Shaniza Mendahului
October 10, 2008 by admin
Hari pertama mesyuarat Puteri Bahagian UMNO memberikan gambaran dua calon akan menjadi pilihan perwakilan untuk bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti Mac depan.
Kedua-dua mereka iaitu Naib Ketua Puteri, Rosnah Abdul Rashid Sirlin dan Ketua Penerangan Puteri, Datuk Shahaniza Samsuddin menepati ramalan banyak pihak untuk menjadi calon pilihan.
Setakat petang ini, lima bahagian Puteri telah bermesyuarat di seluruh negara dan Shahaniza mendahalui dengan tiga bahagian mencalonkan beliau.
Antaranya ialah Sandakan dan Pensiangan di Sabah serta Machang di Kelantan.
Turut mendapat pencalonan seiring beliau adalah gandingannya untuk jawatan Naib Ketua Puteri, Nolee Ashilin Datuk Radzi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Tualang Sekah, Perak.
Kejayaan Shahaniza mendapat pencalonan dari Sabah agak mengejutkan kerana ia merupakan antara kubu kuat Rosnah sebelum ini.
Rosnah pula setakat petang ini mendapat pencalonan dari satu bahagian iaitu Kimanis di Sabah.
Bahagian Kimanis turut mencalonkan Ketua Puteri Kedah, Shahanim Mohamad Yusoff untuk bertanding jawatan Naib Ketua Puteri UMNO.
Bahagian Padang Terap di Kedah pula mencalonkan Bibi Sharliza Mohd. Khalid untuk bertanding jawatan Ketua Puteri.
Satu lagi bahagian iaitu Padang Rengas akan bermesyuarat malam ini dan dijangka mencalonkan Rosnah sebagai ketua dan Ketua Puteri Perak, Dr. Wan Norashikin Wan Noordin sebagai naib.
Seorang lagi calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu Datin Ismalina Ismail masih belum menerima sebarang pencalonan pada hari pertama mesyuarat bahagian Puteri berlangsung di seluruh negara.
Esok dijangka lebih banyak lagi bahagian Puteri akan bermesyuarat di seluruh negara dan dijangka memberikan gambaran lebih jelas lagi berhubung calon-calon pilihan ahli Puteri seluruh negara.



















Comments
Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.
Anda harus berdaftar untuk memberi komen.
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!
You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!