Babi kini menghantui Pas.
December 31, 2008 by admin · 19 Comments
Pas dahulu yang pernah mahu menjadi hero kepada orang Islam kini tidak lagi berani kehadapan mempertahankan hak Melayu dan Islam. Read more
Fariz dicabar minta Anwar keluarkan enam kotak rahsia yang ada padanya
December 31, 2008 by admin · 11 Comments
Semalam, Ketuanya, Fariz Musa berkata, seluruh rakyat Malaysia pernah dimaklumkan Ezam, sewaktu menjadi ketua Pemuda PKR dahulu, bahawa beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN. Read more
Kuala Terengganu…ada yang tak kena antara PAS Kelantan - Terengganu
December 31, 2008 by admin · Leave a Comment
Benar bagai dikata, memang ada yang tidak kena dalam soal penentuan calon oleh PAS bagi bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Suasana serba tidak kena itu diperkatakan, sebaik sahaja nama-nama calon yang difikirkan layak bertanding mula disebut-sebut dan wujudnya pula faktor Erdogan atau kumpulan pemimpin PAS yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan orang tertentu menjadi calon mewakili PAS.
Selain itu, memandangkan pilihan raya kecil ini akan berlangsung di Terengganu, negeri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, campur tangan PAS Kelantan yang diketuai oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat amat tidak disenangi.
Terbaru ia terbukti apabila Nik Aziz menyifatkan kelewatan pengumuman calon PAS bagi bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan memberikan gambaran kegagalan PAS Terengganu untuk mencapai kata sepakat berhubung dengan penentuan calon.
Malah golongan ulama PAS Terengganu juga dikatakan tidak dapat berkompromi dengan kumpulan muda dalam parti itu bagia menentukan calon yang seharusnya dipilih.
”Ini masalah orang sini dan bukan saya,” kata Nik Aziz merujuk kepada PAS Terengganu apabila ditanya mengenai kelewatan PAS menamakan calon parti itu.
Barisan Nasional (BN) telah mengumumkan calonnya Datuk Wan Farid Wan Salleh 20 Disember lalu dan PAS yang dijadual mengumumkan calonnya sehari kemudian akhirnya menangguhkan pengumuman itu pada 1 Januari 2009.
Mursyidul Am Pas itu vberkata demikian , selepas merasmikan jentera Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dari Kelantan dan Wilayah Persekutuan di Kuala Terengganu.
Kenyataan terbaru Nik Aziz itu, adalah daripada beberapa siri ‘pertembungan terbuka’ beliau dengan pemimpin PAS dari Terengganu.
Dalam konteks pilihan raya kecil Kuala Terengganu, belum pun PAS Terengganu membuat sebarang kenyataan, Nik Aziz sudah mendahului dengan mencadangkan nama Naib Presiden parti itu, Mohamad Sabu.
Tindakan Nik Aziz itu dikatakan usaha kumpulan Erdogan kerana nama Mohamad Sabu telah ‘dipasang’ oleh anak didik kesayangan Nik Aziz iaitu seorang lagi Naib Presiden Husam Musa yang dikenali menjadi ‘ketua’ kumpulan penyokong Anwar dalam PAS.
Dalam erti kata lain Nik Aziz mencadangkan nama Mohamad Sabu kerana ia dipengaruhi oleh Husam untuk berbuat demikian.
Dalam isu lain pula, sebelum ini memang jelas dan secara terbuka wujudnya pertembungan dan percanggahan pendapat antra Nik Aziz dengan kepiminan PAS Terengganu.
Contohnya dalam isu pembentukan kerajaan baru 16 September yang dirancang oleh Anwar, Nik Aziz merupakan penyokong kuat rancangan Anwar itu. Ini mudah difahami kerana faktor kumpulan Erdogan yang berada di sekeliling Nik Aziz.
Namun Hadi Awang pernah membuat kenyataan rancangan tersebut masih tidak konkrit kerana beliau sendiri tidak pernah melihat senarai nama Ahli Parlimen BN yang didakwa Anwar telah sedia untuk lompat parti.
Lebih hebat ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Mustafa Ali yang membuat kenyataan jelas bertentangan dengan Mursyidul Am tersebut apabila berkata, “Saya kata perubahan tidak akan berlaku. Bila tiba 16 September ini boleh tengok saya betul atau dia (Anwar) betul”.
Malah dengar-dengarnya, kenyataan terbaru Nik Aziz berhubung kelewatan pengumuman calon merupakan masalah PAS Terengganu juga telah dijawab oleh Mustafa dengan menafikan PAS negeri itu tidak ada masalah dalam menentukan calon.
Malah katanya, biasanya PAS akan mengumumkan calon sehari atau dua hari sebelum penamaan calon dan menyifatkan pengumuman 1 Januari ini adalah lebih cepat daripada biasa ~ agendadaily.com
Undi Pas-DAP dapat pahala?
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menjelaskan kedudukan orang Melayu yang menyokong DAP sedangkan ia secara terang-terangan menentang Islam.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, jika Menteri Besar Kelantan itu boleh mengeluarkan ‘fatwa’ sesiapa mengundi Pas mendapat pahala daripada Allah, maka beliau perlu menjelaskan kedudukan orang Melayu yang menyokong parti bukan Islam.
Beliau menegaskan, jika orang Melayu menolak Barisan Nasional (BN) berdasarkan ‘fatwa’ itu, bagaimana pula kedudukan orang Melayu di negeri lain yang menyokong DAP dan parti bukan Islam lain.
Jelasnya, Nik Abdul Aziz perlu berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan kerana selagi penjelasan itu tidak dibuat, maka ‘fatwa’ beliau mengenai dosa dan pahala terbukti semata-mata bertujuan untuk memancing undi.
”Saya fikir kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak mungkin boleh mempengaruhi pengundi Melayu di sini kerana mereka semua tentunya berniat baik, mengundi BN kerana inginkan kebaikan dan kesejahteraan.
”Apakah mengundi BN mendapat dosa? Beliau harus buat penjelasan berhubung Melayu yang menyokong DAP,” katanya selepas menziarahi penghuni Rumah Pangsa Seri Kolam di sini hari ini.
Beliau yang juga calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mendakwa mana-mana pengundi yang mengundi Pas akan mendapat pahala daripada Allah.
Wan Ahmad Farid mempersoalkan adakah berdosa jika masyarakat Melayu mengundi BN yang sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk kebaikan dan kesejahteraan umat.
”Apakah mereka yang menyokong kerajaan BN yang ternyata banyak melaksanakan pembangunan, sekolah, masjid dan kemudahan lain itu berdosa hukumnya,” ujarnya.
Menurutnya, beliau tidak hairan dengan ‘fatwa’ berkenaan kerana pemimpin Pas sering mengeluarkan fatwa menjelang pilihan raya.
”Yang anehnya fatwa menghukum hanya dikeluarkan kepada Melayu di Kuala Terengganu tetapi di negeri lain tidak,” katanya.
Hudud: Sanggup tunggu 30 tahun lagi ertinya ke arah tidak jadi.
December 31, 2008 by admin · 17 Comments
Cukup jelas bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun tidak serius mengenai melaksanakan hukum hudud dan qisas apabila beliau sudah melonggarkan kenyataannya Read more
Sebelum parti komponen PR hilang kepercayaan, Anwar terpaksa bertindak cepat.
December 31, 2008 by admin · 6 Comments
Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah ternyata sedang menghadapi masalah dalaman semakin ketara. Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam sudah bergeseran dengan PAS dan Menteri Besar Selangor. Read more
Lewat umum calon, masalah Pas Terengganu - Nik Aziz
December 30, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
KUALA TERENGGANU 29 Dis. - Kelewatan mengumumkan nama calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu menonjolkan kegagalan Pas negeri mencapai kata sepakat dengan golongan ulama dan muda dalam parti itu.
Pas Terengganu juga dikatakan gagal mendapat sokongan mengenai calonnya daripada rakan pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempunyai pilihan sendiri untuk diketengahkan sebagai calon.
”Ini masalah orang sini ( Pas Terengganu) dan bukan saya,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas merasmikan jentera Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dari Kelantan dan Wilayah Persekutuan di Masjid Hiliran di sini malam tadi.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak terlibat dalam pemilihan calon pilihan raya kecil tersebut kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Pas Terengganu.
Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Pas, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun menafikan wujud masalah dalam menamakan calon parti itu untuk Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, sebaliknya menyifatkan kelewatan itu sebagai perkara biasa.
”Pas pada kebiasaannya mengumumkan calon yang akan bertanding sehari atau dua hari sebelum tarikh penamaan calon.
”Keputusan mengumumkan nama calon di Stadium Negeri di sini pada Khamis ini pun dikatakan awal daripada kebiasaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
MB Perak terkilan dua wakil rakyat PKR ingkar
December 30, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
IPOH 29 Dis. – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terkilan dengan tindakan dua wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingkari larangan kerajaan negeri yang tidak membenarkan proses pemilihan ketua kampung baru.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye menyerahkan laporan berhubung pemilihan ketua kampung baru bagi Kampung Gunung Rapat yang akan diadakan Khamis ini.
‘‘Saya terkilan dengan tindakan kedua-dua mereka kerana larangan itu sudah dimaklumkan sebelum ini. Justeru, saya mahu mereka menghantar laporan mengenai perkara itu kepada saya secepat mungkin.
‘‘Saya ingin melihat kewajaran kedua-duanya meneruskan niat mereka sebelum tindakan susulan dilakukan ke atas mereka,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat negeri di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Ming Kai dan Boon Chye masih meneruskan proses penamaan calon ketua kampung baru bagi Kampung Gunung Rapat di sini semalam, walaupun kerajaan negeri telah mengeluarkan larangan berhubung perkara itu.
Mohammad Nizar berkata, beliau juga telah mengarahkan proses penamaan calon bagi jawatan berkenaan yang diadakan semalam dibatalkan dan tidak membenarkan mana-mana pihak mengadakan pemilihan bagi jawatan berkenaan.
Dalam proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Fook Tat Chee itu, seramai lima penduduk kampung berkenaan berusia 39 hingga 68 tahun menawarkan diri bagi merebut jawatan itu.
Jumaat lepas, Menteri Besar membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak membenarkan mana-mana pihak termasuk parti dalam Pakatan Rakyat mengadakan pemilihan ketua kampung baru kerana mesyuarat Exco kerajaan negeri telah memutuskan jawatan berkenaan hanya dibuat secara lantikan.
Sanggup tunggu 30 tahun bukti Pas politikkan hudud
KUALA LUMPUR 29 Dis. - Kesediaan Pas menunggu 30 tahun lagi untuk melaksanakan hudud jelas membuktikan parti itu selama ini hanya menggunakan hukum Allah bagi meraih undi kerana mereka sendiri tidak yakin menguatkuasakannya.
Tegas pemimpin-pemimpin UMNO, kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tersebut juga menjadi satu lagi bukti betapa dasar parti itu boleh berubah-ubah mengikut keperluan politik walaupun ia melibatkan hukum Allah.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, polemik terbaru isu hudud memperlihatkan wajah sebenar Pas.
”Sebelum berkawan dengan bukan Islam, Pas dilihat beria-ia mahu melaksanakan hudud tetapi apabila DAP menjadi sekutu, segalanya boleh berubah sekelip mata hingga sanggup tunggu setengah abad untuk laksana hudud.
”Pada saya Pas memang tak minat hudud dari awal lagi. Selama ini mereka memilih bercakap pasal hudud sebab nak tarik undi orang Islam tetapi sekarang sebab nak jaga sokongan bukan Islam, pendirian mereka berubah.
”Saya tak tahulah di mana prinsip mereka. Dulu macam nak laksanakan (hudud) sangat-sangat tetapi sekarang kerana nak jaga DAP, macam-macam dolak-dalik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nik Aziz semalam menyatakan Pas sanggup menunggu 30 tahun lagi untuk semua pihak sedia menerima hukum hudud kerana parti itu tidak mahu memaksa sekutu pembangkangnya.
Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi mengakui hudud bukan keutamaan kepada pakatan pembangkang sebaliknya yang harus ditekankan ialah aspek keamanan dan keadilan kepada rakyat.
Terdahulu, ketika Wacana Transformasi Politik Malaysia, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang dapat memerintah negara.
Kenyataan beliau itu mendapat tentangan daripada rakan pakatan pembangkang, DAP yang memang tidak dapat menerima pelaksanaan hukum tersebut.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar kesal kerana Pas sanggup meletakkan motif politik sehingga mengatasi dasar Islam yang mereka dakwa perjuangkan selama ini.
Kata beliau, pendirian terbaru Pas yang semakin longgar terhadap isu hudud setelah menerima tekanan DAP ternyata menunjukkan parti itu telah mempersendakan sesuatu yang menjadi hukum Allah.
”Kerana takutkan kuasa politik di kalangan bukan Melayu hilang, mereka boleh ubah pula pendirian. Tak eloklah, dalam soal agama kita kena telus dan ikhlas.
”Kiranya Pas ini memberi pengiktirafan kepada hukum Islam hanya berdasar perkiraan politik. Patut masyarakat mula memahami apakah tujuan dan niat mereka,” jelasnya.
Sementara itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Pirdaus Ismail melihat kenyataan Nik Aziz itu sebagai helah untuk menutup isu tersebut setelah menerima reaksi negatif daripada rakan sekutu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kata beliau, masalah sebenar ialah soal ketidakmampuan untuk melaksanakannya dan inilah realiti politik semasa yang dihadapi dalam pelaksanaan hukum hudud dan qisas.
”UMNO sendiri tidak menolak hudud sebagai hukum Allah. Tetapi kerana wujud situasi dan halangan, hudud tak mampu dilaksanakan dan hal ini sudah dijelaskan kepada rakyat sekian lama sehingga akhirnya Pas pun mengakui hakikat itu,” katanya.
Menurutnya, UMNO sekian lama meletakkan keutamaan untuk mengangkat kedudukan umat Islam dengan memperkasakan pendidikan dan ekonomi sejajar dengan fiqh alauwiyah atau fiqah keutamaan.
”Ini pun diakui Dewan Ulama Pas semalam dan hakikatnya UMNO dah lama buat macam itu. Patut mereka bersama pemerintah UMNO menjayakan matlamat ini,” katanya.-Utusan
Deposit ‘lesap’, Tok Mun tidak akan bertanding
December 30, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
UALA TERENGGANU 29 Dis. Bekas calon bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya umum lepas, Maimun Yusof , 89, hari ini mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan.
Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata, dia terpaksa melupakan niatnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, apabila tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
“Dok payoh (Tak payah) jumpa lagilah, tok tak mboh (tak nak) tanding doh.
Takdok pitih (takde duit)… dok buleh buat apa doh (tak boleh buat apa dah)…Nok kumpul duit pun doh dok sempat (nak kumpul duit pun tak sempat),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gong Gemia di sini.
Tok Mun berkata, walaupun sebelum ini satu laman blog telah diwujudkan bagi mengutip dana untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu, namun beliau mendakwa kesemua wang tersebut telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Warga emas itu mendakwa seorang penyokongnya yang turut membantunya dalam pilihan raya umum lepas telah memberitahunya bahawa laman blog tersebut telah berjaya mengutip kira-kira RM160,000.
Bagaimanapun, katanya sehingga hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada laman blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti pihak yang terlibat dalam melesapkan wang tersebut.
Untuk mengelakkan namanya terus dipergunakan, Tok Mun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Disember lalu berhubung kejadian tersebut.
“Tok dah minta polis sekat laman blog tersebut, duit pun bukan dapat ke Tok. Tak payoh bagi ke situ (blog) lagi,” katanya.
Tok Mun turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini dan kesal ada individu tertentu yang cuba mengaut keuntungan yang mudah dengan menggunakan namanya untuk mengutip wang.
Ditanya sama ada beliau masih berminat untuk bertanding jika ada sekiranya pihak mendermakan wang kepadanya dalam tempoh sebelum penamaan calon nanti, Tok Mun berkata: “Tak sempat dah… dah tak boleh buat apa-apa. Masa dah singkat sangat.”-Utusan


















