Propaganda Khir Toyo hebat orangnya~malaysiakini
October 6, 2008 by admin
Ramai yang terkejut beruk bila seorang pemuda menyatakan kepada kami bahawa antara Khairy, Khir Toyo, Mukhriz, Zahidi dan Shaziman bahawa Khir Toyo adalah yang paling kuat mendapat sokongan dari akar umbi Pemuda UMNO. Pemuda itu memang kami kenal dan beliau juga seorang yang terkenal tetapi tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.
Salah seorang daripada 7 orang daripada kami bertanya apakah yang menjadikan Khir Toyo kuat dan mendapat sokongan dari akar umbi. Katanya, Khir seorang yang cukup pemurah. Beliau sentiasa merendah diri bila bercakap dan berjumpa dengan sesiapa. Ketokohannya cukup menyerlah dengan pengalaman duduk dalam barisan EXCO pemuda dan berpengalaman menjadi Menteri Besar Selangor.
Selain itu katanya lagi, Khir seorang yang rajin menemui pemuda bahagian di mana saja dan sentiasa terbuka untuk mana-mana ketua pemuda menemuinya tidak kira masa. Dari bibirnya tidak pernah lekang mahu membasmi kemiskinan dari kalangan orang Melayu. Dia mempunyai cara tersendiri mahu membentuk pemuda supaya berani dan gagah dalam perjuangan bangsa, agama dan negara.
Semua tercenggang mendengarkan huraiannya yang bagaikan dihafal dari sebuah skrip. Ketika itu setiap yang mendengar membuat macam-macam tafsiran mengenai pemuda yang begitu petah menceritakan hal Khir Toyo.
Dalam pada itu, salah seorang dari kami mencelah memberitahu satu persatu. Katanya, Khir orang kaya yang datang dari bumi Selangor memang mudah menjadi seorang pemurah. Malah terlalu banyak untuk dihabiskan. Beliau merendah diri kerana dia memang bertubuh rendah. Oleh kerana beliau tidak lagi menjadi menteri besar, maka tidak hairanlah kalau dia tidak lagi bercakap besar.
Dari segi pengalaman, ada dua aspek yang perlu dipecahkan kerana pengalaman ada dua jenis. Satu pengalaman positif dan satu lagi pengalaman negatif. Memang dia kena rajin menemui pemuda bahagian kerana tanpa pemuda bahagian, siapa yang dia harus mendapatkan sokongan? Memang Khir mempunyai banyak masa kerana dia sekarang tidak sibuk macam dulu lagi.
Yang dikatakan beliau mahu membasmi kemiskinan orang Melayu, sejak dari dia mula-mula jadi menteri besar lagi. Tapi di Selangor bersepah orang Melayu papa kedana. Kuncu-kuncunya tetap terus kaya.
Yang dikatakan mahu membentuk pemuda supaya berani dan gagah untuk perjuangkan bangsa, agama dan negara, semua pemimpin yang hendak bertanding akan berkata begitu.
Kami hanya memasang telinga menadah hujah mereka berdua. Dan kami sependapat bahawa pemuda itu adalah antara ramai pemuda yang diturunkan ke padang untuk bercakap dengan semua orang bahawa Khir Toyo adalah pilihan terbaik untuk memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO. Mereka akan kritik yang lain yang kononnya tidak sehebat Khir. Bila ada di antara kami yang bangkitkan soal Khir memberi pegawainya hadiah penyapu dan ubah muka guna botok tempe, pemuda itu terus mahu membela ‘bos’nya. Soal botok soal peribadi. Soal penyapu, Khir mahu mengajar pegawainya supaya sedar akan kelalaiannya terhadap kebersihan yang kononnya simbolik.
Debat menjadi lebih hebat kerana ada yang mencelah memberitahu bahawa Khir seorang pengecut untuk mengajak pemuda supaya berani kerana dialah yang takut pada wajah originalnya hingga sanggup mengubah mukanya.
Banyak lagi cara mengajar orang bawahan selain daripada memberi penyapu. Dia patut hadiahkan vacume cleaner, bukan penyapu. Kerana dek dialah Selangor terlepas ke tangan pembangkang. Dialah yang membangunkan Selangor dengan mendapat keuntungan besar dari tauke-tauke bukan Melayu.
Koncu-koncunya kenyang dengan hanya menjadi orang tengah sahaja. Ada yang tadah TALAM sahaja untuk kaut keuntungan dan terus kaya raya. Jadi, agenda apa lagi yang Khir mahu atur sekarang ini? Apakah dia ingat dengan kempen menaikkan semula imejnya boleh menyebabkan pemuda gelap mata? Apakah dengan wajah kalahnya di Negeri Selangor itu dia ingat pemuda boleh percaya lagi untuk dia memimpin pemuda?
Kalaulah Khir masih lagi Menteri Besar Selangor, sebelah mata pun dia tak pandang jawatan Ketua Pemuda UMNO. Dia tetap akan terkam jawatan Naib Presiden sekurang-kurangnya. Ataupun dia mungkin sudah ikut jejak Mohd Ali Rustam dan Ahmad Zahid Hamidi tawar diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Malahan sebelum ini pun Khir sudah pernah pukul canang kepada ramai yang beliau akan bertanding Naib Presiden, bukan Ketua Pemuda. Jawatan Ketua Pemuda bukan standard dia. Tapi dah ’sedekah’ Negeri Selangor kepada pembangkang, barulah dia menoleh jawatan Ketua Pemuda yang tidak pernah diidamkan.
Betullah kata pemuda awal-awal tadi yang berkempen untuk Khir bahawa Khir memang kuat – ertinya kuat betul goleknya, kuat betul nafsunya dan kuat sungguh hayunnya semata-mata mahu kembali mencari tapak baru menanam semula benih politiknya yang tidak sehebat mana. Tapi apa nak buat, muka sudah bertampal kulit baru, maka tak sedarlah dia tebal mana mukanya untuk menagih sokongan walaupun terpaksa ditebus dengan harga yang cukup mahal itu.
Oleh Salim Selamat
Dipetik dari antikhirtoyo.blogspot.com



















hebat betul org UMNO ni , siapa lah punya kerja pulak doh ,,,, ada blog antikhirtoyo, antikhary anti mukhriz tak ada ke…… itulah jangan ada pertandingan . tgk apa dah jadi , mcm 2 anti keluar.
hidup barisan!
hidup umno!
seme gila pangkat
nak kumpul kekayaan la tu..
diaorg anggap tanggungjwb pemimpin tu utk kumpul kekayaan peribadi..
nnt menjwb la korg… aper yang kamu buat sebagai pemimpin? ank buah kamu x solat pon kamu buat x tau..
tu soalan basic tu..
bkn ringan n senang tggjwb pemimpin ni..
tp naper berebut2 smpai snggup fitnah2 ek..
sbb nk kumpul kekayaan peribadi la tu
imuc on October 6th, 2008 5:18 pm
hidup barisan!
hidup umno!
seme gila pangkat
nak kumpul kekayaan la tu..
diaorg anggap tanggungjwb pemimpin tu utk kumpul kekayaan peribadi..
nnt menjwb la korg… aper yang kamu buat sebagai pemimpin? ank buah kamu x solat pon kamu buat x tau..
tu soalan basic tu..
bkn ringan n senang tggjwb pemimpin ni..
tp naper berebut2 smpai snggup fitnah2 ek..
sbb nk kumpul kekayaan peribadi la tu.
Ulasan:
Nampak macam terer dalam bab agama, tetapi kenapa membuat fitnah. Kalau setakat itu aja kemampuannya maka ramai lagi yang lebih mampu dari kamu.
Kalau setakat kumpul kekayaan adalah juga faedahnya kerana dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Ini berbeza dengan PR yang asyik kumpul budak “coffee boy”. Apa ke jadahnya? Apa faedahnya?
Adakah untuk persembahan Pak Hadi Boroi dan Tonik pas juga?
admin. tak perlu la buyers… kalau teruskan begini, umno akan hancur. berhentilah mengutuk sesama sendiri…
Propaganda anwar sampah lg hebat
pukul canang macam2 satu dunia tapi habuk pun tarakk
malu lah
ahmadpicisan.. bdk yg byk makan sampah.. aschroft, lu nye umno dah nk hancus la brader..
en ahmad…depa dok cerita pasal khir toyo..yg masuk cerita anwar kenapa pulak ni..anwar nak tanding jawatan ketua pemuda umno ke..lawak la lu mat..taksub sgt kat anwar ke sampai mulut tak lekang dok sebut anwar hehe..lu jgn pasang colok kat ‘berhala’ anwar tu cukup..tapi ape2 hal gua rasa kj lagi byk sokongan dari khir..kpmu tak perlu risau..yg penting peralihan kuasa pm selepas bulan mac…kj berbintang cerah utk menang ketua pemuada…idup kj..pade doh..!!
Manusia hanya boleh merancang tetapi tidak daya nak menentukan hasilnya.
Isu reralihan kuasa Anwar-916 yang dicanangkan sampai ke AS telah membuktikan bahawa manusia tidak ada hak menentukan takdirnya sendiri.
Usahlah memandai-mandai yop ooi.