dan hubungan murni antara peniaga dan pengguna.

    Malangnya bidang yang penting seperti pengeluaran, perkilangan, pengangkutan dan pengedaran barang pengguna, iaitu bidang yang menentukan paras harga barang keperluan pengguna dalam pasaran, telah tidak dikuasai oleh manusia yang tidak mengambil kira sentimen pengguna apatah lagi untuk memahami aspek berjual beli dalam konteks keagamaan. Apabila ini berlaku makanya harga barang banyak ditentukan oleh perasaan tamak, haloba dan bebas dari hukum-hakam agama.

  2. Ady Ameno on December 2nd, 2008 5:33 pm

    Bulan Mac nanti , seperti yang diwar-warkan Najib akan mengambil alih teraju pimpinan Negara. Ya tampak menyerlah senyuman Najib terutama isterinya Rosmah.

    Tetapi adakah ia akan berlaku sedemikian? Selemah itukah Pak Lah hendak mengizinkan Najib mewarisi takhtanya? Semudah itukah beliau menyerah kalah dan sebodoh itukah nasihat Khairy kepada mertuanya?????

    Harus diingat…. Pak Lah dalam rekodnya sebagai PM telah acap kali menipu (mungkin termasuk didalam Prinsip Hadhari yang ke 11).

    Bermula dengan kempen memerangi rasuah, hinggalah kepada pengumuman pilihan raya…. Pak Lah seringkali dilihat bercakap bohong. Sekarang beliau kembali berjanji kepada rakyat, Najib akan menggantikan beliau… Samada Najib percaya atau Pak Lah menepati janjinya… sukar dibaca.

    Isu Yang Menjadi Beban

    Cuba lihat bagaimana isu Bank International Indonesia (BII) dimainkan, selepas isu pembelian Eurocopter diputarkan, kemudian isu pinjaman RM5 bilion wang KWSP. Kini Pak Lah batalkan projek pembelian Eurocopter. Cadangannya mengenai DEB pun telah dikritik hebat oleh Mahathir. Semua ini untuk Najib. Itu belum lagi kes-kes lama Najib dibuka. Isu tangkapan khalwat di Port Dickson masih meniti dibibir-bibir team Pak Lah…. Ini belum ditambah dengan karenah ‘rendah diri’ isterinya si Rosmah.

    Hari ini Razak Baginda pula yang bebas. Adakah ia akan memberi kesan positif kepada politik Najib? Mungkin ya, tetapi mungkin juga tidak. Malah dirasakan dengan bebasnya Razak, isu Altantuya pasti akan lebih hangat dikaitkan dengan Najib…

    Pemilihan UMNO

    Najib pula sedang dan akan menerima pencalonan yang tinggi untuk jawatan Presiden UMNO nanti (malah berkemungkinan akan menang tanpa bertanding), tetapi ia bukan satu tiket yang selamat. Jika isu-isu tersebut dan banyakkan lagi akan menyusul, aku merasakan impian Najib ingin bergelar Presiden & PM akan berkubur… Malah Mahathir juga nampaknya kurang sedikit selesa dengan Najib sekarang (reaksi penasihat di Tingkat 4).

    Jadi siapa yang akan mengambil alih keduduakan Najib? Untuk jawayan Timbalan Presiden, nampaknya Muhyiddin sedang mendahului. Mungkin beliau akan berjaya akan mengatasi pesaingnya. Jika ia menang, ia mungkin satu tiket untuk menjawat jawatan Pemangku Presiden nanti???? Beliau masih belum dicemari isu-isu besar. Malah seakan-akan Tun Mahathir tampak memberi sokongan kepadanya….

    Untuk Najib & Rosmah…. pesanan aku…. hati-hati ya….

  3. Imucdbest on December 3rd, 2008 11:30 am

    kuang kuang kuang huk uhuk

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom