Top

Shahrizat umum minggu depan

October 22, 2008 by Pendeta 

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil masih berteka-teki sama ada akan mencabar Tan Sri Rafidah Aziz untuk jawatan ketua pergerakan itu walaupun telah menerima pencalonan yang mencukupi.

Katanya, beliau mempunyai pendirian berhubung perkara itu namun agak sukar untuk menyatakannya pada ketika ini.

Oleh itu beliau hanya akan menyatakan keputusannya sama ada akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu atau meneruskan pelan peralihan kuasa antaranya dan Rafidah, pada minggu depan.

”Susah saya nak cakap sekarang, tetapi bukan saya tidak berpendirian dalam soal ini. Saya akan buat kenyataan minggu depan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Shahrizat sebelum ini mendapat 40 pencalonan daripada Wanita bahagian yang bersidang bagi menentukan calon untuk bertanding pada pemilihan parti yang dijadualkan pada Mac 2009.

Jumlah tersebut melepasi kuota kelayakan yang ditetapkan bagi bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO iaitu sebanyak 39 pencalonan.

Bagaimanapun, persoalan yang timbul selepas itu adalah sama ada Shahrizat akan bertanding menentang ketuanya, Rafidah atau meneruskan pelan peralihan kuasa seperti yang dipersetujui sebelum ini iaitu pada Jun 2009.

Sebelum ini, beliau juga meminta supaya semua ahli pergerakan itu tidak mencalonkan namanya untuk bertanding jawatan ketua kerana beliau akan mempertahankan jawatan disandang sekarang.

Katanya, apa juga keputusan yang akan dibuat bersama-sama Wanita UMNO selepas ini adalah untuk kebaikan pergerakan itu.

”Apa yang saya putuskan nanti akan mengambil kira semua faktor.

”Saya percaya, Wanita UMNO akan mencari penyelesaian terbaik dan mampu menghadapinya,” katanya.

Beliau menambah, apa yang menjadi keutamaannya sekarang adalah parti dan pergerakan itu.- Utusan

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

One Response to “Shahrizat umum minggu depan”

  1. pemuda on October 22nd, 2008 12:44 pm

    ohh rafidah, ghasidah, etc… jalan daahhh..

    hmm ape lah yg difikirkan oleh rafidah ni ye.. pelan peralihan kuasa tu membawa makna yang besar sangat ke dlm hidup dia… (kalau dlm sykt sendiri boleh la nak buat pelan peralihan kuasa/jawatan) .. tp ini bukan sykt.. ini organisasi.. pemegang jawatan ditentukan oleh ahli-ahli… ish ish ish

    macam pemilihan pemerintah negara juga lah, bukan ditentukan oleh PM sendiri atau rakan-rakan dia,.. rakyat yang berkuasa untuk memilih melalui sistem pilihanraya

    hmm berbalik semula kepada kisah rafidah ni… dalam masa beberapa bulan ni sehingga jun depan, ape agaknya yang dapat dibawa oleh rafidah yang tidak dpt dibawa oleh shahrizat ??

    tak pasal-pasal bagi orang lain hidup dalam dilema. seperti org sedang bercinta lah, “makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah”.. solat pun tak khusyuk nnt… ishh

    ape-ape pun, jgn menampakkan sangat yang diri kita tu gilakan jawatan.. orang boleh naik meluat.. dan jawatan yang nak dipegang tu, biarlah disbbkan diri itu benar-benar layak dan berkemampuan..

    rafidah mmg layak, rafidah juga mmg berkemampuan, cuma dia dah berusia.. mcm kereta lah.. kalau kereta kita dah lama sangat, ada la sket-sket yg x best.. sana sini serba tak kena.. normal lah tu.. tp tak bermaksud yang lama kita nak tolak ke tepi.. jasamu tetap dikenang.. tp jgn sampai perkara sebegini membuatkan org lupe pulak nnt..

    akhir kata, hormatilah jawatan yang disandang dan jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom