Sharliza mahu tanding Ketua Puteri
October 7, 2008 by admin
SEREMBAN 6 Okt. – Setiausaha Puteri UMNO, Bibi Sharliza Mohd. Khalid hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu.
Pengumuman itu menjadikan perebutan bagi jawatan tersebut setakat ini melibatkan persaingan empat penjuru.
Bibi Sharliza, 38, yang juga Ketua Puteri Bahagian Rembau berkata, beliau sudah bersedia untuk menerima pencalonan daripada Puteri UMNO di peringkat bahagian.
”Seorang Ketua Puteri UMNO perlu tegas, memberikan sepenuh komitmen dan berupaya menyatukan segala lapisan kepimpinan,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Lavender Heights di sini hari ini.
Menurut beliau, keputusannya menawarkan diri juga adalah bagi memenuhi kehendak akar umbi yang mahukan sayap UMNO itu dipimpin oleh pemimpin daripada kalangan bukan wakil rakyat.
”Ia adalah tradisi kepimpinan Puteri UMNO terdahulu, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Noraini Ahmad yang menjadi Ketua Puteri UMNO tanpa memegang mana-mana jawatan dalam kerajaan.
”Sebagai pemimpin kanan dalam sayap Puteri UMNO, saya tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Saya yakin dapat memberikan tumpuan penuh kepada Puteri UMNO jika dipilih kelak,” ujar beliau.



















Comments
Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.
Anda harus berdaftar untuk memberi komen.
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!
You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!