PM: Jangan Cetuskan Huru-hara Politik Atau Porak Perandakan Masyarakat
October 20, 2008 by admin
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan semua pihak di negara ini bahawa kini bukan masanya bagi mereka mencetuskan suasana huru-hara politik atau melakukan sesuatu yang boleh memporakperandakan masyarakat.
“Sekarang adalah masa kita perlu bekerjasama. Kita kena memahami satu sama lain,” katanya dalam program televisyen “World Business” yang disiarkan oleh CNBC malam tadi apabila ditanya tentang langkah yang perlu diambil dalam menghadapi keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang dan proses peralihan kuasa di negara ini.
Menjawab soalan wartawan Eckart Sager dalam program itu berkaitan dakwaan yang berulang kali dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jumlah Anggota Parlimen yang akan berpaling tadah kepada pihaknya adalah mencukupi bagi membolehkan beliau menggulingkan kerajaan dan oleh itu, barangkali inilah masanya kerajaan dan Pembangkang patut berhenti daripada berbalah, Abdullah berkata setakat ini, apa yang dikatakan oleh Anwar itu merupakan pembohongan semata-mata.
Kata beliau: “Anwar memberitahu seluruh dunia bahawa beberapa Anggota Parlimen saya akan menyeberang untuk menyebelahinya dan dengan itu, kami akan jatuh dan beliau akan menubuhkan kerajaan baru.
“Tapi, dia tak berjaya pun dan apa yang beliau ucapkan selama ini hanya pembohongan semata-mata. Dan saya tidak faham kenapa beliau perlu terus berbuat begitu.
Perdana Menteri juga berkata banyak perkara yang perlu dilakukan di negara ini apabila wujudnya peluang bagi pemimpin muda untuk tampil ke depan, selepas berlakunya peralihan kuasa.
“Peralihan kuasa yang saya janjikan ini adalah secara aman, amat demokratik dan sudah tentu akan menjamin kelangsungan apa jua yang telah saya lakukan setakat ini,” kata Abdullah bagi merujuk kepada hasrat beliau untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ditanya apakah yang mendorong beliau membuat keputusan untuk berundur pada Mac tahun depan, Abdullah berkata beliau telah berkhidmat dengan kerajaan dalam pelbagai kedudukan sejak 45 tahun lepas dan setelah hampir berusia 70 sekarang, beliau berpendapat tibalah masanya beliau memberi laluan kepada pemimpin lebih muda dalam Umno.
“Kami perlu pastikan parti terus relevan dan parti ini pula mestilah membuat perancangan untuk masa depannya. Saya tinggalkan untuk mereka beberapa strategi dan misi nasional, yang saya yakin, mampu memacu pertumbuhan pembangunan dan menjadi landasan bagi pertumbuhan yang berkekalan pada masa akan datang,” katanya.
Ditanya tentang agenda perubahan yang ingin beliau laksanakan dan apakah yang mungkin beliau lakukan dalam tempoh lima bulan akan datang, Abdullah berkata: “Saya mahu buat perubahan; rakyat sukakan idea tentang perubahan ini. Saya bukan sekadar memberi respons kepada mereka kerana mereka memerlukan perubahan.”
Perdana Menteri berkata beliau sendiri berpendapat badan kehakiman, pasukan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) memerlukan perubahan.
“Saya tidak dapat melakukannya dalam tempoh empat tahun pertama (semasa berkuasa); saya dapat melakukannya hanya selepas kami kembali diberi kuasa selepas pilihan raya lepas. Oleh itu, saya ingin wujudkan perubahan ini dan saya boleh melakukannya. Walaupun dalam masa lima bulan,” katanya.
Abdullah berkata beliau juga telah mengadakan dasar-dasar ke arah meningkatkan keselamatan sosial, yang akan beliau lancarkan tidak lama lagi.
“Ini bagi menjamin wujudnya pengagihan pendapatan secara sama rata dan kami ingin pastikan kami mempunyai rancangan baru untuk golongan miskin, untuk golongan berpendapatan rendah,” katanya.
Ditanya adakah ini masa yang sesuai untuk beliau berundur sedangkan ketika ini krisis kewangan global sedang mencengkam beberapa negara dan bagaimanakah kedudukan Malaysia sekarang, Abdullah berkata kedudukan Malaysia adalah kukuh kerana negara ini telah mempelbagaikan pasarannya agar tidak perlu terlalu bergantung pada pasaran Amerika.
“Kami telah wujudkan pasaran lain yang menguntungkan kami, kami juga telah mengambil langkah lain bagi memantapkan ekonomi kami. Oleh itu, mengenai ekonomi, saya ingin nyatakan bahawa ia mempunyai asas yang amat kukuh dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Jadi, tidak ada bezanya sama ada saya berundur sekarang dan memberi peluang kepada generasi baru untuk mengambil alih,” kata beliau.
Ditanya apakah cabaran dan tanggungjawab yang akan dipikul oleh Najib, pemimpin yang diharapkan akan menggantikan beliau, Abdullah berkata perkara yang akan dihadapi oleh penggantinya itu adalah yang mempunyai kaitan dengan ekonomi dan perpaduan nasional, terutama isu berkaitan bangsa dan agama.
“Kami perlu pastikan rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu,” katanya.
Dalam wawancara itu, Abdullah juga berkata kerajaan memberi tumpuan terhadap pembangunan modal insan, yang beliau sifatkan sebagai aset penting negara ini.
“Untuk menghadapi masa akan datang, kami perlu mempunyai rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan yang secukupnya serta memiliki mentaliti kelas pertama dan pada waktu yang sama, mempunyai keazaman yang tinggi serta keyakinan dalam menghadapi masa depan dan mampu memimpin kerajaan serta sektor swasta,” katanya sambil menambah bahawa dasar mesra perniagaan yang menjadi amalan kerajaan selama ini, akan diteruskan selepas pengunduran beliau.



















KEGAWATAN EKONOMI AS SERLAHKAN SIKAP SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH — TIDAK MENGSYUKURI NIKMAT.
Sepatutnya rakyat Malaysia bersyukur dengan kestabilan politik, tahap keselamatan sosial dan pertumbuhan ekonomi yang sedang dinikmatti.
Tidak mengapa kalau tidak ada yang mahu mengiktiraf kejayaan Pak Lah dalam memimpin negara pada tahap yang ada pada hari ini. Itu tidak beliau perlukan.
Tidak apa kalau tidak mahu berbangga dengan kedudukan ekonomi negara dalam keadaan ekonomi AS menjadi gawat.
Beliau hanya mahu khalayak sedar kemakmuran yang dikecapi bukan jaminan ianya akan berterusan terutama kalau ada yang kufur nikmat. Ambillah iktibar dengan apa yang berlaku pada sektor ekonomi dunia khususnya di AS.
Sememangnya manusia sukar bersyukur apabila mendapat rahmat dan nikmat kesenangan tetapi akan merintih dan mengeluh apabila dilanda kegawatan seperti krisis 1997/98.
” Lat tali lat tali tam plom …
Sudah “Qualified” atau blom?? ”
…..Keh! Keh! Keh!
” Lat tali lat tali tam plom …
Sudah KO ke blom?? ”
…..ha! ha! ha!
” Lat tali lat tali tam plom …
Sudah jadi Ketua ke blom?? ”
…..Kah! Kah! Kah!
” Lat tali lat tali tam plom …
Sudah “balik kampung” ke blom?? ”
…..eh! eh! eh! …..” memang lah penat…tapi apa nak buat, sudah terlambat baru nak cepat….yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran ”
hahaha…inilah kesimpulan yang boleh aku buat utk menantu PM yang hendak pencen.
Tercungap-cungap! tak cukup nafas! sesak dada! keluar angin masuk asap! keh! keh! keh! Ditempat sendiri pun boleh kalah…nampak sangat pakai postal vote masa 8 March ha! ha! ha!
terpaksa merempat ditempat orang …kena halau macam anjing kurap ditepi jalan.
Tu la aku cakap, KJ, kalau bukan kerana menantu PM yang nak pencen tu, jumpa di Kotaraya, orang ingat Indon pendatang haram jual air sirap di kaki lima. Bila DBKL datang lari bercawat!
” Lat tali lat tali tam plom …
Sudah “cabut” atau blom?? ”
…..Keh! Keh! Keh!
Dia ni pernah kena ***cing oleh Kj kot, kah,kah, kah
Ibarat peribahasa “Kalau tiada angin, pokok tidak akan bergoyang”
Sebagai pemimpin negara, seharusnya bijak menambah kekayaan negara sekaligus dapat meringankan beban rakyat dengan menggunakan kekayaan negara tersebut (tp bukan sampai nak bagi negara bankrap).
Kekayaan negara kita bukanlah untuk diri sendiri, keluarga, ataupun kroni-kroni, tetapi untuk dinikmati oleh rakyat seluruhnya.
Kebangkitan rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati melalui pilihanraya yang lepas lah membuatkan survival politik UMNO menjadi huru-hara.
Pemudi,
Ada betul nya tetapi banyak isu yang digoyangkan oleh PR. Contohnya lompat katak dan PM-916. PR memang kaki goyang pun.