Top

Rasuah seks: JAIP tubuh jawatankuasa siasatan esok

October 7, 2008 by admin 

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) akan mengadakan satu mesyuarat khas esok bagi membentuk satu jawatankuasa siasatan bagi menyiasat kes skandal seks yang melibatkan bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Zul Hassan.

Pengarahnya, Datuk Jamry Sury berkata pada mesyuarat esok pihaknya akan membincangkan cara terbaik bagi mewujudkan bidang tugas tertentu dalam menangani kes tersebut.”Esok kita juga akan menentukan kaedah yang sesuai untuk kita mengumpulkan maklumat daripada sumber-sumber yang berkaitan,”
.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini mengenai kes ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.Zul mencetuskan kontroversi apabila menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

sumber Mystar

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

6 Responses to “Rasuah seks: JAIP tubuh jawatankuasa siasatan esok”

  1. PKR De Factoed on October 7th, 2008 3:29 pm

    Susahlah kalau aktiviti tidak sihat yang melibatkan PR boleh dipertahankan hanya dengan mengatakan “saya tak minta pun; saya tak suruh si polan hantar pun; bla, bla.

    Susahlah kalau ahli PR yang di dakwa terima habuan seks mahu mempertahankan dirinya dengan mempersalahkan si polan yang memberi rasuah walhal si polan hanya mahu mendedahkan permintaan yang berbentuk rasuah.

    Susahlah kalau si pemberi rasuah tidak boleh bekerjasama dengan badan berwajib dalam memerangkap si penerima rasuah — walhal cara sedemikian telah banyak membantu dalam menyelesaikan kes rasuah selama ini.

  2. imuc on October 7th, 2008 5:41 pm

    mn ader pertahan kan..
    dh kena lucut pon…

    yang pertahankan aktiviti x sehat tu umno la…
    bongok btl… blom akil baligh agaknya…

  3. PKR De Factoed on October 7th, 2008 7:39 pm

    YANG BELUM AKHIL BALIGH TU ADALAH AHLI PR YANG TERIMA HABUAN SEKS (DIA YANG MENGAKU…BUKAN AKU CAKAP)…TUP-TUP BOLEH KAITKAN DENGAN PENDEKATAN SEDEKAH. AKUI AJALAH KELEMAHAN SENDIRI. USAH PERMAINKAN HUKUM-HAKAM BRO…BERAT NATIJAHNYA!!!

  4. ahmadhelmibahari on October 7th, 2008 10:28 pm

    sebut pasal hukum hakam ni,PKR memang jaguh.Jaguh putaq belittt
    contohlah
    Mufti Perlis ckp sumpah saiful sah - PKR hantam cukup2
    Mufti Perlis ckp ISA xelok - wahhh PKR pukul canang Mufti Perlis terbaekkk
    Mufti Perlis soh turun “Batu caves New Berhala in making” - PKR buat deekkk
    tu la psl ni sume keje bapak sampahh pembelit ala muslim moderate tajaan US
    huhu malu lahh

  5. ombak on October 8th, 2008 1:59 am

    cite pasal rasuah ni, tak kiralah rasuah apa.. rasuah duit ke, sex ke, berbentuk hadiah ke dan bermacam2 lagi bentuk rasuah. orang melayu memang handal. tak kira apa pahaman politik pun, pantang ada kuasa sikit, walau pun budak pejabat, balun tetap balun. tidak kira kerajaan mahu pun swasta, semua berlumba2 dan mengintai2 peluang untuk mendapat habuan rasuah. halal dan haram just keep aside, yang penting ialah habuan nya. baguslah! teruskan…kalau tak macamana nak kaya…nak kerja lebih sikit, malas lak rasanya.. biasalah orang melayu, memang terkenal dengan malasnya. baguslah! teruskanlah! tunggu sajalah balasannya…

  6. ombak on October 9th, 2008 11:46 pm

    wah! wah! kenape lak komen aku tentang rasuah ni tak lepas2…ada yang terasa pedas ke? nak buat camana, dah kenyataan.. walau pun bukan semua.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom