Top

Lihat sejarah negara – GPMS

December 3, 2008 by Pendeta 

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyelar tindakan pemimpin bukan Melayu tertentu yang mendakwa istilah ketuanan Melayu sebagai tidak sesuai.

Presidennya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, pemimpin berkenaan perlu melihat sejarah negara ini dan memahami bahawa sesebuah negara terbentuk hasil asimilasi.

‘‘Semakin lama kita merdeka, sesetengah pihak dilihat seolah-olah semakin lupa dengan sejarah negara.

‘‘Kita mesti tahu bagaimana sejarah negara kita bermula,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Reezal Merican mengulas kenyataan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bahawa istilah ketuanan Melayu tidak sesuai digunakan kerana ia menggambarkan seperti hubungan ‘tuan dengan hamba’.

Reezal Merican menambah, istilah ketuanan Melayu menggambarkan kemuliaan kaum Melayu yang rela berkongsi hak dengan kaum lain.

‘‘Perkara ini akan turut dibincangkan dalam perhimpunan agung tahunan GPMS pada 19 Disember ini,’’ katanya lagi.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Wira Syed Ali Alhabshee turut melahirkan kekecewaan kerana rakan parti komponen Barisan Nasional (BN) semakin lantang menyerang kepentingan Melayu khususnya menjelang Perhimpunan Agung UMNO.

‘‘Sejak kebelakangan ini semua pemimpin parti yang menjadi sekutu UMNO dalam BN menampakkan belang masing-masing yang lebih menjuruskan kepada sentimen perkauman ke arah menjejaskan perpaduan rakyat pelbagai kaum,’’ katanya.-utusan

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

2 Responses to “Lihat sejarah negara – GPMS”

  1. Imucdbest on December 3rd, 2008 11:23 am

    GPMS pon mkn duit, sudah2 la
    tanah ada, tapi bangunan buruk gila n x terjaga..
    malu la woi

  2. Imucdbest on December 4th, 2008 3:46 pm

    GPMS ni opis dia dekat ngan opis aku ni
    5 thn duk sini x berubah2, pokok siap naik atas bumbung
    mcm rumah berantu…. naik malu aku bl org ty ni bangunan apa ni..

    tp pakai smartttttttttt… aku x ckp tu bangunan gpms, tu rumah berantu…
    abg kob apa habaq?

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom