Jika Anwar jadi PM- modelnya di Selangor
November 30, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
MARAHKAN nyamuk, habis kelambu dibakarnya dari zaman persekolahan lagi, kita sudah dididik mempelajari pelbagai peribahasa dan simpulan bahasa yang mempunyai maksud tersirat di sebalik sesuatu yang tersurat.
Apakah selama ini semua tindakan dan kelakuan yang mencetuskan kemarahan kaum Melayu di negeri Selangor kita melihatkan sebagai langkah sumbang dan juga kesilapan Menteri Besarnya bernama Abdul Khalid Bin Ibrahim? Begitulah juga persoalannya apabila kita terikut-ikut dengan alunan irama Kopi Dangdut seorang Jeneral upahan Anwar Ibrahim, apakah kita dikira bijak merumuskan bahawa semua yang telah berlaku adalah dengan niat mahu menguji tahap kesabaran orang Melayu khususnya di negeri Selangor.
Natijahnya nanti apabila kita marahkan semua keputusan dan kelakuan si Khalid, maka akan berlakulah pelbagai bentuk bantahan yang dikemukakan, sedikit sebanyak peribahasa di atas tadi membayangkan keadaan ini.
Mari kita senaraikan di sini satu per satu di antara keputusan dan tindak tanduk Khalid yang telah menjadi isu kontroversi dan mainan media di samping mendapat reaksi negatif rakyat Melayu Selangor;-
1. Mengumumkan projek ternakan babi secara besar besaran
2. Tidak melantik Timbalan MB walaupun pihak istana telah maklumkan bahawa calon mestilah dikalangkan wakil rakyat Melayu supaya mampu menjadi wakil kepada Sultan atau pun MB dalam sebarang acara hal ehwal agama Islam, ada yang melihat keputusan MB sebagai menjaga hati DAP dan sanggup melihat Dr Hassan Ali berputih mata.
3. Di sebaliknya, melantik Teresa Kok sebagai Exco paling kanan dan tempat duduk Yb Kinrara itu dalam Dewan Undangan Negeri pula bersebelahan dengan MB, apakah bermakna Khalid mengiktiraf Teresa sebagai Timbalan MB?
4. Memberikan portfolio yang penting kepada Exco Exco kerajaan Selangor bukan melayu sebagai contoh – Perlaburan, Perindustrian & Perdagangan [Theresa Kok], Kerajaan Tempatan [Ronnie Liu], Pelancongan [Elizabeth Wong], Pembangunan Kampung Baru [Ean Yong Hian Wah].
5. Membiarkan salah seorang Exco, Dr Xavier membuat kenyataan bahawa rumah ibadat semua agama dibenarkan pembinaannya seluas 10,000 kaki per segi dalam kawasan perumahan di Selangor.
6. Mencadangkan kuota sebanyak 10% untuk bukan bumiputera memasuki UiTM.
7. Membiarkan beberapa Exco bukan melayu yang diketuai oleh Ronnie Liu mengambil keputusan untuk menggantung Timbalan YDP MPAJ, Abdul Hamid Hussain daripada tugas setelah beliau melaksanakan tanggungjawabnya merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman di Ampang dimana tindakan untuk menggantung Abdul Hamid ini telah dipertikaikan sendiri oleh salah seorang Exco, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan bahawa tidak ada sebarang mesyuarat Exco diadakan bagi mencapai keputusan tersebut [menjadi tanda tanya apakah ada kuasa Exco mencampuri soal pentadbiran PBT ataupun mereka telah melanggar bidang Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?]
8. Khalid Ibrahim dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bahawa pemimpin tidak perlu membuang masa menziarahi rakyat yang ditimpa kecelakaan dalam tragedi ribut melanda sebuah penempatan perumahan di Klang yang didiami oleh majoriti kaum Melayu, tindakannya itu telah mendapat bantahan keras daripada seorang Ahli Parlimen PKR sendiri yang mendesak Khalid memohon maaf diatas kenyataan tersebut.
9. Mencipta sejarah dengan melantik seorang bukan Melayu, Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS yang belum pernah terjadi dalam pentadbiran anak syarikat kerajaan negeri Selangor sebelum ini.
Itulah adalah di antara kontroversi beberapa isu panas yang dicipta oleh Khalid Ibrahim semenjak bergelar Menteri Besar Selangor. Sedar atau tidak bahawa apa yang telah dilaksanakannya itu juga boleh merupakan suatu percaturan politik, besar kemungkinan mendapat tunjuk ajar daripada Anwar Ibrahim.
Kalau dikupas daripada perkiraan sifir politik Anwar Ibrahim, parti tunggangannya itu bersama Pakatan Rakyat sudah tidak boleh lagi mengubah selera daripada kaum melayu yang tidak mempercayai perjuangan serta kekuatan gabungan Pakatan Rakyat. Di kalangan pemimpin yang mahu menjadi Gurkha Anwar yakin bahawa hanya sokongan berterusan daripada kaum bukan melayu sahaja boleh menjamin mereka kekal mendapat sokongan tambahan seterusnya memungkinkan mereka merampas kerajaan pusat dalam pilihan raya akan datang.
Adalah lebih munasabah jika dikatakan tafsiran Tsunami Pilihan raya baru baru ini hanya boleh kita berikan kepada peralihan undi kaum bukan melayu. Ini terbukti dengan tersungkurnya ramai pemimpin ternama BN seperti Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Kaveyas dan ramai lagi Yb Yb daripada MCA dan MIC hilang gelaran tersebut pada Pilihan raya ke 12.
Kalau dikira daripada prestasi parti komponen BN, masih ramai lagi wakil rakyat daripada UMNO kekal sama ada di DUN atau Parlimen dan ini jelas membuktikan bahawa undi kaum melayu masih tidak beralih arah kepada Pakatan Rakyat.
Oleh yang demikian, semua tindak tanduk Khalid Ibrahim selama ini adakah mungkin sekadar mahu menguji kesabaran Melayu di Selangor supaya berterusan memprotes dan dalam waktu yang sama senario ini akan menjadikan kaum bukan Melayu terutamanya yang masih bersama MCA dan MIC akan melabelkan Melayu dan UMNO hanya mahu memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.
Ini amatlah berbeza dengan PKR yang pada awal mukadimah oleh Anwar Ibrahim sendiri sudah memberikan jaminan akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru sekiranya menduduki tampuk pimpinan kerajaan pusat.
Sebagai contoh dalam isu PKNS, lihat sahajalah komen daripada beberapa pimpinan MCA yang berada dalam komponen BN….
Adakah perlu sebuah parti yang bertunjangkan Melayu, UMNO khususnya untuk melatah dan mempamerkan kemarahan kepada semua tindakan Khalid Ibrahim? Apakah di sebalik sebarang reaksi negatif pimpinan UMNO dan NGO NGO Melayu ini kesudahannya nanti akan terperangkap dengan muslihat politik Anwar, bermakna Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan daripada kaum bukan Melayu untuk memberikan kemenangan lebih besar kepada mereka pada Pilihan raya akan datang. Lihatlah kesannya apa yang terjadi ke atas undi kaum cina pada pilihan raya kecil Permatang Pauh setelah Anwar dan Khalid berjaya mainkan isu cadangan 10% - 20% kemasukan kaum bukan Melayu ke dalam UiTM.
Agak mustahil untuk diterima akal bahawa Khalid Ibrahim sanggup berterusan membuat keputusan demi keputusan yang mengundang kontroversi serta api kemarahan kaum Melayu di Selangor.
Semoga UMNO akan lebih berhati hati dengan sifir politik Anwar Ibrahim, sebarang tindakan daripada Khalid Ibrahim selepas ini haruslah diperhalusi sebaik mungkin.
Anwar menipu dan masih terus menipu
November 30, 2008 by admin · 4 Comments
Tarikh 16 Sept atau 916 yang menjadi tarikh keramat kepada penyokong Anwar dahulu kini adalah merupakan tarikh yang tidak mahu disebut lagi oleh penyokong “Prime Minister” yang tidak jadi, Anwar Ibrahim. Beribu-ribu penyokong Anwar diperbodohkan. Read more
Sah Anwar Menipu
November 30, 2008 by Pendeta · 4 Comments
Saya ingat Anwar dah berubah….rupa-rupanya tidak. Kalau dalam UMNO dulu, menipu dan mungkir janji dah jadi budaya. Ingatkan bila dah keluar UMNO dan bersama PKR dan PR beliau dah berubah lebih-lebih lagi bila selalu berdamping dengan para ulama di dalam PAS. Read more
Kuala Terengganu gelanggang macam-macam ada
November 30, 2008 by admin · 19 Comments
Kuala Terengganu akan menjadi satu lagi gelanggang bagi menghangatkan politik tanah air apabila akan diadakan satu lagi pilihan raya kecil yang akan menyaksikan pertembungan antara Barisan Nasional (UMNO) dan juga sebuah parti dari Pakatan Rakyat Read more
Muhyiddin bercerita mengenai politik wang melalui pengalaman ?
November 30, 2008 by admin · 10 Comments
Idea baru calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Seri Muhyiddin Yassin bagi mengelakkan politik wang, adalah dengan membenarkan pemilihan pemimpin parti itu dibuka kepada kira-kira 100,000 pemimpin cawangan yang menghadiri persidangan bahagian masing-masing dan bukannya terhad Read more
Al - Fatihah:Datuk Razali Ismail meninggal dunia
November 29, 2008 by admin · 6 Comments
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. Read more
Ahli UMNO amal politik wang akan dilucut jawatan
November 28, 2008 by admin · 13 Comments
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada mana-mana ahli UMNO yang terbukti bersalah mengamalkan politik wang akan dilucutkan jawatan yang dimenangi mereka. Read more
Wanita perlu jaga imej parti
KOTA BHARU 27 Nov. - Pimpinan Pergerakan Wanita UMNO dinasihatkan berhenti membuat kenyataan media yang boleh mendedahkan kelemahan diri dan menjejaskan imej parti keseluruhannya.
Exconya, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, sepatutnya semua pihak menerima hakikat bahawa pertandingan akan berlaku Mac ini dan mengelak daripada membincangkannya secara terbuka.
Menurut beliau, anggota pergerakan itu harus bekerja seperti biasa dan tidak hanya memberi tumpuan kepada pertandingan kerana banyak lagi masalah dan kebajikan rakyat yang memerlukan perhatian.
“Tolong hentikan kenyataan yang boleh mengguris hati mana-mana pihak terutamanya yang terlibat dalam pertandingan itu kerana akhirnya ia seolah-olah mendedahkan kelemahan diri sendiri dan juga menjejaskan imej parti.
“Keadaan telah berubah (tetap ada pertandingan), maka tiada lagi perkara yang perlu dibincangkan mengenai pelan peralihan kuasa. Apa yang diharap, bertanding secara sihat dan penuh dengan semangat kekeluargaan,” katanya di sini hari ini.
yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai kesedaran alam sekitar dan pembangunan lestari kepada pertubuhan badan bukan kerajaan wanita Kelantan di sini hari ini.
Maznah bagaimanapun mengakui sebelum ini beliau pernah memberi kenyataan mengenai pertandingan jawatan tertinggi Wanita itu dengan tujuan untuk menjernihkan suasana.
Semalam, Pengerusi Biro Antarabangsa Wanita UMNO, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah dibidas kerana mendakwa tidak ada perbincangan dibuat di peringkat Exco pergerakan itu berhubung pelan peralihan kepimpinan antara Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussein menegaskan, perkara itu dibincangkan secara panjang lebar dalam mesyuarat Exco Wanita pada 25 September iaitu akhir Ramadan lalu yang turut dihadiri Shahrizat dan Raja Ropiah.
Sementara itu, seorang lagi Exco Wanita UMNO, Datuk Halimah Mohd. Sadique mengingatkan perwakilan pergerakan itu supaya menggunakan kewarasan dalam memilih pucuk pimpinan sayap tersebut kerana ia tidak sama dengan memilih pemenang ratu cantik atau ratu kebaya.
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Johor berharap para perwakilan mengutamakan disiplin diri dan berpegang kepada kebenaran supaya dapat bertindak tanpa dipengaruhi emosi.-Utusan
‘Tak kisah tiada jawatan’
November 28, 2008 by Pendeta · 2 Comments
PETALING JAYA 27 Nov. - Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, beliau tidak kisah tidak diberikan sebarang jawatan parti di peringkat negeri Johor.
Menurut beliau, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berhak tidak memberikan jawatan kepadanya.
”Saya tidak berasa apa-apa. Itu adalah hak beliau. Tetapi ketika menjalankan haknya, anda jangan terlupa, Presiden hanyalah pemegang amanah untuk parti.
”Ahli-ahli parti menganugerahkan hak tersebut kepada beliau. Saya percaya parti akan mengkaji semula peranan beliau,” katanya kepada sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyampaikan ucapan bertajuk Change The Game sempena Kancil Speaker Series di Sunway Resort Hotel & Spa di sini.
Kelmarin, Tee Keat melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok, Tan Kok Hong sebagai Timbalan Pengerusi Penyelaras Negeri dan ADUN Hoo Seong Chang sebagai Setiausaha Kehormat parti negeri itu.
Langkah terbaru itu menyusul selepas Tee Keat memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor yang sebelum itu dipegang oleh bekas Menteri Kesihatan berkenaan.
Pada 11 November lalu, Tee Keat yang juga Menteri Pengangkutan melantik Soi Lek sebagai Pengerusi Biro Pemantau Dasar Kerajaan.
Pemerhati politik berpendapat, perkembangan terbaru dalam parti MCA merupakan usaha untuk meminggirkan Soi Lek daripada arus perdana politik parti dan negara.
Sementara itu, Soi Lek menyifatkan kenyataan Tee Keat bahawa beliau tidak mempunyai masa untuk ‘melayan’ segala kenyataannya ekoran kesibukan adalah tidak betul.
”Saya bukannya menyuarakan sesuatu yang personal. Apa yang saya cakapkan adalah berhubung dengan perpaduan dan hala tuju parti.
”Saya juga menyatakan secara jelas bahawa parti ini bukan kepunyaan Chua Soi Lek. Begitu juga ia bukan kepunyaan Ong Tee Keat. Sebaliknya, parti ini dimiliki kira-kira satu juta ahli parti,” jelasnya.-Utusan
Rahim yakin lepasi kuota
TAIPING 27 Nov. - Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yakin mempunyai harapan untuk melepasi kuota kelayakan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan Mac depan.
”Mudah-mudahan. Saya harap mendapat empat lagi pencalonan dari lima bahagian yang ditangguhkan persidangan.
”Setakat ini saya mendapat 16 pencalonan dan saya yakin memperoleh pencalonan untuk melepasi kuota kelayakan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kempen Taman Semula Tahun 2009 peringkat Daerah Larut Matang, Selama dan Kerian di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering dekat sini hari ini.
Lima lagi bahagian UMNO yang ditangguhkan persidangan ialah Tenom di Sabah, Pengkalan Chepa dan Tanah Merah di Kelantan serta Seremban (Negeri Sembilan) dan Larut di Perak.
Abdul Rahim berkata, pemilihan kali ini begitu sengit berikutan ia merupakan satu masa yang kritikal dengan kemungkinan ramai muka baru terpilih.
”Ini membuktikan kepimpinan sekarang yang ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mampu menangani perpaduan orang Melayu dan parti-parti dalam komponen Barisan Nasional (BN).
”Najib dilihat boleh menstabilkan politik pembangkang yang konservatif dan ini memberikan satu cabaran kepada kepimpinan pada masa depan,” katanya.
Katanya, Malaysia memerlukan satu kepimpinan yang jitu dalam memajukan ekonomi dengan rancangan dan strategi ke arah memajukan rakyat.-Utusan


















