Top

Pengorbanan Melayu tak dihargai

December 3, 2008 by Pendeta 

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Tindakan segelintir ahli politik negara ini sama ada dari Barisan Nasional (BN) mahupun pakatan pembangkang membangkitkan isu-isu sensitif bersifat perkauman dilihat hanya terarah untuk meraih publisiti semata-mata.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, mereka juga seolah-olah tidak menghiraukan sensitiviti sesuatu kaum mahupun kesannya kepada kestabilan negara.

‘‘Sejak kebelakangan ini ramai ahli politik gemar bermain dengan isu ketuanan Melayu dengan memberikan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan seolah-olah mahu menjadikan ia bahan untuk menutup kelemahan serta kesilapan masing-masing.

‘‘Mangsa kepada kenyataan seperti itu sudah tentulah orang Melayu, malahan ia menunjukkan bahawa pengorbanan bangsa Melayu untuk berkongsi kuasa mentadbir negara di bawah nama perpaduan langsung tidak dihargai,’’ katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Moehamad Izat, selain isu semasa, isu Melayu sering dijadikan bahan oleh beberapa pemimpin masyarakat Cina dan India daripada komponen BN mahupun pembangkang untuk memenangi hati masyarakat yang diwakili.

‘‘Membangkitkan isu sensitif berkaitan orang Melayu seumpama menjolok sarang tebuan dan pastinya akan merugikan semua pihak sekiranya berlaku huru-hara di negara ini,’’ katanya.

Selain itu, menurutnya, tindakan ahli-ahli politik tertentu yang mempertikaikan isu-isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang Melayu kerana ia merupakan undang-undang kerajaan yang perlu dipatuhi.-Utusan

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

One Response to “Pengorbanan Melayu tak dihargai”

  1. mangkukhayun on December 3rd, 2008 10:46 am

    admin..
    Pendekatan untuk merai sokongan sempati, sudah tidak relevan…
    anak2 melayu kini sudah muak dan loya…

    Jangan adu dombakan kaum, dengan niat untuk menutup kelemahan… kesannya amat besar…

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom