Pemimpin komponen BN kritik Mukhriz
December 3, 2008 by Pendeta
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini mengkritik calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir yang mencadangkan agar sistem sekolah vernakular dihapuskan dan diserapkan dalam satu kaedah pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dalam kenyataan akhbar di sini hari ini menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengambil tindakan ke atas Mukhriz yang didakwanya mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan.
”Cadangan Mukhriz itu juga telah mencabuli hak-hak kaum lain di negara ini yang terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Semalam, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan supaya sistem Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) disatukan di bawah satu sistem pendidikan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Namun beliau menjelaskan, murid-murid tetap diwajibkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing seperti Mandarin bagi kaum Cina dan Tamil bagi kaum India, malah murid-murid Melayu mempunyai pilihan untuk mempelajari bahasa-bahasa berkenaan.
Mengulas hal yang sama, Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek tidak bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan ia sering diperdebatkan selama ini.
”Ramai kata saya mahu tunjuk hero untuk kaum Cina tetapi siapa sebenarnya yang nak tunjuk hero sekarang ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin menggesa Mukhriz menarik balik cadangan tersebut memandangkan sistem sekolah vernakular telah dipraktikkan di negara ini sejak merdeka serta terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan.-Utusan



















KJ, sokong pihak mana erk?
sebelum ini mukhriz juga ada mengeluarkan statment yang menunjukkan beliau kurang matang…
Kenyataan janggal kedua dalam wawancara adalah apabila Mukhriz berkata bahawa jika beliau kalah di Mac nanti, maka suara akar umbi tidak akan tercapai kerana “jelas sekali akar umbi memang nakkan saya, ”. Mentang-mentang mendahului pencalonan, Mukhriz sudah cukup bongkak. Kini Khairy sudah 52 pencalonan, dan Khir Toyo 62 pencalonan, adakah bagi Mukhriz lebih seratus bahagian yang tidak mencalonkannya bukan merupakan ‘akar umbi’? Mengapa Mukhriz begitu sombong cuba mengatakan beliaulah suara sebenar akar umbi?
Dan jika pun orang yang mendahului pencalonan itu adalah suara sebenar akar umbi, Mukhriz sendiri mengakui bahawa ada orang yang memberi rasuah atas namanya. Jadi sudah pasti kalau pun orang-orang tersebut bukan ejen Mukhriz - yang memang kita tak percaya - keputusan para perwakilan di peringkat Bahagian sudah dicacatkan dengan politik wang atas nama Mukhriz Mahathir. Jadi, apa maksud kau Mukhriz?
Mukhriz perlu banyak belajar lagi. Sudah lah SPM dulu Gred 3, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak sekolah. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan. Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Tapi bagi kami seronok pula baca wawancara Mukhriz ini - macam seronok tengok George W Bush sebab kelakar.
Persoalannya ialah setelah 50 tahun idea yang sama di diketengahkan atas pelbagai sebab (penjimatan, pengembangan bahasa, perpaduan dll) dan oleh berbagai pihak (pejuang pendidikan negara, rakyat, NGO dll) termasuk pihak kementerian terbabit.
Begitu juga setelah kementerian mengaji disandang bersilih ganti dari kalangan mereka yang berwibawa termasuk golongan ayahanda kepada calon berkenaan, kenapa tiba-tiba idea lapuk itu seolah mahu dijelmakan sebagai idea baru? Apa yang tersembunyi?
Adakah selama hampir separuh dari usia kemerdekaan yang berlangsung dibawah penguasaan ayahanda beliau namun idea berkenaan belum boleh dianggap masak secukupnya? Justeru ia perlu diperam sedikit hari lagi dalam kepuk khazanah bangsa sehingga betul-betul ranum dan hanya dengan itu ia dianggap sesuai dijadikan senjata politik?
Adakah kunci kepuk yang menyimpan idea lapuk itu hanya akan diserahkan kepada anakanda setelah anakanda bersedia menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam merealisasikan walau pun ayahanda sendiri gagal menterjemahkannya menjadi pelaksanaan bertaraf nasional?
ingt sijil OXFORD sudah pandai ke?
kalau setakat melalak x tentu pasal.. hentikan lah…
bila kena batang hidung, kata beradab, sopan x mau jawab.. pirah!!!!
Hairan bin pelik.. bila sesuatu yang dianggap baik tapi tak dpt diterima dek akal oleh samdol2 KJ, dalam masa yang sama mereka melalak adalah golongan yang dikategorikan sebagai berfikiran kelas atasan
Bila KJ, mengeluarkan kenyataan BODOH, kepentingan diri, maka samdol2 ni akan melolong, mengatakan akan kebenaran, walaupun pada akal logiknya tidak dapat diterima…
samdol2 KJ… basuh mata,telinga dan hati. Politik yang mementingkan kuasa,jawatan dan nama tidak akan kemana!
Bercakap tanpa ada fakta dan hala tuju memang mudah. Dalam lain perkataan semua orang boleh buat. Pada satu sudut ia menggambarkan keperibadian individu (kamu) dan pada sudut yang lain ianya menggambarkan keperibadian pemimpin yang kamu pilih, mangkuk tingkat.
bron…
apakah anda jijik mengakui, hanya kerana kenyataan tersebut datangnya dari pemimpin yang tidak anda gemari? inikah perjuangan setiakawan yang anda laung2kan selama ini…
samdol Bron…
Berapa ramai anak melayu yang mampu membaca dan menulis dalam bahasa cina dan tamil?
Berapa ramai anak india dan cina yang TIDAK mampu membaca dan menulis dalam bahasa melayu?
Persoalannya :
Pernahkah anda terfikir apa kandungan dalam akhbar berbahasa india atau cina?
lu pikirlah sendiri…
Masalahnya Hisamuddin sokong Muhkriz. Ape kes ni? hehehehe..
Sokong bawa rebah, kahkahkah.
Sebenarnya, cadangan Mukhriz tu saja nak test orang Cina dan India. Dia orang dok selalu cakap pasal dah lebih 50 tahun merdeka, kenapa masih ada koata untuk bumiputera/melayu. Pada mereka, semua kaum kena sama rata. Dalam sektor kerajaan, mereka marah sebab tak ambil orang cina atau india dlm sektor awam. Mereka kata kita selalu cakap pasal perkauman(untuk melayu aje) dan ini masa untuk perpaduan nasional.
Tetapi dlm realitinya, macam mana nak cakap pasal perpaduan nasional, sedangkan dibangku sekolah sudah ada 3 aliran sekolah (tamil/Cina /Kebangsaan). Kaum diasingkan sejak kecil. Bila nak jadikan satu sekolah aje…semua bantah. Oklah..tak payah jadikan satu sekolah, satu kawasan dimana ada 3 aliran sekolah (sekolah wawasan) pun mereka bantah…Sebab tu, dah 50 tahun merdeka hidup di malaysia masih tak fasih berbahasa malaysia iaitu bahasa kebangsaan.
Pasal kurang bukan melayu di sektor awam/kerajaan, sibuk salahkan kerajaan dan UMNO. Padahal, dalam sektor kerajaan hanya ada lebih kurang sejuta pekerja aje. Sedangkan di sektor swasta yg berjumlah 6-8 juta yg majoritinya syarikat Cina, jangan harap nak ambil pekerja melayu. Alasan kena pandai berbahasa mandarin.
Siapa yg sebenarnya kuat perkaumannya???? Fikir-fikirkan lah…
sebenarnya bukan tak setuju pada usul tersebut, tapi kebencian itu ditujukan kepada mukhriz… jestru kewajaran tidak dipandang..
andai kata usul tersebut dikeluarkan oleh KJ, dah tentu bersoraklah samdol2 KJ.. yang calon pilihan mereka, seorang yang pintar dan bijak… hakikatnya KJ nak berdebat je!!! he3 biasalah juara pidato OXFORD…
semut di seberang laut nampak..
tapi gajah depan mata tak nampak
http://www.simurl.com/forummaya
Tunggulah kalau dah ada kedudukan baru boleh laksanakan itu dan ini. Kalau setakat bercakap dari luar pagar, nanti dianggap retorik, tak syok lak. So, kalau melalak setelah ada kedudukan nanti, setidak-tidaknya, tidaklah dilabelkan sebagai cakap-cakap kosong. Tak gitu kome? Eleh 50 tahun boleh tunggu takkan 4 bulan dirasakan terlalu lama. Bawak bersabo.
pendeta ternyata menyalahgunakan peluang utk menyatukan org2 umno dlm kpmu ni dgn menghentam mukhriz yg merupakan org umno.bodo tak bodo nyer pendeta ni.
Taklah itu kenyataan siaran akhbar. Awak saja yang membuat tuduhan kerana artikel berkenaan tidak menyebelahi awak. Kalau awak ada apa ulasan mempertahankannya tulis ajalah. Kenapa pula moderator yang dipersalahkan. Kamu tak ubah seperti perumpamaan ’salah nyamuk kelambu dibakar’